laporan big fasa 2
Post on 23-Oct-2015
93 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tentatif program ceramah
Tarikh : 16.04.2013
Hari : Selasa
Tempat : Makmal Komputer
SK Kebangsaan Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Aktiviti: Ceramah
Tajuk : Guru Insan Yang Mulia
Masa Aktiviti
2.00 petang - Pendaftaran
2.15 petang - Ceramah
Ustaz Ibrahim bin Yusoff
3.30 petang - Penyampaian cenderahati
3.45 petang - Jamuan
4.00 - Bersurai
1
Laporan ceramah
Tarikh : 16.04.2013
Hari : Selasa
Tempat : Makmal Komputer
SK Kebangsaan Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Aktiviti: Ceramah
Tajuk : Guru Insan Yang Mulia
Aktiviti :
1. Pada pukul 2.00 petang, guru hadir dan membuat pendaftaran.
2. Selepas guru membuat pendaftaran, guru masuk dan menunggu penceramah datang
untuk mendengar ceramah.
3. Encik Puspagaran datang untuk melihat pelaksanaan ceramah ini. Encik
Puspagaran meluang masa dengan kami dan memberi panduan untuk melaksanakan
ceramah ini.
4. Pada pukul 2.15 petang penceramah pun datang, dan ceramah dimulakan dengan
pengacara majlis memberi ucapan dan seterusnya meneruskan ceramah oleh ustaz
Ibrahim bin Yusoff.
5. Tajuk ceamah ialah ’ Guru Insan Yang Mulia’. Ustaz Ibrahim memulakan ceramah
beliau sehingga pukul 3.30 petang ustaz Ibrahim sebagai menghargai kehadiran
beliau datang memberi ceramah.
6. Selepas itu, diadakan sedikit jamuan. Semua guru dan penceramah menikmati
hidang petang.
7. Ceramah selesai pada pukul 4.00 petang.
2
Tentatif program gotong - royong
Tarikh : 24.04.2013
Hari : Khamis
Tempat : Kelas 5 Cemerlang
SK Kebangsaan Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
Masa : 3.30 petang – 5.30 petang
Aktiviti: Gotong - royong
Masa Aktiviti
2.30 petang - Pendaftaran
- Pembahagian tugasan untuk gotong - royong
3.00 petang - Aktiviti gotong – royong dijalankan
5.15 petang - Rehat
5.30 petang - Bersurai
3
Laporan Gotong - royong
Tarikh : 24.04.2013
Hari : Khamis
Tempat : Kelas 5 Cemerlang
SK Kebangsaan Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
Masa : 3.30 petang – 5.30 petang
Aktiviti: Gotong - royong
Aktiviti :
1. Murid hadir ke sekolah pada pukul 2.30 petang. Selepas itu murid membuat
pendaftaran sebelum aktiviti gotong – royong dijalankan.
2. Selepas pendaftaran, guru pun memberi penerangan ringkas mengenai gotong –
royong dan seterusnyan membuat pembahagian tugas.
3. Gotong – royong dimulakan pada pukul 3.00 petang. Semua murid menjalankan
tugas yang telah diberi.
4. Saya lihat murid – murid tekun menjalankan tugas dan mereka menunjukkan
semangat bekerjasama antara satu sama lain.
5. Setelah gotong – royong selesai, murid berhenti rehat sambil menikmati hidang yang
telah disediakan oleh guru.
6. Semua murid berpuas hati melihat kelas yang mereka jalankan gotong – royong
berada dalam keadaan kemas dan ceria.
7. Murid bersurai pada pukul 5.30 petang.
4
Bina Insan Guru Fasa 2
Aktiviti : Ceramah
Tajuk : Guru Sebagai Insan Mulia
Tempat : Makmal Komputer SK Sungai Rusa
Tarikh : 16 April 2013
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Pada semester ini, saya telah berada dalam semester 4 sebagai pelajar PPG. Pada semester
ini juga saya dikehendaki menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2. Aktiviti
BIG untuk semester ini terbahagi kepada 2 iaitu ceramah dan khidmat masyarakat. Oleh itu,
semester ini saya dikehendaki menjalankan 2 aktiviti ceramah dan khidmat masyarakat.
Masa yang diperuntukan untuk ceramah ialah 2 jam. Terdapat 3 bahagian di dalam tajuk
ceramah iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A merangkumi skop
Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang. Kumpulan sasaran untuk bahagian ini ialah rakan
sejawat Antara tajuk di dalam bahagian A ialah :-
i. Guru sebagai insan mulia
ii. Kualiti peribadi dan profesionalisma seorang guru.
iii. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.
Manakala bahagian B ialah Guru dan Hubungan Komuniti. Kumpulam sasaran bahagian ini
ialah masyarakat setempat. Antara tajuk yang terdapat di dalam bahagian ini ialah :-
i. Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan.
ii. Guru sebagai agen perubahan masyarakat.
iii. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan.
Bagi bahagian C ialah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme. Antara tajuk di dalam
bahagian ini ialah :-
i. Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia
ii. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas.
iii. Etika dan moral profesional.
5
iv. Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada peranan dan
tanggungjawab guru.
Sebelum menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) , saya telah diberi taklimat umum
mengenai Bina Insan Guru (BIG). Taklimat umum mengenai ceramah telah diadakan pada
10 Mac 2013 di IPG Kampus Pulau Pinang. Selesai sahaja taklimat tersebut, saya pun
membuat perancangan mengenai aktiviti yang hendak dibuat untuk program Bina Insan
Guru (BIG).
Di sekolah saya telah berbincang dengan setiausaha Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) iaitu Puan Haslinda Omar untuk menjalankan ceramah bagi program
Bina Insan Guru (BIG). Setelah berbincang dengannya, kami telah mencapai kata sepakat
untuk memilih bahagian A iaitu Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang. Tajuk yang dipilih
ialah Guru Sebagai Insan Mulia. Saya menjalankan Bina Insan Guru (BIG) bersama rakan
saya iaitu Azisah binti Jusoh dari sekolah SK Titi Teras. Kami telah bersetuju menetapkan
tarikh LDP pada 16 April 2013 jam 2.00 – 4.00 petang. Setelah mencapai persetujuan saya
pun berjumpa dengan guru besar untuk berbincang tentang pelaksanaan program ini. Guru
besar bersetuju dan menjadikan ceramah ini sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
yang pertama.
Semasa melaksanakan ceramah ini, terdapat kekuatan, kelemahan, ancaman
dan peluang yang saya hadapi bagi menjayakan ceramah ini. Antara kekuatan semasa
mengendalikan ceramah ini ialah penceramah yang dijemput iaitu Ustaz Ibrahim bin Yusof
merupakan seorang penceramah yang berpengalaman dan ini dapat memberi ceramah yang
menarik. Oleh itu, ini dapat menarik minat guru, dan semua guru berasa seronok ketika
ceramah dijalankan. Selain itu, guru SK Sungai Rusa dapat menimba ilmu pengetahuan
yang lebih mendalam semasa mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ibrahim.
Ustaz Ibrahim yang dijemput untuk memberi ceramah ialah seorang Pegawai di LPPKN
Pulau Pinang. Beliau juga banyak mengadakan ceramah dan khidmat masyarakat di
sempadan Thailand. Dengan pengalaman yang banyak dan meluas, ini merupakan aset bagi
Ustaz Ibrahim menyampaikan ceramah dengan lebih baik.
Selain daripada itu, ceramah yang dijalankan ini berjaya dilaksanakan dengan
tarikh dan perancangan yang dibuat. Antara perancangan yang dibuat ialah menetapkan
tarikh, membuat surat untuk menjemput ceramah, membuat kertas kerja, berbincang dengan
guru besar dan sehingga ceramah dijalankan. Dengan perancangaan yang teliti
membolehkan ceramah dijalankan dengan sempurna. Di samping itu, tajuk ceramah yang
6
dipilih amat sesuai kerana ianya bertepatan dengan profesion perguruan. Selain daripada itu
tajuk ‘ Guru Sebagai Insan Mulia’ dapat menjadikan guru seorang yang menyayangi anak
muridnya dan guru boleh membentuk diri dan sahsiah guru untuk menjadi seorang guru
yang mulia di sisi anak muridnya. Secara tak langsung guru dapat membentuk murid –
murid menjadikan seorang murid yang berjaya dan mempunyai budi perketi yang mulia.
Antara kekuatan lain yang saya lihat semasa menjalankan ceramah ialah
kerjasama yang diberi oleh guru SK Sungai Rusa amat baik dan menggalakkan. Ini terbukti,
apabila ada di kalangan guru di sini yang terlibat dengan kelas tambahan. Guru yang
mengadakan kelas tambahan akan masuk mendengar ceramah apabila mereka selesai
menjalankan kelas tambahan. Ini menunjukkan guru di sini memberi kerjasama yang amat
baik. Selain daripada itu, slaid yang ditunjukkan amat menarik perhatian guru. Ini
menjadikan ceramah Ustaz Ibrahim lebih menarik dengan slaid dan tayangan video yang
menyentuh perasaan guru.
Selain kekuatan, saya juga menghadapi kelemahan semasa mengadakan
ceramah. Antara kelemahan yang saya hadapi ialah masa mengadakan ceramah tersebuat
tidak bersesuaian. Ini kerana pada waktu tersebut banyak kelas tambahan dijalankan, oleh
itu guru tidak dapat mengikuti ceramah di awal ceramah diadakan. Selain itu, ada juga guru
yang terlibat dengan kursus, menyebabkan guru tidak dapat hadir untuk mendengar ceramah
tersebut. Semasa ceramah dijalankan, ‘hand –out’ tidak diberi kepada guru, menyebabkan
guru terpaksa menyalin maklumat penting untuk dijadikan panduan kepada guru. Jika ‘hand
out’ diberikan , maka ini memudahkan guru untuk menyemak kembali dan menggunakan
semasa mengajar murid di dalam kelas. Oleh itu, segala bahan mesti diberi dalam bentuk
bercetak supaya memudahkan guru. Ini kerana saya mengetahui ada sesetengan guru yang
tidak menulis perkara penting yang disampaikan oleh Ustaz.
Kelemahan yang lain ialah tempat yang digunakan untuk ceramah adalah
tidak sesuai. Ini kerana kemudahan yang terdapat di situ mempunyai kekekurangan dari
segi alat penyawa dingin yang tidak berfungsi dengan baik. Saya lihat penceramah berasa
tidak selesa dan saya dapati penceramah sentiasa mengelap peluh yang mengalir di
mukanya. Melihat keadaan penceramah yang sedemikian, maka salah seorang guru lelaki
telah mengambil kipas dan memasang di makmal komputer. Selain itu, terdapat banyak
komputer di dalam makmal komputer menyebabkan sukar untuk guru melihat slaid yang
ditayangkan oleh Ustaz Ibrahim. Selain itu kedudukan guru dengan guru yang agar jauh.
Ini menyukarkan guru untuk berkomunikasi sesama mereka.
7
Semasa saya menolong Ustaz memasang LCD, tiba – tiba LCD tidak
berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan saya terpaksa menukar semula LCD yang lain dan
mengambil masa untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas saya mengambil LCD yang lain
barulah dapa berfungsi dengan baik. Selain itu, saya juga kurang mahir dalam
mengendalikan perkakasan komputer. Saya juga terpaksa meminta pertolongan daripada
juruteknik sekolah ini. Kekurangan yang ada pada saya menjadikan salah satu faktor
kelemahan ceramah ini.
Di samping kelemahan yang saya hadapi, saya juga dapat melihar peluang
yang ada semasa ceramah dilaksanakan. Antara peluang yang saya lihat ialah ceramah yang
dijalankan ini mendapat sokongan daripada semua pihak termasuklah guru besar sendiri.
Kebetulan pada masa itu, setiausaha LDP meminta saya mencari tajuk yang sesuai untuk
menjalankan Latihan Dalam Kumpulan untuk sekolah saya. Selepas itu, saya pun
memberitahu setiausaha LDP tentang program Bina Insan Guru yang mengkehendaki saya
menjalankan satu ceramah . Setelah berbincang dengan guru tersebut, saya pun mengambil
peluang ini untuk menjadikan ceramah yang saya akan jalankan sebagai LDP di sekolah ini.
Saya menyediakan semua kertas kerja dan juga meminta setiausaha LDP mencari
penceramah yang sesuai. Ini kerana, saya tidak mempunyai kenalan dalam bidang yang
berkaitan.
Selain daripada itu, ceramah ini juga memberi peluang kepada guru sekolah
saya mengenali dengan lebih rapat lagi rakan saya iaitu guru SK Titi Teras iaitu Cikgu
Azisah. Dengan ini, dapat mewujudkan hubungan yang erat di antara kedua – dua buah
sekolah. Selain itu, guru sekolah saya dapat bertukar – tukar pendapat mengenai suasana
sekolah masing – masing. Apabila saya mendengar ceramah yang diberi oleh Ustaz, maka
ini memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan keyakinana diri apabila saya
menggalaskan tugas sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru, kita harus didedahkan
dengan ceramah – ceramah yang berkaitan dengan profesion perguruan. Ini bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan seseorang untuk terus berbakti mendidik anak bangsa. Selain
daripada itu, ceramah yang dijalankan juga dapat meningkatkan jati diri seseorang guru.
Saya dan guru yang lain akan menjadi lebih bersemangat untuk menjalankan tugas mengajar
dan mendidik anak murid supaya melahirkan anak murid yang berwawasan dan beretika.
Saya juga mendapat peluang, apabila guru besar sudi membiayai bayaran
untuk penceramah. Ini menunjukkan pihak pentabiran memberi sokongan yang amat baik
kepada saya untuk ceramah yang saya jalankan. Pada awalnya, saya berasa buntu
8
memikirkan dimana saya harus mendapat wang untuk membiayai penceramah. Akhirnya
setelah menyuarakan masalah ini kepada guru besar, maka masalah saya dapat diatasi. Ini
merupakan satu peluang yang saya dapat semasa saya menjalankan ceramah ini.
Semasa menjalankan ceramah ini, saya juga menghadapi ancaman dari
pelbagai sudut. Antara ancaman yang saya hadapi ialah semasa pelaksanaan ceramah ini,
ada program lain yang dijalankan pada tarikah yang sama di sekolah saya. Program yang
maksudkan ialah program Sekolah Hijau. Ini kerana, sekolah saya memang telah memasuki
pertandingan Sekolah Hijau. Apabila saya mengetahui pada tarikh tersebut ada program
yang akan dijalankan, maka saya pun berjumpa dengan guru besar untuk membuat
perbincangan semula. Saya memaklumkan pada guru besar bahawa tarikh ceramah tidak
boleh dibatalkan kerana saya membuat temujanji dengan penceramah. Pada awalnya, tarikh
yang saya tetapkan untuk ceramah, memang tidak ada aktiviti yang dijalankan di sekolah
ini, tetapi guru besar saya terlupa mengenai tarikh tersebut, maka guru besar pun
menetapkan tarikh yang sama dengan ceramah untuk program Sekolah Hijau. Akhirnyan
setelah berbincang dengan guru besar, maka keputusan telah dicapaikan. Kedua – dua
aktiviti akan dijalankan serentak dan guru besar memberi kebenarana untuk menyuruh
semua guru hadir ke ceramah yang saya jalankan. Manakala program Sekolah Hijau banyak
melibatkan murid sekolah dan beberapa orang guru sahaja. Akhirnya, dapat juga saya
jalankan ceramah ini, walaupun pada masa itu ada aktiviti lain dijalankan. Selain itu, saya
juga mendapat sokongan yang mengggalakkan daripada guru – guru sekolah dan ini
memudahkan ceramah dijalankan. Di samping itu, ceramah ini terpaksa dijalankan pada
waktu hari bekerja . Ini kerana, pada hari Sabtu tidak dapat dijalankan kerana banyak
aktiviti dijalankan pada hari Sabtu seperti kelas tambahan dan ada juga guru yang terlibat
dengan kelas pengajian. Kebanyakkan guru terlibat dengan kelas tambahan dan sukar untuk
saya mencari waktu yang sesuai untuk memastikan semua guru hadir ceramah ini. Apabila
diadakan pada waktu hari bekerja, ini mendatangkan banyak ancaman kerana guru kurang
memberi tumpuan kerana guru terpaksa meluangkan masa sehingga pukul 4.00 petang.
Kesannya tumpuan yang diberi oleh guru semasa ceramah amat kurang kerana guru berasa
letih.
Ancaman lain yang saya hadapi ialah mengenai penceramah yang hendak
saya jemput. Pada awalnya saya hendak menjemput Encik Abu Bakar bin Jamaluddin dari
Pusat Urus Zakat (PULAZA) tetapi Encik Abu Bakar tidak dapat hadir kerana beliau
mempunyai tugas yang lebih penting pada tarikh yang itu. Oleh kerana, Encik Abu Bakar
9
tidak dapat hadir, maka saya pun mencari alternatif lain iaitu dengan menjemput
penceramah lain. Akhirnya saya berjaya menjemput Ustaz Ibrahim bin Yusoff untuk
memberi ceramah. Selain daripada itu, tidak ada bilik yang sempurna untuk menjalankan
ceramah ini. Ini kerana makmal komputer yang digunakan mempunyai kekurangan dari
segi alat penghawa dingin yang tidak berfungsi dengan baik. Ini merupakan salah satu
ancaman yang terpaksa saya lalui kerana sekolah saya tidak mempunyai tempat yang lebih
selesa selain daripada makmal komputer. Walaubagaimanapun ceramah tersebut tetap
berjalan dengan jayanya walaupun menghadapi ancaman .
Selain daripada itu, saya juga terpaksa membahagikan tugas saya mengajar
dan masa untuk mengendalikan ceramah ini. Walaupun ianya nampak mudah, tetapi ianya
perlu perancangan yang teliti supaya ceramah ini dapat dijalankan dengan jayanya. Saya
juga menyediakan jawatankuasa kerja supaya pengagihan tugas dapat diagihkan dengan
adilnya. Saya bersyukur kerana guru memberi kerjasama yang baik seperti memesan
makanan untuk guru – guru sekolah dan juga penceramah.
Secara tuntasnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk
membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu
masyarakat. Pada zaman moden ini, guru bertanggungjawab untuk memberi pendidikan dan
tingkah laku ke atas murid – murid kita di sekolah. Guru juga harus memahami idea
perubahan dengan sempurna dan secukupnya dengan menyusun strategi yang rapi untuk
memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu tajuk ‘ Guru Sebagai
Insan Mulia’ amat bersesuaian dan bertepatan untuk menjadikan guru seorang insan yang
mulia.
10
Bina Insan Guru Fasa 2
Aktiviti : Khidmat Masyarakat
Tajuk : Gotong – Royong
Tempat : Sekolah Kebangsaan Titi Teras
5 Cemerlang
Tarikh : 24 April 2013
Masa : 2.30 – 5.30 petang
Pada semester ini, saya telah berada dalam semester 4 sebagai pelajar PPG.
Pada semester ini juga saya dikehendaki menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa
2. Aktiviti BIG untuk semester ini terbahagi kepada 2 iaitu ceramah dan khidmat
masyarakat. Oleh itu, semester ini saya dihendaki menjalankan 2 aktiviti iaitu ceramah dan
khidmat masyarakat. Manakala masa yang diperuntukan untuk khidmat masyarakat ialah 3
jam. Terdapat 3 tajuk untuk khidmat masyarakat iaitu:-
i. khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat
penjagaan warga emas dan lain-lain)
ii. Bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)
iii. Gotong-royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat dan
lain-lain)
Sebelum menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) , saya telah diberi taklimat
umum mengenai Bina Insan Guru (BIG). Taklimat umum mengenai ceramah telah
diadakan pada 10 Mac 2013 di IPG Kampus Pulau Pinang. Selesai sahaja taklimat tersebut,
saya pun membuat perancangan mengenai aktiviti yang hendak dibuat untuk program Bina
Insan Guru (BIG).
Saya telah berbincang dan bersepakat untuk menjalankan aktiviti gotong – royong
bersama dengan rakan saya iaitu cikgu Azisah dari Sekolah Kebangsaan Titi Teras. Setelah
berbincang , kami telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong – royong di Sekolah
11
Kebangsaan Titi Teras. Kumpulan sasaran untuk aktiviti khidmat masyarakat ini ialah
murid. Kami telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti gotong – royong membersihkan
kelas 5 Cemerlang. Oleh itu saya telah membawa murid saya seramai 15 orang iaitu dari
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa untuk aktiviti gotong – royong ini. Segala perancangan
dan kertas kerja telah dibuat untuk pelaksanaan gotong – royong. Saya dan rakan saya
bersetuju untuk menjalankan aktiviti gotong – royong pada 24 April 2013 jam 3.30 – 5.30
petang iaitu selama 3 jam.
Semasa melaksanakan gotong – royong ini, terdapat kekuatan, kelemahan,
ancaman dan peluang yang saya hadapi bagi menjayakan gotong - royong ini. Antara tugas
yang dibuat oleh murid – murid untuk aktiviti gotong - royong ialah mengecat bilik darjah,
menampal carta, mencuci tingkap, memasang alas meja untuk setiap murid dan menyapu
sampah. Antara kekuatan semasa menjalankan gotong – royong ialah saya dapat
menyelitkan unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan jelas
terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid - murid. Contohnya,
semasa kerja mengecat kelas, saya dapat lihat murid – murid bekerja bersungguh – sungguh
untuk memastikan kerja yang diberi oleh guru dapat disiapkan dengan segera dan
memuaskan. Saya lihat murid menunjukkan semangat bergotong – royong dan bekerjasama
semasa membuat kerja.
Selain itu, kekuatan yang saya dapat ialah, Bina Insan Guru (BIG) yang
dirancang oleh kami telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya juga
mendapat kerjasama yang baik dan memuaskan dari murid Sekolah Kebangsaan Titi Teras,
walaupun mereka mengetahui saya bukan merupakan guru yang mengajar di sekolah itu,
tetapi mereka tetap menghormati saya dan memberi sepenuhnya kerjasama yang baik. Saya
lihat semua murid dapat berkerjasama sesama mereka dan memberikan sepenuh kerjasama
dari awal ke akhir gotong -royong. Maka, aktiviti gotong – royong ini merupakan suatu
program susulan untuk meneruskan kesinambungan silaturahim ini.
Di samping itu, program khidmat masyarakat iaitu gototong –royong ini
dapat mewujudkan perhubungan erat dan dinamis di antara saya dengan murid Sekolah
Kebangsaan Titi Teras disamping dapat bertukar pendapat dan mengetahui tentang
kehidupan murid – murid di sekolah tersebut . Contohnya, saya dapat berinteraksi antara
satu sama lain semasa menjalankan tugas. Hal ini membolehkan saya mempelajari
kemahiran berkomunikasi bersama dengan murid – murid.
12
Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat
komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Maka, ini
membolehkan saya lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri murid – murid dan
mengambil tindakan yang sewajarnya.
Aktiviti gotong -royong sememangnya menyintil atau menyelitkan nilai-nilai
yang dikehendaki dalam diri setiap diri murid - murid. Sebagai contoh, nilai seperti kasih
sayang, cinta kepada alam sekitar, berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh setiap
murid dan saya sebagai guru. Sudah tentu nilai-nilai murni ini dapat memantabatkan
profesion perguruan.
Selain itu, kekuatan yang saya dapat ialah masa yang dirancang oleh kami
telah berjalan dengan lancar. Aktiviti ini dijadualkan bermula pada pukul 3.30 petang.
Saya lihat murid – murid telah berada di sekolah tepat pada pukul 3.30 petang. Ini
menunjukkan murid telah memberi kerjasama yang baik dan menepati masa. Masa untuk
bergotong - royong tidak dibuang begitu sahaja, maka kami dapat melaksanakan gotong –
royong dengan jayanya.
Di samping itu, semasa gotong –royong dijalankan , saya juga mendapat
sokongan yang baik daripada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Titi Teras iaitu guru
besar sekolah tersebut. Saya juga mendapat kerjasama daripada guru sekolah tersebut dan
juga guru kelas 5 Cemerlang. Saya amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh pihak
pentadbiran Sekolah Kebangsaan Titi Teras.
Manakala kelemahan yang saya dapat , melalui aktiviti gotong –royong ialah
masa yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti gotong - royong. Ini kerana masa
yang diberi adalah selama 3 jam sahaja. Oleh itu, saya harus membuat perancangan yang
baik untuk memastikan gotong – royong dapat siap dalam masa yang ditetapkan dan
keadaan kelas tersebut menjadi lebih ceria berbanding sebelum gotong – royong.
Selain itu, kelemahan yang saya hadapi semasa menjalankan aktiviti gotong
– royong ialah dari segi modal. Saya dan rakan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk
membeli peralatan bagi aktiviti gotong – royong. Ini kerana pihak pentadbiran tidak
menyediakan peruntukan yang khas untuk gotong –royong ini kerana saya menjalankan
gotong – royong ini bagi tujuan BIG sahaja.
Di samping itu, kelemahan lain ialah kurang kerjasama yang diberikan oleh
guru di sekolah ini. Ini kerana mereka menganggap , kami menjalankan aktiviti gotong –
royong dengan tujuan untuk menyediakan laporan BIG sahaja, maka mereka kurang
13
memberi galakan dan sambutan kepada program ini. Ini mungkin disebabkan kurang
maklumat yang didedahkan kepada guru di sekolah ini. Ini merupakan satu kelemahan
yang saya lihat daripada pihak guru. Walaupun saya mengetahui,kumpulan sasaran
program ini ialah murid – murid , tetapi sebagai guru harus melibatkan diri dengan program
semacam ini.
Selain itu, pemilihan tempat untuk gotong – royong agar kecil iaitu kelas,
maka kerja yang dilakukan oleh murid agar berkurangang. Oleh itu pemilihan sesuatu
kawasan itu seharusnya boleh memuatkan pengisian masa, mahupun memenuhi objektif
program ini.
Manakala saya juga mendapat peluang semasa melaksanakan gotong –
royong . Antara peluang yang saya dapat ialah saya pengalaman bekerja di sekolah lain. Ini
merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Selain itu, saya juga mendapat
pengalaman bekerja dengan murid – murid Sekolah Titi Teras. Saya juga lihat murid –
murid sekolah saya mendapat lebih ramai kenalan dan dapat bergaul dengan lebih rapat lagi.
Pada awalnya, saya lihat murid –murid sekolah saya dengan murid – murid Sekolah
Kebangsaan Titi Teras agar malu dan pendiam. Saya lihat masing – masing tidak bertegur
antara satu sama lain, mungkin disebabkan mereka pemalu. Tetapi setelah mereka
bergotong – royong bersama – sama, saya dapati hubungan antara kedua – dua mereka
sudah mula rapat. Ini merupakan satu peluang kepada saya untuk mewujudkan semangat
kerjasama antara mereka.
Selain daripada itu, ini merupakan satu peluag kepada saya untuk
menguruskan murid – murid sekolah saya dengan murid – murid Sekolah Kebangsaan Titi
Teras. Saya dapat memberi arahan yang baik dan jelas kepada semua murid – murid dan
mereka dapat menjalankan kerja dengan baik. Di samping itu, saya juga dapat mengenali
murid SK Titi Teras dengan lebih dekat lagi. Begitu juga saya dapat mengenali murid saya
dengan lebih mendalam lagi. Segala tugasan yang diberikan oleh saya kepada murid –
murid dapat mereka laksanakan dengan jayanya.
Antara peluang lain yang diperolehi dengan mengadakan gotong –royong
ialah melatih murid – murid menjadi lebih kreatif dengan cara melukis mural di dinding
kelas. Selain daripada itu, memberi peluang kepada murid – murid bertukar pendapat
sesama rakan mereka. Dengan secara tak langsung, dapat mengeratkan hubungan antara
kedua –dua buah sekolah. Aktiviti gotong –royong yang dijalankan ini dapat melatih murid
supaya mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan alam sekeliling. Ianya
juga dapat mendidik murid – murid supaya sentiasa menjaga kebersihan.
14
Di samping , aktiviti gotong –royong yang dijalankan berorientasikan kepada
nilai kerjasama ini telah mewujudkan satu interaksi daripada satu murid kepada satu murid
lain. Interaksi yang telah terhasil daripada hubungan kerjasama ini menjadikan saya semakin
rapat dengan murid – murid . Perkara yang dilakukan secara bersama ini secara tidak
langsung telah membina satu perasaan yang sama, iaitu satu perasaan yang memerlukan
antara satu sama lain. Oleh itu, aktiviti-gotong – royong ini sedikit sebanyak telah
mengurangkan jurang antara saya dan murid – murid , sekaligus menjadikan saya lebih
positif terhadap mereka dan hubungan semakin rapat.
Semasa gotong – royong dijalankan, sekolah tersebut telah membuat
mesyuarat guru. Ini menyebabkan rakan saya memohon kepada guru besar untuk tidak
hadir dalam mesyuarat kerana hendak menjalankan gotong – royong. Ini kerana gotong –
royong tersebut telah dirancang dengan lebih awal. Akhirnya, guru besar pun memberi
kebenaran kepada kami untuk melaksanakan aktiviti gotong –royong. Walaupun terdapat
banyak halangan, tetapi gotong – royong dapat dilaksanakan juga.
Selain daripada itu, ancaman yang dihadapi oleh saya semasa mengendalikan
gotong - royong ialah peralatan yang tidak mencukupi untuk membuat kerja. Ini
menyebabkan kami terpaksa meminjam semua peralatan daripada panitia Kemahiran Hidup.
Antara peralatan yang dipinjam seperti cat, berus dan penyapu. Kekurangan peralatan ini
menyukarkan kami untuk menjalankan aktiviti gotong – royong dengan lebih baik.
Di samping itu, saya juga menghadapi ancaman untuk membawa murid –
murid saya ke Sekolah Kebangsaan Titi Teras kerana ada di kalangan ibubapa yang tidak
memberi kebenaran kepada anak – anak mereka untuk menyertai aktiviti gotong – royong.
Ini menyebabkan berlaku kesukaran untuk saya mencari murid lain bagi menggantikan
murid yang tidak dapat hadir. Selain itu, ibubapa tidak memberi kebenaran kerana pada
waktu tersebut kebanyakkan anak – anak mereka pergi ke kelas agama pada waktu petang.
Ini merupakan salah satu sebab ibubapa tidak membenarkan anak mereka mengikuti saya
untuk menjalankan aktiviti gotong – royong.
Selain daripada itu, saya dibebani tugas di sekolah yang banyak dan ini
menyukarkan saya untuk melaksanakan aktiviti gotong –royong. Tambahan pula pada
tarikh tersebut sekolah saya telah mengadakan mesyuarat, oleh itu saya terpaksa memohon
pengecualian daripada guru besar untuk pulang awal bagi menyiapakan diri untuk
menjalankan aktiviti gotong – royong.
Secara tuntasnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang
bertujuan untuk membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai
15
sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru bertanggungjawab untuk memberi
pendidikan dan tingkah laku ke atas murid – murid kita di sekolah. Guru juga harus
memahami idea perubahan dengan sempurna dan secukupnya dengan menyusun strategi
yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu
khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh saya dan rakan saya akan menjadikan murid –
murid seorang yang bertanggungjawab.
16
Pertama saya berasa amat bersyukur, kerana saya berjaya menyiapkan Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 2 yang dijalankan pada 16 April 2013. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Puspagaran kerana sudi hadir ke sekolah
saya untuk memantau dan menjelaskan perkara - perkara yang perlu dilaksanakan selepas
menjalankan ceramah. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak
pentabdiran terutamanya Puan Hajah Hasnah bt A.Hamid selaku Guru Besar dan semua
guru Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa kerana memberi sokongan untuk menjayakan Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 2.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ceramah
dan khidmat masyarakat. Pada semester ini, saya harus menjalankan 2 program iaitu
ceramah dan khidmat masyarakat. Untuk ceramah saya telah memilih bahagian A iaitu
Pembinaan Guru Insan Yang Seimbang. Tajuknya ialah ‘Guru Sebagai Insan Mulia’. Saya
memilih tajuk ini kerana ianya sesuai untuk saya dan guru – guru sebagai seorang guru yang
mana kita ketahui mengajar adalah satu amalan yang mulia. Oleh itu, dengan tajuk ini dapat
memberi kesedaran kepada guru – , guru bahawa guru merupakan seorang insan yang mulia.
Kekuatan yang saya hadapi ialah mendapat kerjasama daripada semua guru
sekolah ini. Ini memudahkan kerja saya dijalankan apabila guru memberi kerjasama.
Selain itu, guru besar juga memberi galakan dan sokongan untuk saya menjalankan ceramah
kerana ianya dijadikan sabagai satu LDP untuk sekolah ini. Guru besar juga sudi
membiayai bayaran untuk penceramah yang dijemput. Ini menunjukkan guru besar
memberi sokongan padu untuk memastikan ceramah ini berjalan seperti yang dirancang.
Oleh sebab saya, tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan
ceramah, maka saya meminta bantuan daripada setiausaha LDP untuk mengendalikan
ceramah ini. Saya dikehendaki menyediakan kertas kerja dan senarai jawatankuasa kerja.
Selepas itu saya menghubungi penceramah, dengan bantuan Puan Haslinda iaitu setiausaha
LDP sekolah saya. Akhirnya tarikh ceramah telah ditetapkan dan saya telah membuat
temujanji dengan Ustaz Ibrahim bin Yusoff dari LPPKN. Saya juga perlu membahagi masa
saya dengan baik di antara tugas sebagai pendidik dan dalam melaksanakan BIG yang
merupakan pengajian saya di IPG.
17
Ceramah dimulakan sebaik sahaja penceramah jemputan hadir iaitu Ustaz Ibrahim
bin Yusoff. Saya bertindak sebagai pengacara majlis pada petang itu, mengucapkan ribuan
terima kasih diatas kesudian guru yang hadir. Saya juga memaklumkan mengenai ceramah
ini kepada rakan – rakan saya yang lain. Saya juga dilawati oleh pensyarah saya iaitu Encik
Puspagaran untuk memantau pelaksanaan ceramah ini.
Kekuatan yang saya ada semasa menjalankan ceramah ini ialah penceramah
yang pandai menarik perhatian guru . Selain itu, guru – guru tidak berasa mengantuk dan
memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika ceramah dijalankan. Di samping itu tajuk yang
dipilih amat sesuai dan menarik minat guru . Selain itu, isi kandungan tajuk tersebut amat
padat dan bersesuai dengan guru. Selain itu , sikap penceramah yang selalu menyelitkan
unsur - unsur lucu dan ini menjadikan semua guru tidak merasa menggantuk malahan
berasa seronok. Selain daripada itu, slaid yang digunakan oleh penceramah amat menarik
dan dapat menarik minat guru.
Kelemahan yang ada ketika ceramah dijalankan ialah tempat yang tidak
sesuai . Ini kerana makmal tersebut telah dipenuhi dengan komputer . Ini menyukarkan
guru untuk melihat slaid yang di tunjukkan oleh penceramah. Selain itu, kekurangan
kemudahan yang terdapat di makmal komputer menyebabkan guru berasa tidak selesa. Ini
kerana alat penghawa dingin telah mengalami kerosakkan. Saya lihat penceramah pun
berasa tidak selesa kerana dia sentiasa mengelapkan peluh yang mengalir di mukannya.
Memandangkan keadaan penceramah tidak selesa , maka seorang guru lelaki telah keluar
untuk mengambil kipas dan memasang di dalam makmal komputer.
Di samping itu, ancaman yang saya hadapi ketika ceramah ini dijalankan
ialah masa yang tidak bersesuaian. Ini kerana ianya dijalankan pada pukul 2.00 – 4.00
petang. Ini menyebabkan ada di kalangan guru yang merasa mengantuk dan kurang
memberi tumpuan.
Selain itu, ceramah ini memberi peluang kepada guru sekolah ini
mengeratkan hubungan antara rakan saya dari Sekolah Kebangsaan Titi Teras. Selain
daripada itu, wujud sikap kerjasama antara saya dan guru – guru bagi memastikan ceramah
ini dijalankan dengan baik.
Kesimpulannya, ceramah ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada guru
untuk menjadi seorang guru yang mulia. Di samping itu, dapat mengeratkan hubungan yang
baik antara saya dan guru – guru lain. Selain itu dapat mewujudkan sikap kerjasama, tolong
18
– menolong dan bertolak ansur. Di harap program ini, dapat diteruskan pada masa akan
datang agar guru – guru dapat meningkatkan pengetahuan untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti.
Sekian terima kasih.
19
Pertama, saya berasa amat bersyukur, kerana saya berjaya menyiapkan Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 2. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing
Encik Puspagaran. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pentabdiran
terutamanya Puan Hajah Zaharah binti Haji Jaafar selaku Guru Besar dan semua guru
Sekolah Kebangsaan Titi Teras kerana memberi sokongan untuk menjayakan Bina Insan
Guru (BIG) Fasa 2. Tajuk khidmat masyarakat terbahagi kepada 3 iaitu
i. Khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat
penjagaan warga emas dan lain-lain)
ii. Bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)
iii. Gotong-royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat dan lain-lain)
Saya telah memilih untuk menjalankan aktiviti gotong – royong iaitu
membersih kelas 5 Cemerlang. Aktiviti khidmat masyarakat iaitu gotong – royong telah
diadakan pada 24 April 2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Titi Teras, jam 3.30 – 5.30
petang. Selama 3 jam diperuntukkan untuk aktiviti gotong – royong ini. Saya dan rakan
saya telah membuat perancangan sebelum menjalankan gotong – royong . Antara
perancangan yang dibuat ialah menyediakan kertas kerja, jawatankuasa kerja dan tugas
untuk murid menjalankan kerja.
Tepat pukul 3.30 petang saya pun membawa murid saya seramai 15 orang.
Saya pun mengagihkan kepada murid – murid. Setelah saya da rakan memberi taklimat
mengenai gotong – royong kepada murid – murid maka murid – murid pun memulakan
tugas mereka. Ada murid mengecat dinding kelas, memasang alas meja, mengelap tingkap,
memasang pembalut di papan kenyataan.
Secara ringkasnya, aktiviti khidmat masyarakat ini mempunyai beberapa
kekuatan. Pertama sekali, aktiviti ini melatih sikap kerjasama antara murid - murid. Seperti
yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam konteks yang membawa kepada
20
pembangunan sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai contoh, dengan berkat kerjasama antara
ahli-ahli kumpulan, murid telah berjaya mengecat bilik darjah dengan begitu cepat sekali
Kekuatan yang saya dapat ketika menjalankan aktiviti ini ialah semangat
kerjasama yang ditunjukkan oleh semua murid, sama ada murid sekolah saya atau murid
Sekolah Kebangsaan Titi Teras. Kerjasama yang ditunjukkan dengan baik akan
melancarkan aktiviti gotong – royong dijalankan. Selain itu, gotong –royong juga dapat
mengeratkan hubungan antara kedua – dua murid sekolah ini. Murid – murid ini boleh
bertukar pendapat dan berkongsi idea bagi memajukan lagi pelajaran mereka.
Antara kekuatan lain yang saya hadapi semasa menjalankan gotong – royong
ialah saya dapat menyelitkan unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga
keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid -
murid. Contohnya, semasa kerja mengecat kelas, saya dapat lihat murid – murid berkerja
bersungguh – sungguh untuk memastikan kerja yang diberi oleh guru dapat disiapkan
dengan segera dan memuaskan. Saya lihat murid menunjukkan semangat bergotong –
royong dan bekerjasama semasa membuat kerja.
Selain itu, program khidmat masyarakat ini juga merupakan suatu aktiviti
yang bermakna di samping dapat menyihatkan tubuh badan kita. Maka, ianya merupakan
peluang yang baik untuk semua guru dan murid bersenam dan memberikan sedikit
sumbangan kepada sekolah ini. Bukan itu sahaja, program ini juga berjaya membawa diri
saya lebih mendekati dengan murid - murid.
Dari segi kelemahan pula, saya rasa bilangan murid yang terlibat adalah agak
ramai berbanding kawasan ataupun kerja yang ditetapkan. Untuk makluman, jumlah murid
ialah seramai 30 orang, manakala kelas adalah kecil. Hal ini menyebabkan ada sesetengah
murid mencuri tulang. Kelemahan seterusnya adalah seperti kelas yang dipilih adalah agak
bersih. Oleh itu, kerja yang perlu dilakukan adalah agak berkurangan.
Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berasa bahawa , kawasan yang
dipilih itu juga harus lebih besar lagi. Hal ini adalah supaya murid - murid dapat menimba
ilmu pengetahuan yang lebih banyak lagi.
Secara tuntasnya, program khidmat masyarakat memang memberikan
manfaat yang tidak terkira nilainya kepada semua murid dan saya sebagai guru turut
mengambil bahagian dalam aktiviti gotong –royong. Saya berharap di masa yang akan
21
datang, saya dapat mengendalikan lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman
yang baharu.
Sekian, terima kasih.
22
top related