teori teori kritikan sastera di malaysia

Upload: syiqah-sapian

Post on 17-Oct-2015

1.595 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

perkembangan teori kritikan sastera di malaysia

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    1/26

    BAB SATU

    1.0PendahuluanSejak penghujung tahun 1989 hingga tahun 2009 iaitu selama 20 tahun, terdapat sebelas

    buah teori sastera Melayu muncul dalam dunia sastera Melayu di Malaysia. Antaranya

    ialah teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh, Pengkaedahan Melayu

    oleh Hashim Awang, Takmilaholeh Shafie Abu Bakar,Teksdealismeoleh Mana Sikana,

    Rasa Fenomenlogi oleh Sohaimi Abdul Aziz, Persuratan Baharuoleh Mohd Affandi

    Hassan, teori Konseptual Kata Kunci oleh Mohammad Mokhtar Hassan, Hermeneutik

    Kerohanian oleh Salleh Yaapar, teoriPemikiran Bersepadu 4Koleh Mohd Yusof Hassan,

    teori Sastera Warisanoleh A.Wahab Ali dan teoriAnjakan Maknaoleh Rahman Shaari.

    Berdasarkan jumlah ini, tradisi teori dan kritikan sastera Melayu mengatasi tradisi

    teori dan kritikan sastera moden Barat, kerana tempoh perkembangan dan pembiakan

    teori di Malaysia lebih cepat, yakni hanya 14 tahun sahaja, telah muncul 14 teori sastera.

    Berbanding perkembangan teori dan kritikan sastera moden di Barat hanya bermula

    sekitar tahun 1914 hingg 1960-an,hanya tiga empat teori yang muncul.

    Namun, kami hanya mengkaji lima sahaja teori sastera Melayu di Malaysia iaitu;

    Puitika Sastera Melayu, Takmilah, Teksdealisme, Pengkaedahan Baru dan Persuratan

    Baru. Teori sedemikian adalah teori yang agak mantap dalam dalam dunia kritikan di

    Malaysia.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    2/26

    1.0Objektif KajianTerdapat beberapa objektif kajian yang diperolehi daripada kajian kami buat ;

    (a)Mengenal pasti wujudnya teori sastera tempatan Melayu dalam dunia kritikan sasteradi Malaysia.

    (b)Mengetahui lebih mendalam lagi teoriteori yang digunakan dalam kritikan sastera.(c)Dapat membzezakan penggunaan teori dan kritikan sastera moden Barat dan teori

    sastera tempatan.

    (d)Dapat dijadikan sebagai ilmu pengetahuan tambahan mengenai bidang kesusasteraanMelayu.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    3/26

    2.0Kaedah Kajian2.1Jenis Penulisan

    a. Penulisan mengikut gaya UPSI /American Psychological Association (APA)

    2.2Sumber DataKami telah menggunakan pelbagai media untuk mencari maklumat yang

    dikehendaki. Antaranya;

    (a)Sumber daripada perpustakaan(b)Sumber daripada laman sesawang iaitu blog dan wikipedia(c)Sumber dari bukubuku akademik

    2.3Penulisan Laporan Kajian(a)

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    4/26

    BAB DUA

    1.0Hasil Kajian

    1.1Teori Puitika Sastera MelayuTeori Puitika sastera Melayu telah diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh,

    seorang professor sastera Melayu di Jabatan Persuratan Melayu Universiti

    Kebangsaan Malaysia. Muhammad boleh dianggap sebagai pelopor penerokaan

    teori sastera tempatan sekitar akhir tahun 1989. Gagasan Puitika Sastera Melayu

    diperincilkan pada awalnya dalam buku Puitika Sastera Melayu; Satu

    Pertimbangan, yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun

    berkenaan.Puitika Sastera Melayubertunjangkan kepada konsep keindahan yang

    mendasari sastera Melayu tradisional.

    Dengan berdasarkan penelitian yang bersifat analitis terhadap ribuan pantun

    Melayu, Muhammad menemukan idealisme keindahan yang bersalut dalam hasil

    sastera Melayu tradisional itu. Bagi membina kerangka pemikirannya terhadap

    konsep puitika sastera Melayu, pandangan dan tulisan tulisan Vladimir 1.

    Braingsky dan Eagleton sering dirujuk untuk memantapkan idealisme

    teorotikalnya.

    Muhammad juga percaya, bahawa keindahan sastera Melayu mempunyai

    kaitan akrab dengan etos, budaya, pandangan hidup, sejarah, alam sekitar dan

    lingkungannya. Dengan kepercayaan ini, Muhammad membentang landasan

    penelitian teks sastera Melayu yang menyekalikan pandangan Semiotik,

    Formalisme dan Historisisme Baru iaitu dengan memberi kepentingan terhadap

    semua aspek dalamdan luar teks serta Strukturalismenya. Muhammad

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    5/26

    menghampiri konsep yang disebut oleh Eagleton conseptions of the unity and

    integrity of the art. Pada tahap ini, Puitika Sastera Melayu akan membantu

    pembaca atau pengkritik meneroka karya karya kesusasteraan Melayu bagi

    tujuan mengangkat nilai keindahan teks kesusasteraan Melayu di samping mencari

    makna di sebalik keindahan itu dengan hubungan hubungan yang berada di luar

    teks seperti budaya, sikap, pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar masyarakat

    Melayu itu sendiri.

    Gagasan Puitika Sastera Melayu telah dimantapkan oleh Muhammad lewat

    bukunya yang berjudul Puitika Sastera Melayu setebal 369 halaman dan

    diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2000. Kemantapan idea

    Muhammad telah melayakkan buku ilmiah ini menerima anugerah Hadiah Sastera

    MASTERA 2001. Usaha Muhammad sangat berbaloi, selain dari berjaya

    menyumbangkan idea yang bersifat teorikal terhadap sifat dan ciri kesusasteraan

    Melayu, idea beliau juga diiktiraf sebagai satu hasil kajian ilmiah yang bermutu

    dan bermanfaat.

    Puitika Sastera Melayu menjadi kunci untuk kita mencari jawapan sebenar

    kepada sifat dan ciri ciri kesusasteraan Melayu yang meliputi karyanya,

    pengarang, wadah,estitika, khalayak dan bangsa pemiliknya.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    6/26

    1.2Teori Persuratan BaruTeori Persuratan Baru diperkenalkan oleh Mohd Affandi Hassan. Gagasan teori

    ini sebenarnya adalah hasil pemurnian dan pemantap ideaidea awal yang pernah

    dikemukakan oleh Mohd Affandi dalam kajian kajiannya tentang idea teori

    terkandung dalam novelnovelnya sepertiAligupitdanPujangga Melayu. Novel

    novel ini berligar pada beberapa persoalan penting tentang kegiatan sastera dan

    kritikan di Malaysia.

    Idea awal tentang konsep sastera dan kesusasteraan yang dilontar dalma

    bentuk kreatif itu kemudiannya dimantapkan dalam sebuah buku yangberjudul

    Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid yang diterbitkan oleh Dewan

    Bahasa dan Pustaka pada tahun 1992. Lebih banyak tulisan Mohd Affandi baik

    dalam rencana dan kertas kerja dihasilkan sebagai wahana pengungkap idealisme

    teori persuratan baharu. Tulisan dalam bukunya itu telah memperlihatkan jalur

    teoretikal Mohd Affandi tentang bentuk dan sifat persuratan yang

    dikonsepikannya.

    Membaca tulisantulisan Mohd Affandi memahamkan kita tentang sifat dan

    bentuk kesusasteraan dan keintelektualan Melayu yang terperangkap dalam

    kerangka pemikiran orientalis yang ada pada Mohd Affandi sebgai kosong makna,

    mengerlirukan dan kucar kacir.

    Oleh itu, kelahiran teori Persuratan Baru dapat disandarkan kepada

    kekecewaan terhadap kedangkalan intelektualisme Melayu dan rasa

    tanggungjawab Mohd Affandi untuk memperbetulkan keadaan, dengan harapan

    kegiatan ilmu dan sastera Melayu tidak sia sia, sebaginya dapat diarahkan

    kepada matlamat yang lebih jelas dan haq, beradab, terkawal, beretika dan

    menolong pemikiran tinggi.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    7/26

    Daripada Pendidikan Estetika Mohd Affandi memperkenalkan pula isitlah

    baharu yang dikenali dengan nama Sistem Persuratan Baru, kemudian diubah

    kepada teori Persuratan Baru hinggalah ke hari ini. Mohd Affandi tidak

    menyusun secara satu persatu prinsip teori, sebalik tergembeling dalam rangka

    pemikiran yang luas dengan pengolahan dalam bentuk kreatif dan non kreatif.

    Namun begitu, secara umum, gagasan idea Mohd Affandi dalam teori Persuratan

    Baru berteraskan tauhid dengan dua prinsip yang diisbatkan dan empat prinsip.

    Prinsip teori Persuratan Baru yang dimaksudkan itu ialah ;-

    a. Persuratan yang mendokong ilmu, pemikiran dan kebijaksanaanb. Persuratan yang memakai gaya keintelektualan yang indahc. Persuratan yang mementingkan watakwatak baik yang mendokong ilmu dan

    kebijaksanaan

    d. Persuratan yang daya kreatif yang tinggi, intelek, beradab dan terkawal.Empat prinsip ini mendokong idealisme teks sebagai pendokong dan penyampai

    gagasan dan pemikiran. Dengan kata lain natijah daripada penghasilan teks

    kesusasteraan ialah untuk memaknakan perutusan yang bermakna (meantiful)

    pengarang bukan sekadar pencerita yang menceritakan semula apa yang tersedia

    ada dalam pengalaman, alam mahupun perasaan pengarang. Idea teori ini terjalur

    dalam dua konsep dengan satu teras, iaitu konsep ilmu dan konsep cerita. Kedua

    dua konsep ini melahirkan empat prinsip yang disebutkan tadi. Konsep ilmu dan

    cerita yang melahirkan empat konsep itu sebenarnya ditambat pada teras agama

    iaitu tauhid.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    8/26

    1.3Teori Pengkaedahan MelayuTeori ini dikemukakan oleh Hashim Awang dengan bersandarkan kepada kitab

    Taj-al-Muluk. Pendekatan ini dikemukakan atas beberapa sebab. Pertama adanya

    kekurangankekurangan tertentu pada modelmodel kritikan yang diimport dari

    Barat. Secara umum kelemahan kelemahan pratis kritikan dari Barat seringkali

    melihat dan menginterpetasikan teks secara berat sebelah dengan penelitian

    kepada aspek aspek terkhusus sahaja sebaliknya mengabaikan banyak perkara

    yang dianggap sangat penting. Oleh itu, kata Hashim, hasil kajian dan analisis

    yang dibuat tidak menyeluruh dan tidak sempurna, abstrak dan statik. Walhal

    sastera dan karya yang dimodelkan itu amat bersifat dinamik.

    Dengan tanggapan itu, Hashim mengenengahkan gagasannya yang telah diberi

    nama Pengkaedahan Melayu sebagai alternatif kepada pengkaedahan

    pengkaedahan Barat. Sebagaimana Muhammad Hj Salleh, Hashim Awaang turut

    kembali ke dasar masyarakat dengan mengyingkap aspek keindahan, kehalusan,

    ketinggian daya cipta masyarakat Melayu yang sangat tinggi kekreatifannya

    dalam menghasilkan sesuatu hasil seni. Dari sudut kebahasaan, Hashim mendapati

    aspek bahasa yang menjadi nadi komunikatif masyarakat Melayu sangat tinggi

    nilai estetikanya dan kaya dengan didaktivismenya. Oleh itu, untuk menelaah hasi

    seni, khususnya seni sastera Melayu, maka tidak dapat pengkaedahan Melayu itu

    sangat diperlukan. Tujuannya supaya penelitian akan benar benar menghasilkan

    analisis yang sangat cocok dan bertalian dengan worldviewmelayu itu sendiri.

    Sebagai landasan kepada analisis ini, Hashim mengenengahkan dua

    pengkaedahan iaitu Pengkadahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua

    duanya ini tidak dianggap sebagai pengkaedahan pengkaedahan yang sama

    sekali berlainan atau terpisah; kedua duanya itu adalah sesungguhnya saling

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    9/26

    berkaitan atau berhubungan antara satu sama dengan lainnya. Pengkaedahan

    Alamiah beerti merujuk secara langsung kepada faktor alam yang menjadi latar

    kehidupan masyarakat Melayu. Pengkarya Melayu menurut Hashim tidak lari dari

    alamnya sewaktu berkarya. Faktor alamiah sangat dominan mempengaruhi dan

    membentuk kerangka pemikiran dan menentu hala tuju matlamat

    kepengkaryaannya. Oleh itu, meneliti teks sastera Melayu secara formalis atau

    strukural tanpa mengambil kira hubungan pengkarya dengan alamnya adalah

    mencacatkan, serta gagal menemukan khalayak kepada kejatidirian dan

    keperibadian teks itu setepatnya.

    Dalam hal ini, pandangan Hashim Awang tidak jauh bezanya dengan

    pandangan Muhammad Hj Salleh dan tidak asing juga dengan pandangan

    pendokong New Historicism yang berkembang di Amerika Syarikat. Stephen

    Greenblatt juga melihat faktor budaya dan pesekitaran pengkarya itu sebagai

    penentu yang mempengaruhi pengkarya menghasilkan teks. Inilah yang disebut

    oleh Michel Foucault sebagai episteme. Episteme kata Foucault yang menentu dan

    mempengaruhi ahli sejarah atau pengkarya menulis. Bezanya, New Historicism

    bukannya mendaulatkan kehalusan budaya dan episteme itu, sebaliknya cukup

    dijadikan sandaran kepada domain yang mempengaruhi pengkarya. Hashim

    Awang da Muhammad Hj Salleh sebaliknya mengangkat kehalusan budaya itu ke

    tengah teks bagi menggapai sedalamdalam dan setepat tepatnya makna teks.

    Satu lagi pengkaedahan yang diketengahkan oleh Hashim ialh Pengkaedahan

    keagamaan. Hashim melihat agama Islam yang sinonim dengan Agama Melayu

    itu sebagai teras yang turut menunjangi kepengkaryaan. Pengkarya sering kali

    menghasilkan karya sebagai satu pendekatan dakwah. Dalam uslub dakwah ini,

    pengkarya melayu memisahkan diri dari tanggungjawab dirinya sebagai khalifah

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    10/26

    Allah swt, yang diamanahkan untuk mendaulatkan dan meninggikan syiar dan

    syariat Islam di muka bumi ini. Al Quran yang sarat dengan kisah sejarah dan

    keindahan bahasa menjadi sumber penghasilan karya sastera yang kemudiannya

    disekalikan dengan kemurnian budaya Melayu bagi mencapai dan memunculkan

    makna teks yang hakiki.

    1.4Teori TakmilahTeori Takmilah diperkenalkan oleh Shafie Abu Bakar, pensyarah di Jabatan

    Persuratan Melayu (JPM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Teori

    ini dianggap satu satunya teori sastera islam di Malaysia yang memberi penekanan

    analisis dan kritikan bersandarkan secara langsung kepada konsep tauhid.

    Kemunculan teori ini telah membuka jalan alternatif kepada para sarjana dan

    pengkritik untuk melakukan kajian, analisis, ulasan dan kritikan berasaskan prisip

    prinsip keislaman.

    Kritikan sastera berasaskan teori teori Barat selama ini masih gagal untuk

    menghubungkan satu pertalian yang bermakna di antara pengkarya, karya dan

    khalayak dengan pencipta. Kritikannya lebih bersifat luaran dan koseptual tanpa

    menjurus kepada paksi penglahiran karya secara manawi.

    Teori Takmilah muncul hasil daripada pembentangan beberapa siri kertas

    kerja yang membincangkan teori dan konsep sastera Islam. Pada peringkat awal

    satu kertas kerja telah dibentangkan oleh Shafie berjudul Sastera Islam ; teori

    pengindahan dan penyempurnaan dalam rangka tauhiddi Port Dickson pada 29

    31 Oktober 1992. Walau bagaimanapun, istilah Takmilah tidak muncul

    sebagaimana yang difahami hari ini. Perbincangan umum dalam kertas kerja itu,

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    11/26

    ternyata telah membuahkan idea kepada Shafie untuk mengagaskan satu kerangka

    teori yang boleh digunakan sebagai landasan kritikan dan analisis karya.

    Istilah Takmilah hanya disebut dan diketengahkan sebagai satu gagasan

    apabila Shafie membentangkan kertas berjudul Takmilah; teori Sastera Islam

    sempena Nadwah Sastera Islam antarabangsa, anjuran Dewan Bahasa Pustaka

    (DBP) pada 1 3 Disember 1993. Untuk menguatkan dan mengukuhkan

    Takmilah sebagai sebuah teori yang dapat menampuh keberhasilan analisis dan

    kritikan karya, aplikasi pertama telah dilakukan oleh Shafie ke atas antologi puisi

    Kau dan Akuoleh A.Aziz Deraman dan hasilnya telah dibentangkan pada majlis

    Diskusi Buku Sempena Minggu Sastera Malaysia 1994 di Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Bagi mengukuhkan kerangka teori, Takmilah telah diberikan beberapa

    prinsip untuk mengangkat legitemasinya.

    Takmilah dibina atas kepercayaaan yang didasarkan kepada konsep

    kesyumulan. Shafie percaya, segala aspek dan bidang kehidupan manusia

    terangkum dalam lingkuman tauhid. Sempadan tauhid menjadi garis pemisah yang

    akan memaknakan sesuatu karya di sisi Takmilah. Oleh itu, bidang sastera yang

    teradun di dalamnay unsur estetika tidak terkecuali dari ketauhidan ini. Aspek

    ketauhidan yang memuncakkan kesyumulan itulah menjadi falsafah kepada

    pembinaan teori Takmilah. Takmilah boleh dianggap qsatu teori yang bersifat

    universal yang merangkumkan semua aspek kepengarangan ke dalam acuan isla.

    Takmilah menuntut, semua pihak yang berada dalam lingkungan sastera

    menyedari bahawa, sastera itu sebagaimana juga bidang lain dalam islam,

    mempunyai fungsi pelengkap yang akan melengkapkan jati diri keIslaman pada

    diri seseorang pengarang Islam dan karya yang dihasilkannya. Dengan kata lain,

    Takmilahmenyempurnakan sifat keIslaman menerusi sastera.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    12/26

    Dalam islam, sastera bukan sesuatu yang wajib, tetapi hanya merupakan suatu

    keperluan yang boleh ditunaikan padanya beberapa tuntutan tuntutan agama.

    Dalam hal ini, menunaikan tuntutan Islam itu merupakan suatu kewajipan yang

    akan mengangkat segala bentuk aktiviti dalam bentuk sastera itu sebagai suatu

    ibadah. Dan, dalam islam semua ibadah itu disyariatkan hanya kerana Allah,

    sebagaimana ungkapan lafaz dalam doa Qunu yang bermaksud sesungguhnya

    solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah. Oleh itu, kegiatan

    sastera, baik melibatkan pengarang, teks dan khalayak semestinya bertaliarus dan

    berkait secara berangkai dengan Allah.

    Takmilah membuka ruang kepada para pengarang, teks dan khalayak agar

    dapat diterima hasilnya sebagai sesuatu yanghaqdan bernilai (berpahala) di sisi

    Allah. Sebagaimana bidang bidang lain yang berangkaian dengan Islam, maka

    sastera juga tidak terkecuali. Oleh kerana ituTakmilahbertitik tolak daripada asas

    yang menyakini bahawa semua manusia (termasuk pengkarya/penulis) itu

    mempunyai tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya serta tidak akan

    sempurna sifat kepengkaryaan seseorang pengkarya itu, melainkan berusaha untuk

    membawa karyanya ke tahap yang boleh diterima Allah sebagai ibadah. Oleh itu,

    sandaran pengkaryaan mengikut teori Takmilah ialah Tauhid. Yakni menangani

    bahawa pengarang, karya dan khalayak tidak boleh memisahkan diri lingkungn

    syariat Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Asas teori ini amat relevan dengan kehendak

    Allah supaya semua manusia memilih Islam sebagai satu cara hidup yang akan

    diterima oleh-Nya. Barang siapa mencari agama lain selain Islam maka tidak akan

    diterima agama itu dan siasia di sisi Allah. Firman Allah (bermaksud) ;-

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    13/26

    Barang siapa mencari agama selain agama Islam,

    maka tidaklah akan diterima (agama itu)

    daripada dan di akhirat kelak

    ke dalam golongan orangorang rugi

    surah alImran, Ayat 85.

    Oleh itu, sastera hadir dalam masyarakat semestinya sastera yang menjurus

    kepada Allah. Segala aktiviti kepengarangan semestinya tidak terkeluar dari landasan

    Islam, maka dengan itu, hasilnya akan menemukan hakikat kesempurnaan yang akan

    melengkapkan sebahgiaan daripada tuntutan iman pada diri pengarang, teks dan

    khalayak di sisi Allah S.W.T.

    Selain menetapkan asas kesyumulan Islam yang menunjangi segala kegiatan

    sastera, Takmilah juga mengangkat ilmu sebagai satu media yang akan merealisasikan

    segala bentuk kegitan sastera. Untuk mencapai matlamat ketauhidan dalam Sastera

    ini, maka ilmu menjadi keperluan yang paling asasi di samping sifat kreatif pengkarya

    itu sebdiri. Takmilah menuntut sesorang pengarang memliki ilmu. Menerusi ilmu ini,

    seseorang pengarang akan dapat menemukan keagungan Allah, Kekuasaan-Nya dan

    apa jua yang menjadi tanda tanda kewujudan Allah di dunia ini, kisah kisah para

    Rasul, Sahabat, pejuangpejuang Islam dan sebagainya dalam karyakarya mereka.

    Tidak akan sempurna sesebuah karya sastera itu jika hasilnya terkeluar dari prinsip

    prinsip ilmu Islam, khususnya asas ilmu yang dapat membawa khalayak dan diri

    pengarang kepada marifat Allah.

    Jelasnya, teori Takmilah membawa diri pengkarya, karya dan khalayak kepada

    sifat jati keIslaman dalam erti kata sastera itu seperti mana juga bidang bidang

    kehidupan yang lain tidak dapat dipisahkan hubungannya daripada Allah

    yangmempunyai sifatsifat Kesempurnaan hakiki. Sedangkan pengarang, karya dan

    khalayak itu bertangggungjawab dan berusaha untuk mencapai tahap kesempurnaan

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    14/26

    Islamnya sastera dengan mempertautkan semua aspek pengkaryaan kepada Allah

    S.W.T.

    Dari perspektif Islam, al-Khaliq adalah tunjang estetika yang asasi dan

    menjadi paksi segala penglahiran unsur unsur estetika di alam ini. Allah itu indah

    dan Allah suka kepada keindahan. Keindahan itu pula merupakan salah satu daripada

    Allah dan keindahan itu terpancar secara syumul merangkumi segala elemen dalam

    alam ini.

    Keindahan yang menjadi sifat Allah ini, menjadi paksi yang asasi kepada

    segala aspek estetika, baik yang terungkap mahupun yang tergambar dalam fikiran

    manusia, terlukis dan tercatat dalam karya mahupun yang tersembunyi. Unsur unsur

    estetika ini sewajarnya menuju kepada kesempurnaan makna dan apreasiasi

    keindahan yang hakiki itu. Keindahan ini memancar dan membuahkan keindahan

    aspekaspek yang lain pula.

    Dalam sastera, aspek estetika menjadi tunjang yang memberi wajah keunikan

    berbanding dengan bidang bidang ilmu yang lain. Aspek estetika dilihat bukan

    sahaja kepada binaan luaran karya sebagaimana yang dilihat oleh golongan

    strukturalis, tetapi turut menjangkau kepada unsur dalamannya serta linguistika

    bahasa yang menyelimutinya. Pelbagai teori yang kebanyakkannya dilahirkan oleh

    sarjana Barat digunakan untuk menganalisis sesuatu karya khususnya untuk

    menyelongkari nilai estetika yang tersembunyi di dalamnya.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    15/26

    Teoriteori era Klasik, Moden dan pascamoden yang dihasilkan bermula dari

    Plato dan Aristotle, teori Formalisme, Moral, Historisisme, Strukturalisme, Semiotik

    hingga kepada Pascastrukturalisme, Dekonstruksi terus berusaha untuk menggampai

    makna dan unsur estetik pada sesuatu karya. Namun, hasilnya tidak pernah

    menjangkau kepda al-Khaliq yang menjadi puncak keindahan. Teori teori Barat

    tidak mampu menelurkan analisis yang bersifat berpaksi, sebaliknya hanya mampu

    menyudahkan sandaran kepada makna yang dicipta sendiri, bukannya kepada makna

    estetika yang hakiki.

    Walau bagaimanapun, terdapat ramai para sarjana Islam turut terpngaruh

    dengan gagasan analisis sarjana Barat ini, sekalipun terbukti, teori teori Barat

    banyak kelemahan dan tidak mampu menghasilkan analisis yang bermakna. Dalam

    banyak perkara, teori teori sastera Barat langsung tidak menyumbangkan kepada

    peningkatan ilmu yang boleh membawa khalayak kepada mengenal puncak keindahan

    yang hakiki. Jauh sekali untuk membimbing khalayak kepada beriman kepada

    keindahan yang menjadi salah satu daripada sifat Allah.

    Teori Takmilah yang mengalurkan landasan analisis yang bersifat syumuliah

    yang merangkumkan semua pihak dalam sastera ialah pengkarya, karya dan khalayak

    kepada al- Khaliq yang menjadi puncak estetik dan bersifat hakiki. Karya,dari sudut

    Takmilah semestinya sebuah karya yang berjaya menjalinkan satu rangkaian

    hubungan iman di antara pengkarya dan khalayak kepada Allah. Khalayak pula

    semestinya berusaha untuk menghasilkan karya yang dapat menimbulkan kesedaran

    khalayak terhadap Allah. Ketiga tiga pihak ini bergerak dalam lingkungan tauhid,

    sebagai sempadan yang akan memperlihat sifat kesempurnaannya.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    16/26

    Dengan tidak mengabaikan unsur estetika luaran, Takmilah pergi lebih jauh

    menjangkau makna keindahan yang lebih kudus dan universal. Bagi Takmilah,

    keindahan keindahan yang wujud dan terungkap dalam sesuatu karya tidak

    semestinya terbatas kepada makna luaran dan berakhir pada tafsiran yang diberikan

    oleh manusia, tetapi bertalian dengan keindahan hakiki yang menjadi salah satu sifat

    Allah.

    Usaha Shafie Abu Bakar melahirkan teori Takmilah bukan sahaja bertujuan

    untuk menyediakan landasan analisis teks yang mampu menyelongkari unsur estetika

    yang lebih syumul, tetapi juga untuk mengangkat teks teks yang dihasilkan

    berpahala dan diterima Allah sebagai salah satu amal ibadah. Sebagaimana kata

    Mohd Kamal Hassan sebarang commitmentsasterawan kepada ideologi dan falsafah

    hidup yang lain dari Islam seperti humanisme, materialisme, sosialisme, nihilisme

    atau saintime dengan sendiri tidak melayakkan karya sastera itu digolong sebagai

    sastera yang setia kepada nilai nilai Islam, jelasnya karya sedemikiann tidak

    berpahala dan tidak maknanya di sisi Islam. Takmilah muncul sebagai satu

    pendekatan tauhid untuk memaknakan teks dan mengangkatkan darjatnya di sisi

    Islam.

    1.5Teori TeksdealismeTeori Teksdealisme digagaskan oleh Mana Sikana yang berusaha menginterpertasi

    secara analitis dan kritis sesebuah karya dan kemudiannya mengangkat karya

    tersebut ke puncak idealismenya. Teori ini bergerak pada landasan yang

    mempercayai bahawa, setiap pengarang memiliki dinamika kepengarangan yang

    akan mendorong seseorang berusaha untuk memajukan diri dengan menghasilkan

    karya karya yang bermutu tinggi. Pengarang mempunyai hasrat yang

    bersungguhsungguh untuk mencipta kelainankelainan, perkaraperkara baru

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    17/26

    yang berbeza dengan pengarang lain mahupun dengan karya karya terdahulu

    dalam karyanya, agar dengan kelainan kelainan itu akan dapat mengangkat

    darjat diri dan karyanya ke tahap yang lebih unggul. Unutk mencapai tahap

    keunggulan itu, Teksdealisme menuntut seseorang pengarang bersifat berani

    mengemukakan sesuatu yang baharu dan bijaksana mengolah karya berlandaskan

    bidang keilmuan yang tinggi. Tanpa sifat keberanian dan kebijaksanaaan, teks

    teks yang dihasilkan hanya akan bergerak dalam lingkungan tradisi dan tidak

    memecah kepada teksteks yang unggul.

    Pengarang seharusnya dapat membina dan memiliki strategi tekstual bagi

    setiap karyamya, membina disiplin dan undangundang (law) pengkaryaan yang

    tersendiri yang tidak diadaptasikan dari mana mana sumber melainkan atas

    kebijaksanaan diri dan kreativiti idea serta mempunyai set pemikiran yang bersifat

    kendiri di samping sentiasa menghasilkan pembaharuan pembaharuan yang

    menakjubkan. Biasanya ciri ciri kesendirian yang menjadi milik mutlak

    pengarang ini akan membezakan diri dan teksnya daripada pengarangpengarang

    dan teksteks lain. Sedang pembaharuanpembaharuan yang dihasilkan itu pula

    menjadi unsur penting yang menjadikan teks benar benar dinamika dan

    idealistik. Khalayak, baik yang bersifat analitis atau tidak analitis pula akan dapat

    mengesan di manamana kewujudan ciriciri kesendirian ini tatkala membuat

    kritikan mahupun membaca teks berkenaan. Dengan membaca beberepa baris

    ayat, khalayak secara spontan dapat membuat tekaan siapakah pengarang teks

    tersebut. Sebabnya, Teksdealisme menyediakan metode dan mekanisme untuk

    mengapreasiasi serta menilai sesebuah teks sehingga dapat membukti dan

    meletakkan teks pada tingkat keunggulan.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    18/26

    Falsafah teori Teksdealime juga menuntut pengarang menjenguk kepada

    pengalaman tradisi yang menyimpan khazanah dan mengandungi intelegensia

    serta intelektualisme pengarang masa silam, khususnya dalam teks agung Melayu

    iaituHikayat Hang Tuah.Dalam hikayat ini terpancar sifat keberanian pada watak

    Hang Tuah yang menentang feudalisme dan mempertahankan keyakinannya

    menentang kezaliman sekalipun melanggari tatasusila dan prinsip Pantang

    Melayu Derhaka pada Raja pada ketika itu. Demikian juga dengan kisah Raja

    Mahmud Mangkat Dijulang. Laksamana Bentan (Megat Seri Rama) telah

    melakukan pelanggaran yang menuntut dirinya bertindak dengan penuh

    keberanian menentang kezaliman raja. Hang Jebat dan Laksamana Bentan

    dianggap watak yang unggul kerana melakukan sesuatu yang bertentangan dengan

    konvensi kehidupan beraja pada waktu itu. Apa yang jelas dari dua kisah tradisi

    ini ialah perbandingan yang cuba digambarkan iaitu, unsur keberanian dan

    pelanggaran menjadi prinsip penting yang mengangkat sesuatu mencapai darjat

    keunggulannya.

    Demikianlah teori Teksdealisme ini. Untuk menjadikan sebagai sebuah teks

    yang unggul, maka si pengarang harus berani melakukan pembaharuan, dan

    pembaharuan pembaharuan ini pastinya bertentangan dengan konvensi

    kepengarangan yang sekian lama mendarah daging dlam dirinya. Jika tidak ,tahap

    dan mutu karya dan kemajuan dirinya tidak akan sampai ke mana. Meneruskan

    konvensi bermakna melakukan ideogram, pengulangan dan homologi yang akan

    hanya menjadikan teks sebagai sebuah replika sematamata.

    Dua prinsip utama teori Teksdealisme ialah prisip kehadiran dan pelanggaran.

    Kedua dua prinsip ini menggariskan beberapa unsur yang menjelaskan

    pemeringkatan peranan setiap prinsip. Prinsip kehadiran menjadi garis panduan

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    19/26

    yang mengangkat pengarang, teks dan khalayak ke tahap yang unggul. Kehadiran

    dalam diri pengarang bermula dengan usaha pengarang membentuk gagasan idea

    sebelum menulis hinggalah siap proses penulisan teks. Apa apa sahaja yang

    mendatang, masuk atau melintas dalam pemikiran pengarang adalah dikira

    sebagai unsur unsur kehadiran, seperti bayangan, ingatan, kenangan, kutipan,

    penghijrahan, pengaruh dan sebagainya. Selagi unsur unsur tersebut

    menghadirkan pengalaman kepada pengarang mahupun khalayak selagi itulah

    unsurunsur ini dikatakan sebagai kehadiran.

    Terdapat dua prinsip kehadiran iaitu kehadiran sebagai proses yang berterusan

    dan kehadiran yang berlaku secara sengaja atau tidak disengajakan. Kehadiran

    yang berterusan ini sentiasa berlaku bermula dari peringkat pembentukan idea,

    pentengahan hinggalah siap sebuah karya. Kehadiran yang tidak sengaja merujuk

    kepada pengalamanpengalaman yang sedia hadir dalam pemikiran pengarang,

    yakni ada dengan sendirinya, sementara kehadiran sengaja pula merujuk

    pemilihan pengalaman pengalaman (di antara pengalaman pengalaman yang

    sedia ada dalam pemikiran pengarang ) bagi membentuk gagasan idea sebelum

    memulakan penulisan sehingga selesai penulisan. Contohnya, pengarang ingin

    menghasilkan cerita peperangan, maka pengalaman pengalaman yang berkaitan

    dengan peperangan sahaja yang akan dipilih atau dirujuk oleh pengarang untuk

    membentuk ideanya. Pengalaman pengalaman yang tidak berkaitan, walau pun

    hadir dalam pemikirannya tidak dipilih atau digunakan.

    Proses pertama dalam prinsip kehadiran ini ialah proses pemilihan. Pengarang

    akan memilih pengalaman pengalaman yang sesuai, mantap dan relevan sahaja

    untuk pengalaman pengalaman itu perlulah disepadukan agar cerita yang

    disampaikan mencapai perseimbangan di antara isi dengan teknik. Perseimbangan

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    20/26

    antara isi dan teknik ini menjadi faktor yang menentukan kejituan mesej, kekuatan

    intelektual, dan ketajaman minda yang akan meletakkan teks itu pada tahap

    unggul atau tidak. Proses ketiga ilah pemaknaan semula atau penafsiran semula.

    Pengalaman pengalaman yang telah dipilih itu tadi tidaklah diambil dan ditiru

    bulatbulat untuk dimasukkan ke dalam cerita. Pengarang haruslah menemukan

    sesuatu yang baru, berlainan dan yang memberi makna. Untuk mencapainya,

    maka pengalaman itu harus diberi nafas baru (permaknaan semula) lain daripada

    keadaannya yang asal agar kehadiran pengalaman itu benar benar memberi

    makna dengan keadaan semasa dan bersifat idealistik.

    Pelanggaran dalam konteks teori ini bermaksud seseorang pengarang akan

    berusaha untuk menemukan sesuatu yang baru, sekurang kurangnya satu aspek

    dominan dalam karyanya memperlihatkan perbezaan atau kelainan daripada karya

    karyanya yang terdahulu. Pelanggaran boleh berlakukan dalam tiga keadaa, iaitu

    melanggaran konvensi terhadap teks sendiri yang terdahulu, melanggari konvensi

    beberapa aspek dalam struktur penulisan teks sastera dan melanggari konvensi

    terhadap teks pengarang lain.

    Terdapat beberapa cara bagaimana proses pelanggaran itu dilakukan, dan

    proses in bergantung iaitu; dengan cara menambah elemenelemen baharu dalam

    teksnya, mengurang atau menghilangkan elemen elemen lama yang menjadi

    tabiat konvensi dalam penulisannya dan melakukan modifikasi terhadap beberapa

    elemen daripada teks teks lain yang kemudiannya diberikan pewarnaan atau

    penafsiran baharu sehingga melahirkan teks yang lebih baik.

    Cara cara di atas akan terus mendasarkan kreativiti pengarang untuk

    menghasilkan karya sentiasa kaya dengan penemuan penemuan baharu. Cara

    cara ini juga akan menjadikan seseorang pengarang itu bersifat eksperimental.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    21/26

    Teksdealisme meletakkan diri pengarang dalam keadaan dinamik dan bersifat

    kedinamikan pengarang ini akan mendorongkan dirinya untuk terus menghasilkan

    sesuatu yang baharu, asing dan menyalahi konvensi. Pengukuhan merupkan satu

    tahap penting yang memerlukan sifat kreatif dan ketelitian tinggi dalam diri

    pengarang bagi menyempurnaan proses pemantapan karyanya. Seseorang

    pengarang yang memiliki dinamika dan sifat kreatif yang dalam penulisan akan

    berhadapan dengan suatu keinginan yang mendesak dalam dirinya supaya

    melakukan pembaharuan dan pengukuhan. Perasaan dalaman tidak pernah berasa

    puas terhadap apa yang dihasilkan dan menuntut pemantapan dilakukan supaya

    karyanya lebih baik dari karya sebelumnya.

    Beberapa perkara teknikal akan dititikberatkan sebagai neraca untuk membuat

    keputusan. Antaranya ialah, pengarang akan melakukan perbandingan dan

    penyaringan terhadap keseluruhan aspek yang melengkapi karyanya supaya

    perkaraperkara yang tidak mantap dapat diperbaiki dan diperkejabkan. Elemen

    elemen baharu dan asing atau luar biasa akan dimusnahkan agar sifat kelainan

    dapat ditonjolkan dengan berkesan.

    Penelitian boleh dibuat terhadap sejarah perkembangan drama tanah air kita.

    Perkembangan awal melibatkan hampir semua drama Melayu awal dihasilkan

    dalam bentuk purbawa dan sandiwara, mengisahkan idealisme kepahlawanan

    golongan feudal. Namun, Mustafa Kamil Yassin atau Kala Dewata menemukan

    satu pembaharuan dengan menghasilkan drama drama berbentuk realisme

    seperti dramaAtap Genting Atap RumbiadanDi Sebalik Tabir Harapanberbeza

    dengan tradisi drama sebelumnya dan berbeza pula dengan bentukbentuk drama

    yang dihasilkan sendiri seperti drama Lima Perwira dan Robohnya Kota Lukut.

    Penghasilan drama berbentuk realisme ini menunjukkan kesan pelanggaran dan

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    22/26

    pengukuhan yang dilakukan oleh Kala Dewata terhadap konvensinya sendiri.

    Akhirnya dramadrama berbentuk realisme ini menjadi ikutan penulispenulis

    lain selepas itu. Perkara yang sama boleh juga dikesan pada A. Samad Said yang

    menghasilkan Salinahasil pengukuhan terhadap novel sebelum berjudul Daerah

    Zeni.

    Prinsip terakhir dalam teori Teksdealisme ialah prinsip individuliti atau

    keperibadian. Ada beberapa perkara yang dilihat kepada keperibadian pengarang

    dalam usahanya menghasilkan karya karya. Pertama melihat usaha yang

    dilakukan oleh pengarang untuk mencapai keperibadian dalam penulisan,

    mengenal pasti teknik pengarang menengahkan keperibadian, mengenalpasti sifat

    sifat keperibadian dan akhir sekali membicara posisi kepengarangan pengarang.

    Teksdealisme melihat pengarang sentiasa berada dalam keadaan dinamika dan

    sentiasa progres untuk menghasilkan karya karya yang terbaik. Bukan sekadar

    terbaik, tetapi pengarang juga berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang

    berlainan dan baharu daripada pengarang lain sehingga penghasilannya kelihatan

    menonjol dan asing dan mengangkat diri dan karyanya ke tahap idealistik. Oleh

    itu pengarang harus memiliki kepintaran yang tinggi untuk mencerna dan

    mengatur struktur formal serta isi kandungan karyanya supaya wujud imbangan

    komposisi dan terkesan pula sifat artistiknya.

    Pengarang juga harus bijaksana memanipulasikan gaya bahasa sehingga

    menghasilkan rupa gaya bahasa yang terssendiri. Kelainan pengarang dengan

    pengarang lain biasanya diindetifikasi berdasarkan dengan gaya bahasa. Dengan

    membaca satu atau dua baris ayat, khalayak biasanya akan dapat mengagak siapa

    penulis katya tersebut. Untuk menghasilkan satu gaya bahasa yang tersendiri,

    Teksdealisme menuntut pengarang supaya memiliki pengetahuan tentang ilmu dan

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    23/26

    pendekatan stailistik. Pendekatan ini memperincikan gaya yang akan menemukan

    pengarang kepada gaya peribadi(personal idiosyncracy).

    Teksdealisme juga meneliti dan menganalisis keperibadian pengarang dengan

    cara membuat perbandingan seseorang pengarang dengan pengarang pengarang

    lain di peringkat tempatan mahupun antara bangsa, pada suatu zaman atau zaman

    zaman sebelumnya. Semua aspek kepengarangan baik gaya bahasa, teknik

    pengolahan, , penghasilan dan sebagainya akan menjadi indikator untuk

    menentukan posisi pengarang. Mungkin sukar untuk mencapai tahap individualiti

    ini, sebagaimana kata Wellek, tiada satu pun karya yang unik dan pengarang yang

    mengejar individualiti akan menemui kesulitan. Namun, gagasan yang diberikan

    oleh Teksdealisme dapat merintis jalan kepada pengarang untuk berusaha

    mencapai tahap itu, dan menjadikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan

    dinamik dan kedinamikan itu pula akan mendorong serta mendesak kreativiti nya

    untuk terus menulis karyakarya yang bermutu tinggi.

    Beberapa perkara penting yang akan dan membolehkan karya itu membentuk

    imej dan seterusnya mencapai tahap tertinggi iaitu pengarang memiliki

    keperibadiannya yang tersendiri (individualiti). Pengabaian dalam beberapa aspek

    penting ini bermakna pengarang tidak tahu visinya sebagai seorang pengarang

    yang berwibawa dan mempunyai imej kepengarangan yang tersendiri.

    Pengarang akan cuba mengukuhkan sifat kendiri dalam kariernya sebagai

    pengarang. Di sini, pengarang biasanya sedar bahawa, khalayak akan dapat

    mengenali pengarang dan teks berdasarkan imej sebati yang terbina atas sifat

    kendiri itu tadi. Pengarang seawajarnya sedar, bahawa dia tidak sewajarnya terikat

    dengan stail penulisan, gaya bahasa, teknik dan pengolahan orang lain walaupun

    dalam bentuk apa sekalipun. Membaca novel Azizi Abdullah maka khalayak

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    24/26

    dapat menyingkap karya karya Shanon Ahmad sebagai pokok yang

    membayanginya. Berbeza dengan sajak sajak Charil Anwar dikatakan menjadi

    pokok yang membayangi sajak Muhammad Haji Salleh, namun Muhammad

    berjaya, memberi perwarnaan baharu dalam sajak sajaknya, berjaya membina

    sifat kendiri dalam sajak sajaknya. Dalam hal ini Muhammad boleh dikatakan

    berusaha untuk mengukuhkan gaya dan stail yang tersendiri.

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    25/26

    BAB TIGA

    1.0Rumusan

  • 5/27/2018 Teori teori kritikan sastera di Malaysia

    26/26

    Bibligrafi