asas sastera karya agung

Upload: eveline-elyn

Post on 11-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karya agung

TRANSCRIPT

Konsep keindahan amat sinonim dengan karya klasik kerana merupakan antara unsur terpenting yang harus digagaskan oleh pengarang bagi menarik hati pembaca untuk menelaah karya yang dihasilkan. Bahkan dalam hadis Rasulullah S.A.W juga ada menyebut sesungguhnya Allah adalah indah dan Ia mengasihi keindahan (Dr. Farid M. Onn, 1980: 1). Petikan hadis tersebut telah mencerminkan bahawa kepentingan unsur keindahan dalam kehidupan manusia. Oleh hal yang demikian, para pengkarya klasik tidak ketinggalan untuk menerapkan unsur tersebut dalam karya mereka. Antara keindahan yang digarap oleh pengarang klasik ke dalam karya adalah keindahan dalaman. Keindahan dalaman merujuk kepada faedah atau manfaat yang ditampilkan oleh seseorang tokoh pengarang dalam karyanya. Dalam tradisi Melayu, faedah dipandang sebagai makna didaktik, pengajaran daripada ciptaan yang bersifat keagamaan atau sekular (V.I Braginsky, 1994: 47).

MAKNA LUARANMakna luar merupakan makna selapis yang dapat dilihat pada permukaan teks. Melalui makna luaran, pembaca dapat memahami dengan jelas tentang perkara yang ingin disampaikan oleh pengarang. Terdapat beberapa aspek yang dapat tergolong dalam makna luaran seperti gaya bahasa, penggunaan pelbagai bahasa dalam sesebuah karya, pantun dan sebagainya. Aspek-aspek ini memberikan nilai keindahan dalam sesebuah karya sastera seperti Hikayat Hang Tuah.GAYA BAHASA DAN PENYAMPAIANGaya bahasa terdiri daripada dua perkataan iaitu perkataan gaya dan bahasa. Secara umumnya, gaya boleh didefinisikan sebagai cara dan ragam. Sebagai contoh, jika dilihat pada manusia, gaya yang dimaksudkan ialah cara berpakaian, tingkah laku, cara berinteraksi dan pelbagai lagi. Bahasa pula merupakan satu sistem yang mewakili benda, tindakan, idea dan perasaan. Gaya bahasa pula membawa maksud cara atau ragam sesuatu bahasa itu diguna pakai terutamanya dalam penulisan karangan. Hal ini demikian kerana, melalui penulisan, pembaca tidak boleh mengetahui cara atau tindakan penulis ketika menulis sesuatu perkara. Penggunaan bahasa terlalu luas terutamanya dalam bidang komunikasi. Komunikasi boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang berlaku secara terus dan disampaikan melalui perbualan, manakala komunikasi bukan lisan boleh berlaku dalam penulisan. Gaya dalam komunikasi bukan lisan ialah gaya penulisan yang digunakan oleh seseorang penulis. Setiap penulis memiliki gaya penulisan yang berbeza walaupun perkara atau topik perbincangan yang ditulis adalah sama. Gaya bahasa dalam kesusasteraan pula merupakan gaya bahasa yang memiliki kesenian dan mengandungi nilai estetik yang merupakan nilai yang mampu membangkitkan perasaan serta mengharukan pembaca sesebuah karya sastera. Selain itu, gaya bahasa sastera ini juga berperanan untuk menyampaikan maklumat serta merangsang daya pemikiran pembaca. Penggunaan nilai estetika dalam penulisan ini menjadikan penulisan tersebut memiliki gaya yang tersendiri. Sebenarnya, dalam kesusasteraan terdapat banyak jenis gaya bahasa. Antaranya ialah gaya bahasa kiasan, sindiran, hiperbola dan peribahasa. Melalui karya agung Hikayat Hang Tuah, didapati bahawa terdapat penggunaan keempat-empat gaya bahasa ini.KiasanSebenarnya, peribahasa, perumpamaan, bidalan dan ungkapan merupakan cabang kepada bahasa kiasan. Bahasa kiasan ini berfungsi menyindir seseorang secara halus dan bersopan. Bahasa ini juga terbentuk daripada analogi dan perbandingan yang berlaku antara satu perkara dengan perkara yang lain. Bahasa kiasan ini sebenarnya telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Buktinya, nenek moyang kita telah mula menggunakan peribahasa, perumpamaan, pepatah malah pantun untuk menyindir terutamanya untuk menyindir golongan pemerintah sekiranya terdapat perkara yang tidak kena dengan pemerintahan tersebut. Penggunaan kiasan ini menunjukkan adanya rasa hormat dalam kalangan masyarakat terutamanya perasaan hormat golongan rakyat jelata terhadap golongan pemerintah. Dalam Hikayat Hang Tuah juga terdapat penggunaan unsur gaya bahasa berbentuk kiasan ini. Penggunaan bahasa kiasan dalam hikayat ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menyindir, di samping memberikan nasihat kepada individu yang disindir. Antara bahasa sindiran yang digunakan oleh penulis dalam hikayat adalah seperti di bawah, iaitu:Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa telah digambarkan sebagai :..rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 43)

Berdasarkan petikan daripada hikayat di atas, didapati bahawa penulis telah menggunakan bahasa kiasan dengan membandingkan saiz pisang emas dan warna emas untuk menerangkan saiz serta warna ular cintamani yang telah ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa. Seperti yang kita sedia tahu, pisang emas bersaiz dan berdiameter besar, manakala emas sepuluh mutu merupakan emas yang diterangkan sebagai emas yang sangat bermutu tinggi. Oleh hal yang demikian, didapati bahawa penulis ingin menerangkan warna ular cintamani tersebut sangat bersinar seperti emas yang bermutu tinggi.Selain ayat di atas, dapat dikenal pasti bahawa penulis telah menggunakan bahasa kiasan ini pada halaman yang lain. Selain daripada menggunakan bahasa kiasan untuk menyindir, bahasa kiasan ini juga boleh digunakan untuk menggambarkan sesuatu keadaan, benda, perkara atau seseorang. Berdasarkan ayat di bawa, didapati bahawa penulis berupaya menggunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan kecantikan fizikal seseorang wanita. Ayat yang dimaksudkan adalah seperti di bawah, iaitu:Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja di bandingkan dengan,. bulan purnama empat belas haribulan, gilang gemilang, berkilau-kilauan.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 111)

SindiranSindiran merupakan salah satu bentuk bahasa yang termasuk dalam bahasa kiasan. Bahasa sindiran terdiri daripada tiga jenis iaitu sindiran halus, sindiran tajam dan sindiran kasar. Bahasa sindiran ini merupakan bahasa yang digunakan adalah bertentangan maksudnya dengan perkara yang diujarkan. Selain disebut sebagai sindiran halus, bahasa ini juga dinamakan sebagai ironi dan bukan digunakan untuk mengguris hati, memalukan orang lain, tetapi juga bukan bertujuan untuk tidak mengguris atau memalukan pihak lain. Dalam karya agung Hikayat Hang Tuah, penulis banyak menggunakan bahasa sindiran untuk menyindir pihak yang tidak jujur serta pihak yang mendatangkan masalah dalam sesuatu perkara. Penggunaan bahasa sindiran dalam Hikayat Hang Tauh dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:Maka sahut Tun Tuah, Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu sekalipun manira tikam juga.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 153)Berdasarkan petikan dalam Hikayat Hang Tuah di atas, didapati bahawa Hang Tuah menunjukkan keberanian beliau terhadap Patih Gajah Mada. Beliau menyatakan bahawa beliau bukan sahaja boleh membunuh pencuri, malah beliau mampu membunuh penghulu bernama Majapahit.

PeribahasaPeribahasa merupakan salah satu jenis percakapan yang mengandungi kepandaian akal fikiran yang telah disusun serta indah dan sedap didengar. Sebenarnya, peribahasa ini telah wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi. Mereka mencipta peribahasa berdasarkan kepada keadaan sekeliling dan pemerhatian mereka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Peribahasa ini juga sebenarnya merupakan salah satu bentuk bahasa kiasan yang digunakan dalam kehidupan bermasyarakat. Peribahasa ini mengandungi makna tersirat atau lebih dikenali sebagai makna dua lapis iaitu perkara yang diujarkan adalah tidak sama dengan maksud yang ingin disampaikan.Dalam karya Hikayat Hang Tuah, penulis turut menggunakan peribahasa yang jarang digunakan mahu pun didengar oleh masyarakat masa ini. Peribahasa yang digunakan adalah seperti di bawah, iaitu:Maka sahut Jebat, Inilah pekerjaan yang sempurna. Sepala-pala jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu: Rosak bawang ditimpa jambaknya,. Maka Laksamana berkata pula, Hai Si Jebat, segeralah bukakan aku pintu ini.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 356)Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa penulis menggunakan peribahasa sepala-pala jahat jangan kepalang iaitu perkataan yang digelapkan. Peribahasa ini telah jarang didengar masa ini. Maksud peribahasa yang digunakan di atas ialah jika sudah terlanjur melakukan kejahatan, jangan berhenti separuh jalan. Perkara ini membawa maksud Jebat telah menuduh Laksamana Hang Tuah melakukan kejahatan dan menyatakan bahawa kejahatan yang dilakukan itu hendaklah diteruskan sehingga akhirnya. Jelas dilihat peribahasa yang digunakan di atas bertujuan untuk menyindir sikap Laksamana tersebut. STRUKTUR AYATKarya agung merupakan karya klasik yang telah wujud sejak dahulu lagi. Oleh hal yang demikian, penuls banyak menggunakan format penulisan klasik. Terdapat pelbagai format penulisan karya klasik. Antaranya ialah penggunaan ayat songsang dan penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang. Ayat songsangSeperti yang kita sedia maklum, susunan ayat biasa ialah didahului dengan subjek dan seterusnya predikat, tetapi, penulisan ayat songsang ialah predikat didahulukan dan diikuti oleh subjek. Dalam karya klasik sememangnya mengandungi banyak penggunaan ayat songsang. Perkara ini berlaku disebabkan oleh berlakunya pengaruh bahasa Arab yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik. Dalam karya agung Hikayat Hang Tuah juga ada menggunakan ayat songsang. Hal ini demikian kerana karya agung yang merupakan karya klasik. Penggunaan ayat songsang dalam Hikayat Hang Tuah dapat dikenal pasti melalui petikan di bawah, iaitu:Hatta, berapa lamanya belayar itu, maka nakhoda itu pun hampirlah akan sampai ke Palembang.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 13)

Setelah sudah bermuat maka nakhoda itu pun turunlah ke perahunya lalu belayar menuju Palembang.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 13)Berdasarkan petikan pertama, didapati bahawa subjek bagi ayat tersebut ialah nakhoda itu, manakala predikat bagi ayat tersebut ialah pun hampirlah akan sampai ke Palembang dan Hatta, berapa lamanya belayar itu. Oleh hal yang demikian, ayat tersebut sepatutnya ditulis Nakhoda itu pun hampirlah akan sampai ke Palembang setelah berapa lamanya belayar. Merujuk kepada ayat kedua pula, subjeknya ialah nakhoda itu dan predikat bagi ayat tersebut ialah pun turunlah ke perahunya lalu belayar menuju Palembang dan Setelah sudah bermuat maka. Oleh hal yang demikian, ayat yang sepatutnya mengikut rumus subjek + predikat ialah Nakhoda itu pun turunlah ke perahunya lalu belayar menuju Palembang setelah sudah bermuat.

Ayat panjang, berulang-ulang dan berbelit-belitAyat panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan salah satu ciri bahasa Melayu klasik. Penggunaan ayat yang meleret-leret juga dapat dilihat dalam karya klasik. Penggunaan ayat yang panjang dalam Hikayat Hang Tuah dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaiannya terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasan keemasan datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anak raja besar turun dari keinderaan.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 6)Berdasarkan pernyataan di atas, didapati bahawa penulis menggunakan ayat yang terlalu panjang untuk menerangkan sesuatu perkara. Petikan di atas menggunakan 58 perkataan hanya dalam satu ayat. Bilangan perkataan yang terlalu maksimum dalam satu ayat dapat membuktikan bahawa ayat tersebut ditulis dengan panjang. Penggunaan ayat yang berulang-ulang dalam karya klasik juga dapat dilihat melalui Hikayat Hang Tuah pada halaman sebelas dan petikan tersebut adalah seperti di bawah, iaitu:Hatta, berapa lamanya, tuan puteri pun hamillah. Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genaplah bulannya, maka tuan puteri pun berputerakanlah seorang lelaki; terlalu elok rupa dan sikapnya. Maka Sang Sapurba pun terlalu sukacita hatinya kerana melihat anakanda baginda itu. Maka dinamai baginda Sang Manika. Maka dipeliharakan dengan sepertinya. Syahadan maka baginda pun mengias akan anakandanya dengan inang pengasuh dan pupuk rabun sekalian akan Sang Manika. Hatta, beberapa lama antaranya, maka tuan puteri pun hamillah. Setelah genap bulannya, maka tuan puteri berputera pula seorang laki-laki elok rupanya. Maka dinamai oleh baginda, Sang Jaya Nantaka. Maka dipeliharakan ayahanda baginda dengan inang pengasuhnya, ditahunya akan anakanda baginda itu jadi raja besar tetapi merasai hal dahulu, makan pagi dan petang pun tiada diperoleh. Hatta, berapa lamanya, maka tuan puteri pun hamillah pula. Setelah genap bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang laki-laki terlalu elok rupanya. Maka dipeliharanya akan baginda seperti anak yang dahulu itu. Maka dinamai oleh baginda, Sang Saniaka. Hatta beberapa bulan lamanya, maka tuan puteri pun hamillah pula. Setelah genap bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang laki-laki terlalu elok rupanya dan parasnya. Maka baginda pun terlalu kasihnya akan anakanda baginda itu, dipeliharakan dengan sepertinya. Maka dinamai oleh baginda, Sang Satiaka.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:11)Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa penulis banyak menggunakan frasa maka tuan puteri pun hamillah dalam satu perenggan yang sama. Penggunaan frasa yang sama iaitu sebanyak empat kali dalam satu perenggan membuktikan bahawa karya klasik sememangnya banyak menggunakan pengulangan ayat.BAHASAPenggunaan bahasa yang pelbagai sangat berleluasa dalam bidang penulisan terutamanya penulisan karya klasik. Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, masyarakat mempelajari pelbagai bidang bahasa dan kemahiran tersebut diaplikasikan dalam penulisan. Penggunaan bahasa yang pelbagai ini adalah pengaruh daripada masyarakat Arab, Jawa dan Parsi yang datang ke alam Melayu dengan tujuan perdagangan dan menuntut ilmu. Selain daripada itu, terdapat juga penggunaan bahasa istana terutamanya dalam aspek gelaran.

PANTUNPantun ialah ragam puisi yang hidup dalam kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan. Khasnya pantun mempunyai sajak dan irama, pilihan suku kata dan perkataan. Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu sudah lama sebelum orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca. Orang Melayu mencipta pantun untuk melahirkan pelbagai bentuk perasaan dan merupakan satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, suka-suka, berjenaka, menyindir dan untuk menyatakan rasa sedih.Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011: 67), pantun ialah karya puisi Melayu lama yang bukan sekadar sarat dengan makna tetapi juga padat dengan nilai keindahannya. Nilai keindahannya dapat dilihat jika kita sensetif dan peka dengan struktur binaan dan gaya bahasa sesebuah rangkap pantun. Menurutnya lagi, struktur binaannya tidaklah dibina dengan sewenang-wenangnya tetapi memerlukan perhatian dan kepekaan daripada semua aspek termasuklah pemilihan leksikal, sukatan suku kata, dan jumlah barisnya yang terhad. Semua perkara itu disusun dengan rapi dan teliti dalam satu bentuk pemikiran yang mantap dan dijelmakan dalam ungkapan yang indah melalui rangkap-rangkap pantun.Dalam hikayat Hang Tuah, banyak pantun yang dimasukkan oleh pengarang teks ini. Terdapat satu adegan Hang Tuah berbalas pantun bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantun sambil bersuka ria di taman larangan Betara Majapahit. Hang Jebat dan Hang Kasturi memulakan pantun tersebut:Hang Jebat Hang Kasturi,Budak-budak raja Melaka,Jika hendak jangan dicuri,Mari kita bertentang mata.

Laksamana pun membalas pantun:Lokan melata di perahu,Belah baling bertandan,Bukan aku tiada tahu,Akulah hulubalang minta lawan.

Hang Lekir membalas pantun, demikian bunyinya:Adakah perisai bertali rambut,Rambut dipintal akan cemara,Adakah bisa tahu takut,Kami pun muda lagi perkasa.

Hang Lekiu berpantun yang berbunyi:Ambil galah kaitkan jantung,Banyak makan di jalan,Pada Allah tempat bergantung,Datang tombak kita melawan.(Hikayat Hang Tuah: 182-183)

Sumber: http://www.yayasankaryawan.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=1