arahan kk sce3143 ppg2 s8-15

Upload: azura-aziz

Post on 10-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kkp

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWARTUGASAN PROJEKTAJUK PROGRAM :

PROGRAM PENDIDIKAN GURUNAMA PELAJAR :

SEMESTER : 8AMBILAN: Januari 2012TAJUK KURSUS : SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKATKOD KURSUS: SCE3143

TARIKH MULA 6 Julai 2015TARIKH HANTAR 14 Ogos 2015

Hasil Pembelajaran:1. Membincangkan secara kritis isu-isu dan pembelajaran berasaskan projek yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM).2. Menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu-isu STM3. Melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional untuk kelestarian4. Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat yang berkaitan dengan projek-projek STMKerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Tugasan:Pelajar akan melaksanakan pembelajaran berasaskan projek untuk memahami, menjelaskan dan menghayati enam isu berikut:I. Reka bentuk, inovasi dan reka cipta struktur bangunanII. Pemuliharaan alam sekitarIII. Tenaga dalam biosferaIV. Kemampanan sumber tenagaV. Bahan tambah dalam makananVI. Pencemaran dan kesannya terhadap bumiTugasan (100%)Tugasan ini menekankan konsep Sains yang diaplikasikan dalam teknologi untuk pembangunan masyarakat. Adalah diharapkan pelajar dapat memahami konsep teknologi dengan menjelaskan aplikasi Sains dalam teknologi untuk kesesuaian dan keselesaan kehidupan manusia.Ia juga akan meningkatkan kompetensi pelajar dalam amalan penyiasatan dan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Tugasan ini melibatkan empat komponen, iaitu:1. Penghasilan produk (30%) Merujuk kepada senarai isu di objektif projek, dalam kumpulan tiga orang, pelajar dikehendaki memilih satu persoalan isu sebagai projek kajian. Persoalan isu seperti berikut:(i)Apakah kekuatan dan kestabilan sebuah bangunan? Buat satu ujian dengan membina satu struktur bangunan menggunakan straw minuman. (ii)Pembungkus makanan polisterin merupakan satu bahan yang tidak mudah terurai oleh bakteria. Kaji tentang pembungkus makanan polisterin. Bagaimanakah alam sekitar boleh dipelihara dengan adanya pembungkus ini yang digunakan secara berleluasa?(iii)Kaji satu habitat di satu kawasan. Bagaimanakah ekosistem ini boleh dikekalkan atau dipertingkatkan?(iv)Buat satu model kincir angin atau pengumpul tenaga solar. Kaji bagaimana alat ini berfungsi untuk menjana tenaga elektrik. Bincangkan samada sumber tenaga berkaitan boleh menjadi tenaga yang mampan.(v)Kaji tentang penjerukan makanan. Hasilkan satu eksperimen untuk membandingkan makanan yang dijeruk dengan makanan yang tidak dijeruk.(vi)Hasilkan satu eksperimen ringkas untuk menunjukkan pencemaran terhadap tumbuhan. Bincangkan bagaimanakah pencemaran sebegini boleh di atasi. Bagi tajuk persoalan yang dipilih itu, hasilkan kajian berasaskan projek. Kajian ini boleh berdasarkan pembinaan satu model atau eksperimen untuk menyelesaikan persoalan itu secara inovatif dan kreatif dan mestilah berasaskan konsep Sains. Laporan projek adalah individu.Laporan kajian seharusnya mengikut format berikut:(a) Pengenalan kajian Penyataan isu persoalan(b) Pelaksanaan kajian Nyatakan prosedur atau langkah-langkah kajian Jika perlu tunjukkan rajah atau gambar foto(c) Pemerhatian dan perbincangan Paparkan sebarang data atau maklumat yang dikumpul Perbincangan analisis ke atas maklumat/data yang dikumpul Perbincangan yang mengaitkan Sains, Teknologi dan Masyarakat(d) Cadangan penyelesaian isu Bincangkan sebarang cadangan yang inovatif, kreatif dan logik. Refleksi kendiri

2. Pembentangan 1 (20%):Dalam kumpulan 3 orang, satu isu daripada enam isu Sains, Teknologi dan Masyarakat dibentangkan. Pelajar dikehendaki membuat bacaan, rujukan dan perbincangan. Pembentangan hendaklah menggunakan paparan slaid.

3. Pembentangan 2 (20%): Hasil projek kajian dalam tugasan 1 dibentangkan (kumpulan 3 orang) mengikut format kajian seperti di atas. Pembentangan menggunakan paparan slaid.

4. Ulasan jurnal (20%):Pelajar dikehendaki memilih satu penulisan jurnal daripada buku jurnal atau laman web. Ulasan anda lebih kurang dalam 2000 perkataan. Jurnal yang telah dipilih perlulah dinyatakan sumber rujukan.

5. Ujian bertulis (10%):Satu kuiz akan dikemukakan yang meliputi mana-mana enam isu Sains, Teknologi dan Masyarakat.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu dan kumpulan.. 2. Muka surat hadapan ditaip dengan butiran berikut:(a) Logo IPGKRM(b) Nama program(c) Tajuk tugasan(d) Nama pelajar(e) Kumpulan/Unit(f) Angka giliran(g) Nombor kad pengenalan(h) Nama kursus dan kod(i) Nama pensyarah kursus(j) Tarikh serahan3. Laporan bertaip menggunakan format berikut:(a) Font Arial(b) Saiz huruf - 11 (c) Langkau baris 1.5 4. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association) 5.Amalan plagiat tidak dibenarkan 6.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%7.Tarikh muktamad mesti dipatuhi. Penalti pengurangan markah akan dikenakan jika laporan lambat dihantar.

Format Laporan ProjekTugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:1. Dalam pembentangan, setiap pelajar dalam kumpulan harus menunjukkan kefahaman yang betul dan tepat tentang konsep Sains dan aplikasi konsep Sains dalam Teknologi. 2. Dalam penulisan laporan harus menunjukkan kajian yang bertepatan dan sesuai yang berkaitan dengan isu. Setiap pelajar dalam kumpulan dapat menjelaskan konsep Sains dan teknologi serta dapat menghuraikan kegunaan dan kesan kepada masyarakat.3. Penulisan laporan yang menunjukkan perbincangan dan cadangan ke atas isu yang dipilih yang melibatkan kefahaman konsep Sains, aplikasi Sains dalam teknologi dan kesan kepada masyarakat.

Kriteria PentaksiranTugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh __________________(Che Azmi Bin Harun)Penyelaras Kursus SCE3114Jabatan SainsIPGK Raja MelewarDisemak oleh:

______________________(Fathaiyah Binti Abdullah) Pakar bidang (SME)Jabatan SainsIPGK Raja MelewarDisahkan oleh

________________________(Dr. Zainol Badli Bin Budiman)Ketua Jabatan SainsJabatan SainsIPGK Raja Melewar

3