asgmt seni

17
PENGENALAN Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran- kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu.Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid. Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni NOR AZMIZA B. MOHD NOR 1 760516065465002

Upload: adieiena

Post on 10-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasaipelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melaluipendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi danmengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiranpengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu.Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikandi kalangan murid.

Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visualdan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teoridan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guruuntuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan,kemahiran dan nilai. Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihatdan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan danpemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagimemperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visualtermasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budayakebangsaan.SUASANA DALAM BILIK SENIAspek Fizikal

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal sesebuah bilik seni melibatkan kegiatan mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara yang berkaitan dengan tempat duduk pelajar, bahan bantu mengajar, sudut aktiviti, pameran, papan tulis, perabot dan lain-lain lagi. Suasana fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. Ini secara tidak langsung akan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari seni. Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.2. Perabot - perabot perlu sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian pengajaran dan pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Penggunaan kerusi plastik hendaklah dielakkan. Sebaik-baiknya gunakanlah bangku yang tidak bersandar. Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.3. Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran - terdapat bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai seperti carta, buku-buku dan lain-lain. 4. Alat Pengajaran Dan Pembelajaran - Alat pengajaran dan pembelajaran seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain perlu ada di dalam bilik seni untuk proses pengajaran dan pembelajaran.5. Peralatan Pendidikan Seni Visual - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk perlu ada. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.6. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran7. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.8. Poster keselamatan Poster perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan pendidikan seni visual.

9. Papan Maklumat papan maklumat ini hendaklah berfungsi sebagai memberikan maklumat semasa.10. Ruang Pejabat Guru - Sebaiknya di bilik/studio pendidikan seni visual juga terdapatnya pejabat guru kerana memudahkan segala pengurusan pendidikan seni visual sama ada dari segi pengurusan fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.Aspek SosialSuasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid khasnya di dalam bilik seni. Mok Soon Sang (2008), mengatakan bahawa guru perlu bijak dalam merangsang dan mengalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas. Suasana sosial dalam bilik seni penting untuk mewujudkan iklim pemebelajaran yang berkesan. Tanpa interaksi dan komunikasi, suasana sosial di dalam bilik seni akan menjadi muram dan pelajar akan cepat berasa bosan.Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan di sinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru.

(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif

(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid. Aspek EmosiSuasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi menimbulkan pelbagai tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya guru mengajar. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah, lucu dan adil. Suasana emosi juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan:(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir(iii) membentuk suasana yang meransang kreativitiBahagian Pameran - bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk. Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar atas hasil seni yang diilhamkan, maka hasil seni perlulah dipamerkan.

Budaya bilik seni yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra di antara sesama murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, yang menyentuh emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.EMPAT BIDANG DI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUALKandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:1. Menggambar2. Membuat Corak dan Rekaan3. Membentuk dan Membuat Binaan4. Mengenal Kraf TradisionalSetiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. MENGGAMBARDefinisi Menggambar

Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

Alat, Media dan Teknik

Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan lain-lain. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.Tujuan Menggambar

Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual

dan berbantukan komputer.

b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar

Teknik Catan

Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan.Teknik Kolaj

Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.Teknik Cetakan

Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.Teknik Resis

Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.Teknik Gosokan

Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.Teknik Stensilan

Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.Teknik Percikan

Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.Teknik Gurisan

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.Teknik Mozek

Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Teknik-teknik menggambar ini dapat kita aplikasi dan laksanakan dalam ruang bilik seni. Contohnya poster-poster yang dilukis di dalam ruang bilik seni dengan menggunakan teknik menggambar ini.

Contoh Poster Yang Dihasilkan Dengan Menggunakan Teknik MenggambarMEMBUAT REKAAN DAN CORAKRekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical danorganik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yangberunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucukrebung,bunga kiambang dan sebagainya.

Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:

alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;

bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting

geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;

abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan

rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah:1.Corak ulangsekata

4.Corakbertindih2.Corak berpusat

5.Corak selang seli3.Corak cerminan

6.Corak batu bataMotifflora yangmerupakan unsurtumbuhanyang amat digemaridan digunakan ialah pucuk rebung, bunga mangga, kenangga, cempaka, melur dan sebagainya. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan motif flora. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus swastika, gandaan huruf S,bulatan dan sebagainya.

Rekaan dan corak juga dapat dilaksanakan di dalam ruang bilik seni. Kebanyakan ruang di dalam bilik seni dihiasi dengan gambar yang dihasilkan daripada membuat rekaan dan corak.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANBidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:

(a) Arca timbul

(f) Model

(b) Arca asemblaj

(g) Diorama

(c) Arca mobail

(h) Boneka

(d) Arca stabail

(i) Topeng

(e) OrigamiJenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan.

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.Hasil membentuk dan membuat binaan ini akan dipamerkan di sudut pameran di dalam ruang bilik seni.

Contoh membentuk dan membuat binaanKRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar dan lain-lain lagi. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan Kraf tradisional terdiri daripada 10 jenis, iaitu:

(a) Alat Domestik

(f) Seni Tekat

(b) Alat Permainan

(g) Tembikar

(c) Alat Pertahanan Diri

(h) Seni Anyaman

(d) Batik

(i) Seni Ukiran Kayu

(e) Perhiasan diri

(j) Seni Tenunan

Contoh TembikarDi antara hasil membentuk dan membuat binaan yang dipamerkan

KESIMPULAN

Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula dari guru kemudian berkembang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu pelajar-pelajar juga penting - minat dan bakat merupakan dimensi-dimensi yang wajar digilap dan diasuh oleh guru sehingga menjadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu, dengan wujudnya bilik seni atau studio merupakan salah satu daripada faktor yang penting di dalam pendidikan seni visual.

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.

(2,776 patah perkataan)

RUJUKANJemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.OpenUniversityMalaysia,(2007) HBEF1403SenidanDalamPendidikan, UNITEM Sdn.Bhd.

NOR AZMIZA B. MOHD NOR

8760516065465002