asgmt analisis penyata kwgn

30
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH Ambilan Jun 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU. RBT 3110 PENGAJIAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN NAMA SAZALI BIN SAMPAM NO. ANGKA GILIRAN 2011122360632 NO KAD PENGENALAN 690401-05-5039 NO H/P 013-7472477 E-MEL [email protected] OPSYEN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI ( RBT 3 ) JUN 2011 TAJUK TUGASAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN NAMA PENSYARAH EN. MOHAMAD NURUL AZMI BIN MAT NOR JABATAN KEMAHIRAN HIDUP TARIKH HANTAR 7 SEPTEMBER 2013 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Upload: nur-afiqah-zali

Post on 28-Nov-2015

89 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

mengenai penyata kewangan

TRANSCRIPT

Page 1: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUHAmbilan Jun 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU.

RBT 3110PENGAJIAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

NAMA SAZALI BIN SAMPAM

NO. ANGKA GILIRAN

2011122360632

NO KAD PENGENALAN

690401-05-5039

NO H/P 013-7472477

E-MEL [email protected]

OPSYEN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI ( RBT 3 ) JUN 2011

TAJUK TUGASAN

ANALISIS PENYATA KEWANGAN

NAMA PENSYARAH

EN. MOHAMAD NURUL AZMI BIN MAT NOR

JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

TARIKH HANTAR 7 SEPTEMBER 2013

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

PERAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

1. Tandatangan :

...................................

Nama Penulis : SAZALI BIN SAMPAM

NO . I / C : 690401055039

Tarikh : 7 SEPTEMBER 2013

i

Page 3: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

PENGHARGAAN

saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya,

Kerja Kursus RBT 3110 ( Pendidikan Perniagaan Dan Keusahawanan ) dapat

disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan analisis peyata kewaga ini, saya

mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada

Encik Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor , pensyarah yang membimbing saya dalam

mata pelajaran RBT 3110 ini.Terima kasih kerana telah membimbing dan memberi

teguran yang sangat berharga serta menyemak tugasan saya semasa membuat kerja

kursus ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Kelas RBT 3 yang

turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk

menyiapkan tugasan diberi.

Pihak saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga

terutama isteri dan anak – anak yang memahami dan memberi sokongan padu

terhadap kesibukan diri kami dalam menyempurnakan tugasan ini. .

ii

Page 4: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN iPENGHARGAAN ii

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2

3.0 NISBAH KECAIRAN 3

4.0 NISBAH PENGURUSAN ASET 3 - 4

5.0 NISBAH KEBERUNTUNGAN 5 - 7

6.0 ANALISIS NISBAH KEBERUNTUNGAN 8 - 9

7.0 ANALISIS PENYATA PENDAPATAN 10 -15

BAHAN RUJUKAN 16

REFLEKSI 17 - 18

LAMPIRAN

BORANG KOLABORRASI

iii

Page 5: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

1.0 PENDAHULUAN

Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan pihak-

pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut.Pengguna-pengguna penyata

kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran syarikat.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai

kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa, prestasi

masa lampau dan prospek masa hadapan.Oleh kerana itulah, laporan penyata kewangan

hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang telah ditetapkan

dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian Accounting Standards Board

(MASB).FRS telah menetapkan maklumat-maklumat minimum yang perlu dilaporkan dalam

Penyata Tahunan sesebuah syarikat.

1.1 Tujuan

Analisis penyata kewangan bertujuan untuk :

1. Menjadikan maklumat lebih bermakna bagi membolehkan pengguna membuat

keputusan.

2. Menunjukkan perhubungan yang lebih bermakna dan trend sesuatu item kajian.

Perhubungan di antara angka-angka dalam penyata pendapatan, lembaran imbangan

atau kedua-duanya sekali dan perhubungan di antara amaun dalam penyata kewangan

tahun yang berturutan tidak jelas tanpa analisis. Analisis penyata kewangan membantu

pengguna membuat analisis yang lebih bermakna. Analisis peratusan dan nisbah dapat

menggambarkan perhubungan yang lebih bermakna di antara item-item dalam penyata

kewangan dan menunjukkan trend item kajian.

Contohnya, trend peningkatan atau penurunan untung bersih dalam tempoh lima

tahun.

3. Membantu pengguna mengukur sejauh mana prestasi dan kedudukan kewangan

perniagaan sekarang berbanding tahun-tahun sebelum atau berbanding perniagaan lain

dalam industri yang sama atau purata industri.

1

Page 6: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

2.0 KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah

AnalisisPerbandingan dan Analisis Nisbah.

i) Analisis Perbandingan

Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu:

Analisis

perbandingan

Keterangan Contoh

Asas

intrasyarikat

Data-data dalam syarikat itu

sendiri dibandingkan dengan

item-item yang serupa tetapi

dalam tahun yang berlainan.

Membandingkan hasil jualan dan untung

bersih tahun 2010 dengan hasil jualan dan

untung bersih tahun 2009 bagi Syarikat The

Store Berhad akan dapat menunjukkan

peningkatan atau penurunan hasil jualan dan

untung bersih tahun 2010 berbanding dengan

tahun 2009.

Asas

intersyarikat

Item - item dibandingkan antara

satu syarikat dengan syarikat

yang lain dalam tahun yang

sama sama ada syarikat itu

merupakan syarikat subsidari

dalam satu syarikat induk atau

syarikat yang sama industrinya

tetapi secara individu.

Untung bersih tahun 2010 bagi Syarikat The

Store Berhad dibandingkan dengan untung

bersih syarikat lain dalam tahun yang sama.

Asas purata

industri

Perbandingan dibuat dengan

purata industri di mana syarikat

itu beroperasi

Hasil jualan tahun 2010 bagi Syarikat The

Store Berhad dibandingkan dengan purata

hasil jualan semua syarikat dalam industri

yang sama dengan Syarikat Mydin Berhad,

iaitu purata hasil jualan Syarikat Sabasun

Berhad, Syarikat Borong Din Berhad dan

Syarikat Farhan Berhad

2

Page 7: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

3.0 NISBAH KECAIRAN

Kecairan merujuk kepada betapa cepat dan cekap (dikira dari segi kos urus niaga yang

rendah) aset dapat ditukarkan kepada tunai. Nisbah kecairan mengukur kecairan syarikat, iaitu

keupayaannya memenuhi tanggungjawab atau tuntutan liabiliti semasa. Kemampuan syarikat

menunaikan tanggungjawab kewangan jangka pendek ini dapat dilihat dengan merujuk kepada

butiran-butiran dalam aset semasa dan liabiliti semasa. Nisbah-nisbah kecairan yang lazim

digunakan ialah nisbah semasa, nisbah cepat dan nisbah tunai.

(i) Nisbah semasa

nisbah semasa = aset semasa

liabiliti semasa

(ii) Nisbah cepat

nisbah cepat = aset semasa - inventori

liabiliti semasa

(iii) Nisbah tunai

nisbah tunai = tunai + sekuriti boleh pasar

liabiliti semasa

4.0 NISBAH PENGURUSAN ASET

Pengurusan aset (asset management) mengukur kecekapan dan keberkesanan syarikat

dalam menguruskan aset. Syarikat perlu membuat keputusan asas tentang jumlah pelaburan

yang akan dibuat dalam akaun belum terima, inventori dan aset tetap. Seterusnya ia

bertanggungjawab untuk menggunakan aset-aset itu dengan berkesan. Kumpulan nisbah

pengurusan aset bergantung rapat dengan suasana persekitaran ekonomi dan keupayaan

pengurusan syarikat.

(i) Pusing ganti akaun belum terima

pusing ganti akaun belum terima = jualan kredit1

akaun belum terima

13

Page 8: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

(ii) Tempoh kutipan purata

Tempoh kutipan purata = 365

Pusing ganti belum terima

ATAU

Tempoh kutipan purata = akaun belum terima

jualan kredit sehari

(iii) Pusing ganti inventori

pusing ganti inventori = kos barang dijual

inventori

(iv) Tempoh purata jualan inventori

tempoh purata jualan inventori = 365

pusing ganti inventori

ATAU

tempoh purata jualan inventori = inventori

kos barang dijual sehari

(V) Pusing ganti aset tetap

pusing ganti aset tetap = jualan

Aset tetap bersih2

(vi) Pusing ganti jumlah aset

pusing ganti jumlah aset = jualan

Jumlah aset3

2435

Page 9: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

5.0 . NISBAH KEBERUNTUNGAN

Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi

sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.Nisbah yang berkaitan dengan

keberuntungan adalah :

i) Margin Untung

digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan

bersih bagi suatu tempoh.

Formula :

ii) Pusing Ganti Aset

digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan perniagaan

menggunakan asetnya untuk menjana jualan.

Formula :

iii) Pulangan Atas Aset

mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan.

Formula :

iv) Pulangan Atas Ekuiti Pemegang Saham

mengukur keberuntungan pemegang saham biasa.

Margin Untung = Pendapatan Bersih ------------------------------ x 100 Jualan Bersih

Pusing Ganti Aset = Jualan Bersih ------------------------- Aset Purata

Pulangan Atas Aset = Pendapatan Bersih---------------------------- x 100 Aset Purata

Page 10: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

ia menunjukkan amaun pulangan yang diperoleh bagi setiap ringgit yang

dilaburkan oleh pemilik atau pemegang saham biasa

Formula :

v) Perolehan Sesaham

mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh oleh syarikat bagi setiap

saham biasa yang diterbitkan.

Formula :

vi) Nisbah Harga Perolehan

mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan

sesaham syarikat.

ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan syarikat pada masa

akan datang.

Formula :

vii) Nisbah Bayar Keluar (Kadar Hasil Dividen)

mengukur peratusan perolehan syarikat yang diagihkan dalam bentuk dividen

tunai.

Pulangan atas Ekuiti = Pendapatan BersihPemegang Saham Biasa ------------------------------ x 100 Purata Ekuiti Pemegang Saham Biasa

Perolehan Sesaham = Pendapatan Bersih -------------------------------------Jumlah saham biasa diterbitkan (unit)

Nisbah Harga Perolehan = Harga Pasaran Saham biasa---------------------------------------- Perolehan Sesaham

Page 11: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi akan mencatatkan

nisbah bayar keluar yang rendah kerana sebahagian besar daripada pendapatan

bersih syarikat akan dilaburkan semula.

Formula :

7

6.0 ANALISIS NISBAH KEBERUNTUNGAN

Cara untuk mengira ketujuh-tujuh nisbah keberuntungan bagi Syarikat The Store Berhad adalah

seperti berikut :

Nisbah bayar keluar = Dividen tunai------------------------- Pendapatan Bersih

Page 12: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

NISBAH

KECAIRANFORMULA 2009 2010

Margin Untung

Untung Bersih

Jualan Bersih

RM1,944

RM 1,841,590

= 0.11 %

RM 4,045

RM 1,816,480

= 0.22 %

Margin Untung

Kasar

Untung Kasar

Jualan (Bersih)

RM382,531

RM 1,841,590

= 20.77 %

RM 366,911

RM 1,816,480

= 20.20 %

Pulangan Ke

Atas Ekuiti

Pemilik

Untung Bersih

Purata Ekuiti Pemilik *

RM 1,944 ,

RM 398,719

= 0.48 %

RM 4,045 ,

RM 409,214

= 0.99 %

Perolehan

Saham

Untung Bersih –Dividen

Saham Terutama .

Purata Saham Biasa

Outstanding (Unit)

RM 1,944 – RM 1,018

RM 68,504

= RM 1.35

RM4,045-RM1,018

RM 68,504

= RM 4.42

Nisbah Harga

Perolehan

Harga Pasaran Sesaham

Saham Biasa

.

RM 34.50 *

RM 6.82

RM 37.50 *

RM 6.97

Page 13: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

Perolehan Sesaham

= 5.05 kali

* Andaian sebagai

contoh

= 5.38 kali

* Andaian sebagai contoh

Kadar Hasil

Dividen

Dividen Sesaham Saham

Biasa

Harga Pasaran Sesaham

Saham Biasa

RM 0.81 *

RM 34.50

= 2.34 %

* Andaian sebagai

contoh

RM 1.44*

RM 37.50

= 3.84 %

* Andaian sebagai contoh

Hasil Analisis

Nisbah margin untung Syarikat The Store Berhad meningkat sebanyak 0.11% pada

tahun 2010 iaitu daripada 0.11% dalam tahun 2009 kepada 0.22% dalam tahun 2010. Ini

menunjukkan semakin berkurang perbelanjaan atau kos ( kos barang dijual, belanja

jualan dan pentadbiran dan belanja faedah ) yang dilibatkan dalam menghasilkan jualan

dalam tahun 2010 berbanding tahun 2009.

Margin untung kasar pula menurun daripada 20.77% dalam tahun 2009 kepada 20.20%

dalam tahun 2010. Ini menunjukkan pengurusan belian yang cekap dan kos berkaitan

belian ( kos barang dijual ) adalah berkurangan.

Pulangan ke atas ekuiti pemilik saham biasa meningkat agak tinggi dalam tahun 2010

berbanding tahun 2009.

Perolehan sesaham meningkat naik di antara kedua-dua tahun. Nisbah harga perolehan

dan kadar hasil dividen meningkat agak tinggi dalam tahun 2010 berbanding tahun

2009.

9

7.0 ANALISIS PENYATA PENDAPATAN PERBANDINGAN

Page 14: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

Syarikat The Store Berhad

Penyata Pendapatan Perbandingan

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2009 dan 2010

2009

RM

PERATU

SAN

(%)

2010

RM

PERATU

SAN

(%)

Jualan Bersih 1,841,480 100.00 1,816,480 100

Kos Barang Dijual (1,459,569) 79.26 1,449,569 79.80

Untung Kasar 382,351 20.76 366,911 20.20

Belanja Jualan dan Pasaran (248,856) 13.51 (258,816) 14.25

Belanja Jualan dan Pentadbiran (149,478) 8.12 (119,343) 6.57

Pendapatan lain 47,390 2.57 41,356 2.28

Untung Daripada Operasi 31,587 1.71 30,108 1.66

Belanja Faedah (18,172) 0.99 (18,711) 1.03

Untung sebelum cukai 13,415 0.73 11,397 0.63

Belanja Cukai Pendapatan (11,471) 0.62 (7,352) 0.40

Untung Bersih 1,944 0.11 4,045 0.22

10

Contoh untuk mendapatkan peratusan bagi kos barang dijual dan untung kasar ialah :

Page 15: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

2009 2010

Peratusan kos barang dijual

Kos Barang Dijual X 100 %

Jualan Bersih

RM 230,000 X 100%

RM320,000

= 71.88 %

RM 290,000 X 100%

RM415,000

= 69.88 %

Peratusan untung kasar

Untung Kasar X 100 %

Jualan Bersih

RM 90,000 X 100%

RM320,000

= 28.12 %

RM 125,000 X 100%

RM415,000

= 30.12 %

Cara yang sama digunakan untuk mendapatkan peratusan bagi item yang lain dalam penyata

pendapatan.

Hasil Analisis

Kos barang dijual sebagai peratusan ke atas jualan bersih meningkatsedikit dalam tahun

2010 berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak 0.54% (daripada 79.26% tahun 2009

kepada 79.80% dalam tahun 2010).

Untung kasar sebagai peratusan ke atas jualan bersih pula menurun sebanyak 0.56%

iaitu daripada 20.76% dalam tahun 2009 kepada 20.20% dalam tahun 2010. Belanja

jualan dan pentadbiran sebagai peratusan ke atas jualan bersih menurun iaitu sebanyak

1.55%.

(daripada 8.12% dalam tahun 2009 kepada 6.57% dalam tahun 2010).

Oleh itu untung bersih sebagai peratusan ke atas jualan bersih meningkat agak sedikit

iaitu daripada 0.11% dalam tahun 2009 kepada 0.22% dalam tahun 2010.

11

Syarikat The Store Berhad

Penyata Pendapatan Perbandingan

Page 16: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2010

Syarikat The Store

Berhad

(%)

Syarikat Sabasun

Berhad

(%)

Jualan Bersih 100.00 100.00

Kos Barang Dijual 79.80 78.77

Untung Kasar 20.20 20.17

Belanja Jualan dan Pasaran 14.25 14.27

Belanja Jualan dan Pentadbiran 6.57 6.58

Pendapatan lain 2.28 2.03

Untung Daripada Operasi 1.66 1.45

Belanja Faedah 1.03 1.04

Untung sebelum cukai 0.63 0.55

Belanja Cukai Pendapatan 0.40 0.40

Untung Bersih 0.22 0.16

12

Hasil analisis

Page 17: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

Daripada penyata pendapatan perbandingan di atas,peratusan kos barang dijual

Syarikat Sabasun Berhad lebih tinggi daripada Syarikat The Store Berhad. Ini

menyebabkan peratusan untung kasar Syarikat Sabasun Berhad lebih rendah

berbanding Syarikat The Store Berhad. Peratusan belanja jualan dan pentadbiran

adalah berbeza sebanyak 0.01%. Peratusan belanja faedah bagi Syarikat Sabasun

Berhad lebih tinggi daripada Syarikat The Store Berhad sebanyak 0.01 juga.

Peratusan untung bersih Syarikat The Store Berhad pula lebih tinggi jika dibandingkan

dengan Syarikat Sabasun Berhad. Dengan melihat kepada peratusan untung bersih

yang sedikit bagi Syarikat Sabasun Berhad, peratusan belanja faedah yang lebih tinggi

bagi syarikat ini berbanding Syarikat The Store Berhad perlu diberi perhatian yang

sewajarnya untuk memperbaiki prestasi syarikatnya.

Peratusan untung bersih Syarikat Sabasun Berhad adalah lebih rendah daripada

Syarikat The Store Berhad.

13

Page 18: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

Syarikat The Store Berhad

Penyata Pendapatan Perbandingan

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2009 dan 2010

2009

RM

2010

RM

Peningkatan

(Penurunan)

Amaun Peratusan

(%)

Jualan Bersih 1,841,480 1,816,480 (25000) (1.36)

Kos Barang Dijual (1,459,569) 1,449,569 (10000) (0.69)

Untung Kasar 382,351 366,911 (15440) (4.04)

Belanja Jualan dan Pasaran (248,856) (258,816) 9960 4.00

Belanja Jualan dan Pentadbiran (149,478) (119,343) 30135 20.16

Pendapatan lain 47,390 41,356 (6034) (12.73)

Untung Daripada Operasi 31,587 30,108 (1479) (0.05)

Belanja Faedah (18,172) (18,711) 539 2.97

Untung sebelum cukai 13,415 11,397 (2018) (0.15)

Belanja Cukai Pendapatan (11,471) (7,352) (4119) (0.36)

Untung Bersih 1,944 4,045 2101 1.08

14

Hasil analisis

Page 19: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

Jumlah bersih menurun sebanyak RM 25,000 atau 1.36% dalam tahun 2010

berbanding tahun 2009 manakala kos barang dijual juga menurun tetapi pada kadar

yang rendah, iaitu sebanyak 0.69%.

Kesan daripada ini menyebabkan untung kasar menurun pada kadar yang agak tinggi,

iaitu sebanyak 4.04% dalam tahun 2010 berbanding tahun 2009. Belanja jualan dan

pentadbiran juga menurun pada kadar yang tinggi, iaitu sebanyak 20.16% berbanding

dengan belanja faedah yang meningkat pada kadar yang rendah, iaitu sebanyak

2.97%.

Ini menyebabkan untung bersih meningkat pada kadar yang amat rendah, iaitu

sebanyak 1.08%

Daripada analisis mendatar, prestasi Syarikat The Store Berhad didapati lebih

memuaskan dalam tahun 2009 berbanding tahun 2010. Banyak aspek yang perlu dikaji

semula supaya peningkatan keuntungan yang tinggi dapat diperoleh. .

15

Page 20: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

BAHAN RUJUKAN

Ahmad Raflis Che Omar, Bany Ariffin & Mohamad Abdul Hamid (2003). Mengurus kewangan.

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abu Bakar Hamed (2005). KEUSAHAWANAN & Pengurusan Perniagaan Kecil. Universiti Utara

Malaysia.

Aini Hayati Ahmad dll (2008). Pengajian Perniagaan 1. Longman

Ismail Ab. Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong (2005). Rancangan Perniagaan : Garis

Panduan dan Strategi Untuk Perniagaan Kecil & Sederhana.Kuala Lumpur Pena Media .

Zaharah Bakar (2003) . Asas Pemasaran.Fajar Bakti Sdn.Bhd. Kuala Lumpur

Page 21: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

REFLEKSI

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam yang memberi kesempatan kepada

saya untuk menyiapkan tugasan subjek RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan ini

dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih

mendalam dan lanjut lagi mengenai tajuk yang saya belajar pada semester ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah subjek Perniagaan dan Keusahawanan saya, En. Muhamad Nurul Azmi

bin Mat Nor yang banyak membantu dalam pemberian maklumat yang amat penting

untuk saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, terima kasih kepada pasangan, rakan –

rakan yang lain yang banyak membantu dalam perbincangan, pertukaran idea semasa

menyiapkan tugasan ini. Tugasan yang saya fokuskan ialah membuat analisis penyata

kewangan sesebuah syarikat.

Pertamanya ialah proses pencarian maklumat. Proses pencarian maklumat telah

dijalankan seperti merujuk maklumat daripada pelbagai sumber, termasuklah buku

rujukan, surat khabar, internet. Segala maklumat yang saya perolehi kebanyakannya

melalui sumber internet kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat. Tetapi saya

tetap memperluaskan skop pencarian dengan merujuk sumber yang dinyatakan tadi.

Sumber rujukan seperti buku saya perolehi daripada perpustakaan kerana

perpustakaan menyediakan berjuta-juta maklumat yang ingin diperolehi dengan mudah.

Maklumat daripada surat khabar pula agak sukar untuk dicari kerana maklumat

yang ingin diperolehi hanya dikeluarkan pada keluaran tertentu sahaja. Setelah

menjalani proses di atas, saya berkolaborasi bersama rakan lain untuk berbincang

tentang maklumat yang saya peroleh.

Saya mengalami sedikit kesulitan ketika proses pencarian maklumat

berlangsung seperti mengalami gangguan capaian internet. Hal ini kerana broad band

saya capaian internetya tidak bagus dan sering lambat kerana kehabisan tahap

capaiannya. Oleh itu, saya telah mendapatkan capaian internet di perpustakaan atau di

sekolah dan juga menggunakan broadband rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat.

Keadaan ini menyebabkan masa untuk mengumpul maklumat adalah terhad.

Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu.

Page 22: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

Melalui tugasan ini, saya dapat memahami lebih lanjut tentang isi pembelajaran

yang dipelajari mengenai subjek Perniagaan dan Keusahawanan terutamanya

mengenai penyata kewangan.

Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini setelah melalui

pelbagai proses seperti yang dinyatakan di atas. Melalui tugasan ini, saya dapat

meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang perniagaan dan keusahawanan dan

boleh diaplikasikan apabila berada si sekolah kelak. Sesungguhnya, tugasan ini amat

memberi manfaat kepada saya dan saya berasa sangat bangga kerana dapat

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Di sediakan oleh,

SAZALI BIN SAMPAM

690401055039

RBT 3

PPG JUN 2013

Page 23: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus

NAMA PELAJAR : SAZALI BIN SAMPAM

KUMPULAN : RBT 3 PPG JUN 2011

SEMESTER : 5

MATA PELAJARAN : RBT 3110 (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN )

PENSYARAH PEMBIMBING: EN. MUHD. NURUL AZMI BIN MAT NOR

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN T/ TANGAN

17.8.2013 Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran

Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 7 Sept. 2013

(En.M.Nurul Azmi)

17.8.2013 Memahami kehendak soalan tugasan – perbincangan dengan pensyarah dan rakan lain

Membincangkan kehendak soalan

Mengemukan persoalan cara atau format kerja kursus

(En.M.Nurul Azmi)

(Sazali sampam)

20.8.2013 Mencari maklumat dari internet , pusat sumber, keratan akhbar dan lain – lain.

Cetakan maklumat internet

Nota ringkas

Catatan bibliografi (Sazali Sampam)

Page 24: ASGMT Analisis Penyata Kwgn

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN T/ TANGAN

25.8.2013 Memilih penyata kewangan dan menyediakan draf

Menyusun maklumat

Menganalisis maklumat berdasarkan kehendak tugasan

Menghubungkait maklumat yang relevan

Membuat huraian terperinci

Menaip draf

(Sazali Sampam)

29.8.2013 Menyemak hasil sub-tugasan/ draf – semakan dan perbincangan dengan rakan seperjuangan

Membetulkan ejaan

Menyusun maklumat mengikut keutamaan

Memperincikan huraian

Memperbaiki cara penulisan bibliografi

Membuat penambahbaikan

Menghantar tugasan untuk dijilidkan

(Sazali Sampam)

(Pn. Suhaiza Tenan )

7.9.2013 Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing

Diterima dan direkodkan

(En.M.Nurul Azmi)

Page 25: ASGMT Analisis Penyata Kwgn