dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

27
CABARAN DAN ISU DALAM PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA: SATU ANALISIS REFLEKSI Dr. Sharifah Nor Puteh Prof. Dr. T Subahan Mohd. Meerah Fakulti Pendidikan, UKM Abstrak: Perubahan-perubahan kurikulum dilakukan dari semasa ke semasa dengan tujuan menjamin kelangsungan masa depan negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Perubahan amalan dari reaktif kepada proaktif, dari tidak produktif kepada produktif, dari pasif kepada aktif adalah merupakan beberapa strategi pembangunan kurikulum pendidikan yang diamalkan. Perancangan dan pembangunan sesuatu kurikulum perlu diurus dengan teliti untuk memastikan supaya kurikulum bukan sahaja relevan dengan

Upload: supian72

Post on 21-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

CABARAN DAN ISU DALAM PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

KURIKULUM PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA: SATU ANALISIS REFLEKSI

Dr. Sharifah Nor Puteh

Prof. Dr. T Subahan Mohd. Meerah

Fakulti Pendidikan, UKM

Abstrak:

Perubahan-perubahan kurikulum dilakukan dari semasa ke semasa dengan tujuan

menjamin kelangsungan masa depan negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Perubahan amalan dari reaktif kepada proaktif, dari tidak produktif kepada produktif,

dari pasif kepada aktif adalah merupakan beberapa strategi pembangunan kurikulum

pendidikan yang diamalkan. Perancangan dan pembangunan sesuatu kurikulum perlu

diurus dengan teliti untuk memastikan supaya kurikulum bukan sahaja relevan dengan

keperluan, tetapi juga berkualiti cemerlang dalam ertikata berupaya menjulang martabat

pendidikan negara di peringkat global. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

berat ini, para perencana dan penggubal akan berhadapan dengan pelbagai cabaran

dan isu khususnya menyediakan kurikulum pendidikan formal yang seragam secara

berpusat.

Page 2: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

1.0 Pendahuluan

Pada hakikatnya kurikulum pendidikan formal persekolahan yang seragam

untuk semua sekolah kerajaan dan bukan kerajaan disediakan secara berpusat

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pusat Perkembangan Kurikulum

(PPK) adalah bahagian utama yang bertanggungjawab merancang dan

membangun kurikulum persekolahan untuk peringkat prasekolah, rendah dan

menengah. Kurikulum untuk pendidikan teknikal dan vokasional adalah

tanggungjawab Jabatan Pendidikan Teknikal. Manakala kurikulum pendidikan

agama Islam termasuk pengajaran Bahasa Arab di bawah tanggungjawab

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kurikulum pendidikan bagi yang cacat

penglihatan, pendengaran dan yang berkeperluan khas disediakan oleh JabatanPendidikan

Khas. Kandungan dan perancangan aktiviti kokurikulum pula

dikendalikan oleh pihak Bahagian Sekolah.

Walau pun Bahagian-Bahagian diberi tanggungjawab merancang dan

membangun kurikulum, semua keputusan dasar berkaitan kurikulum adalah di

bawah kuasa Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) yang dipengerusikan oleh

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Perkara-perkara di peringkat

Page 3: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

makro berkaitan dasar dan kewangan dibincang dan diputuskan oleh

Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JKP) yang dipengerusikan oleh Menteri

Pelajaran. Semua program kurikulum yang dipersetujui oleh JKP dibincangkanWalau pun Bahagian-

Bahagian diberi tanggungjawab merancang dan

membangun kurikulum, semua keputusan dasar berkaitan kurikulum adalah di

bawah kuasa Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) yang dipengerusikan oleh

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Perkara-perkara di peringkat

makro berkaitan dasar dan kewangan dibincang dan diputuskan oleh

Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JKP) yang dipengerusikan oleh Menteri

Proses Perkembangan Kurikulum

Proses pengembangan kurikulum yang digunapakai oleh KPM bercorak kitaran

(cyclic model) seperti gambar rajah berikut:

Analisis

Keperluan

Page 4: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

Perancangan

Pembangunan &

Pengembangan

Kaji Rintis /

Pelaksanaan Terhad

Pelaksanaan &

Penyebaran

Penilaian

Model Kitaran Perancangan Kurikulum

(Cyclic Model)

Model yang diguna pakai mengandungi 6 proses iaitu:

Proses 1: Analisis Keperluan

Mengenalpasti keperluan mengadakan reformasi dan perubahan ke atas

kurikulum hasil daripada kajian-kajian penilaian, trenda semasa, hasil R&D,

dan pelaksanaan.

Proses 2: Perancangan

Menentukan rangka kurikulum termasuk kandungan, strategi pengajaran dan

Page 5: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

pembelajaran, latihan guru, corak dan jadual pelaksanaan.

Proses 3: Pembangunan dan Pengembangan

Menggubal dan membina kurikulum iaitu sukatan pelajaran, huraian

kandungan, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks,

buku panduan guru, modul, buku sumber, bentuk pentaksiran/penilaian.

Proses 4: Kajian Rintis/Pelaksanaan Terhad

Mengadakan kajian rintis atau pun melaksanakan kurikulum di sekolah terpilih

bagi memastikan keberkesanan kurikulum serta bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran yang dibangunkan. Guru-guru dari sekolah terpilih diberi latihan

intensif dan dikawalselia secara rapi. Hasil kajian rintis/pelaksanaan terhad

diguna untuk memperbaiki kurikulum dan bahan-bahan kurikulum.

Proese 5: Penyebaran dan Pelaksanaan

Menyebarluas kepada semua pihak terlibat dalam pelaksanaan kurikulum

melalui taklimat dan kursus dalam perkhidmatan. Bahan-bahan kurikulum untuk

proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks, perisian kursus, modul

diedar ke sekolah.

Proses 6: Penyeliaan dan Penilaian

Memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan dan mengikut tata cara

Page 6: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

sebenarnya. Bimbingan dan khidmat nasihat serta panduan diberi semasa

menjalankan pemantauan dan penyeliaan di bilik darjah.

3.0 Kajian Semula, Penyemakan dan Reformasi Kurikulum

Setelah melalui satu pusingan pelaksanaan sesuatu kurikulum akan

3.0 Kajian Semula, Penyemakan dan Reformasi Kurikulum

Setelah melalui satu pusingan pelaksanaan sesuatu kurikulum akan berada di

peringkat penilaian untuk mengkaji sejauh mana kekuatan dan kelemahannya,

serta mengatur langkah dan strategi yang sesuai untuk penambahbaikan. Dalam

hal ini beberapa jargon digunakan oleh PPK.

Kajian Semula Kurikulum (Curriculum Review):

Satu pemeriksaan atau penilaian kritikal terhadap kurikulum (a critical

examination or assessment of the curriculum).

Penyemakan Kurikulum (Curriculum Revision):

Membuat pindaan untuk meningkatkan kualiti kurikulum (to make

amendments to improve the curriculum).

Reformasi Kurikulum (Curriculum Reformation):

Kurikulum ditingkatkan/ditambahbaik dengan menyingkirkan kesilapan dan

kesalahan melalui kajian semula kurikulum dan semakan kurikulum

Page 7: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

(curriculum is made better by the removal of faults and errors through

curriculum review and curriculum revision).

Dalam sejarah perkembangan pendidikan negara, reformasi kurikulum berlaku

hasil daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

1979. Di dalam laporan ini, isu-isu yang menyentuh prinsip, nilai dan hala tuju

pendidikan telah dibincangkan. Dengan berlandaskan laporan ini digubal KBSR

yang dilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM yang dilaksanakan pada tahun

1989.

Penyemakan semula (curriculum review) KBSR dilakukan dalam tahun 1993Dalam sejarah

perkembangan pendidikan negara, reformasi kurikulum berlaku

hasil daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

1979. Di dalam laporan ini, isu-isu yang menyentuh prinsip, nilai dan hala tuju

pendidikan telah dibincangkan. Dengan berlandaskan laporan ini digubal KBSR

yang dilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM yang dilaksanakan pada tahun

1989.

Penyemakan semula (curriculum review) KBSR dilakukan dalam tahun 1993

Page 8: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

dan KBSM dalam tahun 2002. Proses yang dilakukan dalam kajian semula ini

lebih berbentuk penyesuaian (reframe) melalui pemetaan kurikulum

(curriculum mapping). Hasil daripada pemetaan ini beberapa tindakan diambil

ke atas kurikulum sedia ada iaitu: menambah (curriculum topping), menampal

(curriculum patching); mencantas (curriculum unloading). Walau pun hanya

penyesuaian, namun begitu kesemua trend atau keperluan kritikal selain

daripada apa yang dikenal pasti oleh pihak atasan juga harus diambilkira.

kurikulum mungkin tersasar dari matlamat sebenar dan hasilnya sama seperti

sedia ada (more of the same).

Kajian semula KBSR pada tahun 1993 membawa satu perubahan yang ketara di

mana mata pelajaran Sains dan mata pelajaran Kajian Tempatan diperkenalkan untuk

menggantikan mata pelajaran Alam Manusia. Kajian semula KBSR dan KBSM

pada awal tahun 2000 membawa satu pembaharuan di mana model perancangan

kurikulum Berasaskan Hasil Pembelajaran (Outcomes-Based Learning) diguna

Page 9: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

4.0 Perubahan dan Inovasi Kurikulum

Inovasi kurikulum membawa maksud perubahan atau pengubahsuaian kepada

kurikulum sedia ada ke arah: penambahbaikan, peningkatan, kemajuan,

peninggian mutu; kesuaian dengan keperluan semasa; memenuhi permintaan

dan keperluan; seiring dengan trenda semasa.

Lewin dan Stuart (1991) dalam analisis mereka ke atas perncangan kurikulum di

kalangan negara-negara Asia Timur termasuk Malaysia merumuskan terdapat 6

pendekatan utama dalam inovasi kurikulum:

Pendekatan Sistem (System Approach): Inovasi digerakkan ke arah

memenuhi matlamat yang sudah ditetapkan/dirancang.

Pendekatan Birokratik (Bureaucratic Approach): inovasi digerakkan dari

peringkat atas secara pentadbiran melalui arahan, peraturan d

Pendekatan Saintifik (Scientific Approach): inovasi digerakkan melalui

R&D yang terbukti keberkesanannya.

Pendekatan Penyelesaian Masalah (Problem-Solving Approach): inovasi

digerakkan kerana rasa tidak puas hati dan dilakukan untuk mengatasi

masalah/isu yang dihadapi.

Pendekatan Resapan (Diffusionist Approach): inovasi digerakkan melalui

Page 10: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

interaksi sosial di kalangan mereka yang berminat menggunakan jaringan

komunikasi.

Pendekatan Karismatik (Charismatic Approach): inovasi digerakkan oleh

individu yang berpengaruh dan mempunyai perwatakan serta conviction

yang tinggi ke atas sesuatu prinsip atau pegangan.

Bagi Malaysia sebarang inovasi kurikulum dipandu arah berlandaskan dasar

pendidikan kebangsaan. Ini adalah kerana pendidikan merupakan wahana utama

dalam pembangunan dan kemajuan negara dari segi ekonomi, sosial dan

politikal. Pendidikan adalah alat ke arah mewujudkan perpaduan rakyat

berbilang kaum dan integrasi nasional. Dalam konteks ini inovasi kurikulum

banyak digerakkan melalui pendekatan sistem dan bercorak birokratik. Inovasi

kurikulum dicorak oleh peringkat atas/pusat bertujuan untuk memenuhi

keperluan pembangunan negara dan kehendak semasa. Pihak pelaksana

khususnya guru hanya menerima arahan dan melaksana inovasi seperti yang

ditetapkan. Inovasi selalunya “ideal” yang kadang kala sukar direalisasi di

peringkat bilik darjah. Akibatnya brlaku gelinciran (slippage) di antara dasar

dan pelaksanaan sebenar.

5.0 Cabaran dan Isu

Page 11: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

a) Model Kitaran Perkembangan Kurikulum

Kajian di beberapa negara menunjukkan tempoh masa kitaran s

sesuatu

kurikulum mengambil masa di antara 5 hingga 10 tahun. Di Negara Jepun

misalnya, tempoh masa satu kitaran kurikulum yang digunapakai ialah 5

tahun sebelum dikaji semula.. Di Malaysia tidak terdapat satu jangka masa

yang jelas dalam kitaran pengembangan dan pelaksanaan sesuatu program

pendidikan persekolahan. Reformasi kurikulum secara sistematik

melibatkan semua peringkat persekolahan berlangsung apabila KBSR

dilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM dalam tahun 1989. Penyemakan

semula KBSR dibuat dalam tahun 1996 dan KBSM dalam tahun 2000.

Dalam jangka masa tempoh KBSR dan KBSM dilaksanakan pelbagai

perkembangan berlaku dalam kurikulum yang betujuan untuk meningkatkan

kualiti pendidikan di sekolah. Ada di antara pembaharuan dan perubahan

tersebut dilakukan secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses

perkembangan kurikulum yang sewajarnya. Ini membawa kepada

ketidaktentuan dari segi perancangan, pengembangan dan pelaksanaan

kurikulum berkenaan

Page 12: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

Pada keseluruhannya semua Bahagian dan Jabatan terlibat sama ada secara

langsung atau tidak dalam kitaran perkembangan kurikulum. Walau

bagaimanapun ada terdapat beberapa tindan-tindih khususnya dalam

aktiviti-aktiviti melibatkan pemantauan, penyeliaan dan penilaian

pelaksanaan kurikulum. Ini mengakibatkan pembaziran dari segi kewangan,

dan tenaga pegawai kerana hasil diperoleh mungkin mempunyai banyak

persamaan. Di samping itu berlaku kekeliruan dan salah faham di kalangan

guru dan pentadbir sekolah sekiranya nasihat dan bimbingan yang diberi

tidak selaras malahan ada kalanya bercanggah.

b) Pembangunan dan Penggubalan Kurikulum

Proses pembangunan dan penggubalan sesuatu kurikulum menghadapi

pelbagai masalah dan cabaran. Malahan pada setiap peringkat pembangunan

ada terdapat beberapa masalah dan isu-isu yang harus ditangani.

Peringkat penggubalan:

Keluasan vs Kedalaman – sering kali berlaku dilema dalam menentu

kesesuaian skop sesuatu kurikulum. Oleh kerana soal pendidikan penting

kepada semua orang menyebabkan ada tekanan untuk memasukkan banyak

perkara dalam kurikulum. Stakeholder melihat perkara-perkara utama untuk

Page 13: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

pembangunan yang kadang kala sukar direalisasikan dalam bilik darjah.

Kemahiran Pengembangan Kurikulum – membangunkan sesuatu kurikulum

memerlukan kemahiran-kemahiran khusus dan minat yang tinggi.

terkini pendidikan seluruh dunia. Tidak semua mereka yang terlibat dalam

pembangunan dan penggubalan kurikulum mempunyai prasyarat ini!

c) Peringkat Pelaksanaan

Sesuatu kurikulum yang digubal secara berpusat mempunyai kekuatan,

dasar dan keutamaan, namun keadaan sebenar di peringkat akar umbi amat

berbeza dari segi kemudahan dan komunikasi. Masalah serius mungkin

Page 14: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

berlaku di peringkat pelakasanaan di mana terdapat gelinciran dan lompang

luas di antara perancangan dan pelaksanaan.

Persekitaran Sekolah Berbeza - kurikulum yang digubal secara berpusat

tidak dapat memenuhi keperluan semua sekolah kerana setiap sekolah

berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan dari segi kemudahan asas,

kualiti guru, persekitaran sekolah, latar belakang murid boleh menjejaskan

pencapaian aspirasi kurikulum. Sekolah yang mempunyai guru dan

pentadbir professional, kurikulum dilaksana dengan berkesan. Di sekolah

lain mungkin disebaliknya pula.

Penolakan Perubahan - perubahan kurikulum memerlukan perubahan

cara

penyampaian guru, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran baru.

Di kalangan guru perubahan kurikulum mengakibatkan pertambahan beban

kerja, keperluan mengubah perlakuan dan menguasai kemahiran baru.

Respons negatif ke atas perubahan kurikulum tidak menghasilkan apa-apa

impak ke atas pengajaran dan pembelajaran murid.

Tekanan Peperiksaan Awam - peperiksaan sering digunakan sebagai kayu

pengukur keberkesanan kurikulum. Namun begitu keutamaan kepada

Page 15: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

keputusan peperikasaan mengakibatkan back-lash ke atas aspirasi

kurikulum. Guru mengajar untuk keperluan peperiksaan dan bukan

memenuhi kehendak kurikulum.

Strategi Penyebaran - mod penyebaran secara cascade mempunyai banyak

kelemahannya. Kecairan maklumat, salah faham dan kekeliruan berlaku

semasa penyampaian kursus-kursus kepada guru pelaksana. Namun mod ini

merupakan yang selalu digunakan untuk menyebarkan kurikulum ke

peringkat grass-root.

Page 16: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

e) Keputusan Dibuat Secara Kolektif

Satu kekuatan sistem pendidikan berpusat adalah setiap keputusan dibuat

secara kolektif melibatkan pelbagai peringkat pentadbiran. Walau pun ada

agensi yang dipertanggungjawab untuk merancang dan menggubal

kurikulum, secara realitinya proses perancangan dikongsi bersama dengan

pelbagai pihak dan semua keputusan dibuat secara kolektif.

Namun begitu kejayaan pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum

memerlukan:

Political Will - . bukan semua penyemakan dan perubahan kurikulum

menghadapi kekangan dan halangan. Mata pelajaran dan program boleh

dilaksanakan dengan berkesan sekiranya mendapat sokongan daripada pihak

yang berwibawa serta berpengaruh atau pun idea perubahan dipelopori

mereka. Perubahan kurikulum mendapat peruntukan kewangan yang

banyak, peralatan dan sokongan serta kemudahan. Semestinya pelaksanaan

f) Masalah Kurikulum Sama Untuk Semua

Kurikulum sama yang disediakan untuk semua tidak dapat melayani

Page 17: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

kehendak dan latar belakang pelbagai pelajar. Kanak-kanak sekolah yang

datang dari kawasan pedalaman mempunyai pengalaman yang berbeza

dengan kanak-kanak di bandar. Andaian-andaian dalam kandungan

kurikulum tidak mengambil kira apa yang dibawa oleh murid ke dalam bilik

darjah dari segi pengetahuan awal dan budaya mereka. Ada yang

menganggap kurikulum bersifat bias kepada pengalaman di Bandar. Ini

boleh menimbulkan ketidakselesaan murid dalam pembelajaran sehingga

menyebabkan mereka hilang minat dan berhenti awal dalam persekolahan

mereka.

Guru juga tidak terlatih untuk menangani masalah ini. Bantuan-bantuan

yang diberi setakat ini semuanya bersifat luaran seperti penyediaam

makanan tambahan, buku teks dan pakaian sekolah percuma. Apa yang

diperlukan adalah sokongan dalam menyesuaikan kurikulum dengan iklim

dan dunia pelajar dari segi pengalaman dan latar belakang budaya mereka.

g) Kurikulum dan Penilaian

Bentuk penilaian merupakan satu aspek yang penting dalam penentuan

Page 18: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

pelaksanaan kurikulum. Maklumat dari penilaian dan pentaksiran

dikumpul untuk tujuan mengumumkan pencapaian pelajar dalam membuat

keputusan berhubung dengan perancangan kurikulum, pengajaran dan

pembelajaran, penilaian dasar pemilihan dan diagnosis, bimbingan dan

kaunseling, penempatan, serta pemberian biasiswa dan hadiah.

Hasil pentaksiran kini jarang sekali dimanfaat untuk membetulkan

kekurangan dalam pelaksanaan kurikulum berpusat atau pemahaman

terhadap impak kurikulum dan pedagogi untuk menggiatkan penglibatan

pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Ramai ibu bapa yang masih

percaya kepada peperiksaan luar yang tidak mengambil kira kepelbagaian

sedia wujud dan akan mempengaruhi pencapaian pelajar mengikut sekolah

dan tempat. Banyak telah diperkatakan mengenai peperiksaan tradisional

dan ketidaksesuaiannya untuk mengadili pelajar jika terdapat perbezaan

dalam merealisasikan ukuran yang sama jika keadaan yang wujud tidak

sama. Bentuk pentaksiran yang baru perlu diadakan untuk menilai aplikasi

pengetahuan pelajar dalam konteks yang sebenar.

Page 19: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

6.0 Penutup

Oliva (2005) mengutarakan sepuluh aksiom berhubung prinsip-prinsip

pengembangan kurikulum. Salah satu aksiom adalah “pengembangan

kurikulum merupakan satu proses yang tiada penamatnya” (curriculum

development is a never-ending process). Pelancaran Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010) pada 17 Januari 2007 akan

menyaksikan perubahan-perubahan ketara dalam perancangan dan

pembangunan kurikulum persekolahan negara. PIPP dirangka untuk

melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik,

progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Dalam merealisasikan misi nasional

Page 20: dr rashid asgmt 2 31 ok.docx

ini pihak berwajib perlu menggariskan fokus, merancang strategi dan pelan

pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negara relevan sesuai dengan

kehendak semasa dan akan datang