kritikan jurnal

16
Tajuk Jurnal : Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa Penyelidik : Ahmad Fauzi Mohd.Ayub, Fadzilah Ab.Rahman, Nor Ilyani Harun Jurnal keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara keseluruhannya membicangkan tentang kesan perisian komputer yang digunakan dalam pembelajaran tatabahasa ke atas pencapaian murid. Hasil kajian penyelidik menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa memberi kesan positif kepada pencapaian murid. 1.0 PENGENALAN Dalam pengenalan, penyelidik mengatakan pengajaran dan pembelajaran komputer merupakan suatu kaedah pengajaran yang efektif. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman murid tentang sesuatu pelajaran tersebut. Kenyataan penyelidik ini disokong oleh Darvina (2003), penggunaan komputer membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan membantu pendidik menyampaikan ilmu dengan lebih mudah. Selain itu, penggunaan komputer pada mulanya terhad penggunaannya iaitu teks, numerik, grafik dan animasi yang mudah tetapi dengan era teknologi yang pesat ini,

Upload: nevin-vijay

Post on 25-Nov-2015

639 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Tajuk Jurnal : Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran TatabahasaPenyelidik : Ahmad Fauzi Mohd.Ayub, Fadzilah Ab.Rahman, Nor Ilyani Harun

Jurnal keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara keseluruhannya membicangkan tentang kesan perisian komputer yang digunakan dalam pembelajaran tatabahasa ke atas pencapaian murid. Hasil kajian penyelidik menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa memberi kesan positif kepada pencapaian murid.1.0 PENGENALAN

Dalam pengenalan, penyelidik mengatakan pengajaran dan pembelajaran komputer merupakan suatu kaedah pengajaran yang efektif. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman murid tentang sesuatu pelajaran tersebut. Kenyataan penyelidik ini disokong oleh Darvina (2003), penggunaan komputer membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan membantu pendidik menyampaikan ilmu dengan lebih mudah. Selain itu, penggunaan komputer pada mulanya terhad penggunaannya iaitu teks, numerik, grafik dan animasi yang mudah tetapi dengan era teknologi yang pesat ini, penggunaan komputer boleh dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya bersetuju dengan penyelidik kerana pada masa sekarang, kita sebagai pendidik harus memberi ilmu yang baharu kepada murid. Sebagai contohnya, guru-guru di sekolah boleh menggunakan perisian komputer yang canggih ataupun menggunakan siding video dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Kajian berkaitan keberkesanan proses pembelajaran menggunakan teknologi sidang video oleh Siti Hajar Halili (2011) membuktikan penggunaan sidang video memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran murid lebih berkesan dan efisien.

Tambahan pula, penyelidik banyak membincangkan kajian-kajian lepas sebagai bukti keberkesanan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Kesemua kajian yang diketengahkan oleh penyelidik menunjukkan hubungan signifikan dengan penggunaan komputer. Hal ini juga disokong oleh kajian keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point) terhadap peningkatan penguasaan konsep sains dalam tajuk sel untuk Sains Tingkatan Satu oleh Aszoura Binti Muhamed Salleh (2007). Selain itu, penyelidik membincangkan kepentingan kajian ini dijalankan supaya ketiadaan komputer di sekolah menjadi dapat diatasi dengan kajian sebegini.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Menurut penyelidik, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan komputer ke atas pencapaian murid tahun 3 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi topik penjodoh bilangan. Keberkesanan komputer kepada murid diukur melalui 2 cara iaitu pencapaian murid dan juga gender antara kumpulan yang diberi rawatan dan kumpulan kawalan. Saya bersependapat dengan penyelidik dalam menentukan objektif kajian ini. Penyelidik telah mengambil kira komponen-komponen lain selain pencapaian murid.

3.0 HIPOTESIS KAJIAN

Dengan berpandukan kepada objektif kajian, penyelidik telah membina enam hipotesis alternatif kajian. Hipotesis yang pertama ialah terdapat perbezaan signifikan skor ujian prnilaian penggal pertama Bahasa Melayu antara murid kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Hipotesis yang kedua pula ialah terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk penjodoh bilangan antara murid kawalan dengan kumpulan rawatan. Hipotesis ketiga ialah terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk penjodoh bilangan antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan kawalan. Seterusnya ialah terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk penjodoh bilangan antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan. Hipotesis yang kelima ialah terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk penjodoh bilangan antara murid lelaki dalam kumpulan rawatan dan kumpulan tradisional. Hipotesis yang terakhir ialah terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk penjodoh bilangan antara murid perempuan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Hipotesis yang dibina oleh penyelidik amat teliti dan releven dengan topik kajian.

4.0 METODOLOGI

Penyelidik menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen untuk menjalankan kajian ini. Penyelidik memilih murid tahun 3 di sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur sebagai responden kajian ini. Penyelidik memilih dua kelas yang berlainan secara rawak. Penyelidik membezakan dua kelas itu kepada kumpulan rawatan dan juga kumpulan kawalan. Dalam pemilihan responden, penyelidik bertindak adil dan saksama dari segi gender. Pada pendapat saya, penyelidik bijak memilih responden kajian dari segi gender. Hal ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini. Penyelidik menjalankan kajian ini selama sebulan dimana pertemuan berlaku tiga kali seminggu.

Instrumen kajian yang digunakan ialah set ujian pasca. Penyelidik membina 32 soalan yang berkaitan dengan penjodoh bilangan. Penyelidik juga mengambil kira kebolehan murid dan kefahaman murid dalam pembentukan soalan ujian pasca. Ujian pasca ini terdiri daripada dua bahagian iaitu soalan teks dan soalan bergambar. Selain ujian pasca, penyelidik juga menggunakan perisian Lecture Maker dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Pada pendapat saya, perisian Lecture Maker ini menjadi tarikan murid-murid dalam pengajaran tatabahasa. Perisian ini telah membantu murid dalam meningkatkan pemahaman penjodoh bilangan.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Penyelidik telah menjalankan analisis pertama ke atas skor ujian penilaian penggal pertama Bahasa Melayu bagi kedua-dua kumpulan. Penyelidik menjalankan analisis ini agar tidak berlaku bias dalam pemilihan responden dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hipotesis pertama yang dibina ditolak kerana tiada perbezaan signifikan yang wujud antara murid kawalan dan murid rawatan. Nilai t menunjukkan 1.009 dimana lebih dari 0.05. Murid dari kedua-dua kumpulan adalah seimbang dari segi pengetahuan kemahiran dalam matapelajaran bahasa melayu.

Analisis yang seterusnya ialah skor ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan. Penyelidik mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam skor ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Maka, hipotesis kedua telah diterima dimana nilai p menunjukkan 0.000 kurang daripada 0.05. Dapatan ini menunjukkan murid dalam kumpulan rawatan yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk penjodoh bilangan dengan menggunakan perisian Lecture Maker ini mempunyai pemahaman yang tinggi dalam tajuk penjodoh bilangan berbanding dengan kumpulan kawalan yang diajar dengan teknik tradisional.

Selain itu, penyelidik juga menjalankan analisis pencapaian murid dari segi gender dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan analisis ini menunjukkan tiada perbezaan markah antara murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan kawalan dimana nilai p kurang daripada 0.05 iaitu 0.945. Maka, hipotesis ketiga telah diterima. Dalam kumpulan rawatan pula, terdapat perbezaan signifikan dalam markah antara murid lelaki dan murid perempuan. Nilai p menunjukkan 0.004 kurang daripada 0.005. Dapatan ini menunjukkan min markah ujian pasca murid lelaki lebih tinggi daripada murid perempuan dalam kumpulan rawatan.

Akhirnya, penyelidik menjalankan analisis skor ujian pasca bagi tajuk penjodoh bilangan bagi murid lelaki antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan markah ujian pasca murid lelaki dalam kumpulan rawatan lebih baik daripada markah ujian pasca murid lelaki dalam kumpulan kawalan. Hipotesis kelima yang dibina oleh penyelidik telah diterima kerana perisian Lecture Maker telah memberi kesan positif kepada murid lelaki dalam kumpulan rawatan. Hipotesis keenam pula tentang skor ujian pasca bagi murid perempuan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan ini menunjukkan min markah murid perempuan rawatan lebih tinggi berbanding dengan min markah murid perempuan kumpulan kawalan.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa telah memberi kesan positif kepada murid. Penggunaan komputer telah meningkatkan pemahaman murid dalam tajuk penjodoh bilangan dimana dapatan menunjukkan peningkatan markah ujian pasca.

6.0 PERBINCANGAN

Peranan teknologi maklumat dalam pendidikan perlu dilihat sebagai suatu yang menggerak dan mendorong proses pembelajaran dengan lebih berkesan. Dalam perbincangan, penyelidik telah membincangkan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan dapatan kajian, saya bersetuju dengan penyelidik dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pencapaian murid kumpulan rawatan dalam ujian pasca, didapati pemahaman murid telah meningkat dalam tajuk penjodoh bilangan. Dapatan kajian yang dilakukan oleh Suzanne(2002) juga mendapati bahawa penggunaan komputer memberi kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain tu, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan suasana pembelajaran yang lebih ceria dan menarik.

Dengan adanya komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, murid akan berinteraktif secara aktif dan kreatif(Volman dan Eck, 2011). Menurut Walker dan Fraser (2005), proses pembelajaran boleh dikembangkan melalui perkongsian idea dan fikiran serta interaksi murid. Pengajaran dengan komputer juga dapat meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah kita.

Seterusnya, analisis skor ujian pasca murid lelaki lebih tinggi daripada murid perempuan. Hal ini adalah kerana murid lelaki dalam kumpulan rawatan telah mengikuti pengajaran berdasarkan Lecture Maker. Dapatan kajian ini telah disokong oleh Chanlin (2009) mengatakan bahawa penggunaan grafik beanimasi berupaya meningkatkan proses pembelajaran terutama murid lelaki.

Tambahan pula, penyelidik juga menggunakan perisian Lecture Maker dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bagi kumpulan rawatan. Perisian ini dapat meningkatkan pencapaian murid. Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988) membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar.

Secara keseluruhannya, penyelidik telah membincangkan dan menganalisis dapatan kajian dengan lebih terperinci dan teliti. Penyelidik juga telah merujuk kajian kajian lain yang menjadi contoh kepada kajian ini. Saya amat gembira dapat membaca dan mengkririk jurnal penyelidik ini. Hal ini adalah kerana penyelidik telah mengetengahkan kesemua isu pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik dan kemas. Perbincangan penyelidik juga mudah difahami oleh semua orang. Saya berasa kajian penyelidik ini dapat dicontohi kepada penyelidik-penyelidik lain yang hendak mengkaji tentang teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

7.0 CADANGAN

Cadangan saya kepada penyelidik adalah grafik beanimasi perlu digunakan pada masa akan datang. Hal ini adalah kerana pengajaran akan menjadi lebih seronok kepada murid jika guru menayangkan animasi yang bergerak dan bukannya statik. Selain menarik minat murid, ia juga perlu berinformasi dan berupaya menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada murid. Cadangan ini juga disokong oleh Ismail(2002), grafik boleh digunakan bersama teks dalam bentuk nota, lembaran kerja, carta dan lain-lain yang sesuai digunakan untuk dijadikan bahan rangsangan proses pembelajaran.

Selain itu, penyelidik juga perlu berusaha mendapatkan perisian-perisian yang lain untuk mengajar tatabahasa kepada murid. Pengaplikasian kepada subjek lain juga boleh dilaksanakan dan dikaji. Tambahan pula, penyelidik juga boleh mencadangkan aktiviti e-learning di sekolah-sekolah di negara kita. Proses ini merupakan satu sistem dimana maklumat matapelajaran, nota kuliah, kemudahan komunikasi, dan aktiviti pembelajaran lain seperti kuiz, forum, tugasan, projek boleh diakses melalui rangkaian computer sekolah. KPM juga telah memperkenalkan FROG VLE kepada semua sekolah namun pelaksanaannya tidak memberangsangkan.

8.0 KESIMPULAN

Dalam kesimpulan, penyelidik merumuskan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran memberi impak yang berkesan dan positif. Kajian ini juga membantu guru dalam mengajar tatabahasa kepada murid dengan lebih mudah. Pemanfaatan teknologi hendaklah dilakukan semaksima mungkin agar keperluan zaman moden ini dipenuhi. Hal ini adalah untuk memastikan kanak-kanak pada peringkat awal tidak terpinggir di dalam kepesatan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai tenaga pengajar di sekolah, kita perlulah melengkapkan dirinya dengan kemahiran teknologi demi membangunkan negara kita.

Aszoura.(2011). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Computer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu. Jurnal Pendidikan Malaysia.Christina Andin Dan Hazman. (2010). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Jurnal Pendidikan Malaysia. University Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Johari Hassan, Fazliana Rashida. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan University Teknologi Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia. University Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.John A. C. Hattie And Gavin T. L. Brown. (2005). Technology For School-Based Assessment And Assessment For Learning: Development Principles From New Zealand. University Of Aukland, Aukland, New Zealand.

Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi, Dan Fadzilah Ab.Rahman. (2012). Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol 2 : 31-42.Saedah Siraj & Mohd Paris Bin Saleh, (2003).Aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat sekolah menengah: jangkaan masa depan. Jurnal Pendidikan. University Malaya, Kuala Lumpur.Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman Dan Mohd Razha Abd Rashid. (2011). Keberkesanan Proses Pembelajaran Menggunakan Teknologi Siding Video. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 55-65.

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

PPP 6264DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN

NAMA : AMUTHA A/P MUNUSAMYNO.MATRIK : M20122001254NO. K/P : 880902-08-6412NO TEL : 014-9446865

PENSYARAH : DR. MOHD ASRI BIN MOHD NOORPUSAT PEMBELAJARAN : UPSI, TANJONG MALIM

SEMESTER 3, 2013 / 2014