kritikan dan penafsiran sumber

24
HSA 101/4 PENGANTAR SEJARAH SEMESTER 2 2013/2014 Tajuk: Hasil Penulisan Sejarah Bergantung kepada kritikan dan Pentafsiran Sumber. Bincangkan. WAKTU TUTORIAL : KHAMIS 3.00 PETANG - 4.00PETANG NAMA PENSYARAH : DR NIK HASLINDA BINTI NIK HUSSAIN DR AZMI ARIFIN NAMA TUTOR : DR NIK HASLINDA BINTI NIK HUSSAIN NAMA NO. K/P NO. METRIK FARAH NABILAH BINTI ZAINUDDIN 930603-11-5212 118612 NOOR FAZRINA BINTI ABDULLAH HALIM 930115-11-5264 118684 AZ-AZAHARAHWANI BT MOHD ZIN 118407 930803-13-5306 118407

Upload: nizar-nordin

Post on 19-Jan-2016

639 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

HSA 101/4 PENGANTAR SEJARAH

SEMESTER 2 2013/2014

Tajuk: Hasil Penulisan Sejarah Bergantung kepada kritikan dan

Pentafsiran Sumber.

Bincangkan.

WAKTU TUTORIAL : KHAMIS 3.00 PETANG - 4.00PETANG

NAMA PENSYARAH : DR NIK HASLINDA BINTI NIK HUSSAIN

DR AZMI ARIFIN

NAMA TUTOR : DR NIK HASLINDA BINTI NIK HUSSAIN

NAMA NO. K/P NO. METRIK

FARAH NABILAH BINTI ZAINUDDIN 930603-11-5212 118612

NOOR FAZRINA BINTI ABDULLAH HALIM 930115-11-5264 118684

AZ-AZAHARAHWANI BT MOHD ZIN 930803-13-5306 118407

Page 2: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

PENGENALAN

Penulisan sejarah dikenali sebagai historiografi. Historiografi terbentuk daripada gabungan

perkataan Yunani yang terdiri daripada ‘historian’ dan ‘grafien’. Weiner (1967) mengatakan

penulisan berkait rapat dengan individu yang ingin mempelajari penulisan dengan cara yang

betul dan serius. Murray (1969) mengatakan penulisan merupakan satu bentuk penyelidikan

apabila seseorang menemui makna dan menghasilkan idea dalam fikirannya. Flower (1980)

mengatakan penulisan ialah satu proses menyelesaikan masalah iaitu maklumat yang

diperoleh diproses bagi mencapai maklumat. Juriah Long (1990) mengatakan penulisan

ialah cara berkomunikasi melalui bentuk grafik. Secara amnya, penulisan sejarah

merupakan cara penulisan, pemaparan atau laporan penelitian sejarah yang telah dilakukan.

Terdapat empat kaedah penulisan sejarah iaitu yang pertama ialah Huristik. Huristik ialah

kaedah pencarian maklumat atau sumber sejarah oleh ahli sejarah. Ahli sejarah akan

mencari sebanyak mungkin bukti untuk menghasilkan penulisan sejarah. Kaedah kedua

ialah kritikan sumber. Sumber-sumber yang diperoleh akan dikritik berdasarkan kajian yang

telah dilakukan bagi memastikan sumber itu benar-benar sahih. Kaedah ketiga ialah

pentafsiran sumber. Melalui kaedah ini ahli sejarah akan meneliti setiap pandangan yang

diterima dan ahli sejarah akan mentafsir data dengan baik dan berkesan. Kaedah yang

keempat ialah hitograf. Hitorgaf ialah proses terakhir dalam penulisan sejarah, di mana ahli

sejarah akan memulakan penulisan mereka setelah mereka memperoleh bukti yang kukuh

dan sahih.

Para penuntut dan pengkaji sejarah tentulah dapat mengesan dari awal lagi bahawa

kritikan dan pentafsiran sumber merupakan hal yang amat asas dan penting dalam

pengkaryaan sejarah. Tanpa sumber yang sahih, sesuatu penceritaan tentang masa

Page 3: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

lampau sukar sekali dapat dikategorikan sebagai karya sejarah.1 Hal ini, jelas

menunjukkan bahawa kritikan dan pentafsiran sumber sangat penting dalam

penghasilan penulisan sejarah yang tulen, sahih dan objektif serta tidak dipengaruhi oleh

mana-mana pihak berkepentingan.

2.0 KEPENTINGAN KRITIKAN DAN PENTAFSIRAN DALAM PENULISAN SEJARAH

Kritikan dan pentafsiran sumber merupakan langkah penting dalam proses penulisan

sejarah. Tanpa kritikan dan pentafsiran sumber hasil penulisan sejarah tidak dapat

diterima. Hal ini demikian kerana, kritikan dan pentafsiran sumber penting dalam

mengukuhkan fakta sejarah. Tanpa fakta, hasil penulisan akan menjadi kosong dari

segi pensejarahan.2 Selain itu, bukti yang kukuh juga akan menyebabkan hasil

penulisan tidak boleh dipersoalkan mahupun digugat lagi akan kebenarannya.3 Kritikan

yang dilakukan oleh ahli sejarah merupakan penyumbang kepada penghasilan

penulisan sejarah yang bermutu dan sahih. Di samping itu, kritikan dalaman penting

untuk menentukan kebenaran dan kerasionalan sesuatu isi kandungan sumber sejarah.

Ahli sejarah akan membuat pentafsiran sumber berdasarkan lunas-lunas kerasionalan.

Hal ini, bagi memastikan sumber yang diterima bebas daripada unsur-unsur mitos.

Setiap kajian yang dibuat oleh sejarawan adalah bertujuan untuk mengukuhkan fakta

sejarah yang di

Di samping itu, kritikan dan pentafsiran juga penting untuk mengelakkan penulisan

sejarah dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Melalui kritikan dan

pentafsiran sumber ahli sejarah akan berhati-hati dengan keterangan yang diberikan

oleh saksi-saksi kerana mereka berkemungkinan cenderung untuk mempertahankan

pihak yang diwakili oleh mereka. Selain itu, ahli sejarah dapat membuat keputusan

sama ada bukti tersebut boleh diterima atau tidak. Di samping itu, kemungkinan juga

responden menyampaikan maklumat yang tidak sahih bukan kerana mahu menipu,

1 Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, hlm 572 Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), hlm 723 Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), hlm 72

Page 4: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

tetapi kerana tersalah tanggapan atau terlupa.4 Jadi para pengkaji atau penyelidik

dalam pelbagai bidang sebenarnya tidak dapat mengelak daripada tugas atau

tanggungjawab untuk memastikan kebenaran atau kesahihan sesuatu bahan yang

menjadi asas penting kajian atau penyelidikan mereka.5

Di samping itu, kritikan dan pentafsiran juga mampu menghasilkan tulisan yang

objektif. Pada asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan tafsiran ataupun

penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan kepada sumbernya yang

masih kekal.6 Hasil penulisan yang objektif itu haruslah dapat dipertahankan

kebenarannya, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu sehinggalah terdapat pula

suatu penerangan lain yang mungkin memaparkan kelemahan dan juga penerangan

lain yang mungkin memaparkan kelemahan dan juga kesilapan tafsiran yang mula-mula

tadi.7 Dengan menggunakan kaedah kritikan dan pentafsiran dapat memastikan hasil

penulisan sejarah yang tulen. Hal ini demikian kerana, pentafsiran sumber perlu

berasaskan sumber yang sahih dan kekal semasa sejarawan menulis sejarah.

3.0 KRITIKAN SUMBER

Kritikan sumber dapat didefinisikan sebagai proses penafsiran sesuatu ujian untuk

mendapatkan kebenaran. Maksud kritikan disini bukanlah sesuatu perkara yang negatif,

namun proses kritikan ini adalah sangat penting dalam memastikan kesahihan sesuatu

sumber atau dokumen sejarah. Mengikut Marc Bloch, kritikan sumber adalah suatu kaedah

untuk menguji kepintaran sesuatu sumber kerana wujudnya kesangsian terhadap sesuatu

fakta. Manakala, Kamus Dewan Bahasa edisi ketiga mendefinisikan kritikan sebagai

analisis, teguran, penilaian serta ulasan terhadap sesebuah karya mengenai kelemahan dan

keburukan sesebuah karya. Tokoh R.G Collingwood menyifatkan kaedah kritikan sumber ini

4 Qasim Ahmad, Sumber, Pengesahan Fakta dan Pentafsiran Sejarah, hlm 645 Qasim Ahmad, Sumber, Pengesahan Fakta dan Pentafsiran Sejarah, hlm 57 6 Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), hlm 1047 Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), hlm 104

Page 5: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

sebagai “kaedah kritikal” kerana proses ini merupakan proses yang penting dalam membuat

penilaian sama ada objek dan maklumat yang digunakan adalah benar atau palsu.

Sejarah perkembangan kritikan bermula dengan seorang tokoh yang bernama Jabal al-

Gabal yang banyak membahaskan soal kesangsian yang kemudiannya dikembangkan oleh

Descarto sekitar tahun 1856 sehingga 1860. Mengikut pendapat ahli sejarawan Barat,

mereka mengatakan bahawa krirtikan sejarah bermula pada zaman kesedaran di Eropah

sekitar abad ke-18. Antara pendapat lain yang dikemukakan oleh ahli sejarah berkaitan

perkembangan proses kritikan ialah, proses kritikan ini telah dimulakan oleh Leopold Von

Ranke yang menulis kritikan berkaitan sesuatu perkara sekitar abad ke-19. Ranke

merupakan seorang tokoh pensejarahan moden yang banyak berjasa dalam proses kritikan

penulisan sejarah kerana membawa perkembangan bidang kritikan ini menerusi seminar

yang diadakan di Universiti Berlin. Istilah “Quellinkritik” digunakan untuk merujuk kepada

kajian yang kritis terhadap sesuatu sumber sejarah.

Antara tokoh lain adalah seperti Louis Gottshalk yang mengatakan bahawa ahli sejarah

perlu melakukan kritikan luaran dan dalaman bagi mengesahkan sesuatu sumber sejarah

sama ada palsu atau tulen. Pandangan beliau telah ditulis dalam bukunya yang bertajuk

“Understanding History”. Beliau menegaskan bahawa perbandingan dokumen dengan

dokumen yang lain adalah penting melibatkan proses mengenalpasti jenis kertas yang

digunakan, dakwat dan cop. Proses perbandingan yang melibatkan perbandingan antara

zaman adalah penting kerana zaman yang berbeza menggunakan cop, dakwat dan kertas

yang berbeza. Manakala tokoh penting yang mewujudkan satu proses kritikan sejarah yang

sistematik adalah Ernst Bernheim. Beliau telah membahagikan kritikan sumber kepada dua

jenis iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman. Berdasarkan pemikiran Bernheim, masalah

kritikan sumber sejarah telah dapat diselesaikan dalam proses penafsiran. Oleh itu, kritikan

sejarah dapat dilihat daripada 2 aspek iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.

KRITIKAN LUARAN

Kritikan luaran merujuk kepada usaha ahli-ahli sejarah dalam memastikan sumber yang

Page 6: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

diperoleh adalah tulen, asli dan sahih daripada sifat fizikal dan luaran sesuatu sumber

sahaja. Dalam erti kata lain, kritikan luaran merupakan proses kritikan fizikal sesuatu sumber

atau dokumen sejarah. Pada tahap ini, kritikan dapat dibahagikan kepada 4 lkaedah dalam

menentukan kesahihan sesuatu dokumen atau sumber sejarah. Antaranya dalah seperti

kaedah ujian kimia, kaedah ujian bahasa, kaedah ujian ke atas tulisan tangan dan kaedah

ujian bahan-bahan.

Kaedah pertama yang dilakukan bagi mengesahkan sesuatu sumber tersebuat adalah

dengan menjalankan ujian kimia. Ujian kimia ini tidak dilakukan oleh ahli sejarawan, namun

dilakukan oleh ahli pakar kimia. Menerusi kaedah ini, sumber-sumber yang diperoleh akan

dihantar ke makmal kimia bagi proses penelitian yang lebih terperinci oleh ahli kimia. Proses

ujian kimia ini melibatkan pemerhatian kepada 3 aspek utam sumber iaitu pemerhatian

kepada kertas yang digunakan, cop dan dakwat.8 Hal ini kerana, setiap bahan yang

digunakan adalah berbeza mengikut zaman. Dengan demikian, proses ujian kimia ini secara

tidak langsung dapat menentukan umur sesuatu sumber sejarah yang diperolehi. Contoh

yang paling ketara dapat dilihat menerusi kertas kerana kertas yang digunakan adalah tidak

sama jenis mengikut perbezaan zaman. Ujian kimia yang dijalankan dapat menentukan

umur kertas yang digunakan. Ujian ini juga telah dapat membuktikan bahawa terdapat

pemalsuan dalam dokumen di Eropah yang dikenali sebagai Donation of Constantine.

Pemalsuan tersebut berlaku sekitar pertengahan kurun ke-15 oleh Paus yang menuntut

kawasan pemerintahan oleh Maharaja Constantine.9 Kes pemalsuan dokumen tersebut telah

dapat dibuktikan oleh seorang tokoh sejarah bernama Lorenzo Valla pada tahun 1400.

Kaedah kedua yang turut digunakan dalam kritikan luaran adalah dengan melakukan ujian

bahasa. Ujian bahasa ini dilakukan kerana bahasa di dunia sentiasa berubah dan bersifat

dinamik.10 Oleh itu, ujian bahasa yang dilakukan adalah penting kerana perubahannya yang

8 R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 379 Muhammad Yusof Ibrahim, Sejarah dan Pensejarahan, hlm 52

Page 7: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

ketara dari asspek nahu, struktur ayat, ejaan, istilah dan tanda baca. Keadaan ini dapat

dilihat dalam perbezaan bahasa melayu zaman dahulu dengan bahasa Melayu sekarang.

Zaman dahulu, terdapat abjad rumi yang menngunakan tanda dan bunyi, berbeza dengan

zaman sekarang yang menggunakan perkataan. Sebagai contoh, dalam karya “Sulalatus

Salatin” terdapat contoh-contoh perkataan yang digunakan oleh masyarakat dahulu seperti

seraya, hatta dan arakian. Perkataan-perkataan ini sudah tidak digunakan lagi dalam ayat

zaman sekarang. Kesulitan akan timbul sekiranya hasil karya dipalsukan tersebut didakwa

sebagai hasil tulisan tokoh yang sebenar seperti Napoleon dan Lincoln. Oleh itu, ahli

sejarawan memerlukan pakar fisiologi untuk menentukan nilai gaya dan bahasa daripada

teks yang digunakan supaya keaslian sesuatu sumber dapat disahihkan.

Kaedah ketiga yang digunakan oleh sejarawan adalah melalui ujian tulisan tangan. Kaedah

ini sangat penting oleh ahli sejarawwan kerana kebanyakkan sumber atau teks pada zaman

dahulu adalah ditulis menggunakan tulisan tangan. Oleh itu, menerusi ujian ini, sesautu

sumber dapat disahihkan keasliannya dan bukan sumber yang dipalsukan. Ahli sejarah yang

bernama Garragham mengatakan bahawa “tulisan tangan mempunyai satu ciri yang

tersendiri”. Ini bermakna setiap tulisan tangan yang ditulis oleh penulis adalah berbeza

dengan penulis yang lain. Pemalsuan sumber dapat dilihat menerusi Buku Harian Hitler.

Buku tersebut telah dipalsukan apabila terdapat segelintir ahli sejarah yang sangsi terdapat

buku tersebut, telah meminta ahli paleografi untuk melakukan ujian tulisan ke atas buku

tersebut11. Tugas ahli paleografi adalah untuk mengkaji bentuk perkembangan tulisan.

Menerusi ujian yang dilakukan, ternyata Buku Harian Hitler telah dipalsukan. Antara kaedah

yang dilakukan adalah dengan membandingkan tulisan dalam buku tersebut dengan tulisan

Hitler dalam dokumen-dokumen yang lain. Oleh itu, proses ujian tulisan tangan sangatlah

memerlukan ahli paleografi kerana mereka pakar dalam bidang tersebut.

Kaedah yang terakhir yang dijalankan dalam kritikan luaran dalah dengan melakukan ujian

10 Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1811 R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 38

Page 8: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

bahan-bahan. Ujian ini dilakukan dengan mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam

sesuatu sumber iaitu seperti cop, kertas, dakwat dan benang yang digunakan untuk menjilid

sesuatu sumber12. Sebelum wujudnya kertas, masyarakat dahulu menggunakan kulit binatang

seperti kulit kambing sebagai alas untuk menulis sesuatu dokumen atau perkara penting.

Kertas telah wujud pada tahun 1150 T.M. Oleh itu, jika sesuatu sumber itu dikatakan telah

ditulis di atas kertas ssebelum tahun 1150 T.M, maka sumber tersebut addalah palsu.

Sebagai contoh, dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler, benang-benang yang digunakan

untuk menjilidkan buku tersebut adalah palsu kerana benang tersebut hanya wujud selepas

kematian Hitler. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa buku tersebut diwujudkan selepas

kematian Hitler dan buku palsu tersebut bukanlah buku harian yang ditulis sendiri oleh Hitler.

KRITIKAN DALAMAN

Kritikan dalaman juga penting selain daripada kritikan luaran. Kritikan dalaman dilakukan

bertujuan untuk menentukan kebenaran dan kerasionalan tentang sesuatu isi kandungan

sesuatu sumber. Walaupun sesuatu sumber tersebut disahihkan asli daripada aspek

kritikan luaran, tetapi jika isi kandungannya mencurigakan, maka sumber tersebut tidak

wajar dijadikan sumber sejarah. Kritikan dalaman dilakukan sendiri oleh ahli sejarah tanpa

melibatkan bantuan daripada pihak luar. Antara aspek yang dikaji adalah seperti aspek

kandungan tersebut sama ada benar atau tidak, logic dan kerasionalannya.

Ahli sejarah akan membuat penafsiran sumber berlandaskan lunas-lunas kerasionalan.

Setiap tindakan boleh dikaji secara rasional berdasarkan tindakan dan keterangan oleh

pelaku atau saksi supaya sesuatu sumber itu bebas daripada mitos, lagenda dan ghaib. 13

Kebanyakkan teks atau sumber pada zaman dahulu dipenuhi dengan pelbagai mitos yang

mengangkat martabat seseorang tokoh dan menyedapkan sesuatu penceritaan. Oleh itu,

12 K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 3813 Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 18

Page 9: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

kerasionalan sesuatu cerita atau sumber sejarah pada zaman dahulu perlulah dikaji oleh ahli

sejarah supaya sesuatu fakta itu dpat diterima berdasarkan bukti yang kukuh dan bukanlah

hanya berlandaskan perkara dongeng semata-mata. Ahli sejarawan perlu menolak sebarang

sumber yang mempunyai mitos kerana terdapat keraguan dalam sumber tersebut. Sumber

yang mempunyai fakta yang kukuh sahaja diterima keran sumber yang mempunyai mitos

dianggap melanggar peraturan pemikiran yang rasional. Sebagai contoh, Thucydides yang

menulis karyanya berjudul Perang Poloponessia telah menolak cerita-cerita yang

berunsurkan mitos.14 Contohya seperti wabak penyakit pes yang menyerang negeri Athens

adalah berpunca daripada tindakan tuhan semata-mata.

Ahli sejarawan juga perlu memastikan kesahihan latar belakang suatu saksi. Sebagai contoh

Gottschalk sendiri menyatakan bahawa “ saksi-saksi yang berkepentingan” seperti pegawai-

pegawai atau ahli politik akan cuba mempengaruhi ahli sejarawan.15 Oleh itu, ahli sejarawan

perlu beerhati-hati dengan meneliti keterangan saksi untuk mengelakkan saksi daripada

mempertahakan badan-badan yang diwakili mereka. Perkara sebegini perlu dititikberatkan

supaya tiadda kekeliruan sumber padda generasi akan dating. Seebagai contoh, rusuhan

kaum yang berlaku pada tahun 1882 di Bandar Salem yang mempunyai saksi yang

berkepentingan seperti yang dikatakan oleh Gottschalk. Saksi tersebut telah menyalah pihak

lawan dengan memberikan keterangan yang berlawanan. Setelah perbicaraan selesai,

didapati beberapa orang saksi didapati bersalah kerana memberikan keterangan palsu dan

akhirnya dipenjarakan. Jika keterangan palsu tersebut tidak terbongkar, maka penulisan

sejarah adalah palsu. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberikan kesan negative

kepada pihak yang benar seterusnya akan menjejaskan ketulenan penulisan sejarah.

14 K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 4315 K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 45

Page 10: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

Selain itu, bukti-bukti yang bercanggah juga perlu diteliti oleh ahli sejarawan. Mereka perlu

bijak dalam menanggani bukti yang terang-terangan bercanggah daripada bukti asal. Ahli

sejarah perlu bijak memilih dan menolak sebarang bukti dan perlu mencari jalan tengah

dalam mencari keputusan yang sewajarnya. Namun demikian, Voltaire menyatakan bahawa

ahli sejarah perlu menggantungkan pengaddilan sekiranya wujud bukti yang bercanggah.16

Manakala Marc Bloch pula menyatakan bahawa ahli sejarah perlu membuat keputusan bukti

yang diterima atau ditolak itu berdasarkan fakta yang munasabah. Keadaan ini menunjukkan

bahawa terdapat juga segelintir ahli sejarah yang mempunyai pandangan berbeza, namun

mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari kebenaran dalam sesuatu bukti atau

sumber sejarah. Kebiasaannya, ahli sejarah akan menolak bukti yang bercanggah dan akan

menerima bukti yang munasabah dan sahih sahaja. Keputusan akan dibuat berdasarkan

bukti sahih yang diterima sahaja.

Ahli sejarah juga perlu melihat situasi seseorang saksi dalam menyampaikan sesuatu bukti.

Sebagai contoh, penyediaan bukti kadang-kadang berlaku dalam jangka masa yang

panjang, nama saksi tidak didedahkan, sebaliknya dirahsiakan dan pengakuan orang dalam

tahanan17. Kesangsian dalam sesuatu bukti akan wujud apabila kes telah lama berlaku dan

proses yang panjang telah diambil untuk menyelesaikan sesuatu kes. Kesangsian ini juga

akan berlaku apabila saksi dapat menceritakan dengan padat sesuatu peristiwa yang telah

lama berlaku, seolah-olah sesuatu peristiwa itu dihafal dan bukan diingat dengan sejujurnya

oleh sesoorang saksi. Oleh itu, ahli sejarah perlu bijak mengesan kejujuran dan kelayakan

sesuatu saksi supaya bukti yang kukuh dapat diperolehi. Ini bermakna ahli sejarah tidak

boleh menerima dengan sepenuhnya sesuatu perkara yang disampaikan oleh saksi. Ahli

sejarah perlu menilai dan mengkaji terlebih dahulu keterangan tersebut supaya keterangan

16 K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 4617 Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 45

Page 11: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

tersebut bukanlah keterangan palsu.

4.0 PENTAFSIRAN SEJARAH

Pentafsiran ialah suatu konsep pensejarahan yang digunakan untuk mengkaji kebenaran

terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku yang terdiri daripada fakta-fakta sejarah yang

benar dan tepat. Leopard Von Ranke menyatakan bahawa sejarah mesti ditafsir secara

sahih dari segi kebenaran sumber sejarah tersebut. Menurut R. Fraenkel & Norman E.

Wallen, kajian sejarah adalah kajian yang secara menyeluruh dan memberi tumpuan

kepada peristiwa yang berlaku pada masa lalu18. Kajian terhadap peristiwa yang berlaku

diceritakan semula menerusi pentafsiran sejarah secara tepat, lengkap dan menjelaskan

sebab sesuatu peristiwa tersebut berlaku pada masa tersebut dan biasanya

menjelaskan mengapa hal itu terjadi . Ranke menggariskan beberapa panduan seperti

mempersembahkan fakta yangtulen, mengikis prasangka, mengelakkan pengadilan

moral dan sebagainya19. Selain itu, Donald Ary menyatakan bahawa sejarawan

membuat pentafsiran sejarah untuk membuat satu kesimpulan fakta yang paling tepat

dan membuat kesimpulan terhadap peristiwa yang telah berlalu secara sistematik20.

Oleh kerana keadaan sosial sentiasa mengalami perubahan, maka kebenaran sejarah

pun tidaklah mutlak tetapi relatif atau berubah-ubah. Demikian juga bagi Charles Beard,

beliau turut menegaskan bahawa "sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai masa

lampau". Ia merupakan hasil penulisan ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-

nilai atau prasangka yang dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu.

4.1 ALIRAN PENAFSIRAN SEJARAH

18 Usman, Husaini, Metodologi Penelitian Sosial (1996), hlm 2219 K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 4420 Usman, Husaini, dkk. 1996. Metodologi Penelitian Sosial, hlm 22

Page 12: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

Dalam aktiviti mentafsir sumber sejarah, pentafsiran sejarah berbeza kerana sejarawan

berdebat dan saling mempertahankan pendapat masing-masing. Oleh sebab itu,

penafsiran sumber terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran objektif dan subjektif.

Aliran objektif bermaksud kenyataan atau penulisan berasaskan fakta yang sebenar dan

tidak dikuasai oleh perasaan, prasangka sendiri dan unsur bias.Sartono menyatakan

bahawa kejian sejarah yang berkaitan dengan kejadian atau peristiwa tersebut yang

membawa maksud proses pensejarahanan dalam keadaan yang sebenar berlaku21 .

Menurut Gottschalk, pentafsiran secara objektif ialah memperoleh maklumat yang tidak

memihak kepada satu pihak sahaja dan bebas daripada reaksi peribadi seseorang.

Manakala aliran subjektif pula menekankan kepada cara penulisan sejarawan itu sendiri

tetapi tetap bersandarkan kepada fakta. Tulisan ini ditulis mengikut pandangan

sejarawan itu sendiri dilakukan secara memihak kepada sesuatu pihak, ideologi dan

pandangan masing-masing22. Dari aspek ini, sejarawan mempunyai pendekatan yang

tersendiri melalui pendekatan yang ditulis secara mengikut pandangan masing-masing

terhadap perstiwa sejarah. Menerusi dua aliran sejarah tersebut, wujud percanggahan

pendapat apabila fakta sejarh diberi secara objektif tetapi penerangan dan ulasan

sejarah diberi secara subjektif.

Bagi Carl Becker, beliau menganggap bahawa penulisan sejarah ditentukan oleh ahli

sejarah sendiri, yang mempunyai akal fikiran, tujuan, pemilihan dan kecenderungan

yang berasaskan pengalamannya pada zaman tertentu.

4.2 KAEDAH PENTAFSIRAN SEJARAH

Sumber sejarah yang dikritik dapat menghasilkan fakta yang dijadikan sumber utama

dalam penulisan sejarah. Sumber sejarah yang terdiri daripada fakta, tokoh, kronologi

peristiwa harus ditafsir untuk proses penyusunan semula peristiwa dan fakta. Terdapat

21 Ishak Saat, Penulisan Sejarah (2010), hlm 9422Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah(1994), hlm. 106

Page 13: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

lima kaedah yang digunakan oleh pengkaji sejarah untuk memastikan keaslian dan

ketulenan sesuatu sember sejarah iaitu kaedah tafsiran verbal, tafsiran teknikal, tafsiran

logikal, tafsiran psikologikal dan tafsiran fakta.

TAFSIRAN VERBAL

Tafsiran Verbal dijalankan dengan cara ahli sejarah memberi perhatian kepada

perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu dokumen secara individu ataupun

berkumpul. Tafsiran verbal memberi perhatian kepada empat aspek penilaiaan iaitu

bahasa, pembedaharaan kata, tatabahasa dan terjemahan.

Bahasa

Bahasa dianalisis untuk menjalankan proses memahami makna sesuatu perkataan

dalam sumber atau dokumen. Ahli sejarah menjalankan kajian untuk mengetahui makna

perkataan dan ayat bagi mendapatkan idea yang cuba disampaikan. Proses ini

memerlukan pengetahuan tentang bahasa yang luar dari pelbagai jenis penggunaan

bahasa dan mahir dalam menilai dokumen-dokumen lama yang menggunakan bahasa

zaman dahulu.

Perbendaharaan Kata

Ahli sejarah perlu memahami bahasa sebagai satu peraturan. Contohnya penggunaan

kamus khas, kamus sejarah untuk menjelaskan makna masa yang lalu. Dalam evolusi

bahasa, satu perkataan mempunyai makna yang berbeza pada zaman yang berbeza.

Tatabahasa

Bagi menjelaskan maksud ayat, seseorang perlu mengetahui penggunaan tatabahasa

yang menghubungkan antara satu perkataan dengan perkataan lain. Untuk sampai

kepada maksud ayat ahli sejarah perlu memahami konteks sintaksis sesuatu ayat dalam

dokumen.

Page 14: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

“Bahawa Hamba minta’ diperbuatkan hikayat pada bendahara perteturun segala

raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita yang

kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahdan beroleh

faedahlah mereka itu daripadanya.” 23

Terjemahan

Terjemahan adalah proses literasi. Petikan dari satu bahasa diterjemahkan kepada

bahasa yang lain untuk menjelaskan tentang pemikiran pengarang.

Walaupun seseorang itu mahir dalam terjemahan, proses terjemahan yang dilakukan

seringkali tidak tepat dan maksud asal sering terpesong. Terjemahan bahan-bahan

sejarah khasnya memerlukan ketepatan dan pembacaan yang luas. Kualiti pembacaan

yang luas akan memberikan kelicinan serta kejelasan yang akan memudahkan

pembaca.

TAFSIRAN TEKNIKAL

Tafsiran Teknikal menjelaskan tujuan penulis dalam penulisan sejarah dan mengesan

sebarang maklumat melalui pembacaan spesifik yang digunakan.

Tafsiran teknikal terhadap dokumen berasaskan kepada dua pertimbangan iaitu tujuan

penulisan dan bentuk pembacaan yang tepat. Kedua-dua pertimbangan dapat

membezakan antara sumber yang dirujuk hanya memberi maklumat sahaja atau

sumber yang sudah ditokok tambah. Status sember yang digunakan oleh penulis penting

untuk menilai sesuatu sumber itu sahih atau telah dipalsukan. Ranke memperkenalkan

konsep Wei Es Eigentlich Gewesen iaitu menulis seperti sebenarnya berlaku

menggunakan sumber yangbenar seperti memior, catatan harian, buku kenangan dan

23 Muhammad Haji Salleh, Sulalat al Salatin bab Perteturun Segala Raja-raja, Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan Dan Dewan Bahasa Pustaka, 1997, hlm. 3.

Page 15: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

surat menyurat24. Penggunaan dokumen asli perlu untuk memastikan sumber tersebut

suci.

TAFSIRAN LOGIKAL

Tafsiran Logikal ialah salah satu proses untuk menyambung pelbagai bahagian sumber

mengikut kaedah yang sistematik dan betul. Proses ini memberikan satu peristiwa yang

bersambungan dalam pemikiran ahli sejarah, sebelum atau sesudah sama ada secara

terus atau tidak terhadap sesuatu peristiwa. Penyambungan idea utama ini diperolehi

dari pembacaan yang luas terhadap sumber sejarah.

Karya sejarah Perang Parsi yang dikarang oleh Horodotus memberi penerangan yang

jelas terhadap kronologi perang tersebut berlaku disebabkan oleh persengketaan antara

Yunani dan Parsi kerana berlaku perselisihan politik, ekonomi, masyarakat dan agama

25. Kajian yang dijalankan oleh Horodotus terhadap sejarawan Yunani mentafsir peristiwa

Perang Parsi sebagai akibat daripada perbalahan antara budaya yang sangat berbeza.

Oleh sebab itu, pentafsiran yang dijalankan oleh Horodotus dengan sejarawan Yunani

ada persamaan kerana berpandukan fakta dan sumber-sumber asli.

TAFSIRAN PSIKOLOGIKAL

Tafsiran Psikologikal ialah proses untuk membaca sumber dan dokumen mengikut sudut

pandangan ahli sejarah. Ahli sejarah boleh mengesan pengaruh pemikiran dan fizikal

berdasarkan kerja-kerja penulis terhadap kerja yang dihasilkannya. Proses ini biasanya

berkaitan dengan idea dan emosi seseorang ahli sejarah. Hal ini kerana sejarawan tidak

terikat dengan prosedur pencarian dan penggunaan sumber yang cukup dan benar26.

24 Abdul Rahman Haji Abdullah.Pengantar Ilmu Sejarah, (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 10625 Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 2426 Muhammad Yusof Ibrahim, Sejarah dan Pensejarahan, hlm 14

Page 16: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

Pengarang Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang mahupun Tun Bambang adalah

berasal dari kalangan istana. Tun Sri Lanang merupakan Bendahara kepada

Sultan Abdullah Ma’ayah, Yang Dipertuan di Hilir yang memerintah supaya

diperbaiki dan ditulis semula Sejarah Melayu itu. Beliau adalah berasal daripada

keturunan Bendahara-bendahara Melaka yang sememangnya mempunyai pertalian

yang amat rapat dengan golongan istana. Tun Bambang, gelarannya Seri Nara

Wangsa pula merupakan anak Seri Akar Raja Patani27. Maka, penulis yang

berasal dari istana ini cuma akan mencatatkan kebaikan raja untuk

menggembirakan raja-raja. Keseluruhan isi kandungan Sejarah Melayu banyak

mencatatkan keturunan raja-raja, adat istiadat, kebudayaan dan penghidupan di

istana kerana Beliau sebagai pengawai di istana adalah memahami hal-hal di

istana. Oleh sebab itu, kegiatan tentang rakyat jelata adalah sedikit diceritakan

dalam buku tersebut. Maka, penulisan tersebut adalah bercorak istana-sentrik28.

Sejarah Melayu dikarang adalah atas perintah raja seperti yang ditunjukkan oleh

petikan di bawah:

“Bahawa Hamba minta’ diperbuatkan hikayat pada Bendahara perteturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahdan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya29”

Maka, penyusunannya pula menjalankan tugasnya untuk menggembirakan raja-

raja dengan memuji-muji kemakmuran Melaka, kebijaksanaan raja-raja Melaka.

Oleh sebab itu, karya yang dihasilkan adalah tentang kehidupan raja dan

kebaikan mereka. Hal ini dapat ditunjukkan melalui pepatah:

“dahulu kala supaya akan menyukakan duli hadhrat baginda”

Sejarawan mencatatkan sesuatu yang berkaitan dengan keturunan raja-raja, adat

istiadat, kebudayaan dan penghidupan di istana dalam Sejarah Melayu kerana

motif penulisan sejarah adalah untuk menggembirakan raja-raja.

TAFSIRAN FAKTA

Tafsiran Fakta digunakan untuk memahami makna sumber dan dokumen dengan

mengaplikasikan satu atau lebih daripada cara pentafsiran fakta yang lain. Sejarawan

27 Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm. 31.28 Muhammad Yusoff Hashim, Sejarah Melayu, hlm. 1329 Muhammad Haji Salleh, Sulalat al Salatin ya’ ni Perteturun Segala Raja-raja, hlm. 3.

Page 17: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

dapat menentukan secara terus makna atau signifikan data-data yang terdapat dalam

sumber dan dokumen. Hal ini berkaitan dengan proses menilai fakta secara individu

atau berkumpulan bagi menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Ahli

sejarah bukan hanya merujuk kepada fakta tetapi mereka berusaha menterjemahkan

fakta secara tepat.

Sejarah Melayu memaparkan fakta bahawa kemunculan Melaka sebagai bandar

pelabuhan dagang dalam abad ke-15 telah menunjukkan bahawa masyarakat dan

golongan pemerintah mula melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan seperti

dalam petikan yang berikut:

“Maka negeri Melaka pun terlalu besarlah dan segala dagang pun berkampung,

dan jajahan Melaka pun semakin banyaklah.” 30

Hal ini menunjukkan sejarawan menggunakan fakta yang tepat kerana Pelabuhan

Melaka terletak antara laluan ke timur dan barat.

5.0 KESIMPULAN

Kritikan sumber dan pentafsiran sumber bukan sahaja penting untuk memastikan

kebenaran bukti tetapi melalui kaedah ini sejarawan juga dapat mencari maklumat

tambahan yang tidak disediakan secara nyata oleh saksi-saksi. Namun, terdapat

batasan yang tidak dapat diatasi oleh sejarawan dan mereka perlu mengakuinya. Hal ini

demikian kerana, sejarawan mengkaji mengenai kejadian pada masa dahulu dan bukti

yang diperoleh sukar untuk ditentukan kebenarannya.

Selain itu, hasil kajian ditentukan ditentukan oleh ahli sejarah dan bukan oleh

sumber-sumber. Hal ini demikian kerana, sumber-sumber yang diperoleh tidak dijamin

kesahihannya. Oleh itu, ahli sejarah melakukan kajian terhadap sumber-sumber yang

diperoleh bagi membuktikan kesahihannya. Selain itu, ahli sejarah berhak menolak

sumber-sumber tersebut jika sumber tersebut meragukan dan tidak sahih.

30 Muhammad Haji Salleh, Sulalat-al Salatin ya’ ni Perteturun Segala Raja-raja, hlm. 65.

Page 18: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

Kesimpulannya, kritikan dan pentafsiran sumber merupakan kaedah yang penting

dalam proses penghasilan penulisan sejarah. Hal ini demikian kerana, melalui kaedah

tersebut ahli sejarah perlu melakukan kajian tentang sesuatu sumber sebelum

melakukan kritikan. Selain itu, melalui kaedah ini sumber-sumber tersebut dapat

dibuktikan kesahihannya. Hal ini, dapat memastikan hasil penulisan sejarah yang

bermutu dapat dihasilkan di samping dapat mengelakkan daripada hasil penulisan yang

bersifat palsu.

6.0 RUJUKAN

Page 19: Kritikan Dan Penafsiran Sumber

Abdul Rahim Abdul Rashid. (1998). “Ilmu Sejarah: Teori dan Amalan Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Sejarah”. Kertas Sempena Simposium Kebangsaan Ilmu Sejarah, Jabatan

Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Abdul Rahman Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka bersama Pusat Pengajian Luar Kampus USM.

Abdul Rahman Haji Ismail. (2008). Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu) Cerakinan

Sejarah. Budaya Bahasa: Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Arba'iyah Mohd Noor. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh. (1997). Sulalat-al Salatin ya’ ni Perteturun Segala Raja-raja.

Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Dan Dewan Bahasa Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori &

Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. (1997). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan:

Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Maricans.

R. Suntharalingam (1987). Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti.