karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

20
BMM1024 KARYA SASTERA KANAK- KANAK,REMAJA,DEWASA DAN POPULAR DISEDIAKAN OLEH:ANTASHA BINTI KAMARUZZAMAN

Upload: antasha-kamaruzzaman

Post on 16-Apr-2017

2.651 views

Category:

Presentations & Public Speaking


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

BMM1024KARYA SASTERA KANAK-KANAK,REMAJA,DEWASA DAN POPULAR

DISEDIAKAN OLEH:ANTASHA BINTI KAMARUZZAMAN

Page 2: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

DEFINISI SASTERA KANAK-KANAK

Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai

• Agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya.

• Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.

Page 3: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

Sastera awal kanak-kanak merupakan salah satu

elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan

perkembangan seseorang kanak-kanak

Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak

yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan

rasa seronok kepada mereka.

Sastera awal kanak-kanak mampu memberikan keseronokan, dapat

merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan

memahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula

jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada

individu kanak-kanak.

Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya,

penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk

tulisan dan ilustrasi.

Definisi Sastera kanak-Kanak

Page 4: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

DEFINISI KARYA SASTERA REMAJAMenurut Othman Puteh(1988) mengatakan

bahawa sastera remaja merupakan • bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus

daripada pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja yang berusia sekitar 12-20 tahun.

Page 5: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

KONSEP KARYA SASTERA DEWASA• Dapat menterjemahkan mesej yang cuba

disampaikan oleh pengarangnya. Jika dalam lingkungan akademik, wujud pula penggunaan kaedah-kaedah teori tertentu untuk mendekati karya sastera dengan lebih mendalam, seperti mitologi, sosiologi (ilmu yang mempelajari ciri-ciri umum semua jenis gejala sosial lain)psikologi dan sejarah.

Page 6: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

KONSEP KARYA SASTERA POPULAR• Selalunya mempunyai pelbagai tema• Namun mengutamakan tema persoalan

rumah tangga, percintaan, persahabatan, pengembaraan, namun ada juga unsur nasionalisme.

• Kebiasaannya ,penulisnya juga seorang yang sangat berpengalaman dengan hasil karya sasteranya.

• Contohnya,A.Samad Said,Usman Awang dan Shahnon Ahmad.

Page 7: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

MEDIUM KARYA SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA

• mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak dan remaja.

• dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak langsung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka.

• Contohnya melalui rancangan realiti seperti Idola Kecil • Mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera• Secara umumnya,ada 8 bahagian utama karya sastera kanak-kanak1. Cerita binatang2. Cerita rakyat,mitologi dan lagenda3. Cerita Kepahlawanan4. Cerita adventure5. Cerita Sains Fiksyen 6. Cerita Keluarga7. Cerita detektif (penyiasatan)8. Cerita seram

Page 8: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

• Sebagai medium hiburan untuk individu masyarakatnya.

• Masyarakat zaman dahulu atau golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional tidak mempunyai media hiburan untuk individu masyarakatnya.

• Oleh itu, pelbagai cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan menarik perhatian khalayaknya.

• Lazimnya hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan gambar-gambar yang menarik.

• Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat menikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur.

Page 9: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

• Berfungsi sebagai keperluan material atau kebendaan. • Lazimnya, kanak-kanak akan terangsang dengan gambaran

tempat kediaman istana atau rumah yang bangunannya besar dan indah dengan bilik-bilik yang dihiasi oleh pelbagai hiasan.

• Selain itu, putera-puterinya digambarkan kacak dan cantik rupawan dengan hiasan permata gemerlapan, pakaian cantik dan berwarna-warni serta majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan meriah dalam suasana yang gilang-gemilang dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari segala pelosok negeri. Jamuan yang dihidangkan pula pelbagai aneka.

• Mencabar proses imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha memikirkan cara untuk memiliki kepunyaan sendiri.

• Contohnya,cerita Aladdin Dan Lampu Ajaibnya

Page 10: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

PERANAN SASTERA DALAM MASYARAKAT• Sebagai sumber hiburan.• Sebagai sumber ilmu pengetahuan. • Sebagai sumber mengisi masa lapang. • Sebagai sumber penyebaran dakwah/agama. • Sebagai sumber/media perubatan/mengubat sesuatu penyakit. • Sebagai sumber meniupkan semangat kebangsaan. • Sebagai sumber/media komunikasi. • Sebagai sumber/alat perpaduan/penyatuan bangsa/kaum/budaya. • Sebagai sumber menguji bakat/potensi. • Sebagai sumber pendapatan• Sebagai sumber bahasa/budaya/sejarah/sistem politik/pemerintahan. • Sebagai sumber/media menyampaikan cetusan perasaan/idea/kritikan/teguran. • Sebagai sumber/media penerapan nilai-nilai murni. • Sebagai sumber rujukan perbandingan. • Sebagai sumber menyampaikan maklumat dalam masyarakat/pengalaman yang

dialami/dilalui.

Page 11: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

MEDIUM KARYA SASTERA REMAJA DAN DEWASA• Biasanya diselitkan adegan romantis dan mesra antara satu

individu dengan satu individu yang lain kerana pada peringkat ini mereka melalui alam berkasih sayang.

• Faktor perubahan hormon ini menyebabkan mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang.

• Jelaslah bahawa sastera sastera remaja dan dewasa ini berkembang maju sebagai suatu medium hiburan yang bergerak seiring dengan permintaan khalayaknya.

• Menyampaikan wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi

• Menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak pembaca. • Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh

pengarang dalam hasil sastera kanak-kanak dan sastera remaja ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba dan berkasih sayang.

Page 12: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

CONTOH KARYA SASTERA KANAK-KANAKa. Cerita binatang• Cerita Sang Kancil dan Buaya• Sang Kancil dan Memerang• Sang Kancil dan AnjingPandangan umum :digambarkan watak Sang Kancil sebagai binatang yang cerdik dan pintar kerana dapat mengatasi kekuatan binatang besar yang lain.

Page 13: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

b.Cerita Jenaka• Cerita Pak Pandir• Cerita Lebai Malang• Pak Belalang • Angan-angan Mat Jenin• Si Luncai• Pak KadukPandangan umum : Kita dapat melihat kepintaran penglipur lara dari rakyat jelata dalam menghidupkan sifat-sifat lucu yang ada pada manusia.

Page 14: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

CONTOH KARYA SASTERA REMAJA1. Novel Salina,  : DBP 1961, 495 hlm.karya A.Samad Said

2. Ranjau Sepanjang Jalan,karya Profesor . Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.

3. Interlok.karya Datuk Abdullah Hussain Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 197

4. Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti, 1992

5. Tamu di Bukit Kenny,karya Usman Awang DBP, 1984

6. Tiga Catatan Perjalanan karya Dato' Baharuddin Zainal atau Baha Zain (1980)

7. Jalan Desa Ke Kota karya Baha Zain(1994)

8. Esei dan Puisi Baha Zain karya Baha Zain (2000)

9. Berguru Pada Binatang karya Baha Zain (2000)

10. Konserto Terakhir karya Datuk Abdullah Hussain

Page 15: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

CONTOH KARYA SASTERA POPULAR1. Darah dan Air Mata ,karya kumpulan cerpen pilihan : DBP, 2006.

Kamaluddin Muhamad ( Keris Mas)2. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur(Keris Mas),DBP, 2003.3. Bukan Lalang Ditiup Angin, karya Noordin Hassan1400, 4. Jangan Bunuh Rama-rama karya Noodin Hassan5. Hari-hari Terakhir Seorang Seniman,karya Anwar Ridhwan: DBP, 1996.6. Sajak Ke Makam Bonda karya Usman Awang7. Memetik Mawar karya Lim Swee Tin8. Nota Waktu karya Lim Swee Tin9. Citra wanita dalam sastera Melayu 1930-1990 / penyelenggara Ahmad

Kamal Abdullah & Siti Aisah Murad. ;DBP, 2000.10. Puisi Pelabuhan Putih (1989), karya Kemala

Page 16: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

RUMUSAN• Kesimpulannya sastera bukan sahaja berperanan sebagai:• Alat hiburan tetapi turut memainkan peranan penting

dalam dunia realiti.• Pengarang yang menghasilkan karya sastera kanak-

kanak ,remaja,dewasa dan popular mestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut

• Oleh itu, setiap hasil karya itu perlu mempunyai unsur yang dapat membentuk keperibadian seseorang sebagai generasi yang mulia dan bermoral.

• Maka karya sastera setiap lapisan yang hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut.

Page 17: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

PENTUTUP• Pengkarya sastera mesti terus mengarang dalam

sedar,bukannya mengarang kerana wang atau materialistik semata-mata.

• Jadilah penulis yang jujur seperti mana harapan pengarang novel sendiri untuk para watak dalam karyanya dan para pembacanya bersikap jujur dalam menghadapi ujian hidup ini.

• Jangan menganggap menulis karya sastera adalah sesuatu yang mudah walaupun karyanya untuk pembacaan kanak-kanak kerana bukanlah mudah untuk mempermudahkan sesuatu yang mudah pada orang lain.

Page 18: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

SOALAN1. Sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu,bagaimanakah anda

ingin menanam sikap membaca dalam kalangan murid terutamanya karya sastera?

2. Pada era globalisasi ini,kebanyakan dari kita iaitu generasi Y dan Z tidak berapa minat dalam karya sastera.Apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan terangkan cara penyelesaiannya.

3. Jika anda seorang penulis karya sastera yang baik,apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada pembaca. Pilih salah satu jenis(genre) karya sastera(kanak-kanak,remaja,dewasa dan popular)dan sebab anda memilih jenis tersebut.

Page 19: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

RUJUKANBahan Ilmiah1. Othman Puteh, (1987) Sekitar, Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa

dan Pustaka ,Kuala Lumpur2. Tanggapan Pembicaraan Karya-Karya Shanon Ahmad,Dewan Bahasa dan

Pustaka(,2015 Simpanan Perpustakaan IPGK Tuanku Bainun,Mengkuang,Pulau Pinang)

Internet3. http://atim8805.blogspot.com/2010/11/fungsi-sastera-kanak-kanak-dan-remaja4. http://rujuknota.blogspot.com/2012/12/fungsi-sastera-kanak-kanak-dan-remaja.html5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Othman_Puteh6.http://www.goodreads.com/author/show/13729763.Misran_Rokimin7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Swee_Tin8. https://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ridhwan9. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Kamal_Abdullah10. https://ms.wikipedia.org/wiki/Usman_Awang

Page 20: Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PERHATIAN