aplikasi kajian masa depan dalam pengajaran pendidikan islam di kalangan pensyarah ipg kampus...

14
1 Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam di kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah. Saidah Khadijah Ahmad Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Keningau,Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi Kajian Masa depan(KMD) dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau yang mengajar subjek Pendidikan Islam Teras dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kajian Masa Depan ialah salah satu strategi pengajaran yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2002. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Seramai 64 pelatih kelas persediaan Ijazah sebagai sampel kajian . Data kajian dianalisis menggunakan SPSS 11.5 dengan statistik deskriptif. Analisis menunjukkan majoriti tahap aplikasi Kajian Masa Depan adalah pada tahap tinggi (min=4.40). Kesemua sembilan kemahiran khusus Kajian Masa Depan dianalisa dan didapati min terendah ialah kemahiran ke sembilan dengan min=2.79 iaitu dimensi kemampanan sementara min tertinggi ialah kemahiran ke lima dengan min=4.36 iaitu strategi mengatasi cabaran. Kajian mendapati juga pensyarah lelaki lebih mengamalkan strategi pengajaran Kajian Masa Depan ini daripada pensyarah wanita. KATA KUNCI : Pendidikan Islam, Strategi pengajaran, Kajian Masa Depan,Institut Pendidikan Guru, Pusa Perkembangan Kurikulum. PENGENALAN Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru agar bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Generasi bermaksud kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama. Manakala maksud baru ialah mutakhir, maka maksud generasi baru ialah sekumpulan individu yang lahir di tahun-tahun terakhir ini. Kajian Masa Depan akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Pelajar-pelajar ini juga boleh merancang masa hadapan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan.

Upload: rabiah-ini

Post on 22-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

1

Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam di kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah.

Saidah Khadijah Ahmad Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

IPG Kampus Keningau,Sabah [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi Kajian Masa depan(KMD) dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau yang mengajar subjek Pendidikan Islam Teras dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kajian Masa Depan ialah salah satu strategi pengajaran yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2002. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Seramai 64 pelatih kelas persediaan Ijazah sebagai sampel kajian . Data kajian dianalisis menggunakan SPSS 11.5 dengan statistik deskriptif. Analisis menunjukkan majoriti tahap aplikasi Kajian Masa Depan adalah pada tahap tinggi (min=4.40). Kesemua sembilan kemahiran khusus Kajian Masa Depan dianalisa dan didapati min terendah ialah kemahiran ke sembilan dengan min=2.79 iaitu dimensi kemampanan sementara min tertinggi ialah kemahiran ke lima dengan min=4.36 iaitu strategi mengatasi cabaran. Kajian mendapati juga pensyarah lelaki lebih mengamalkan strategi pengajaran Kajian Masa Depan ini daripada pensyarah wanita.

KATA KUNCI : Pendidikan Islam, Strategi pengajaran, Kajian Masa Depan,Institut Pendidikan Guru, Pusa Perkembangan Kurikulum.

PENGENALAN

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru agar

bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Generasi bermaksud kumpulan individu yang lahir pada

waktu yang lebih kurang sama. Manakala maksud baru ialah mutakhir, maka maksud generasi baru ialah

sekumpulan individu yang lahir di tahun-tahun terakhir ini. Kajian Masa Depan akan membantu generasi

ini menyedari bahawa masa depan berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Pelajar-pelajar ini

juga boleh merancang masa hadapan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia

berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan.

Page 2: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

2

Beberapa dimensi yang perlu difahami dalam Kajian Masa Depan ini adalah masa hadapan merupakan

satu keadaan yang dinamik kerana sentiasa berlaku perubahan. Malahan masa hadapan lazimnya

kompleks serta sukar ditentukan dan penyelesaianya bersifat global. Tambahan lagi, manusia terikat

dengan nilai dan norma , keinginan dan hajat serta kehendak yang berbeza-beza.

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan telah diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran. Pengajaran ini merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk

menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan dalam hal membuat

keputusan. Dalam mengkaji masa hadapan, kita perlu tahu apakah yang telah berlaku (sejarah) dan apa

yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). Seterusnya kita perlu membuat pertimbangan terhadap

kemungkinan yang ada sebelum membuat keputusan terbaik (PPK, 2002)

Kursus dan bengkel Kajian Masa Depan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia di Malaysia

dijalankan dengan kerjasama World Futures Studies Federation (1995). Projek Kajian Masa Depan

dimulakan pada tahun 1996, berkuatkuasa dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat

Bilangan 4/91 dan telah dilaksana selama tiga tahun di lima buah negeri. Seramai 250 guru-guru dari

peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah, dan juga pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan

Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi pendedahan konsep dan strategi Kajian Masa

Depan. Empat puluh orang guru khas dari lima buah negeri telah diberi latihan intensif tentang Kajian

Masa Depan melalui enam kalu kursus dan aktiviti-aktiviti projek.

Beberapa bahan kurikulum telah dihasilkan dari kursus dan aktiviti yang dijalankan bersama-sama guru

khas. Diantaranya adalah Buku Sumber Guru, Buku Pencapaian Guru, Koleksi Rancangan Pelajaran Mata

Pelajaran, Kit Latihan Dalaman, Buletin Kajian Masa dan laman web Kajian Masa Depan. Pengajaran

dan pembelajaran disepadukan secara merentas kurikulum melalui 16 mata pelajaran sekolah rendah ,

sekolah menengah dan peringkat pra sekolah telah dilaksanakan di bilik darjah. Kajian Masa Depan

diringkaskan dalam sebuah matriks memandang ke hadapan.

Page 3: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

3

Dapatan kajian ialah seramai 93.9% responden menyatakan rasa puas hati mereka dengan bahan-

bahan peojek Kajian Masa Depan yang disediakan. 87.9% responden menyatakan rasa puas hati mereka

dengan sesi latihan dan pendedahan Kajian Masa Depan yang diadakan. 87.9% responden menyatakan

berpuashati dengan sambutan yang ditunjukkan oleh pelajar mereka terhadap Kajian Masa Depan. Maka

dengan itu strategi ini dicadangkan diaplikasi di sekolah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Kurikulum Pusat (JKP), Kementerian Pelajaran Malaysia pada 6 Jun 2002 di bilk Mesyuarat Utama

Kementerian Pelajaran Malaysia, Paras 7, Blok J Selatan, Pusat Bandar Damansara. Mesyuarat ini

dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Tn Hj Abu Bakar Bachik, Wakil Jabatan Pelajaran Negeri, Universiti,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Dekan Universiti Malaya dan pegawai terlibat yang lain. Berdasarkan minit

mesyuarat tersebut bernombor 4.2.4 majlis telah menerima dan bersetuju bahawa konsep dan srategi

Kajian Masa Depan boleh diaplikasikan sebagai satu pendekatan yang baik dalam pengajaran dan

pembelajaran guru di bilik darjah dan pendekatan ini boleh diserapkan di dalam kursus-kursus yang

dikendailkan (tindakan PPK/BPG). Pengenalan dan latihan Kajian Masa Depan dijalankan semasa

kursus orientasi penyemakan semula kurikulum tahun

Berdasarkan laporan pencapaian guru projek di sekolah menengah mereka menyatakan bahawa Kajian

Masa Depan ini sesuai dilaksanakan bukan sahaja bagi subjek sejarah tetapi juga untuk subjek lain

seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Matematik dan Pendidikan Seni. Kesan dari pembelajaran

berasaskan Kajian Masa Depan ini pelajar-pelajar akan belajar dengan penuh minat dan bersemangat

sambil bekerjasama antara satu sama lain dalam kumpulan. Pelajar-pelajar begitu seronok dengan

ciptaan-ciptaan dan idea baru yang terbit dari kerja berkumpulan itu. Pelajar-pelajar belajar menilai apa

yang sesuai dan munasabah dan yang sebaliknya. Bagi subjek Pendidikan Moral pula projek yang

berkaitan dengan Kajian Masa Depan ini ialah projek pelajar sebagai masyarakat penyayang di mana

pelajar-pelajar anak-anak yatim sebagai ‘adik angkat’. Semasa menjalankan projek sumbangan untuk

masyarakat bersama pelajar, pelajar didapati tidak sahaja berupaya berfikir tentang masa hadapan sendiri

Page 4: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

4

tetapi mengambil berat tentang masa hadapan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Pelajar-pelajar

yang menjalankan projek ‘Social and Technological Innovations’ pula dapat menggunakan daya kreativiti

mereka dengan penuh semangat. Pada keseluruhannya , Kajian Masa Depan merupakan alat yang unggul

untuk membantu para pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Haluannya berbentuk futuristik. Intipatinya

adalah kebaikan semua sebagai warga dunia (Modul LPBKM, 2001).

MASALAH KAJIAN

Oleh kerana pensyarah di Institut Pendidikan Guru cuba menghabiskan tajuk –tajuk di dalam subjek

Pendidikan Islam Teras dalam masa lima belas minggu mengikut sukatan yang dibekalkan, penyelidik

ingin melihat adakah elemen Kajian Masa Depan ini dilaksanakan sebagai suatu peneguhan kepada

subjek tersebut atau cuma untuk mencukupkan syarat sahaja. Elemen Kajian Masa Depan ini akan

menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai suatu subjek yang menarik dan sentiasa hidup.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian akan dijalankan ini adalah untuk membuat analisis mengenai:

1. Mengenalpasti tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran

Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

2. Mengenalpasti elemen Kajian Masa Depan yang sering digunakan oleh pensyarah semasa pengajaran

Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

3. Adakah terdapat perbezaan tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa

pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah

lelaki dan pensyarah perempuan ?

Page 5: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

5

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data kajian.

Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi maklumat

asas pelatih iaitu jantina, banngsa, umur dan kelas atau opsyen. Bahagian B dibahagikan kepada sembilan

seksyen . Setiap seksyen mewakili satu elemen Kajian Masa Depan. Elemen-elemen kajian masa

depan ialah pemahaman konsep Kajian Masa Depan, pengumpulan maklumat, ramalan dan analisis,

imaginasi dan kreativiti, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario, penjelasan

nilai dan masa depan dan dimensi kemampanan.Item-item soal selidik menggunakan skala likert 5 mata,

iaitu Sangat Tidak setuju (1), Tidak setuju (2), Tidak pasti (3), Setuju (4) dan Sangat setuju (5). Seramai

64 orang pelatih iaitu pelatih kelas persediaan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG Kamus

Keningau, Sabah dipilih sebagai sampel kajian. Untuk pengiraan min, sisihan piawai dan korelasi, skala

asal (1 hingga 5) digunakan. Bagaimanapun untuk pengiraan peratus persetujuan, respon “Sangat tidak

setuju” dan “Tidak setuju” digabungkan menjadi “Tidak setuju”, respon “Tidak pasti” dikekalkan dan

respon “Setuju” dan “Sangat setuju” digabungkan menjadi “Setuju”.

Data yang telah diperolehi telah diproses menggunakan Program SPSS 11.5. Statistik diskriptif mudah

ialah kekerapan dan peratus teah digunakan untuk menganalisis data dan menghurai dapatan kajian. Skor

min dalam skala likert dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor min yang dicadangkan

oleh Jamil Ahmad (2002):

Skor Tahap

1.00 - 2.33

2.34 – 3.66

3.67 – 5.00

Rendah

Sederhana

Tinggi

Sumber : Jamil Ahmad (2002)

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Marcus (2008) pengajaran masa depan merupakan suatu pedagogi baru dalam dunia yang

sentiasa berubah. Pengajaran masa depan ini merupakan gabungan kecanggihan teknologi terkini dan

Page 6: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

6

pembinaan pemikiran kritikal dan membina potensi pelajar. Sohail ( 2011 ) menyatakan pengajaran masa

depan ialah bidang pengajaran yang mengalakkan pelajar mencipta alternatif masa depan termasuklah

pandangan dunia dan maksud disebaliknya. Terdapat enam prinsip pengajaran masa depan iaitu

permetaan masa kini dan depan, menganalisis masa depan, memahami apa yang akan berlaku, analisis

sebab dan akibat, membina alternatif masa depan dan membaiki keadaan masa kini dan membina masa

hadapan.

Vahid (2011) menekankan perlunya keprihatinan terhadap masa depan sebagai suatu cabaran kepada

revolusi pendidikan. Tessa (2012) membuat kajian dan mendapati manusia yang hidup didalam

keganasan ialah kerana kurang memikirkan mengenai masa depan yang aman. Basil (2009) membuat

kajian dengan menggunakan sembilan prinsip dalam menggunakan pembelajaran masa depan dan ianya

berkesan dalam mengalakkan pemikiran masa depan pelajar.

Bell ( 2002 ) menyatakan bahawa Slaughter telah menghasilkan pengajaran masa depan sebagai satu

disiplin akademik yang mempunyai sistem nilai dan teori disebaliknya. Slaughter melihat bahawa nilai

kemanusiaan dan spiritual perlu sebagai method pengajaran masa depan kerana budaya barat kini adalah

bersifat materialistik, saintifik dan bersifat rasional sahaja.

Saedah ( 2011), menyatakan perancangan yang rapi adalah perlu bagi menghasilkan sebuah negara yang

dinamik dan unggul pada masa depan. Kurikulum masa depan adalah bertujuan memenuhi hasrat untuk

mencapai masyarakat berilmu bertaraf antarabangsa. Teknik Delphi, Kaedah Analisis Kesan Bersilang

(Cross-Impact Analysis), Senario dan lain-lain lagi yang diperkenalkan sebagai alat ukur untuk

menentukan masa depan adalah amat berguna bukan sahaja kepada para pendidik tetapi juga kepada

pembuat polisi, perancang dasar dan penggubal kurikulum negara. Di zaman khulafa Ar Rasyidin, Umar

Al Khattab merupakan tokoh yang tajam pemikirannya dalam menangani peristiwa-peristiwa penting yag

dialaminya sepanjang pemerintahannya (Amran,2010).

Page 7: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

7

Sohail (2011) dalam laporannya menyatakan UNESCO menaja kursus mengenai pengajaran masa depan

kepada 13 peserta yang mewakili pulau-pulau di kawasan Pasifik. Kursus ini mengandungi tiga bahagian

iaitu pengenalan kepada pengajaran masa depan, kedua ialah masa depan kepulauan Pasifik dan ketiga

ialah pengekalan kebudayaan. Laporan ini menghasilkan cadangan mengenai masa depan kepulauan

Pasifik antaranya ialah kerajaan Pasifik haruslah membina satu institusi perguruan, memperbaiki

kurikulum, melatih semula guru-guru dan sebagainya. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa

pengajaran masa depan bukan sahaja digunakan di bilik kuliah tetapi juga dalam bidang pembangunan

terutamanya pendidikan sesebuah kerajaan.

DAPATAN KAJIAN

Laporan dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: (1) tahap amalan Kajian Masa Depan

dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi

pengajaran dan pembelajaran, (2) elemen Kajian Masa Depan yang sering digunakan oleh pensyarah

semasa pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dan

(3) perbezaan tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran

Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah lelaki dan

pensyarah perempuan .

Jadual 1 menunjukkan profil responden dari segi jantina, bangsa, umur dan kelas. Responden kajian

terdiri daripada 44% pelatih lelaki dan 56% pelatih perempuan. Dari segi bangsa, 20% responden adalah

pelatih Melayu, 14% pelatih Cina dan 66% adalah lain-lain. Dari segi umur pelatih, 84.4% adalah

berumur antara 15 hingga 20 tahun dan 15.6% adalah berumur antara 21 hingga 25 tahun. Manakala 25%

pelatih adalah dari kelas Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual (PPISMP),

35.9% adalah kelas PPISMP Tesl 1 dan 39.1% pelatih adalah dari kelas PPISMP Tesl 2.

Page 8: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

8

JADUAL 1: Profil responden kajian

Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 28 44 Perempuan 36 56 Bangsa Melayu 13 20.3 Cina 9 14.1 Lain-lain 42 65.6 Umur 15 – 20 tahun 54 84.4 21 – 25 tahun 10 15.6 Kelas/opsyen PPISMP PSV 16 25 PPISMP Tesl 1 23 35.9 PPISMP Tesl 2 25 39.1

Berdasarkan jadual 2. kajian ini mendapati tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah

semasa pengajaran Pendidikan Islam ialah (min= 4.04) pada tahap tinggi (min keseluruhan)

JADUAL 2 : Tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam

Elemen/Kemahiran khusus KMD Min SP Pemahaman Konsep Kajian Masa Depan 4.19 0.39 Pengumpulan Maklumat 4.10 0.63 Ramalan dan Analisis 4.11 0.59 Imaginasi dan kreativiti 4.20 0.49 Strategi mengatasi cabaran 4.36 0.47 Proses Inovasi sosial 4.14 0.69 Membina senario 4.13 0.64 Penjelasan nilai dan masa depan 4.35 0.40 Dimensi kemampanan 2.79 0.26

Jadual 2 juga menunjukkan elemen Kajian Masa Depan yang sering digunakan oleh pensyarah semasa

pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Elemen

yang sering digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran Kajian Masa Depan ialah kemahiran strategi

mengatasi cabaran (min = 4.36), diikuti oleh kemahiran penjelasan nilai dan masa depan (min = 4.35),

Page 9: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

9

kemahiran imaginasi dan kreativiti (min = 4.20), pemahaman konsep Kajian Masa Depan (min = 4.19),

proses inovasi sosial (min = 4.14), membina senario (4.13), ramalan dan analisis (min = 4.11),

pengumpulan maklumat (min = 4.10) dan terendah dan kurang digunakan ialah dimensi kemampanan

(min = 2.79).

Jadual 3 menunjukkan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan setiap elemen (sembilan elemen)

atau kemahiran khusus yang terdapat di dalam strategi pengajaran Kajian Masa Depan. Kajian ini

mendapati keseluruhan pelatih (100%) bersetuju bahawa semasa pengajaran Pendidikan Islam pensyarah

mereka ada mengaitkan budaya yang kekal dan budaya yang berubah (min = 4.28) serta meninjau

perhubungan dan perkaitan antara masa lalu, kini dan masa depan (min = 4.39). Kemahiran tersebut

ialah kemahiran pemahaman konsep Kajian Masa Depan.

Manakala 93.7% pelatih menyatakan strategi atau elemen penyimpanan maklumat yang kerap

dilaksanakan oleh pensyarah ialah proses kilasan persekitaran untuk mengenalpasti masalah. Strategi ini

ialah bagi mengelakkan sesuatu yang negatif sebagai sebahagian proses kilasan persekitaran. Contohnya

trend pemakanan, trend ekonomi, trend pengangkutan , trend tenaga dan sebagainya. Bagi elemen

ramalan dan analisis, 96.9% pelatih menyatakan pensyarah mereka menggalakkan pelatih memberi

pandangan tentang sesuatu pembaharuan atau teknologi dengan penemuan baru. Bagaimanakah teknologi

dan penemuan baru dapat meningkatkan pengetahuan keagamaan mereka. Bagi elemen imaginasi dan

kreativiti, 95.4% pelatih bersetuju bahawa pensyarah mengalakkan mereka berfikir bagaimana

berkomunikasi dengan generasi akan datang contohnya semasa berdakwah.

Bagi elemen strategi mengatasi cabaran, kesemua pelatih (100%) pelatih bersetuju bahawa pensyarah

mereka sentiasa mengalakkan mereka membina keyakinan diri dan menyelesaikan masalah yang

dihadapi. Antara cabaran pelatih ialah menguruskan diri tanpa bimbang, berkomunikasi dengan

pensyarah, penerimaan oleh rakan sebaya, menghadapi perubahan fisiologikal (emosi dan fizikal) serta

merancang dan mengurus masa dengan baik. Bagi elemen atau kemahiran Kajian Masa Depan iaitu

Page 10: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

10

proses inovasi sosial, 89.1% daripada pelatih bersetuju bahawa pensyarah ada menggalakkan pelatih

mengenal pasti contoh inovasi sosial dalam negara dalam membangunkan agama, bangsa dan negara.

Contohnya penghijrahan manusia ke kawasan bandar melahirkan proses inovasi sosial. Ini menyebabkan

manusia menggunakan inovasi teknik bagi menyelesaikan masalah tersebut seperti sistem pengangkutan,

bangunan pencakar langit dan proses pembentungan sampah.

Elemen membina senario pula, 92.2% pelatih bersetuju bahawa pensyarah mengalakkan mereka

menggambarkan sesuatu yang luar biasa dengan menggunakan imaginasi dan kreativiti. Contohnya

bagaimana menghadapi masa depan yang mempunyai aras teknologi yang tinggi. Bagi elemen penjelasan

nilai dan masa depan, 98.5% pelatih bersetuju bahawa pensyarah sentiasa meniupkan kesedaran bahawa

dunia bukan milik kita sahaja tetapi dimiliki oleh penciptanya dan hak generasi akan datang. Elemen yang

terakhir ialah elemen dimensi kemampanan. Dimensi kemampanan bermaksud memberi kesedaran,

menghargai dan menilai semula serta mengambil tindakan yang sewajarnya dalam meneroka jalan ke

arah mewujudkan negara yang maju dan masyarakat yang mampan. 95.3% pelatih bersetuju bahawa

pensyarah mereka ada mengalakkan mereka mempunyai pandangan yang jauh bagi menghadapi cabaran

masa depan.

JADUAL 3 : Sembilan elemen/kemahiran khusus Kajian Masa Depan

Elemen/Kemahiran khusus KMD TS TP ST Min SP Pemahaman konsep Kajian Masa Depan Membuat metafora masa depan 11.1 4.8 84.1 3.84 0.79 Membandingkan aspek-aspek peredaran masa 1.5 - 98.5 4.25 0.47 Membandingkan budaya yang kekal dan budaya yang berubah - - 100.0 4.28 0.45 Meninjau perhubungan dan perkaitan antara masa lalu,kini dan masa depan - - 100.0 4.39 0.49 Pengumpulan maklumat Menyimpan fail bertema masa depan 9.4 3.8 86.8 4.23 0.91 Folio Kajian Masa Depan 15.9 4.8 79.3 3.92 0.90 Proses Kilasan Persekitaran 6.3 - 93.7 4.21 0.54 Penganalisis trend 11.3 3.3 85.4 4.10 0.84

Page 11: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

11

Ramalan dan analisis Peta Minda 7.8 1.6 90.6 4.28 0.74 Roda Masa Depan 9.4 10.9 79.7 3.80 1.13 Garis masa 15.6 9.4 75.0 3.84 1.13 Kitaran perubahan 10.9 1.6 87.5 4.16 0.74 Impak perubahan teknologi 3.1 - 96.9 4.30 0.52 Pembinaan agenda abad baru 6.2 - 93.8 4.31 0.84 Imaginasi dan kreativiti Jenaka, kartun dan simbol 4.8 - 95.2 4.46 0.54 Fantasi dan fiksyen sains 15.5 1.6 82.9 4.09 0.81 Berkomunikasi dengan generasi masa 4.6 - 95.4 4.27 0.54 depan Strategi mengatasi cabaran Menyenaraikan apa yang disukai/ tidak 4.7 3.1 92.2 4.22 0.81 Memberi pandangan terhadap sesuatu - - 100.0 4.44 0.50 peristiwa Memberi pandangan terhadap masa depan 1.6 - 98.4 4.39 0.53 Strategi mengatasi cabaran 1.6 - 98.4 4.39 0.53 Proses Inovasi sosial Menjalankan peringkat dalam proses 7.9 3.1 89.0 4.11 0.79 Peringkat inovasi sosial 9.4 1.6 89.0 4.22 0.74 Mengenal pasti contoh inovasi sosial 7.8 3.1 89.1 4.09 0.79 dalam negara Membina senario Aktiviti persediaan 6.2 1.6 92.2 4.22 0.74 Cara membina senario 7.8 3.1 89.1 4.22 0.84 Perbahasan kelebihan dan kelemahan 15.7 4.7 79.7 3.97 0.96 senario Penjelasan nilai dan masa depan Penjelasan nilai diri dan nilai sosial 4.6 1.6 93.8 4.27 0.70 komuniti Penjelasan nilai dan perubahan 4.7 - 95.3 4.17 0.88 Menyedari nilai dan hak generasi masa depan 1.5 - 98.5 4.41 0.53 Mengkaji keperluan generasi baru 3.1 - 96.9 4.44 0.56 Dimensi kemampanan Nikmat alam 4.6 1.6 93.8 4.28 0.70 Menjaga sumber kehidupan 12.5 3.1 84.4 4.16 0.88 Pemilihan had perkembangan 6.2 - 93.8 4.20 0.54 Pandangan jauh 4.7 - 95.3 4.33 0.56 Membina imej dunia masa depan 9.3 1.6 89.1 4.28 0.77

Page 12: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

12

TS = Tidak setuju , TP = Tidak pasti, ST = Setuju, SP = Sisihan Piawai

Jadual 4 menunjukkan data 43 pelatih (67%) bersetuju bahawa pensyarah lelaki lebih mengamalkan

strategi pengajaran Kajian Masa Depan ini lebih dari pensyarah wanita. Seramai 21 pelatih (33%)

bersetuju bahawa pensyarah wanita mengamalkan elemen atau kemahiran Kajian Masa Depan

JADUAL 4 : Perbezaan tahap amalan Kajian Masa Depan dikalangan pensyarah berdasarkan jantina dari persepsi pelatih

Jantina Kekerapan Peratus Pensyarah lelaki 43 67.0 Pensyarah wanita 21 33.0

64 100.0

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Keputusan kajian ini menunjukkan tahap aplikasi strategi pengajaran Kajian Masa Depan adalah pada

tahap tinggi (min = 4.04). Pensyarah tidak menyedari bahawa mereka atau dengan tidak secara langsung

telah menggunakan strategi Kajian Masa Depan di dalam pengajaran mereka kerana banyak elemen-

elemen dan kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam strategi ini. Walaubagaimanapun semasa

mencatat rancangan pengajaran harian pensyarah , mereka dikehendaki mencatatkan unsur Kajian Masa

Depan sebagai strategi pengajaran. Dicadangkan agar semasa pensyarah mencatat strategi Kajian Masa

Depan di rancangan pengajaran mereka, mereka mencatatkan kemahiran contohnya sembilan kemahiran

yang telah digariskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum di dalam modul keluaran tahun 2002.

Sembilan kemahiran itu ialah pemahaman konsep Kajian Masa Depan, pengumpulan maklumat, ramalan

dan analisis, imaginasi dan kreativiti, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario,

penjelasan nilai dan masa depan dan dimensi kemampanan.

Page 13: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

13

Kajian ini mendapati kemahiran yang kerap digunakan oleh pensyarah ialah kemahiran strategi mengatasi

cabaran (min = 4.36), diikuti oleh kemahiran penjelasan nilai dan masa depan (min = 4.35), kemahiran

imaginasi dan kreativiti (min = 4.20), pemahaman konsep Kajian Masa Depan (min = 4.19), proses

inovasi sosial (min = 4.14), membina senario (4.13), ramalan dan analisis (min = 4.11), pengumpulan

maklumat (min = 4.10) dan terendah dan kurang digunakan ialah dimensi kemampanan (min = 2.79).

Kajian ini juga mendapati 43 pelatih (67%) bersetuju bahawa pensyarah lelaki telah mengaplikasikan

strategi Kajian Masa Depan ini dengan baik berbanding dengan pensyarah wanita iaitu 21 pelatih

bersetuju dengan 33%. Berdasarkan rujukan lepas strategi pengajaran masa depan ini masih digunakan

dengan aktif di luar negara , maka strategi ini perlu diteruskan walaupun ianya mula wujud semasa

semakan semula Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan akan berakhir apabila Kurikulum Standard

Sekolah Rendah sepenuhnya dilaksanakan.

Adalah dicadangkan agar kajian ini diperluaskan lagi bagi subjek-subjek lain, dengan mengambilkira juga

temubual bersama pegawai pengurusan akademik di Institut Pendidikan Guru dan pensyarah-pensyarah.

Aktiviti luar kuliah hendaklah menjurus kepada pemikiran saintifik dan mengalakkan pemikiran masa

depan. Ini akan memberikan peluang kepada pelatih menangani masa depan mereka seterusnya dengan

baik. Para pensyarah juga hendaklah mendalami kembali kemahiran-kemahiran di dalam strategi

pengajaran Kajian Masa Depan yang telah dicadangkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum agar

ianya boleh digunakan dengan berkesan di bilik kuliah.

Page 14: Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah

14

RUJUKAN.

Amran, K. (2010). Umar Al-Khattab: Insan Yang Tajam Fikirannya, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Basil, G, S , (2009),A Transformational Pedagogy for Future Studies with a Case Study in Biodiversity Futures, Jurnal Future Studeis, Nov 2003, 8(2 ): 3-5 Bell, W, A Comminity of Futurists and the States of the Futures Fiekd, Vol. 34, 2002a,235 - 247.

Saedah, S,( ) , Kurikulum Masa Depan, Penerbit UM.

Jamil, A. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu Penilaian. Tesis Dr. Fal. Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002, Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Marcus , B, et al (2008), Alternative Educational Futures : Pedagogies for Emerging Worlds, Sense Publishers, Rotterdam. Sohail, T ( 2010), Global Transformations And World Futures” Knowledge, Economy and Society, Tessa, F,(2008), Future Peace: Breaking Cycles of Violence through Future Thinking, in Journal

of Future Studies,

Vahid, M,(2011) Wisdom and Future Studies’, Bloomington, IN:Xlibris. www.metafuture.org/