kritikan jurnal psm

Upload: norafiza85

Post on 19-Oct-2015

178 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

GGGC 6493 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

GGGC 6493PENGURUSAN SUMBER MANUSIADisediakan oleh:CE KU NOR AFIZAH BT CHE KU SULAIMAN

Pensyarah:ENCIK JAMALULLAIL BIN ABDUL WAHABPROF. MADYA DR.MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH

JURNAL 1

KEADILAN PENILAIAN PRESTASI DALAM KALANGAN GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI KERJA DAN PRESTASI AKADEMIK SEKOLAHPengenalanKeadilan penilaian prestasi ialah memberi ganjaran yang sesuai kepada pekerja berdasarkan prestasi dari segi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja dalam membangunkan organisasi (Lawson & Shen, 1998).Keadilan pengagihan merujuk kepada tanggapan adanya kesaksamaan dalam pengagihan ganjaran termasuk peranan dan status, peluang kenaikan pangkat dan pengagihan kuasa dalam organisasiKeadilan prosedur bermaksud keadilan yang mampu dibuktikan oleh penilai dalam melaksanakan prosedur yang telah ditetapkan oleh organisasi secara konsisten dan telus.Permasalahan KajianProses mengurus prestasi sekolah amat rumit kerana unit ukuran adalah terdiri daripada guru dan murid yang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitan dan sistem yang diamalkan di sekolah. (Rooberts, 1998)Penilaian yang dibuat oleh pihak pengurusan dipengaruhi oleh subjektiviti bias, faktor-faktor kognitif dan doroman dalaman atau agenda yang tersembunyi pengurus itu sendiri. (Denisi & Williams, 1988; Robberts, 1992)Terdapat pengurus yang menggunakan piawai berbeza dalam mengukur prestasi pekerja yang menagkibatkan ketidakbolehpercayaan dan ketidaksehan dalam membuat keputusan berkaitan dengan pekerja. (Folger & Konovsky, 1989)Persoalan KajianApakah persepsi guru terhadap keadilan pengagihan ganjaran dan keadilan prosedur?Adakah terdapat hubungan signifikan antara keadilan pengagihan dengan keadilan prosedur?Adakah terdapat hubungan signifikan antara keadilan pengagihan ganjaran dan keadilan prosedur dengan motivasi kerja guru?Adakah terdapat hubungan signifikan antara keadilan pengagihan ganjaran dan keadilan prosedur dengan pembolehubah prestasi akademik sekolah?

Keadilan PrestasiKeadilan Pengagihan GanjaranKeadilan ProsedurMotivasi GuruPrestasi KademikPersepsi GuruMetodologi KajianKaedah Kuantitatif Soal SelidikMelibatkan semua guru di sekolah menengah harian di negeri Kedah dan Perlis (138 buah)Semua guru yang mengajar tingkatan 4 dan 5 (1456 orang)Data dianalisis dengan menggunakan SPSS (Ujian Korelasi Pearson)Dapatan KajianPersepsi guru terhadap keadilan penilaian prestasi adalah di tahap sederhana.Wujud hubungan positif yang signifikan antara keadilan pengagihan ganjaran dengan keadilan prosedur.Tidak wujud hubungan positif yang signifikan antara keadilan prosedur dengan motivasi guru sebaliknya keadilan pengagihan ganjaran didapati mempunyai hubungan yang positif dengan motivasi kerja guru.Wujud hubungan positif yang signifikan antara keadilan pengagihan ganjaran dan keadilan prosedur dengan prestasi akademik sekolah.

Keadilan dalam pelaksanaan penilaian prestasi perlu dititikberatkan agar ia tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan guru di sekolah.Pihak sekolah disarankan agar memberi peluang kepada guru untuk menyuarakan pendapat mereka berkaitan sistem penilaian prestasi.Jika guru mendapat keadilan pengagihan ganjaran, maka motivasi guru akan meningkat dan sebaliknya. Keadilan dalam penilaian prestasi juga akan meningkatkan prestasi akademik sekolah.Implikasi KajianKajian ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah agar dapat mewujudkan sistem penilaian prestasi yang lebih adil dan telus mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.Hal ini penting untuk mengelakkan konflik dan perasaan ketidakpuasan hati antara guru-guru.Penilaian prestasi merupakan aspek terpenting dalam pembangunan sumber manusia sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana fungsi ini dapat membantu organisasi mencapai matlamat dan meningkatkan produktiviti melalui tenaga kerja yang berkualiti jika penilaian prestasi diberikan secara telus dan adil.Begitu juga dalam konteks organisasi sekolah. Keadilan penilaian prestasi boleh menyumbang kepada usaha pemimpin sekolah dalam meningkatkan motivasi kerja dalam kalangan guru serta prestasi akademik sekolah.JURNAL 2

HOW MAY TEACHER EVALUATION HAVE AN IMPACT ON PROFESSIONAL DEVELOPMENT? A MULTILEVEL ANALYSIS.PengenalanSistem penilaian memainkan peranan penting dalam pembangunan profesional guru.Terdapat tiga komponen sistem penilaian yang dijangka dapat memberi kesan kepada pembangunan profesional guru iaitu tujuan penilaian, ciri-ciri sistem penilaian dan ciri-ciri kepimpinan.Pembangunan profesional melibatkan peluang-peluang pembelajaran untuk meluaskan profesional guru dari aspek kecekapan, pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran kawal selia sendiri.Pernyataan MasalahSistem penilaian guru penting dalam meningkatkan kompetensi guru kerana melibatkan kualiti pendidik dan pencapaian pelajar. (Ovando, 2001; Bradshaw & Joyner, 2002; Stronge, 1995).Pemimpin sekolah bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kerja guru dan memberikan maklum balas yang membina kepada guru-guru. (Wahlstrom & Louis, 2008). Pembangunan profesional adalah fokus penting dalam proses penilaian guru kerana dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar. (Stronge & Tucker, 2003). Persoalan KajianApakah kesan sistem penilaian guru terhadap pembangunan profesional dari perspektif guru?Apakah komponen sistem penilaian yang mempengaruhi pembangunan profesional guru dari perspektif guru?Kesan Terhadap Pembangunan Profesional GuruTujuan PenilaianPenilaian Formatif Penilaian SumatifCiri-Ciri Sistem Penilaian- Kejelasan tujuan dan kriteria sistem penilaian.Keadilan Kepuasan guru (hubungan dengan penilai, kredebiliti penilai & utiliti maklum balas) Ciri-ciri KepimpinanKepimpinan transformasi Kepimpinan Pengajaran Sikap Pemimpin SekolahMetodologi KajianKaedah Kuantitatif ( Soal Selidik )Kaedah Kualitatif ( Temu bual )Dapatan KajianGuru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang dari tempoh 5 tahun berpendapat bahawa sistem penilaian prestasi penting untuk pembangunan profesional guru berbanding mereka yang berpengalaman lebih dari 5 tahun.Guru-guru yang berpengalaman kurang bersedia untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembangunan profesional berbanding guru-guru baru.Penilaian sumatif lebih memberi kesan terhadap pembangunan profesional guru berbanding penilaian formatif.Kepuasan guru dilihat memberi kesan ke atas pembangunan profesional guru. Jika hubungan guru dengan penilai adaalah positif, maka guru tersebut kurang tekanan selepas penilaian prestasi dijalankan. Maklum balas berguna juga penting terhadap aktiviti pembelajaran profesional guru.Kepimpinan pengajaran pengetua didapati dapat mempengaruhi pembangunan profesional guru berbanding kepimpinan transformasi.Sikap positif pengetua juga dapat mempengaruhi pembangunan profesional guru.Implikasi KajianKajian ini dapat memberi inspirasi kepada reka bentuk sistem penilaian yang lebih berkesan pada masa depan yang dapat meransang pembangunan profesional guru.Kajian ini menunjukkan faktor-faktor kejayaan dalam pelaksanaan sistem penilaian seperti maklum balas yang berguna, kredebiliti penilai, kepimpinan pengajaran dan sikap positif pengetua.Penilai prestasi memainkan peranan penting dalam mewujudkan keberkesanan sistem penilaian guru.Usaha untuk meningkatkan sistem penilaian guru perlu dibuat bagi menggalakkan guru-guru yang telah berpengalaman terlibat dalam aktiviti pembangunan profesional.Sebagai kesimpulan sistem penilaian berkait rapat dengan pembangunan profesional. Pembangunan profesional yang berterusan dapat membantu organisasi pendidikan dapat melahirkan guru-guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian sekolah. SEKIAN TERIMA KASIH