malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 1112018 - khamis.pdf · (pil1) dapat dilaksanakan...

20
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 1 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 6 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1412-MQT0199 Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah potensi eksport produk pertanian ke luar negara terutamanya ke negara China. 2. PR-1412-MQT0196 Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH menyatakan rasional pewartaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 sedangkan terdapat pelanggaran ataupun kelulusan yang tidak selaras dengan ketetapan Zon Guna Tanah dan ketetapan Intensiti Pembangunan yang berlaku sewaktu pentadbiran terdahulu. 3. PR-1412-MQT0189 Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :- (a) adakah Kementerian benar-benar komited dalam meneruskan pemberian tajaan biasiswa kepada pelajar- pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA); dan (b) apakah hasil kajian Kementerian dalam usaha menambah peruntukan dana pinjaman pendidikan kepada pelajar- pelajar yang berada di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 1 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

6

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1412-MQT0199

Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah potensi eksport produk

pertanian ke luar negara terutamanya ke negara China.

2. PR-1412-MQT0196

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH menyatakan rasional pewartaan Pelan Bandaraya

Kuala Lumpur 2020 sedangkan terdapat pelanggaran ataupun kelulusan yang tidak selaras dengan ketetapan Zon Guna Tanah dan ketetapan Intensiti Pembangunan yang berlaku sewaktu pentadbiran terdahulu.

3. PR-1412-MQT0189

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :-

(a) adakah Kementerian benar-benar komited dalam meneruskan pemberian tajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA); dan

(b) apakah hasil kajian Kementerian dalam usaha menambah peruntukan dana pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang berada di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 1 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

32

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02342

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah rasional di sebalik keputusan Kerajaan yang menetapkan gaji minima pada paras RM1,050 sahaja baru-baru ini, yang dilihat sebagai ‘terlalu rendah’.

2. PR-1412-L01924

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang usaha Kerajaan bagi menyekat

perkembangan ajaran Syiah di negara ini. Apakah tindakan Kerajaan kepada sesetengah golongan yang berani mempromosi doktrin Syiah secara terbuka seperti yang berlaku di Bukit Bintang dan telah tular di media sosial.

3. PR-1412-L01846

Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-

(a) adakah Kementerian akan mempromosikan lebih giat lagi mengenai Jambatan Victoria (Victoria Bridge) di Karai Sungai Siput yang kini menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara; dan

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 2

(b) apakah usaha Kementerian untuk menaik taraf keadaan jambatan tersebut agar lebih menarik dan dalam keadaan baik di samping mengekalkan keunikan dan keaslian pembinaan jambatan tersebut bagi menarik lebih ramai pelancong melancong ke Sungai Siput memandangkan bersempadan dengan daerah Kuala Kangsar.

4. PR-1412-L01775

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah pampasan yang telah dibayar kepada syarikat swasta yang menjadi pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) setelah diambil alih oleh JPJ.

5. PR-1412-L02157

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peminjam dan jumlah pinjaman PTPTN sehingga Jun 2018 serta anggaran pinjaman PTPTN yang akan dikeluarkan kepada peminjam baru setiap tahun sehingga tahun 2023.

6. PR-1412-L01696

Datuk Aaron Ago Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah sebenarnya tanggungjawab Kementerian KPLB terhadap pembangunan kawasan luar bandar terutama bagi Sarawak dan Sabah selepas “restructuring“ proses/pembahagian tanggungjawab kepada beberapa Kementerian lain baru-baru ini. Apakah tugas “residual “ yang masih di bawah Kementerian KPLB.

7. PR-1412-L02390

Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) jumlah unit rumah yang dimiliki oleh warga asing (mengikut kewarganegaraan) serta rakyat Malaysia; dan

(b) CCC yang telah dikeluarkan.

8. PR-1412-L02085

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian mengenai pembangunan belia luar bandar dan pedalaman di Wilayah Sarawak dan adakah Kerajaan mempunyai polisi baru bagi mengurangkan jurang pembangunan antara belia bandar dan luar bandar serta apakah pendirian Kerajaan mengenai pembangunan belia dikalangan kaum minoriti seperti masyarakat Penan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

3 AUM DR 1/11/2018

9. PR-1412-L02467

Tuan Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah dan usaha untuk mempertingkatkan jaringan internet di Perak agar selari dengan Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sejajar dengan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan Industri 4.0.

10. PR-1412-L02115

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah hala tuju serta perancangan

strategik Kementerian dalam memastikan pendidikan TVET ini selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

11. PR-1412-L01484

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan jumlah kutipan cukai pelancong yang dikenakan ke atas pelancong-pelancong asing yang menginap di hotel-hotel seluruh negara dengan menyenaraikan kutipan setiap negeri dari mula dikuatkuasa hingga sekarang.

12. PR-1412-L02555

Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah perancangan Kerajaan untuk membina

Kompleks Sukan di kawasan Tanjong Manis.

13. PR-1412-L02480

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status pelaksanaan Stage Bus Services Transformation (SBST) di Kuching. Nyatakan jangka masa dan tarikh pelaksanaan, jumlah keseluruhan kontrak, pelan terkini serta terperinci, perubahan dalam kontrak tersebut atas permintaan kerajaan negeri Sarawak dan sebab kelewatan pelaksanaan projek tersebut.

14. PR-1412-L02129

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perincian mengenai cadangan-

cadangan terkini Public Finance Committee terhadap situasi ekonomi negara. Majoriti rakyat khuatir tentang keadaan ekonomi yang kelihatan seperti cukup lesu mutakhir ini.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 4

15. PR-1412-L02834

Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan sama ada Kementerian berhasrat untuk melaksanakan satu mekanisme pembayaran balik Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilakukan melalui pemotongan gaji pekerja swasta secara wajib.

16. PR-1412-L02710

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah rancangan dan inisiatif Kementerian

yang akan diambil untuk menggalakkan keusahawanan dan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi luar bandar di Sabah dan Sarawak termasuk ekonomi digital dan e-perniagaan (e-commerce) atas talian dan apakah bantuan-bantuan yang akan diberi kepada penduduk luar bandar khasnya golongan muda dan Generasi Y termasuk graduan kolej dan universiti.

17. PR-1412-L02238

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah kaedah atau proses yang akan digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melapor kepada Parlimen sepertimana yang telah ditentukan oleh Kerajaan, dan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan suatu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk memantau SPR secara berterusan.

18. PR-1412-L02732

Dato' Sivarraajh Chandran [ Cameron Highlands ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah sasaran spesifik angka hutang negara secara nominal atau nisbah, "Debt-to-GDP" yang dianggap baik dan sihat bagi Kerajaan berdasarkan hutang negara berjumlah RM 1.087 trillion dan bolehkah hutang tersebut dikurangkan dalam 1 hingga 2 tahun seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri di Amerika Syarikat baru-baru ini; dan

(b) apakah usaha oleh Kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan nisbah gaji kepada GDP (Wages to GDP) rakyat berikutan kos sara hidup yang tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang akan dihentikan. .

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

5 AUM DR 1/11/2018

19. PR-1412-L02683

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

apakah undang-undang anti rasuah yang bakal dikemukakan di Parlimen dalam enam bulan yang akan datang ini.

20. PR-1412-L02207

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai ahli rombongan dan keseluruhan

kos yang ditanggung oleh Kerajaan bersempena lawatan Perdana Menteri bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB 2018 di Amerika Syarikat.

21. PR-1412-L02490

Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan langkah-langkah yang di ambil oleh Kementerian untuk mengekstradisi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low pulang ke Malaysia berhubung siasatan penyelewengan wang dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

22. PR-1412-L01753

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status pelaksanaan skim insurans perlindungan atau takaful kepada para petani.

23. PR-1412-L01961

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah dan nilai aset terkini pelaburan 1MDB beserta perincian yang jelas; dan

(b) nyatakan jumlah hutang 1MDB yang terkini .

24. PR-1412-L01747

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

apakah fungsi penubuhan Majlis Bahasa Melayu dan adakah peranannya sama seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.

25. PR-1412-L02523

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada siasatan telah dibuat

terhadap dakwaan campur tangan kehakiman (‘judicial meddling’) dalam Rayuan kes hasutan Karpal Singh v Pendakwa Raya di Mahkamah Rayuan, dan sekiranya ya, apakah hasil siasatan tersebut.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 6

26. PR-1412-L02178

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [ Larut ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah Urban Transformation Centre (UTC) dan Rural Transformation Centre (RTC) akan ditambah-baik dan dimanfaatkan kepada lebih ramai rakyat.

27. PR-1412-L01957

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan terkini Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

28. PR-1412-L02090

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tangkapan terkini kes premis mesin judi haram serta nyatakan tindakan susulan Kerajaan di dalam usaha membanteras pusat judi haram ini dari kembali beroperasi.

29. PR-1412-L02282

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian rasmi Kerajaan terhadap Mazhab Syiah. Apakah terdapat peruntukan undang-undang bagi mengawal Mazhab Syiah daripada berkembang dalam negara.

30. PR-1412-L01849

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah Kerajaan Pusat berhasrat meluluskan pinjaman mudah RM1 bilion kepada Pulau Pinang demi memastikan Penang Island Link 1 (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Jika ya, bila. Jika tidak, nyatakan kenapa.

31. PR-1412-L02048

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan pelan tindakan jangka panjang tentang

pembayaran royalti minyak khususnya negeri Terengganu sebanyak 20 peratus sepertimana ditetapkan dalam manifesto Pakatan Harapan.

32. PR-1412-L01553

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan komitmen untuk membina bangunan Ibu Pejabat Polis

Klang Utara yang baru dan penambahbaikan balai polis sedia ada supaya dapat memudahkan pentadbiran yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk serta memberikan ruang yang selesa bagi anggota polis bertugas di kawasan tersebut.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

7 AUM DR 1/11/2018

33. PR-1412-L02517

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci berkenaan sama ada siasatan telah dibuat terhadap dakwaan campur tangan kehakiman (‘judicial meddling’) dalam kes-kes Mahkamah Rayuan yang tertentu, dan sekiranya ya, apakah hasil siasatan tersebut.

34. PR-1412-L02381

Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan jangka panjang Kementerian

bagi membendung masalah budaya ponteng sekolah dan keciciran golongan miskin tegar di kawasan pedalaman.

35. PR-1412-L01457

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan strategi Kementerian untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi oleh petani-petani kita. Sejauh manakah kejayaan Kerajaan dalam menubuhkan estet padi.

36. PR-1412-L02825

Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan rasional bayaran BR1M akan dikurangkan sebelum dimansuhkan, dan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan golongan B40 tidak terbeban dengan keadaan ekonomi semasa yang dikatakan masih tidak stabil dan menyukarkan urusan mereka seharian.

37. PR-1412-L02065

Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan didalam melaksanakan Kontrak Perkhidmatan MembekaI Makanan Bermasak Ke Asrama Sekolah-Sekolah di Negeri Sarawak. Adakah sistem ini akan diteruskan pada masa akan datang .

38. PR-1412-L02068

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap gerakan-gerakan yang memohon agar gejala songsang seperti lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) ini diiktiraf dan apakah mekanisma Kerajaan untuk mengekang perkembangan perubahan sistem nilai dalam masyarakat yang didorong dengan slogan Malaysia Baru di bawah Pakatan Harapan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 8

39. PR-1412-L01674

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili [ Kota Marudu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status terkini program pembaikan dan pembinaan semula sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak di bawah peruntukan khas RM1.0 bilion. Berapa jumlah sekolah-sekolah yang telah siap bagi setiap negeri dan berapa jumlah peruntukan telah diguna pakai.

40. PR-1412-L02211

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian akan meneruskan janji manifesto untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mana banyaknya melibatkan urus tadbir sesebuah institusi pendidikan tinggi berbanding sekatan terhadap kebebasan mahasiswa bersuara serta apakah cadangan gantian terhadap AUKU dalam meletakkan satu garis panduan standard untuk semua IPT.

41. PR-1412-L01424

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah program atau bentuk bantuan kepada golongan usahawan bumiputera berikutan keputusan Kementerian untuk mengurangkan segala bentuk peruntukan mahupun geran percuma kepada golongan tersebut.

42. PR-1412-L02409

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada

Kerajaan akan meneruskan perancangan projek-projek Tebatan Banjir Sungai Golok Kelantan RM560 juta, Sg. Pinang, Pulau Pinang RM150 juta, Bandar Sibu, Sarawak RM100 juta dan Bandar Kuching, Sarawak RM150 juta diteruskan, kalau tidak kenapa, kalau ia bila, hendak dilaksanakan dan adakah penambahan atau pengurangan kos berlaku kepada projek-projek tersebut.

43. PR-1412-L01627

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan adakah hasil lawatan Perdana Menteri ke

China baru-baru ini telah berjaya meningkatkan permintaan eksport minyak kelapa sawit dan getah Malaysia ke negara tersebut.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

9 AUM DR 1/11/2018

44. PR-1412-L02856

Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah kediaman, sesuai dengan dasar Satu Keluarga Satu Rumah.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 10

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-

"Bahawa Dewan ini, , menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas ; ; merestui usaha Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk

menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan dan Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama." Menyambung semula Perbahasan atas masalah [ 31 Oktober, 2018 ]

2. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan

mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu. .

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

11 AUM DR 1/11/2018

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang-undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

4. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-butiran termasuk terma­terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 12

konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

6. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

7. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum-kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran." [ Menteri Pendidikan ]

8. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

13 AUM DR 1/11/2018

menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

10. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 14

11. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan."

[ Menteri Pendidikan ]

12. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

15 AUM DR 1/11/2018

usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain."

[ Menteri Pembangunan Usahawan ]

13. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 16

mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia." [ Menteri Sumber Manusia ]

14. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan."

[ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

17 AUM DR 1/11/2018

17. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

AUM DR 1/11/2018 18

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2018 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST. 83 Laporan Tahunan dan Penyata Perbadanan

Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Bagi Tahun 2016

1 November 2018

ST. 85 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Bagi Tahun 2017.

1 November 2018

ST. 86 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Pahang Bagi Tahun 2017.

1 November 2018

CMD. 28 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Bagi Tahun 2017

1 November 2018

CMD. 29 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia 2017

1 November 2018

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 1112018 - Khamis.pdf · (PIL1) dapat dilaksanakan secara serentak dengan rangkaian transit aliran ringan (LRT) fasa pertama Pelan

19 AUM DR 1/11/2018

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 01.11.2018 (Khamis)

1. YB Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu)

1. Isu Bancian Pemegang Kad IMM13

1. YB Menteri Dalam Negeri

2. 01.11.2018 (Khamis)

2. YB Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar)

2. Masalah Anak Angkat Bukan Warganegara Yang Tidak Dapat Memohon Permit Masuk Atau Kewarganegaraan

2. YB Menteri Dalam Negeri

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)