tarekat sufi jalan makrifah allah syed...

17
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42 19 TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed Hadzrullathfi Syed Omar (Ph.D) 1 Engku Ibrahim Engku Wok Zin (Ph.D) 2 Abstrak Tarekat dalam golongan sufi merujuk kepada suatu bentuk penghayatan khusus yang dipraktis oleh para salik, iaitu orang- orang yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan keredhaan Allah SWT, dengan cara merentasi pelbagai perubahan sifat hati (al-manazil) serta menghiasi diri dengan pelbagai tingkat keyakinan (maqamat al-yaqin) yang diistilahkan juga sebagai ma`rifah Allah. Justeru tidak sunyi dari setiap generasi umat Islam, para tokoh yang tampil mengetengahkan kepentingan penglibatan Muslim dalam pendidikan kesufian bagi mencapai matlamat tarekat sebagaimana dinyatakan dalam definisi tentangnya. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan sebenar yang dibawa oleh institusi tarekatsufi yang seringkali disifatkan penyebab berlakunya kesesatan dan bukan menjadi wasilah untuk mengenal Allah. Kajian kualitatif ini dilakukan berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek tarekat kesufian dan tasawwuf dalam pelbagai karya tokoh ulama’ sepanjang sejarah perkembangan ilmu tarekat dan Tasawwuf. Kajian mendapati bahawa tarekat sufi adalah suatu proses membina hubungan ingatan seorang mukmin dengan Allah sebagai tonggak penting bagi mengutuhkan tunjang iman serta memupuknya sampai ke peringkat paling sempurna yang diistilahkan sebagai maqam ihsan. Asas utama dalam tarekat sufi merangkumi elemen salasilah guru, murid, pelbagai zikir khusus 1 Professor Madya di Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia Tel.: 609-6688185Faks: 609- 6687845, Email: [email protected] 2 Dr. di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,Terengganu, Malaysia, Tel.: 609-6688185Faks: 609-6687845, Email: [email protected]

Upload: ledang

Post on 13-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

19

TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH

Syed Hadzrullathfi Syed Omar (Ph.D)1

Engku Ibrahim Engku Wok Zin (Ph.D)2

Abstrak

Tarekat dalam golongan sufi merujuk kepada suatu bentuk

penghayatan khusus yang dipraktis oleh para salik, iaitu orang-

orang yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan

keredhaan Allah SWT, dengan cara merentasi pelbagai perubahan

sifat hati (al-manazil) serta menghiasi diri dengan pelbagai tingkat

keyakinan (maqamat al-yaqin) yang diistilahkan juga sebagai

ma`rifah Allah. Justeru tidak sunyi dari setiap generasi umat

Islam, para tokoh yang tampil mengetengahkan kepentingan

penglibatan Muslim dalam pendidikan kesufian bagi mencapai

matlamat tarekat sebagaimana dinyatakan dalam definisi

tentangnya. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan

sebenar yang dibawa oleh institusi tarekatsufi yang seringkali

disifatkan penyebab berlakunya kesesatan dan bukan menjadi

wasilah untuk mengenal Allah. Kajian kualitatif ini dilakukan

berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek tarekat

kesufian dan tasawwuf dalam pelbagai karya tokoh ulama’

sepanjang sejarah perkembangan ilmu tarekat dan Tasawwuf.

Kajian mendapati bahawa tarekat sufi adalah suatu proses

membina hubungan ingatan seorang mukmin dengan Allah

sebagai tonggak penting bagi mengutuhkan tunjang iman serta

memupuknya sampai ke peringkat paling sempurna yang

diistilahkan sebagai maqam ihsan. Asas utama dalam tarekat sufi

merangkumi elemen salasilah guru, murid, pelbagai zikir khusus

1Professor Madya di Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam

(INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak,

21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia Tel.: 609-6688185Faks: 609-

6687845, Email: [email protected] 2 Dr. di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal

Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,Terengganu,

Malaysia, Tel.: 609-6688185Faks: 609-6687845, Email:

[email protected]

Page 2: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

20

diamalkan sehingga berlaku perubahan sifat hati dari dicemari

dengan pelbagai sifat tercela kepada terhiasnya diri dengan sifat-

sifat tepuji.Oleh itu, pandangan menyatakan bahawatarekat

sufimenjadikan para pengamalnya terjerumus dalam lembah

kesesatan, adalah suatu kesilapan yang perlu diperbetulkan.

Kata Kunci: Tarekat sufi; al-manazil; maqamat al-yaqin; jalan

ma`rifah Allah.

1.0 PENDAHULUAN

Tarekat sufi kini menurut pengamatan penulis semakin diberi

perhatian oleh ramai individu muslim dalam masyarakat Malaysia.

Walau bagaimanapun jika diperhatikan, persepsi mereka tentang

kehadiran pelbagai institusi tarekat dalam masyarakat Islam kini

adalah berbeza. Ada dalam kalangan mereka yang menyambut

baik berita kewujudan perkembangan institusi tarekat tersebut,

malahan ada dalam kalangan mereka melibatkan diri dalam

mengimarahkannya dengan giat. Terdapat sesetengah daripada

masyarakat Islam Malaysia pula memandang negatif terhadap

kewujudan institusi tarekat dengan melabelkannya pelbagai nama

buruk seperti bidaah, menyeleweng, sesat dan seumpamanya.

Manakala satu kumpulan masyarakat Islam lagi didapati

mengambil sikap berdiam diri atau sebagai pemerhati terhadap

perkembangan yang berlaku dalam institusi tersebut tanpa

melibatkan diri dalam mana-mana kumpulan penyokong atau

penentang tarekat sufi yang wujud.

Kajian literatur menunjukkan bahawa kewujudan tarekat sufi

bukan suatu perkara baharu, bahkan ia telah pun wujud

berkembang sejak akhir kurun ke 2 hijrah lagi sebagaimana

dilaporkan oleh al-Hujwiri,3 dan terus marak berkembang tersebar

ke serata pelosok dunia. Di Nusantara, tarekat sufi dikatakan mula

bertapak sejak kurun ke 16 lagi sebagai kesinambungan kepada

3 Al-Hujwiri,Dr. Is`adAbd al-HadiQindil.Kashf al-Mahjub.Kaherah:

MaktabahIskandariyyah, 1974.

Page 3: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

21

perkembangannya di negara-negara Timur Tengah dan di

sekitarnya.4

Persoalan yang mungkin dapat ditimbulkan menerusi penelitian

terhadap literatur di atas ialah apakah yang dibawa serta peranan

yang dimainkan oleh pelbagai tarekat sufi tersebutsehingga

kewujudannya bertahan utuh hingga kini? Adakah ia berperanan

melahirkan ma`rifah Allah dalam diri individu yang

mengamalkannya atau sebaliknya ia tidak lebih menjadi suatu

penghalang individu untuk menjadi seorang hamba yang mentaati

Tuhannya? Justeru itu, menggunakan kaedah analisis kandungan

pelbagai sumber disiplin ilmu Tasawwuf silam, artikel ini

diketengahkan untuk mengenal pasti peranan sebenar yang dibawa

oleh institusi tarekat semenjak ia muncul dalam lipatan sejarah

Islam.

2.0 RUANG LINGKUP TAREKAT SUFI

Tarekat dalam bahasa Arab berasal dari kata akartaraqa. Walau

bagaimana pun,tarekat sufi atau juga disebut sebagai tarekat

tasawuf adalah merujuk kepada satu institusi yang terkandung

dalamnya beberapa prinsip asas yang dikenal pasti dalam disiplin

ilmu kesufian. Sehubungan dengan itu, Al-Jurjani (m.816H)5telah

mengemukakan satu definisi tentang tarekat yang merujuk kepada

suatu proses penghayatan khusus yang dilakukan oleh orang-orang

yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan keredhaan

Allah SWT, dengan cara merentasi pelbagai sifat hati yang tercela

dengan mengikis dan merubahnya (al-manazil) menjadi baik serta

menghiasi diri dengan pelbagai tingkat keyakinan (maqamat al-

yaqin).

4Lubis, Bukhari. Beberapa Idea Tasawuf dalam Syair Hamzah Fansuri (Melayu)

dan Ibrahim Hakki Erzurumlu (Turki Uthmani). Persuratan Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. 5Al-Jurjani, al-Sayyid al-Sharif Abi al-Hasan `Ali bin Muhammad bin `Ali al-

Husayni. Al-Ta`rifat. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 2000.

Page 4: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

22

Dalam definisi yang dikemukakan tersebut, ditelitikan bahawa

terdapat beberapa ciri asas boleh difahami, yang pada

kebiasaannya dimiliki oleh sesebuah tarekat sufi. Ciri-ciri tersebut

dapat dinyatakan seperti berikut:

1. Ada guru yang memiliki ciri-ciri berjaya merentasi

al-manazildan maqamat al-yaqinsebagaimana dalam

definisi di atas.

2. Ada murid yang mempelajari dari gurunya kaedah

atau tatacara khusus merangkumi pelbagai adab

tentang amalan yang dilakukan dalam sesuatu tarekat.

3. Ada amalan utama yang rutin diamalkan oleh murid

dengan tekun dalam proses menjalani tarbiah rohani,

seperti zikir khusus yang diamalkan serta dengan

tafakkur dan muraqabah kepada Allah.

4. Proses tarbiah rohani dilakukan memberi perubahan

positif atau kesan baik pada tingkah laku zahir seperti

mentaati perintah Allah dan juga perubahan positif

pada sifat hati,seperti berubah sifat hati yang lalai

(ghaflah)kepada hati jadi sedar (yaqazah).

5. Murid yang menempuhi proses tarbiah rohani

tersebut berusaha merentasi pelbagai peringkat

perubahan sifat hatiseperti peringkatghaflah,

peringkatyaqazah, peringkat hudur,

peringkatfana’dan peringkat baqa’ billah.

6. Tarbiah rohani yang dilakukan dalam terekat

mempunyai rantaian salasilah bersambungan dari

seorang guru kepada guru yang lain sampai bertemu

dengan nabi (s.a.w.).

Page 5: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

23

Rajah 1: Ciri Asas Tarekat Sufi

Boleh dirumuskan bahawa tarekat sufi dianggap sebagai suatu

wasilah dan jalan yang boleh membina sifat-sifat hati seorang

menjadi baik serta dapat menghakiskan pelbagai sifat tercela

daripada hatinya. Kesemua perubahan positif yang terhasil

tersebut adalah kesan daripada mengenal wujud Allah berserta

dengan pelbagai sifat kebesaran dan keagunganNya yang

diistilahkan juga sebagai ma’rifah Allah.

3.0 HUBUNGAN TAREKAT SUFI DENGAN MA`RIFAH

ALLAH

Ma`rifahdari sudut bahasa Arab berasal dari kata akar `arafa

bermaksud kenal. Ma`rifah menurut ulama’ Akidah ialah merujuk

kepercayaan yang yakin terhadap sesuatu perkara yang benar-

benar berlaku berasaskan bukti kukuh walaupun secara umum6.

Oleh itu, kepercayaan serta keyakinan seorang kepada Allah

perluberasaskan kepada bukti logik akal yang kukuh tentang

kewujudan Allah menerusi alam ciptaanNya. Ma`rifah tersebut

merujuk kepada iktikad dan pegangan hati yang dilakukan oleh

setiap muslim mukminmenerusi kaedah pembuktian dalil tentang

wujud Allah dan segala sifatNya dengan menggunakan akal yang

telah dikurniakan Allah kepadanya. Oleh itu dapat difahami

bahawa ma`rifah Allah merupakan suatu ungkapan yang merujuk

6 Tattan, `Abd al-Karim, al-Kaylani Muhammad Adib. Sharh Jawharah al-

Tawhid fi `Aqidah ‘Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah, Damsyik: Dar al-Basha’ir,

1994.

TAREKAT SUFI

SALASILAH

GURU

MURID AMALAN

TARBIYAH

PERUBAHAN SIFAT HATI

Page 6: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

24

kepada makna rasa yakin dalam hati terhadap kewujudan Allah

dan segala sifat kesempurnaanNya sebagai Tuhan Maha Esa yang

mencipta sekalian makhluk.

Kaedah ma`rifah ini sebenarnya turut digunakan dalam tarekat

sufi, namun para sufi berusaha menyempurnakan lagi kedudukan

tahap keimanan mereka menerusi satu kaedahma`rifah khusus7,

yang diistilahkan juga sebagai ma`rifah qalbiyyah, iaitu satu

bentuk keyakinan terhasil daripada nur (cahaya hidayat khusus)

kurniaan Allah yang menerangi hati hamba yang telah

bermujahadah membersihkan jiwanya dari pelbagai sifat tercela.

Nur tersebut berperanan menjadikan seseorang mampu mengenal

dengan erti kata sebenar perkara-perkara berkaitan Zat Allah,

segala sifat kesempurnaan dan perbuatanNya di samping dapat

memahami pelbagai rahsia kebesaranNya di sebalik ciptaan langit

dan bumi.8

Hal demikian menunjukkan pendirian para sufi menjadikan

konsep ma`rifah yang telah diketengahkan oleh mereka sebagai

satu jalan yang sangat baik untuk sampai kepada mengenal Allah.

Sehubungan dengan itu, al-Ghazali sebagai mewakili pendirian

mereka pernah membuat penegasan bahawa:

“Ma`rifah kepada Allah, sifat-sifat,

perbuatanNya dan semua perkara yang

telah kami nyatakan dalam topik `Ilm

Mukashafah (terdahulu) tidak mungkin

boleh dicapai oleh seseorang menerusi

(mempelajari) Ilmu Kalam. Bahkan

berkemungkinan besar Ilmu Kalam

tersebut menjadi penghalang utama yang

menghijabkan seseorang daripada

mengenal Allah. Sebaliknya, cara

sebenar (untuk mengenal Allah) ialah

melalui amalan mujahadah (bersungguh-

7Ibn `Ajibah, `Abbas Ahmad bin Muhammad bin al-Mahdi al-Hasani . ‘Iqaz al-

Himam fi Sharh al-Hikam. Beirut: al-Maktabah al-Thaqafiyyah, 2010. 8 Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. Ihya’ `Ulum al-Din.

Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 1986.

Page 7: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

25

sungguh mengerjakan ibadat) yang telah

dijadikan Allah sebagai permulaan bagi

hidayatNya..”9

Kenyataan beliau tersebut bermaksud metode pendalilan

sebagaimana yang digunakan dalam Ilmu Akidah semata-mata

sahaja tidak memadai10

untuk menjadikan seseorang dapat

mencapai penghayatan tauhid sampai ke peringkat ihsankecuali

menggabungkan bersama-samanya metode yang telah

diamalkandalam tarekat sufi.

Jika diperhatikan, iman seseorang boleh bertambah, menjadi

sempurna sampai ke peringkat ihsansebagaimana disebut

dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang masyhur.Walau

bagaimanapun, terdapat faktor-faktor yang menyebabkan

iman merosot, berkurangan, menjadi lemah hingga lenyap

semuanya. Orang yang tergamak melakukan berbagai dosa

besar seperti zina, membunuh, merompak, minum arak dan

sebagainya adalah disebabkan olehkepudaran dan

kelenyapan iman yang pernah dimilikinya. Oleh itu, tarekat

sufi berperanan dalam menjaga keutuhan iman seorang

menerusi proses tarbiyah yang terdapat dalam institusi

tersebut.

9 Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. Ihya’ `Ulum al-Din.

Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 1986. 10Al-Qazzani, Muhammad Murad bin `Abd Allah. Nafa’is al-Sanihat fi Tadhyil

al-Baqiyat al-Salihat. Turki: al-Maktabah al-Islamiyyah. (t.th.)

Page 8: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

26

3.1 Bagaimana Tarekat Sufi Jalan Makrifah Allah?

Merujuk kepada perbincangan dalam sub topik ruang

lingkup tarekat sufi lepas, dikenal pasti bahawa pendidikan

kerohanian yang berlaku dalam perjalanan tarekat sufi adalah

untuk terhasilnya perubahan positif atau kesan baik pada

tingkah laku zahir seperti mentaati perintah Allah dan juga

perubahan positif pada sifat hati, seperti berubah sifat hati

yang lalai (ghaflah) kepada hati jadi sedar (yaqazah).

Jika ditelitikan, terdapat dua faktor utama yang melunturkan

ma`rifah Allah,iaitu kelalaian hati (ghaflah) dan berbagai

maksiat yang telah dilakukan. Orang yang benar-benar

berhati lalai maka akal, hati, penglihatan dan

pendengarannya tidak berfungsi lagi. Allah berfirman:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami sediakan

untuk neraka terlalu ramai dari jin dan manusia.

Mereka mempunyai hati tidak dapat gunakan untuk

memahami (kebenaran-kebenaran Allah) dan

mereka mempunyai mata, mereka tidak dapat

gunakan untuk melihat (kebenaran Allah) dan

mereka bertelinga, tetapi mereka tidak boleh

Page 9: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

27

gunakan untuk mendengar kebenaran-kebenaran

Allah. Mereka itu seperti binatang ternak. Bahkan

mereka lebih (buruk) dari binatang ternak itu.

Mereka itulah orang-orang yang (benar-benar)

lalai.”(al-A`araf:179).

Ghaflah atau lalai, lupa dan lain-lain sebutan yang serupa

maknanya adalah lawan ingat, sedar dan seumpamanya lagi.

Maksud ghaflah biasanya mengenai dua perkara. Pertama

lalai dan tidak ingatkan Allah. Keduanya lalai dan tidak

ingatkan hukum-hakamNya. Disebabkan lalai dan tidak

ingatkan Allah makamembawa akibat tidak ingatkan

berbagai hukum Allah.

Amalan wirid dan zikir, khasnya seperti yang terdapat dalam

pelbagai institusi tarekat sufi membantu menghapuskan

kelalaian tersebut. Dalam hal ini Ibn ‘Ajibah pernah

menjelaskan bahawa amalan yang segera boleh merubah

keadaan hati ialah dhikrullah. Beliau menegaskan dengan

katanya:

وأفضل االعمال اليت يقطع هبا املريد املقامات وأقرهبا هو ذكر اهلل

Maksudnya: “Dan sebaik-baik amalan yang

membolehkan seseorang murid mencapai maqam

dan (jalan yang) paling dekat sekali (untuk sampai

kepada berbagai maqam itu) ialah dhikrullah.11

11Ibn `Ajibah, `Abbas Ahmad bin Muhammad bin al-Mahdi al-Hasani . ‘Iqaz al-

Himam fi Sharh al-Hikam. Beirut: al-Maktabah al-Thaqafiyyah, 2010.

Page 10: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

28

Oleh kerana itulah zikir dijadikan amalan asas dalam setiap

tarekat sufi. Hal ini ditegaskan oleh Imam al-Qushayri12

dengan berkata: ي يف طريق احلق سبحانه وتعاىل، بل هو العمدة يف الذكر ركن قو

هذا الطريق، وال يصل أحد إىل اهلل تعاىل إال بدوام الذكرMaksudnya: Zikir merupakan rukun penting dalam

tarekat sufi, bahkan ia menjadi tonggak utama dalam

tarekat ini. Seorang tidak mungkin sampai kepada

kesempurnaan mengenal Allah tanpa mengekali zikir.

Ibn Qayyim13

menegaskan bahawa:

وال ريب يف أن القلب يصدأ كما يصدأ النحاس والفضة وغريمها، وجالؤه .بالذكر

Maksudnya: Tidak syak lagi bahawa hati itu boleh

berkarat sebagaimana tembaga, perak dan lainnya

boleh berkarat. Namun cara menggilap hati itu

adalah menerusi berzikir kepada Allah.

Shaykh Zarruq14

dalam Qawa`id Tasawwuf juga

menegaskan bahawa:

12Al-Qushayri, `Abd al-Karim bin Hawazan bin `Abd al-Malik bin Talahah bin

Muhammad. Al-Risalah al-Qushayriyyah. Kaherah: Dar al-Ma`arif, tahkik,

2009. 13Ibn al-Qayyim, Muhammad bin Abi Bakr Ayyub al-Zar`i al-Jawziyyah. Al-

Wabil al-Sayyib Min al-Kalim al-Tayyib. Kaherah: Dar al-Hadith, 2002. 14 Ahmad, Zarruq. Qawa`id al-Tasawwuf. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,

2007.

Page 11: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

29

اخلواص ثابتة يف األقوال واألفعال واألعيان، وأعظمها خواص كر األذكار، إذ ما عمَل آدمي عماًل أجنى له من عذاب اهلل من ذ

.اهللMaksudnya: Pelbagai khasiat atau sifat-sifat khusus

suatu perkara dikenal pasti wujud, sama ada pada

sebutan percakapan, perbuatan dan juga pada zat

suatu perkara itu sendiri. Walau bagaimanapun,

sifat-sifat khusus yang ada pada zikir-zikir itu adalah

yang terbaik. Hal demikian adalah kerana tidak ada

suatu amalan pun yang dilakukan oleh anak Adam

yang paling berpotensi menyelamatnya dari azab

Allah selain daripada berzikir kepada Allah.

Shaykh Ibn `Ata’ Allah15

menjelaskan bahawa:

.من الغفلة والنسيان، بدوام حضور القلب مع احلقالذكر هو التخلص Maksudnya: Zikir bermaksud (seseorang dapat)

membebaskan diri daripada sifat lalai dan lupa,

apabila ia sentiasa berada alam keadaan hadir hati

(serta sedar ingatannya terhadap kewujudan,

kebesaran dan keagungan) Allah.

3.2 Hubungan Zikir Dengan Ma`Rifah Allah

Berpandukan kepada kenyataan tokoh sufi dalam

perbincangan lepas, dapat disimpulkan bahawa zikir

mempunyai ciri-ciri khusus berfungsi untuk membersihkan

hati dari sifat lalai dan alpa terhadap Allah, sebagaimana ia

15Ibn `Ata' Allah, Abu al-Fadl Taj al-Din Ahmad bin Muhammad bin `Abd al-

Karim al-Sakandari. Al-Hikam al-`Ata’iyyah. Kaherah: Dar al-Basa’ir, 2006.

Page 12: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

30

juga berperanan menyucikan hati daripada pelbagai sifat

tercela. Sebagai suatu sunnah Allah, zikir dijadikan sebab

kepada hilangnya sifat lalai dan wujudnya sifat sedar dan

ingat kepada Allah serta hati menjadi tenang dengan

kehadiran ingatan hanya kepada Allah. Dalam hal ini Allah

berfirman:

Maksudnya: Ingatlah, dengan hanya mengingati Allah

sahaja hati menjadi tenang. (Ra`dd: 28).

Dengan hilangnya ghaflah maka hati akan serta-merta

bertukar keadaannya, menjadi yaqazah atau sedar, bangun

dari tidurnya dan bercahayalah ruang hati diterangi oleh

cahaya hidayat Allah, sebagaimana Firman Allah:

Maksudnya: “Adakah orang yang sudah mati

(hatinya), kemudian Kami hidupkan (hati itu) dan

Kami jadikan bagi (hati yang telah hidup itu) nur

yang terang yang dengan cahaya itu ia dapat

(berjalan melaksanakan peranannya) di kalangan

masyarakat manusia sama seperti orang yang

hatinya dalam kegelapan dan tidak dapat keluar

dari kegelapan tersebut.” (Surah Al-An’am: 122)

Page 13: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

31

Bila hati telah sedar, hidup dan bercahaya maka iman akan

jadi kuat, perkasa. Kerana itu maka Allah bahawa orang

yang hati telah dihidupkan dan layak menerima nur hidayat

atau nur warid akan dapat menjadi pemimpin untuk

masyarakatnya dengan betul dan jayanya.

Berpandukan kepada pelbagai kefahaman di atas, mungkin

timbul persoalan bagaimana kedudukan zikir itu berperanan

untuk menghilangkan sifat lalai, menjadikan hati tenang

serta dapat menghilangkan pelbagai sifat tercela?

Bagi menjawab persoalan ini, Shaykh Ibn `Ata’ Allah telah

membuat suatu kesimpulan yang sangat jelas menerusi

kalam hikmah beliau dengan berkata:

إمنا أورد عليك الوارد؛ لتكون به عليه واردا، أورد عليك الوارد، ليتسلمك من يد األغيار، وحيررك من رق اآلثار، أورد عليك

.إىل فضاء شهودك –سجن وجودك الوارد، ليخرجك من

Maksudnya: Allah Ta`ala mengurniakan kepada anda

zikir, agar dengan zikir tersebut hati anda mula terjaga

dari kelalaian serta rasa sedar (warid intibah) untuk

berhadap diri kepadaNya. Allah Ta`ala mengurniakan

kepada anda zikir, agar Allah limpahkan warid Iqbal

dalam ruang hati anda, yang dapat menyelamatkan hati

anda dari dikuasai oleh makhluk dan memerdekakan hati

anda dari penjajahan makhluk. Allah Ta`ala

mengurniakan kepada anda zikir, agar Allah limpahkan

warid wisal dalam ruang hati anda, yang dapat

membebaskan hati anda dari penjara wujud diri anda,

hingga berada di lapangan mushahadah hati anda.

Page 14: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

32

Rajah 2: Peringkat Zikir Menurut Ibn `Ata’ Allah

Berdasarkan kenyataan Shaykh Ibn `Ata’ Allah, seorang yang

berzikir mengingati Allah akan menempuhi tiga peringkat

berubahan perasaan hati kesan daripada tiga bentuk cahaya

kefahaman yang disampaikan Allah ke dalam hati hamba yang

berzikir, iaitu Nur al-Intibah, Nur al-Iqbal danNur al-Wisal

Gambaran umumnya dapat dinyatakan bahawa, istilahNur al-

Intibahmerujuk kepada makna hidayat yang menerjah ke dalam

hati seorang murid yang berzikir, menjadikan hati sedar, hidup dan

mula terjaga daripada kegelapan kelalaian terhadap wujud Allah.

Maksudnya, zikir yang dilakukan oleh seorang murid itu, mula

dirasakan kesan baiknya dalam hati, bermula dengan rasa sedar

hati tentang adanya Allah sebagai Pencipta yang mentadbirnya,

menguasainya, menghendakinya, melihatnya, mendengarnya,

menyayanginya, memberi rezeki kepadanya, menjadikannya sihat,

menjadikannya sakit dan seribu satu perkara lain lagi yang

mungkin terserlah dalam kesedaran perasaan hatinya ketika itu.

Dalam waktu sama murid juga mula diberikesedaran hati oleh

Allah tentang kekurangan diri, lemah, hina, fakir dan pelbagai sifat

kekurangan yang dirasakan layak untuk dirinya sebagai seorang

hamba.Namun, hal hati tersebut belum lagi menjadi suatu sifat

yang sebati dalam diri seorang, malahan ia sangat bergantung

kepada selama mana hubungan ingatan kepada Allah berkekalan

dalam hatinya.

Page 15: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

33

Apabila murid sentiasa dikurniakan Allah dapat menyempurnakan

amalan zikirnya dengan banyak, bersungguh-sungguh, tekun dan

berterusan, Allah akan mengurniakan ke dalam hatinya Nur al-

Iqbal, iaitu jenis cahaya kefahaman kedua,yang boleh merubah

perasaan hati murid menjadi sentiasa ingat kepada Allah (hudur

ma`a Allah) di mana sahaja ia berada.Kehadiran ingatan terhadap

makna kebersertaan wujud Allah pada peringkat ini, sudah jelas

bertapak dalam hati sehingga tidak mungkin terlelap dari

kesedaran ingatan seorang tentang ada Allah dalam setiap gerak-

gerinya. Berbanding dengan peringkat pertama dahulu, iaitu

sewaktu menerima cahaya kesedaran tentang Allah dan diri

sendiri, perasaan dan ingatan terhadap wujud Allah belum lagi

mendominasi jiwanya, bahkan mungkin sahaja pengaruh makhluk

menghantui perasaan hatinya lalu menyelangi ingatan wujud Allah

dan dalam banyak situasi menjadikan rasa wujud Allah hilang

semula dari kesedaran hati.

Berlainan pula bagi murid yang sedang merentasi peringkat kedua

ini, rasa ingat kepada wujud diri Allah sudah jelas

dalampandangan mata hatinya dan pengaruh makhluk tidak lagi

mengganggu gugat kedudukan ingatannya kepada Allah.

Maksudnya, murid pada ketika itu tidak lagi merasakan setiap

makhluk memiliki kesan dalam segala tindak-tanduknya, tidak lagi

bergantung hati serta berharap kepada sebab dan musabbab

sewaktu kedua-duanya itu dilaksanakan, kecuali semuanya itu

dirasakan bahawa Allah sahaja yang mentadbirnya. Dengan kata

lain, hilang daripada hati murid pelbagai sifat tercela yang

merosakkan hati dari ma`rifah Allah, serta terhias dalam hatinya

pelbagai sifat terpuji sebagai kurnia Allah kepadanya apabila ia

sampai kepada mengenal Allah dengan erti kata sebenar..

Manakala peringkat ketiga, iaitu Nur al-Wisal menjadikan

seseorang hanya mengingati Allah serta lenyap kesedaran

ingatannya terhadap makhluk dan hal ingatan seumpama ini

diistilahkan sebagaifana’ dan dan kemudiannya diistilahkan

sebagaibaqa’ billah yang menyampaikan seseorang sampai ke

tingkat ihsan.

Page 16: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

34

4.0 KESIMPULAN

Tarekat sufi bukan suatu perkara baharu wujud dalam lipatan

sejarah Islam, malah kemunculannya didapati berlaku dengan

pesat hingga kini. Mesej penting yang diketengahkan dalam

institusi tarekat sufi lebih berbentuk proses membina hubungan

ingatan seorang mukmin dengan Allah sebagai tonggak penting

bagi mengutuhkan tunjang iman serta memupuknya sampai ke

peringkat paling sempurna yang diistilahkan sebagai maqam

ihsan.Asas utama dalam tarekat sufi merangkumi elemen salasilah

guru, murid, pelbagai zikir khusus diamalkan sehingga berlaku

perubahan sifat hati dari dicemari dengan pelbagai sifat tercela

kepada terhiasnya diri dengan sifat-sifat tepuji. Tarekat sufi

dengan demikian dianggap menjadi suatu wasilah dan jalan utama

dalam menyempurnakan tuntutan ma`rifah Allah sejajar dengan

matlamat penciptaan jin dan manusia, iaitu untuk melahirkan sifat

kehambaan kepada Allah dalam segenap aspek kehidupan,

sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran.

5.0 RUJUKAN

Lubis, Bukhari. Beberapa Idea Tasawuf dalam Syair Hamzah

Fansuri (Melayu) dan Ibrahim Hakki Erzurumlu

(Turki Uthmani). Persuratan Islam. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka,1994.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. Ihya’ `Ulum

al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah. 1986.

Al-Hujwiri, Dr. Is`ad Abd al-Hadi Qindil tah. Kashf al-Mahjub,

Kaherah: Maktabah Iskandariyyah, 1974.

Ibn `Ajibah, `Abbas Ahmad bin Muhammad bin al-Mahdi al-

Hasani. ‘Iqaz al-Himam fi Sharh al-Hikam. Beirut:

al-Maktabah al-Thaqafiyyah, 2010.

Ibn `Ata' Allah, Abu al-Fadl Taj al-Din Ahmad bin Muhammad

Page 17: TAREKAT SUFI JALAN MAKRIFAH ALLAH Syed …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAREKAT-SUFI-JALAN... · berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek ... Tarekat sufi

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

35

bin `Abd al-Karim al-Sakandari. al-Hikam al-

`Ata’iyyah. Kaherah: Dar al-Basa’ir, 2006.

Al-Sakandari, Abu al-Fadl Taj al-Din Ahmad bin Muhammad bin

`Abd al-Karim. Miftah al-Falah wa Misbah al-Arwah.

Kaherah: Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa

‘Awaladuh, 1961.

Ibn al-Qayyim, Muhammad bin Abi Bakr Ayyub al-Zar`i al-

Jawziyyah. Al-Wabil al-Sayyib Min al-Kalim al-

Tayyib. Kaherah: Dar al-Hadith, 2002.

Al-Jurjani, al-Sayyid al-Sharif Abi al-Hasan `Ali bin Muhammad

bin `Ali al-Husayni. Al-Ta`rifat. Beirut: Dar al-Kutub

al-`Ilmiyyah, 2000.

Al-Qazzani, Muhammad Murad bin `Abd Allah al- (t.t.). Nafa’is

al-Sanihat fi Tadhyil al-Baqiyat al-Salihat. Turki: al-

Maktabah al-Islamiyyah.

Al-Qushayri, `Abd al-Karim bin Hawazan bin `Abd al-Malik bin

Talahah bin Muhammad. Al-Risalah al-

Qushayriyyah. Kaherah: Dar al-Ma`arif, tahkik, `Abd

al-Halim Mahmud, Mahmud bin al-Sharif 2009.

Tattan, `Abd al-Karim, al-Kaylani Muhammad Adib. Sharh

Jawharah al-Tawhid fi `Aqidah ‘Ahl al-Sunnah wa al-

Jama`ah. Damsyik: Dar al-Basha’ir,1994.

Ahmad, Zarruq. Qawa`id al-Tasawwuf. Beirut: Dar al-Kutub al-

Ilmiyyah, 2007.