pemikiran akhlak dalam karya prosa sastera arab

25
JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015 Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38 13 PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB JAHILIYAH Nailah bt Abas* Mohd Fauzi bin Hamat** Mohammad bin Seman*** [email protected] *Calon Sarjana Pengajian Islam di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. **PhD, Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ***PhD, Profesor Madya di Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Abstract Pre-Islamic/jahiliyyah Arab literature is a work of art produced in the days of ignorance. Arab literary activity in general associated with lives that passed briefly by the Arabs themselves who simplify their memories of events they experienced. There are many best proses during the pagan times, but in this paper we analyze the moral thinking in Arabic prose literature of its speech, amthal and the will only because all three types of prose is expressed by many Arab writers in a variety of situations. The paper concludes that Arab prose contained the superior moral reasoning.Among them is the importance of a prospective husband who has noble qualities such as wisdom and noble character that should be given priority in the selection of a spouse than with ownership of the property because it will not last. In addition, it also emphasized that someone uses his time doing good deed, thanks the Lord who gave many blessings to mankind, always trusts in Him, spends their wealth to charity and leaves the evil and shameful deeds. In addition, the prose also stressed the importance of a person, particularly the leader to be kindhearted to the people around him, likes to show humility, and always showing the pleasant face to them, respect for parents and to the young people, not being selfish, being generous, always keeps the family's honor and calls for trying to make a living on their own without expecting gifts or help or money from others. Keywords: Arabic literature, works of art, poet, prose, wills.

Upload: vuthuan

Post on 30-Dec-2016

324 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

13

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

Nailah bt Abas*

Mohd Fauzi bin Hamat**

Mohammad bin Seman***

[email protected]

*Calon Sarjana Pengajian Islam di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

**PhD, Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

***PhD, Profesor Madya di Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Linguistik,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Abstract

Pre-Islamic/jahiliyyah Arab literature is a work of art produced in the days of ignorance.

Arab literary activity in general associated with lives that passed briefly by the Arabs

themselves who simplify their memories of events they experienced. There are many best

proses during the pagan times, but in this paper we analyze the moral thinking in Arabic

prose literature of its speech, amthal and the will only because all three types of prose is

expressed by many Arab writers in a variety of situations. The paper concludes that Arab

prose contained the superior moral reasoning.Among them is the importance of a

prospective husband who has noble qualities such as wisdom and noble character that

should be given priority in the selection of a spouse than with ownership of the property

because it will not last. In addition, it also emphasized that someone uses his time doing

good deed, thanks the Lord who gave many blessings to mankind, always trusts in Him,

spends their wealth to charity and leaves the evil and shameful deeds. In addition, the prose

also stressed the importance of a person, particularly the leader to be kindhearted to the

people around him, likes to show humility, and always showing the pleasant face to them,

respect for parents and to the young people, not being selfish, being generous, always

keeps the family's honor and calls for trying to make a living on their own without

expecting gifts or help or money from others.

Keywords: Arabic literature, works of art, poet, prose, wills.

Page 2: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

14

Pendahuluan

Makalah ini akan membincangkan pemikiran akhlak dalam karya prosa sastera Arab

Jahiliyah yang difokuskan kepada tiga jenis prosa iaitu khutbah, amthal dan wasiat.

Sebelum isu ini dibincangkan lebih lanjut, penulis akan menghuraikan terlebih dahulu

secara ringkas kemunculan prosa dalam sastera Arab Jahiliyah dan jenis-jenis prosa

Jahiliyah. Dalam perbincangan tentang pemikiran akhlak dalam prosa Jahiliyah, penulis

akan menganalisis sejauh mana nilai-nilai akhlak yang terkandung dalam prosa tersebut

selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam, sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan al-

Sunnah.

Latarbelakang Kesusasteraan Arab

Kata sastera secara etimologi dalam dunia Arab dikenal dengan istilah al-adab. Kata al-

adab pada masa pra Islam (Jahiliyah) mengandung pengertian etika, moral, perilaku yang

baik dan interaksi sosial yang baik antara sesama manusia1. Perkataan `adab’ di zaman

jahiliyah membawa maksud pelawaan untuk makan dan menikmati jamuan seperti mana

syair Tarafah bin al-`Abd2:

Terjemahan : Kami di musim sejuk mengundang jemputan terbuka, tidak

engkau lihat jamuan makanan dalam kalangan kami dikhususkan.

Jadi, dari perkataan adab terbit pula perkataan al-ma’dabah yang bermaksud makanan

yang terhidang untuk tetamu. Seterusnya menjadi perkataan adaba ya’dabu yang

bermaksud membuat makanan, menjemput orang menikmati makanan3. Rasullullah

S.A.W. menggunakan perkataan `adab’ melalui hadis baginda berikut4:

Terjemahan : "Tuhanku telah mendidikku sehingga terbaiklah pendidikanku5".

Perkataan ‘adab’ merujuk kepada perkataan ‘didikan’ iaitu didikan agar menghasilkan

akhlak yang mulia. Ini dibuktikan melalui hadis Rasul yang terkenal berbunyi6:

1 Ahmad Badawi, Rohanda W.S, Model Penelitian Sastra Interdisiplin (Bandung: Adabi Press, 2005), 35. 2 Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Juzuk 3 (Beirut: Dar al-Sadir), 165. 3 Nur Chalis Sofyan, Sastera Arab Sebuah Pengantar (Banda Acheh: Ar Raniry Press, 2004), 10-12. 4 Hadis ke 27, Menurut Ibn Taimiyyah, hadis ini adalah benar dari segi makna namun tidak diketahui

sanadnya yang thabit, maka hadis ini dikira hadith

marfu`.http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?hflag=1&bk_no=1847&pid=907959 diakses

pada 11/12/2013. 5 Hadis Dhaif, HR Ibnu Sam'ani dalam Adab al-Imla dari Ibnu Mas'ud, Al-Daifah (I: 72) dan Da`if al-Jami

(249). 6 Hadis Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairah, riwayat Imam Ahmad. Sahih Bukhari 3861.

Page 3: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

15

Terjemahan: Dari Abu Hurairah R.A. berkata Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Sabda Rasulullah S.A.W. tersebut adalah merujuk kepada sebab diutuskan Rasulullah

S.A.W. adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Ini bermaksud akhlak manusia

sebelum ini adalah mulia, maka kedatangan Rasul hanya untuk menyempurnakan dan

melengkapkan sahaja akhlak yang sudah sedia mulia. Melalui didikan yang sempurna,

seseorang itu akan memiliki akhlak yang mulia dan terpuji.

Manakala di zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, pendidik dikenali sebagai al-

mu’addibi7. Mereka mengajar anak-anak pemerintah dengan ilmu pengetahuan dan

kebudayaan Arab seperti puisi, pidato, sejarah keturunan, politik dan peperangan yang

berlaku pada zaman jahiliyah. Al-Mu’addibin ini juga mengajar mata pelajaran ilmu

tauhid, fikah, tasawuf, sirah, tafsir al-Quran dan al-Hadith. Dengan ini, maka perkataan

‘adab’ juga melambangkan ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam. Ini bermakna

perkataan ‘adab’ sekaligus menunjukkan kepada kemurnian akhlak kerana usaha-usaha

yang dilakukan adalah menjurus kepada pendidikan akhlak dan membaiki diri (islah al-

nafs).

Menurut al-Mubarrad dalam mukadimah kitabnya al-Kamil fi Lughah wa al-Adab beliau

menyebut8:

Terjemahan: Buku yang kami karang ini mengumpulkan jenis-jenis sastera

terdiri daripada prosa dan puisi (syair) yang disusun, peringatan-peringatan

yang indah, dan pilihan pidato (khutbah) yang mulia dan risalah-risalah yang

indah.

Al-Mubarrad pula menyifatkan perkataan ‘adab’ sebagai sastera yang meliputi seni

prosa dan syair, mathal, pidato dan penulisan surat. Justeru perkataan adab telah

berkembang dari makna menjemput makan hinggalah menjadi seni kesusasteraan

khususnya kesusasteraan Arab prosa dan syair. Inilah kehebatan orang Arab kerana

7 Ihsan Abbas, Tarikh al-Adab al-Andalusi (Beirut: Dar al-Thaqafah, 1960), 2. 8Al-Mubarrad, al-Kamil wa al-Adab, To PDF: www.al-mostafa.com,

http://www.mohamedrabeea.com/books/book1_8127.pdf di akses pada 9/12/2013.

Page 4: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

16

bangsa mereka memberikan sepenuh perhatian kepada bidang seni sastera jika

dibandingkan dengan bangsa lain, hingga dikatakan bahawa semua mereka boleh

berpuisi sama ada lelaki atau perempuan, tidak kira tua atau muda9.

Kesusasteraan Arab Jahiliyah telah bermula seawal 1500 tahun sebelum kedatangan

Islam10. Masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi

sebagaimana yang disaksikan pada zaman kerajaan Saba’11 yang membuktikan

kejayaan ketamadunan Arab. Kesusasteraan ‘Arab yang terdiri dari syair dan prosa

sebenarnya memang kaya dengan nilai murni sejagat. Ini kerana tujuan utama

pembentukan hasil seni ini adalah untuk menyampaikan mesej tertentu di samping

berhibur dengan keindahan bahasa dan ungkapan yang memukau pendengar. Ini dapat

disaksikan melalui karya agung berbentuk syair dan prosa. Masyarakat jahiliyah sangat

tidak terbiasa dengan budaya tulis menulis.

Hampir seluruh syair dan khutbah pada masa jahiliyah diriwayatkan dari mulut ke

mulut kecuali sedikit yang termasuk ke dalam kelompok al-mu’allaqat12. Sebagai

contoh, qasidah Zuhayr Bin Abi Salma. Ia bermula dari perang yang begitu dahsyat dan

berkecamuk yang berlaku antara kabilah ‘Abbas dan kabilah Dhubyan yang disebabkan

oleh dendam. Perang ini berlangsung hingga 40 tahun lamanya. Dua orang pembesar

dari kabilah lain yaitu Haram bin Sinan dan Al-Harith bin `Awf berupaya mendamaikan

kedua kabilah tersebut dengan menanggung kerugian akibat perang yang dialami oleh

kedua belah pihak, dan akhirnya perang pun berhenti13. Hal ini memberikan kekaguman

yang luar biasa bagi diri Zuhayr bin Abi Sulma sehingga ia menciptakan sebuah Qasidah

yang begitu indah dalam rangka memuji kedua orang yang mendamaikan persengketaan

berpanjangan tersebut. Zuhayr memuji Harim bin Sanan dan Harith bin Awf kerana

mampu memberhentikan perang antara Bani Dhubyan dengan Bani Abbas.

Pengorbanan yang dilakukan kedua pembesar kaum ini, menjadi sorotan utama

Zuhayr dalam al-mu`allaqatnya, yang dimulai dengan bait :

9 Othman Haji Khalid, Kritikan Sastera Dalam Kesusasteraan Arab Klasik dan Persoalannya: Satu Tinjauan

(Jurnal Islamiyat 6, 1985), 59. 10 Syawqi Diyf, Al-Asr al-Jahili, (Kaherah: Dar al-Maarif, 1960), 39. 11 al-Mubarakfuri, Safyu al-Rahman, Sirah Rasulullah S.A.W. terj. Mohd Darus Senawi Ali, c. 1, (Shah

Alam: Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd, 2000), 15. 12 `Adil Jabir Salih Muhammad (et. al), Tarikh al-Adab al-`Arabi al-Qadim, (Oman: Dar al-Safa’), 14. al-

mu’allaqat adalah qasidah panjang yang indah yang diucapkan oleh para penyair jahiliyah dalam berbagai

kesempatan dan tema. Sebahagian al-mu’allaqat ini diabadikan dan digantung pada dinding-dinding Ka’bah

pada masa Jahiliyah. Ia dinamakan dengan al-mu’allaqat (kalung) kerana indahnya syair-syair tersebut yang

menyerupai perhiasan yang dikalungkan oleh seorang wanita. Para pujangga al-mu’allaqat berjumlah tujuh

orang, yaitu : Imra’u al-Qays bin Hajar al-Kindi, Zuhayr bin Abi Salma, Tarafah bin al-`Abd, `Anzah bin

Shadad al-`Insi, `Amru bin Kalthum, al-Harith bin Halzah, dan Lubayd bin Rabi`ah. Contoh Syair al-

mu’allaqat adalah Hikmah Zuhayr Bin Abi Sulma. Lihat Muhammad Khalil, Yanabi` al-Shi`ir al-`Arabi

http://mkh-arabicpoems.blogspot.com/2013/10/blog-post_25.html diakses pada 11/3/2015 13 Abu Abbas al-Tha’lab, Syarh Diwan Zuhayr (Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabiy, tt), 26.

Page 5: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

17

Terjemahan: “Apakah dari Ummu Awfa serpihan kenangan tidak terkata di

reruntuhan Haumanat Duraj dan Mutathallam?”

Ummu Awfa seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, adalah isteri Aus bin Harithah.

Sedangkan Haumanat Duraj dan Mutathallam adalah dua tempat yang umumnya

digunakan oleh kabilah isterinya untuk bermukim. Dengan tradisi bangsa Arab yang

berpindah-randah, kedua tempat tersebut ketika itu hanya berisi puing-puing sisa

peninggalan jejak kabilah. Syair di atas adalah ungkapan perasaan Aus bin Harithah

terhadap Ummu Awfa, di mana kerinduannya yang hanya boleh dinikmatinya dengan

mengimbau kenangan lalu. Penyair pada zaman jahiliyah umumnya menggunakan syair-

syair cinta dalam bentuk kerinduan ataupun pujian terhadap orang yang dicintainya

sebagai pembukaan dalam syairnya sebelum masuk pada perbahasan inti. Penyair

meyakini hal tersebut dapat dijadikan sebagai umpan untuk menyorot perhatian massa.

Untuk menyempurnakan syair tersebut, tentu ia perlu menyebut kenangan-kenangan

yang pernah terjalin antara keduanya, sama ada berdasarkan nostalgia tempat ataupun

keadaan.

Setelah beberapa bait awal dari al-mu`allaqat ini dijadikan sebagai pembuka, penyair

memulakan bahagian isi yang ingin disampaikan iaitu dengan memuji Harim bin Sanan

dan Harith bin Awf. Katanya.

Terjemahan: Telah berusaha Ghayz bin Murrah [untuk memperbaiki keadaan]

selepas berlaku pertumpahan darah daripada keduanya.

Yang dimaksudkan dengan keturunan Ghayz bin Murrah adalah Harith bin Awf dan

Harim bin Sanan. Kedua mereka, bila diambilkira dari segi nasab, mereka akan bertemu

di Ghayz bin Murrah. Bait tersebut adalah permulaan bait yang memuji kedua mereka.

Selain pujian terhadap kedua tokoh tersebut, mu`allaqat Zuhayr juga berisi keterangan

tentang ikatan janji perdamaian antara bani Abbas dan bani Dhubyan. Selain itu, Zuhayr

juga menerangkan perihal perang, dan akibat buruk yang dibawanya, serta petua-petua

dan nasihat yang bijaksana. Zuhayr berkata seperti berikut:

Aku telah bosan menanggung beban kehidupan - Sesiapa yang hidup lapan

puluh tahun, tentu sekali akan merasai bosan

Aku tahu apa yang terjadi hari ini dan kelmarin - Namun sungguh aku tidak

tahu apa yang akan berlaku esok hari

Barang siapa yang lari dari sebab-sebab kematian, sesungguhnya dia tetap

akan menemuinya -Walau ia panjat tangga ke langit

Page 6: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

18

Barang siapa yang memuji kebaikan yang tidak dilakukan oleh seseorang -

Pujiannya itu akan menjadi kejian ke atasnya, lalu ia akan menyesal nanti

Walaupun seorang manusia memiliki tabiat tertentu - Walau ia sangka

[tabiatnya itu] dapat disembunyikan, pasti orang lain akan mengetahui[nya

suatu masa kelak]

Itu karena lidah seseorang adalah anak kunci hatinya -Lidahnyalah yang

menyerlahkan [semua itu berdasarkan] apa yang ia kata menerusi mulutnya

Lidah seorang pemuda adalah separuh dan separuhnya lagi adalah hatinya -

Tidak ada selain itu, kecuali daging dan darah sahaja

Hikmah Zuhayr Bin Abi Sulma adalah merupakan contoh syair yang baik, kerana

terdapatnya pemikiran akhlak yang terpuji. Ada bait yang cuba mengingati kematian.

Penyair meyakini bahawa kesudahan sebuah kehidupan adalah kematian kerana kehidupan

di dunia adalah sementara yang pasti berakhir dengan sebuah kematian, di mana setiap

orang yang mati akan bertemu dengan Pencipta. Ini menjadi bukti bahawa masih ada

sebilangan kecil kalangan orang Arab Jahiliah yang menganuti kepercayaan yang

berteraskan ajaran tauhid, walaupun mereka telah jauh melencong daripada jalan

kebenaran dan hidayat yang dibawa oleh para Rasul A.S. Adalah dimaklumi akhlak

masyarakat jahiliah rosak akibat kepercayaan yang mereka anuti ketika itu iaitu

menyembah berhala. Jahiliah bermakna keluar dari manhaj Allah yang merupakan satu

bentuk penyelewengan, kecenderungan berbuat dosa dan kesanggupan melakukan

kezaliman14. Adalah dikatakan `Amru bin Lihaiyy bin `Amir merupakan orang pertama

yang membawa masuk berhala ke Mekah. Bermula dari peristiwa itulah mereka

mengagungkan berhala dan bertawassul kepada Allah Taala melalui berhala tersebut.

Kesannya masyarakat jahiliah jadi lemah fikiran, kuat syahwat, dungu, menjadi degil dan

keliru15.

Meskipun demikian, syair Zuhayr di atas membuktikan bahawa bukan semua masyarakat

jahiliyah adalah masyarakat yang jahil. Ini kerana terdapat kalangan yang masih

mempercayai adanya Allah yang mencipta langit dan bumi walaupun mereka telah

tenggelam dalam kesesatan dan penyelewengan. Allah berfirman di dalam al-Quran:

14 Al-`Abd, Abd al-Latif Muhammad, al-Akhlaq fi al-Islam Bayna al-Nazariyyah wa al-Tatbiq (Kaherah: Dar

al-Hani, 2007), 355. 15 Ibid., 358.

Page 7: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

19

Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada

mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu

mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian,

bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah

hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau

menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku,

dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah

(yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang

mahu berserah diri".

al-Zumar 39:38

Justeru kewujudan segelintir masyarakat jahiliyah yang percaya kepada Tuhan sebagai

pencipta langit dan bumi membayangkan ada saki baki pegangan akidah yang benar dalam

hati sanubari mereka tentang kewujudan Allah S.W.T. walaupun mereka mensyirikkan

Allah dengan sesuatu yang lain16. Ini kerana masih ada sisa-sisa ajaran Nabi Ibrahim dan

Ismail A.S. yang masih menjadi pegangan hidup dan landasan pemikiran segelintir

daripada mereka. Jadi tidak hairanlah andaikata dalam aspek akhlak juga, masih terdapat

saki baki sebahagian nilai akhlak mulia yang masih tertanam dalam hati sanubari mereka.

Pemikiran ini terungkap menerusi syair-syair, qasidah dan wasiat yang diabadikan oleh

sebilangan cerdik pandai mereka.

Begitu juga, tidak hairanlah syair Zuhayr ini terkandung pemikiran akhlak yang mulia.

Selain itu, terdapat juga syair Ka`ab bin Zuhayr yang diiktiraf oleh Rasulullah. Syairnya

tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan al-Qur’an dan hadith, namun ia mendapat

tempat di hati Rasulullah S.A.W.17. Sehinggakan Baginda Rasul telah menghadiahkan

Ka`ab bin Zuhayr sehelai selendang Baginda. Akhirnya baitnya dikenali sebagai burdah

Kaab. Ini menjadi bukti yang cukup jelas bahawa sastera yang baik iaitu yang

mengislahkan kehidupan manusia dari segenap aspek kehidupan diterima oleh Islam.

Kemunculan Prosa dalam Kesusasteraan Arab Jahiliyah

Prosa dalam kesusasteraan arab Jahiliah juga dikenali sebagai prosa jahiliyah atau nathar

jahili yang mana kata-katanya tidak mempunyai rima hujung sepertimana syair. Orang

jahiliah telah mengetahui nathar ini dan telah mencatatkannya setelah mereka pandai

menulis. Namun perkembangannya dikatakan samar-samar malah riwayatnya juga

mengelirukan18. Ghazi Talimat juga berpendapat, nathar tidak diketahui secara tepat

bagaimana perkembangannya19.

16 Ibid. 17 Mohd Shahrizal, Manhaj Sastera Islam, Majalah DINIKA, Volume 9, Number2, July 2011, 193. 18 Al-Fakhuri, Hanna, Tarikh al-Adab al-`Arabiyy (Beirut: Dar al-Jil, 1985), 107. 19 Arfan al-Ashqar & Gazi Talimat, Al-Adab al-Jahili (Damsyik: Dar al-Fikr, 2001), 674.

Page 8: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

20

Muhammad `Abd Qadir Ahmad menyangkal pendapat yang menyatakan bahawa

permulaan sastera Arab dikatakan bermula dengan lahirnya syair Arab yang lengkap

dengan wazan (rima hujung) dalam bahasa Arab fushah (baku) yang ada kini. Namun kata

beliau, sebenarnya nathar jauh lebih banyak dan lahir lebih awal daripada syair20. Ini

kerana nathar adalah bahasa yang dipertuturkan dalam kalangan manusia, diterjemahkan

ideanya lalu diungkapkan dalam aktiviti kehidupan21. Di pasarlah tempat mereka

mempamerkan hasil karuuya sastera mereka.

Kedudukan pasar pada zaman jahiliyah bukan sekadar dijadikan premis untuk mereka

menjual barang dagangan, bahkan ia menjadi pentas pertukaran pendapat dan kesenian22.

Setiap kabilah hadir ke pasar ini sementara menunggu musim haji. Maka pasar ini

menjadi tempat yang penting bagi perdagangan, kegiatan sosial, kesenian dan juga medan

pidato dan syair. Ahli bahasa ada menyebut:

Terjemahan: Terdapat beberapa tempat [di mana] para pemidato berpidato padanya, para

penyair bernasyid dan para pendebat saling berdebatan23.

Di pasar seperti Suq al- Majaz, Suq al-Majinnah dan Suq Ukkaz inilah bermulanya

perkembangan bahasa. Al-Jurjani dan Ibn Manzur mentakrifkan bahasa (lughah) ialah

suara sesuatu kaum yang mengungkapkan kalimah yang mempunyai tujuan tertentu24.

Bahasa merupakan saluran (wasilah) bagi menyatakan idea, perasaan dan tujuan. Ia

merupakan faktor penting dalam kehidupan sesuatu bangsa, menghubungkan sesuatu

bangsa dengan bangsa yang lain. Bahasa yang digunakan dapat difahami oleh sesuatu

generasi. Melalui bahasa sesuatu tamadun dipindahkan kepada generasi yang seterusnya

yang akhirnya menjadi ciri sesuatu kaum25. Ghazi Thalimat berpendapat26 bahawa

bahasa Arab baku yang dipertuturkan oleh orang-orang Quraisy merupakan bahasa yang

paling tepat dan mudah difahami oleh semua orang Arab. Al-Quran juga diturunkan dalam

bahasa Arab Quraisy yang mudah difahami oleh semua bangsa Arab. Firman Allah S.W.T

di dalam al-Quran:

Terjemahan: (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

Al-Syuara’ 26: 195

20 Muhammad `Abd Qadir Ahmad, Dirasat fi Adab wa Nusus, 139. 21 `Arfan Al-Ashqar & Ghazi Talimat, Al-Adab al-Jahili, 673. 22 Pasar yang dimaksudkan adalah Pasar Zul al-Majaz yang berlangsung selama tiga hari. Kedua adalah Pasar

Majinnah selama tujuh hari dan yang ketiga adalah pasar Ukkaz yang didirikan selama tiga puluh hari hingga

tiba ke musim haji. 23 `Arfan Al-Ashqar & Ghazi Talimat, al-Adab al-Jahili , 102. 24 Ibid. 25 Ibid. 26 Ibid.

Page 9: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

21

Yusof Khalip membahagikan perkembangan seni pada zaman Jahiliah kepada tiga fasa27.

Fasa pertama perkembangan seni adalah sewaktu peperangan Basus (495M – 535M) pada

akhir kurun kelima Masehi di antara puak Bakr dengan puak Taghlib yang berlanjutan

selama empat puluh tahun28. Peperangan tersebut berpunca daripada Unta betina Jassas

yang dipanah oleh Kulaib. Unta betina tersebut telah dicampuri oleh unta jantan Kulaib.

Jassas ingin membalas dendam terhadap Kulaib. Lalu abangnya Muhalhal mengumpulkan

seluruh kaumnya lalu berlakulah peperangan. Namun demikian Muhalhal akhirnya kalah.

Peperangan berlanjutan sekian lama hingga akhirnya, Al-Harith bin ‘Amru iaitu Raja

Kindah telah berjaya menamatkan peperangan tersebut pada awal kurun keenam Masehi.

Semasa peperangan tersebut, Muhalhal sempat menghasilkan qasidah dan ramai yang

menangis mendengar alunan qasidah tersebut. Dikatakan bahawa qasidah dari Muhalhal

ini telah merintis jalan ke arah lahirnya lebih ramai penyair dan pembuat qasidah29.

Manakala fasa kedua perkembangan seni adalah sewaktu peperangan Dahis dan Ghubara’

yang melibatkan dua kabilah ‘Abbas dan Zibyan. Manakala fasa ketiga perkembangan seni

Arab pula adalah sewaktu berlaku peperangan Dhi Qar. Peperangan yang pertama inilah

yang menghasilkan madrasah tab`a (aliran tabii). Manakala peperangan kedua melahirkan

madrasah sun`ah (aliran buatan). Dan peperangan yang ketiga pula melahirkan madrasah

yang mengikut ciri yang pertama dan kedua iaitu yang mengikuti kedua-dua aliran sebelum

ini30.

Guru-guru pengasas sekolah kesenian syair jahiliyah ini dianggarkan lahir di antara

tahun 440 M hingga 550 M. Gharnabaum menyatakan dalam bukunya Dirasat al-Adab

al-`Arabiy bahawa terdapat enam sekolah kesenian.. Yang pertama bermula dengan Saad

bin Malik, diakhiri dengan al-A`sya. Sekolah yang kedua diketuai oleh `Ubayd bin al-

Abras. Yang ketiga pula diketuai oleh Umru al-Qays dan Rabi’ah. Yang keempat Zaid al-

Khayl dan Tufayl al-Ghanawi. Sekolah yang kelima pula adalah dimulakan dengan Baus

bin Hajar diakhiri dengan Hatiyyah. Sekolah yang keenam pula terdiri daripada Aba Daud

al-Iyyadi, Tarafah bin al-Ubbad, `Adi bin Zaid dan Muthaqqab31.

Ada juga berpendapat bahawa tiga tahap perkembangan syair Jahiliyah itu dimulakan oleh

Umru al-Qays, Sa`alaik dan `Ubaid bin al-Abras. Tahap kedua dipimpin oleh Zuhayr Abi

Salma, Aus, Bisyamah bin al-Ghadir, Ka’ab bin Zuhayr, Hatiyyah, Nabighah Zibyani dan

al-A’sya. Akhir sekali tahap ketiga dipimpin oleh Lubayd32.

Menurut sejarah sastera Arab, syair jahiliyah berkembang daripada nathar (prosa), bermula

dari sajak kemudian menjadi rijz iaitu satu fahaman jahiliyah. Dari situlah terbentuknya

qasidah dan syair yang mana kemudiannya ia dipindahkan oleh kuhhan (tukang-tukang

tenung) hingga sampai ke padang pasir yang luas. Asalnya adalah doa yang akhirnya

27 Al-Syanti, Muhamad Saleh, Fi al-Adab al-‘Arabiy al-Qadim (Saudi Arabia: Dar al-Andalus, 2005), 53. 28 Muhammad `Abd Qadir Ahmad, Dirasat fi Adab wa Nusus al-`Asr al-Jahili (Qaherah: Maktabah al-Nahdah

al-Misriyyah, 1983), 56. 29 Ibid. 30 Ibid. 31Ibid. 32 Ibid.

Page 10: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

22

menjadi hudaa’ (nyanyian penunggang unta). Kemudian rijz tadi disesuaikan dengan irama

nyanyian yang akhirnya menjadi berbagai-bagai irama dan muzik33.

Manakala Al-Jahiz pula berbeza pendapat tentang bilangan syair yang melebihi prosa.

Beliau memberikan alasan kenapa bilangan syair lebih banyak dari prosa ialah kerana

orang sukar menghafal prosa, sedangkan syair adalah mudah untuk dihafal dan tidak

mudah hilang dari ingatan. Kata beliau34:

Terjemahan: Dikatakan: apa yang disebut oleh orang Arab daripada prosa yang baik

adalah lebih banyak daripada puisi (syair) yang baik; maka tidak dihafal sepuluh daripada

prosa dan tidak hilang sepuluh daripada puisi (syair).

Terdapat beberapa pendapat bagaimana warisan prosa Arab dihasilkan. Ada yang

menyatakan bahawa warisan tersebut diperolehi dari orang Arab Badwi yang tinggal di

pedalaman. Menurut Taha Husin, seni prosa yang diungkapkan itu dikatakan sangat

menarik dan menggambarkan idea yang matang dan tabiat yang digilap35. Sedangkan

mereka pada zaman itu tidak tahu menulis dan membaca. Persoalannya adalah bagaimana

suatu kaum yang tidak boleh menulis dan membaca boleh menghasilkan seni sastera yang

indah36.

Ada juga yang mengatakan bahawa seni yang mereka miliki dan hasilkan itu telah pupus

dan sebahagian besarnya telah hilang. Seni yang ada ini dikatakan diperolehi daripada

penduduk yang tinggal berhampiran negara Arab. Namun Taha Husin menyangkal

pandangan yang mengatakan bahawa orang Arab mempunyai inovasi bagi menghasilkan

khutbah, kisah dan perkhabaran tentang peperangan Arab37. Menurut beliau sebelum

Islam, masyarakat Arab tidak menyaksikan munculnya pergolakan politik yang mencabar.

Kalau pun ada, ia hanya peperangan yang melibatkan hanya dengan kata-kata dan

pertengkaran sahaja, secara jelasnya mereka tidak memerlukan khutbah malah tiada sastera

prosa pada zaman jahiliyah38.

Pendapat Taha Husayn jelas bercanggah dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.

Namun Ibrahim Iwadh berpendapat bahawa amthal sangat sinonim dengan budaya Arab,

manakala khutbah (pidato) sememangnya merujuk kepada kehidupan orang Arab sebelum

Islam. Meskipun mereka tidak ada sistem politik yang mantap, tiada aktiviti keagamaan

yang dipraktikkan, bahkan kehidupan mereka hanya bergantung kepada kegiatan

33 Ibid. 34 Al-Qairawani, Ibn Rashiq, Kitab al-Umdah fi Mahasin al-Shi`r Wa Adabih,

http://www.islamicbook.ws/adab/alamdt-fi-mhasn-alshar-wadabh-001.html 25/11/2013. 35 Taha Husayn, Min Hadithi al-Shi`r Wa al-Nathr (Qaherah: Dar al-Maarif 2005), 24-25. 36 Ibid. 37 Al-Syanti, Mohamad Salleh, Fi al-Adab al-Arabiy al-Qadim (Arab Saudi: Dar al-Andalus, 2005), 235. 38Ibrahim `Iwad (1/7/2013), Taha Husayn, Wa Inkar al-Nathr al-Jahili,

artikel:http://www.alukah.net/literature_language/0/56700/ diakses pada 18/10/2013. Lihat juga Mahmud al-

Miqdad, Ayyuhuma Asbaqa ila al-Zuhur al-Syi’r Am al-Nathr al-Fann,

http://cms.islam.gov.kw/woman/Pages/ar/ArticleDetails.aspx?newsId=393 19/10/213

Page 11: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

23

perniagaan39, namun mereka masih memerlukan khutbah. Al-`Adl telah membuktikan

bahawa keperluan mereka kepada khutbah pada zaman Jahiliah adalah untuk memberi

nasihat kepada kaumnya dan menyelia tempat makan jemaah haji sewaktu bulan haji.

Malah khutbah juga digunakan bagi menjaga keamanan negara, mengawal pencerobohan

dari luar, menganggotai pertubuhan, dan menyatakan kesatuan40. Tambahan lagi kitab

seperti Tarikh al-Adab Fi al-Asri al-Jahili oleh Syawqi Diyf, kitab Al-Aqdi al-Farid oleh

Ahmad bin Muhammad bin Abdi Rabbah al-Andalusi, Bulugh al-Arab oleh al-Alusi, al-

Bayan wa al-Tabyin oleh Al-Jahiz jelas menghuraikan secara lengkap sastera Arab

jahiliyah. Khafaji yang mengagumi khutbah selepas kedatangan Islam, menyatakan

bahawa, seandainya masyarakat Jahiliah tidak mengenali khutbah semasa Jahiliah,

bagaimana mungkin mereka bijak berkhutbah semasa mereka berada di dalam Islam. Ini

menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sememangnya sudah mahir berkhutbah sejak

zaman Jahiliyah lagi. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa perkembangan sastera Arab

sememangnya ujud sejak zaman jahiliah lagi.

Sebagai kesimpulannya, kemunculan prosa jahiliah bermula daripada pertuturan biasa yang

pertuturkan. Kemudian ia diperindahkan susunan bahasanya agar ia menjadi ungkapan

yang sedap didengar. Perkembangan seni menjadi rancak apabila pasar-pasar seperti Pasar

Ukkaz, Majinnah dan Zu al-Majaz, memainkan peranan sebagai medan pertandingan hasil

karya seni. Karya terbaik digantung di dinding kaabah untuk tontonan awam. Selepas itu,

perkembangan sastera melalui beberapa fasa penambahbaikan hasil karya dari semasa ke

semasa.

Jenis-jenis Prosa Jahiliah

Prosa dalam kalangan bangsa bertamadun, banyak menyentuh soal kehidupan dan ia

mudah disebut berbanding syair kerana ia tidak terikat dengan irama (wazan) atau rima

hujung (qafiah)41. Oleh kerana orang Arab Jahiliah adalah bangsa yang ummi (tidak tahu

menulis dan membaca), pastinya prosa mereka tidak direkodkan. Namun karyanya dapat

dikenali hingga ke hari ini melalui lidah para pemidatonya (khutaba’), juru bahasa yang

petah berbicara (fusaha’), dan para cendekiawan (hukama’) mereka42. Terdapat banyak

khazanah sastera yang perlu diselidiki untuk manfaat manusia umumnya.

`Affat al-Syarqawiy berpendapat bahawa terdapat tiga bentuk sastera prosa (nathar) dalam

kalangan orang Arab sebelum Islam iaitu: khutbah (pidato), saja` al-kuhhan (ramalan

pendita) dan amthal (peribahasa)43. Ketiga-tiga bentuk sastera ini memainkan peranan

besar dalam mencorakkan kesusteraan Arab jahiliyah. Said Husayn Mansur pula

berpendapat prosa jahiliah mempunyai beberapa cabang seperti khutbah, amthal, wasiat ,

saja`al-kuhhan, qissah (kisah), al-rasa’il (perutusan politik) dan wasfi (penulisan

39 Ibid. 40 al-`Adl, Hasan Tawfiq, Tarikh al-Adab al-Lughah al-`Arabiyyah (Omman: Dar Usamah, 2002), 190. 41 Al-Suyufi, Mustafa Muhammad, Tarikh al-Adab fi al-`Asr al-Jahili (Kaherah: Dar al-Dawliyyah, 2008),

245. 42 Ibid. 43 Al-Sharqawiy,`Affat, Durus wa Nusus fi Qadaya al-Adab al-Jahili,(Beirut: Dar al-Nahdah, 2000),153.

Page 12: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

24

deskriptif)44. Ungkapan indah dalam karya prosa tidak memiliki wazan atau qafiah iaitu

rima hujung seperti selayaknya sebuah karya syair. Dalam huraian selanjutnya akan

diterangkan jenis-jenis Prosa Jahiliah secara ringkas.

Jenis prosa yang pertama adalah khutbah, iaitu serangkaian perkataan yang jelas

disampaikan kepada khalayak ramai dalam rangka seorang pemidato menjelaskan suatu

perkara penting. Bagi orang Arab, khutbah adalah sangat penting. Syawqi Diyf

berpendapat pidato sangat penting berbanding syair. Ini kerana orang lebih banyak bertutur

secara biasa berbanding berpuisi dan sewajarnyalah pidato lebih banyak dari syair45.

Terdapat enam jenis pidato (khutbah) yang berbeza, iaitu, khutbah al-munaffirah wa al-

mufakhkhirah yakni pidato bermegah dan membangga diri46. `Al-Qamah pernah berkata

kepada `Amir dengan bangganya47:

Terjemahan: Sesungguhnya aku lebih mulia daripada engkau dari segi sifat keperibadian,

lebih panjang (tinggi) daripada engkau daripada segi kemuncak [pencapaian], rambutku

lebih kerinting daripada engkau, dan aku lebih cepat daripada engkau mendapat rahmat,

dan aku lebih jauh azamku berbanding dengan engkau.

Pidato yang lain adalah pidato untuk mendamaikan dua pihak yang bersengketa (khutbah

islah dhat al-bayyin) yakni khutbah yang biasa dibuat untuk mendamaikan orang

bersengketa48. Dalam pidato jenis ini terkandung banyak pesanan dan nasihat bagi

meluruskan penyelewengan moral yang muncul dalam masyarakat akibat persengketaan

yang berlaku dalam kalangan mereka. Ketua atau pemimpin berkenaan berucap sambil

menasihati khalayak agar tidak terpesong dari landasan moral yang disepakati umum.

Tujuan pidato ini disampaikan adalah untuk mendamaikan orang bersengketa. `Ali al-Jundi

menegaskan bahawa pidato ini di samping untuk memperbetulkan akhlak manusia

daripada kepincangan seperti pergaduhan, persengketaan dan permusuhan, ia sekaligus

dapat menghubungkan semula tali persaudaraan dan ikatan kekeluargaan serta dapat

mewujudkan perasaan berbaik sangka sesama sendiri49.

Pada umumnya khutbah (pidato) ini dapat dikenali melalui ciri-ciri seperti pendek, tiada

manhaj tertentu, bersanad, ayat-ayatnya pendek, hasil cipta tersendiri dan terkandung idea

yang bersifat komprehensif50. Khutbah berada di kedudukan yang tinggi kerana khatibnya

44 Said Husayn Mansur, Harakah al-Hayah al-Adabiyyah Bayna al-Jahiliyyah wa al-Islam (Kuwait: Dar al-

Qalam, 1981), 39. Lihat juga Hanna al-Fakhuri, al-Jami` fi Tarikh al-Adab al-`Arabiyy al-Adab al-Qadim,

(Beirut: Dar al-Jil, 1985), 23. 45 Syawqi Diyf, Tarikh al-Adab Fi al-‘Asr al-Jahili (Kaherah: Dar al-Ma`arif, 1960). Lihat juga Arfan al-

Ashqar & Ghazi Thalimat, al-Adab al-Jahili (Damsyik: Dar al-Fikr, 2007), 55. 46 Arfan al-Ashqar & Ghazi Thalimat, al-Adab al-Jahili, 678. 47 Ibid. 48 `Ali al-Jundi, Fi Tarikh al-Adab al-Jahili, 260. Lihat juga Arfan al-Ashqar & Ghazi Thalimat, al-Adab al-

Jahili, 682. 49 `Ali al-Jundi, Fi Tarikh al-Adab al-Jahili, 260. 50 Ibid , 684-685.

Page 13: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

25

(pemidato) adalah pemimpin masyarakat51. Masyarakat Jahiliyah sebenarnya saling

membina pola hubungan di antara sesama sendiri seperti saling mengucapkan selamat dan

saling memohon bantuan untuk memenangi peperangan52. Ada kalanya penerangan dari

dari sudut politik memerlukan kemahiran seseorang untuk menyampaikan khutbah agar

keadaan politik kembali stabil53. Masyarakat Jahiliah sebahagian besarnya adalah buta

huruf sehingga komunikasi lisan lebih banyak digunakan berbanding dengan tulisan.

Melalui khutbah juga mereka saling membanggakan nasab keturunan dan adat istiadat

mereka54.

Prosa seterusnya adalah al-amthal. Amthal adalah kalimat singkat yang diucapkan pada

keadaan atau peristiwa tertentu, digunakan untuk menyerupakan keadaan atau peristiwa

tertentu dengan keadaan atau peristiwa asal di mana mathal tersebut diucapkan55. Kata

amthal adalah bentuk jamak dari mathalun dan mithlun, yang mengandung erti

perumpamaan, contoh atau serupa56. Terdapat banyak erti kata mathalun dan mithlun

dalam kamus, misalnya persamaan, padanan, sederajat, sepangkat, sejalan (dengan),

menurut kias, sama (dengan)57. Manakala terjemahan bahasa asing ialah seperti

similar(alike)58, equal(same)59 dan analogous (similar to another situation or thing so that

a comparison can be made)60. Amthal ini sama dengan peribahasa atau pepatah. Sebagai

contoh:

Terjemahan: Sebelum memanah bekas panah dipenuhkan [dengan anak panah]61.

Peribahasa ini merupakan satu pesanan agar seseorang menyiapkan peralatan sebelum ia

diperlukan yakni sebelum bertindak seseorang haruslah mempersiapkan sesuatu yang

berkaitan dengan tindakan yang akan dilakukan62. Peribahasa di atas memiliki kesamaan

dengan peribahasa Melayu, iaitu, "sediakan payung sebelum hujan", yang membawa

maksud “Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan”63. Prosa arab Jahiliah yang lain adalah

saja` al-kuhhan iaitu mentera tukang tenung. al-Suyufi memetik kata-kata al-Jahiz dalam

kitabnya bahawa kuhhan Arab adalah penyembah berhala, bintang, pokok atau burung64;

saja’ kuhhan ini adalah seperti berikut:

51 Al-Sharqawiy, Durus wa Nusus 161. 52 Ibid., 162. 53 Ibid. 54 Al-Sharqawiy, Durus wa Nusus, 165. 55 Al-Siba`i al-Siba`i, Tarikh al-Adab al-`Arabiy fi al-`Asr al-Jahili (Beirut: Dar al-Ulum), 86. 56 Al-Mu`jam al-`Arabiy al-Asasi (Alecso: Larousse, 1989), 1118. 57 Kamus Besar Arab Melayu Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006), 2165. 58 Longman Dictionary of Contemporary English The Living Dictionary, (England: Pearson Education

Limited, 1978), 1538. 59 Ibid., 527. 60 Ibid., 46. 61 Kamus Besar Arab Melayu Dewan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka), 969. 62 Ibid. 63 Laman sesawang, dicapai 13/10/2014, PRPM@DBP Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sediakan+payung+sebelum+hujan. 64 Al-Suyufi, Tarikh al-Adab fi al-`Asr al-Jahili, 246.

Page 14: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

26

Terjemahan: Demi bumi dan langit, dan burung hering dan matahari, terletak di

Baq`a, sesungguhnya telah menjauhkan kemuliaan [daripada] Bani `Ushara’ yang ingin

mencapai kemuliaan dan ketinggian.

Apabila salah seorang kahin mengajak kaumnya kepada ketuhanan. Lalu dijawab oleh

salah seorang ahli keluarganya66:

Terjemahan: Daripada raja berwarna merah, perkasa tidak pernah kalah, pada unta seperti

suatu gerombolan.

Saja’ Kuhhan merupakan salah satu bentuk dongeng manusia yang melambangkan

ketakutan yang melampau terhadap tahyul dan khurafat dalam kalangan masyarakat

Jahiliah. Masyarakat Jahiliah seringkali memanggil para kuhhan untuk membuat ramalan

masa hadapan, masa kini dan masa lalu; dan bergantung kepada jin untuk mengetahui

perkara ghaib seperti sebelum mereka musafir, mengadakan upacara perkahwinan,

memulai peperangan, dan untuk mentafsir mimpi dan perkara lain yang berkaitan dengan

kehidupan. Justeru pada setiap zaman, kedudukan kuhhan sangat tinggi dalam kalangan

bangsa Arab Jahiliyah67. Meskipun para kuhhan menggunakan lambang dan isyarat yang

samar-samar dan tiada maksud, namun masyarakat Jahiliyyah sangat mempercayai

ramalan para kuhhan dan sering membuat keputusan dan bertindak berdasarkan ramalan

kuhhan mereka68. Di antara kuhhan yang terkenal adalah Satih al-Zi’bi, Shaq bin Mus’ab

al-Anmari, Ma’mur al-Harithi dan Zirqa’ binti Zuhayr dan Tarifah al-Khayr69. Kewujudan

kahin jamaknya kuhhan disebut di dalam al-Quran, surah al-Haqqah ayat 41-4270, yang

menafikan tuduhan kaum musyrikin terhadap Muhammad sebagai kahin atau penyair.

Firman Allah S.W.T;

Terjemahan: Dan ia (Al-Quran) bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu

beriman kepadanya. Dan bukan pula perkataan kahin (tukang tenung). Sedikit sekali kamu

mengambil pelajaran darinya.

Surah al-Haqqah: 41-42

65 al-Saq`a’ bermaksud al-shams iaitu matahari. Lihat Almaany,com Arabic Dictionary, Mu`jam al-Maani

diakses pada 24/8/2015. 66 Ibid. 67 Al-Suyufi, Tarikh al-Adab, 250. 68 Al-Zawiy dan Munzir Imran, Saja` al-Kuhhan, laman sesawang, dicapai 10 Februari 2015,

http://www.alfaseeh.com/vb/showthread.php?t=28197. 69 Ibid. 70 Al-Qurshi dan Ismail bin Umar bin Kathir, Tafsir Ibn Kathir (Damsyik: Dar al-Tayyibah, 2002). Lihat

laman sesawang, dicapai 12 Februari 2015, http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.

Page 15: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

27

Manakala kisah (qissah), jamaknya qasas merupakan penceritaan tentang perihal orang

yang terdahulu seperti sejarah bangsa Parsi, para nabi, penyair, kabilah, peperangan,

empangan Maarib, kisah istana, tahun gajah, cerita dongeng, mitos, lagenda dan

sebagainya71. Antaranya juga ialah kisah tentang orang Arab terdahulu seperti ditulis oleh

Nadar bin al-Harith berkenaan kerajaan Parsi, para pejuang yang handal dalam peperangan

Arab dengan Parsi dan Rom, bangsa Qahtaniyyin dan `Adnaniyyin, penduduk Iram yang

membina bangunan tinggi tiangnya, dan sebagainya. Melalui uslub penceritaan, generasi

terkemudian dapat mengetahui sejarah masa lampau, yang berguna untuk dijadikan

pedoman dan dicontohi, yang tidak baik dihindari72.

Wasiat dalam tradisi jahiliah sangat penting dan sering diamalkan oleh seorang yang akan

meninggal dunia atau akan berpisah daripada seorang yang dicintainya. Wasiat dibuat bagi

menasihati seseorang atau permintaan agar dia mengerjakan sesuatu perkara. Wasiat

memiliki banyak persamaan dengan khutbah, hanya sahaja umumnya wasiat adalah lebih

ringkas. Ahmad al-Hasari berpendapat, wasiat ada sejak zaman berzaman, tetapi cara

mempraktisnya berbeza di antara satu zaman dengan zaman yang lain. Kebanyakan wasiat

berkaitan dengan arahan, nasihat atau tunjuk ajar kepada anggota kaum kerabat yang masih

hidup dan yang bakal memerintah atau memimpin negara atau keluarga selepasnya.

Sebagai rumusannya, terdapat pelbagai jenis prosa Jahiliyah yang diungkapkan sempena

dan suasana tertentu bagi menyampaikan apa-apa mesej yang baik. Antara jenis prosa yang

terkenal dan banyak diungkapkan ialah pidato, amthal dan wasiat. Dalam perbincangan

berikutnya, akan dijelaskan pemikiran akhlak dalam pidato, amthal dan wasiat berdasarkan

beberapa contoh prosa pilihan.

Pemikiran akhlak dalam prosa Jahiliah

Subtopik ini akan menganalisis pemikiran akhlak dalam prosa Jahiliah. Bagi maksud ini,

penulis akan fokuskan kepada tiga genre prosa sahaja iaitu pidato, amthal dan wasiat.

Pidato sebenarnya sarat mengandungi pemikiran akhlak yang unggul. Khatib (orang yang

berpidato) pada zaman jahilyah seringkali mengungkapkan pidato yang berguna untuk

rakyat dalam kabilahnya dengan contoh akhlak yang mulia73.

Muhammad Abdul Qadir Ahmad menulis tentang khutbah Qus bin Saadah al-Iyyadi yang

sangat masyhur yang terkandung di dalamnya banyak nilai-nilai akhlak74. Pidato beliau

penuh pengajaran dan nilai-nilai akhlak ini juga dikenali sebagai khutab al-Wa`az

71 Hanna al-Fakhuri, al-Jami` Fi Tarikh al-Adab al-`Arabi, al-Adab al-Qadim (Beirut: Dar al-Jil, 1985), 115-

122. 72 Ibid. 73 Othman Khalid, Kritikan Sastera, 161. 74 `Abd al-Qadir Ahmad, Dirasat Fi Adab wa Nusus al-`Asr al-Jahili (Qaherah: Maktabah al-Nahdah, 1983),

84.

Page 16: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

28

Terjemahan: Wahai sekelian manusia dengarlah dan perhatikanlah, sesiapa yang hidup

pasti akan mati, yang mati akan binasa, setiap yang datang akan pergi, malam gelap dan

siang tenang dan langit mempunyai bintang-bintang, dan bintang bersinar dan laut

berombak besar, dan bukit-bukau terdampar dan bumi merata, dan sungai-sungai mengalir.

Sesungguhnya di langit terdapat perkhabaran, dan di bumi terdapat pengajaran, apakah

gerangannya manusia pergi dan tidak kembali?

Khutbah Qus bin al-Iyyadi ini mengingatkan bahawa semua manusia pasti akan mati.

Beliau mengajak pendengar melihat alam sebagai bukti kehebatan pencipta. Di antaranya

adalah malam dan siang, bintang-bintang, ombak di laut, bukit-bukau, bumi dan sungai-

sungai. Manusia yang dilahirkan dan dimatikan semuanya mempunyai matlamat tersendiri.

Qus al-Iyyadi menganut kepercayaan tauhid dan beriman kepada hari kebangkitan. Jelas di

sini betapa nilai akhlak yang ditekankan oleh khatib sebelum ini mengandungi nilai moral

yang sangat tinggi iaitu kepercayaan bertuhan dan hari kebangkitan; segala amal perbuatan

sewaktu hidup di dunia akan dihitung. Justeru persiapan untuk menghadapi kematian

adalah sangat penting iaitu dengan berakhlak dengan akhlak yang baik dan menghindari

dari segala perbuatan buruk dan menyengutukan Allah serta menyembah berhala75.

Setelah diteliti, ternyata khutbah Qus al-Iyyadi ini mempunyai unsur kepercayaan terhadap

Tuhan di mana khatib tersebut menyebut tentang perkhabaran dari langit yaitu yang

dimaksudkan wahyu dari Allah. Begitu juga dengan perkataan “tidaklah manusia yang

datang dan pergi itu tanpa tujuan”. Ayat tersebut membawa maksud penciptaan manusia

itu mempunyai matlamat dan tujuan. Ini selaras dengan ayat al-Quran surah al-Zariyat:

Terjemahan: Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri

kepada Allah.

al-Zariyat : 56

Begitu juga Allah rakamkan fungsi penciptaan manusia sepertimana ayat dari Surah al-

Baqarah:

Terjemahan: Sesungguhnya aku (Allah) jadikan (manusia) di muka bumi (sebagai)

khalifah.

Al-Baqarah : 30

75 Salamah Musa, Ashhar al-Khutab wa Mashahir al-Khutaba’ (Matbu`ah al-Haitadal, 1924), 20.

Page 17: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

29

Melalui khutbah tersebut, jelas difahami bahawa terdapat akhlak yang mulia yakni

kepercayaan bertuhan dan kepercayaan kepada hari kebangkitan. Kepercayaan ini adalah

berdasarkan fitrah semulajadi manusia. Agama adalah berteraskan fitrah. Manakala agama

fitrah adalah dikaitkan dengan agama Hanif yang mengajak manusia ke arah mentauhidkan

Allah.

Seterusnya, pemikiran akhlak ini juga boleh diteliti misalnya menerusi pidato nikah yang

disampaikan oleh Abu Talib sewaktu pernikahan nabi Muhammad S.A.W. dengan

Khadijah76.

Terjemahan: Segala pujian bagi Allah yang telah menjadikan kita daripada benih Ibrahim

dan zuriat Ismail, dan telah menjadikan bagi kita tanah haram, dan rumah (kaabah) bagi

orang yang mengerjakan haji, dan menjadikan kita pemimpin dalam kalangan manusia.

Kemudian, sesungguhnya Muhammad bin Abdullah anak saudara saya yang tidak boleh

ditimbang [kedudukannya] dengan mana-mana pemuda quraisy melainkan berat lagi

[timbangannya] dari segi kebaikan, kelebihan, kemuliaan, kecerdasan akal fikiran serta

kebijaksanaan. Meskipun dari segi hartanya kurang, namun sesungguhnya harta adalah

bayang yang akan hilang dan barang pinjaman yang mesti dikembalikan. Dan dia sangat

menginginkan Khadijah bint Khuwaylid, begitu juga dengan Khadijah [yang juga ingin

kepadanya]. Dan apa-apa maskahwin yang kamu inginkan, maka aku akan berikan.

Dalam pidato nikah di atas terakam perasaan bangga yang dimiliki oleh pemidatonya iaitu

Abu Talib kerana menjadi sebahagian daripada zuriat nabi Ibrahim a.s. dan nabi Ismail a.s.

yang membina kaabah dan dianugerahkan tanah haram Mekah yang dikunjungi manusia

saban tahun untuk mengerjakan ibadat haji kerana terdapat kaabah di sana. Beliau juga

berbangga kerana diberi kepercayaan oleh masyarakat untuk menjadi hakim bagi

menyelesaikan apa-apa masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat Mekah.

Kepercayaan ini diberikan memandangkan masyarakat percaya mereka mempunyai nilai-

nilai akhlak yang mulia iaitu adil dalam menghakimi sesama manusia yang bertelingkah

dalam sebarang perkara.

Pidato tersebut turut menerangkan sifat Muhammad yang mempunyai kelebihan yang

banyak berbanding dengan mana-mana pemuda Quraisy pada zaman tersebut dari segi

kebaikan, kelebihan, kemuliaan, kecerdasan akal fikiran serta kebijaksanaan. Muhammad

jauh lebih baik dari mana-mana pemuda Quraisy yang lain kerana ia lebih bijak dan cerdas

berbanding dengan mereka.

76 Ibid, 680.

Page 18: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

30

Pidato tersebut juga secara jelas menegaskan bahawa nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh

nabi Muhammad S.A.W tersebut adalah satu kelebihan yang dimilikinya walaupun dia

tidak memiliki harta dunia yang banyak. Ini kerana semua harta benda yang dimiliki oleh

manusia adalah tidak kekal dan boleh hilang dengan mudah, sebagaimana mudahnya

hilang bayang sesuatu. Harta bukanlah matlamat terakhir seseorang dalam hidupnya.

Pidato tersebut menyatakan bahawa nabi Muhammad memiliki harta yang sedikit. Namun

kelebihan yang dimilikinya dari segi kemuliaan kebijaksanaan dan kebaikan dalam dirinya

adalah jauh lebih berharga daripada harta. Jadi jelas di sini pemidato ingin menegaskan

bahawa kriteria pemilihan seseorang calon suami hendaklah dibuat berdasarkan sifat mulia

yang dimiliki oleh bakal suami, iaitu akhlak dan akal budinya.

Pemikiran akhlak ini juga dapat dikesan dalam pidato yang dibuat untuk mengucapkan

tahniah dan takziah kepada seseorang yang dikenali sebagai khutbah al-ta`ziyyah wa al-

tahni’ah. Sebagai contohnya, pidato Aktham bin Saifi yang pernah menghiburkan Amru

bin Hind, Raja Hirrah dengan kata-katanya seperti berikut77:

Terjemahan: Sesungguhnya penduduk dalam negeri ini adalah duta. Mereka tidak harus

mengembara melainkan ke negeri lain. Sesungguhnya datang kepadamu sesuatu yang

engkau tidak tolak daripada engkau. Yang pergi tidak balik kepadamu lagi. Yang ada

bersama kamu ialah yang akan berpindah daripada kamu dan akan berangkat

meninggalkan kamu. Ketahuilah bahawa dunia ada tiga hari. Semalam adalah pengajaran

dan saksi yang adil. Ia menyedihkan kau. Dan yang tinggal bagimu adalah hikmah [di

sebaliknya] sama ada bagi engkau atau ke atas engkau. Hari ini adalah harta rampasan

perang (ghanimah) dan sahabat yang datang kepada kamu dan kamu sudah lama tidak

mendatanginya, sudah lama kamu kehilangannya dan dia akan bersegera bermusafir

meninggalkan kamu [pula]. Esok engkau tidak tahu lagi siapa ahlinya. Akan datang

kepadamu sekiranya kamu masih ada [hidup]. Alangkah baiknya jika kamu bersyukur ke

atas pemberi nikmat dan berserah kepada [Tuhan] yang berkuasa. Telah berlalu kepada

kita usul (leluhur) dan kita adalah cabang (anak cucu) mereka, maka apa yang tinggal

adalah cabang selepas usulnya [pergi]. Ketahuilah bahawa musibah yang paling besar

adalah khilaf yang buruk daripadanya (usul). Yang baik dari kebaikan adalah pemberinya.

Dan yang jahat dari kejahatan adalah pembuatnya.

77 Arfan al-Ashqar & Ghazi Thalimat, Al-Adab al-Jahili, 682.

Page 19: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

31

Melalui pidato Aktham bin Saifi, beliau mengatakan bahawa setiap orang melalui tiga jenis

hari, iaitu hari semalam, hari ini dan hari esok. Hari semalam iaitu hari yang telah berlalu

merupakan pengajaran dan saksi yang adil bagi setiap orang. Andai ada kesedihan yang

telah dilalui, seseorang perlu tahu dan sedar bahawa ada hikmah di sebalik sesuatu yang

berlaku itu. Jadi, jangan dia berputus asa dan lemah semangat untuk menghadapi hari-hari

yang akan datang. Adapun hari ini, ia diumpamakan sebagai harta rampasan perang yang

engkau perolehi atau seumpama seorang kawan yang sudah lama tidak datang menemui

seseorang, telah datang menemui kawannya itu. Ertinya, masa kini yang sedang dilalui

oleh seseorang harus ditanggapinya secara positif berbekalkan pengajaran yang

diperolehinya daripada hari semalam kerana ia menjanjikan kurnia dan nikmat yang

banyak sekiranya seseorang tabah menghadapi liku-liku kehidupan tanpa berputus asa atas

peristiwa lalu yang berlaku. Sekiranya seseorang tidak melakukan perkara yang berfaedah

pada hari yang sedang dilaluinya, dia akan menyesal suatu masa kelak kerana akhirnya ia

akan berlalu begitu sahaja meninggalkannya. Gesaan agar seseorang memanfaatkan waktu

yang ada dengan melakukan perkara yang memberi faedah kepada dunia dan akhirat

seseorang terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w. berikut78;

Terjemahan:

Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada seorang lelaki, di mana dia menasihatinya,

“Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara, muda kamu sebelum tuamu,

sihat engkau sebelum engkau sakit, kekayaanmu sebelum engkau jadi fakir, masa lapang

engkau sebelum engkau sibuk dan masa hidup engkau sebelum engkau mati”.

Pidato di atas juga menggesa manusia agar bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana Dia

sentiasa memberikan nikmat yang banyak kepada manusia. Sekiranya seseorang menerima

musibah, ia harus berserah diri kepadanya Allah S.W.T setelah melakukan usaha yang

sepatutnya. Gesaan agar seseorang bersyukur kepada Allah S.W.T atas pelbagai nikmat

yang diberikanNya selaras dengan nilai akhlak Islam. Firman Allah S.W.T

78 Hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Syu`ab al-Iman, daripada

Ibn `Abbas R.A dan dinyatakan sahih oleh al-Albani. Lihat library.islamweb.net dan fatwa.islamweb.net.

Diakses pada 16/10/2015.

Page 20: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

32

Terjemahan:

“… dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu

bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya,

jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah pedih".

(Ibrahim (14): 7)

Pidato di atas juga menggesa orang ramai melakukan kebaikan dengan menyumbangkan

apa yang termampu disumbangkannya untuk orang lain, khususnya dalam bentuk

sumbangan material yang boleh meringankan beban seseorang yang berada dalam

kesusahan. Pengurnia atau peyumbang kebaikan kepada orang lain disifatkan sebagai

sebaik-baik kebaikan. Pidato juga menggesa manusia agar menghindarkan diri daripada

melakukan kejahatan kerana pelakunya disifatkan sebagai sejahat-jahat kejahatan.

Selain khutbah atau pidato, amthal yang seringkali digandingkan dengan hikam atau kata-

kata hikmah yang bernas lagi menyentuh perasaan juga dikesan sarat terkandung di

dalamnya nilai-nilai akhlak yang mulia. Sebagai contohnya, mathal yang dibuat oleh

Aktham b Sayfiy berikut79:

Terjemahan: Sesungguhnya perkataan yang benar tidak membiarkan seseorang menjadi

sahabatku, apa yang merosakkan pandangan [yang bernas] adalah [dorongan untuk tunduk

kepada kehendak] hawa nafsu, sejahat-jahat raja ialah [apabila] orang yang tidak berdosa

takut kepadanya, yang membunuh seseorang lelaki ialah antara dua rahangnya [mulut].

Kata-kata Aktham tersebut mengandungi nilai akhlak yang mulia iaitu seruan agar

seseorang berkata benar dan sentiasa menyatakan kebenaran, khususnya bagi para

pemimpin. Sikap benar dalam kata-kata hendaklah menjadi ciri akhlak dan

keperibadiannya sepanjang masa dan ia suka berkeperibadian seperti itu laksana ia suka

kepada seseorang yang dijadikan sahabat atau teman karibnya. Pandangannya akan

sentiasa benar sekiranya ia tidak cenderung berkata-kata berdasarkan kehendak hawa

nafsunya. Lantaran itu, dia akan berlaku adil dalam semua tindakannya ketika berurusan

dengan orang ramai yang dipimpinnya. Mereka yang berbuat salah dan melanggar undang-

undang akan dihukum secara adil dan saksama, manakala yang tidak bersalah tidak akan

diganggu. Sekiranya seseorang pemimpin tidak berlaku adil dan bertindak berdasarkan

hawa nafsunya, dia mungkin akan menerima sogokan rasuah oleh para penjenayah agar

dapat melepaskan diri daripada hukuman dan kalangan yang tidak bersalah pula yang akan

dihukum. Andai kata, wujud situasi seperti ini di mana kalangan orang-orang baik yang

tidak bersalah takut kepada pemimpin seperti ini, ia adalah sesuatu yang amat malang bagi

sesebuah negara. Mathal yang dibincangkan ini juga turut menyentuh kepentingan

seseorang menjaga lidahnya daripada berbohong, memfitnah dan mengadu domba kerana

ia boleh menyebabkan berlakunya permusuhan dan persengketaan, malahan boleh

membawa kepada pembunuhan. Semua nilai yang dinyatakan dalam mathal ini adalah

selaras dengan pemikiran akhlak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:

79 Al-Suyufi, Tarikh al-Adab, 247.

Page 21: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

33

Terjemahan; Sesiapa yang boleh jamin [ dia boleh mengawal] apa yang ada antara dua

misai dan janggutnya (iaitu lidah) dan apa yang ada antara dua kakinya (iaitu kemaluan),

aku boleh jamin syurga untuknya”80.

Akhir sekali dinyatakan bahawa pemikiran akhlak banyak terkandung dalam wasiat. Pada

umumnya wasiat mengajak kepada nilai akhlak yang mulia. Berikut merupakan contoh

wasiat yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi yang ditinggalkan oleh orang Jahiliyah.

Ketika Dzu al-Isba’ Al-`Udwani merasakan ajalnya hampir tiba, ia memanggil anaknya

Usayd, ia menasihati anaknya dengan beberapa nasihat demi mewujudkan kedudukan yang

mulia di tengah manusia dan menjadikannya seorang yang mulia, terhormat dan dikasihi

oleh kaumnya. Ia berkata :

Terjemahan: Wahai anakku, sesungguhnya bapamu ini telah musnah sedangkan ia masih

hidup. Dia telah hidup lama sampai rasa jemu dengan kehidupan. Lantas daku

mewasiatkan kamu yang mana sekiranya engkau memeliharanya engkau akan mencapai

satu kedudukan dalam kaummu sebagaimana yang telah aku capai, maka peliharalah

wasiatku ini: bersikap lemah lembutlah dengan kaummu nescaya mereka akan

menyayangimu. Hendaklah kamu merendah diri dengan mereka, nescaya mereka akan

menyanjungimu, Maniskan muka kamu nescaya mereka akan mentaati kamu, Jangan kamu

meminta kamu diutamakan dengan sesuatu pun daripada mereka, nescaya mereka akan

menjadikan kamu pemimpin, Dan muliakan yang muda di kalangan mereka seperti mana

kamu menghormati yang lebih dewasa, nescaya kamu akan dihormati oleh orang yang

lebih dewasa dalam kalangan mereka, dan bertambah kasihlah orang-orang muda

terhadapmu, Jangan berkira sangat dengan harta kamu,

Peliharalah maruah keluargamu, Berikan kebanggaan terhadap jiranmu, Bantulah terhadap

sesiapa yang perlukan bantuanmu, Muliakanlah tetamu kamu, bersegeralah bangkit

memberikan pertolongan terhadap orang yang sangat memerlukan pertolongan,

80 Hadis Riwayat al-Bukhari, Lihat laman sesawang, dicapai 15 Oktober 2015, al-Durar al-Sunniyah, www.

Dorar.net dan www.library.islamweb.net.

Page 22: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

34

sesungguhnya kamu ada tempoh yang kamu tidak akan langkaui. Peliharalah maruah kamu

daripada meminta-minta sesuatu daripada seseorang, Dengan demikian menjadi

sempurnalah kepimpinanmu.

Wasiat di atas terkandung pemikiran akhlak yang unggul. Ia boleh dijadikan panduan

untuk menjadi seorang pemimpin yang sempurna. Menurut Zu Isba` al-`Udwani, seorang

pemimpin seharusnya mudah mesra, merendah diri dan sentiasa bermanis muka. Seorang

pemimpin juga seharusnya menghormati orang dewasa dan menyayangi yang muda serta

bersegera menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Seorang pemimpin juga

hendaklah memuliakan tetamu dan berbuat perkara yang mana jirannya bangga

terhadapnya. Seorang pemimpin dilarang sama sekali meminta agar dirinya diutamakan

dalam apa-apa perkara kerana ia menyebabkan maruah dirinya jatuh. Maruah sangat perlu

dijaga bukan sahaja maruah diri bahkan maruah ahli keluarga.

Ternyata nilai-nilai akhlak yang dirakamkan dalam wasiat di atas selaras dengan nilai-nilai

akhlak Islam yang menggesa manusia bersifat dengan sifat-sifat mulia seperti merendah

diri, tidak sombong, menghormati orang lain, menghormati tetamu, menghormati jiran,

menolong orang lain yang memerlukan dan sebagainya. Banyak ayat al-Quran dan hadis

Rasulullah s.a.w. yang menekankan nilai-nilai ini, sebagaimana yang terkandung dalam

nasihat Luqman kepada anaknya di dalam al-Quran. Sabda Rasulullah SAW81:

Terjemahan:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat dia perlu memuliakan jirannya.

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat dia perlu memuliakan tetamunya.

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dia perlu bercakap yang baik

ataupun dia diam.”

Pemikiran akhlak juga dapat dikesan dalam wasiat Qays bin `Asim. Pada saat beliau

hampir menemui ajalnya, dia sempat berpesan kepada anaknya seperti berikut;

Terjemahan: Wahai anakku, peliharalah nasihatku ini, tiada sesiapapun yang lebih [wajar]

menasihatimu selain daku,

81 Sahih Bukhari, Kitab al-Adab, Bab Man Kana Yu’min billahi wa al-yaum al-Akhir fala Yu’zi Jarahu, No.

Hadith: 6018, 509.

Page 23: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

35

Apabila daku meninggal dunia, maka lantiklah ketua [yang akan menjadi penggantiku] di

kalangan yang dewasa, jangan lantik di kalangan yang muda, kerana orang akan

menganggap kalangan orang dewasa bodoh dan mereka akan menghina mereka .

Hendaklah kamu menguruskan harta kamu dengan baik, sesungguh harta itu peringatan

bagi orang baik dan jangan membiarkannya [ia diurus oleh] orang yang keji. Jangan

sesekali kamu meminta-minta dengan orang, sesungguhnya meminta-minta itu sejahat-

jahat hasil pendapatan.

Antara nilai akhlak yang terkandung dalam wasiat di atas adalah kepimpinan seharusnya

diterajui oleh orang yang lebih dewasa dan berpengalaman. Justeru, orang yang lebih

dewasa patut dipilih menjadi pemimpin dalam masyarakat. Ini kerana sekiranya seseorang

ketua dilantik dalam kalangan orang muda, sedangkan orang dewasa yang lebih

berpengalaman ada, nescaya orang akan memperbodoh dan memperlekeh pemimpin muda

yang kamu lantik tersebut. Justeru, orang dewasa adalah lebih layak dilantik menjadi

pemimpin berbanding dengan orang muda. Asasnya ialah jelas, di mana kalangan yang

lebih berumur mempunyai ilmu dan pengalaman yang lebih luas berbanding dengan orang

yang lebih muda.

Nilai akhlak yang lain yang terdapat dalam wasiat Qays bin `Asim ini adalah dari sudut

pengurusan harta. Ia perlu diuruskan oleh orang-orang yang bukan terdiri daripada

kalangan yang keji dan berakhlak buruk. Manakala nilai akhlak yang lainnya adalah

gesaan agar seseorang berusaha mencari nafkah tanpa mengharapkan pemberian orang

semata-mata. Ini kerana perbuatan meminta sedekah adalah hina di sisi masyarakat.

Demikianlah beberapa nilai yang baik yang boleh dijadikan teladan.

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa prosa jahiliah yang telah dipaparkan seperti pidato, amthal dan

wasiat, ternyata ia mengandungi pemikiran akhlak yang bernilai. Orang Arab Jahiliah

sebenarnya masih memiliki nilai akhlak yang tinggi yang selaras nilai akhlak Islam. Tema-

tema prosa seperti khutbah, mathal, dan wasiat, masing-masing mengandungi nilai seni

yang tinggi di samping mesej utamanya untuk menanamkan nilai akhlak yang tinggi

kepada masyarakat jahiliyah di ketika itu. Antaranya ialah kepentingan seseorang bakal

suami memiliki sifat-sifat yang mulia seperti kebijaksanaan dan budi pekerti yang mulia

yang sepatutnya diutamakan dalam pemilihan pasangan hidup berbanding dengan

pemilikan harta kerana ia tidak akan kekal. Selain itu, ia juga menekankan agar seseorang

menggunakan waktunya dengan berbuat baik, bersyukur kepada Tuhan yang memberikan

nikmat yang banyak kepada manusia, sentiasa berserah diri kepadaNya, membelanjakan

harta benda untuk jalan kebaikan dan meninggalkan perbuatan jahat dan keji. Selain itu,

prosa juga menekankan kepentingan seseorang, khususnya pemimpin bersikap lemah

lembut dengan orang-orang di sekelilinnya, suka merendah diri, sentiasa bermuka manis

kepada mereka, menghormati orang tua dan orang muda, tidak mementingkan diri sendiri,

bersikap pemurah, sentiasa menjaga maruah keluarga dan gesaan agar berusaha mencari

nafkah sendiri tanpa mengharapkan pemberian daripada orang lain..

Page 24: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA

SASTERA ARAB JAHILIYAH

36

Bibliografi

Ahmad Badawi, Rohanda W.S, Model Penelitian Sastra Interdisiplin, (Bandung : Adabi

Press, 2005).

Abu Abbas al-Tha’lab, Syarh Diwan Zuhayr, (Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabiy, tt).

Abdul Qadir Ahmad, Dirasat Fi Adab wa Nusus al-`Asr al-Jahili, (Qaherah:Maktabah al-

Nahdah, 1983).

al-`Abd, Abd al-Latif Muhammad, Al-Akhlaq fi al-Islam Bayna al-Nazariyyah wa al-

Tatbiq, (Kaherah, Dar al-Hani, 2007).

al-Syanti, Mohamad Salleh, Fi al-Adab al-Arabiy al-Qadim, (Arab Saudi: Dar al-

Andalus, 2005).

al-Fakhuri, Hanna, al-Jami` Fi Tarikh al-Adab al-`Arabiyy, al-Adab al-Qadim, (Beirut:

Dar al-Jil, 1985),.

.`Adil Jabir Salih Muhammad (et. al), Tarikh al-Adab al-`Arabiyy al-Qadim, (Oman:

Dar al-Safa’, tt).

`Arfan Al-Ashqar, Ghazi Talimat, al-Adab al-Jahili, (Damsyik: Dar al-Fikr, 2001).

al-`Abd, Abd al-Latif Muhammad, al-Akhlaq fi al-Islam Bayna al-Nazariyah wa al-

Tatbiq, (Kaherah: Dar al-Hani, 2007).

al-`Adl, Hasan Taufiq, Tarikh al-Adab al-Lughah al-`Arabiyyah, (Omman: Dar Usamah,

2002).

_____________Al-Mu`jam al-`Arabiy al-Asasi, (Alecso: Larousse, 1989).

al-Mubarakfuri, Safyu al-Rahman, Sirah Rasulullah S.A.W. terj. Mohd Darus Senawi

Ali, c. 1, (Shah Alam: Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd, 2000).

Al-Mubarrad, al-Kamil wa al-Adab, To PDF: www.al-mostafa.com,

http://www.mohamedrabeea.com/books/book1_8127.pdf di akses pada 9/12/2013.

al-Qairawani, Ibn Rashiq, Kitab al-Umdah fi Mahasin al-Shi`r Wa Adabih,

http://www.islamicbook.ws/adab/alamdt-fi-mhasn-alshar-wadabh-001.html

al-Qurshi, Ismail bin Umar bin Kathir, Tafsir Ibn Kathir, (Damsyik: Dar Tayyibah,

2002)

Salamah Musa, Ashhar al-Khutab wa Mashahir al-Khutaba’,(Matbu`ah al-Haitadal, 1924).

al-Sharqawiy ,`Affat, Durus wa Nusus fi Qadaya al-Adab al-Jahili, (Beirut: Dar al-

Nahdah, 2000).

al-Siba`i al-Siba`i, Tarikh al-Adab al-`Arabiy fi al-`Asr al-Jahili,(Beirut:Dar al-Ulum).

al-Suyufi, Mustafa Muhammad, Tarikh al-Adab fi al-`Asr al-Jahili, (Kaherah: Dar al-

Dawliyyah, 2008),

al-Syanti, Muhamad Saleh, Fi al-Adab al-‘Arabiy al-Qadim, Saudi Arabia: Dar al-

Andalus (2005).

Page 25: PEMIKIRAN AKHLAK DALAM KARYA PROSA SASTERA ARAB

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954)

URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2015

Department of Islamic History and Civilisation, APIUM Page 13-38

37

al-Zawiy, Munzir Imran, Saja` al-Kuhhan,

http://www.alfaseeh.com/vb/showthread.php?t=28197

http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?hflag=1&bk_no=1847&pid=907959

diakses pada 11/12/2013.

Ibrahim `Iwad (1/7/2013), Taha Husin Wa Inkar al-Nathr al-Jahili,

artikel:http://www.alukah.net/literature_language/0/56700/ .

Ibn Manzur, Lisan al-`Arab, Juzuk 3, Beirut: Dar al-Sadir, 1968.

Ihsan Abbas, Tarikh al-Adab al-Andalusi, (Beirut: Dar al-Thaqafah, 1960).

Muhammad Khalil, Yanabi` al-Shi`ir al-`Arabiyy http://mkh-

arabicpoems.blogspot.com/2013/10/blog-post_25.html.

Mahmud al- Miqdad , Ayyuhuma Asbaqa ila al-Zuhur al-Syi’r Am al-Nathr al-Fann,

http://cms.islam.gov.kw/woman/Pages/ar/ArticleDetails.aspx?newsId=393

_____________Kamus Besar Arab Melayu Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2006).

_____________Longman Dictionary of Contemporary English The Living Dictionary,

(England: Pearson Education Limited, 1978).

Mohd Shahrizal, Manhaj Sastera Islam, Majalah DINIKA, Volume 9, Number 2, July

2011,

Muhammad `Abd Qadir Ahmad, Dirasat fi Adab wa Nusus al-`Asr al-Jahili, (Kaherah:

Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, 1983).

Nur Chalis Sofyan, Sastera Arab Sebuah Pengantar, (Banda Acheh: Ar Raniry Press,

2004), 10-12.

Othman Haji Khalid, Kritikan Sastera Dalam Kesusasteraan Arab Klasik dan

Persoalannya: Satu Tinjauan (Jurnal Islamiyat 6, 1985).

PRPM@DBP Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sediakan+payung+sebelum+hujan.

Said Husayn Mansur, Harakah al-Hayah al-Adabiyyah Bayna al-Jahiliyyah wa al-

Islam, (Kuwait: Dar al-Qalam, 1981),

Syawqi Dhif, Tarikh al-Adab Fi al-‘Asr al-Jahili, (Kaherah: Dar al-Maarif, 1960)

Taha Husin, Min Hadithi al-Syi’r Wa al-Nathr, (Kaherah: Dar al-Maarif 2005).