asgmnt hst 223
TRANSCRIPT
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
1/10
1
Pengenalan
Dalam konteks sejarah kepulauan Asia Tenggara , tidak dapat tidak kita
harus mengakui bahawa Sejarah Filipina merupakan sebahagian daripada
cakupan yang harus berada dalam lingkungan kajian oleh para sejarawan
khususnya serta para peminat sejarah amnya khusunya dalam konteks
sejarah kepulauan Asia tenggara itu sendiri. Oleh itu, secara dasarnya, kita
juga harus meneliti tentang keadaan yang berlaku kepada Sosioekonomi
Filipina terutamanya selepas penjajahan Sepanyol keatas negara Filipina
yang sudahpun bermula sejak tahun 1521 lagi. 1 Tetapi sebelum itu, kita juga
harus mengkaji tentang apa itu Sosioekonomi agar mudah bagi kita untuk
membahaskan isu sejarah ini dengan lebih kritis lagi.Oleh itu secara
umumnya Sosioekonomi itu bermaksud suatu pengkajian tentang isu -isu yang
berkaitan dengan masyarakat dan ekonomi. Selain itu, Sosioekonomi secara
lebih khusus juga bererti suatu bidang yang berkaitan dengan keadaan
sosial dan ekonomi yang digabungkan serentak dan antara cabangnya
seperti kesihatan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan , perusahaan dan
sebagainya. Oleh itu, dengan secara kritis kita akan melihat suatu persoalan
yang sering bermain dalam pemikiran kita terutama tentang sejauhmanakah
penjajahan Sepanyol berjaya mengubah keadaan Sosioekonomi
masyarakat Filipina dan adakah kita wajar bersetuju tentang kebaikan
penjajahan Sepanyol terhadap Sosio-ekonomi masyarakat Filipina ?oleh itu
1 Zaide , Philipine Political And Cultural History Vol 1, Manila: Philipine Education Compony,1949 ms 113
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
2/10
2
kita akan mengupasnya dengan lebih lanjut pada bahagian yang
berikutnya 2
K edatangan Sepanyol berjaya mengubah K eadaan Sosio-ekonomi
masyarakat Filipina.Bahaskan secara kritis.
Perkembangan Sosio-ekonomi di Filipina sebenarnya berkaitan rapat
dengan dasar pada m asa itu iaitu pemerintahan Sepanyol yang mempunyai
keinginan untuk menjadikan kehidupan masyarakat di Filipiina supaya
berteraskan kristian serta menjadikan mereka taat kepada kekuasaan kristian
Sepanyol di kepulauan San Lazores dan mereka amat menyedari bahawa
pendidikan merupakan suatu aspek sosio-ekonomi yang amat penting bagi
menjayakan rancangan tersebut. Tambahan pula, Penguasaan Sepanyol di
Filipina bukan hanya bermotifkan keuntungan ekonomi semata-mata tetapi
juga untuk menyebarkan agama kristian serta ketamadunan barat kepada
penduduk peribumi3. Tambahan pula pada tahun 1555, sebuah piagam
diraja telah digubal oleh pemerintah Sepanyol di Madrid yang menekankan
peranan kerajaan kolonial untuk menggalakkan pendidikan bagi tanah
jajahan. 4 Sehubungan dengan itu, pihak penjajah Sepanyol telah
menubuhkan institusi pendidikan di Filipina bagi memenuhi hasrat tersebut.
Oleh itu, sebuah sekolah pertama telah ditubuhkan oleh kerajaan pada
tahum 1565 di cebu yang menggunakan kurikulum yang bert eraskan ajaran
kristian katholik yang menjadi anutan pihak penjajah pada masa itu. Selain
2Teuku Iskandar, K amus Dewan edisi K etiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm1 2 81
3 Onofre D. Corpuz, The Philipines , Englewood Cliffs: Prentice Hall Inc,1965, hlm 2 6 - 27 4 Zaide, Philipine Political and Culture History Volume 2, Manila: Philipine Education compony 1949, ms 89-9 2
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
3/10
3
itu, penjajah juga turut menubuhkan beberapa sekolah lain di sekitar
kepulauan Filipina agar sistem pendidikan dapat dikembangkan kepada
tahap yang lebih tinggi lagi, sebagai contoh, pada tahun 1589, Kolej San
Ignacio telah ditubuhkan di Manila pada tahun 1589 yang dikendalikan oleh
para paderi Sepanyol serta penubuhan beberapa kolej lain di sekitar Filipina
serta penubuhan kolej untuk wanita pada tahun 1534 di Manila yang
seterusnya menjadi asas kepada pembentukan beberapa buah kolej untuk
wanita di Filipina antara tahun1534 hinggalah tahun 1892. Penubuhan
sekolah sekolah ini berkaitan rapat dengan dasar dasar pendidikan pada
masa itu yang menggalakkan pendidikan kepada semua orang di Filipina
serta penerapan kepada ajaran kristian oleh penduduk filipina . Malah di
Filipina juga , telah tertubuh sebuah universiti yang mungkin boleh dianggap
sebagai universiti pertama di Asia Tenggara iaitu Universiti San Ignacio yang
ditubuhkan pada 1589 oleh pertubuhan yang digelar Society Of Jesus. 5
Kesan daripada kesemua tindakan ini telah memberikan kesan positif
kepada mayarakat Filipna iaitu mereka telah mempunyai golongan yang
boleh membaca dan menulis serta juga mempunyai golongan cerdik
pandai yang boleh memahami bahasa Sepanyol. Disamping itu, ianya juga
turut melahirkan golongan profesional yang mampu menjadi paderi serta
saintis daripada kalangan rakyat Filipina sendiri seperti Jose Rizal, Rodriguez
dan sebagainya . 6 Kesan lain yang boleh kita lihat adalah kita juga dapat
melihat keadaan sosio-ekonomi baru yang berteraskan kepada Pendidikan
5 Zaide. Philipine Political and Cultural History Vol2 , Manila: Philipine Education Compony,1949,hlm93.6 Ibid.
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
4/10
4
serta kemampuan rakyat Filipina memahami sesuatu yang baru berasasakan
pemikiran moden berbanding dengan masyarakat lain yang masih
terbelenggu kepada pemikiran tradisional semasa pada waktu itu. 7 Ini juga
turut membuktikan kejayaan sepanyol dalam mengubah sosioekonomi
masyarakat di Filipina itu sendiri melalui bidang pendidikan.
Dalam melihat kepada bidang sejarah yang mencakupi ilmu sosioekonomi,
kita harus melihat kepada subbidang sosio-ekonomi yang seterusnya iaitu
yang berkaitan dengan kesihatan awam khususnya bagi kawasan Filipina itu
sendiri. Secara umumnya, pihak penjajah Sepanyol di Kepulauan San Lazores
atau Filipina telah berjaya meningkatkan kadar kesihatan awam di Filipina.
Hal ini kerana, pihak Sepanyol terutamanya para paderi Sepanyol amat
menyedari kepentingan kesihatan yang baik kepada para penduduk
Filipina.Oleh itu, bagi memudahkan langkah -langkah berkesan ini dapat
diambil, beberapa buah Hospital telah dibina agar penjagaan kesihatan
awam dapat diberikan secara teratur. Antaranya, pada tahun 1578, seorang
Paderi bernama Juan Clemente telah membina sebuah Hospital di Manila.
Disamping itu, beberapa buah hospital turut dibina dalam jangka masa
yang sama seperti Hospital De San Gabriel, (1588), Hospital Real (1612).
Malah, terdapat juga penubuhan Hospital diluar Manila yang juga
mempunyai fungsi yang sama seperti hospital-hospital di Manila iaitu
memudahkan penjagaan kesihatan awam yang teratur bagi seluruh
penduduk di Filipina dan tidak terhad kepada tempat-tempat tertentu
7Ibid
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
5/10
5
sahaja. 8 Kesan daripada kesemua tindakan-tindakan ini adalah Filipina
bukan sahaja berjaya mengatasi wabak penyakit yang melanda
penduduknya pada masa itu tetapi juga berjaya memperkenalkan sistem
kesihatan moden yang pertama di Asia Tenggara khususnya dan dunia
amnya. 9
Selain itu, perkara utama yang boleh dilihat sebagai suatu kejayaan
penjajah Sepanyol didalam mengubah keadaan sosio -ekonomi masyarakat
di Filipina adalah dengan bermulanya perkembangan perusahaan baru di
Filipina yang dijalankan oleh golongan paderi -paderi kristian yang datang ke
Sepanyol bagi tujuan dakwah kepada penduduk Filipina. Antara
perusahaan yang diperkenalkan Sepanyol kepada penduduk adalah seperti
industri peternakan haiwan seperti lembu , itik, ayam dan serta penghasilan
ulat sutera serta tanaman tanaman baru seperti pisang, Jagung dan
Sebagainya. Misalnya pada tahun 1581. Paderi Jesuit yang bernama Antonio
Sadena yang tiba pada tahun tersebut telah membawa masuk penghasilan
ulat sutera ke dalam Filipina. Disamping itu, terdapat juga orang lain yang
turut membawa penanaman tumbuhan kontan yang tidak ada di Filipina
sebelum ini seperti Fr Augustin Jimmanez yang mengajar penduduk Marilao
untuk menanam kopi serta juga menemui hasil galian besi dan tembaga di
Gunung Laguna. Oleh itu, kesan daripada perkara tersebut adalah telah
berlaku suatu perubahan dalam sosioekonomi masyarakat Filipina iaitu
masyarakat Filipina berjaya menambah hasil pendapatan mereka hasil
8 Zaide, Philipine Political and cultural History Vol2, Manila: Philipine Education Compony,1949. Hlm 869 Zaide, History Of The Filipino People , Manila: The Modern Book Compony, 1969 hlm 46
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
6/10
6
daripada pengenalan tanaman dan perusahaan baru tersebut serta
membolehkan mereka memperbaiki taraf sosial dan ekonomi mereka
sungguhpun tidak seratus peratus berjaya tetapi sekurang-kurangnya
mereka mampu memiliki pilihan dalam mencari sumber rezeki yang dapat
meningkatkan taraf ekonomi mereka. 10 Selain itu, tindakan ini juga turut
memberi suatu bukti bahawa Penjajahan Sepanyol tidak hanya fokus
kepada usaha meningkatkan keuntungan sendiri tetapi juga turut
menekankan soal kehidupan masyarakat dan sosioekonomi penduduknya.
Semua langkah ini berjaya kerana terdapat suatu suatu dasar yang
meletakkan institusi gereja bersama-sama dengan kerajaan penjajah
Sepanyol dikepulauan San Lazarus ini. Dan dengan tiada gangguan
kerajaan disamping sumber serta keikhlasan Gereja dalam membantu
masyarakat Filipina, Kita akan dapati dalam aspek perusahaan ini banyak
yang telah dijalankan melalui program-program gereja .Kesannya, kita
akhirnya akan dapat melihat kejayaan dalam mengubah sosioekonomi
rakyat Filipina ekoran daripada usaha-usaha gereja ini.
Sungguhpun kita tahu bahawa kerajaan penjajah Sepanyol telah berjaya
mengubah sosioekonomi masyarakat Filipina semasa era penjajahan mereka
tetapi dalam masa yang sama mereka juga telah gagal dalam beberapa
aspek penting yang melibatkan soal sosioekonomi di Filipina. Antara yang
boleh kita perhatikan adalah dari segi pemilikan kekayaan terutamanya
dalam sektor pertanian. Hal ini berlaku kerana pihak penjajah telah
10 Zaide, Philipine Political and Cultural History volume 1 , Manila: Philipine education Compony1949,hlm 19 2 -193
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
7/10
7
melaksanakan dasar monopoli yang pada teorinya adalah baik serta
membantu ekonomi dam masyarakat Filipina tetapi dari segi
pelaksanaannya telah membawa kesan buruk kepada mayarakat Filipina
terutamanya dengan dasar ekonomi Juan Basco Vargas yang bermula
pada tahun 1785 hingga hujung kurun ke 19 ini yang sememangnya
berteraskan sistem monopoli . 11 Hal ini kerana, dengan adanya dasar ini
telah menyebabkan ketirisan dalam urusan jual beli sumber pertanian iaitu
sikap pegawai-pegawai penjajah yang menipu penduduk Filipina dengan
tidak membayar hasil pertanian yang dijual oleh para petani, sikap berat
sebelah dalam menjalankan urusan dengan hanya memberi tumpuan
kepada golongan tertentu sahaja dan sebagainya. 12 Kesan daripada sikap
tersebut telah menyebabkan kemiskinan kepada masyarakat di Filipina dan
ada antara mereka telah lari ke kawasan lain kerana tidak mahu lagi terlibat
dengan dasar monopoli yang dijalankan oleh kerajaan serta mencari
kehidupan yang lebih menguntungkan taraf sosial dan ekonomi
mereka.Misalnya di Cagayan Valley dan Illocos yang terkenal dengan
pertanian tembakau pada masa itu berlaku kekurangan penduduk yang
ketara selepas dasar ini dijalankan 13 Dan kesan daripada kekurangan
penduduk ini pastinya kita akan lihat berlakunya kegagalan dalam usaha
sosioekonomi yang ingin dijalankan melalui dasar ekonomi Juan Basco
Bargas ini akibat daripada sikap para pegawai yang menjalankan dasar ini
dan dalam kajian sosioekonomi apabila berlakunya pergerakan penduduk
11 Zaide, Philipine Political anad Culutral History Volume 2, Manila: Philipine Education Compony,1949,hlm 2 9-3112 Zaide , History of Filipino People ,Manila: Modern Book Compony, 1946.hlm5013 Zaide , Philipine Political and Cultural History volume2, Manila: Philipine Education Compony, 1949, hlm 30
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
8/10
8
ke kawasan lain ini telah memberi bukti bahawa terdapat kegagalan dalam
dasar ekonomi yang dijalankan oleh sesuatu pentadbiran dan penjajahan
Sepanyol telah gagal daripada usaha ini yang pada mulanya dianggap
berkesan bagi membantu ekonomi dan masyarakat Filipina. Tetapi
malangnya dasar ini meruntuhkan lagi taraf ekonomi dan sosial penduduk
Filipina itu sendiri. 14
K esimpulan
Kesimpulan yang boleh diambil daripada perbahasan kita tentang kejayaan
kerajaan penjajah Sepanyol dalam mengubah sosioekonomi masyarakat
yang dikuasai iaitu masyarakat Filipina ialah kerajaan penjajah Sepanyol
telah berjaya mengubah sosioekonomi masyarakat di Filipina khususnya dari
aspek pendidikan, perusahaan dan kesihatan awam kerana dasar penjajah
yang amat menitikberatkan soal tersebut kepada orang Filipina disamping
peranan para mubaligh yang turut memberikan perhatian keatas
sosioekonomi orang Filipina. Namun begitu, dalam masa yang sama, mereka
juga gagal dalam beberapa segi kerana mereka(Sepanyol) cuba untuk
mencari keuntungan ekonomi sehingga memberi kesan buruk kepada
kehidupan sosioekonomi orang Filipina itu sendiri. Namun begitu, secara
keseluruhannya , Penjajah Sepanyol telah berjaya mengubah keadaan
Sosioekonomi masyarakat Filipina sungguhpun tidak semua aspek
sosioekonomi masyarakat Filipina berjaya dibantu oleh sebab kekangan
serta dasar Sepanyol itu sendiri mengagalkan matlamat tersebut.
14 Onofre D. Corpuz, The Philipines , Englewood Cliffs: Prentice Hall Inc,1965.hlm 36
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
9/10
9
Bibliografi.
Hall, S ejarah Asia Tenggara , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 19 7 1
Onofre D. Corpuz, The Philipines , Englewood Cliffs: Prentice Hall Inc,1965,
Teuku Iskandar, K amus Dewan edisi K etiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1998,
Zaide , History of Filipino People ,Manila: Modern Book Compony, 1946.
Zaide, Philipine Political and cultural History Vol2, Manila: Philipine Education
Compony,1949 .
Zaide , Philipine Political and Cultural History volume1, Manila: Philipine Education
Compony,1949
-
8/8/2019 Asgmnt hst 223
10/10
10