sejarah lompat tinggi.doc

24
SEJARAH LOMPAT TINGGI Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta- peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali. Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Upload: ayem-jifat

Post on 16-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEJARAH

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.

Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh

Page 2: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.

CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN

Adakah kejurulatihan satu seni atau sains?

Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian.

Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.

Page 3: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.

FAKTOR MEKANIKAL

1. Kelajuan Lonjakan

• Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.

• Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.

• Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.

• Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan.

• Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.

• Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat.

Page 4: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

• Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna.

• Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur.

• Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak.

• Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:-

o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.

o Berhenti dengan kaki lonjakan.

o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.

• Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang.

• Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar.

Page 5: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.

1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.

2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas.

3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.

Page 6: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.

KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.

Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.

RUMUSAN

Page 7: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua acara lompatan. Semua

kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal. Kelajuan ketika lonjakan akan

memberi kesan kepada arah layangan. Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas

atlit ketika dia di udara. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan

parabola. Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan.

Lompat Tinggi – Bahagian 1

PENGENALAN

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan  di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit.

Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semulajadi. Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :

Page 8: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

1)     Gaya Gunting (Scissors)

2)

3)     Gaya Eastern Cut-Off.

4)     Gaya Guling Barat (Western Roll).

5)     Gaya Guling Pelana (Straddle).

6)     Gaya Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya pertama hingga gaya keempat termasuk dalam fasa layangan. Bagi gaya pertama hingga ketiga tidak akan menghasilkan lompatan yang tinggi. Ini disebabkan gaya-gaya tersebut kurang sempurna dari segi teknik melompat. Oleh yang demikian gaya guling pelana (Straddle) dan gaya Flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

Sejarah

Tidak dapat dipastikan apakah Lompat Tinggi pernah disenaraikan dalam sukan Olimpik kuno seperti lompat jauh. Ada sesetengah pendapat mengatakan acara Lompat Tinggi ini pernah dijiadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.

Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan

Page 9: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.

Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari masa-kesemasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir digunakan.

Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat.

Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya static dengan lompatan  menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.

Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

Page 10: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

PERALATAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

1. 1. Tiang Lompat Tinggi.Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

1. 2. Palang Lompat Tinggi.Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

1. 3. Kawsan Mendarat

Page 11: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

1. 4. Pita PengukurPita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

Ukuran

1. Tiang Lompat TinggiTiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

1. Palang Lompat Tinggi.Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

1. Kawasan MendaratKawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.

Page 12: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

1. Pita PengukurPita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/18/lompat-tinggi-bahagian-1/

Lompat Tinggi

PENGENALAN LOMPAT TINGGI

Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian dan sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.

SEJARAH LOMPAT TINGGI

  Bermula semasa Olimpik pada zaman Greece.  Rekod pertama acara lompat tinggi adalah pada abad ke-19, di Scotland  dengan  pencapaian lebih daripada 1.68m  Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting iaitu dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang.Kaki

bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Namun gaya ini tidak digalakkan sama sekali kepada para peserta.

  Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish- American M.F Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.

Page 13: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

  Gaya Timur merupakan gaya yang mula digunakan oleh Sweeny dan kemudiannya dituruti oleh orang-orang Pantai Timur Amerika. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia.

  Pada tahun 1912, Gaya Guling Barat diperkenalkan oleh warga Amerika iaitu M.F Horine dengan lompatan setinggi 6 kaki 7 inci.Kemudian gaya ini ditiru oleh semua peserta Amerika Barat.

  Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana.

  Gaya kelana dan gaya guling barat merupakan gaya saintifik dan lebih berkesan kepada peserta.

LATIHAN DAN ALAT BANTU LOMPAT TINNGI

Sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam acara  lompat tinngi perlu berlatih untuk memantapkan gaya dan cara larian yang ''konsisten''. Kemudian barulah boleh mempelajari pula ''fasa lonjakan''(take-off), layangan, dan mendarat. Alat-alat bantu seperti ''tilam ketangkasan'', ''tali menggantung bola'' (latih melonjak), ''skitel'', ''tandaan'', ''tali palang'', dan ''tiang'' adalah sangat diperlukan untuk memberi '''daya keyakinan'''.

Latihan ketinggian bermula pada aras yang rendah untuk meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat.

FASA LOMPATAN TINGGI

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a)     Penujuan – larian menghala ke palang b)     Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan c)     Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas   palang. d)     Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Page 14: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

GAYA LOMPAT TINGGI

Terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu z

        i.            Gaya gunting      ii.            Gaya pelana    iii.            Gaya barat,    iv.            Gaya timur      v.            Gaya Fosbury Flop

1.      Gaya   gunting

PENUJUAN             i.            Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah

                                          ii.            Pelompat menggunakan 7-9 langkah                                iii.            Pelompat yang melonjat dengan kaki kanan akan berlari-lari sebelah kiri, memulakan

larian dengan kaki kanan.                                        iv.            Pelompat yang melonjat dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan

larian dengan kaki kiri.

LONJAKAN

                                          i.            Pelonjak melonjak dengan kaki luar                                       ii.            Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk

mencondongkan badan semasa membuat lonjakan

LAYANGAN

                                           i.            Kaki bebas dihayun kuat ke atas,selari dengan palang                                         ii.            Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang                                       iii.            Kaki lonjak dihayun ke atas

Page 15: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

PENDARATAN

                                           i.            Pelompat mendarat di atas panggung atau dengan dua belah kaki .

Gaya   Gunting

1.      Gaya   Timur

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 

PERATURAN LOMPAT TINGGI

1.       Peserta mencabut  untuk menentukan giliran lompatan2.      Sebelum pertandingan bermula, Ketua hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya.3.      Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan. Ini juga bererti  bahawa

pelompat boleh memilih untuk tidak melompat selepas gagal percubaan kedua atau ketiga (selepas percubaan pertama atau kedua) dan masih lagi layak melompat pada ketinggian yang berikutnya.

Page 16: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

4.      Kenaikkan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut ;a.   Sehingga seorang pelompat tertinggalb.   Terdapat seri pada kedudukan pertama

Walaubagaimanapun , untuk acara campuran  seperti heptathlon kenaikan ialah 3cm

5.             Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja6.             Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut;

a.       Palang jatuhb.      Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelahhadapan tiang disentuhc.       Gagal melepasi palang tiga kali berturut-turut.

7.             Landasan larian seharusnya tidak kurang daripada 15 m

Tiang dan palang lompat tinggi

Page 17: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

Kawasan larian dan mendarat

CARA MENGUKUR KETINGGIAN

  Bacaan ketinggian terpendek bersudut tepat dari lantai ke bahagian atas palang

  Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian yang kurang dari

1cm diabaikan.

Page 18: SEJARAH LOMPAT TINGGI.doc

Cara mengukur ketinggian palang

Penujuan ke palang

http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/lompat-tinggi.html