anugerah inovasi perdana menteri (aipm) 2017 program...
Post on 06-Feb-2018
248 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI (AIPM) 2017
PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK):
MERENTASI EKSPEKTASI MELALUI SENTUHAN MULTISEKTOR
RINGKASAN INOVASI
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)/Community Based Rehabilitation
Programme (CBR) adalah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk
rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi Orang Kurang Upaya
(OKU). Program ini dilaksanakan melalui penglibatan aktif Orang Kurang Upaya,
keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh agensi kerajaan,
swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemimpin tempatan melalui
perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial dengan
menggunakan sumber tempatan. Ianya berbeza dengan perkhidmatan institusi
kebajikan yang mengasingkan Orang Kurang Upaya daripada penjaga dan
komuniti.
Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) mendefinisikan Orang Kurang Upaya
sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental,
intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh
menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
2
Program ini mengadaptasi pendekatan CBR Matrix (sila rujuk Lampiran 1) yang
diperkenalkan oleh World Health Organisation (WHO) dalam aktiviti yang
dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Antara pengisian Program
PDK adalah seperti berikut:
i. Penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti di peringkat Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti, Daerah, Negeri dan Kebangsaan yang akan
menyelaras aktiviti-aktiviti. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti
berikut:
a. Pengurusan dan pemantauan aktiviti di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti;
b. Kursus pembangunan kapasiti Jawatankuasa dan sukarelawan di Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti;
c. Program kesedaran/penglibatan keluarga Orang Kurang Upaya;
d. Latihan bagi ibu bapa/penjaga, komuniti, Petugas dan Penyelia Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti;
e. Advokasi untuk keluarga Orang Kurang Upaya dan Komuniti;
f. Kursus kemahiran keibubapaan;
g. Program Pemerkasaan Ekonomi (EEP) di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti; dan
h. Kursus ketahanan dan motivasi diri.
ii. Pewujudan dan pengoperasian Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang
akan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemulihan, pembangunan dan
3
pengintegrasian Orang Kurang Upaya. Antara aktiviti yang dilaksanakan
adalah seperti berikut:
a) Program intervensi awal (early intervention);
b) Program pemulihan cara kerja (occupational therapy);
c) Program pemulihan pertuturan (speech therapy);
d) Program pemulihan anggota (physioteraphy);
e) Program Orang Kurang Upaya berdikari, pra-vokasional dan vokasional;
f) Sukan dan rekreasi seperti Paralimpik, Special Olympics, sukaneka dan
lain-lain;
g) Kesenian
h) Kerohanian
i) Rekreasi
j) Pusat Rujukan Setempat bagi perkhidmatan kebajikan.
Program ini terbuka kepada semua Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memerlukan pemulihan
dan latihan tanpa mengira had umur, jantina, kaum, dan agama. Ibu bapa atau
penjaga Orang Kurang Upaya dan komuniti setempat memainkan peranan
penting dalam mengerakkan program ini dengan disokong oleh perkhidmatan
kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber
tempatan.
Program PDK merupakan alternatif kepada kemasukan Orang Kurang Upaya ke
sekolah pendidikan khas dan institusi pemulihan kendalian Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Pertubuhan Sukarela Kebajikan atau swasta. Program ini juga
4
dapat mengurangkan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh
kerajaan dalam kos pembangunan, operasi dan penyelengaraan institusi Orang
Kurang Upaya. Ia juga secara tidak langsung membuka peluang dan ruang
kepada komuniti untuk terlibat secara menyeluruh dalam pembangunan Orang
Kurang Upaya. Sepanjang menjalani pemulihan di PDK Orang Kurang Upaya
tidak dipisahkan daripada keluarga dan komuniti tempat mereka tinggal.
Pada peringkat awal pelaksanaan, program ini memberi tumpuan kepada
Perspektif Perubatan (Medical Model) di mana perspektif ini melihat Orang
Kurang Upaya sebagai seorang “pesakit” yang perlu dipulih dan dikembalikan
kepada masyarakat dalam keadaan “normal”.
Selaras dengan perkembangan semasa yang memberi penekanan daripada
berasaskan kebajikan (charity based) kepada berasaskan hak (right based)
Orang Kurang Upaya. Perspektif ini telah mengalami perubahan dengan
mengiktiraf Orang Kurang Upaya sebagai seorang individu di dalam masyarakat
yang mempunyai hak dan peluang yang sama dengan anggota masyarakat yang
lain dan tidak lagi dianggap sebagai “pesakit”.
Program PDK dilaksanakan di dalam komuniti dimana Orang Kurang Upaya
tinggal. Sehingga bulan Mac 2017 sebanyak 537 Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti telah ditubuhkan di seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada
20,604 Orang Kurang Upaya. Ianya juga melibatkan seramai 3,214 sukarelawan
yang berkemahiran, dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam memberi
perkhidmatan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya.
5
LATAR BELAKANG
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerja sama
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melaksanakan Projek Rintis PDK di
Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu. Projek rintis ini melibatkan 55 Orang
Kurang Upaya di sekitar Mukim Batu Rakit. Lokasi ini dipilih kerana bilangan
Orang Kurang Upaya yang tinggi di daerah Kuala Terengganu ketika itu,
berdasarkan bancian penduduk pada 12 Mac 1983 hingga 7 Mei 1983 yang
melibatkan 17,149 orang penduduk daripada 9 buah kampung. Hasil bancian
telah mengenalpasti 1.65% atau 275 Orang Kurang Upaya di Mukim Batu Rakit,
Kuala Terengganu. Pada masa tersebut terdapat kekurangan kemudahan
pemulihan kepada Orang Kurang Upaya disediakan oleh kerajaan atau NGO di
kawasan ini. Dalam masa yang sama masyarakat tidak mempunyai kesedaran
tentang kaedah pemulihan dan penjagaan Orang Kurang Upaya. Jabatan
Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan terlibat secara langsung dalam latihan
kepada sukarelawan tempatan, penyediaan manual dan seterusnya penilaian
pelaksanaan program.
Projek rintis berkenaan terbukti memberi impak yang positif dari segi pemulihan
Orang Kurang Upaya dan penglibatan komuniti setempat. Hasil daripada itu
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil keputusan untuk
memperluaskan program ini ke seluruh negara di mana pelancaran Program
PDK telah disempurnakan oleh Dato’ Abu Hassan Omar, Menteri Kebajikan
Masyarakat pada tahun 1984. Selaras dengan pelancaran tersebut program ini
terus berkembang dengan beberapa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti baru
6
telah diwujudkan. Antara Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang diwujudkan
pada masa itu adalah seperti berikut:
i. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kuala Langkawi pada Februari 1985
dengan 68 orang pelatih;
ii. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Si Rusa, Port Dickson dengan 54
pelatih pada awal tahun 1986; dan
iii. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Alor Gajah, Melaka dengan 53 pelatih
pada Disember 1986.
Program ini telah berkembang seluruh negara dengan penubuhan lebih banyak
Pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti baru, sehingga kini terdapat 537 Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti di seluruh negara dengan seramai 20,604 pelatih
yang mengikuti program di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.
Kaedah pewujudan Program PDK:
i. Program PDK diwujudkan atas permohonan daripada mana-maman
komuniti setempat dengan mendapat sokongan dan kelulusan Jabatan
Kebajikan Masyarakat
ii. Pewujudan Program PDK di sesuatu tempat hendaklah mengambil kira
perkara-perkara berikut:
7
a. Bilangan OKU
Mempunyai sekurang-kurangnya 10 Orang Kurang Upaya yang
memerlukan pemulihan di sesuatu komuniti. Sekiranya kurang
daripada 10 orang, permohonan boleh dipertimbangkan mengikut
keperluan setempat;
b. Lokasi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Lokasi PDK mestilah di dalam kawasan komuniti yang strategik serta
mudah diakses oleh Orang Kurang Upaya dan keluarga;
c. Komuniti Penggerak
Individu atau kumpulan dalam komuniti yang mempunyai minat dan
komtimen serta boleh menyumbang kepada pelaksanaan Program
PDK; dan
d. Nasihat oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Pegawai Kebajikan
Masyarakat Daerah mengenai pewujudan dan Program PDK.
KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar utama bagi Program PDK adalah Orang Kurang Upaya (OKU)
yang memerlukan pemulihan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua
8
kategori Orang Kurang Upaya seperti masalah pembelajaran, fizikal,
penglihatan, pendengaran, pertuturan, mental dan pelbagai ketidakupayaan.
Skop Liputan
PDK telah meliputi pelbagai lokasi seluruh Malaysia antaranya:
i. Kampung
ii. Projek Perumahan Rakyat (PPR)
iii. Bandar;
iv. Rumah panjang;
v. Kem tentera;
vi. Penempatan Felda;
vii. Hospital;
viii. Institusi Kebajikan; dan
ix. Perkampungan Orang Asli.
Skop liputan kaum adalah seperti berikut:
i. Melayu – 70%
ii. Cina – 20%
iii. India – 5%
iv. Pribumi Sarawak – 3%
v. Pribumi Sabah – 2%
9
Skop liputan perkhidmatan Program PDK meliputi akses kepada perkhidmatan-
perkhidmatan seperti berikut:
i. Akses kepada kesihatan dilaksanakan melalui kerjasama dengan Jabatan
Kesihatan yang merangkumi aktiviti:
a. Pengesanan Awal (Early Detection)
b. Intervensi Awal (Early Intervention)
c. Pemulihan (Habilitation and Rehabilition)
d. Penjagaan Kesihatan dan Pergigian (Medical and Dental Care)
e. Penyediaan Peralatan Sokongan (Assistive Devices)
ii. Akses kepada pendidikan dilaksanakan melalui kerjasama dengan
Jabatan Pelajaran yang merangkumi aktiviti:
a. Pendidikan Awal (Early Education)
b. Kemasukan ke Sekolah Pendidikan Khas
c. Latihan Pra-Vokasional dan Vokasional
d. Akses kepada teknologi maklumat
iii. Akses kepada kehidupan yang dilaksanakan melalui aktiviti pemulihan oleh
sukarelawan PDK antaranya:
a. Pengurusan Diri
b. Perhubungan Sosial
c. Pembangunan Kemahiran dan Kerjaya
10
iv. Akses kepada pembangunan sosial dilaksanakan melalui kerjasama
dengan Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional yang merangkumi aktiviti:
a. Sukan dan rekreasi
b. Seni dan budaya
c. Integrasi Sosial
v. Akses kepada Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya dilaksanakan
melalui kolaborasi strategik dengan Jabatan Tenaga Kerja, MARA, Majlis
Pemulihan Malaysia, JICA, CBR dan Global Network antaranya:
a. Keusahawanan
b. Sokongan Pekerjaan (Supported Employment)
i. Analisis Pekerjaan (Job Analysis)
ii. Padanan Pekerjaan (Job Matching)
iii. Job Coaching
iv. Penempatan Pekerjaan (Job Placement)
c. Advokasi dan komunikasi
d. Pertubuhan/Persatuan Orang Kurang Upaya (Self-help Organisation)
11
OBJEKTIF/TUJUAN INISIATIF
Program PDK dilaksanakan adalah untuk mencapai objektif seperti yang berikut:
i. Membolehkan Orang Kurang Upaya mencapai dan mengekalkan
keupayaan fizikal dan mental ke tahap yang maksimum;
ii. Membolehkan Orang Kurang Upaya mendapat akses kepada
perkhidmatan dan peluang;
iii. Menggalakkan penyertaan penuh dan integrasi sosial Orang Kurang
Upaya dalam komuniti;
iv. Menggalakkan penggunaan kaedah dan teknik pemulihan yang berkesan
dan bersesuaian dengan masyarakat setempat;
v. Mengurangkan penempatan jangka panjang di institusi pemulihan; dan
vi. Menggalakkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab masyarakat dalam
melaksanakan program pemulihan Orang Kurang Upaya.
12
PENERANGAN MENGIKUT KRITERIA AIPM
Kreativiti
Keunikan Program ini adalah ianya merupakan salah satu program
pembangunan Orang Kurang Upaya yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat melalui pendekatan community-based yang memberi penekanan
kepada aspek right-based kepada Orang Kurang Upaya. Perspektif ini telah
berubah dimana Orang Kurang Upaya tidak lagi dianggap sebagai “pesakit”
malah Orang Kurang Upaya dianggap sebagai seorang individu di dalam
masyarakat yang mempunyai hak dan peluang yang sama dengan anggota
masyarakat yang lain.
Program ini diadaptasi daripada program yang diperkenalkan oleh World Health
Organisation (WHO) yang menawarkan penyelesaian kreatif dengan
penambahan inovasi baru sesuai dengan sosio-budaya komuniti setempat.
Program PDK juga telah diadaptasi dalam dasar negara antaranya Akta Orang
Kurang Upaya 2008, Dasar Orang Kurang Upaya 2007 dan Pelan Tindakan
Orang Kurang Upaya 2016 – 2022. Pemulihan kepada Orang Kurang Upaya
dilaksanakan oleh 3,214 sukarelawan terlatih yang berkhidmat di 537 Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti seluruh Malaysia. Kerajaan Jepun melalui JICA turut
membantu dalam penyediaan latihan kepada sukarelawan Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti melalui kemasukan 57 orang sukarelawan dari Jepun yang
memberi perkhidmatan kepada 125 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di
Malaysia. Manakala, seramai 32 orang sukarelawan dari Pusat Pemulihan
13
Dalam Komuniti di Malaysia yang terpilih juga turut mendapat latihan di negara
Jepun.
Program Pemulihan Dalam Komuniti ini unik, fleksible dan membuka peluang
kepada komuniti merancang dan melaksanakan aktiviti dan program secara
kreatif. Ini bermaksud komuniti diberi kebebasan untuk menggerakkan
jawatankuasa yang mempunyai hubungkait dengan kepentingan komuniti
setempat.
Pengambilan pelatih Orang Kurang Upaya adalah terbuka iaitu tidak mengira
jenis ketidakupayaan dan tiada had umur serta memberi peluang penyertaan
kepada komuniti untuk mentadbir sendiri Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.
Program ini merupakan pusat pencarian bakat (Talent Pool and Talent Scout)
bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Negara bagi mencungkil bakat-bakat
baru dalam sukan, kemahiran dan kesenian yang melangkaui ekspektasi
masyarakat/stakeholders terhadap Orang Kurang Upaya. Program PDK telah
berjaya mengesan potensi bakat dan atlit bagi sukan prestasi tinggi seperti
Paralympics, Special Olympics dan Abilympics. Antara bakat-bakat yang telah
berjaya adalah:
i. Mohd Ridzuan bin Mohd Puzi dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Felda Mata Ayer, Beseri, Perlis telah berjaya memenangi pingat emas
dan memecah rekod dunia dalam acara 100m T36 (Cerebral Palsy) di
Sukan Paralimpik Rio, Brazil. Bakat beliau dikesan oleh Encik Hafizam
Amdan yang merupakan jurulatih olahraga paralimpik negeri Perlis;
14
Program PDK juga telah berjaya mewujudkan usahawan dalam kalangan Orang
Kurang Upaya yang mampu berdikari dan menjana pendapatan sendiri.
Usahawan Orang Kurang Upaya yang berjaya adalah Mohd Sukur bin Ibrahim
dari PDK Melaka Tengah, Melaka telah berjaya menjadi usahawan membekal
dan memasang permaidani untuk masjid pejabat dengan menubuhkan Syarikat
D Strike Solution. Beliau juga menjadi motivator bagi pelajar dan sektor korporat;
Program ini melibatkan pembangunan Orang Kurang Upaya melalui
pemerkasaan dan pendayaupayaan atau pendekatan Twin Track Approach iaitu
mengalihkan fokus Program PDK bukan sekadar kepada pemerkasaan Orang
Kurang Upaya tetapi juga kepada pengupayaan sosial komuniti. Ianya
memperlihatkan bagaimana komuniti setempat bersama-sama membangunkan
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sebagai tempat bagi Orang Kurang Upaya dan
masyarakat berinteraksi. Dalam hal ini, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti adalah
tempat yang menyatukan Orang Kurang Upaya dan komuniti. Pelbagai program
dan aktiviti dilaksanakan bersama dengan pengembelengan tenaga dan idea. Di
sini juga hubungan antara keduanya dapat membantu dalam perkara-perkara
berikut:
i. Mengurangkan kebergantungan kemasukan ke institusi; dan
ii. Menyediakan Perkhidmatan sokongan pekerjaan.
Program PDK juga mencetuskan inisiatif akses kepada teknologi maklumat
kepada Orang Kurang Upaya. Antara inisiatif ini adalah pembangunan Projek
PDKNet yang merupakan program IT dan Multimedia yang berfungsi merapatkan
15
jurang digital bagi Orang Kurang Upaya dan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknologi maklumat. Secara umumnya program ini
berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam
pemulihan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga
dapat menambah pengetahuan dan kemahiran Orang Kurang Upaya untuk
mengendalikan perisian komputer. Program ini juga secara tidak langsung dapat
memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk
berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan Orang
Kurang Upaya. PDKNet juga telah ditambah nilai dengan mewujudkan
mekanisma penilaian kepada Orang Kurang Upaya untuk kemasukan ke sekolah
pendidikan khas.
Program Pemerkasaan Ekonomi (Economic Empowerment Program) telah
berjaya diwujudkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sehingga boleh menjana
pendapatan pelatih Orang Kurang Upaya dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
sendiri melalui kegiatan ekonomi ke arah kehidupan berdikari. Sehingga kini
sebanyak 43 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti telah berjaya menjana
pendapatan melalui pengeluaran produk dan perkhidmatan sendiri yang berjaya
dipasarkan. Antara Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang berjaya dalam aktiviti
ini adalah:
i. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Malindo, Melaka telah berjaya
mengeluarkan produk kraftangan songket dan jahitan yang menembusi
pasaran dalam dan luar negara. Produk kraftangan keluaran PDK
Malindo telah dibawa menyertai pameran dan jualan di Empowering
Lives, Engaging Hearts – UNESCO 2015 di Paris dan mendapat
16
sambutan hangat daripada pengunjung sehingga produk habis dijual
dengan pendapatan RM15,000.00 sehari. Setiap tahun PDK ini telah
berjaya menjana pendapatan kasar sebanyak RM27,000.00 melalui
aktiviti ini;
ii. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Trolak, Perak telah berjaya
mengeluarkan produk makanan ringan dan kerepek dengan jenama
Oishi Frita yang menembusi pasaran dalam negara seperti di
Perhentian Rehat dan Rawat (RnR) Lebuh Raya Utara-Selatan, Agro
Bazar, Kedai Halal Muslim, kedai-kedai runcit sekitar Perak. Produk dari
PDK ini juga telah menembusi pasaran di luar negara melalui outlet
FAMA di Singapura. Aktiviti ini telah berjaya menjana pendapatan kasar
sebanyak RM 20,000.00 kepada PDK setiap tahun. Jumlah pendapatan
tahunan PDK Trolak adalah seperti Jadual 2;
iii. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ranau, Sabah telah berjaya menjana
pendapatan melalui perkhidmatan Homestay, kedai runcit, kantin dan
solar elektrik; dan
iv. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Mambong, Sarawak telah berjaya
menjana pendapatan melalui aktiviti ternakan itik telur untuk
pengeluaran telur segar dan telur masin. Aktiviti ini berjaya menjana
pendapatan kasar sebanyak RM 26,458 pada tahun 2016.
v. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kasih Templer, Selangor telah
berjaya menjana pendapatan melalui perniagaan runcit yang
17
mengumpul dan memasarkan produk-produk PDK sekitar Daerah
Gombak. Aktiviti ini berjaya menjana pendapatan kasar sebanyak RM
24,000 setahun.
Keberkesanan
Kesedaran masyarakat tentang keberkesanan Program PDK boleh dilihat
melalui peningkatan penyertaan Orang Kurang Upaya dan bilangan Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti. Peningkatan bilangan Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti boleh dilihat seperti di Lampiran 4:
Program PDK mendatangkan faedah yang nyata dari aspek capaian hasil yang
segera, ketara dan jelas terdapat peningkatan purata pewujudan sebanyak 16
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti baru setiap tahun yang memberi manfaat
kepada 900 Orang Kurang Upaya.
Program ini memberi faedah secara berterusan kepada Orang Kurang Upaya,
komuniti, masyarakat dan negara kerana ia menyediakan pelbagai platform dan
peluang pemulihan dan pengintegrasian kepada Orang Kurang Upaya.
Pelaksanaan Program PDK berjaya disempurnakan dalam garis masa yang
singkat iaitu mengambil masa lebih kurang tiga (3) sebulan untuk diwujudkan
dengan mengambil kira kriteria berikut:
i. Bilangan Orang Kurang Upaya
ii. Lokasi dan Premis PDK
18
iii. Komuniti Penggerak
Relevan
Program ini memenuhi agenda nasional dan menyokong dasar, program dan
tumpuan semasa kerajaan antaranya:
National Blue Ocean Strategi (NBOS)
Program PDK telah dimasukkan dalam NBOS Strategi 7: 1Malaysia Family Care
yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan holistik penjagaan kesihatan
dan sokongan sosial untuk warga emas, Orang Kurang Upaya dan ibu tunggal.
Program ini merupakan NBOS di antara Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Badan Amal dan
Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI). Pada tahun 2012 sebanyak 447 Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti telah menerima perkhidmatan ini. Melalui Program
ini juga satu garis panduan dan manual aktiviti program kesihatan PDK Ku Sihat
telah di terbitkan pada tahun 2012 untuk kegunaan Pusat-pusat Pemulihan
Dalam Komuniti yang merangkumi komponen pemakanan sihat dan aktiviti
sosial. Antara faedah-faedah inisiatif PDK Ku Sihat adalah:
i. Aktiviti pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik; dan
ii. Pengetahuan dan kemahiran ibu bapa/penjaga Orang Kurang Upaya
dapat dipertingkatkan khususnya mengenai pengendalian kaedah betul
19
memberi makan, maklumat pemakanan dan pilihan makanan yang
sesuai.
Program ini menyokong konsep seemless melalui tahap jaringan kolaborasi dan
kerjasama strategik dengan pelbagai pihak melalui strategi National Blue Ocean
Strategy (NBOS) melalui penyertaan agensi-agensi berikut:
i. Agensi kerajaan menyediakan bantuan peralatan, khidmat nasihat dan
kepakaran. Antaranya:
a. Jabatan Kesihatan;
b. Jabatan Pelajaran;
c. Jabatan Tenaga Kerja; dan
d. Angkatan Tentera Malaysia.
ii. Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyumbang kepada program
pembangunan kapasiti. Antaranya:
a. Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI);
b. Majlis Pemulihan Malaysia (MPM); dan
c. CBR Network Malaysia.
iii. GLC dan Swasta yang memberi perkhidmatan Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR). Antaranya:
a. FELDA;
20
b. Petronas;
c. Kentucky Fried Chicken (KFC);
d. McDonald Corporation;
e. Procter and Gamble;
f. Great Eastern Life; dan
g. Loreal.
iv. Agensi antarabangsa turut memberi kerjasama yang berkaitan dengan
pembangunan kapasiti Orang Kurang Upaya, kehidupan berdikari
Orang Kurang Upaya, Disability Equality Traning (DET), Sokongan
pekerjaan dan Japan Overseas Cooperation Voluteers (JOCV)
antaranya:
i. World Health Organisation (WHO);
ii. Japan International Cooperation Agency (JICA);
iii. Asia Pacific Development Centre on Disability (APCD);
iv. United Nation Economic and Social Commission for Asia and the
Pacific (UNESCAP);
v. CBR Global Network;
vi. Asia Pasific Centre Development (APCD); dan
vii. United Nation Development Project (UNDP).
Dasar Orang Kurang Upaya
21
Pelaksanaan Program PDK adalah selaras dengan strategi Dasar Orang Kurang
Upaya 2007 yang mengariskan 15 bidang yang relevan dengan konsep
penubuhan PDK iaitu:
i. Pemulihan
a. Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program
pemulihan sedia ada bagi Orang Kurang Upaya.
b. Mewujudkan program pemulihan baru bagi Orang Kurang Upaya
selaras dengan perkembangan semasa.
ii. Kesihatan
a. Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program
pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care); dan
b. Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada
Orang Kurang Upaya (secondary and tertiary care).
iii. Pendidikan
a. Meningkatkan akses Orang Kurang Upaya kepada pendidikan di
semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.
iv. Pekerjaan
22
a. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan
penggajian Orang Kurang Upaya dalam semua sektor pekerjaan;
dan
b. Menggalakkan Orang Kurang Upaya bekerja sendiri (self-employed)
dan berdikari.
v. Perkhidmatan Sokongan
a. Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang
bersesuaian dengan keperluan Orang Kurang Upaya; dan
b. Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan
sokongan Orang Kurang Upaya yang mampu milik.
vi. Sosial
a. Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan Orang
Kurang Upaya dalam aktiviti sosial.
vii. Pembangunan Sumber Manusia
23
a. Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih
serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada Orang Kurang
Upaya;
b. Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
mewakili kepentingan Orang Kurang Upaya; dan
c. Meningkatkan penyertaan Orang Kurang Upaya dalam proses
perancangan dan membuat keputusan.
viii. Penglibatan Masyarakat
a. Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program
pembangunan Orang Kurang Upaya;
b. Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan
multidisiplin; dan
c. Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan
tanggungjawab sosial korporat.
ix. Penyelidikan dan Pembangunan
a. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai Orang
Kurang Upaya serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan
penambahbaikan; dan
24
b. Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan
dan penilaian program-program Orang Kurang Upaya.
x. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
a. Melindungi Orang Kurang Upaya dari segala bentuk eksploitasi,
keganasan dan penderaan; dan
b. Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada Orang Kurang
Upaya yang layak dan berkeperluan.
Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya
Dalam usaha memastikan semua inisiatif berkaitan terutamanya Program PDK
Orang Kurang Upaya selaras dengan dasar nasional dan antarabangsa Pelan
Tindakan Orang Kurang Upaya telah diwujud dan diperakukan oleh Jemaah
Menteri pada 24 Mac 2016 dan dilancarkan oleh YB Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 9 Ogos 2016.
Teras 2: Memperkasa ekonomi golongan Orang Kurang Upaya
Strategi 1: Meingkatkan peluang golongan Orang Kurang Upaya untuk bekerja
sendiri (self employment) dengan menyertai bidang keusahawanan dan program
pemerkasaan ekonomi.
25
- Menambah baik dan memperluaskan pelaksanaan program pemerkasaan
ekonomi (EEP)/peningkatan pendapatan Orang Kurang Upaya di bengkel-
bengkel terlindung dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang terlibat dalam
EEP.
Teras 4: Meningkatkan akses Orang Kurang Upaya kepada kesihatan
Strategi 2: Mengukuhkan dan memperluaskan akses Orang Kurang Upaya
kepada perkhidmatan dan program habilitasi dan rehabilitasi yang lebih
komprehensif bagi menyokong penyertaan secara inklusif golongan Orang
Kurang Upaya dalam masyarakat.
- Meningkatkan keberkesanan dan memperluaskan Program PDK untuk
golongan Orang Kurang Upaya.
Teras 5: Memperkukuh perkhidmatan sosial untuk Orang Kurang Upaya
Strategi 1: Melahirkan warga Orang Kurang Upaya yang berbakat dan
mempunyai potensi tinggi dalam bidang sosial kebudayaan rekreasi dan sukan.
- Melaksanakan aktiviti/program bagi mencungkil/mengilap potensi golongan
Orang Kurang Upaya dalam bidang kebudayaan, kesenian dan sukan.
Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK11)
Program ini sangat sesuai bagi menterjemahkan Rancangan Malaysia ke 11
antaranya:
26
Bidang Fokus B, Strategi B6 iaitu Memperkasa orang kurang upaya. RMK11
akan terus memberikan tumpuan kepada penyediaan persekitaran yang lebih
kondusif dan mesra Orang Kurang Upaya bagi membolehkan kehidupan Orang
Kurang Upaya yang aktif, produktif dan berdikari. Memperluas latihan dan
pembangunan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran Dalam tempoh
RMK11, lebih banyak program akan dilaksanakan untuk memperkasa Orang
Kurang Upaya yang produktif. Akses yang lebih luas kepada pendidikan asas
dan latihan kemahiran akan disediakan termasuk keusahawanan bagi
menyediakan kemahiran yang sesuai dalam kalangan Orang Kurang Upaya
supaya mereka boleh diambil bekerja oleh sektor swasta dan Kerajaan. Langkah
ini adalah selaras dengan sasaran sekurang-kurangnya 1% Orang Kurang
Upaya dalam kalangan penjawat awam.
Bidang Fokus F, Strategi F5 iaitu mengukuhkan kerjasama melalui pendekatan
keseluruhan masyarakat dengan menggalakkan penyertaan Kerajaan,
penduduk, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), pemimpin organisasi dan
komuniti yang lebih meluas dalam penyampaian perkhidmatan sosial.
Pendekatan ini akan mengukuhkan modal hubungan dalam penyampaian
perkhidmatan sosial dengan menggalakkan penduduk, NGO, pemimpin
organisasi dan komuniti setempat bekerjasama dengan Kerajaan dalam menilai
keperluan masyarakat setempat. Satu pasukan petugas yang terdiri daripada
wakil kementerian, sektor swasta, NGO dan organisasi berasaskan komuniti
(CBO) akan ditubuhkan untuk menyelaras penyampaian perkhidmatan sosial.
Melalui pasukan petugas ini, program berasaskan komuniti yang berjaya akan
diperluas ke kawasan lain dan pada masa yang sama Kerajaan dapat membantu
27
dalam meningkatkan profesionalisme serta keupayaan NGO dan CBO.
Jawatankuasa PDK terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran yang
terdapat dalam komuniti tetapi mempunyai satu persamaan iaitu komitmen
kesukarelaan yang tinggi dalam membantu membangunkan Orang Kurang
Upaya.
Program ini juga berpaksikan strategi ke empat (4) Dasar Sosial Negara Menjana
Sinergi Multisektor iaitu mewujudkan kerjasama di kalangan sektor awam serta
antara sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan
supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan
menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat,
berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab
bersama. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor
perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat
dioptimumkan.
Dasar-Dasar Antarabangsa
Program ini turut menepati sasaran yang terkandung dalam Asia and Pacific
Decade of Persons with Disabilities 2013 - 2022 (Incheon Strategy 2013 – 2022)
yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 2013. Antara sasaran
strategi ini adalah:
28
“Goal 5: Expand early intervention and education of children with disabilities”
Targets:
- 5A - Enhance measures for early detection of, and intervention for, children
with disabilities from birth to pre-school age
- 5B - Halve the gap between children with disabilities and children without
disabilities in enrolment rates for primary and secondary education
“The recent adoption of the 2030 Agenda for Sustainable Development presents
an opportunity to leverage the synergies with the Incheon Strategy to “Make the
Right Real” for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific. The two
frameworks promote national leadership in meeting specific development goals,
taking into account local capabilities and realities. Both the Incheon Strategy and
the 2030 Agenda are based on the respect for human rights, and take a
peoplecentred and gender-sensitive approach to development”
United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP)
Dasar Kebajikan Negara
Program ini selaras dengan strategi Dasar Kebajikan Masyarakat Negara 1990
yang menekankan bahawa “Kebajikan Tanggungjawab Bersama”. Antaranya
adalah:
Pembangunan Potensi Manusia
29
i. Norma dan nilai hidup berkomuniti yang positif diberikan tumpuan sebagai
asas sokongan dan jagaan dalam komuniti;
ii. Kemahiran hidup sebagai asas pembelajaran untuk meningkatkan
ketahanan diri;
iii. Asas utama dalam penyelesaian berbagai bagai masalah sosial diberikan
tumpuan pada pembangunan potensi individu dan kelompok; dan
iv. Institusi sosial diperkukuh dan diperkembangkan untuk memainkan
peranan sokongan bagi jagaan, bimbingan dan kemahiran hidup untuk
kesejahteraan ahli-ahlinya.
Peningkatan Penyamaan Peluang
i. Berbagai-bagai jenis kemahiran dipertingkat, diperpesat dan dipergiat
untuk memajukan diri serta menambahkan daya pernyesuaian terhadap
suasana persekitaran;
ii. Infrastruktur sosial dan perundangan diwujudkan bagi penglibatan aktif dan
kelompok dalam kegiatan komuniti;
iii. Berbagai-bagai kemudahan dalam masyarakat diwujudkan untuk
mengurangkan rintangan yang menghalang kemajuan golongan tertentu;
dan
30
iv. Polisi dan program yang inovatif diwujudkan supaya setiap anggota
masyarakat dapat dibantu agar mereka dapat hidup dengan lebih produktif
Signifikan
Program PDK menunjukkan keberhasilan (outcome) yang memenuhi objektif
yang ditetapkan iaitu:
i. Membolehkan Orang Kurang Upaya mendapat akses kepada
perkhidmatan dan peluang.
a. Bilangan Peserta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang diterima
masuk ke Sekolah Pendidikan Khas;
b. Peratus pertambahan pelatih Orang Kurang Upaya mengikuti
pemulihan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti setiap tahun;
c. Bilangan pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang menerima
Elaun/Geran Pelancaran, 1AZAM, EPC;
d. Bilangan pelatih yang terlibat dalam aktiviti sukan, kesenian; dan
e. Bilangan program berbentuk kesukanan, kesenian yang
dilaksanakan oleh Kerajaan/NGO/Swasta.
ii. Menggalakkan penyertaan penuh dan integrasi sosial Orang Kurang
Upaya dalam komuniti
Penyertaan penuh:
31
o Penempatan pekerjaan Orang Kurang Upaya dari Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti;
o Bilangan pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang berjaya
menjadi usahawan;
o Bilangan ibu bapa yang terlibat dalam pemulihan pelatih Orang
Kurang Upaya – Pekerja Pusat Pemulihan Dalam Komuniti,
Sukarelawan, Kepakaran, AJK;
o Bilangan pelatih yang terlibat dalam program kemasyarakatan;
o Bilangan program;
o Bilangan syarikat/NGO yang terlibat; dan
o Bilangan kelab advokasi diri.
iii. Integrasi Sosial: Penglibatan Orang Kurang Upaya dalam aktiviti sosial
setempat
- Bilangan program dan penglibatan Orang Kurang Upaya dalam sosial,
sukan kesenian dan kebudayaan.
o Antarabangsa:
Sambutan hari Orang Kurang Upaya Sedunia setiap tahun
purata penyertaan Orang Kurang Upaya setahun
32
CBR World Congress 2016 (1000 penyertaan/delegasi)
Asia Pacific Supported Employment and Job Coach Seminar
2015 (1000 penyertaan)
Lawatan Delegasi Luar Negara
Nepal
Bangladesh
India
USA
UK
Japan
Korea Selatan
Brazil
Arab Saudi
Brunei
Kebangsaan
Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia setiap tahun
(penyertaan 2000 penyertaan)
Special Olympic 2014 (1000 penyertaan)
Sukan Khas Orang Kurang Upaya 2016 (2000 Orang
Kurang Upaya)
33
Konvensyen PDK 2016 (1000 penyertaan)
Karnival Jualan Produk PDK Kebangsaan
Negeri
Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Negeri setiap tahun
Talent Time PDK
Sukan Orang Kurang Upaya
Team Building
Karnival Jualan Produk PDK Negeri
Outdoor
Daerah
Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Negeri setiap tahun
Talent Time PDK
Sukan Orang Kurang Upaya
Team Building
Karnival Jualan Produk PDK Daerah
Outdoor
iv. Menggalakkan penggunaan kaedah dan teknik pemulihan yang berkesan
dan bersesuaian dengan masyarakat setempat:
a. Dousa Hou – Teknik alternatif pemulihan Orang Kurang Upaya
34
b. Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) - Teknik permulihan ini
dimulakan dapa tahun 2011 di semua Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti seluruh Malaysia.
c. Pengenalan Modul Pemulihan Fisioterapi oleh Kementerian
kesihatan di semua Pusat Pemulihan Dalam Komuniti pada tahun
1984
d. Pengenalan Modul Terapi cara kerja pada tahun 1984
e. Pengenalan Pilot Projek Terapi Berkuda di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Negeri Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur
f. Pengunaan Teknik Hidro Theraphy di 52 Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti
g. Pengunaan Teknik Terapi Pertuturan di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Kiu, Kuala Lumpur
h. Bilangan Pelatih yang menguasai 3M
i. Bilangan Inovasi pemulihan
j. Bilangan Jurupulih/pakar yang terlibat memberi perkhidmatan
k. Bilangan ibubapa yang memiliki kemahiran dalam pemulihan Orang
Kurang Upaya
l. Bilangan kajian atau kaedah baru yang diperkenalkan
m. Bilangan alat pemulihan/teknologi terkini yang digunapakai
v. Mengurangkan penempatan jangka panjang di institusi pemulihan
- Bilangan Penghuni di tujuh (7) institusi Orang Kurang Upaya iaitu Taman
Sinar Harapan kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mencapai
35
kapasiti maksimum iaitu hanya 617 orang berbanding 1050 kapasiti
maksimum
- Kencenderungan dan keyakinan ibubapa Orang Kurang Upaya untuk
memilih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sebagai pusat pemulihan
semakin meningkat berbanding kemasukan ke institusi. Statistik
menunjukkan seramai 20,604 Orang Kurang Upaya telah menyertai 537
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti berbanding hanya 617 Orang Kurang
Upaya ditempatkan di 7 Institusi Orang Kurang Upaya.
vi. Menggalakkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab masyarakat dalam
melaksanakan program pemulihan Orang Kurang Upaya
a. Jumlah sumbangan orang ramai dan korporat
b. Jumlah penglibatan anggota masyarakat dalam aktiviti Orang Kurang
Upaya
c. Jumlah program/aktiviti yang mendekatkan masyarakat dengan
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
d. Indikator penglibatan Ibu bapa
e. Bilangan program kesedaran kepada masyarakat
f. Penggubalan dasar/Akta/Audit Acses/SIA/Universal design
Penemuan kajian yang dibuat oleh Mohd Said, Faridah (2012) bertajuk
”Determinants of Participants in Community Based Rehabilitation Programmes
Among Care Givers of Disable Children”, Phd Thesis Universiti Putra Malaysia
menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara lebih daripada responden
36
yang terdiri daripada petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 54.5% percaya
mereka mendapat manfaat dari Program PDK.
Penyelidikan oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad pada tahun 2011
yang diterbitkan dalam buku ”Pengantar Pendidikan Khas” terbitan Universiti
Sains Malaysia (USM) menyatakan tujuan utama program ini adalah supaya
semua masyarakat setempat terlibat dan bekerjasama dalam membantu
kegiatan pemulihan Orang Kurang Upaya tempatan.
Program PDK telah memberikan penjimatan kos/sumber yang ketara dari segi
penggunaan sumber yang optimum serta menghasilkan pulangan yang
maksimum kepada kerajaan.
PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN
Pada tahun 2016 Malaysia mendapat pengiktirafan dari CBR Global Network
dengan menjadi Penganjur 2nd Community Base Rehabilitation (CBR) Word
Congress pada 27-29 September 2016 oleh Program PDK kerana komitmen
yang tinggi negara dalam usaha-usaha memperjuangkan hak dan kepentingan
Orang Kurang Upaya melalui pelaksanaan Program PDK yang meluas.
Sepanjang program ini berlangsung 11 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di
sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka telah terpilih
sebagai sebagai Showcase kepada delegasi luar.
37
Dr Kenji Kuno Senior Adviser (Social Welfare), Japan International Cooperation
Agency (JICA) yang membuat kajian peringkat sarjana dan doktor falsafah
berkaitan Program PDK di Malaysia telah mengiktiraf pelaksanaan Program PDK
di Malaysia sebagai:
“Malaysia adalah salah satu negara yang berjaya melaksanakan CBR
(Community Based Rehabilitation) sebagai satu program negara;
Program PDK di Malaysia telah berjaya merealisasikan penglibatan
sepenuhnya masyarakat dan penyamaan peluang Orang Kurang Upaya
berlandaskan konsep Sosial Model;
Model Program PDK di Malaysia adalah satu contoh yang terbaik kepada
negara-negara lain di dunia”.
Pakar-pakar dari Malaysia dan Pegawai-pegawai JKM telah di jemput untuk
berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pelaksanaan Program PDK
di peringkat antarabangsa antaranya:
i. Puan Norani Hj. Mohd Hashim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Orang
Kurang Upaya telah dijemput membentangkan kertas kerja bertajuk
“Progress Made In The Area Of Community Based Inclusive Development
and A Way Forward Beyond the Conclusion of the 2nd Asian and Pacific
Decade Of Disabilities Person” pada 20 Ogos 2010 di ACPD, Bangkok,
Thailand;
38
ii. Encik Harjit Singh, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dijemput
membentangkan kertas kerja bertajuk “Empowering Person With
Disabilities Through CBR: Malaysia Journey” di 1st CBR World Congress,
Agra, India pada 26-28 November 2012;
iii. Dato’ Nurul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dijemput
membentangkan kertas kerja bertajuk “State Party Statement: The
Convention On The Rights Of Person With Disabilities” di Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York, Amerika Syarikat pada 19 Julai
2013;
iv. Encik Zulkhairi bin Zainol Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya telah dijemput
membentangkan kertas kerja bertajuk “CBR in Malaysia: Past, Present and
The Way Forward” di 2nd CBR World Congress, Kuala Lumpur, Malaysia
pada 27-29 September 2016;
v. Prof. Dato’ Dr. Zaliha Omar, Petronas Chair Rehabilitation Medicine,
Universiti Malaya telah dijemput membentangkan kertas kerja bertajuk
“WHO CBR Martiks: An Instrument For Sustaining Community Based
Rehabilitation Practice In Malaysia” di 2nd CBR World Congress, Kuala
Lumpur, Malaysia pada 27-29 September 2016; dan
vi. Dr. Nor Aida Musa dan Dr. Ainil Hawa Ibrahim, Kementerian Kesihatan
Malaysia telah dijemput membentangkan kertas kerja bertajuk “Successfull
39
National Blue Ocean Strategy In Development of Community Based
Rehabilitation Centre” di 2nd CBR World Congress, Kuala Lumpur pada
27-29 September 2016.
40
JADUAL 1 : BILANGAN PDK TAHUN 1995 HINGGA 2017
TAHUN PERUNTUKAN (RM)
BILANGAN PDK
BILANGAN PELATIH
Catatan
1995 2,661,000.00 108 4,143
1996 2,867,000.00 158 6,057
1997 4,038,640.00 179 6,862
1998 3,280,660.00 196 7,514
1999 3,300,160.00 203 7,783
2000 3,713,840.00 229 8,780
2001 3,954,352.00 243 9,316
2002 4,296,752.00 259 9,930
2003 4,579,392.00 274 10,505
2004 10,173,452.00 293 11,233
2005 11,227,532.00 313 12,000
2006 13,192,712.00 364 13,955
2007 17,635,232.00 379 14,530
2008 75,365,380.00 378 14,492 Pertambahan peruntukan dalam
Bajet bi bawah Program
Pemantapan Program PDK
2009 75,365,380.00 409 17,473
2010 75,365,380.00 409 17,473
2011 75,365,380.00 428 18,933
2012 75,365,380.00 486 20,254
2013 75,983,800.00 486 21,138
2014 75,983,800.00 488 21,138
41
2015 89,112,100.00 508 21,089
2016 94,112,000.00 537 20,542
2017 94,112,000.00 537 20,604
JUMLAH 891,051,324.00 314,839
42
CBR MATRIKS
KESIHATAN
Promosi
Pencegahan
Jagaan
Kesihatan
Pemulihan
Alat-Alat
Bantuan
PENDIDIKAN
Awal Kanak
Kanak
Rendah
Menengah dan
Tinggi
Tidak Formal
Pembelajaran
Sepanjang
Hayat
PENGHIDUPAN
Pembangunan
Kemahiran
Kerja Sendiri
Pekerjaan
Bergaji
Perkhidmatan
Kewangan
Perlindungan
Sosial
SOSIAL
Pembantu
Peribadi
Perhubungan,
Perkahwinan
Dan Keluarga
Seni Dan
Budaya
Rekreasi ,
percutian Dan
Sukan
Keadilan
PEMERKASAAN
Advokasi dan
Komunikasi
Mobilisasi
Komuniti
Penyertaan
Dalam Politik
Kumpulanm
Sokongan
Organisasi
OKU
43
COMMUNITY
BASED
REHABILITATION
INCLUSIVE
EDUCATION
Support to self-
help groups:
Disabled
people/parents
Rights of
Disabled Child
CRC
44
Lampiran A
PERBANDINGAN KOS PENGOPERASIAN TSH / PDK 2016
Nama Institusi OKU
Bilangan Institusi
Bilangan Penghuni
/ Pelatih
Kos (Setahun)
Taman Sinar Harapan
7 Buah
616 orang
RM23,700,000
Program Pemulihan Dalam Komuniti
537 Buah
20,604 orang
RM98,000.000
Perkiraan:
Taman Sinar Harapan
23,700,000.00 = RM38,474.00 Setahun
616
38,474.00 = RM3,206.16 Setahun
12
3,206.16 = RM106.87 Sehari
30
106.87 = RM4.45 1 jam
24
Program Pemulihan Dalam Komuniti
98,000,000.00 = RM4,756.35 Setahun
20,604
4,756.35 = RM396.36 Sebulan
12
396.36 = RM13.21 Sehari
30
13.21 = RM0.55 1 jam
24
top related