analisis dan kritikan artikal jurnal

9
ANALISIS DAN KRITIKAN ARTIKAL JURNAL 1. TEMA Tajuk artikel : KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PEMBELAJARAN BACAAN PEMAHAMAN TEKS DI KALANGAN MURID SJK ( C ) DAN SJK ( T ) Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions-STAD) dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di kalangan murid darjah lima dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK T). 2. ISU/PERSOALAN Kaedah PK dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang keberkesanan PK di kebanyakan negara Eropah. Justeru, pasukan pengkaji ingin mengesan keberkesanan PK di kalangan murid-murid sekolah rendah di Malaysia yang berbeza dari konteks aliran dan bahasa pengantar. Kaedah PK yang menekankan interaksi sosial antara rakan sebaya membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan hubungan antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah. Di Malaysia, kajian dan laporan tentang keberkesanan kaedah PK dalam mata pelajaran bahasa Cina dan Tamil amatlah terhad. Justeru itu, kajian ini ingin meninjau dan mengetahui sama ada kaedah PK juga berkesan dalam sistem pendidikan Malaysia yang mempunyai latar belakang sosio budaya yang berbeza.

Upload: zulhaidi-zakaria

Post on 17-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Dan Kritikan Artikal Jurnal

ANALISIS DAN KRITIKAN ARTIKAL JURNAL

1. TEMA

Tajuk artikel : KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

DALAM PEMBELAJARAN BACAAN PEMAHAMAN TEKS DI

KALANGAN MURID SJK ( C ) DAN SJK ( T )

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK)

Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions-STAD)

dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks

Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di kalangan murid darjah lima dari dua buah sekolah jenis

kebangsaan Cina (SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK T).

2. ISU/PERSOALAN

Kaedah PK dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang

keberkesanan PK di kebanyakan negara Eropah. Justeru, pasukan pengkaji ingin mengesan

keberkesanan PK di kalangan murid-murid sekolah rendah di Malaysia yang berbeza dari

konteks aliran dan bahasa pengantar. Kaedah PK yang menekankan interaksi sosial antara

rakan sebaya membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan hubungan

antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah.

Di Malaysia, kajian dan laporan tentang keberkesanan kaedah PK dalam mata pelajaran

bahasa Cina dan Tamil amatlah terhad. Justeru itu, kajian ini ingin meninjau dan mengetahui

sama ada kaedah PK juga berkesan dalam sistem pendidikan Malaysia yang mempunyai latar

belakang sosio budaya yang berbeza.

Berdasarkan matlamat dan tujuan kajian yang dinyatakan, kajian ini cuba mencari jawapan

bagi soalan-soalan kajian berikut:

i) Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara

murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang

mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C) ?

ii) Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara

murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang

mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T) ?

Page 2: Analisis Dan Kritikan Artikal Jurnal

iii) Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan

heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?

iv) Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan

heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?

3. TUJUAN DAN OBJEKTIF

Harris Durkin (1979), Smith (1980), dan Sofiah Osman (1986) dalam hasil kajian mereka

menunjukkan bahawa kebanyakan guru bahasa tidak dapat mengajar pemahaman teks

dengan berkesan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sama ada kaedah

pembelajaran koperatif Bahagian Pencapaian-Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-

Achievement Divisions STAD), boleh menghasilkan pencapaian akademik dari segi

pencapaian ujian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang lebih baik

berbanding dengan kaedah tradisional yang berpusatan guru. Bagi mencapai matlamat di

atas, kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan berikut:

i) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan

pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP

dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C).

ii) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan

pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP

dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).

iii) Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan kumpulan

heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks.

iv) Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan kumpulan

heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks.

4. METOD – INSTRUMEN DAN KAEDAH ANALISIS DATA

4.1 Reka Bentuk

Kajian ini merupakan reka bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Serupa ( Nonequivalent Control

Group). Reka bentuk ini melibatkan sampel sebanyak 160 orang murid Darjah Lima dari dua

buah sekolah yang berbeza aliran, iaitu SJK(C) dan SJK(T). Kumpulan Eksperimen dan

Kumpulan Kawalan bagi kedua-dua buah sekolah ini dipilih berasaskan dua kelas yang sedia

ada yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Page 3: Analisis Dan Kritikan Artikal Jurnal

4.2 Instrumen

Instrumen untuk kajian ini merupakan empat set soalan ujian (dua untuk sampel SJK(C)

dan dua untuk sampel SJK(T) yang setiapnya mengandungi 20 item soalan objektif aneka

pilihan dengan empat pilihan jawapan yang berkaitan dengan empat petikan pemahaman

teks. 2 set soalan pemahaman teks digunakan sebagai ujian pra dan ujian pos bagi

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas tamat pengolahan.

Soalan kefahaman ini melibatkan soalan interpretasi, sintesis dan tafsiran terhadap isi

kandungan teks yang dibaca. Instrumen ini digunakan untuk mengukur keberkesanan

pembolehubah bebas (PK & PT), dan pembolehubah bersandar (skor peningkatan dalam

ujian bacaan pemahaman teks antara ujian pra dan ujian pos terhadap kaedah PK BPPP).

Ujian pemahaman teks ini direka oleh penyelidik bersama pensyarah Pengajian Cina dan

Pengajian Tamil. Kesahan soalan ditentukan oleh Guru Bahasa Cina dan Guru Bahasa

Tamil yang telah lama menjadi pemeriksa peperiksaan UPSR Bahasa Cina dan Bahasa

Tamil. Untuk menilai reliabiliti ujian pencapaian berkenaan, koefisien alfa Cronbach @

telah ditentukan. Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh untuk ujian pencapaian

kefahaman teks Bahasa Cina dan Tamil masing-masing ialah 0.75 dan 0.69.

4.3 Analisis Data

Data-data skor ujian rintis akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS untuk

memperoleh nilai reliabiliti item-item ujian pencapaian iaitu nilai alfa-Cronbach. Data-

data yang dikutip bagi ujian pra dan ujian post sampel kajian akan juga diproses dengan

perisian SPSS untuk tujuan deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan menguji

hipotesis. Statistik inferensi seperti ujian-t digunakan untuk membanding min skor

pencapaian ujian bacaan pemahaman teks antara kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen di sekolah yang sama, antara kumpulan heterogenus dan kumpulan

homogenus dalam kumpulan eksperimen. Paras signifiken untuk membuat keputusan

ditetapkan pada aras 0.05. Hipotesis nol akan ditolak sekiranya nilai p yang diperolehi

adalah kurang daripada 0.05 dan sebaliknya.

5. HASIL DAPATAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan pencapaian min adalah lebih tinggi bagi

kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran koperatif BPPP berbanding dengan

Page 4: Analisis Dan Kritikan Artikal Jurnal

peningkatan pencapaian min bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran

tradisional. Pada keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif

BPPP merupakan kaedah pengajaran bacaan pemahaman teks yang lebih berkesan

berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional. Peningkatan pencapaian min yang

lebih memihak kepada kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran

koperatif BPPP penting untuk meningkatkan pemahaman di kalangan pelajar. Ini dapat

menggalakkan interaksi dalam kumpulan rakan sebaya melalui pengongsian maklumat dan

idea, aktiviti penaakulan logik dan penghuraian maklumat serta meningkatkan tahap

kefahaman di kalangan pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian bacaan

pemahaman teks bagi kedua-dua kumpulan homogenous dan heterogenous di SJK (C) dan

SJK (T) telah meningkat. Namun, analisis data menunjukkan bahawa peningkatan

pencapaian ujian pemahaman teks bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran

koperatif BPPP heterogenous adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang diajar

melalui kaedah pembelajaran koperatif BPPP homogenous. Ini adalah disebabkan bahawa

kumpulan heterogenous terdiri daripada ahli-ahli pelbagai tahap kebolehan, latar belakang

sosio-ekonomi dan kaum. Mengikut Mahohaini Yusof (1989), pelajar yang lemah dapat

mempelajari sesuatu daripada pelajar yang berkebolehan tinggi dan pelajar yang

berkebolehan tinggi mempelajari strategi baru melalui pengalaman mengajar dan

membimbing rakan yang lemah.

6. KEPENTINGAN KAJIAN

Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif BPPP dalam pengajaran bacaan pemahaman

teks adalah jelas. Memandangkan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam

meningkatkan pencapaian bacaan pemahaman teks amat ketara, sukatan pelajaran Kursus

Diploma Pendidikan Malaysia (KDPM) harus menekankan aspek tersebut terutama sekali

guru pelatih beropsyen bahasa demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka

dalam penguasaan dan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif. Pihak sekolah seharusnya

sentiasa menganjurkan kursus-kursus atau latihan dalaman kepada guru-guru yang mengajar

bahasa bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan kaedah

pembelajaran koperatif.

Page 5: Analisis Dan Kritikan Artikal Jurnal

7. ANALISIS TENTANG KEKUATAN DAN KELEMAHAN SECARA

KESELURUHAN

7.1 Kekuatan

Kajian adalah bersesuaian dan amat diperlukan dimana pengkaji ingin mengkaji sejauh mana

keberkesanan pembelajaran komperetif mampu diaplikasikan di Malaysia yang pelajar-

pelajarnya adalah terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Pengkaji ingin melihat sejauh

mana pembelajaran komprehensif ini lebih berkesan daripada sistem pembelajaran tradisional

yang telah sebati di sekolah-sekolah di Malaysia.

Penggunaan kajian secara kaedah experimental adalah amat bertepatan sekali kerana

keputusan yang diperoleh adalah amat jelas dan menunjukkan situasi sebenar keberkesanan

pembelajaran komperatif yang ingin diterapkan.

Pengkaji dilihat amat yakin untuk menggunakan kaedah experimental dalam kajian yang

digunakan dimana IV dan DV telah dikenalpasti dengan persoalan, objektif, tujuan dan

hipotesis kajian dikupas dan dihuraikan dengan jelas dan tepat. Sekali imbas pembaca terus

boleh mengangak bahawa kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk

experiment.

Kawalan terhadap pemboleh ubah extranus juga dititikberatkan oleh pengkaji dimana sampel-

sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang homogenous dan heterogenous untuk

mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan dalam tahap pencapaian pelajar di kalangan

responden.

7.2 Kelemahan

Hasil dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada kumpulan yang lebih besar kecuali

kepada sekolah-sekolah yang mempunyai homogeneous seperti sekolah yang digunakan

sebagai subjek kajian.

Penyelidik hanya menggunakan ujian T dalam melakukan analisa kajian. Dari pemerhatian

saya terdapat 6 kumpulan kajian yang dibentuk oleh pengkaji tetapi dalam objektif dan tujuan

kajian yang dinyatakan tidak menyebut tentang kesemua kumpulan ini. Begitu juga dalam

pembentukan hipotesis kajian, seharusnya keenam-enam kumpulan ini diletakkan bersama

dan pengkaji boleh mengggunakan kaedah ANOVA atau ANCOVA dalam menganalisis

data. 6 kumpulan yang dikenal pasti adalah kumpulan homogenous Tamil, kumpulan

Page 6: Analisis Dan Kritikan Artikal Jurnal

heterogenous Tamil, kumpulan kawalan Tamil, Kumpulan homogenous Cina, Kumpulan

Heterogenous Cina dan Kumpulan kawalan Cina.

Dalam objektif yang dinyatakan oleh pengkaji seharusnya boleh membuat perbandingan

tentang keberkesanan kaedah pembelajaran komperatif di antara pelajar sekolah cina dengan

pelajar sekolah tamil selain itu untuk tambahan boleh juga pengkaji membandingkan

pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan.

Data hanya dipersembahkan dalam bentuk ujian T, penambahbaikan boleh dilakukan dengan

pengkaji turut mempersembahkan data dalam bentuk descriptive dimana pembaca dapat

melihat tentang perbezaan pencapaian di kalangan pelajar.

Instrument yang dibina oleh pengkaji hanya memperoleh kesahan muka iaitu daripada pakar-

pakar bahasa tetapi untuk menguatkan lagi kesahan pengkaji boleh mendapatkan kesahan

daripada pakar-pakar. Tidak dinyatakan tentang nilai kesahan instrument yang dibina tetapi

kebolehpercayaan instrument adalah sederhana sahaja iaitu 0.75 dan 0.69 dimana menurut

Majid (1998) nilai pekali alpha 0.60 adalah baik dan boleh diterima.

7.3 Kesimpulan

Secara keseluruhan kajian yang dijalankan adalah baik dan betul-betul berbentuk true

experiment dan amat berguna sekiranya boleh diaplikasi ke atas subjek-subjek lain selain

bahasa tamil dan cina. Terdapat beberapa kelemahan dalam kajian tetapi penambahbaikan

boleh dilakukan agar kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan dengan lebih effisyen.