krp 3013 final
Post on 02-Dec-2015
246 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013
KRP 3013 : KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
DIDEDIAKAN OLEH :
PUSAT PEMBELAJARAN : EL-N02 ( A122PJJ )
NAMA TUTOR E-LEARNING : En. Mohd Arifin bin Ghazali TARIKH SERAH : 11 MEI 2013
PEMARKAHAN
1. Refleksi
2. ESESI:
(A)
(B)
3. FORUM
NAMA NO. ID NO. TELEFON
TEO MING HONG D20112052917 012-6852290
LAPORAN ANALISIS 1 & 2
LAPORAN ANALISIS 1
( Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual )
Nama : TEO MING HONG No. ID : D20112052917
Nama Tutor Kump E-Learning : EL-N02 ( A122PJJ ) E-Learning : En. Mohd Arifin bin Ghazali Gambar 1
1. Gambar dan huraian keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam
masyarakat / persekitaran.
a. Gambar
Sila letakkan gambar di sini
( 1 markah )
b. Huraian tentang keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam gambar.
Gambar-gambar di atas jelas menggambarkan sekumpulan penduduk satu kawasan
perumahan sedang mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan
perumahan. Mereka berganding bahu membersihkan kawasan sekitar agar kawasan
tempat kediaman mereka sentiasa dalam keadaan yang bersih dan selesa. Bak kata
pepatah “yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing”.
( 1 markah )
2. Disiplin / Mata Pelajaran
a. Nama Disiplin / Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
b. Tahun : 3
c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas ( Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan / Dokumen Standard Pembelajaran ). I. Unit 6 : Perpaduan II. Topik : Amalan murni hidup sejahtera ( 1 markah )
d. Huraian bagaimana keadaan / situasi / fenomena / senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran / nilai yang terdapat dalam topik / subtopik.
Objektif Pengetahuan adalah berkaitan dengan sifar-sifat murni yang perlu ada
dalam diri setiap individu dan perlu disemai sejak dari kecil lagi.
Objektif kemahiran adalah berkenaan dengan hidup masyarakat di sesuatu
kawasan tidak kira di bandar atau di luar bandar. Walaupun semua orang sibuk
bekerja, namun masyarakat perlu meluangkan masa saling bantu-membantu
kerana untuk mewujudkan satu hidupan masyarakat yang harmoni.
Nilai : a) Bantu membantu
b) Bersopan santun
c) Bertolak ansur
( 1 markah )
e. Cadangan tindakan / aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik / subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam gambar. Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru boleh meminta murid melakukan aktiviti lakonan hidup bermasyarakat. Di mana di dalam lakonan tersebut perlu menyerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Aktiviti lain adalah membuat lakonan bergotong-royong secara kumpulan dengan Tajuk “ Amalan hidup bermasyaratkat yang harmoni ”. ( 1 markah )
Gambar 2
1. Gambar dan huraian keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam
masyarakat / persekitaran.
a. Gambar
Sila letakkan gambar di sini
( 1 markah )
b. Huraian tentang keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam gambar.
Gambar-gambar di atas menunjukkkan sebuah keluarga sedang menikmati hidangan
makanan di sebuah gerai makanan. Mereka menikmati makanan dengan penuh gembira.
Semua orang perlu mendapatkan makanan yang seimbang supaya kesihatan badan akan
sentiasa sihat tanpa apa-apa penyakit.
( 1 markah )
2. Disiplin / Mata Pelajaran
a. Nama Disiplin / Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani & Kesihatan
b. Tahun : 5
c. Topik / subtopik yang berkaitan dengan keadaan / situasi / fenomena / senario
yang terdapat dalam gambar di atas ( Sila nyatakan dengan tepat dengan
merujuk Sukatan Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kandungan / Dokumen Standard Pembelajaran ). i. Unit 2 : Hidup Gaya Sihat ii. Topik : Pemakanan Seimbang iii. Subtopik : Pentingnya Makanan Seimbang ( 1 markah )
d. Huraian bagaimana keadaan / situasi / fenomena / senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran / nilai yang terdapat dalam topik / subtopik.
Objektif pengetahuan adalah berkaitan dengan kepentingan makanan seimbang
yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak serta vitamin dan mineral.
Objektif kemahiran pula berkenaan keperluan makanan seimbang kepada tubuh
badan kita. Setiap zat makanan ini mempunyai fungsi yang berbeza. Karbohidrat
berfungsi memberi tenaga kepada tubuh badan kita melakukan aktiviti. Protein
pula membekalkan nutrien supaya tubuh badan kita membesar dengan sempurna.
Lemak diperlukan untuk membekalkan haba kepada tubuh. Vitamin dan mineral
untuk memelihara fungsi tubuh dan melindungi kita daripada penyakit.
Nilai seperti mencintai diri sendiri dan juga orang tercinta dengan memberikan
nasihat mengenai kepentingan makanan seimbang.
( 1 markah )
e. Cadangan tindakan / aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam gambar. Semasa pengajaran dijalankan guru boleh membawa bahan maujud seprti sayur-sayuran , makanan ringan, roti, kekacang , minuman dan mengarahkan murid memilih atau menjustifikasikan di antara makanan ini sama ada tergolong di dalam kumpulan makanan seimbang atau sebaliknya. Aktiviti lain membuat piramid makanan dengan menggunakan kad manila dan menampalkan gambar makanan seimbang di piramid makanan dan dipamerkan di dalam kelas. ( 1 markah )
Gambar 3 1. Gambar dan huraian keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam
masyarakat / persekitaran. a. Gambar ( 1 markah ) b. Huraian tentang keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam gambar.
Situasi dalam gambar menerangkan beberapa tetamu terhormat sedang menanam pokok
bunga. Menanam pokok adalah satu tindakan utama dalam penjagaan alam sekitar.
Menanam pokok patut dilakukan selalu. Tujuan menanam pokok adalah untuk memberi
bekalan sumber udara pada alam sekeliling. Ia juga memberi kesegaran udara kepada semua
benda hidup untuk terus hidup..
( 1 markah )
2. Disiplin / Mata Pelajaran
a. Nama Disiplin / Mata Pelajaran : Sains
b. Tahun : 1
c. Topik / subtopik yang berkaitan dengan keadaan / situasi / fenomena / senario
yang terdapat dalam gambar di atas ( Sila nyatakan dengan tepat dengan
merujuk Sukatan Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kandungan / Dokumen Standard Pembelajaran ). Sains - Benda hidup dan benda bukan hidup ( 1 markah )
d. Huraian bagaimana keadaan / situasi / fenomena / senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran / nilai yang terdapat dalam
topik / subtopik.
Objektif pengetahuan adalah berkaitan dengan kepentingan tumbuh-tumbuhan
dalam mengimbang udara di sekeliling kita.
Objektif kemahiran adalah di mana murid dapat mengenal pasti ciri-ciri benda
hidup seperti perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan
membiak.
Nilai seperti mencintai alam sekitar.
( 1 markah )
e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Semasa pengajaran dijalankan guru boleh menyediakan kawasan lapang untuk murid menanam pokok bunga dan mempraktikan aktiviti menyiram pokok setiap hari. Melalui aktiviti ini murid akan menghayati hidupan yang lebih sejathera dengan adanya tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita Aktiviti menunjukkan dua buah pasu bunga: Pasu A ( Tumbuhan yang subur ) dan Pasu B ( Tumbuhan yang layu ). Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang layu di hadapan kelas dan murid akan menyatakan sebab tumbuhan itu layu. Murid juga meramal apa yang perlu mereka lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh dengan subur ( 1 markah )
Gambar 4 1. Gambar dan huraian keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam masyarakat / persekitaran. a. Gambar ( 1 markah ) b. Huraian tentang keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam gambar.
Gambar di atas menunjukkan beberapa orang pelajar sedang mengikuti kursus jahitan.
Mereka diperhatikan oleh seorang guru. Semasa proses pembelajaran jahitan ini terdapat
pelbagai alatan jahitan yang digunakan. Antara alatan jahitan yang digunakan oleh mereka
ialah gunting, pita ukur, mesin jahitan, dan fabrik.
Kemahiran menjahit dapat dikuasai oleh pelajar sekiranya mereka mendapat bimbingan
ataupun tunjuk ajar daripada seorang guru yang terlatih. Di samping itu pelajar juga perlu
mempunyai minat di dalam bidang jahitan..
( 1 markah )
2. Disiplin / Mata Pelajaran
a. Nama Disiplin / Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
b. Tahun : 5
c. Topik / subtopik yang berkaitan dengan keadaan / situasi / fenomena / senario
yang terdapat dalam gambar di atas ( Sila nyatakan dengan tepat dengan
merujuk Sukatan Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kandungan / Dokumen Standard Pembelajaran ). i. Unit 5 : Jahitan ii. Topik : Membaiki Pakaian iii. Subtopik : Alatan Jahitan ( 1 markah )
d. Huraian bagaimana keadaan / situasi / fenomena / senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran / nilai yang terdapat dalam
topik / subtopik.
Objektif pengetahuan mengenal pasti alatan jahitan iaitu alat yang digunakan
atau diperlukan semasa proses membaiki pakaian.
Objektif kemahiran adalah berkenaan dengan cara-cara mengendalikan mesin
Jahit. Keselamatan diri harus diutamakan semasa mengendalikan mesin jahit.
Cara-cara mendalikan mesin jahit sebelum menjahit. Semasa menjahit dan
Selepas menjahit perlu dikuasai oleh pelajar.
Nilai cermat adalah penting semasa proses jahitan agar dapat meningkatkan
mutu kekemasan pakaian serta keselamatan diri.
( 1 markah )
e. Cadangan tindakan / aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam gambar. Semasa pengajaran guru boleh mempamerkan cara-cara menggunakan mesin jahit kepada pelajar dengan cara yang betul. Di samping itu guru boleh menerangkan kaedah menyimpan memasuk benang ke mesin jahit dan pergerakan tangan semasa menjahit. Aktiviti lain seperti melukis gambar alatan jahitan di dalam kumpulan kecil dan mempamaerkan hasil kerja murid yang terbaik di papan kenyataan. Ini adalah bertujuan untuk menghargai hasil kerja mereka, dengan ini dapat meningkatkan minat murid dengan pelajaran Kemahiran Hidup. ( 1 markah )
LAPORAN ANALISIS 2
( Perbandingan Kurikulum Mengikut Era )
Nama : TEO MING HONG No. ID : D20112052917
1. Disiplin / mata pelajaran yang dipilih.
a. Nama disiplin / mata pelajaran : Bahasa Melayu
b. Tahun : Tahun 3
2. Perbandingan disiplin / mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR
DIMENSI HORIZONZAL
a. Skop / liputan
KLSR : Aspek kemahiran membaca, bertutur dan menulis diberi penekanan di
dalam (Kurikulum Lama Sekolah Rendah). Mempunyai 10 tema iaitu
Diri Saya, Jiran Saya, Haiwan, Sahabat Saya, Sukan Sekolah Saya,
Bermain Layang-layang, Buah-buahan, Hari Raya Puasa, Malaysia Tanah
Airku dan Kenderaan.
KBSR : Aspek penguasaan 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Skop bagi KBSR Bahasa MelayuTahun 3 terdapat beberapa elemen
dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang.
Mempunyai 12 tema iaitu Sekolahku Rumahku, Mari Bersukan, Makmal
Komputer Sekolah Saya, Malaysia Boleh, Masyarakat Penyayang, Jiran
Sepakat Hidup Muafakat, Mari Bertani, Melancong ke Sabah dan
Sarawak, Keseniaan dan Kebudayaan, Amalan Hidup Sihat, Menempa
Kejayaan Mencipta Sejarah dan Cerita- cerita Teladan.
KSSR : Sukatan pelajaran bertukar kepada standard pembelajaran. Pencapaian
murid diganti dengan penguasaan kemahiran dan isi pelajaran dan diukur
dengan pencapaian band. Pentaksiran berasaskan sekolah dijalankan dan
direkodkan sepanjang masa tahun persekolahan. Mempunyai 10 tema iaitu
Sekolah, Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan, Perpaduan Ekonomi
Kita, Pertaniaan dan Penternakan, Tradisi Kita Negaraku Tercinta, Alam
Ceria Hidup Sejahtera, Sains Teknologi dan Inovasi.
( 3 markah )
b. Kesepaduan / integrasi KLSR : Bagi KLSR , setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize
di mana isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran
dengan mata pelajaran lain. Isi pelajaran kurang dikaitkan dengan
kehidupan seharian murid. KBSR : Penggabungjalinan bersama dengan mata pelajaran lain dititikberatkan
di KBSR. Perlaksanaan Bahasa Melayu Tahun 3 berfokus kepada
peningkatan kemahiran 3m yang memberi penekanan yang lebih kepada
mata pelajaran Sains dan unsur-unsur KBKK, tujuan perubahan ini
berlaku adalah untuk meningkatkan ilmu dan mengembangkan kekuatan
pemikiran kritis di kalangan pelajar.
KSSR : Dalam topik pengajaran merangkumi pengajaran yang mempunyai
elemen Sains dan Teknologi, pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme
dan Peraturan Sosial budaya. Mempunyai hubungkait dengan mata
pelajaran Pendidikan Moral, PJK, Sains, Kajian Tempatan,
Kemahiran Hidup, Matematik.
( 3 markah )
c. Imbangan KLSR : Dalam matapelajaran Bahasa Melayu murid dapat mempelajari kemahiran
membaca, bertutur dan menulis berdasarkan sukatan KLSR. Bahan rujukan
daripada buku teks yang dijadikan sumber rujukan utama digunakan unutk
bacaan dan tulisan. Nilai-nilai seperti menghormati, tolong- menolong,
rajin berusaha, berjimat cermat, kasih sayang, baik hati diterapkam dalam
P & P harian.
KBSR : Melalui sukatan KBSR, murid didedahkan dengan ilmu dan kemahiran
dengan matapelajaran lain. Ini membolehkan mereka mengaitkan pelajaran
Bahasa Melayu dengan kemahiran dan pengalaman dari matapelajaran lain.
Selain itu, KBSR menekankan aspek kemahiran berfikir di mana murid
diberi peluang untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
KSSR : Element Merentas Kurikulum merupakan unsur nilai tambahan yang
boleh diperolehi oleh setiap murid selepas mempelajari sesuatu isi
pembelajaran dalam mata pelajaran KSSR. Elemen ini bertujuan untuk
mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan. Kemahiran yang diperolehi
ialah kreativiti dan inovasi , kemahiran TMK serta ilmu Keusahawanan.
( 3 markah )
DIMENSI VERTIKAL
a. Urutan / sekuen KLSR : Isi pelajaran disusun dari mudah ke kompleks. Sukatan pelajaran yang
mempunyai skop yang luas dan murid dilatih untuk menguasai sesuatu
kemahiran itu terlebih dahulu sebelum ke kemahiran lain. Kebanyakan
pelajar tidak dapat memahami isi pengajaran yang terlalu berfokus kepada
akademi.
KBSR : Murid harus mengikuti setiap bab untuk ke peringkat seterusnya.
Murid-murid tahap 1 akan diberikan fokus dalam mempelajari kemahiran
asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Hasil pembelajaran di
bahagikan kepada Aras 1, Aras 2 dan Aras 3. Aras 1 adalah kemahiran asas
yang perlu dicapaika oleh semua murid. Aras 2 ialah aras bagi murid yang
berpendapatan sederhana manakala Aras 3 ialah aras paling tinggi bagi
murid cemerlang.
KSSR : Memandangkan pendekatan modular diaplikasikan di dalam KSSR, maka
murid harus mencapai setiap spesifikasi dalam deskriptor agar dapat mara
ke depan. Mata pelajaran Bahasa Melayu digubal untuk membolehkan
murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran,
Matlumat , nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.
(3 markah)
13
b. Kesinambungan / kontinuiti KLSR : Pengalaman berkaitan dengan murid adalah kurang dan terlalu
mementingkan pencapaian akademi. Murid tidak mendapat
perkembangan yang secara keseluruhan melalui kurikulum ini. Aras
pembelajaran dikembangkan dengan tahap dan tahun namun murid
perlu menguasai sesuatu kemahiran itu dahulu.
KBSR : Setiap topik mempunyai kesinambungan dan semakin tinggi tahap
pembelajaran, semakin banyak kemahiran dan pengetahuan yang
diselitkan. Aras bahasa dari mudah di Tahap 1 dikembangkan kepada
yang lebih kompleks dengan pelanjutan tahap dan tahun. Keadaan ini
akan berterusan sehingga murid menguasai semua unit yang
disediakan.
KSSR : Penguasaan murid ditafsirkan melalui band yang ditentukan
kemahirannya dan terdapat 6 band yang perlu dikuasai murid.
Pencapaian murid-murid ditentukan berdasarkan pentaksiran yang
dijalankan di sekolah selepas setiap topik pelajaran yang dipelajari oleh
murid-murid. KSSR lebih memberi penekanan kepada penilaian atau
pentaksiran yang berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid
berlangsung dari semasa ke semasa.
(3 markah)
3. Pandangan / ulasan dan cadangan berkaitan disiplin / mata pelajaran yang dipilih.
a. Pandangan / Ulasan
Reka bentuk bagi setiap kurikulum sama ada KLSR, KBSR mahupun KSSR
semuanya mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Perubahan
kurikulum ini disebabkan dunia pendidikan mengalami perkembangan yang
sangat dinamik dalam arus globalisasi.
Pengajaran KLSR lebih bersifat berpusatkan guru, pengajaran untuk seluruh
kelas dan hanya bergantung kepada buku teks sahaja. Melalui kurikulum KBSR,
murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata
pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
14
Kemahiran–kamahiran yang terdapat di dalam Bahasa Melayu telah
diperkembangkan di mana kemahiran menaakul telah diterapkan di dalam KSSR.
Ini memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi
menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Standard ini mempertengahkan
pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi
mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
(2 markah)
b. Cadangan
Kurikulum KSSR mendapat penambahbaikan daripada KLSR dan KBSR. Di
mana, murid-murid tidak lagi menghadapi tekanan peperiksaaan. Murid boleh
belajar dengan gembira tanpa tekanan peperiksaan. Pemansuhan KBSR
merupakan satu langkah yang positif bertujuan menghapuskan pencapaian gred
semata-mata. Dengan itu, kaedah penilaian diganti pula dengan Sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS ) di mana pentaksiran akan dijalankan
selepas setiap kemahiran mengikut spesifikasi.
Sistem on-line untuk mengisi Band dan Eviden amat mendukacitakan dan
menyebabkan guru terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk mengisi
Band-band tersebut. Server SPPBS yang digunakan boleh dikatakan gagal untuk
memenuhi keperluan para guru dalam mengisi setiap band-band untuk setiap
orang murid yang ada di seluruh negara Malaysia. Oleh itu saya mencadangkan
supaya sistem on-line perlu diperbaharui segera dan dilengkapi dengan server
yang lebih canggih seperti sever facebook yang boleh diakses oleh para
pengguna dari seluruh dunia tanpa apa-apa masalah.
Kerja guru dalam proses menilai murid di setiap pencapaian band-band
yang patut disediakan, iaitu menyediakan satu modul ataupun contoh
evidens-evidens bersepadu yang bersesuaian yang boleh dilaksanakan oleh
semua guru Malaysia dalam kelas berserta dengan kaedah penyelesaian masalah
murid di dalam pencapaian pentafsiran.
(3 markah)
top related