digest poli kk zswak

Download Digest Poli Kk Zswak

Post on 12-Aug-2015

131 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

digest

TRANSCRIPT

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR SEMESTER SATU DALAM MODUL MATEMATIK KEJURUTERAAN

Azrul Mahfurdz Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah Sarawak Saifuddin Semail Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Sandakan Sabah

ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan gaya pembelajaran, motivasi dengan pencapaian pelajar semester 1 dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Seramai 297 orang pelajar semester 1 dari beberapa jabatan yang berbeza telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan adalah Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu permukaan, mendalam, terancang dan gigih usaha. Data pencapaian matematik pelajar pula telah diambil daripada keputusan peperiksaan akhir semester. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences15.0). Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa kebanyakkan pelajar mengamalkan keempat-empat gaya pebelajaran. Bagi faktor motivasi, didapati nilai motivasi dalaman lebih tinggi berbanding motivasi luaran. Analisis kajian turut menemukan hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan motivasi. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar.

1.0 PENGENALAN Pembangunan politeknik-politeknik di Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah menjadi sebuah negara perindustrian dan seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi dunia. Penubuhan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPTM adalah bertujuan untuk melatih bakal pekerja separa profesional bagi menampung keperluan sumber manusia dalam jurusan teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang teknikal adalah suatu keperluan yang penting. Program yang ditawarkan di politeknik yang merangkumi bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan sememangnya memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan matematik yang secukupnya. Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju kearah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan teknologi (Angela, 2001). Pembelajaran matematik dalam kurikulum politeknik haruslah dirancang supaya mencapai matlamatnya, iaitu untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar dalam matematik. Pelajar diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara efektif untuk menyelesaikan masalah serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk

1

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

digunakan dalam subjek-subjek lain dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya masa hadapan mereka. Pembelajaran matematik seringkali dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan kerana proses pembelajaran berlangsung dalam struktur bilik darjah tradisional, matematik lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru (Koh Lee Ling et al, 2008). Selain dari itu, menurut Salawati (1998) faktor lain yang menyebabkan kemerosotan pencapaian pelajar adalah disebabkan oleh pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, adalah penting pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik sehingga ke tahap yang cemerlang dan salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran pelajar.

2.0 PENYATAAN MASALAH Pencapaian pelajar yang rendah dan kelemahan dalam mata pelajaran matematik haruslah ditangani dan diambil perhatian dengan lebih teliti. Ini adalah kerana, kelemahan di dalam subjek ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar di sesebuah institusi pendidikan. Menurut Norlia et al (2006), kelemahan dalam mata pelajaran ini boleh mengakibatkan kurangnya peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus tertentu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran matematik tambahan. Oleh yang demikian, adalah penting pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik. Salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran atau pun gaya pembelajaran pelajar. Pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan gaya pembelajaran pelajar. Antaranya adalah kajian yang dijalankan oleh Mokhtar Ishak & Rohani Ahmad (2001) untuk menentukan hubungan pencapaian penyelesaian matematik dengan gaya belajar pelajar. Dalam kajian berkenaan dapatan menunjukkan gaya belajar mempengaruhi pencapaian penyelesaian matematik pelajar. Pensyarah seharusnya mengambil berat tentang cara seseorang pelajar itu belajar. Namun begitu, apa yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung pensyarah kurang memberi penekanan tentang gaya pembelajaran yang sesuai dan patut digunakan oleh pelajar. Oleh yang demikian, adalah penting seseorang pensyarah mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar serta membantu mereka supaya mengamalkan gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kajian yang dijalankan oleh Norhani Bakri et al (2005) untuk mengenalpasti punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar mendapati bahawa salah satu punca adalah faktor teknik belajar. Dalam kajian tersebut didapati cara pembelajaran yang tidak konsisten dan tiada inisiatif untuk berusaha sendiri dengan mencari bahan rujukan di perpustakaan merupakan faktor yang menjejaskan prestasi pembelajaran. Oleh kerana gaya pembelajaran turut memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar, maka satu kajian berkaitan gaya pembelajaran haruslah dibuat untuk melihat sejauh manakah ia mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik di politeknik.

2

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.0 KERANGKA KOSEPTUAL Nor Azan et al (2004) telah mengakaji kebolehan kognitif, pengetahuan yang lepas dan gaya pembelajaran memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian tersebut mendapati sifat individu seperti gaya pembelajaran boleh memberi kesan kepada hasil pencapaian pelajar. Sementara itu, hasil kajian yang diperolehi daripada Erica et al (2006) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan perempuan.

GAYA PEMBELAJARAN PERMUKAAN MENDALAM TERANCANG GIGIH USAHA PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR

DORONGAN MOTIVASI DALAMAN LUARAN

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Satu kerangka konseptual telah dibentuk dan diubah suai daripada model Bryant (1974) dalam kajian yang telah dibuat oleh Norlia et al (2006). Berdasarkan kerangka koseptual yang dibentuk (ditunjukkan dalam Rajah 1), gaya pembelajaran dan dorongan motivasi akan mempengaruhi pencapaian matematik pelajar.

4.0 PERSOALAN KAJIAN Tujuan kajian adalah untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan dorongan motivasi pensyarah mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Kajian yang dijalankan ini juga betujuan untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran pelajar sijil dan diploma. Secara terperinci kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut: i. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran Matematik? ii. Apakah motivasi yang mendorong pelajar belajar? iii. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi? iv. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut pencapaian?

3

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

5.0 HIPOTESIS KAJIAN Berdasarkan tujuan kajian, hipotesis telah dibina untuk melihat hubungan gaya pembelajaran, dorongan motivasi pensyarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik iaitu: i. Tidak ada perhubungan signifikan antara motivasi dan gaya pembelajaran. ii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran mengikut pencapaian.

6.0 METODOLOGI 6.1 Reka bentuk kajian Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan kajian tinjauan. Kaedah ini dipilih kerana limitasi masa yang terhad dan mempertimbangkan dari segi kos dan tenaga. Di samping dapat mengumpul jawapan responden dengan cepat, ia juga banyak digunakan dalam kajian untuk menghuraikan sikap, pendapat, kepercayaan, perasaan, kualiti perkhidmatan, produk, tingkah laku dan sebagainya. Kajian yang dijalankan ini juga hanya melibatkan kelompok yang kecil sahaja. Oleh demikian, penggunaan kaedah kajian tinjauan ini adalah bersesuaian. 6.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian adalah seramai 1300 orang pelajar semester satu yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan di Politeknik Mukah Sarawak. Daripada jumlah populasi tersebut seramai 297 orang telah dipilih sebagai sampel secara rawak dalam kajian. Pemilihan jumlah sampel ini adalah berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel yang telah dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970) dalam Chua Yan Piaw (2006). 6.3 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukan. Soal selidik yang diguna adalah berdasarkan Inventori Pembelajaran di sekolah oleh Selmes (1987) dalam Norlia et al (2006) yang mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya gigih usaha. Gaya kelima, gaya dorongan telah diubah suai untuk mengukur motivasi luaran dan dalaman. Soal selidik yang dibina mempunyai enam bahagian. Susunan bahagian tersebut seperti berikut: A. B. C. 6.4 Prosedur kajian Sebelum soal selidik kajian diedarkan kepada sampel satu kajian rintis terlebih dahulu dilakukan. Seramai 30 orang telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang dibina. Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk memastikan item soalan yang digunakan bersesuaian dengan kajian, mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai kebolehpercayaan diukur