tempoh mengesan lokasi kejadian penyakit ternakan...

7
TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN LAMBAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG PENGENALAN Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1888 sebagai agensi untuk mengawal penyakit ternakan termasuk penyakit eksotik. Negeri Pulau Pinang adalah antara negeri terawal mempunyai perkhidmatan veterinar kerajaan. Dengan penubuhan awal yang beribu pejabat di Daerah Timur Laut, pada tahun 1999 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP) telah dipindahkan dan dirasmikan di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Di samping perkhidmatan di Ibu Pejabat Veterinar Pulau Pinang, lima buah Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah iaitu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sebernag Perai Selatan (SPS), Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut (DTL) dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Barat Daya (DBD) telah ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh. Fungsi dan struktur organisasi yang dibentuk adalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan veterinar. TANGGUNGJAWAB JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik. Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan. Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan. Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin. Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan. Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar. Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan. Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan. LAPORAN INOVASI Tajuk Inovasi : Mengawal Penyebaran Penyakit Zoonotik dan ekonomik secara berkesan. Tujuan Inovasi : MENGAWAL PENYEBARAN PENYAKIT ZOONOTIK DAN EKONOMIK SECARA BERKESAN

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/875-kaedah... · • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan

TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN LAMBAT

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1888 sebagai agensi untuk

mengawal penyakit ternakan termasuk penyakit eksotik. Negeri Pulau Pinang adalah antara negeri

terawal mempunyai perkhidmatan veterinar kerajaan. Dengan penubuhan awal yang beribu pejabat

di Daerah Timur Laut, pada tahun 1999 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP)

telah dipindahkan dan dirasmikan di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Di samping perkhidmatan di Ibu Pejabat Veterinar Pulau Pinang, lima buah Pejabat Perkhidmatan

Veterinar Daerah iaitu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Pejabat

Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah

Sebernag Perai Selatan (SPS), Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut (DTL) dan Pejabat

Perkhidmatan Veterinar Daerah Barat Daya (DBD) telah ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan

yang lebih menyeluruh. Fungsi dan struktur organisasi yang dibentuk adalah untuk memenuhi

permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan veterinar. TANGGUNGJAWAB JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

• Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.

• Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.

• Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan

haiwan.

• Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.

• Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.

• Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.

• Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan.

• Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

LAPORAN INOVASI

Tajuk Inovasi : Mengawal Penyebaran Penyakit Zoonotik dan ekonomik secara berkesan.

Tujuan Inovasi : MENGAWAL PENYEBARAN PENYAKIT ZOONOTIK

DAN EKONOMIK SECARA BERKESAN

Page 2: TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/875-kaedah... · • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan

Proses sebelum dan selepas

SEBELUM : Bil Prosedur

1 Panggilan/aduan daripada penternak – dapatkan data/maklumat berkaitan

2 Kenalpasti kawasan yang terlibat

3 Rujuk kawasan terlibat dengan Pejabat Daerah Dan Tanah dan dapatkan peta kawasan

4 Plot kawasan terlibat (Buffer Zone -1km radius) di atas peta untuk mengenalpasti kawasan

sebenar yang terlibat.

5 Buat siasatan dengan Pegawai Veterinar Daerah di kawasan tersebut bagi memastikan ladang

yang terlibat (Ref : Pejabat Penghulu).

6 Rujuk buku banci untuk mendapatkan data tepat keseluruhan ladang yang terlibat.

7 Buat mesyuarat bagi merancang tindakan yang bakal dilakukan.

SELEPAS : Bil Prosedur

1 Panggilan/aduan daripada penternak – dapatkan data/maklumat berkaitan

2 Kenalpasti kawasan yang terlibat dengan memplot data banci ke dalam sisitem geoportal

3 Dapatkan maklumat kawasan terlibat untuk mengetahui jumlah ladang dan jumlah populasi yang

terlibat (Buffer Zone- 2km – 5 km radius) dalam sistem Geoportal JPVPP

4 Buat mesyuarat bagi merancang tindakan yang bakal dilakukan

KAEDAH GIS JPVPP DIGUNAPAKAI :

Page 3: TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/875-kaedah... · • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan

Impak inovasi :

1) Mengurangkan risiko kerugian yang ditanggung oleh penternak serta kesan negatif kepada

pertumbuhan ekonomi negeri.

2) Mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit (zoonotik) kepada persekitaran kesihatan

awam.

3) Memendekkan masa untuk mengambilan tindakan.

4) Mengurangkan Penggunaan Tenaga Kerja

5) Meningkatkan keyakinan kepada penternak dalam mutu perkhidmatan yang disediakan oleh

pihak jabatan.

Page 4: TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/875-kaedah... · • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan

Elemen Keberkesanan

KAKITANGAN :

Bil Faedah Penjelasan

1 Peningkatan kualiti kerja Garis panduan dan carta aliran tugas telah dapat membantu

kakitangan melaksanakan tugasan dengan lebih sistematik.

Kakitangan yang terlibat dalam melaksanakan tugasan mengikut

masa dan dilakukan dengan betul

2 Meningkatkan semangat

berpasukan

Perlaksanaan projek telah membantu dikalangan kakitangan

mewujudkan satu rangkaian kerja berpasukan yang berterusan

3 Peningkatan pengetahuan dan

amalan aplikasi teknologi baru

Projek telah memberi satu pendedahan aplikasi terbaru dalam

menyelesaikan suatu masalah yang masih belum di aplikasikan oleh

pihak jabatan.

4 Peningkatan tahap disiplin dan

kemahiran serta kreativiti

Dalam melaksanakan projek, kakitangan perlu berdisiplin dalam

menjalankan tugas dan prihatin serta beretika dalam melaksanakan

tanggungjawab. Kakitangan memberi idea dalam mempermudahkan

perjalanan projek.

ORANG AWAM :

Bil Faedah Penjelasan

1 Mengurangkan risiko penularan

penyakit kepada persekitaran

awam.

Tindakan awal membolehkan pengawalan dapat dilakukan dengan

sempurna dan menjamin keselamatan persekitaran awam.

2 Maklumat yang cepat dan tepat. Maklumat yang diberikan cepat dan tepat membolehkan orang awam

mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada

terdedah dengan penyakit berjangkit.

Elemen Signifikan

Page 5: TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/875-kaedah... · • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan
Page 6: TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/875-kaedah... · • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan

Pengiktirafan diterima

1. Johan KIK Peringkat Jabatan 2012

2. Johan KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012

3. Wakil Pulau Pinang ke KIK Kebangsaan 2012

Gambar-gambar berkaitan

Disediakan oleh:

Nama Pegawai :

Tel :

emel :

• Bagi memudahkan perolehan data atau maklumat, maka semua data perlu disatukan di dalam satu sistem yang sama.

• Tindakan inovasi telah dilakukan dengan mengintegrasikan data bancian ternakan di dalam buku banci ternakan ke dalam sistem Geoportal.

Data Bancian Ternakan

Page 7: TEMPOH MENGESAN LOKASI KEJADIAN PENYAKIT TERNAKAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/875-kaedah... · • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan