sejarah lompat tinggi

Post on 13-Jul-2016

206 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Tugasan OlahragaWAJ 3121

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2013

SEMESTER 5

TUGASAN :OLAHRAGA

(Sejarah Lompat Tinggi)

WAJ 3121

NAMA : CHONG WAY LIM

NO. KAD PENGENALAN : 881001-56-6261

OPSYEN : REKA BENTUK &TEKNOLOGI

NAMA PENSYARAH : EN MOHD NAHAR BIN MOHD WAZIR

TARIKH HANTAR : 13 SEPTEMBER 2015

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BATU PAHAT, JOHOR.

NAMA PELAJAR : CHONG WAY LIM

NO.KAD PENGENALAN : 881001-56-6261

INDEX NO : 2013292340003

ALAMAT : 4 JALAN SRI CENDANA

TAMAN SRI RAYA

BATU 9 CHERAS

OPSYEN : REKA BENTUK &TEKNOLOGI

Biodata Diri

PROGRAM : PISMP GSTT SEM 5 AMBILAN JUN 2013

Isi Kandungan

Pengenalan........................................................1Rancangan Pengajaran Latihan Olahraga.........31.1 Sejarah Lompat Jauh.................................41.2 Sektor Acara Lompat Jauh.........................71.3 Peralatan..................................................111.4 Prinsip Asas Lompat Jauh......................171.5 Latih Tubi Lompat Jauh............................28

Refleksi............................................................31Bibliografi.........................................................35Lampiran..........................................................37

Bersyukur kepada tuhan yang sentiasa menjadi panduan saya untuk mengatasi

masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan kursus ini. Justeru itu, saya

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas

segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan kursus

ini

Sepanjang penglibatan saya di dalam penghasilan kerja kursus ini, saya telah

mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan moral dan

spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih diucapkan kepada En Mohd Nahar bin Mohd Wazir, pensyarah mata

pelajaran Olahraga yang telah sudi memberikan peluang untuk saya menyiapkan kerja

kursus ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada

beliau kerana dengan sabar menyelia dan memberikan bimbingan kepada saya tanpa

jemu.

Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada kedua-

dua ibu bapa saya dan adik-beradik saya yang telah beri galakan dan dorongan

sepanjang kursus ini dijalankan. Semoga Tuhan membalas budi baik semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menyempurnakan kursus ini.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang banyak

membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar,

kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya

menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Penghargaan

1

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Pengenalan

2

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau

atlit cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding

akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama

dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada

papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda

yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya

dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan

plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini),

lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.

Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan

mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang

terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling

jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.Kelajuan semasa berlari dan

tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet

lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.Acara

ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam

sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod

dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba.

Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres.

Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk

menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk

menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki

dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5

cm.

3

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Rancangan Pengajaran

Latihan Olahraga

4

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

1.1 Sejarah Lompat

Jauh

5

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

SEJARAH ACARA LOMPAT JAUH

Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun

708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan

pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari

Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan

yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan

yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali-kali

sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quin triple. Lompat jauh adalah salah

satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang

beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke

hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke

belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam

acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM

mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Apabila Sukan

Olimpik Moden

dimulakan pada tahun

1896, lompat jauh

telah dikategorikan

dalam acara olahraga

dan bermula daripada

itu ia telah diterima

dalam kebanyakkan

kejohanan yang

diadakan dipelbagai

peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa

sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh

dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang

lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia

boleh membawa kepada risiko kecederaan.

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet

mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju. Acara ini diminati

6

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh.

Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan

kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Untuk mendapatkan

pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu menjalani latihan yang

sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah

berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak

dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah

utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah

sebelum melonjak, Di samping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen

kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara

ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam

sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod

dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Kini acara rekod acara

tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan lompatan sejauh 8.95 meter

manakala bagi acara wanita rekod acara tersebut telah dipegang oleh Galina

Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter.

7

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

1.2 Sektor Acara

Lompat Jauh

8

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Sektor Acara Lompat Jauh

Ukuran Lapangan Lompat Jauh

9

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

1. Keterangan ukuran lapanganPanjang bak lompat 9 m

Lebar bak lompat = 2,75 m

Lebar lintasan awalan = 1,22 m

Lebar papan tumpu = 20 m

Panjang papan tumpu = 1,22 m

Bak lompat diisi dengan pasir

2.    Macam macam gaya dalam lompat jauhGaya jongkok

Gaya berjalan di udara (walking in the air)

Gaya menggantung  (snapper)

3.    Hal hal yang perlu diperhatikan untuk meraih hasil maksimalJarak awalan 30-40 dan dilakukan secepat cepatnya

Menggunakan  kaki yang kuat untuk melakukan tolakan.

Diusahakan melayang selama mungkin

Waktu mendarat jangan sampai jatuh ke belakang

4.    DiskualifikasiDipanggil 3 menit belum melompat

Menumpu dengan 2 kaki

Kembali ke arah awalan, setelah melompat

Mendarat luar bak lompat

10

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

5.    Juri mengangkat bendera merah apabila pelompat gagal atau “disqualify”6.    Juri mengangkat bendera putih jika lompatan benar.  Lompat jauh termasuk dalam salah satu cabang atletik untuk nombor lompat.

Lompat jauh ini adalah olahraga yang menggabungkan kecepatan (speed), kekuatan

(stenght), kelenturan (flexibility), daya tahan (endurance), dan ketepatan (acuration)

dalam upaya untuk memperoleh jarak lompatan sejauh-jauhnya. Para peneliti

membuktikan bahwa suatu prestasi atletik lompat jauh bergantung pada kecepatan

daripada awalan atau ancang-ancang. Oleh karena itu, di samping memiliki

kemampuan sprint yang baik juga harus didukung dengan kemampuan dari

tolakan kaki atau tumpuan.

Dalam lompat jauh, ada beberapa gaya yang biasa diperagakan para pelompat,

di antaranya gaya jongkok, gaya menggantung atau gaya lenting, dan gaya jalan di

udara. Dalam hal melakukan teknik lompat jauh, seperti awalan, menumpu, melayang,

dan mendarat, ketiga gaya ini pada prinsipnya sama saja. Namun, perbezaan dari ketiga

gaya ini dapat dilihat dari keadaan sikap tubuh pelompat pada saat melayang di udara.

11

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

1.3 Peralatan

12

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun,

sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga

alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara

lompat jauh.

Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat

pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia

hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu

peserta membuat lompatan. 

PERALATAN

LORONG LARIAN (RUNAWAY)

13

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan

pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan

satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya

diwarnakan putih seluruhnya.

Petunjuk plastasin ini digunakan

untuk mengesan dan

membuktikan pembatalan dalam

satu-satu lompatan yang dibuat.

Plastisin ini diletakkan pada

hujung papan pelepas dan

sebarang kesan tapak kaki yang

terdapat padanya membuktikan

bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)

PETUNJUK PLASTISIN (PLASTICINE INDICATOR)

14

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan.

Kawasa ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia

diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m

panjang dan 2.75 m lebar.

Pita pengukur digunakan unutk

mengukur jaraj sesuatu lompatan.

Jarak lompatan diukur dari hujung

terdekat papan pelepas ke hujung

terdekat tempat pendaratan

dalam kotak pendaratan. Kini,

dalam kejohanan-kejohanan

olahraga utama dunia, pita

pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan

pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)

KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)

15

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Pengukur halaju angin digunakan untuk

mengukur halaju angin ketika satu-satu

lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan

samada lompatan tersebut dibantu oleh angin

atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan

peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak

digunakan.

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat

dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera

putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.

PENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY INDICATOR)

BENDERA ISYARAT (FLAG)

16

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Kasut yang sesuai adalah penting untuk

larian dan juga sebagai perlindungan kepada

pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan

plastik sesuai digunakan untuk acara ini. 

KASUT BERPAKU (SPIKE)

17

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

1.4 Prinsip Asas

Lompat Jauh

18

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

       Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak yang maksimum. Jarak ini

dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup

kuat dan tinggi. Sekiranya seseorang ingin menjadi pelompat yang handal, dia mestilah

berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai daya lenturan

badan serta daya organisasi yang baik.

       Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa

pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak

mengikut satu lingkungan parabola, di mana jarak lompatannya dapat ditentukan.

Segala lakuan pelompat semasa di fasa layangan ini tidak dapat membantunta

memanjangkan dia berada di udara. Sebenarnya gaya badan semasa berada di fasa

layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat

persediaan untuk mendarat dengan lebih selamat dan berkesan.

      Satu kajian dalam bidang olahraga ( Gordon, 1975 ) telah membuktikan bahawa

gaya tending kayuh hanya berkesan dan sesuai bagi pelompat yang mampu melompat

jarak yang lebih dari 5 meter. Kebanyakan pelajar sekolah tidak melompat sejauh itu.

Tambahan pula, mereka hanya mampu membuat layangan yang singkat dan mereka

tidak berupaya melakukan pergerakan tending kayuh dengan berkesan.

      Gaya layar adalah satu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar. Walau

bagaimanapun, gaya ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri dan kurang

berkesan untuk dijadikan sebagai satu teknik lompat jauh yang boleh dicontohi. Gaya

layangan ini menyebabkan pelompat cepat mendarat.

Prinsip Asas Lompat Jauh

19

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

LOMPAT JAUH

Sebelum melakukan latihan lompat jauh, kita mestilah melakukan aktiviti

memanaskan badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa

latihan. Regangkan otot-otot utama di bahagiankaki, paha, badan dan tangan. Pastikan

juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh.

Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan

dapat dilakukan dengan selamat. Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan

betul.

LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH

1. Lakukan bangkit tubi L-seat.

Tujuannya: Menguatkan bahagian abdominal.

2. Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya, angkat kedua-dua kaki

lurus dan belakang badan rata di dinding.

Tujuannya: Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki

semasa mendarat).

3. Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.Naik dan turunkan tumit

pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).

Tujuannya: Menguatkan achcillies tendon. 

4. Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki

(cuba naikkan badansetinggi yang boleh).

Tujuannya:Menguatkan quadriceps.Latihan plyometric.

5. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan

pantaslompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu.

Tujuannya: Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.

20

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

6. Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi duduk, lutut bengkok dan tangan di

belakang. Naikkan lutut kaki lonjakan.

Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.

7. Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh

yang mungkin dengan ayunan kaki bebas. 

Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan

dan koordinasi badan dantangan (imbangan).

FASA -FASA LOMPAT JAUH

Dalam keseluruhan gaya atau teknik acara lompat jauh boleh dibahagikan kepada

empat fasa:

Lari landas

Lonjakan

Layangan

Mendarat

21

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

TEKNIK-TEKNIK LOMPAT JAUH

1. Teknik Lompat Jauh Gaya Layar Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana

lompatan mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu

mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.

Fasa lari landas

Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah

atau jarak 35-45 meter.

Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah

ditandakan.

Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi

rendah untuk mengatasi halangan graviti.

Fasa lonjakan

Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.

Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah

kelajuan menegak.

22

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Fasa layangan

Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dan ke

hadapan.

Fasa mendarat

Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.

Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.

condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

2. Teknik Lompat Jauh Gaya GantungTeknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke

atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan

kaki semasa mendarat.

Fasa lari landas

Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah

atau jarak 35-45 meter.

Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah

ditandakan.

Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi

rendah untuk mengatasi halangan graviti.

23

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Fasa lonjakan

Lonjak dengan kuasa kaki maksimum

Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang

sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.

Fasa layangan

Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya

kelihatan keadaan seperti tergantung.

Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.

Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk

persediaan mendarat.

Fasa mendarat

Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke

hadapan.

Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan

pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

3. Teknik Lompat Jauh Gaya KayuhTeknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi

kerana seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua

setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.

Fasa lari landas

24

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah

atau jarak 35-45 meter.

Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah

ditandakan.

Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi

rendah untuk mengatasi halangan graviti.

Fasa lonjakan

Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.

Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah

kelajuan menegak.

Fasa layangan

Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah

langkah.

Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah:

Langkah1- Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di

hadapan.

Langkah 2- Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan

langkahan 1. Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat.

Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke hadapan.

Langkah setengah- Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk

mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke

hadapan.

Fasa mendarat

25

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.

Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.

Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk

mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

MENENTUKAN KAKI LONJAKAN

Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan. Ada beberapa cara

untuk menentukan kaki lonjakan:

Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak

jatuh. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.

Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

Berpasangan. A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. B menolak A

dari belakang tanpa isyarat. Kaki pertama yang melangkah adalah kaki

yang kuat untuk lonjakan. Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka

latihan boleh dijalankan secara ansur maju.

ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

1. Ansur Maju Lari Landas Berpasangan. A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan. B berdiri

berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan

lonjak. Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak

ukuran di tempat permulaan. Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan,

anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah. Jika menapak

sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke

hadapan. Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.

26

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Kawal kelajuan semasa berlari.

Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat

penting dijaga  jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.

Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.

Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut

diangkat tinggi.

Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari

jarak empat langkah dari papan lonjakan.

Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan

yang terkawal.

Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka

ganjil.

2. Ansur Maju Lonjakan Ansur maju 1:

Lonjak dari papan lonjakan.Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan

rendah. Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan. Lonjak

dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat

dengan tumit. 

Ansur maju 2:

Melonjak dari hujung bangku. Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung

bangku. Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang

termampu. Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan

tumit. 

Ansur maju 3:

27

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali Rentangkan seutas tali di atas pasir

berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan. Lari sejauh lima hingga enam langkah.

Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat Ansur maju 1:

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir. Berlari lima hingga enam

langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi

benteng pasir untuk mendarat dengan tumit. 

Ansur maju 2:

Mencecah bola dengan hujung tangan. Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter

dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.

Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan. Cuba mencecah bola

dengan hujung tangan. Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

Mencecah bola dengan dahi. Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan

lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh. Lari lima

hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan. Lakukan layangan

setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas. Cuba sentuh bola

dengan dahi. Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan

kepala ke atas. Mendarat dengan tumit dahulu. Hulurkan tangan ke hadapan dan

hamburkan badan ke hadapan.

28

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

1.5 Latih Tubi

Lompat Jauh

29

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Latih Tubi Lompat Jauh

Latih Tubi 1 Berlari anak dan melangkah ke kawasan

mendarat. Dibuat secara berulang-ulang.

Tetapkan tanda permulaan larian.

Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan

kepada pelajar untuk melakukan larian

dengan langkah yang sama.

Latih Tubi 2 Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi.

Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan

dihayun ke atas.

Latihan ini dapat membantu pelajar merasai

keadaan yang sebenar semasa melonjak ke

atas.

( Mereka hendaklah mencuba untuk membuat lompatan tinggi semasa latihan. )

Latih Tubi 3 Gunakan tali sebagai halangan. Pelajar

berlari dan melonjak.

Semasa berada di udara, kaki bebas dibuka

luas ke hadapan.

Mendarat secara mengangkang dengan kaki

bebas ( kaki di sebelah hadapan ) mencecah

tanah dahulu.

Latihan ini untuk memastikan pelajar

melonjak dengan tinggi dan menggerakkan

kakinya yang bebas ke hadapan semasa

berada di fasa layangan.

30

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Latih Tubi 4 Ulang latih tubi 3.

Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-

sama dengan kaki bebas supaya pelompat

mendarat dengan kedua-dua belah kakinya

melunjur ke hadapan.

Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan

pelajar supaya mendarat dengan betul.

Latih Tubi 5 Berlari pantas ( 11 hingga 13 langkah ),

melonjak dan mendarat.

Guna dan sesuaikan tandaan untuk

mencapai ketepatan melonjak.

Latihan ini merupakan latihan lompat jauh

secara keseluruhan.

31

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Refleksi

32

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Bersyukur kepada tuhan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk

menyiapkan tugasan kerja kursus tentang mengendalikan satu sesi latihan pengajaran

dan pembelajaran kemahiran olahraga dan mengelolakan Kejohanan “Road Relay”.

Pada bulan Julai 2015 ,saya telah menerima kerja kursus bagi Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP-GSTT) daripada pensyarah En Mohd Nahar bin Mohd Wazir.

Pada mulanya pensyarah bimbingan kami memberikan taklimat yang padat,

tepat menerangkan cara menghasilkan satu rancangan pengajaran latihan berkaitan kemahiran asas olahraga serta menerangkan pengelolaan Kejohanan Road Relay, meniitikberatkan aspek penyediaan kertas kerja, jawatankuasa

pengelola, peraturan kejohanan dan sebagainya. Saya berterima kasih atas taklimat

yang diberi oleh pensyarah supaya saya dapat memahami lebih lanjut tentang

kepentingan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas olahraga terhadap

seseorang guru pelatih.

Apabila mendapat tahu bahawa saya perlu melaksanakan pengajaran mikro berkenaan olahraga ,saya menjadi sedikit takut kerana menyedari diri yang kurang

berkebolehan dalam bidang sukan. Tambah pula, masa persediaan untuk

melaksanakan pengajaran ini amatlah singkat kerana saya dan rakan masing-masing

banyak terikat dengan tugas-tugas pengurusan seperti menganjur kejohanan, lawatan

penanda aras di sekolah bestari luar bandar dan seminar I- think selain tugasan kerja

kursus berasaskan ilmu (KKBI) berjalan serentak. Hasil undian,saya dan tiga orang rakan saya mendapat tajuk acara lompat jauh. Satu sesi pengajaran yang menarik

adalah rantaian aktiviti yang berkaitan,misalnya mengajarkan lompat jauh,daripada sesi

pemanasan badan hinggalah penutup sepatutnya mempunyai pertalian dengan

kemahiran yang ingin diajarkan (dalam konteks lompat jauh,aktiviti melompat).

Dalam subjek Olahraga WAJ 3112, saya dapat mempelajari dan mengenali

kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam beberapa acara seperti lompat jauh,

lompat tinggi dan sebagainya. Contohnya, acara lompat jauh mempunyai empat fasa

yang perlu diketahui iaitu fasa lari landas, fasa lonjakan, fasa penerbangan dan fasa pendaratan. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui acara-acara tersebut dari segi

beberapa aspek utama. Misalnya, pakaian, padang, alatan yang diguna, sejarah acara

dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik-teknikyang digunakan

33

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

untuk menjalani sesuatu aktiviti sukan. Umpamanya, terdapat beberapa jenis teknik

boleh digunakan semasa menjalani aktiviti lompat tinggi seperti teknik gaya gunting, teknik western roll, teknik gaya pana dan sebagainya.Teknik-teknik yang diamalkan

bergantung kesesuaian diri sendiri.Pengajaran-pengajaran para pensyarah yang melatih

kami telah banyak membantu kami untuk membetulkan kesilapan yang lakukan saya

semasa melatih kemahiran-kemahiran asas tersebut.

Seterusnya, melalui tugasan ini telah memberi kesempatan kepada saya

menghayati erti sebenar pepatah Melayu yang menyatakan “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” serta “muafakat membawa berkat”. Apabila saya mula

menerima tugasan ini, saya berasa amat beban sebab keterbatasan ilmu yang ada pada

diri sendiri. Namun disebabkan saya mempunyai semangat berjuang dan komitmen

yang tinggi saya sedaya upaya berusaha untuk mencari maklumat-maklumat yang

berkaitan melalui internet dan buku ilmiah di Perpustakaan IPG Kampus Tun Hussein

Onn .Saya juga mengagihkan masa dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tugasan

individu dengan mengikut rancangan pelaksanaan yang berkesan dan sistematik .

Di samping itu, kelemahan saya ialah membaca buku. Hal ini demikian, kerana

kebanyakkan buku mempunyai perkataan lebih daripada visual. Apabila mata melihat

perkataan yang banyak sebaris demi sebaris, otak akan menyampaikan mesej letih,

boring dan fikiran negatif untuk memberhentikan saya daripada aktiviti mebaca bahan

ilmiah. Oleh itu saya mencari startegi pembacaan yang berkesan agar saya menyiapkan

tugasan ini serta memupuk semangat membaca dalam diri sendiri dengan startegi yang

berkesan iaitu strategi “Survey, Question, Read, Recite, Review” (SQ3R) yang

dipelopori oleh (Robinson, 1946) dalam buku bertajuk ”Effective Study ” . Apabila saya

menjumpai bahan yang berkaitan, saya tidak melengahkan masa dan membaca dengan

cara SQ3R.

Seterusnya, saya berpeluang untuk belajar daripada satu sama lain cara-cara

pengurusan iaitu perancang, pengarahan dan pengawalan, pengelolaaan, penyelenggaraan. Mungkin ada beberapa ahli yang mungkin cemerlang dengan proses

tersebut, manakala sesetengah mungkin memerlukan sedikit masa dan bimbingan, jadi

ia adalah penting bahawa terdapat kesediaan untuk mengajar dan belajar idea-idea

baru. Aktiviti-aktiviti ini dapat menyemai nilai semangat kerjasama dalam personaliti guru

dan akan diturunkan kepada murid-murid pada masa kelak. Guru memainkan peranan

34

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

yang penting dalam memupuk semangat kerjasama kepada murid-murid di sekolah.

Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk membimbing

murid-murid tentang kepentingan semangat kerjasama. Hal ini jelas menunjukkan

keharmonian kehidupan rakyat Malaysia melalui semangat kerjasama yang diterapkan

di peringkat sekolah ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya membolehkan

keharmonian masyarakat terbentuk.

Saya berpendapat bahawa bakat dalam bidang sukan tidak datang bergolek,

sebaliknya perlu dipupuk dari bangku sekolah menerusi dasar kerajaan yang mantap

selain itu juga memerlukan jurulatih yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang mantap

dalam acara olahraga. Oleh itu, disinilah bermula bertapa pentingnya subjek Olahraga di

peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu diambil serius. Hal ini demikian kerana ia

bertujuan bagi membolehkan guru yang dihasilkan dapat menguruskan kejohanan sukan ke arah pembentukan masyarakat yang sihat, cergas, dan mengutamakan gaya

hidup yang sihat.

Seterusnya, pihak kepimpinan dan pensyarah- pensyarah perlu memainkan

peranan yang penting dalam usaha memberikan galakan, sokongan serta mengambil

berat penglibatan guru pelatih dalam subjek Olahraga. Oleh itu, guru pelatih memainkan

peranan yang penting untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran terkini serta meningkatkan tahap kepimpinan dan penguasaan pengetahuan dalam

bidang Olahraga dengan cemerlang agar dapat menyediakan pengetahuan &

pengalaman bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani & pembentukan

nilai-nilai estetika serta sosial yang positif dalam kalangan murid-murid.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

bimbingan saya iaitu En Mohd Nahar bin Mohd Wazir dan kawan-kawan seperjuangan

yang banyak membimbing ,dan memberi motivasi agar saya dapat meneruskan

perjuangan untuk menyiapkan tugasan dengan cemerlang.

35

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Bibliografi

36

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Mohd Khairul bin Azim. (2011, April 18). Suatu Aktiviti Gerakan yang dilakukan. Retrieved from Blogspot: http://ws-or.blogspot.my/2011/04/suatu-akivitas-gerakan-yg-dilakukan-di.html

Olahraga. (2008). In J. Julismah, Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (pp. 21-27). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siri Pendidikan Longman. (1988). In B. T. Teng, Panduan Pengajaran Olahraga (pp. 5-18,27-35,57-65). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. (2002). In O. F. Mohd Sofian, Psikologi Sukan: Daya Tahan Mental dan Emosi di Kalangan Atlet (pp. 11,34,83). Seri Kembangan: Utusan Publication Sdn Bhd.

Siri Sains Sukan. (2009). In E. H. Wee, T. F. Ong, & T. A. Nadiah Diyana, Pengurusan Strategik Sukan (pp. 83-89). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sukan. (1985). In L. B. Carol, Dasar-dasar Lari (pp. 61-64). Bandung: Penrbit Angkasa Bandung.

Syed Ali. (2013, Mac 31). Ukuruan Panjang Lompat Jauh. Retrieved from Wordpress: https://insanajisubekti.wordpress.com/2013/03/31/ukuran-lapangan-lompat-jauh/

Zati Denan. (2012, Jun 12). Lompat Jauh. Retrieved from Blogspot: http://nota-notapismppj.blogspot.my/2012/06/lompat-jauh.html

37

LOMPAT JAUH KEMAHIRAN OLAHRAGA

Lampiran

top related