latest sejarah lompat jauh

Upload: noridah-ali

Post on 19-Oct-2015

128 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah lompat jauh

TRANSCRIPT

PETA KONSEP LOMPAT JAUH

Peralatan

Pengenalan

Otot-otot yang TerlibatSejarah Lompat Jauh

Prinsip-Prinsip Lompat Jauh

Fasa-Fasa Lompat Jauh -Penujuan/Lari landas-Lonjakan (Take Off)-Layangan-PendaratanGaya/Teknik Lompat Jauh-Gaya layar-Gaya Gantung-Gaya Kayuh

SEJARAH LOMPAT JAUHLompat jauh adalah sejenis acara olahraga dimana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang.Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik padaYunani Purba. Seseorang atlet akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Antara yang paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkanlompatan sejauh 7 m 5 cm.

PERALATANAcara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh:i. Lorong Larian (Runaway)Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta membuat lompatan.

ii. Papan Pelepas (Take-Off Board)Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya.

iii. Petunjuk Plastisin (Plasticine Indicator)Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

iv. Kawasan Pendaratan (Landing Area)Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasa ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang dan 2.75 m lebar.

v. Pita Pengukur (Measuring Tape)Pita pengukur digunakan unutk mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

vi. Peengukur Halaju Angin (Wind Velocity Indicator)Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.

vii. Bendera Isyarat (Flag)Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.

viii. Kasut Berpaku (Spike)Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara ini.

PRINSIP-PRINSIP LOMPAT JAUH Mencapai jarak lompatan yang maksimum berupaya berlari dengan pantas. Melompat dengan kuat. Mempunyai kelenturan badan dan daya koordinasi baik larian dan lonjakan bergerak mengikut satu lingkungan parabola. Mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persedian untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUHTerdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :- Gaya layar Gaya gantung Gaya tendang

GAYA LAYAR

GAYA GANTUNG

GAYA TENDANG KAYUH

OTOT YANG TERLIBATAntara bahagian-bahagian otot yang terlibat adalah seperti:a. Gasteroidb. Hamstring group & rektus femorisc. Quadreceps & rektus abdominis

LOMPAT JAUH GAYA LAYARTeknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah dilakukan. Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.

LOMPAT JAUH GAYA GANTUNGTeknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat.

LOMPAT JAUH GAYA KAYUHTeknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.

FASA-FASA LOMPAT JAUH Fasa Penujuan (Lari menuju ke papan lompat)i. Pelompat akan berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.ii. Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum bagi menghasilkan lonjakan yang berkesan.iii. Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat haruslah merendahkan sedikit bahagian badan untuk mendapatkan tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

1. Fasa Lonjakan (Take off)i. Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat.ii. Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.iii. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.iv. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.v. Kedua-dua belah tangan dihayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

2. Fasa Layangani. Mencangkung dan melompat kehadapan serta tangan didepa ke atas.ii. Gunakan kekuatan kedua-dua kaki.iii. Melompat sambil melentikkan badan ke belakang.iv. Kedua-dua tangan didepakan ke udara/belakang.

3. Fasa pendaratan.i. Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.ii. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.iii. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

LATIHAN ANSUR MAJU

Menentukan kaki lonjakan di mana pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

Latihan lonjakan Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh. Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat. Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

Latihan mendarat Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan. Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat. Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).Mengukur penujuan Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut. Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan. Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

Latihan gaya lompatan berbeza Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas. Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang kayuh). Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

Ansur maju Larian menuju ke papan lonjak:

Dilakukan secara berpasangan. A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala B berdiri berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak. Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak ukuran di tempat permulaan. Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah. Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru. Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut. Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.

ANSUR MAJU LONJAKAN

Ansur maju 1:

Lonjak dari papan lonjakan. Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah. Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan. Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan tumit

Ansur maju 2:

Melonjak dari hujung bangku. Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku. Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggiyang termampu. Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter daripapan lonjakan. Lari sejauh lima hingga enam langkah. Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat

Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1:

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir. Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2:

Mencecah bola dengan hujung tangan. Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan dikawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai. Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan. Cuba mencecah bola dengan hujung tangan. Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

Mencecah bola dengan dahi. Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan dikawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh. Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan. Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan sertatangan ke atas. Cuba sentuh bola dengan dahi. Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkankepala ke atas. Mendarat dengan tumit dahulu. Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH

1.Kawasan Lari LandasKawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.

2.Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat.

3.Papan Penanda PlastesinDiperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal.4.Kawasan MendaratKawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat.

5.Peraturan UmumJika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberi tiga kali percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.

LAMPIRANKASUT BERPAKU (SPIKE)PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)KAWASAN PENDARATANPETUNJUK PLASTISINLorong Larian (Runaway)

12