apa itu kritikan sastera

Upload: kidz-positive-mind-home-tuition

Post on 04-Jun-2018

561 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    1/27

    APA ITU KRITIKAN SASTERA?

    Catatan awal perkembangan

    Sejarah kritikan sastera telah bermula sekitar tahun 300 sebelum Masehi sejajar

    dengan perkembangan tradisi penciptaan karya seni sastera dalam zaman Yunani.

    Kritikan menjadi asas yang mengkonsepikan tindak balas khalayak secara kritis

    terhadap fenomena-fenomena dan gejala-gejala sastera yang terdapat dalam karya

    atau kesannya ke atas pihak yang lain. Jelasnya, kritikan sastera tidak muncul

    dengan seadanya, tetapi sangat bertalian dengan sikap kritis dan analitis manusia itu

    sendiri yang cenderung untuk melakukan pertimbangan dan penilaian terhadap

    sesuatu.

    Tradisi kritikan yang bermula sejak era Yunani itu kemudiannya menjadi tradisi dalam

    sastera Eropah, apabila teori-teori era klasik dihidupkan dan digunakan semula

    dalam nafas baharu. Teori-teori ini kemudiannya menjadi tiruan dan model

    pembinaan teori dan tradisi kritikan sastera di seluruh dunia hingga ke hari ini.

    Sepanjang perkembangannya yang bermula sejak zaman Yunani hingga ke hari ini,

    teori dan kritikan sastera telah menempuh pelbagai perubahan, penyimpangan dan

    pembaharuan. Prinsip dan dasar yang membina teori terdedah kepada kritikan dan

    pandangan-pandangan baharu yang menampilkan sifat teori dan kritikan yang

    dinamik dan fleksibal dengan pandangan-pandangan baharu.

    Definisi kritikan

    Kritikan berasal daripada kata dasar kritik, dan kata kritik berasal dari kata krinein

    dalam bahasa Yunani yang membawa maksud menghakimi, membanding dan

    menimbang. Kata krinein menjadi pangkal atau asal kata kreterion yang bererti

    dasar, pertimbangan, penghakiman. Oleh yang demikian, orang yang melakukan

    pertimbangan dan penghakiman terhadap sesuatu perkara di zaman Yunani disebut

    sebagai krites. Istilah krites ini kemudiannya menjadi asas bagi menerangkan

    kegiatan atau sifat orang yang memberi penghakiman terhadap karya seni sastera.

    Dalam sastera Inggeris, perkataan `critic` digunakan bagi menerangkan sifat orang

    yang melakukan kritikan atau pun kegiatan kritik itu sendiri. Pada tahun 1677, John

    Dryden mempopularkan istilah criticism. Istilah ini menjadi lebih mantap dan dilazimi

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    2/27

    dalam perbincangan-perbincangan terhadap karya sastera, terutama setelah John

    Dennis menulis buku berjudul The Grounds of Criticism in Poetry (Atas Semi,1989:8).

    Daripada perkataan criticism inilah pelbagai tafsiran tentang kritikan sastera

    diberikan oleh para sarjana dan pemikir.

    Terdapat banyak definisi yang diberikan oleh para pemikir dan sarjana sastera.

    Matthew Arnold memberi definisi kritikan sebagai satu usaha yang bukan hendak

    mencari untung tetapi mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu

    yang telah diketahui sebagai yang terbaik dalam dunia (Hashim Awang,1997:6).

    Mana Sikana,(1983:3) pula menyebutkan, kritikan adalah satu disiplin ilmu yang

    sistematik, yang membicarakan soal penghayatan, penganalisisan dan penilaian

    sesebuah karya kreatif.

    Pengertian kritikan boleh juga dirujuk kepada Encyclopaedia Britannica (1966:780).

    Dalam ensiklopedia ini, kritikan diberi makna perbincangan kesenian-kesenian yang

    beralasan dan bersistem untuk menghurai atau menilai teknik dan hasilnya. Hashim

    Awang, seorang pemikir dan sarjana sastera Melayu pula memberi makna kritikan

    sebagai suatu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan dengan

    cara yang beralasan serta bersistem dan bertujuan untuk mengembangkan sesuatu

    yang difikirkan baik lagi indah (Hashim Awang,1988:5). Dalam Ensiklopedia

    Indonesia, kritik bermaksud penilaian (penghargaan) terutama mengenai hasil-hasil

    seni dan ciptaan seni(dlm. Henry Guntur Tarigan,1984:187).

    Daripada pengetian-pengertian yang diberikan oleh para sarjana di atas, dapat

    disimpulkan bahawa, kritikan bermaksud memberi penilaian terhadap sesuatu hasil

    seni menerusi proses pengamatan dan perbandingan, menganalisis dan menghayati

    dengan kaedah-kaedah yang sistematik dan beralasan dengan maksud

    mengembangkan tanggapan-tanggapan yang terbit darinya.

    Proses menghayati teks adalah langkah pertama dan penting untuk mendekati

    sesuatu karya yang akan dikritik. Penghayatan bermakna pengkritik mendalami isi

    cerita dengan cara membaca dan memahami segala ungkapan, istilah dan frasa ayat

    yang mengangkat persoalan penting cerita. Dengan perkakas teoretikal yang dimiliki

    oleh pengkiritk, maka, teks berkenaan boleh saja dibedah (operate) dan dianalisis

    mengikut sudut mana dan tujuan kritikan itu dibuat. Perkakas teoretikal itu tentulahterdiri sebuah teori atau pendekatan yang sesuai dengan tujuan kritikan itu tadi.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    3/27

    Pemilihan teori dan pendekatan yang sesuai itu tadi sangat penting, agar penilaian

    dan hasil yang ingin diketengahkan menepati kriteria-krietria yang menjadi dasar

    teori berkenaan. Proses menganalisis ini seharusnya bersifat sistematik, yakni,

    tindakan penerimaan, penolakan, penghakiman yang dibuat terhadap sesuatu karya

    itu adalah berdasarkan kaedah yang khusus dengan penyertaan data-data, bukti,

    sandaran ilmu, kajian literasi, risensi kepustakaan dan sebagainya. Oleh itu, hasil

    kritikan mempunyai daya legitimasi yang tinggi dan sangat dapat dipertahankan.

    Seperti yang disebutkan tadi bahawa, kritikan juga bermakna krtikiawan

    melaksanakan proses mengembangkan sesuatu tanggapan yang terbit daripada

    kritikan itu. Sesuatu teks tidak terhad kritikannya dengan hanya satu teori atau satu

    pendekatan. Teks biasa terdedah kepada kritikan pelbagai dimensi, mengikut seleradan minat dari dimensi mana teks itu mahu didekati atau dikritik. Kegiatan kritikan

    yang sihat akan merancakan lagi proses perkembangan sastera. Ambil saja novel

    Salina karya A.Samad Said. Meskipun karya itu sudah hampir tiga puluh tahun

    usianya, namun ia terus hidup dan berwacana dalam kesusasteraan Melayu hari ini.

    Malah secara interteksnya, karya itu telah memunculkan beberapa karya lain seperti,

    drama Lantai T.Pinkie dan Mencari Salina.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    4/27

    Catatan awal perkembangan

    Sejarah kritikan sastera telah bermula sekitar tahun 300 sebelum Masehi sejajar

    dengan perkembangan tradisi penciptaan karya seni sastera dalam zaman Yunani.

    Kritikan menjadi asas yang mengkonsepikan tindak balas khalayak secara kritis

    terhadap fenomena-fenomena dan gejala-gejala sastera yang terdapat dalam karya

    atau kesannya ke atas pihak yang lain. Jelasnya, kritikan sastera tidak muncul

    dengan seadanya, tetapi sangat bertalian dengan sikap kritis dan analitis manusia itu

    sendiri yang cenderung untuk melakukan pertimbangan dan penilaian terhadap

    sesuatu.

    Tradisi kritikan yang bermula sejak era Yunani itu kemudiannya menjadi tradisi dalam

    sastera Eropah, apabila teori-teori era klasik dihidupkan dan digunakan semula

    dalam nafas baharu. Teori-teori ini kemudiannya menjadi tiruan dan model

    pembinaan teori dan tradisi kritikan sastera di seluruh dunia hingga ke hari ini.

    Sepanjang perkembangannya yang bermula sejak zaman Yunani hingga ke hari ini,

    teori dan kritikan sastera telah menempuh pelbagai perubahan, penyimpangan dan

    pembaharuan. Prinsip dan dasar yang membina teori terdedah kepada kritikan dan

    pandangan-pandangan baharu yang menampilkan sifat teori dan kritikan yang

    dinamik dan fleksibal dengan pandangan-pandangan baharu.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    5/27

    TEORI KESUSASTERAAN MARXISME

    Marxismeadalah fahaman atau ideologi tentang kehidupan dengan kepercayaan

    bahawa sosio ekonomi adalah penentunya. Teori ini memberi penekanan kepada

    kehidupan manusia yang sangat bergantung dan ditentukan oleh sistem sosio

    ekonomi yang ada di dalamnya. Oleh itu, Marxis melihat sejarah dan budaya serta

    kegiatan ekonomi masyarakat adalah sangat relevan untuk memahami sesuatu

    masyarakat.

    Marxismelebih cenderung memahami perilaku masyarakat khususnya yang berkait

    dengan politik, ekonomi, budaya dan sejarah. Marxisme tumbuh sebagai kumpulan

    pemikiran yang hidup dalam realiti politik sebenar. Tokoh penting yang mempelopori

    teori Marxisme ialah Karl Marx dan Federick Engles.Oleh kerana teori Marxisme banyak membincangkan persoalan sosial dan

    masyarakat, ideologi dan struktur sosial, teori ini dilihat sangat relevan bagi

    menjelaskan kemunculan fenomena sastera. Sebagai satu produk sosial, karya

    kesusasteraan terikat secara langsung dengan sistem sosial, persekitaran

    masyarakat dan pemikiran pengarang yang menghasilkan karya tersebut. Di sinilah

    letaknya kesignifikanan teori Marxisme yang pada asalnya sebuah teori ekonomi

    bagi menjelaskan hubungan kesusasteraan dengan elemen sosial.Teori sastera Marxismeyang dikenali pada hari ini banyaknya berbuah dari hasil

    usaha ahli falsafah Perancis, Louis Althusser dan ahli kritik Pierre Macherey.

    Pengaruh penting dalam teori kesusasteraan Marxisme tertumpu kepada konsep

    ideologi sebagaimana yang ditanggapi oleh Louis Althusser menerusi ideanya

    tentang `ideological state apparatus`.

    Dasar pemikirannya bersifat umum. Kesusasteraan akan dapat difahami dengan

    betul dan tepat hanya dalam ruang lingkup pemahaman terhadap realiti sosial.

    Realiti adalah satu konsep yang luas. Marx menganggapkan, mengkaji untuk

    memahami kesusasteraan, tidak akan sempurna jika ianya dipisahkan dari realiti

    masyarakat. Realiti mempunyai latar yang jelas dan berstruktur.Struktur ini pula

    mempunyai bentuk yang khusus. Bentuk ini wujud dalam sejarah yang disifatkan

    oleh Marx dan Engels sebagai kesan daripada perjuangan kelas sosial dengan jenis

    pengeluasan ekonominya. Realiti di dalam teks adalah cerminan realiti dalam

    masyarakat. Struktur masyarakat bersifat dialektikal. Masyarakat yang dinamik dan

    salin bertentangan. Perjuangan kelas sosial yang bersifat antagonis.Untuk

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    6/27

    memahami maka, teks kesusasteraan harus dikaji dengan memberi pemerhatian

    yang tinggi terhadap aspek dialektikal itu.

    Sosio ekonomi sebagai penentu mutlak. Sesebuah masyarakat ditentukan secara

    mutlak oleh unsur sosio ekonomi. Sosio ekonomi dapat dirujuk kepada perhubungan

    dan perkaitan pelebagai jenis pengeluaran ekonomi. Asas sosio ekonomi yang

    menentukan karya. Karya kesusasteraan pula adalah gambaran (cerminan) tentang

    apa yang ada dalam sosio ekonomi.

    Masyarakat dilihat sebagai berstruktur. Asas sosio ekonomi yang membentuk

    struktur. Struktur yang paling tinggi ialah struktur agung. Struktur agung yang

    mempengaruhi perubahan sejarah dan masyarakat. Kesusasteraan diletakkan dalam

    struktur agung. Struktur agung inilah yang mencerminkan asas kaitan dengan

    kesusasteraan.

    Konsep ideo log i

    Marx dan Engels telah menggunakan istilah ideology dalam tahun 1840 menerusi

    karyanya yang berjudul `The German Ideology.Istilah ini pada asalnya dicetuskan

    oleh seorang ahli falsafah Rasionalis Perancis Destutt de Tracy (1790-an) yang

    merujuk kepada `Science of Ideas` sebagai menentang pemikiran metafizik.

    Kritikan ideologi ini memainkan peranan yang sangat penting dalam kajian

    kesusasteraan sejak pengaruh Kritikan Baharu menjadi lemah. Marx memahami

    idelogi sebagai sesuatu yang berlawanan dengan jenis pengetahuan yang bersifat

    objektif. Marx menempatkan kesusasteraan dalam struktur agung idelogi yang

    setaraf dengan agama, falsafah, politik dan sistem perundangan. Kritikan

    berasaskan idelogi telah dimajukan oleh Louis Althussers tetapi tidak sependapat

    dengan Marx.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    7/27

    Memahami kesusasteraan dari pandangan Marxis

    Untuk memudahkan kefahaman terhadap kesusasteraan maka dibina lima model

    pendekatannya iaitu Model pencerminan, Model Penerbitan, Model Genetik, Model

    Pengetahuan Negatif dan model Berpusatkan Bahasa.

    Model Pencerminan

    Juga dikenali sebagai Model peniruan. Marx menganggap kesusasteraan/karya

    sastera sebagai cerminan realiti dalam masyarakat (demikian sebaliknya).Pemikiran

    ini berakar umbi dari idea Plato dan Aristotle tentang `peniruan`. George Lukacs

    memantapkan model ini dengan beberapa perbezaanya dengan idea Marx.

    Cerminan tidak bermakna kesusasteraan sebagai mencerminkan realiti. Tetapi realiti

    yang dimaksudkannya ialah realiti yang mempunyai bentuk. Realiti ini tergambar

    daripada keseluruhan dialetik.Untuk menjadikan realiti ini tercermin dalam

    kesusasteraan, maka ianya harus melalui proses kreatif dan pengarang memainkan

    peranannya untuk menghasilkan bentuk karya yang mencerminkan bentuk dunia

    sebenar. Bentuk inilah yang membezakan karya yang realis dan karya yang kreatif.

    Model Penerbitan

    Model produksi sastera. Ia dikemukakan oleh Piere Macherey (ahli Marxis Perancis).

    Menghubungkan karya dengan realiti, tetapi tidak sama dengan konsep pencerminan

    Lukacs. Menekankan kepada perhubungan di antara pengarang dengan karya dan

    ideologi dengan realisme.Karya beliau yang penting dalam menjelaskan model ini

    ialah A Theory of Literary Production.

    Kesusasteraan sebagai tenaga pengeluar yang produktif.Apa-apa yang dimasukkan

    ke dalam teks biasanya akan ditukar menjadi sesuatu yang lain Ideologi sebagai

    pementasan tentang dunia nyata.Teks dilihat sebagai tidak pernah sempurna. Oleh

    itu, ada kekosongan dan ketakseimbangan dalam teks. Pembacalah yang

    bertanggungjawab melengkapkannya.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    8/27

    Model Genetik

    Model ini dikemukakan oleh Lucien Goldmann. Goldman menganggapkan

    kesusasteraan terhasil kerana ada sebab akibat, asal usulnya dan penentu-

    penentuan tertentu. Karya beliau yang berjudul The Hidden God (1955) yang melihat

    salin kaitan yang wujud dalam kelompok sosial. Dan dalam kelompok itu terdapat

    manusia istimewa yang mempunyai hak-hak tertentu. Karya kesusasteraan adalah

    merupakan satu pandangan dunia kelompok tertentu. Pengarang sebenarnya

    merupakan wakil kelompok kelas sosial tertentu yang menulis karya bagi pihak kelas

    sosialnya itu. Oleh itu, teks kesusasteraan yang dihasilkan menjadi bersama

    sosialnya, bukan milik pengarang secara peribadi.

    Model Pengetahuan Negatif

    Model ini dikemukakan oleh Theodor W.Adorno. Kritikan terhadap model

    Pencerminan Lukacs. Seni dan realiti berada pada satu jarak yang tertentu yang

    membolehkan karya sastera pada satu sudut yang baik untuk mengkritik

    kebenaran.Realiti adalah keseluruhan dialektikal.Seni adalah pengetahuan negatif

    tentang dunia sebenar. Seni boleh mempengaruhi dan menidakkan kepalsuan.

    Model Berpusatkan bahasa

    Model ini dimajukan oleh kumpulan Bakhtin. Masyarakat dan bahasa tiada garis

    sempadan. Ideologi adalah bahasa dalam bentuk lambang-lambang bahasa. Bahasa

    sebagai kegiatan sosial. Menolak model pencerminan yang menyatakan karya

    kesusasteraan sebagai cerminan sosial. Karya sastera adalah cerminan ideologi.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    9/27

    NOVEL PILIHAN

    TAJUK : Kasut Kelopak Jantung

    WATAK : Cikgu Harun, Ahmad,

    Sinopsis :

    Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam

    itu. Hadiah seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. Hadiah itu

    telah membuatkan Cikgu Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai

    pendidik di kawasan pedalaman tiga dekad yang lalu. Ketika Cikgu Harun di dalam

    kelas darjah tiga, beliau pernah menanyakan Ahmad, mantan muridnya sama ada

    beliau sudah membeli kasut atau belum. Pertanyaan yang sama juga diulangi saban

    minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut. Cikgu Harun

    terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan kepada Cikgu Harun.

    Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut

    yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian

    lengkap seperti murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa

    malu dan terus ponteng sekolah hampir seminggu lamanya.

    Cikgu Harun terpaksa ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak

    datang ke sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun

    dan masih memakai kasut kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun.

    Kepatuhan muridnya ini dan ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut

    menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat menahan kesedihannya. Lantas, beliau terus

    ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan kasut untuk Ahmad. Sebenarnya,

    segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan Ahmad sudah punberlalu tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap tahun

    sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu

    dan berjenama. Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana

    Ahmad kini sudah berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut

    terkemuka di bandar. Peristiwa memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan

    Ahmad betapa pentingnya kasut kepada manusia.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    10/27

    Olahan aplikasi teori terhadap kritikan teks

    Berdasarkan teori kritikan markxisme, cerpen ini memang ditulis mengikut teori

    tersebut. Berdasarkan cerita ini, kewujudan sosio budaya yang berbeza

    mencerminkan kehidupan seseorang individu seperti Ahmad yang miskin dan tinggal

    di kampung. Penggunaan perkataan seperti baju sekolah yang lusuh, tidak berkasut

    dan tidak mempunyai baju sukan menunjukkan bahawa sosio ekonomi Ahmad dan

    keluarganya sangat miskin. Cerpen ini juga menunjukkan bahawa perbezaan

    sosiobudaya antara Cikgu Harun dan anak muridnya kerana Cikgu harun berasal

    dari bandar dan beliau tidak boleh melihat pelajarnya tidak mempunyai kelengkapan

    yang cukup untuk ke sekolah. Ini secara tidak langsung menyokong teori marxisme

    yang mementingkan sosioekonomi dalam menentukan kehidupan seharian. Cerita ini

    juga menceritakan kehidupan yang realiti dan tidak ditambah dengan fiksyen atau

    rekaan semata mata. Ini menguatkan lagi penekanan teori ke dalam cerpen ini yang

    hanya menyokong kepada kenyataan hidup semata mata.

    Penulis juga secara terangnya menyatakan sosial ekonomi Ahmad yang agak

    menyedihkan dengan tidak berkasut dan hanya memakai kelopak jantung yang telah

    diubah suai menjadi kasut. Ini selaras dengan kenyataan teori ini yang

    mementingkan sosioekonomi dalam menentukan ideologi dan struktur kehidupan

    masyarakat sekitarnya. Selain daripada itu, cerpen ini juga menceritakan cabaran

    yang dihadapi oleh cikgu harun dalam mengajar anak muridnya yang duduk di

    kampung. Latar belakang yang berbeza menyebabkan Cikgu Harun sukar menerima

    kenyataan yang anak muridnya serba kekurangan yang menyebabkan beliau cepat

    marah ketika mengajar. Kenyataan yang saya baca dan tulis ini memang berkaitan

    dengan teori markxisme yang kebendaan dan pandangan fizikal adalah sangat

    penting dalam menilai kehidupan seseorang atau masyarakat sekitarnya.

    Kesimpulannya , jika teori ini diterapkan dalam cerpen ini, maka boleh saya

    katakan bahawa cerita yang dibawa adalah berdasarkan keadaan sebenar

    kehidupan manusia tanpa ada tokok tambah yang boleh merosakkan jalan cerita dan

    menyebabkannya menjadi fantasi dan realiti. Teori ini juga mengajar penulis cerpen

    supaya sentiasa menceritakan aspek fizikal dalam kehidupan supaya pembaca boleh

    menilai sendiri sosioekonomi, ideologi dan struktur sosial masyarakat sekitarnya.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    11/27

    REFLEKSI

    Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang kritikan sastera. Secara tidak langsung

    ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai bagaimana kritikan

    sastera ini mempengaruhi cara tulisan dan penyampaian seseorang penulis dalam menghasilkan

    sesuatu karya. Saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja

    kursus ini.

    Berlatar belakangkan aliran sains tulen ketika sekolah dan maktab, adalah satu cabaran bagi

    saya untuk memahami kepentingan kritikan sastera ini dalam sesuatu penulisan. Saya juga baru tahu

    bnyak teori yang dihasilkan dan diperjuangkan dalam kritikan sastera yang bertujuan unutk

    mengangkat karya penulisan tersebut. Secara tidak langsung perjuangan dan keinginan untuk

    memperoleh sesuatu dapat diterjemahkan ke dalam penulisan yang berpandukan teori yang ada

    dalam kritikan satera. Saya juga baru dapat mengenali pelgai novel sastera yang menarik dan cerpen

    yang boleh membantu meningkatkan motivasi diri dan menambahkan semangat saya sebagai

    seorang pendidik.

    Saya juga tidak segan bertanya dengan pensyarah pembimbing saya iaitu PN Che Zainon

    Omar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar

    apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan.

    Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja

    dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi

    kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan

    jayanya.

    Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum

    membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya

    menyiapkannya dengan lengkap walaupun menghadapi berbagai masalah sehingga menyebabkan

    kelewatan penghantaran kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

    yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga

    dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    12/27

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    13/27

    KRITIKAN SASTERA

    Oleh Othman Puteh

    KRITIKAN sastera merangkumi tiga aktiviti yang berikut: Berkaitan dengan tulisan kritikan deskriptif yang menilai multigenre hasil karyasastera yang diterbitkan. Berhubungan dengan tulisan kritikan legislatif yangmenekankan pelbagai peraturan, kaedah,dan langgam penulisan yang baik,betul,dan bermutu. Segala bentuk tulisan kritikan teori dalam usaha memperolehsesuatu teori sastera. Bidang kritikan sastera berkembang cukup jimbam, masihremaja, akar tradisi tidak mantap, dan tidak banyak penulis yang memasukinyasecara bertanggungjawab. Pernyataan ini menunjukkan bahawa penulisan kreatifterkedepan berbanding dengan penulisan kritikan sastera.Walaupun begitu kritikan sastera amat diperlukan, demi kesempurnaan hasil karyasastera. Kegiatan kritikan sastera yang jimbam itu bagaimana pun tetap

    menyumbang ke arah kemantapan dan kematangan walaupun bermusim.Kritikan sastera merupakan cabang dan disiplin sastera yang mewujudkan analisis,pentafsiran dan penilaian terhadap sesuatu wacana sastera. Dengan kata lain,kritikan sastera merupakan usaha murni untuk mempertimbangkan dan menilai karyasastera secara jujur dan ceria. Oleh itu kritikan harus dilaksanakan denganmenerapkan kaedah yang tertentu dan bersistematik.Menyedari hakikat dan fungsi kritikan sastera menganalisis, mentafsir dan menilaisesuatu karya, maka ketiga-tiga fungsi yang disenaraikan di atas wajarmempertimbangkan baik-buruk, kuat-lemah, dan keistimewaan-kekurangan sesuatukarya. Pertimbangan yang saksama harus ditunjangi dengan alasan yang kukuh danmunasabah.

    Secara dasarnya, kritikan sastera dilaksanakan secara internal dan eksternal. Kajiansecara internal bermakna menganalisis teks dengan meneliti hal strukturnya, diksi,makna cerita, dan kemungkinan ketaksaan atau ambiguiti. Sementara itu kritikansecara eksternal menekankan konteks atau dominasi kepada faktor di luar teks.Justeru itu, kritikan dihubungkaitkan dengan pengarangnya (pendidikan, profesion,ideologi, kepercayaan beragama, budaya, dan aliran), era tertentu, dan pengaruhpersekitaran.Mengkritik karya sastera tidak mudah. Karya sastera bersifat subjektif, sedangpengkritik bersifat objektif. Untuk menyatakan sesuatu karya sastera itu baik atauburuk, haruslah dimanfaatkan kriteria yang objektif dan memiliki ketrampilan tertentuuntuk mengungkap kembali pengalaman estetik karya yang ditelaah.Kritikan sastera adalah disiplin ilmu. Sebagai disiplin ilmu, aktiviti kritikan sastera adamatlamat. Yang ketara, antara pencipta (pengarang) karya sastera dengan pengkritik(dikenali juga sebagai kritikus atau kritikawan) sastera, wujud situasi yang tidakseimbang, malah semacam wujud jurang. Bagaimanapun, kritikan sastera memilikitujuan yang pelbagai dalam usaha memajukan kesusasteraan.Kritikan sastera membantu khalayak pembaca memahami sesuatu karya sastera, disamping mentafsirkan dan menilai karya. Penilaian tentang berjaya atau tidak karyasastera harus dibuktikan secara objektif -- di mana dan mengapa karya itu kuat ataugagal. Dengan hujah yang tepat dan konkrit, maka pembaca akan maklum kebaikanatau kekurangan karya itu.

    Sasaran kritikan sastera bukan sahaja pembaca tertentu malah pengarang (lebih-lebih lagi pengarang baru) dan masyarakat/peminat sastera. Dengan adanya kritikan

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    14/27

    sastera, maka terhindar jurang pemisah antara teks sastera dengan pembaca, atauantara penikmat sastera dengan pengarang. Kesemua ini berfungsi mengelakkankerancuan dan memungkinkan karya sastera lebih mudah dimasyarakatkan.Jelaslah, betapa kritikan sastera amat diperlukan; mempunyai signifikan bagimenentukan kelangsungan jalur perkembangan sastera.

    Untuk lebih rinci, Hashim Awang (1984: 80) menyenaraikan sembilan fungsi kritikansastera seperti yang berikut ini: Menyumbang dan mengembangkan pengetahuan. Memberi bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera denganmenerangkan tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas. Membezakanantara teks sastera yang baik dengan teks sastera yang tidak baik. Menolongpengarang mendidik masyarakat setelah pengarang mengetahui kegemaran dankemahuan pembaca, iaitu jenis atau bentuk karya sastera yang mereka minati daningin. Memberi keterangan kepada pengarang cara menyesuaikan karyasasteranya dengan pembaca. Memberi perangsang di samping mendidik orangramai supaya giat membaca. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karyasastera dan juga kesusasteraan. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada

    mereka yang tidak sempat membaca. Memperbetul salah faham yang timbul antarapengarang dengan pembaca dan menjadi seperti pihak yang menyelesaikanmasalah.Untuk lebih memahami fungsi atau matlamat kritikan sastera itu, dapat kita telusuribeberapa buah buku yang berkaitan; Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP:1982) selenggaraan Hamzah Hamdani, termuat 28 tulisan kritikan sastera,menganalisis, mentafsir dan menilai novel Melayu yang terpenting denganmenelitinya daripada multiaspek dan memanfaatkan multipendekatan antara lainnyaseperti formalistik, sosiologi, psikologi, tipainduk, dan perlembagaan. Riak danGelombang Sastera Melayu: Kumpulan Esei/Kritikan Ramli Isin (DBP: 1987)selenggaraan Othman Puteh yang memuatkan enam kritikan sastera yang dilihatdaripada perspektif sosiologi terhadap antologi cerpen Destini, novel Ombak BukanBiru, Seluang Menodak Baung dan puisi Warna Maya. Penciptaan danKemanusiaan dalam Cerpen dan Novel (PFB: 1998) karya Hashim Awang yangmembicarakan karya Shaharom Hussain, Abdullah Hussain, A. Samad Ismail, ArenaWati, dan Usman Awang daripada pelbagai aspek dan pendekatan. PengisianDunia Sastera (DBP: 1995) oleh Othman Puteh yang menelaah genre cerpen dannovel, antaranya Langit Petang A. Samad Said, Saga dan Warisan karya Abdul TalibMohd. Hassan, Warna Sebuah Lembah karya Osman Ayub, Empangan karyaZakaria Ali, Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim, dan Perlumbaan Kedua karyaMarwilis Haji Yusoff. Secara tidak formal dikatakan kritikan sastera bermula pada

    tahun 1930-an. Menurut kajian Hashim Awang (1988: 102-103) ini tahap pertamabagi mengisi era dari tahun 1930-an hingga tercetusnya Perang Dunia Kedua padatahun 1941, dikenal sebagai Era Sebelum Perang Dunia II. Pada era ini, kritikansastera dikatakan baru membentuk tradisinya sejajar dengan perkembangan cerpenyang pesat dalam media cetak. Sesuai dengan bentuknya yang baru lahir danterlaksana tidak secara serius, maka kritikan itu dipenuhi penilaian yang dangkal,agak emosional (tanpa pendekatan yang tertentu), dan agak subjektif. Antara tulisankritikan sastera itu ialah "Tun Seri Lanang dan Munsyi Abdullah" oleh Keris Melayu(Majalah Guru, 1 Julai 1935); "Kita dengan Munsyi Abdullah," oleh Mohd. YusofAhmad (Majlis, 22 Ogos 1935) dan "Anak Negeri dengan Musnyi Abdullah" olehKabha (Majlis, 2 September 1935). Wong Seng Tong yang mengkaji "Kritikan

    Sastera dalam Kesusasteraan Melayu Moden 1935-1955" (Universiti Malaya: 1977)menyatakan bahawa tulisan kritikan sastera itu adalah: Segala pandangan, fikiran,

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    15/27

    cita-cita dan perasaan yang ada kena-mengena dengan seni sastera Melayu sertareaksi-reaksi terhadapnya yang hampir-hampir keseluruhannya dimanifestasikanmelalui berbagai-bagai makalah sastera yang termuat dalam berbagai jenis majalahdan surat khabar Melayu.Pernyataan ini, bagi Rahman Shaari menandakan betapa Wong Seng Tong

    beranggapan tulisan tersebut bukanlah kritikan sastera yang sebenarnya (1994: 2).Hal ini wajar kerana pengkritik sastera pada era itu terdiri daripada guru danwartawan yang tidak terdedah kepada pendidikan Barat. Apatah lagi tradisi kritikansastera itu bukanlah hak milik bangsa kita, sebaliknya merupakan sebahagiandaripada tradisi Barat.Kritikan sastera secara formal, lebih moden, dan tepat menyerlah pada era pascaPerang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1950-an yang dipelopori oleh AngkatanSastera 50 (ASAS 50). Hal ini dimulai oleh tulisan Aminuddin Baki yang bertajuk"Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Tentang Sebuah Buku Melayu" yangmengkritik novel Keris Mas berjudul Korban Kesucian (1949), yang tersiar dalamUtusan Zaman 12 Jun 1949.

    Menurut Wong Seng Tong: Makalah Aminuddin Baki adalah satu-satunya tulisankritikan praktis (practical criticism) yang amat baik - diusahakan untukmemperkatakan satu-satu karya sastera, dengan sengaja, dengan langsung dansedar, bukan untuk membicarakan sesuatu di luar latar sastera.(Rahman Shaari, 994: 2)Kritikan Aminuddin Baki itu menekankan dua sisi penting yang membangunkan karyasastera novel Korban Kesucian, iaitu isi dan teknik (bentuk). Kritikan yangmenerapkan pendekatan formalistik itu menyerlahkan indeks menarik, ilmiah, dankritis walaupun kurang mendalam. Aminuddin Baki yang memiliki pengetahuanmenulis kritikan sastera tidak meneruskannya dan berhenti di situ sahaja. Pengkritiklain pun tidak berusaha melanjutkannya. Bagaimanapun, polemik di kalangananggota ASAS 50, khususnya antara Asraf dengan Hamzah, serta beberapa penulislain merancakkan, memperjelas, dan memantapkan lagi dunia kritikan sastera.Tulisan Asraf dan Hamzah agak bersifat teoritis. Asraf, umpamanya, begitu yakindengan konsep "Seni untuk Masyarakat" yang menjadi slogan/ perjuangan/ ASAS 50. Dalam tulisannya "Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu" (Mastika,Mei 1950), Asraf menyatakan: Hanya falsafah yang berurat tunjang atas dasar rakyatyang dapat diakui sebagai falsafah yang membangun. Falsafah inilah yang harusada pada sasterawan kita dalam mengadakan pembaharuan dalam seni sasteraMelayu.Sementara itu Hamzah, dalam tulisannya melandasi fikirannya dengan konsep "Seni

    untuk Seni". Hamzah ternyata amat mengutamakan bentuk @ teknik di samping isi.Menurut Hamzah: Sastera mempunyai bentuk, bentuk itu mengambil rupa sajak,cerita pendek, rencana dan lain-lainnya. Apabila mempunyai bentuk, bentuk ituberkehendakkan atau berhajat pada irama. Umpamanya irama sajak karangan yangromantik berlainan pada irama cerita-cerita realisme dan lain-lain lagi.Tokoh-tokoh ASAS 50 menghasilkan 501 buah esei kritikan sastera, dan hampir 75peratus daripadanya mempersoalkan fungsi seni sastera dan sedikit tentangperubahan, pembaharuan, dan arah perkembangan sastera Melayu masa hadapan.Terbukti bahawa Hamzah tidak mempunyai pengikut yang mantap, oleh sebab itutulisannya yang membincangkan soal estetika tidak mendapat perhatian yangsewajarnya. Hamzah keluar daripada ASAS 50 tetapi gagal membentuk generasi

    yang memperjuangkan konsep "Seni untuk Seni". Daripada hakikat yang tersebut,semacam ada peminggiran terhadap Hamzah dan kritikan teori yang mengutamakan

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    16/27

    soal keindahan sastera. Ini merupakan tragedi dalam jagat kritikan tanah air.Bagaimanapun, harus disedari, sekadar mencuplik pendapat Rahman Shaari (1994:4) bahawa "perbincangan dalam tahun 1950-an tentang konsep-konsep ini tidakmemuaskan kerana masing-masing tidak bersedia dengan ilmu bantu yangsecukupnya." Apatah lagi, kadang-kadang tulisan mereka berbaur emosi, dan

    peribadi sifatnya. Bagaimanapun, itulah senario kritikan sastera Melayu hinggamenjelang kemerdekaan tanah air.Rujukan Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah.Petaling Jaya: Fajar Bakti. Hashim Awang. 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan.Petaling Jaya: Fajar Bakti. Hashim Awang. 1988. Kritikan Kesusasteraan: Teori danPenulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. 1998.Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel. Shah Alam: Fajar Bakti.Hamzah Hamdani (peny.) 1982. Novel-novel Malaysia dalam Kritikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana (peny.) 1988. Kritikan Sastera: Masalahdan Peningkatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh. 1995.Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman

    Puteh (Peny.) 1987. Riak dan Gelombang Sastera Melayu. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Rahman Shaari. 1994. Kritikan Sastera Melayu: Pendekatandan Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982. Warisan Asas 50.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    17/27

    KRITIKAN SASTERA

    Fungsi Kritikan SasteraOleh OTHMAN PUTEH

    DALAM artikel yang berjudul "Menelusuri Jagat Kritikan Sastera Melayu: Bahagian

    Pertama" (Dewan Sastera, Ogos 1998: 87-89) telah disenaraikan lapan fungsi

    kritikan sastera. Kesemua fungsi itu, sesungguhnya ada kaitannya dengan proses

    penciptaan sesebuah karya sastera dan apresiasi atau penghayatan terhadap karya

    sastera itu sendiri. Apabila menyebut tentang proses berkarya bermakna kita

    merujuk kepada insan atau individu yang menghasilkan karya sastera dalam apa

    genre pun, yang dikenali sebagai pengarang atau penyair atau dramatis. Insanpengarang itu menghasilkan karya sastera dengan motif tertentu, umpamanya untuk

    menghantar mesej atau kritikannya terhadap masyarakat dengan memanipulasikan

    bahasa secara kreatif, tentunya dengan ketrampilan yang menyerlahkan jatidirinya

    dan membina komposisi ceritanya, dengan teknik penceritaan yang dikuasainya atau

    disenanginya. Sementara penghayatan karya pula, cenderung merujuk kepada

    khalayak pembaca yang membaca dan menikmati sesebuah cipta sastera. Apakala

    berhadapan dengan karya sastera yang multi-genre, yang ditulis oleh pelbagai

    pengarang, tentu sahaja pembaca akan berhadapan dengan multi-masalah kerana

    wujudnya perbezaan atau jurang dalam kehidupan dari berbagai-bagai aspek seperti

    usia, pengalaman, pendidikan, kecerdasan, latar tempat dan seumpamanya.

    Perbezaan atau jurang ini menyebabkan wujudnya kesan positif-negatif,

    menimbulkan sikap menolak-menerima sesuatu karya dengan amat mudah, tanpa

    sebarang hujah yang rasional dan jelas dikuasai oleh emosi. Atau, mungkin

    pembaca itu dapat atau berupaya mengemukakan sikapnya terhadap karya yang

    dibaca dengan memberikan petikan contoh. Akan tetapi itu bukanlah kaedah yang

    jitu dan tepat untuk menyatakan mengapa seseorang pembaca itu pro dan kon;

    menerima atau menolak sesuatu karya. Ia seharusnya lebih daripada itu. Bukan itu

    cuma, sebenarnya. Pada tahap inilah perlunya kehadiran pengkritik sebagai

    penghubung antara teks atau karya pada suatu pihak; dan pembaca pada suatu

    pihak yang lain. Sebagai pengkritik, seseorang itu mempunyai tanggungjawab yang

    besar, berat dan ditangannya terletak status karya sastera itu, terutama tentang

    buruk baik atau bermutu tidaknya karya itu. Menurut Andre Hardjana, (1981: 25)

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    18/27

    pengkritik harus memiliki sikap terbuka dan tepu kewajaran; harus berupaya secara

    rasional memberikan akibat-akibat yang dialami sesudah menghayati karya sastera

    itu. Justeru, dia perlu berfikir secara kritis, merenung dengan tajam, menimbang

    dengan adil dan bijaksana terhadap karya dan terhadap diri peribadinya juga.

    Dengan cara itu, barulah dia benar-benar telah menghayati dan memahami karya

    sastera secara adil, saksama dan matang. Dari huraian ini, dapat ditelusuri tugas

    setiap individu pengarang, pembaca dan pengkritik. Bagaimanapun, tugas pengkritik

    yang paling afdal ialah mentafsir, menilai di samping membaca karya secara kritis.

    Jadi, pengkritik harus mempunyai persiapan diri yang relatif banyak dan besar

    saiznya berbanding pembaca biasa. Dibandingkan dengan pengarang pula, maka

    pengkritik sewajarnya mengetahui berbagai-bagai teknik penulisan yang

    berhubungan dengan aspek-aspek penciptaan, di samping memahami konsep,

    definisi, dan aliran dalam jagat kesusasteraan itu sendiri. Lebih daripada itu,

    pengkritik seharusnya tidak menafikan hubungan pengarang dengan karyanya dan

    wajar mengetahui proses penciptaan itu terlaksana. Segalanya ini merupakan

    wahana yang amat berguna bagi pengkritik itu memahami segala sesuatu yang

    berkaitan dengan karya. Dengan kata-kata lain, pengkritik seharusnya tekun, serius

    dan komited dengan lapangannya. Jadi, membaca haruslah menjadi kewajipan

    baginya, terutama yang berkaitan dengan teori sastera, teori praktis dan teori teknikal

    tentang penulisan. Hal ini ditekankan bagi memungkinkan lahirnya pengkritik yang

    adil, saksama dan dihormati. Sekaligus cuba menghindarkan dirinya daripada

    dipengaruhi emosi, tidak subjektif, prejudis, dan berprasangka. Apatah lagi, sekarang

    ini banyak transformasi yang terlaksana dalam jagat kesusasteraan bangsa kita.

    Umpamanya, dengan pengarang-pengarangnya yang semakin terdidik, banyak

    kemajuan yang berlaku dalam bidang politik, ekonomi, multimedia dan teknologi; di

    samping bentuk dan aliran karya, yang konvensional dan baru -- eksperimental

    sifatnya. Kesemuanya menuntut ketajaman mata fikir pengkritik, kepekaan dan

    kesaksamaan juga. Berikut ini dibincangkan tentang fungsi kritikan sastera itu.

    Pertama dan utama kritikan sastera ialah menentukan teks sastera yang baik

    bermutu dengan teks sastera yang tidak baik dan tidak bermutu. Untuk berlaku adil,

    saksama terhadap karya dan pengarangnya, pengkritik harus bersikap kritis bagi

    membuktikan dia telah membaca teks sastera itu berulang kali, memahami makna

    tersirat dan tersurat yang terkandung dalam teks dan berupaya menikmatinya.Justeru itu, pengkritik harus berupaya memberikan hujah-hujahnya dengan contoh-

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    19/27

    contoh konkrit bagi membuktikan sesebuah teks karya sastera berjaya mencapai

    mutu tinggi dari multi aspek atau unsur atau aliran. Sekiranya keterbalikan yang

    berlaku, maka wajar pula ditunjukkan kelemahan, kekurangan, kerendahan

    pencapaian mutu seninya lalu dikelompokkan sebagai karya sastera yang gagal.

    Pada tahap inilah pengkritik itu dituntut kepakaran dan ketrampilan serta

    melaksanakan penghayatan, memahami, menilai dan akhirnya menentukan baik

    buruk atau bermutu tidaknya sesebuah hasil karya itu. Di sinilah relevannya hujah

    Andre. Hadrjana (1981: 24) menegaskan betapa kritikan sastera itu berfungsi

    memelihara dan menyelamatkan pengalaman manusiawi serta menjalinkan menjadi

    hubungan suatu proses perkembangan susunan atau struktur yang signifikan.

    Kedua, kritikan sastera sesungguhnya menghulur bantuan besar dan menyediakan

    prasarana atau jambatan kepada pembaca menikmati karya sastera dengan

    menerangkan tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas. Dalam

    berkarya, lazimnya pengarang mempunyai motif tertentu mengapa sesebuah karya

    itu diciptanya. Tidak mustahil ada sesuatu yang ingin dihantarnya atau dikritik atau

    dikongsi bersama. Semasa perlaksanaan menghantar itu, mungkin pengarang

    memiliki kaedahnya yang tersendiri atau jati dirinya. Di sinilah pengarang akan

    memilih diksi yang tertentu, simbol tertentu yang harus diasosiasikan atau ditafsirkan

    sesuai dengan isu yang ditampilkan dalam karya. Terkadang-kadang, atas sebab-

    sebab tertentu, pengarang mengjungkirbalikkan sesuatu isu bagi melontarkan

    kritikannya. Malah, tidak mustahil pula pengarang menghasilkan karya dalam bentuk

    satira, dan parodi bagi mencapai sesuatu matlamat. Pengkritik yang sensitif dan

    tajam mata fikirnya tentu sahaja berupaya menyuluh atau memberi sinar kepada

    karya-karya yang sedemikian untuk memungkinkan pembacanya masuk menikmati

    atau melihat sesuatu, yang kelihatan kelam suram. Pengkritik juga sewajarnya

    membantu pembaca menghuraikan segala makna atau citra yang tersembunyi dalam

    simbol-simbol dan mengasosiasikan kemungkinan-kemungkinan antara teks dan

    konteks. Keupayaan dan kekritisan pengkritik dalam melaksanakan tugas dan

    tanggungjawabnya ini, bermakna dia telah memberikan sumbangan dan

    mengembangkan pengetahuan baru kepada khalayak pembacanya. Maka secara

    tidak langsung dia telah melakukan fungsi yang ketiga. Keempat, tulisan-tulisan

    kritikan sastera bukan sahaja berfungsi kepada pengarang dan pembaca seperti

    yang dibicarakan di atas, malah; ikut berfungsi kepada individu pengkritik. Kritikansastera sedemikian, titik tolak atau premisnya terlaksana apabila seseorang

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    20/27

    pengkritik mengkritik sesebuah karya, kemudiannya; tampil seorang pengkritik lain

    membalas atau menilai kritikan yang pernah dilaksanakannya. Dari hasil tulisan itu

    maka wujudlah istilah kritikan atas kritikan. Ini dilakukan bagi mencari dan

    menemukan sesuatu yang lebih adil dan saksama, diharapkan tidak mencetuskan

    prasangka, berfungsi memperbaiki salah faham dan menyelesaikan masalah dengan

    lebih bijaksana serta meyakinkan. Mengapakah isu kritikan atas kritikan ini timbul?

    Kita seharusnya melihat dari jurus positif demi kebaikan dan kehidupan

    kesusasteraan itu sendiri. Wujud dua faktor utama maka terjadinya kritikan

    sedemikian. Pertama, dapat ditelusuri pada diri peribadi pengkritik itu sendiri, dan ini

    bermakna pengkritik itu melakukan kesilapan, ketidakupayaan memahami atau

    menguasai teori dan atau gagal mentafsiri karya itu dengan wajar dan saksama.

    Kedua, pengarang beranggapan pengkritik tidak berlaku adil atau gagal menghayati

    muatan tersirat dalam karya lalu menghuraikan hujah-hujahnya. Dari aspek ini,

    pengkritik yang bersikap terbuka, tidak egoistik akan memperoleh sesuatu yang baik

    dan ini pasti sahaja merupakan aset yang amat berharga dalam kehidupan kritikan

    praktikal yang membantu pengarang dan pengkritik juga., Kelima, kritikan sastera

    merupakan suatu aktiviti yang mendorong ke arah terbinanya teori kritikan dan teori

    sastera baru. Dalam kelangsungan hayat kesusasteraan, teori sastera dan teori

    kritikan itu amat penting dimiliki atau wujud dalam sesuatu tamaddun bangsa. Apatah

    lagi mengingatkan bangsa kita mempunyai nilai-nilai yang tersendiri sesuai dengan

    budaya setempat dan saling bertentangan pula dengan norma-norma atau nilai

    kehidupan Barat, termasuk kepercayaan beragama. Dari perbincangan tentang

    pengkritik dan fungsi kritikan ini, dapat dirumuskan dua landasan yang penting yang

    berhubungan dengan jagat kritikan sastera. Pertama, kritikan sastera yang baik,

    bertanggungjawab, adil saksama dan dilaksanakan tanpa sebarang prejudis dan

    rasional, ternyata banyak membantu pengarang dalam proses penciptaan pada

    masa hadapan. Pengarang bukan sahaja mengetahui kelemahan dan kekuatannya

    dalam berkarya, malah membantu mengkaji semula kerelevanan karyanya dalam

    usaha memakmur dan membahagiakan minat atau citarasa pembacanya. Kedua,

    kritikan sastera yang baik dan bermutu sewajarnya membantu memberikan sinar

    kefahaman, kenikmatan kepada pembacanya. Pembaca harus memperoleh sesuatu

    yang bermanfaat hasil daripada pembacaannya. Justeru itu, kritikan sastera wajar

    dan berupaya mendekatkan pembaca kepada karya, menimbulkan rasa hormat dansanjungan terhadap teks dan sekaligus idea bernas daripada pengarangnya. Hanya

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    21/27

    dengan cara ini, akan mengangkat atau meletakkan insan ke suatu tahap yang

    dihormati. Rujukan Andre Hardjana. 1981. Kritikan Sastera: Sebuah Pengantar.

    Jakarta: Gramedia. A. Teeuw. 1984. Sastera dan Ilmu Sastera: Penghantar Teori

    Sastera. Jakarta: Pustaka Jaya. Hashim Awang. 1988. Kritikan Kesusasteraan: Teori

    dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. 1998.

    Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel. Shah Alam: Fajar Bakti.

    Mana Sikana. 1998. Kritikan Sastera Moden: Teori dan Pendekatan. Shah Alam:

    Fajar Bakti. Rahman Shaari. 1994. Kritikan Sastera Melayu: Pendekatan dan

    Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari. 1998.

    Kesusasteraan dalam Pendidikan Sastera. Shah Alam: Fajar Bakti.

    RUJUKAN : DEWAN SASTERA EDISI INTERNET

    MENELUSURI CIRI-CIRI KRITIKAN SASTERA

    Oleh OTHMAN PUTEH

    MEMAHAMI kritikan sastera merupakan hasil pentafsiran pembaca (pengkritik)

    terhadap karya sastera tertentu yang dihayatinya dengan teliti dan rapi. Pengkritik

    bertanggungjawab menghuraikan pengalaman pembacanya sesudah menghayati

    dan memahami sesuatu karya sastera. Tulisan kritikan sastera menampilkan

    pengalaman dan pengetahuan pengkritik yang berusaha secara objektik

    menghuraikan, mentafsir dan memperjelaskan nilai teks atau karya sastera.

    Pengkritik yang baik dan berwibawa, dalam usaha meletakkan nilai sesuatu karya itu,seharusnya mengetahui poetika pengarang. Apatah lagi, sastera dan kritikan sastera

    itu saling memerlukan dan saling melengkapi dalam upaya meningkatkan dan

    memartabatkan kesusasteran bangsa. Di Malaysia, terdapat enam ciri kritikan

    sastera iaitu sanjungan, terguran, saranan, pendekatan, penganalisisan, dan

    penilaian (STSPPP). Berikut ini, dibincangkan setiap satu ciri kritikan sastera itu.

    1.Kritikan Sanjungan ISTILAH sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau

    senang terhadap orang lain. Jadi, kritikan sanjugan bermaksud memuji karya danpengarangnya yang menyerlahkan pemikiran bernas, di samping menampilkan

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    22/27

    elemen dalaman karya yang baik dan menarik. Kritikan sastera berciri sanjungan ini

    ketara, seawal sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua dan selepas itu,

    terutamanya pada era pascaperang dan pra-ASAS '50. Pengkritik pada era tersebut

    terdiri daripada pengarang kreatif seperti Keris Melayu (Muhammad Yassin Maamor)

    dan Anak Negeri (Mohd. Yusof Ahmad). Kritikan mereka tertumpu pada Sejarah

    Melayu karya Tun Seri Lanang dan Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi. Kedua-

    dua buah karya itu merupakan ciptaan sastera yang penting, malah sebagai

    magnum opus atau karya agung. Kerus Melayu umpamanya, dalam tulisannya. "Tun

    Seri Lanang dan Abdullah Munsyi" (Majalah Guru, 1 Julai 1935) berusaha

    mengangkat atau menyanjung Sejarah Melayu kerana memberikan fokus kepada

    ketokohan, kebijaksanaan dan kepahlawanan watak-watak seperti Tun Perak,

    Bendahara Seri Maharaja dan Hang Tuan lima bersaudara. Watak-watak itu

    dikagumi dan disanjungi sebagai kebanggaan bangsa. Dari aspek gaya bahasa,

    Keris Melayu juga menyatakan bahawa "bahasa Melayu yang digunakan oleh Tun

    Seri Lanang asli, jelas serta sedap pula didengar kalau dibacakan" (Sejarah

    Kesusasteraan Melayu Jilid II, 1990: 402). Di samping berusaha mentafsir makna

    tersirat beberapa pantun dalam Sejarah Melayu, sikap memuji dan mengagumi hasil

    karya Tun Seri Lanang itu dibauri sentimen. Namun hal itu bukan aneh kerana ia

    sinambungan ciri tradisional masyarakat Melayu zaman-berzaman. Kritikan

    sanjungan ditujukan juga kepada pengarang kerana memiliki daya intelektual,

    ketajaman, dan kebernasan pemikiran. Abdullah Munsyi umpamanya diiktiraf pelopor

    atau Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, terutama dilihat dari perspektif gaya

    bahasanya, iaitu penulisan berbentuk autobiografi yang bersifat kewartawanan.

    2. Kritikan Teguran TEGURAN bermaksud mengkritik dan memberi peringatan

    secara ikhlas. Oleh itu kritikan teguran praktikal kerana pengkritik melaksanakan

    tulisannya dengan lebih berimbang -- menyatakan keistimewaan, kekuatan sesebuah

    teks dan serentak menunjukkan kekurangan. Tokoh terawal dan penting dalam

    kritikan teguran ialah Aminuddin Baki apabila beliau menulis artikel yang berjudul

    "Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku Melayu" (Utusan

    Zaman, 12 Jun 1949). Aminuddin Baki melaksanakannya sewaktu mengulas novel

    Korban Kesucian oleh Keris Mas, terbitan Utusan Melayu. Antara lain beliau

    menegur. plotnya yang dikatakan bergerak seperti aliran sungai yang tidak dapat

    menentukan letak kedudukan serta pendirian watak-watak gaya bahasa Keris Masyang terlalu dipengaruhi oleh bahasa Inggeris (Sejaran Kesusasteraan Melayu

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    23/27

    Jilid II. 1990: 408) Yang agak ketara dalam kritikan Aminuddin Baki adalah sikap

    intelektualnya dan jika dibandingkan dengan kritikan Keris Melayu pada 1935 itu,

    ternyata beliau tidak dipengaruhi emosi dan sentimen serta tidak mengecam

    pengarang seperti kritikan Anak Negeri terhadap Abdullah Munsyi. Banyak sarjana

    setempat bersetuju dan mengklafikasikan kritikan Aminuddin Baki itu menepati

    konsep kritikan kesusasteraan. Malah, Wong Seng Tong menganggapnya

    Muhammad Yassin Maamor sebagai kritikan praktikal terbaik yang pernah

    dihasilkan. Daripada tulisan Aminuddin Baki itu, jagat kritikan tanah air memperoleh

    landasan yang lebih kukuh dan mantap setelah melalui suatu era yang agak sarat

    dengan tulisan kritikan yang ekstrem menyanjung atau mengecam.

    3. Kritikan Saranan ISTILAH saranan bermakna anjuran atau sesuatu yang

    disarankan. Bagaimanapun, istilah ini membawa konotasi lain iaitu sebagai

    propaganda. Oleh itu, kritikan saranan merupakan kritikan yang cenderung

    menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau memantapkan lagi

    unsur-unsur yang membina sesebuah karya atau memberi alternatif dari sisi teknik

    umpamanya. Jelas, kritikan saranan mengalirkan nilai positif dan amat signifikan

    kepada khalayak pembaca, pengarang dan ujana kritikan sastera ;itu sendiri.

    Kita menyedari betapa teks sastera itu bersifat subjektif sifatnya. Dalam

    melaksanakan kerja kritikan sastera pula pengkritikan sewajarnya bertindak secara

    objektif dan prihatin serta profesional. Dalam konteks ini, kritikan Aminuddin Baki

    terhadap novel Korban Kesucian, karya Keris Mas menepati kehendak atau konsep

    kritikan saranan. Malah, ketika menegur, Aminuddin Baki memberi saranan positif

    tentang unsur kreatif seperti gaya bahasa, plot, teknik, dan watak sserta perwatakan

    dalam karya Keris Mas. Kesemuanya itu dilaksanakan bertujuan untuk pembaikan

    bagi menghasilkan cereka novel yang berkesan, bermutu dan berjaya.

    Kritikan saranan ini banyak dihasilkan oleh pengkritik di tanah air sehingga akhir

    abad ini. Ramli Isin, Abdullah Hussain, Kala Dewata, dan Hashim Awang pernah

    menghasilkan kritikan saranan ini dalam media cetak sejak tahun 1960-an, di

    samping memberi kritikan penilaian dan menerapkan pendekatan tertentu pula.

    Kritikan saranan yang cenderung kepada propaganda agak dominan lantang dan

    jelas pada era kegemilangan ASAS '50. Ini berlaku kerana tercetusnya polemik

    dalam memperjuangkan falsafah berkarya antara konsep "Seni untuk Masyarakat"

    yang dipelopori oleh Asraf dengan konsep "Seni untuk Seni" yang dianuti olehHamzah.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    24/27

    Golongan "Seni untuk Masyarakat" mementingkan perutusan, pengajaran, dan

    berfungsi memberi kesedaran kepada masyarakat. Jelas bahawa fungsi sosial itu

    menjadi matlamat berkarya. Jika tidak, karya dianggap gagal. Hamzah dan

    pengikutnya tidak menyetujui konsep itu. Karya sastera seharusnya memiliki

    dwifungsi - menghibur dan mendidik. Faktor keindahan seharusnya tidak terabai

    untuk mengelakkan karya daripada terjerumus ke kekancah propaganda.

    Polemik yang berkisar pada tahun 1950 - 1951 itu mencetuskan pergeseran yang

    seru dan hebat. Asraf dan pengikutnya dalam kelompok "Seni untuk Masyarakat"

    amat cenderung kepada sastera komited atau literature engage yang ada ketika itu

    popular di Perancis. Sementara di Indonesia pula, Lembaga Kebudayaan Rakyat

    (LEKRA) ditubuhkan dengan konsep seiras dengan "Seni untuk Masyarakat". malah,

    LEKRA lebih berani, lantang, dan agresif mengangkat karya sastera sebagai medium

    propaganda membentuk kehidupan rakyat yang menjurus kepada ideologi politik.

    Pada ghalibnya, kritikan saranan itu memperlihatkan nilai positif bagi memperbaiki

    dan memenatapkan karya pengarang selagi ia tidak mendorong atau memaksa

    sesuatu anutan kepada pengarang dan selagi ia bersikap terbuka tanpa sebarang

    kekangan yang membelenggu.

    PENGHAYATAN SASTERA STPM Menelusuri Ciri-ciri Kritikan Sastera

    Oleh OTHMAN PUTEH

    4. Kritikan Pendekatan PENDEKATAN bermakna suatu proses atau cara mendekatisesuatu. Ia merupakan usaha yang dirangka dalam aktiviti pengkajian ataupunkaedah untuk mencapai pengertian tentang masalah penelitian. Dalam bidangkritikan kesusasteraan, pertimbangan dan penilaian yang dilaksanakan pengkritiklazimnya menggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landasatau dasar tinjauan itu mungkin merupakan ilmu atau teori tertentu pula.Terdapat pelbagai pendekatan kritikan kesusasteraan yang berkembang di tanah airkita. Antara pendekatan itu adalah:* Pendekatan intrinsik yang merupakan pendekatan terhadap karya sastera denganmenerapkan teori dan kaedah sastera yang penelitiannya berpremiskan karyasastera itu sendiri, terutamanya menelusuri unsur-unsur dalaman yang membinakarya itu seperti plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan, dan gaya

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    25/27

    bahasa.* Pendekatan ekstrinsik, iaitu pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan ilmubantu bukan sastera seperti sejarah, agama, psikologi, politik, dan sosiologi.Pendekatan intrinsik dan ekstrinsik ini sering dikaitkan dengan pendekatan strukturatau pendekatan formalistik yang menilai aspek formal yang terungkap dalam

    sesebuah teks karya, termasuklah aspek tema. Pendekatan ini membicarakanbentuk dan isu secara dominan. Oleh itu, ia sering membincangkan bagaimanamuatan cerita atau isi dihantar dalam satu bentuk yang indah (berestetika) danberkesan.* Pendekatan moral, yang merupakan penelitian terhadap nilai-nilai moral danagama. Justeru itu, kajian ini terfokus kepada perilaku watak yang ditampilkanpengarang.* Pendekatan psikologi yang dikenali juga sebagai pendekatan kemanusiaan.Pendekatan psikologi memperkatakan empat aspek yang saling berkaitan danmelibatkan pengarang, watak dan pengguna (pembaca). Empat aspek yangdifokuskan dalam pendekatan psikologi ialah: i. Pengalaman kehidupan peribadi

    pengarang dan gejolak jiwa yang ada perkaitan dengan sejarah hayat pengarang. ii.Proses penulisan teks karya itu yang melalui pelbagai proses, bermula daripadamencari idea atau persediaan, pengeraman; iluminasi dan verifikasi. Prosespenciptaan itu, tidak sahaja berkaitan dengan proses dalaman malah proses luaran.Justeru, tentulah banyak konflik, tekanan, hambatan dan fenomena yang timbuldalam proses penulisan itu. iii. Perilaku zahir batin watak dalam karya. Bermaknakritikan psikologi akan menelusuri perwatakan protagonis dan antagonis dalammenghadapi pelbagai persoalan, konflik, dan cabaran serta bagaimana merekamemantaunya. iv. Impak karya sastera itu terhadap pembaca. Ia tentu sahajadiasosiasikan dengan emosi atau psikologi dan rasional hasil daripada tanggapanserta pengalaman pengguna.*Pendekatan sosiologi yang cenderung memberi tumpuan perbincangan kepada tigajurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat dipersekitaran hidup pengarang.* Pendekatan arkitaip ataupun tipa induk. Memanfaatkan pendekatan ini bermaknapengkritik membincangkan kepercayaan atau pegangan hidup umum sesebuahmasyarakat atau etnik. Ia bagaikan suatu liet motif yang sering dikaitkan dengan adatistiadat, kepercayaan, mitos yang berulang-ulang yang terdapat dalam teks sastera.Wujudnya pelbagai pendekatan ini memungkinkan teks sastera dalam apa-apagenre sekali pun dikaji daripada beberapa aspek dengan lebih bervariasi, lebih wajardan memudahkan difahami pengguna. Untuk memungkinkan pemahaman yang lebih

    berkesan, disarankan pembaca meneliti tulisan kritikan pelbagai pendekatan inidengan membaca buku Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982)selenggaraan Hamzah Hamdani. Sementara itu, bagi memperdalamkan pemahamansecara praktis, maka senarai bibliografi dalam siri artikel ini amat membantu.5. Kritikan Penganalisisan Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untukmengetahui keadaan yang sebenarnya, termasuklah menentukan kedudukan,prestasi atau pencapaian. Dalam konteks ini, apabila seseorang pengkaji ataupengkritik melakukan penelitian terhadap sesuatu genre sastera, maka berertipeneliti itu sedang melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan. Ketikamenganalisis pengkritik melihat sesuatu aspek secara rinci dan atau mendalamtentang bahasa figuratif, permulaan dan pengakhiran sesebuah cereka, motif, citra,

    watak, pemikiran, perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yangmenyerlah dalam karya sastera. Pendekatan ini juga boleh dilaksanakan dengan

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    26/27

    melihat teknik penulisan sesebuah teks daripada genre tertentu ataupun meninjaukepengarangan seseorang pengarang mapan/generasi baru dan menelitikecenderungan karya konvensional serta karya eksperimental. Kerja penganalisisanitu memanfaatkan pendekatan ilmiah dengan menggunakan ilmu atau teori tertentubagi mencapai matlamat analisis itu. Kritikan penganalisisan menuntut pengkritik

    menguasai bidangnya, menguasai teori yang ingin diaplikasikan, dan memiliki ilmubantu yang relevan mantap agar analisis yang dilakukannya benar-benar menepatidan mencapai matlamat atau konsep pendekatan yang dipilih.6. Kritikan Penilaian Penilaian bermakna melakukan pemberian nilai tertentu kepadasesuatu teks sastera yang menyangkut tentang mutu. Antara tugas penting yangharus dilaksanakan pengkritik yang menerapkan kritikan penilaian adalahmenentukan sesuatu teks karya sastera itu bermutu atau tidak, mempunyai kekuatanatau keistimewaan atau sebaliknya. Pengkritik harus bijaksana, adil dan saksamaserta memberikan hujah yang relevan dan konkrit sebelum memberikanjustifikasinya. Justeru itu, pengkritik dituntut mengetahui dan memahami banyakaspek tentang pengarang yang menghasilkan karya, subjek yang dibincangkan,

    persekitaran, ras dan waktu yang dipaparkan. Pengkritik tidak boleh bersikap bias,emosional dan memihak. Sebaik-baiknya, apatah lagi bagi membuktikankewibawaannya, pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan karya @pengarang dan sekiranya ada kekurangan, maka wajarlah dikemukakan saranan. Ditanah air kita, beberapa orang pengkritik yang melaksanakan tugasnya dengan baikdan penuh hemah ialah Mohd. Yusof Hassan, Yahaya Ismail, Hashim Awang, RamliIsin, dan Shahnon Ahmad. Sementara Mana Sikana, Kassim Ahmad, Mohd. AffandiHassan agak lantang, berani akan tetapi tetap berada rel ilmu yang diyakini.

  • 8/13/2019 Apa Itu Kritikan Sastera

    27/27