krp 3013 kurikulum & pengajaran sekolah rendah
Post on 23-Feb-2016
138 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
Perbincangan 1Merujuk kepada perkembangan pendidikan yang berlaku di Malaysia, bincangkan kandungan, proses dan matlamat kurikulum & pengajaran sekolah rendah sebelum merdeka, selepas merdeka dan era masa kini
UNIT 1: Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah
PETA KONSEP
Perkembangan Kurikulum & Pengajaran
Zaman SebelumPenjajahan
Inggeris
Pendidikan Tradisional
Zaman Penjajahan Inggeris
Sekolah Inggeris
Sekolah Vernakular
Akta Pelajaran 1961
Zaman Selepas Merdeka
Pendidikan formal - pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang tertentu.
Pendidikan informal - Pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan
orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakat
Pendidikan non-formal - pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti latihan khas, bengkel, dan belajar sambil bekerja yang dirancang
Pendidikan tradisional - pendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelata yang mana ibu bapa ialah orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik
Sekolah vernakular - sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya.
UNIT 2 : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR
Kurikulum Sekolah Rendah
KLSR
KBSR
KSSR
Latar belakang
Perbandingan
KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)1. Pelaksanaan KLSR selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan.
2. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979).
3. Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid.
4. KLSR kurang beri fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan .
“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.” 1979
1. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 untuk percubaan2. KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983.3. KBSR berkonsepkan bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu
pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung.
4. Memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah;berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina persefahaman dalam pergaulan; memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya.
5. Murid aktif, ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
6. Pemulihan kepada murid yang lemah, pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. Pemulihan khas untuk murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), 1983
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), 1993
1. Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah.
2. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan
supaya terdapat kesepaduan.
3. Proses pengajaran dan pembelajaran, dilakukan penggabungjalinan untuk
menyepadukan kemahiran- kemahiran; dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu
pengetahuan.
4. Nilai-nilai sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan
juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh
berlaku secara berasingan, sebaliknya perlu berlaku secara harmonis, menyeluruh dan
sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Selain itu,kesepaduan merangkumi
aspek antara teori dan praktik; dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan
sebenar di luar bilik darjah.
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, 1988
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), 2011
1. Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah2. 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR uji rintis di 500 buah sekolah rendah (50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih.)
3. Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran.
UNIT 3 : MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Matlamat Kurikulum Sekolah Randah
Matlamat Kurikulum
Dalam Pendidikan Sebelum
Penjajahan
Matlamat Kurikulum
Dalam Pendidikan
Semasa Penjajahan
Matlamat Kurikulum
Dalam Pendidikan
Selepas Merdeka
Matlamat KBSR
Matlamat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial
b. Warganegara yang bertanggungjawab c. Global Playerd. Pekerja ilmu
. . . Petikan dari BPK, KPM (2010)
Apakah matlamat KSSR?
Perbincangan 2Berdasarkan perubahan yang berlaku dalam kurikulum sekolah rendah, banding bezakan dari aspek organisasi kurikulum, mata pelajaran dan elemen bersepadu dalam KBSR dan KSSR
UNIT 4 : ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Organisasi KurikulumSekolah Rendah
Tahap-tahap DalamKBSR/ KSSR
Organisasi KBSR 1. Bidang2. Mata Pelajaran
Organisasi KSSR 1. Tunjang2. Mata Pelajaran
Banding Beza Antara Organisasi
KBSR Dengan KSSR
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2011)
Bagaimanakah KBSR diorganisasikan?
KBSR berasaskan tiga bidang
Bidang Komunikasi ~ penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sehubungan dengan itu, di bawah bidang Komunikasi diletakkan komponen kemahiran asas.
Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran.
Bidang perkembangan diri individu terdapat dua komponen iaitu Kesenian dan Rekreasi
K
B
SR
Bidang Komponen Mata Pelajaran (Kurikulum Baru Sekolah Rendah)
Mata Pelajaran (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)
Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Malaysia Bahasa
Inggeris Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Matematik
Bahasa Malaysia Bahasa
Inggeris Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Matematik
Manusia dan Alam Kelilingnya
Nilai, Kerohanian dan Sikap Pendidikan IslamPendidikan Moral
Pendidikan IslamPendidikan Moral
Kemanusiaan danPersekitaran
Alam dan Manusia SainsKajian TempatanKemahiran Hidup
PerkembanganDiri Individu
Kesenian danRekreasi
Muzik Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani
Muzik Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani Pendidikan
Kesihatan
Kategori Mata Pelajaran Mengikut Komponen dan Bidang
Bagaimanakah KSSR diorganisasikan?
KomunikasiKerohanian, Sikap dan
NilaiKemanusiaan
Perkembangan Fizikal &
Estetika
Sains & Teknologi
Keterampilan Diri
6 Tunjang dalam KSSR
Apakah persamaan dan perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR?
Organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema.
organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.
UNIT 5 : MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
Mata Pelajaran Sekolah Rendah
Asas Penentuan Mata Pelajaran
Mata Pelajaran KBSR Mata Pelajaran KSSR
Teras
Tambahan
Wajib
Tahap 1 Tahap 2
Modul Teras Asas
Modul Teras Tema
Modul Elektif
Teras
Elektif
Bidang Komponen Mata Pelajaran
Tahap 1 Tahap 2
KOMUNIKASI • KemahiranAsas
• Bahasa Pengantar
• Bahasa Melayu*
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Bahasa Pengantar
• Bahasa Melayu*
• Bahasa Inggeris
• Matematik
MANUSIA DAN ALAM KELILING NYA
• Kerohanian
• Nilai DanSikap
• Pendidikan Islam
• Pendidikan Moral
• Pendidikan Islam
• Pendidikan Moral
• Sivik danKewarganegaraan
• Manusia Dengan Persekitaran • Sains • Sains
• Kajian Tempatan
PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU • KemahiranHidup
• Kemahiran Hidup
• Kesenian Dan Rekreasi • Pendidikan SeniVisual
• Pendidikan Muzik
• PendidikanJasmani DanPendidikanKesihatan
• Pendidikan SeniVisual
• Pendidikan Muzik
• Pendidikan JasmaniDan PendidikanKesihatan
• Kokurikulum
• Perhimpunan
• Kokurikulum
• Perhimpunan
Mata Pelajaran KBSR Mengikut Bidang Dan Komponen
Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif
Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan KesihatanMatematik
Seni Visual dan Muzik
Dunia Sains danTeknologi
Malaysia Negaraku
Bahasa Arab
Bahasa Cina (BCSK) Bahasa Tamil (BTSK) Bahasa IbanBahasa Kadazandusun
Mata Pelajaran KSSR Tahap 1 Mengikut Modul
Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif
1. Tunjang Komunikasi• Bahasa Malaysia,• Bahasa Inggeris,• Bahasa Cina,• Bahasa Tamil
1. Tunjang Komunikasi Elektif• Bahasa Arab• Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan,• Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan,• Bahasa Iban, Bahasa
Semai• Bahasa Kadazandusun
2. Tunjang Sains & Teknologi• Matematik,• Sains,• Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
3. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika• Pendidikan Jasmani,• Pendidikan Kesihatan,• Pendidikan Muzik,• Pendidikan Seni Visual
4. Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai• Pendidikan Islam• Pendidikan Moral
5. Tunjang Kemanusiaan• Sejarah
Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif KSSR Tahap 2 Mengikut Tunjang
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.
Bahagain Perkembangan Kurikulum, KPM (2011)
UNIT 6 : INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Kurikulum BersepaduSekolah Rendah
Kurikulum Bersepadu
Kesepaduan dalam KBSR
Kesepaduan dalam KSSR
Pengintegrasian dalam Kurikulum dan pengajaran
Apakah konsep integrasi terdapat dalam KBSR?
1. Konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan.
2. Kesepaduan bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan
secara menyeluruh dan bersepadu.
3. Dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
4. KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid
memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai,
pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Bagi tujuan ini,
pelaksanaan KBSR perlulah mengintegrasikan perkara-perkara
berikut:
Konsep Integrasi
Dalam KBSR
Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani
Penekanan Kepada Nilai Murni
Pendidikan
Sepanjang Hayat
Meningkatkan penggunaan
Bahasa Melayu & Bahasa
Inggeris serta bahasa lain
Penggunaan kemahiran & pengetahuan
sedia ada
Pendidikan untuk semua
Konsep Kesepaduan Dalam KBSR
Apakah maksud penggabungjalinan dan penyerapan?
Penggabungjalinan
Penyerapan?
proses menggabungkan
pelbagai kemahiran yang
relevan
Proses mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
Apakah konsep integrasi terdapat dalam KSSR?
Penekanan Konsep 5PStrategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
… Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 2011
Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR terus berlangsung walaupun KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR. Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK).
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta
dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.http://www.moe.gov.my/bpk/
EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu:• kreativiti dan inovatif• keusahawanan• teknologi maklumat dan komunikasiDalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu. KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. EMK juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui konsep EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.
Terima kasih
top related