rekabentuk latihan [1]

40
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN ____________________________________________________________________________ ________________ 1. PENDAHULUAN Organisasi sebagai satu sistem tidak dapat lari daripada melakukan perubahan. Ini berikutan proses interaksi berterusan antara sesebuah organisasi itu dengan persekitaran. Setelah organisasi semakin bertambah besar, lebih banyak lapisan pengurusan perlu ditambah di dalam struktur yang sedia ada. Pengurus cuba untuk membentuk struktur organisasi mereka berdasarkan rangka stuktur berhiraki dengan menggunakan peraturan yang seragam dan pengawalan yang dibuat pada peringkat pusat. Setelah organisasi bertambah besar, penilaian semula struktur yang sedia ada diperlukan untuk mencapai tahap keberkesanan dan kecekapan yang optimum. Proses pengorganisasian adalah cara di mana kerja dapat diatur dan peruntukan di kalangan para anggota organisasi supaya matlamat-matlamat organisasi berkenaan dapat dicapai dengan cekap. Bagi tujuan 1

Upload: nik-nur-munirah

Post on 18-Jun-2015

3.945 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

1. PENDAHULUAN

Organisasi sebagai satu sistem tidak dapat lari daripada melakukan perubahan.

Ini berikutan proses interaksi berterusan antara sesebuah organisasi itu dengan

persekitaran. Setelah organisasi semakin bertambah besar, lebih banyak

lapisan pengurusan perlu ditambah di dalam struktur yang sedia ada. Pengurus

cuba untuk membentuk struktur organisasi mereka berdasarkan rangka stuktur

berhiraki dengan menggunakan peraturan yang seragam dan pengawalan yang

dibuat pada peringkat pusat. Setelah organisasi bertambah besar, penilaian

semula struktur yang sedia ada diperlukan untuk mencapai tahap keberkesanan

dan kecekapan yang optimum. Proses pengorganisasian adalah cara di mana

kerja dapat diatur dan peruntukan di kalangan para anggota organisasi supaya

matlamat-matlamat organisasi berkenaan dapat dicapai dengan cekap. Bagi

tujuan ini, latihan adalah diperlukan. Latihan adalah satu pengalaman

pembelajaran yang bertujuan untuk mencapai suatu tahap perubahan secara

relatifnya berkekalan agar kebolehan mereka menjalankan tugas bertambah

baik. Ia merangkumi perubahan kemahiran, pengetahuan, sikap atau tingkah

laku.

Latihan boleh ditakrifkan sebagai aktivit-aktiviti organisasi yang dicipta untk

mengubah pekerja melalui proses pembelajaran agar mereka boleh melakukan

kerja-kerja mereka dengan cekap. Difinasi ini membayangkan bahawa para

pekerja akan berubah hasil daripada proses latihan. Latihan untuk kakitangan

1

Page 2: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

perlu dijalankan secara berterusan memandangkan jabatan-jabatan beroperasi

dalam persekitaran yang berubah. Oleh itu kakitangan jabatan perlu dilatih

supaya mereka dapat melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran

yang akan dibawa oleh perubahan tersebut. Latihan untuk kakitangan perlu

disusun secara sistematik, bersesuaian dengan dasar kualiti jabatan.

2. PENGENALAN KEPADA TEORI PEMBELAJARAN

Teori merupakan sumber hipotesis atau dugaan-dugaan tentang proses

pembelajaran yang telah diuji kebenarannya melalui eksperimen dan

penelitian. Teori juga merupakan satu set prinsip yang berinteraksi, terjalin

dan saling bergantung serta bertujuan menjelaskan pelbagai pemerhatian dan

fakta. Setiap teori memiliki konsep atau prinsip sendiri. Dengan mempelajari

teori pembelajaran pengertian seseorang tentang bagaimana terjadinya proses

belajar akan meningkat. Ada banyak faktor teori-teori belajar, setiap teori

memiliki konsep atau prinsip sendiri. Berdasarkan perbezaan sudut pandang

ini maka teori belajar tersebut dapat dikelompokan. Teori belajar yang

terkemuka diabad ini dapat dikelompokkan dalam dua kelompok iaitu

kolompok teori bahaviorisme dan kelompok teori kognitivisme.

2

Page 3: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

2.1 Teori Behaviorisme

Teori ini juga dikenali sebagai teori tingkah laku atau rangsangan balas

yang dipelopori oleh empat tokoh utama iaitu Thorndike, Pavlon,

Watson dan Skinner. Menurut kelompok teori behaviorisme, manusia

sangat dipengaruhi oleh kejadian-kejadian di dalam lingkungannya

yang akan memberikan pengalaman-pengalaman belajar. Belajar

adalah proses perubahan tingkahlaku yang terjadi kerana adanya

stimuli dan respon yang dapat diamati. Menurut teori ini manupulasi

lingkungan sangat penting agar dapat diperolehi perubahan tingkah

laku yang diharapkan. Teori behaviorisme ini sangat menekankan

pada apa yang dapat dilihat iaitu tingkah laku, tidak memperhatikan

apa yang terjadi di dalam fikiran manusia. Secara amnya, teori tingkah

laku percaya bahawa faktor-faktor persekitaran, bukannya pemikiran

yang menggalakkan pembelajaran. Teori ini dipilih untuk digunakan di

dalam latihan ini kerana ianya mempunyai beberapa kelebihan dan

boleh diaplikasikan dengan konteks pembelajaran antara fasilitator dan

juga pelatih. Tuntutan dari teori ini adalah pentingnya merumuskan

tujuan pembelajaran secara jelas dan spesifik supaya mudah dicapai

dan diukur teori ini juga penting kerana latihan yang bakal di adakan

bercorak kemahiran dan sesuai dengan aplikasi teori ini.

3

Page 4: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

2.2 Teori Kognitif

Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka

panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif

ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran

pembelajaran. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana

pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan

mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Individu

memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori

ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan lepas.

Untuk membantu individu memperolehi maklumat, rekabentuk

perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar

maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi. Dengan lain

perkataan perkembangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan

jalan mengatur bahan yang akan dipelajari dan penyajiannya sesuai

dengan tingkat pekembangannya.

Sebagai kesimpulan, teori ini menyatakan bahawa fasilitator perlu

memastikan peserta mempunyai kefahaman yang sama terhadap

sesuatu pelajaran, menggalakkan situasi pembelajaran yang lebih

menekankan kepada proses pemahaman bukannya penghafalan dan

peserta juga perlu diberi kebebasan untuk belajar sendiri dengan

dibantu oleh fasilitator semasa melibatkan diri dalam aktiviti harian.

4

Page 5: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

3. DESKRIPSI LATIHAN

Dokumentasi ini akan memperkatakan tentang perancangan dan pelaksanaan

program latihan yang telah dibuat untuk Island & Peninsular Berhad.

3.1 Tajuk Latihan

Kursus latihan ialah “ Office Management System (OMS) atau Sistem

Pengurusan Pejabat” di Island & Peninsular Berhad.

3.2 Tujuan Latihan

Kursus ini diadakan bagi memperkenalkan suatu sistem pengurusan

maklumat yang lebih sistematik dan dapat diaplikasikan kepada

seluruh warga kerja Island & Peninsular Berhad. Kursus ini dianjurkan

oleh Jabatan Sistem Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sumber

Manusia. Kursus ini telah diadakan selama 3 hari bermula daripada 18

November 2002 sehingga 19 November 2002.

3.3 Latar Belakang

Island & Peninsular Berhad adalah salah sebuah anak syarikat

Permodalan Nasional Berhad. Di Island & Peninsular Berhad terdapat

18 jabatan yang terdiri daripada bahagian-bahagian masing-masing.

5

Page 6: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

Ia juga mempunyai beberapa buah cawangan di Semenanjung

Malaysia , Sabah, Sarawak, Indonesia dan juga Kuala Lumpur. Selain

menjalankan aktiviti hartanah Island & Peninsular Berhad juga

menjalankan aktiviti perladangan.

Bahagian yang menganjurkan kursus ialah Jabatan Sistem Teknologi

Maklumat dan Pembangunan Sumber Manusia. Kedua-dua jabatan ini

adalah jabatan yang terbesar di Island & Peninsular Berhad ia juga

merupakan bahagian terpenting kerana semua proses berkaitan

perkhidmatan bagi semua kakitangan serta mengendalikan pengurusan

sistem yang baru termasuklah menguruskan aktiviti-aktiviti latihan.

Kursus ini bertujuan untuk memudahkan sistem pengurusan kepada

kakitangan dan menjadikan segala urusan bertambah mantap, berjalan

dengan lancar dan sistematik.

Arahan pertama yang telah di keluarkan oleh Jabatan Sistem Maklumat

melalui Memorandum bertarikh 10 Januari 2002 yang mengatakan satu

sistem pengurusan baru yang di kenali dengan “Office Management

System” atau OMS akan diperkenalkan. Penggunaan sistem ini telah

diberikan satu tempoh percubaan selama 8 bulan bermula dari Februari

2002. Namun begitu di dalam tempoh percubaan ini, terdapat beberapa

masalah yang telah dapat dikenalpasti seperti penghantaran data dari

jabatan yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan,pemprosesan

maklumat yang tidak sistematik, sistem yang sentiasa terganggu dan

6

Page 7: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

sistem yang lembab. Terdapat juga cawangan lain yang langsung tidak

mengetahui tentang penggunaan sistem tersebut . Sehubungan dengan

itu, Jabatan Sistem Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sumber

Manusia telah membuat satu mesyuarat dan menjemput semua ketua

cawangan dan ketua jabatan bagi memaklumkan berkenaan sistem

tersebut dan peraturan-peraturan baru serta kebaikan ke arah

perlaksanaan sepenuhnya sistem tersebut. Dengan kerjasama

sepenuhnya dari ketua-ketua cawangan dan jabatan, sistem ini telah

diaplikasikan secara elektronik. Dr. Azli Ali selaku ketua pengarah

Jabatan Sistem Teknologi Maklumat telah mengeluarkan notis dan

mengarahkan seluruh cawangan dan jabatan menggunakan sistem baru

yang telah diperkenalkan dan memastikan perancangan yang telah

dilakukan berjalan dengan lancar. Sehubungan dengan ini juga sesi

pemantauan telah dilakukan untuk mendapatkan pandangan, tindak

balas, reaksi kakitangan terhadap penggunaan sistem baru yang

diperkenalkan. Bermula dari January 2003, penggunaan sistem ini

telah dikuatkuasakan sepenuhnya terhadap kakitangan Island &

Peninsular Berhad.

Sistem Pengurusan Pejabat atau lebih dikenali dengan “OMS” adalah

salah satu sistem yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Sistem

Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sumber Manusia. Di dalam

sistem “OMS” ini terbahagi kepada Modul Permohanan Cuti, Modul

Pinjaman Perumahan, Modul Penjawatan, Pemerosesan Tuntutan

7

Page 8: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

Bayaran, Permohonan Pembelian Barangan Koperasi, Permohonan

Alatulis, Pemerosesan Data Saham dan Pemerosesan Pengeluaran

Dividen Kakitangan. Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah untuk

memudahkan kakitangan menjalankan tugas harian mereka. Oleh

kerana tiadanya penguatkuasaan daripada pihak atasan maka ianya

diabaikan dan dipandang remeh oleh sesetengah kakitangan di Island

& Peninsular Berhad. Dengan pengumuman serta notis dan

memorandum yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan

Sistem Teknologi Maklumat maka semua Bahagian/Jabatan dan

Cawangan-Cawangan telah menggunakan Sistem OMS dengan

sepenuhnya. Setelah sistem ini diperkenalkan dan telah digunakan

terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti oleh pihak Jabatan

Sistem Teknologi Maklumat iaitu terdapat kakitangan di organisasi

tersebut yang masih lagi tidak menggunakan sistem tersebut. Ini kerana

mereka tidak mendapat pengetahuan yang sepenuhnya dari segi

kemahiran, kefahaman dan cara bagaimana untuk melaksanakan sistem

tersebut. Oleh itu analisis trainabiliti telah dilakukan.

3.4 Analisis Trainabiliti

Dengan membuat analisis trainabiliti, kita dapat mengenalpasti dan

membahagikan semua masalah tersebut kepada dua kategori utama

iaitu masalah yang dapat diatasi melalui program latihan dan masalah

yang perlu diatasi melalui tindakan bukan latihan. Terdapat 3 tahap

dalam analisis ini iaitu :-

8

Page 9: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

i. Analisis Risiko Program Latihan

ii. Analisis Risiko Perubahan Faktor Kontekstual

iii. Analisis Risiko Jurang Masa

3.5 Analisis Risiko Program Latihan

Rujuk Jadual 1

Berdasarkan kepada jadual tersebut, masalah prestasi yang telah

dikenalpasti ialah kakitangan tidak memahami cara sebenar pengisian

maklumat tersebut. Masalah ini adalah pada tahap individu itu sendiri

yang kurang pengetahuan tentang maksud yang terdapat di dalam

sistem tersebut. Ia berpunca daripada kurangnya pendedahan tentang

istilah-istilah yang digunakan. Masalah tidak mahir menggunakan

komputer berpunca daripada kegagalan individu untuk mempelajari

ilmu pengkomputeraan lebih-lebih lagi bagi kakitangan yang telah

berusia. Mereka merasakan teknologi ini hanya sesuai untuk golongan

muda sahaja. Ini membuktikan bahawa sikap individu itu sendiri yang

tidak mahu mencuba sesuatu yang baru.

Masalah tidak cukup masa kerana bebanan tugas harian juga

sebenarnya disebabkan daripada ketidakbolehan individu untuk

membagikan masa mereka kerana sistem yang diperkenalkan ini

sebenarnya akan memudahkan tugas-tugas harian mereka. Di samping

masalah-masalah tersebut, kakitangan ini juga sebenarnya kurang

memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan mereka. Ini

adalah kerana motivasi yang rendah terhadap individu berkenaan.

9

Page 10: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

3.6 Analisis Risiko Perubahan Faktor-Faktor Kontekstual

Rujuk Jadual 2

Bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan Island &

Peninsular Berhad, empat faktor kontekstul tekah dikenalpasti : sikap,

pengetahuan, kemahiran menggunakan komputer dan kemudahan yang

disediakan oleh organisasi. Skala yang digunakan adalah daripada 1 –

10, dengan angka 1 untuk paling lemah dan angka 10 untuk paling

kuat. Sikap merujuk kepada tingkah laku dan pandangan individu

terhadap pekerjaannya. Jika dirujuk kepada jadual 2, sikap merupakan

perkara yang banyak mempengaruhi masalah pretasi pekerja iaitu

dengan angka 8. Pekerja menunjukkan sikap sambil lewa dalam

banyak perkara. Pekerja juga sebenarnya tidak memberikan komitmen

terhadap bidang pekerjaan mereka di mana ianya boleh dilihat dengan

skala 8 diberikan kepada kurangnya pendedahan pengetahuan tentang

bidang tugas, tidak mahir menggunakan komputer dan tidak pandai

membahgikan masa untuk menyiapkan tugas harian mereka mengikut

tempoh yang telah ditetapkan.

Pengetahuan merujuk kepada sejauh mana pekerja mengambil

perhatian terhadap bidang kerja mereka. Perkara ini juga merupakan

salah satu daripada faktor yang banyak mempengaruhi tingkah laku

pekerja di mana skala 7 diberikan kepada faktor kurangnya

pengetahuan tentang tugas-tugas harian.

10

Page 11: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

Masalah tidak cukup masa dan tidak memberikan komitmen

dipengaruhi dengan skala 1 dan yang paling rendah ialah masalah tidak

dibekalkan dengan komputer dengan skala 1. Kemahiran

menggunakan komputer merujuk kepada sejauh mana pekerja

berkebolehan dalam bidang teknologi maklumat. Faktor ini

mempengaruhi dengan kadar sederhana iaitu dengan skala 5 sahaja.

Manakala bagi faktor kemudahan yang disediakan oleh organisasi pula

paling lemah mempengaruhi masalah pretasi pekerja kerana pekerja

cuma mengalami masalah kekurangan komputer bukannya ketiadaan

komputer. Secara keseluruhannya, setiap daripada faktor-faktor di atas

sedikit sebanyak mempengaruhi masalah prestasi pada kekuatan yang

berbeza.

3.7 Analisis Risiko Jurang Masa

Rujuk Jadual 3

Risiko Jurang Masa merupakan satu lagi risiko tambahan program

latihan. Risiko ini berpunca daripada perbezaan masa iaitu tarikh

dijangka sesuatu projek itu siap dengan perancangan yang telah

ditetapkan mengikut tarikh sebenar ia siap. Jadual 3 menunjukkan

analisis risiko jurang masa bagi setiap masalah pretasi yang dihadapi

oleh pekerja.

11

Page 12: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

Masalah yang mempunyai risiko yang paling besar ialah masalah tidak

cukup pengetahuan tentang tugas-tugas harian. Masalah ini mengambil

masa 5 bulan untuk diselesaikan. Sebagaimana yang telah dijelaskan

dalam jadual 2 dan 3, semua nilai risiko latihan yang berpunca

daripada faktor kontekstual dan jangka masa adalah kecil.

3.8 Rumusan Risiko

Rujuk Jadual 4

Langkah terakhir dalam proses menganalisis trainabiliti ialah dengan

memadamkan piawaian indeks risiko latihan dengan indeks trainabiliti

untuk setiap masalah. Piawai indeks risiko latihan mempunyai julat

daripada 0.01 hingga 1.00. Berdasarkan jadual tersebut suatu rumusan

risiko program latihan, risiko perubahan faktor-faktor kontekstual dan

risiko jurang masa. Setelah itu, berdasarkan kepada Indeks Trainabiliti,

setiap masalah akan dikaji untuk mengetahui sama ada ianya boleh

diselesaikan dengan latihan ataupun sebaliknya.

Didapati bahawa masalah tidak dibekalkan dengan komputer

mempunyai risiko tinggi, namun begitu masalah ini lebih berhubung

kait dengan organisasi dan ianya telah pun diselesaikan. Masalah tidak

memahami cara pengisian maklumat pula mempunyai sedikit risiko,

namun masalah ini masih boleh diselesaikan dengan lathan, manakala

masalah-masalah lain pula mempunyai risiko rendah.

12

Page 13: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

Dengan cara ini bolehlah di rumuskan bahawa masalah prestasi pekerja

akan dapat diatasi dengan program latihan. Ini kerana kesemua indeks

trainabiliti mempunyai nilai kurang daripada 0.49.

3.9 Analisis Keperluan Latihan (AKL)

Rujuk Jadual 5

Analisis Keperluan Latihan ialah satu proses untuk mengenalpasti

kakitangan yang memerlukan latihan serta bidang latihan yang

diperlukan. Bagi Kursus Pengurusan Pejabat atau OMS pihak jabatan

telah menetapkan agar kakitangan di setiap Jabatan diberikan kursus

ini. Bagi mengenalpasti masalah ini, pihak Island & Peninsuar telah

menggunakan borang Keperluan Latihan. .

3.10 Objektif Latihan

Untuk memastikan jabatan/bahagian menggunakan sistem yang sama,

memudahkan tugas harian kakitangan dan mengemaskini data yang

sedia ada. Selepas mengikut kursus ini, peserta akan dapat :-

Meningkatkan kefahaman pengisian data dengan betul

Menambahkan pengetahuan tentang bidang tugas mereka

Dapat menguruskan masa dengan baik

Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer

13

Page 14: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

3.11 Kumpulan Sasar

Golongan yang menjadi sasaran utama untuk menyertai kursus ini

ialah pekerja di bahagian Perkeranian yang bertugas di Bahagian

masing-masing. Seramai 20 orang perserta diwajibkan menyertai

kursus ini.

3.12 Lokasi Latihan

Kursus ini dijalankan di Bilik Latihan, Bahagian Sistem Teknologi

Maklumat, Tingkat 3, Bangunan Peninsular, Taman Setiawangsa,

54200 Kuala Lumpur. Semua jabatan akan merujuk ke Bahagian

Sistem Maklumat jika mempunyai sebarang permasaalahan berkaitan

dengan sistem data.

3.13 Tempoh Latihan

Kursus ini diadakan selama 3 hari bermula dari 18 November 2002

hingga 20 November 2002.

3.14 Jadual Latihan

Tarikh / Masa

18/11/2002 (Isnin)

Perkara

8.30 pagi - 9.00 pagi

9.00 pagi - 10.00 pagi

10.00 pagi - 10.30 pagi

10.30 pagi - 11.00 pagi

11.00 pagi - 12.45 tgh

12.45 tgh - 2.00 ptg

2.00 tgh - 4.15 ptg

4.15 ptg - 4.30 ptg

Pendaftaran Peserta

Taklimat Kursus

Instalasi / Utiliti

Rehat/ Minum Pagi

Pengenalan Kepada Sistem

Rehat/ Makan Tengahari

Sambungan Pengenalan Kepada Sistem

Minum Petang

14

Page 15: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

Tarikh / Masa

19/11/2002 (Selasa)

Perkara

9.00 pagi - 10.30 pagi

10.30 pagi - 11.00 pagi

11.00 pagi - 12.45 tgh

12.45 tgh - 2.00 ptg

2.00 ptg - 3.30 ptg

3.30 ptg - 4.00 ptg

4.00 ptg - 5.00 ptg

Modul Permohonan Cuti

Rehat/ Minum Pagi

Demo, Latihan, Pertayaan dan

Soal Jawab

Rehat/ Makan Tengahari

Pengenalan Kepada Sistem Pinjaman Perumahan

Minum Petang

Cara Memohon & Pemerosesan Pinjaman

Tarikh / Masa

20/11/2002 (Rabu)

Perkara

9.00 pagi - 10.30 pagi

10.30 pagi - 11.00 pagi

11.00 pagi - 12.45 tgh

12.45 tgh - 2.00 ptg

2.00 ptg - 3.30 ptg

3.30 ptg - 4.00 ptg

4.00 ptg - 5.00 ptg

Modul Penjawatan dan

Pemerosesan Tuntutan Bayaran

Rehat/ Minum Pagi

Modul Pembelian Barangan Koperasi Kepada

Kakitangan

Rehat / Makan Tengahari

Pemerosesan Data Saham

Minum Petang

Pemerosesan Pengeluaran Dividen

15

Page 16: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

3.15 Pengendalian Latihan dan Fasilitator

Pengendali Kursus ini ialah :-

En. Rozaidi Idris

Pengurus Kanan Pembangunan Sumber Manusia

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

Tingkat 2, Bangunan Peninsular

Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

Tel : 03-41086570

Fasilitator Kursus ialah :-

En. Hilman Haziq bin Badrolhisham

Pegawai Sistem Maklumat

Bahagian Teknologi Sistem Maklumat

Tingkat 3, Bangunan Idaman Peninsular

Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur

Tel : 03 - 42567100

Pn. Raja Aliza Raja Nazrin

Pegawai Sistem Maklumat

Bahagian Teknologi Sistem Maklumat

Tingkat 3, Bangunan Idaman Peninsular

Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur

Tel : 03 - 42567100

16

Page 17: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

4. PELAN LATIHAN

Pelan latihan merupakan tajuk kursus yang hendak di ajar berdasarkan tugas

yang telah dikenalpasti semasa analisis keperluan latihan dijalankan dan

disesuaikan pula dengan prestasi yang tercatat di dalam kenyataan objektif

latihan. Pengisian pelan latihan bagi Kursus Pelaksanaan Sistem Pengurusan

Maklumat ini adalah seperti berikut :

i. Pelan Latihan 1

ii. Pelan Latihan 2

iii. Pelan Latihan 3

17

Page 18: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

4.1 Pelan Latihan 1

Tajuk Latihan : Kursus Perlaksanaan Sistem Pengurusan Pejabat (OMS)

Tajuk Pembelajaran : Instalasi/Utiliti dan Pengenalan Kepada Sistem

Tarikh : 18 November 2002 (Isnin)

Objektif Pembelajaran :

Di akhir sessi ini, peserta dapat :

i) memahami cara-cara instalasi/Utiliti sistem

ii) mendapat pengetahuan tentang sistem dan prosedur pejabat

iii) memahami kepentingan modul utama dan tujuan sistem ini diadakan

Topik Teknik Masa Tempat Fasilitator Peralatan Catatan

Instalasi Utiliti

Penerangan &

Latihan Praktikal

30 minit Bilik Latihan

En. Rozaidi Bin Idris

Nota Edaran & LCD

Baik

Pengenalan Kepada Sistem

Syarahan & Penerangan

1 jam 45 minit

Bilik Latihan

En. Hilman Haziq Bin Badrolhisham

Nota Edaran & LCD

Baik

Pengisian Maklumat Utama

Perbincangan & Latihan Praktikal

2 jam 15 minit

Bilik Latihan

En. Hilman Haziq Bin Badrolhisham

Nota Edaran & LCD

Baik

Penilaian : Isi kandungan pembelajaran sangat baik. Semua peserta

memahami perkara-perkara penting berkenaan dengan sistem

tersebut.

18

Page 19: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

4.2 Pelan Latihan 2

Tajuk Latihan : Kursus Perlaksanaan Sistem Pengurusan Pejabat (OMS)

Tajuk Pembelajaran : Pengisian Maklumat Cuti, Pinjaman Perumahan

Tarikh : 19 November 2002 (Selasa)

Objektif Pembelajaran :

Di akhir sessi ini, peserta dapat :

i) mengetahui cara-cara yang betul untuk mengemaskini maklumat cuti tahunan,

perancangan cuti, cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti peperiksaan

ii) mengetahui cara memohon pinjaman perumahan, kelayakkan, proses pinjaman

iii) melaksanakan pengemaskini mengikut panduan yang ditetapkan

Topik Teknik Masa Tempat Fasilitator Peralatan Catatan

Pengisian Maklumat Cuti

Penerangan &Latihan Praktikal

I jam30 minit

Bilik Latihan

En. Hilman Haziq Bin

Badrolhisham

Nota Edaran &

LCD

Baik

Pengisian Maklumat Cuti

Demo, Latihan, Pertanyaan dan

Soal Jawab

1 jam45 minit

Bilik Latihan

En. Hilman Haziq Bin

Badrolhisham

Nota Edaran &

LCD

Baik

Pengenalan Kepada Sistem Pinjaman Perumahan

Perbincangan & Latihan Praktikal

1jam 30 minit

Bilik Latihan

En. Hilman Haziq Bin

Badrolhisham

Nota Edaran &

LCD

Baik

Cara Memohon & Pemerosesan Pinjaman

Perbincangan & Latihan Praktikal

1 jam Bilik Latihan

En. Hilman Haziq Bin

Badrolhisham

Nota Edaran &

LCD

Baik

Penilaian : Semua peserta memahami mengapa modul-modul ini sangat

penting untuk dikemaskinikan kerana ia akan mempengaruhi

proses penilaian setiap tahun dan juga cara untuk memohon

pinjaman serta pemerosesan pinajman.

19

Page 20: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

4.3 Pelan Latihan 3

Tajuk Kursus : Kursus Perlaksanaan Sistem Pengurusan Pejabat (OMS)

Tajuk Pembelajaran : Modul Penjawatan, Pemerosesan Tuntutan Bayaran,

Modul Pembelian Barangan Koperasi, Pemerosesan Data

Saham dan Pemerosesan Pengeluaran Dividen.

Tarikh : 20 November 2002 (Rabu)

Objektif Pembelajaran :

Di akhir sessi ini, peserta dapat :

i) mengetahui cara-cara yang betul untuk mengemaskini tuntutan bayaran

ii) mengetahui cara pembelian barangan koperasi kepada kakitangan Island &

Peninsular Berhad

iii) melaksanakan pemerosesan data saham dan pemerosesan dividen syarikat

Topik Teknik Masa Tempat Fasilitator Peralatan Catatan

Pengisian Penjawatan dan Pemerosesan Tuntutan Bayaran

Penerangan &Latihan Praktikal

30 jam Bilik Latihan

Pn. Raja Aliza Raja Nazrin

Nota Edaran &

LCD

Baik

Modul Pembelian Barangan Koperasi

Demo, Latihan, Pertanyaan dan

Soal Jawab

1 jam 45minit

Bilik Latihan

Pn. Raja Aliza Raja Nazrin

Nota Edaran &

LCD

Baik

Pemerosesan Data Saham

Perbincangan & Latihan Praktikal

1 jam 30 minit

Bilik Latihan

Pn. Raja Aliza Raja Nazrin

Nota Edaran &

LCD

Baik

Pemerosesan Pengeluaran Dividen

Perbincangan, Penerangan &

Latihan Praktikal

1 jam Bilik Latihan

Pn. Raja Aliza Raja Nazrin

Nota Edaran &

LCD

Baik

20

Page 21: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

Penilaian : Semua peserta memahami faedah-faedah yang terdapat di

dalam sistem OMS dan teknik yang betul menggunakannya.

Selain dari itu setiap peserta rata-rata menyatakan sistem ini

amat mudah untuk digunakan serta lebih cepat.

5. PENILAIAN

Penilaian merupakan proses terakhir yang dilakukan dalam sesuatu proses

mereka bentuk latihan. Hasil daripada penilaian yang dibuat akan dijadikan

input dalam setiap langkah mereka bentuk program latihan seterusnya.

5.1 Method Penilaian

Method yang digunakan bagi menilai kursus ini adalah melalui borang

penilaian yang diedarkan kepada peserta. Borang penilaian ini adalah

dibuat dengna mengumpul data-data menurut persepsi peserta terhadap

topik, penyampaian dan keperluan/kepentingan latihan.

5.2 Penilaian Reaksi

Para peserta amat berpuas hati dengan layanan yang diterima semasa

latihan ini dijalankan. Pihak penganjur juga mengutamakan keselesaan

para peserta semasa kursus ini dijalankan. Mereka juga amat berpuas

hati dengan latihan yang telah diberikan serta layanan yang diterima

daripada fasilitator.

21

Page 22: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

5.3 Penilaian Pembelajaran

Pandangan dan pendapat yang diterima daripada para peserta

menyatakan mereka memahami objektif yang hendak disampaikan

serta memahami tujuan “Sistem OMS” ini dilaksanakan. Para peserta

juga akan menggunakan sistem ini di dalam menjalankan tugas

seharian mereka. Segala ilmu yang diperolehi akan diaplikasikan

setelah pulang dari mengikuti kursus ini. Sistem ini juga dapat

memudahkan segala urusan dan mempercepatkan segala proses yang

berkaitan. Didapati juga kefahaman para peserta meningkat setelah

mengikuti kursus ini.

5.4 Penilaian Objektif

Prestasi kerja para peserta meningkat selepas mengikuti kursus ini.

Mereka telah menggunkan Sistem OMS ini tanpa sebarang masalah.

Selain daripada itu, mereka juga telah meningkatkan servis yang

terbaik kepada pelanggan mereka. Mereka juga dapat menguruskan

masa dengan baik serta mempamirkan imej yang baik setelah pulang

daripada kursus ini. Ini telah membuktikan bahawa objektf ini telah

tercapai.

22

Page 23: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

6. Rumusan Dan Cadangan

Sebagai kesimpulannya, kursus ini berjaya kerana tujuan kursus dan objektif

kursus dapat dicapai sepenuhnya. Para peserta juga mencadangkan agar lebih

banyak lagi latihan seperti ini dijalankan. Dengan adanya latihan seperti ini

segala permasaalahan dapat diselesaikan secara berkumpulan. Mereka juga

mendapat kefahaman yang mendalam kerana segala pendapatan dan

pandangan dibincangkan bersama para peserta yang lain.

23

Page 24: rekabentuk latihan [1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DCE 3103 REKA BENTUK LATIHAN____________________________________________________________________________________________

Rujukan :

1. Amir Awang (1987), Corak Rancangan Pengajaran, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Asmah Ahmad, Modul Rekabentuk Latihan DCE 3103, Universiti Putra

Malaysia

3. Maimunah Ismail (1990). Pengembangan – Implikasi ke atas Pembangunan

Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Ibrahim Mamat (1996). Rekabentuk Latihan dan Pengurusan Latihan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

24