analisis nota lapangan

10
5.1.4.3 Analisis Data Nota Lapangan Bagi menganalisis data kualitatif seperti nota lapangan, saya menganalisis kandungan nota lapangan bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Merujuk kepada perkara di bahagian 5.1.2 iaitu di bahagian tindakan, saya telah menjalankan enam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebanyak enam catatan nota lapangan telah saya buat. Untuk menganalisis catatan pada nota lapangan, saya telah membaca dan meneliti catatan secara berulang kali untuk mendapatkan gambaran umum bagi tujuan interpretasi. Setelah membaca dan meneliti catatan tersebut, saya mengkategorikan data kepada lima tema, iaitu dengan menggunakan warna yang berbeza bagi melabelkan perkara penting dan perkara yang berkaitan dengan fokus kajian. Saya menggunakan warna kuning untuk tema strategi pengajaran, warna biru untuk perasaan, warna hijau untuk tingkah laku, warna merah jambu untuk motivasi dan warna ungu untuk kesan pengajaran.

Upload: hafiy-iman

Post on 18-Dec-2015

106 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

analisis nota lapangan

TRANSCRIPT

5.1.4.3Analisis Data Nota Lapangan

Bagi menganalisis data kualitatif seperti nota lapangan, saya menganalisis kandungan nota lapangan bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Merujuk kepada perkara di bahagian 5.1.2 iaitu di bahagian tindakan, saya telah menjalankan enam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebanyak enam catatan nota lapangan telah saya buat.

Untuk menganalisis catatan pada nota lapangan, saya telah membaca dan meneliti catatan secara berulang kali untuk mendapatkan gambaran umum bagi tujuan interpretasi. Setelah membaca dan meneliti catatan tersebut, saya mengkategorikan data kepada lima tema, iaitu dengan menggunakan warna yang berbeza bagi melabelkan perkara penting dan perkara yang berkaitan dengan fokus kajian. Saya menggunakan warna kuning untuk tema strategi pengajaran, warna biru untuk perasaan, warna hijau untuk tingkah laku, warna merah jambu untuk motivasi dan warna ungu untuk kesan pengajaran.

Rajah 5.19 hingga 5.24 menunjukkan enam analisis catatan nota lapangan yang telah saya buat. Ia bertarikh 2 Februari 2015, 3 Februari 2015, 4 Februari 2015, 5 Februari 2015, 6 Februari 2015, dan 9 Februari 2015.

NOTA LAPANGANTarikh: 2 Februari 2015Masa : 7.45 8.45Tempat: Kelas 6 A

Rajah 5.19 : Nota Lapangan Bertarikh 2 Februari 2015

Rajah 5.19 menunjukkan hasil analisis nota lapangan terhadap strategi pengajaran penyelesaian masalah pecahan melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Pada mulanya, terdapat dua orang murid tidak memberi tumpuan terhadap penerangan saya. Setelah saya memberi teguran, mereka memberi tumpuan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid juga berasa seronok semasa mereka menggunakan gambar rajah Tulang Ikan untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dengan bimbingan saya.

NOTA LAPANGANTarikh: 3 Februari 2015Masa : 1.15 1.45Tempat: Kelas 6 A

Rajah 5.20 : Nota Lapangan Bertarikh 3 Februari 2015

Rajah 5.20 menunjukkan hasil analisis nota lapangan bertarikh 3 Februari 2015 bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Saya membimbing murid menjawab soalan nombor 1 hingga 4 dalam lembaran kerja seperti di Lampiran 6. Keempat-empat murid saya memberi tumpuan semasa saya membimbing mereka menyelesaikan masalah dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Mereka dapat menjawab soalan dengan bimbingan saya dengan betul. Mereka berasa bangga dan mahu menjawab soalan penyelesaian masalah yang lain.

NOTA LAPANGANTarikh: 4 Februari 2015Masa : 9.45 10.15Tempat: Bilik Ulang Kaji Kendiri

Rajah 5.21 : Nota Lapangan Bertarikh 4 Februari 2015

Berdasarkan analisis nota lapangan dalam Rajah 5.21, strategi penyelesaian masalah dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan mula menampakkan keberkesanannya. Saya meminta murid cuba sendiri menjawab soalan penyelesaian masalah nombor 5 dan 6 seperti di Lampiran 6 dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan tetapi masih dengan bimbingan saya dimana saya akan menegur jika ada kesilapan yang mereka lakukan. Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjawab soalan dan berasa seronok apabila dapat menjawab soalan dengan betul.

NOTA LAPANGANTarikh: 5 Februari 2015Masa : 10.45 11.45Tempat: Kelas 6A

Rajah 5.22 : Nota Lapangan Bertarikh 5 Februari 2015

Berdasarkan Rajah 5.22, analisis nota lapangan bertarikh 5 Februari 2015 menunjukkan bahawa murid tekun menjawab soalan penyelesaian masalah seperti di Lampiran 7 dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Saya meminta mereka menjawab mana-mana tiga daripada enam soalan yang terdapat dalam lembaran kerja. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, murid menjawab soalan sendiri tanpa bimbingan daripada saya. Saya melihat mereka tidak lagi berasa segan untuk bertanya kepada saya jika mereka menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan latihan yang diberi. Mereka juga berasa sangat gembira apabila dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa mereka telah memahami strategi penyelesaian masalah ini.

NOTA LAPANGANTarikh: 6 Februari 2015Masa : 11.45 12.15Tempat: Bilik Ulang Kaji Kendiri

Rajah 5.23 : Nota Lapangan Bertarikh 6 Februari 2015

Berdasarkan Rajah 5.23, ia menunjukkan hasil analisis nota lapangan terhadap strategi penyelesaian masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya dapat perhatikan empat orang murid saya berasa gembira dan tidak sabar-sabar mahu menjawab soalan penyelesaian masalah dalam lembaran kerja yang diberikan. Ada kalanya mereka dilihat berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan soalan yang agak sukar. Apabila diberi pujian, mereka berasa seronok dan lebih bersemangat untuk menyiapkan latihan.

NOTA LAPANGANTarikh: 9 Februari 2015Masa : 8.15 9.15Tempat: Kelas 6 A

Rajah 5.24 : Nota Lapangan Bertarikh 9 Februari 2015

Rajah 5.24 menunjukkan hasil analisis nota lapangan berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesi 6. Ia telah dijalankan pada 9 Februari 2015. Saya telah meminta murid menjawab soalan penyelesaian masalah dalam lembaran kerja seperti di Lampiran 8. Mereka menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Setelah mereka menjawab soalan dalam lembaran kerja, saya telah meminta mereka menunjukkan strategi penyelesaian masalah mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan di papan putih. Mereka berebut-rebut mahu memberikan jawapan. Mereka juga dilihat telah mahir menggunakan gambar rajah Tulang Ikan untuk menjawab soalan penyelesaian masalah.