teknik menjawab puisi 2011 spm

Post on 05-Jul-2015

1.325 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

KESUSASTERAAN MELAYU SPM2215/1

(BAHAGIAN PUISI)

Oleh:NUR AZURA BINTI RAZME

SMK. KOTA MARUDU 11, BEG BERKUNCI 18, KG. SALAPING, 89108 KOTA MARUDU SABAH

Apakah yang seharusnya dikuasai untuk cemerlang mata pelajaran kes. Melayu.

• Faham kandungan sukatan• Faham bentuk soalan• Faham dan tahu teknik menjawab soalan

KANDUNGAN BAHAN KAJIAN

• 1. NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK (TING 4)• 2. NOVEL JERIJI KASIH (TING 5)• 3. TEKS SEUNTAI KASIH SECEBIS HARAPAN• 4. ANAK GLOBAL • 5.MADU ILMU

PUISI• PUISI MODEN ( TEKS ANAK GLOBAL)

– SAJAK ( 24 buah sajak )• PUISI MODEN ( TEKS MADU ILMU)

– SAJAK ( 22 buah sajak )

• PUISI TRADISIONAL ( TEKS SEUNTAI KASIH SECEBIS HARAPAN )– PANTUN (9 BUAH)– SYAIR (4 BUAH)– GURINDAM (3 BUAH)– SELOKA (3 BUAH)

46 BUAH SAJAK

19 BUAH PUISI

ASPEK KAJIAN PUISI• 1.0 Menghuraikan definisi,jenis dan peranan

puisi.1.1 Menerangkan definisi puisi1.2 Menerangkan jenis puisi1.3 Membandingkan ciri pelbagai puisi1.4 Menghuraikan peranan puisi

2.0 MENERANGKAN BIODATA PENYAIR YANG DIKAJI

• 2.1 Menerangkan butir-butir peribadi penyair• 2.2 Menerangkan latar belakang kepenyairan,

sumbangan dan kejayaan penyair

PERHATIAN : SOALAN INI KURANG DITANYA

DALAM PEPERIKSAAN SPM

3.0 MENGHURAIKAN MAKSUD PUISI

• 3.1 Menerangkan maksud rangkap puisi yang dikaji.

• 3.2 Menjelaskan maksud rangkap puisi yang dikaji.

4.0 MENGHURAIKAN TEMA DAN PERSOALAN YANG DIKAJI

4.1 Menerangkan definisi tema dan persoalan yang dikaji.

4.2 Menghuraikan persoalan dalam puisi yang dikaji.4.3 Menghubungkaitkan antara persoalan dengan

tema dalam puisi yang dikaji

5.0 MENGANALISIS BENTUK PUISI

• 5.1 Menghuraikan bentuk puisi yang dikaji• 5.2 Membandingkan bentuk pelbagai jenis

puisi.

6.0 MENGANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISI

• 6.1 Menerangkan definisi gaya bahasa dalam puisi.

• 6.2 Menerangkan diksi, dialek, bahasa asing, bahasa istana, bahasa berkait dan

peribahasa dalam puisi.• 6.3 Menganalisis unsur bahasa dalam puisi

yang dikaji.• 6.4 Menganalisis unsur bunyi dalam puisi yang

dikaji.

7.0 MENGHURAIKAN NADA DALAM PUISI

• 7.1 Menerangkan definisi nada• 7.2 Menerangkan jenis nada• 7.3 Menghuraikan nada dalam puisi yang

dikaji.• 7.4 Menghubungkaitkan nada dengan tema

dalam puisi yang dikaji.

8.0 MENGHURAIKAN NILAI KEMANUSIAAN DAN PENGAJARAN

DALAM PUISI

• 8.1 Menerangkan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi.

• 8.2 Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi yang dikaji.

• 8.3 Menghubungkaitkan nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam puisi yang dikaji.

9.0 Menghasilkan dan mempersembahkan puisi

• 9.1 Menyenaraikan dan memilih idea daripada sumber yang pelbagai.

• 9.2 Mengemukakan idea dalam bentuk lakaran atau lisan

• 9.3 Menulis puisi menggunakan bahasa puitis.• 9.4 Menetapkan bentuk puisi• 9.5 Memurnikan puisi yang telah dihasilkan.• 9.6 Mempersembahkan dan menilai puisi.

RUMUSAN-ASPEK KAJIAN• 1. Definisi, jenis,ciri dan peranan sajak• 2. Biodata pengarang• 3. Maksud sajak• 4. Tema dan persoalan sajak• 5. Bentuk• 6. Gaya bahasa• 7. Nada• 8. Nilai kemanusiaan dan pengajaran• 9. Menghasilkan dan mempersembahkan karya.

PEMBAHAGIAN SOALAN

• BAHAGIAN SATU ( SOALAN STRUKTUR)• BAHAGIAN DUA (SOALAN ESEI )

Terbahagi kepada DUA bahagian:

Bahagian 1 mempunyai 10 soalan berbentuk struktur.Jawab semua soalan

BIL SOALAN NO SOALAN GENRE MARKAH 1 1 Puisi tradisional

4

2 2,3 Prosa tradisional

8

1 4 Puisi moden 4 2 5,6 Drama 8 2 7,8 Cerpen 8 2 9,10

novel 8

TOTAL:10 TOTAL:40

Bahagian 2 ( Esei )Nota: Jawab satu soalan daripada setiap bahagian

Genre Soalan Markah

Bahagian A

Puisi Tradisional &Prosa Tradisional

1 & 2 20

Bahagian B

Puisi Moden & Drama

3 & 4 20

Bahagian C

Cerpen & Novel

5 & 6 20

Bil. Soalan perlu dijawab

3

Jum. Markah

60

Tahun Tajuk Skop HPU/HPK

2002 Pantun dua kerat (sikap)

Gurindam nasihat

Jenis

Perbezaan

1.0,1.2

1.3

2003 Pantun Empat Kerat (perpisahan)

Jenis

Ciri

1.0,1.2

1.3

2004 Gurindam dua belas(Fasal dua belas)

Gaya Bahasa 6.2

2005 Pantun berkait Bentuk 5.1

2006 Pantun Lapan kerat Jenis

Gambaran susun lapis masyarakat

1.0,1.2,

1.3

2007 Seloka Sikap Si Lalai Gaya Bahasa Pengulangan dan contoh

6.3

2008 Pantun Empat Kerat Mesej beserta contoh

8.2

ANALISIS SOALAN BAHAGIAN STRUKTUR(PUISI TRADISIONAL ) So No. 1

Puisi Moden So. No.4

Tahun Tajuk Skop HPU/HPK

2002 Laut Ilmu Gaya Bahasa Metafora

2003 Angan-angan Dengan Gurindam

Tajuk

Pengarang

2004 ASAS 50 Latar belakang

Slogan

2005 Peta Bahasa Maksud

Tema

2006 Taman Nusa Bangsa

Maksud baris

Nilai murni

2007 Keluh Kesah Bentuk

2008 Di Luar Negeri Maksud barisNilai murni

Analisis Soalan SPM (2002-2008)Bahagian 2No.1 ( Puisi tradisional )

Tahun Tajuk Skop Kajian HPU/HPK

2002 Pantun Empat Kerat Unsur bahasaLatar

6.0,6.2,6.3

2003 Seloka Emak Si Randang MaksudBentuk

3.0,3.15.0, 5.1

2004 Syair Pedoman Hidup TemaPengajaranCipta Syair

4.08.29.0,9.3

2005 Pantun Enam Kerat(Nasihat)Pantun Lapan kerat (Perantau)

BentukMaksud

5.0,5.13.0,3.1

2006 Syair Singapura Terbakar Gaya bahasaGambaran Masyarakat

6.2,6.3?

2007 Seloka Kehilangan Adat Melayu •Ciri bentuk•Sikap penyair•Maksud rangkap

5.0

3.0,3.1

2008 Syair Raja Ditaati Rakyat Dikasihi MaksudCiri SyairCipta dua rangkap syair

3.0,3.11.0,1.39.0,9.3

No.3, Sajak

Tahun Tajuk Skop

2002 Surat Kepada Ayah -Tema-Nilai Murni-Cipta sajak

2003 Kebahagian rumah tangga

-Bentuk-Gaya Bahasa-Maksud

2004 Kebanjiran -Persoalan -Nada-Sikap

2005 Persembahan kepada Dol Said

-Nada-Watak-Sikap

2006 Surat dari san Fransisco

-Bentuk, Nilai murni-Cipta Sajak

2007 Bacalah Dalam Bahasamu

-Persoalan-Unsur Bahasa-Perasaan Penyajak

2008 Tanah Kelahiran -Unsur Gaya Bahasa-Sikap Penyair

BENTUK-BENTUK SOALANKertas 1

• Soalan jawapan ringkas• Mengisi tempat kosong• Mengisi carta pai/rajah/petak• Petikan• Aplikasi

Peraturan Pemarkahan

• Isi– Fakta beserta huraian atau contoh -2m– Fakta beserta huraian dan contoh -2m– Fakta tanpa contoh -1m– Contoh yang menggambarkan fakta -1m– Fakta betul,contoh salah -1m– Fakta salah contoh betul -0m– Fakta salah,contoh salah -0 m

Peraturan Pemarkahan

• Gaya Bahasa– Fakta betul, contoh betul -2m ( 1+1)– Fakta betul contoh salah -1m– Fakta salah, contoh betul -0 m

Cara menjawab Soalan struktur

• Jawab pada ruangan yang disediakan kertas soalan• Mulai 2007 jawapan pada kertas yang disediakan.• Ejaan dan tatabahasa mestilah lengkap dan betul• Jawapan mestilah ringkas, tepat dan padat/Jawapan

pendek• Tulisan hendaklah kemas,jelas dan mudah dibaca• Jawapan/Isi lebih daripada kehendak soalan boleh

diterima

Peringatan !

• Soalan berbentuk;– Jelaskan– Analisis– Huraikan– Bincangkan

• Setiap isi perlu disertakan contoh

Peringatan !

• Soalan berbentuk;– Nyatakan– Berikan– Galurkan– Senaraikan– Apakah

• Isi tidak perlu disertakan contoh• Bahagian struktur kebanyakkan soalan berbentuk di atas.

Aspek yang disoal• 1. Definisi, jenis,ciri ,bentuk dan peranan sajak• 2. Biodata pengarang• 3. Maksud sajak• 4. Tema • 6. persoalan sajak• 7. Bentuk• 8. Gaya bahasa (Jenis,unsur & Peranan )• 9. Nada• 10. Sikap• 11.Perasaan Penyajak• 12. Unsur alam• 13.Nilai kemanusiaan/moral/nilai murni/akhlak• 14.Mesej/Amanat/Pengajaran/pesanan• 15. Menghasilkan karya.• 16.Pengertian Istilah/Konsep Sastera

Contoh Soalan Jenis/Bentuk Sastera/Genre

SPM 2002 –Puisi Tradisional So.1. Puisi A Puisi B

Sudah gaharu cendana pula, Apabila banyak berkata-kataSudah tahu bertanya pula, Di situ jalan masuk dusta.

Paku dulang paku serpih, Apabila kita kurang siasat,Mengata orang dia yang lebih Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

(a) Puisi A ialah …………………………………….[ 1 markah ]Puisi B ialah …………………………………….[ 1 markah ]

(b) Berikan satu perbezaan antara puisi A dan Puisi B…………………………………………………….[ 2 markah ]

SPM 2003. No.1,Dari mana hendak ke mana,

Tinggi rumput dari padi;Hari mana bulan yang mana,

Dapat kita berjumpa lagi.(Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut

Menyebut)(a) Apakah jenis puisi di atas?

………………………………………..[1 markah ](b) Nyatakan tiga ciri puisi tersebut.

i. ……………………………………………..ii………………………………………………iii………………………………………………

[3 markah]

SPM 2005, No. 1Beriring dengan si burung helang,

Bermain angin mencari ruang;Berani mati bertindih tulang,

Itulah namanya hidup berjuang.

Bermain angin mencari ruang,Mencecah sampai hujung pelangi;

Itulah namanya hidup berjuang,Nama akan harum mewangi.

(a) Apakah bentuk puisi di atas?…………………………………………………………………….[1 markah]

(b) Mengapakah anda menyatakan bentuk di atas sedemikian?Berikan contoh.……………………………………………………………………..………………………………………………………………………

[3 markah]* Bentuk/Jenis adalah sama.

Skema jawapanbentuk/jenis puisi

• Jumlah baris serangkap• Jumlah perkataan sebaris• Jumlah suku kata sebaris• Rima akhir• Pembayang dan maksud• Kesimpulan bentuk

Soalan konsep sastera• No.4 , 2002

• Buku adalah laut ilmu terokalah teroka alur muaranya luas terbuka

( Dipetik daripada sajak laut ilmu oleh J.M Aziz dalam Bacalah Dalam Bahasamu)

(a)Apakah maksud metafora?……………………………………………………………………………….( 2 Markah)

(b)Berikan satu contoh metafora dalam petikan di atas…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

( 2 markah )

No.1, 2007• Seloka Sikap Si Lalai

• Sikap Si Lalai, biarkan, biarkan…..!Ada rumah tidak dijaga,Ada anak tidak dilatih,Ada ternakan tidak dibela,Ada kebun tidak ditanam,Ada cerdik tiada selidik,Ada belajar kepalang ajar,Ada mengaji tiada mengkaji,Ada masa tiada kuasa,Ada kuat tidak buat,Biarkan, biarkan……!Si Lalai tidak mungkin maju,Dia terus begitu,Kerana sikapnya itu.

( Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyebut)

Dalam puisi di atas terdapat beberapa unsur gaya bahasa pengulangan.Berikan dua unsur gaya bahasa pengulangan tersebut berserta contoh. ( 4 markah )

Sejarah Ringkas Puisi• No.4,2003

• Bangkitlah bangkit mengapa tidur lama sangat

di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kitabangkitlah bangkit!timah dimasak sudahlah hangatmengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita?

(Dipetik daripada Bacalah Dalam Bahasamu, jilid A)

Petikan di atas merupakan sedutan daripada puisi terawal dalam pertumbuhan puisi Melayu moden di Tanah Melayu.

(a)Tajuk puisi tersebut ialah ………………………………………………………. ( 2 markah )(b)Pengarangnya ialah ………………………………………………………………. ( 2 markah )

2004,No.4Nama penuh ASAS 50 (2 markah)Apakah slogan Asas 50 (2 markah )

Penting!!, Bahagian pengenalan setiap genre dibaca dengan teliti.

TEMA &PERSOALAN• Tidak begitu popular. Hanya satu soalan pernah disoal

2004,No.4.Petikan sajak peta bahasa.(b) Apakah tema puisi di atas. ( 2 markah)

Calun hanya perlu menyatakan temanya sahaja tanpa perlu membuat huraian.

Contoh jawapan.Tema sajak di atas ialah perkembangan bahasa/kecintaan terhadap bahasa Melayu.

BENTUK SOALAN KERTAS 2 ( ESEI)

• Berdasarkan petikan puisi

ASPEK YANG DISOAL

• 1. Definisi, jenis,ciri dan peranan puisi• 2. Maksud puisi• 3. Tema dan persoalan puisi• 4. Bentuk/Ciri• 5. Gaya bahasa• 6. Nada / Perasaan penyajak/Sikap penyajak• 7. Nilai kemanusiaan dan pengajaran• 8. Menghasilkan karya.

* Aspek perasaan penyajak & sikap penyajak sering ditanya walaupun dalam HSP tidak dinyatakan dengan jelas.

SOALAN JENIS PUISI

• Soalan jenis puisi biasanya ditanya pada bahagian struktur.

SOALAN MAKSUD

• Sering ditanya– 2003- Maksud sajak rangkap lima ( 4 markah )– 2005- Maksud pantun ( 10 markah )– 2007- Maksud R3,R4,R5 Seloka (6 markah)

Maksud sajak• Semakin kurenung

Kebahagiaan itu membekutapiia berkata-katapada penerimaansegala tibadalam kesederhanaan dan takwa

Huraikan maksud sajak (R5) ( 4 markah )

Contoh jawapanPenyajak/penyair berfikir/merenung/meneliti/mengkaji/meneliti kebahagiaan.(1m)Penyajak mendapati kebahagian itu semakin hilang/pudar/lenyap/tiada/musnah.(1m) Kebahagiaan itu bergantung kepada diri masing-masing/tafsiran individu.(1m) Kebahagiaan itu akan tiba/dinikmati jika kita bersederhana/menerima seadanya.(1m) dan bertakwa kepada Allah s.w.t.(1m)

• Latih pelajar untuk mencari istilah lain untuk perkataan dalam sajak.• Salin sajak tidak diterima.

1. TEMA & PERSOALAN

Mesti ada dua langkah penting;i. Nyatakan tema/persoalanii. Keterangan/pernyataan/contoh dari sajak/puisi

2003,No3.- Sajak Surat Kepada Ayah(a) Nyatakan tema sajak di atas.

Contoh jawapanSajak di atas bertemakan kasih sayang anak kepada keluarga.(2m) Seorang anak yang belajar di asrama menulis surat kepada ayahnya dan berjanji akan mematuhi nasihat ayahnya (2m)

Soalan Bentuk PuisiTahun 2003No.1- Bezakan bentuk seloka dengan syair ( 8 markah )No.3- Huraikan bentuk sajak kebahagiaan rumahtangga (6 markah )Tahun 2005No.1- Bandingkan bentuk pantun enam kerat dengan pantun lapan kerat. (10 m)Tahun 2006No.3- Sajak Surat Dari San Francisco- Huraikan bentuk sajak dari segi bilangan

baris, bilangan perkataan, rima. ( 6 markah )Tahun 2007No.1- Seloka Kehilangan Adat Melayu- Jelaskan empat ciri bentuk seloka .(8 markah)

BENTUK SAJAK

• Tan Sri P. Ramli Berjiwa Seni Pengarah Sangat Rajin Kerja.

TAN SRI TAJUK SAJAK & PENULISNYA

P. RAMLI PENYUSUNAN RANGKAP

BERJIWA JENIS PUISI

SENI JUMLAH SEMUA RANGKAP

PENGARAH BIL. PERKATAAN SEBARIS

SANGAT SUKU KATA SEBARIS

RAJIN RIMA PUISI

KERJA KESIMPULAN BENTUK PUISI

Contoh Jawapan• Jelaskan empat ciri bentuk seloka Mat Jenin dalam teks seuntai

kasih secebis harapan.Contoh Jawapan

Seloka di atas ditulis dalam bentuk rangkap iaitu mempunyai tujuh rangkap. Bilangan baris setiap rangkap sama banyak iaitu empat baris serangkap.Bilangan perkataan sebaris sama banyak iaitu diantara empat hingga lima perkataan.Bilangan suku kata dalam baris tidak sama iaitu diantara sembilan hingga sebelas belas suku kata.

Rima akhir seloka bebas iaitu R1 abac, R2abcb, R3 abab, R4 abab, R5 abab, R6 abbc dan R7 abab. Kesimpulanya seloka di

atas berbentuk bebas.

Gaya Bahasa Puisi

• Amat penting• Hampir setiap tahun disoal• Unsur keindahan bahasa juga merujuk gaya

bahasa.

S SINKOF

SIMILE

Simbolisme

KEPENDEKAN KATA

Bah. Perbandingan menggunakan seperti, umpama, laksana dll

Bahasa perlambangan

I Inversi

Ironi

Bahasa terbalik

Kata bermaksud lain dari yang sebenarnya

P Personifikasi

Paradoks

Perbandingan terus

Pemberian sifat manusia kpd objek bukan hidup

Pertentangan isi dgn. Kenyataan tetapi sebenarnya betul

Perbandingan dibuat terus guna kata adalah

E Epifora Perulangan diksi yg. Berurutan pada akhir baris

R Responsi Perulangan diksi di tengah baris berturutan baris.

M Metafora Bahasa kiasan. Gabungan kata abstrak dan konkrit

U Ulangan diksi

Ulangan diksi

Perkataan berulang kali ditulis dlm sajak

Sebaris rangkai kata berulang kali ditulis

D Diksi indah

Diksi ganda

Diksi asing

Diksi lama/Istana

Dialog

Sebaris rangkai kata yg. Indah

Perkataan berganda

Kata asing seperti Bah. Inggeris/Arab

Ayat lama/Bahasa IstanaBahasa pertuturan sekurang-kurangnya dua orang.

A Anafora

Ayat pendek/Panjang

Asonansi

Aliterasi

Perulangan diksi berturut di awal baris puisi

Ayat yg. Sangat pendek/sangat panjang

Pengulangan bunyi vokal dalam baris puisi

Pengulangan bunyi konsonan dalam baris puisi

H Hybrid

Hiperbola

Dua kata digabungkan cth kotateguh

Perbandingan melampau cth. Kita titis air mata darah.

GAYA BAHASA PUISI

• PASTI ADA• Amat Mudah/Senang

– Diksi Indah/Menarik/Berkesan– Ungkapan Puitis– Asonansi– Aliterasi

GAYA BAHASA PUISI

• BOLEH JADI ADA- SENANG– Anafora– Epifora– Hybrid– Kata Ganda– Perulangan Kata– Responsif– Simile– Sinkof

GAYA BAHASA PUISI

• BOLEH JADI TIADA – Mulanya susah tetapi kemudian senang.– Hyperbola– Inversi– Metafora– Paradoks– Personifikasi– Simbol

Soalan Gaya Bahasa Puisi• 2002,No.1. Pantun Empat Kerat Budi

(b) Analisis keindahan bahasa pantun di atas ( 10 markah )2003,No.3- Sajak Kebahagiaan Rumah Tangga(b) Huraikan sajak ini dari segi gaya bahasa ( 10 markah )2006, No.1. –Syair Singapura terbakar(a) Nyatakan enam unsur gaya bahasa. Bagi setiap unsur,berikan contoh yang sesuai. ( 12 markah)2007, No.3-Sajak Bacalah Dalam Bahasamu(b) Analisis lima unsur gaya bahasa sajak tersebut (10 markah )2008, No.3- Sajak Tanah Kelahiran(a) Huraikan enam unsur gaya bahasa sajak ini. (12 markah )

Gaya Bahasa- Contoh Jawapan• SPM 2007- Sajak Bacalah Dalam Bahasamu.

(b) Analisis lima unsur gaya bahasa sajak tersebut. ( 10 markah )Contoh Jawapan

Gaya bahasa sajak di atas ialah terdapat pengunaan diksi yang tepat atau sesuai seperti wira,dan saga.(2m) Unsur bahasa kedua ialah asonansi contoh meredah tetapi tidak rendah diri iaitu pengulangan vokal ‘e’. (2m)Unsur bahasa ketiga ialah aliterasi contohnya gunung-ganang jadi danau iaitu pengulangan konsonan ‘n’.(2m)

Terdapat juga unsur bahasa kata ganda contohnya gunung-ganang. (2m)Unsur bahasa seterusnya ialah sinkof iaitu tak dan ku.(2m) Unsur bahasa seterusnya ialah anafora, contohnya kita dan negaraku.(2m)

Terdapat juga unsur bahasa pengulangan kata dalam baris contohnya perkataan ‘mimpi.(2m)Unsur bahasa seterusnya ialah responsif contohnya perkataan ‘jadi’. (2m)

Terdapat juga unsur bahasa perbandingan terus, contohnya negaraku adalah mimpi yang indah.(2m)

UNSUR BUNYI

A Asonansi-Bunyi Vokal(a,i,e,o,u )

J Jeda

A Aliterasi- Bunyi Konsonan

R Rima akhir

NADA

• Bunyi yang tertentu tinggi rendahnya -Kamus Dewan.

• Bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap

JENIS-JENIS NADA

• PATRIOTIK• MELANKOLIK• ROMANTIK• SINIS• PROTES

• Marah, sedih, gembira dll bukan nada tetapi perasaan/sikap.

Contoh Soalan Nada• SPM 2004

Sajak Kebanjiran(b) Jelaskan nada sajak ini ( 4 markah )

- Sinis ( melalui sikap penyajak yang menyindir golongan mewah yang tidak peduli golongan daif.

- Melankolik ( melalui perasaan penyajak yang sedih dan hiba melihat nasib penduduk setinggang yang menghadapi masalah banjir.SPM 2005Sajak Persembahan Kepada Dol Said Pahlawan Naning(a) Nyatakan nada sajak di atas ( 4 markah )

- Melankolik- Patriotik

Perasaan• SPM 2007

Sajak Bacalah Dalam Bahasamu(c) Jelaskan dua perasaan penyajak yang tergambar dalam sajak di atas

( 4 markah )- Bangga cth…,-Insaf cth…, -yakin cth…,-gembira cth…,-cinta akan negara cth..,

Sikap• SPM 2004

Sajak Kebanjiran(c) Nyatakan sikap penyajak ( 8 markah )

- Perihatin , Simpati, Kecewa, Belas kasihan, MarahSPM 2005Sajak Persembahan Kepada Dol Said Pahlawan Naning(c) Jelaskan sikap penyajak ( 10 markah )

- Redha/menerima takdir, Mengenang budi, Menghargai pejuang, Kecewa, Bangga kepada tanah air, Berani

SPM 2007Seloka Kehilangan Adat Melayu(b) Bincangkan tiga sikap penyair dalam seloka ini. ( 6 markah )

- Kesal/kecewa cth.., sedih cth…, menyindir cth…,bertawakal/pasrah cth…SPM 2008Sajak Tanah Kelahiran(b) Jelaskan empat sikap penyajak ( 8 markah )- Rindu akan tanah air cth…,romantis cth…, mengasihani tanah air cth..,yakin diri cth…,

• Nilai hanya melibatkan unsur-unsur yang positif/baik ( nilai kemanusiaan, murni,moral, akhlak )

• Terdapat juga nilai kemasyarakat dan nilai kebudayaan;» Nilai kemanusiaan – aspek manusia yang positif» Nilai budaya – melibatkan rupa bentuk budaya yang positif» Nilai masyarakat – semua perkara positif yg. Dilakukan anggota masyarakat

Nilai-Nilai ( 6 – 8 Markah)

•Setiap nilai perlulah disertakan contoh. •Jawapan tanpa contoh tiada markah diberi• PERHATIAN: HANYA 16 NILAI SAHAJA DALAM SASTERA

16 NILAI• Enam belas nilai murni itu terdiri daripada: • (1) baik hati, • (2) berdikari, • (3) hemah tinggi, • (4) hormat-menghormati,• (5) kasih sayang,• (6) keadilan,• (7) kebebasan, • (8) keberanian,• (9) kebersihan fizikal dan mental, • (10) kejujuran,• (11) kerajinan, • (12) kerjasama, • (13) kesederhanaan,• (14) kesyukuran, • (15) rasional, • (16) semangat bermasyarakat.

Contoh soalan• SPM 2002

Sajak Surat Kepada Ayah(a) Jelaskan nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut

( 8 markah )• SPM 2006

Sajak Surat Dari San Francisco(b) Jelaskan tiga nilai murni yang dapat anda perolehi daripada sajak ini. Bagi setiap nilai murni, berikan satu contoh yang sesuai.

(6 markah)Contoh jawapan

Nilai murni yang pertama ialah mencintai tanah air contohnya tanah air tercinta. (1+1) Nilai muni yang kedua ialah kesetiaan contohnya Rindu kasih tak kunjung padam.(1+1)Nilai murni ketiga ialah keinsafan contohnya Keindahan negara sendiri.(1+1) Nilai murni terakhir ialah keyakinan contohnya Aku akan kembali (1+1)

Hendaklah dalam bentuk yang membawa kebaikan. Cth hendaklah, mestilah….dll Atau dalam bentuk tegahan, Cth; Janganlah, usahlah.., jauhilah…dll

Pengajaran tidak perlu diberi contoh melainkan diminta.

Contoh soalana) 2004,No.1-Syair Pedoman Hidup

(b) Nyatakan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam syair di atas.( 6 markah)

Contoh JawapanPengajaran yang pertama ialah kita hendaklah berani dalam menempuh rintangan dalam hidup.Pengajaran kedua ialah kita hendaklah berdoa kepada Allah untuk mencapai apa yang dihajati. Pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah bersunguh-sungguh berusaha untuk mencapai apa yang dihajati.Pengajaran seterusnya ialah kita janganlah leka walaupun hampir mencapai kejayaan.

PENGAJARAN/MESEJ/AMANAT/IKTIBAR(6-10 MARKAH)

Soalan Menghasilkan karya

• Agak mudah untuk mendapatkan markah2002,No3. Ciptakan sebuah sajak bertemakan kasih sayang terhadap keluarga (8m)2006,No3. Cipta sebuah sajak bertemakan cinta akan tanah air. ( 8markah)

Jawapan calon akan dinilai dari segi Tema -2 markahBentuk sajak -2 markahGaya bahasa -2 markahKreativiti -2 markah

SEKIAN TERIMA KASIH

top related