apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum fasa 1.docx

3
PERNYATAAN PROFESSIONAL a) Apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum : Praktikum merupakan latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Ia juga merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dan efektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum Fasa 1 merupakan pengalaman pertama saya menjadi guru pelatih di sekolah dan masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dalam praktikum ini. . Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri di setiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan portfolio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu, saya juga perlu menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah

Upload: deanajee

Post on 19-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESSIONAL

a) Apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum :

Praktikum merupakan latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Ia juga merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dan efektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum Fasa 1 merupakan pengalaman pertama saya menjadi guru pelatih di sekolah dan masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dalam praktikum ini. .Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri di setiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan portfolio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu, saya juga perlu menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk pengawal keselamatan, tukang kebun mahupun pekerja kantin. Saya perlu memahami budaya di sekolah serta komuniti di situ supaya saya dapat menjalankan pengajaran bersesuaian dengan budaya masyarakat setempat di situ.

Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan dapat dengan berjalan baik dan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia lebih-lebih lagi terhadap kerenah murid yang beraneka ragam.

Selain itu, terdapat banyak program yang terkandung dalam takwim panitia Pendidikan Islam antaranya Kem Bestari Solat, Program Tasmik, Program Bacaan Ikut Guru dan juga program berteraskan Islam yang perlu dilaksanakan demi mewujudkan penghayatan dalam kalangan murid-murid. Justeru itu, saya bertekad akan membantu sebaik mungkin dalam program yang dirangka. Di samping dapat mencurahkan amal bakti terhadap anak bangsa saya juga dapat menimba pengalaman dalam aktiviti yang dilaksanakan dalam pelbagai aspek sama ada pengurusan dan kawalan murid serta hubungan antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Hal ini termasuklah aktiviti aktiviti sekolah yang telah dirancang sama ada aktiviti sukan atau aktiviti kokurikulum yang lain. Hal ini akan memberikan pendedahan kepada saya berkenaan perjalanan aktiviti sekolah yang bakal saya tempuhi kelak.

Saya juga berharap agar praktikum fasa 1 ini saya dapat mempelajari sedikit sebanyak cara-cara kendalian kawalan kelas yang baik dan melaksanakan sesi pengajaran bilik darjah yang lebih berkesan. Melihat kepada komen yang diberikan pensyarah dalam sesi refleksi perkara yang harus menjadi keutamaan kepada saya adalah dari segi penyempurnaan portfolio, penulisan jurnal, ketepatan isi pelajaran, dan pelaksanaan langkah pengajaran yang lebih terperinci, berstruktur dan mengikut kriteria yang ditetapkan dengan menggabungkan pelbagai pendekatan dan bahan serta menekankan aspek interaktif dan pengaplikasian perisian komputer yang menarik yang dapat membangkitkan motivasi intrinsik murid.

Saya berharap dapat menerima tunjur ajar sebaik mungkin daripada guru dan pensyarah pembimbing dalam pelbagai aspek dan menjadikan teguran dan kesilapan sebagai guru terbaik untuk saya meningkatkan kemahiran keguruan saya. Di samping itu sokongan daripada pihak sekolah dan rakan-rakan guru lain akan membantu saya memperkayakan potensi dan kemahiran komunikasi interpersonal saya.