majlis bandaraya melaka bersejarah pusat bertindak...
TRANSCRIPT
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 1
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 2
1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
1.1 Sejarah
Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama Bandar
Melaka, dari sebuah perkampungan nelayan sehingga menjadi
bandaraya yang dikenali di seluruh dunia. Berikut adalah
merupakan kronologi sejarah penubuhan Majlis Bandaraya Melaka
Bersejarah (MBMB) :
1780 - Penubuhan Municipal of Town and Fort of Malacca di
bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timor Belanda
(VOC: Verenigde Oostindische Compagnie) yang
ditadbir oleh “The Committee Of Assessors”. Keluasan
pentadbiran 1.1 batu persegi yang dikenali sebagai
Dutch City and Fort Of Malacca.
1824 - Municipal of Town and Fort of Malacca diambil alih
oleh Syarikat Hindia Timor Inggeris (British East India
Company) yang ditadbir secara “Municipal Committee”
menggantikan “The Committee Of Assessors”.
1848 - Di bawah Akta IV Hindia Timur, peruntukan bagi
Negeri Selat (termasuk P.Pinang & Singapura).
1856 - Di bawah Akta XXVII Hindia Timur, Pesuruhjaya
Perbandaran diasaskan.
1887 - Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat meluluskan
sempadan perbandaran kepada 1.46 batu persegi.
1930 - Sempadan perbandaran diluaskan kepada 4.2 batu
persegi.
1950 - Ordinan Perbandaran Pihak Berkuasa Tempatan
dikuatkuasakan dan memperuntukkan pilihanraya
kecil Majlis Perbandaran Melaka.
1957 - Municipal Council of Town and Fort of Malacca di
tukar nama sebagai Majlis Perbandaran Kota Melaka.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 3
1976 - Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) telah diterima
pakai dan memansuhkan Ordinan Perbandaran Pihak
Berkuasa Tempatan.
1977 - Majlis Perbandaran Kota Melaka dicantumkan dengan
Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah dan
dikenali sebagai Majlis Perbandaran Melaka Tengah
(MPMT) dengan keluasan 115 batu persegi.
1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah ditukar nama
kepada Majlis Perbandaran Melaka (MPM) pada 7
Oktober 1987.
1989 - Majlis Perbandaran Melaka telah ditukar nama kepada
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
(MPMBB) sempena pengiktirafan Bandar Melaka
sebagai Bandaraya Bersejarah dengan keluasan
pentadbiran 303 km persegi.
1977 - Majlis Perbandaran Kota Melaka dicantumkan dengan
Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah dan
dikenali sebagai Majlis Perbandaran Melaka Tengah
(MPMT) dengan keluasan 115 batu persegi.
1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah ditukar nama
kepada Majlis Perbandaran Melaka (MPM) pada 7
Oktober 1987.
1989 - Majlis Perbandaran Melaka telah ditukar nama kepada
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
(MPMBB) sempena pengiktirafan Bandar Melaka
sebagai Bandaraya Bersejarah dengan keluasan
pentadbiran 303 km persegi.
2003 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah menaik
taraf Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya
dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Melaka
Bersejarah (MBMB).
2008 - Pada 7 Julai 2008, Melaka telah diiktiraf sebagai tapak
warisan Dunia oleh UNESCO yang mana tapak
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 4
tersebut terletak didalam kawasan pentadbiran
MBMB.
2010 - Pada 1 Januari 2010, Kerajaan Negeri telah
mewujudkan sebuah lagi Pihak Berkuasa Tempatan
iaitu Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan
keluasan kawasan MBMB kini adalah seluas 270.39
km persegi.
1.2 Peta Kawasan Tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Rajah : peta kawasan pentadbiran MBMB yang terkini
1.3 Alamat Pentadbiran
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Graha Makmur
No. 1, Jalan Abd. Razak – Hang Tuah Jaya
75450 Melaka
Tel: 06-3333333 Faks:06-2325716
KELUASAN : 273.39 km2
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 5
1.4 Maklumat Pentadbiran
1.4.1 Carta Organisasirajah : carta organisasai MBMB
Rajah : Carta Organisasi MBMB
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 6
1.4.2 Visi
MBMB ke arah bandaraya kosmopolitan bertaraf dunia.
1.4.3 Misi
i. Membangunkan bandaraya maju dan mampan
berteraskan teknologi hijau dengan pelan
pembangunan yang terancang, pengurusan projek
yang sistematik dan penyediaan infrastruktur yang
efisen.
ii. Membudayakan sistem tadbir urus korporat yang
cekap dan berintegriti dengan pelaksanaan peraturan,
penggemblengan sumber secara efektif serta
pengamalan persekitaran yang kondusif.
iii. Memperkayakan budaya dan warisan dunia melalui
pelaksanaan kajian, dokumentasi, pemuliharaan,
promosi serta aktiviti pendidikan yang berterusan dan
berkesan.
1.4.4 Moto MBMB
Bergerak Bersama, Maju Bersama
1.4.5 Fungsi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah mempunyai peranan
penting di dalam memaju dan membangunkan kawasan
pentadbirannya. Di antara peranan terpenting Majlis ialah
seperti berikut :
i. Perancangan Bandar
ii. Pengurusan Projek Pembangunan dan
Penguatkuasaan Effluent
iii. Kawalan Pembangunan
iv. Pengindahan Bandar dan Kawal Selia Kebersihan
Awam
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 7
v. Perkhidmatan Pelesenan dan Kesihatan
Persekitaran
vi. Penilaian dan Pengurusan Harta
vii. Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur
Kemudahan Awam
viii. Perundangan dan Penguatkuasaan
ix. Pengurusan Premis Perniagaan dan Perkhidmatan
Pelanggan
x. Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
xi. Pengurusan Teknologi Maklumat dan Inovasi
xii. Pengurusan Kewangan
xiii. Perhubungan Awam dan Antrabangsa
1.4.5 Statistik Anggota
Sehingga 15 Januari 2016, Majlis mempunyai seramai
1158 orang anggota yang bertugas di 12 buah jabatan.
Berikut adalah pecahan anggota Majlis mengikut taraf
perjawatan dan kumpulan.
KUMPULAN WUJUD
TARAF PERJAWATAN JUMLAH
TETAP KONTRAK SEMENTARA/
PINJAMAN
Jusa 1 1 0 0 1
Pengurusan & Profesional
76 59 0 0 59
Pelaksana 1090 951 56 2 1009
Lantikan Kontrak
0 - 81 - 81
Pinjaman 0 0 0 3 3
Perlantikan KPKT
0 2 3 0 5
JUMLAH 1167 1013 140 5 1158
Jadual : Statistik anggota mengikut kumpulan perjawatan
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 8
1.5 MAKLUMAT JABATAN
1.5.1 Latar Belakang Jabatan Perundangan Dan
Penguatkuasaan
1985 - Bermula sebagai Unit Undang-undang di bawah
Jabatan Pengurusan
1988 - Dikenali sebagai Jabatan Undang-Undang
2003 - Dikenali sebagai Jabatan Perundangan Dan
Penguatkuasaan.
Penempatan Bahagian Penguatkuasan di Jabatan
Undang-Undang ini adalah untuk memudahkan
pelaksanaan tugas-tugas penguatkuasaan yang lebih
berkesan berdasarkan undang-undang yang di
gunapakai oleh Majlis.
Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan terbahagi
kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Undang-Undang,
Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pentadbiran.
Keanggotaan jabatan ialah seramai 172 orang.
Selain daripada itu, jabatan turut bertanggungjawab
menyelia anggota Mahkamah Majistret (MBMB) yang
ditubuhkan pada 1 Jun 2004. Penubuhan Mahkamah
Majistret (MBMB) bertujuan mendengar kes-kes saman
terhadap kegagalan mematuhi peruntukan undang-
undang yang diguna pakai oleh MBMB merangkumi akta,
enakmen, undang-undang kecil, peraturan dan kaedah.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 9
1.5.2 Carta Organisasi Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan
Rajah : Carta Organisasi Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 10
1.5.3 Objektif Jabatan Jabatan Perundangan Dan
Penguatkuasaan
i. Menjadikan MBMB sebuah organisasi yang lengkap
dengan kuasa undang-undang.
ii. Memastikan masyarakat mematuhi undang-undang
yang dikuatkuasakan.
iii. Memberi kefahaman terhadap semua urusan yang
melibatkan undang-undang kepada masyarakat.
iv. Memberi kefahaman kepada semua warga Majlis
termasuk Ahli Majlis mengenai undang-undang yang
digunakan
v. Memantapkan sistem dan cara bekerja dengan
tindakan penguatkuasaan yang berkualiti
1.5.4 Fungsi Utama Jabatan Perundangan Dan
Penguatkuasaan
Menyedia, menasihati dan melaksanakan
penguatkuasaan undang-undang.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 11
2.0 MAKLUMAT PROJEK
2.1 Latar Belakang Projek CCTV
CCTV (Closed Circuit Television) merupakan satu sistem
komunikasi gambar dalam talian yang diperuntukkan bagi suatu
lingkungan kawasan tertentu. CCTV selalunya digunakan untuk
tujuan kawalan keselamatan.
Projek ini mula dibangunkan pada tahun 2002 dengan
pemasangan 4 unit CCTV dan kawalan menggunakan aplikasi
talian. Pada tahun 2003 tambahan pemasangan 7 unit CCTV
oleh Telekom Malaysia dengan kos RM197,650.00.
Sebanyak 10 unit CCTV tambahan telah dipasang oleh
Blossom/ FEG JV dengan kos RM673,500.00. Kawalan CCTV
menggunakan aplikasi tanpa wayar termasuk 11 unit CCTV
yang telah dipasang secara aplikasi talian juga ditukar kepada
aplikasi tanpa wayar. Kawalan bagi semua CCTV telah
diletakkan di bilik kawalan di IPD Melaka Tengah.
Pada tahun 2008, MBMB telah melantik Kiwitech Sdn. Bhd.
untuk pemasangan 25 unit CCTV dan 1 unit Kiosk kecemasan
(Fasa 1) menggunakan aplikasi tanpa wayar di dua (2) bilik
kawalan iaitu di MBMB dan IPK Melaka. Sebanyak 25 unit
CCTV dan 1 Unit Kiosk kecemasan juga telah dipasang pada
tahun 2009.
Di awal pelaksanaan kawalan keselamatan menggunakan
CCTV, sistem ini dikenali sebagai Melaka Intergrated
Surviliance System “Missy”. Pada awal pengwujudan, Missy
menggunakan perisian Indigovision IP Video System untuk bilik
kawalan CCTV manakala bagi sistem talian tanpa wayar, Missy
menggunakan Airaya Wireless System.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 12
Pada tahun 2008, bilik kawalan ini hanya merupakan bilik
kawalan kedua sebagai sokongan kepada bilik kawalan di IPK
Melaka. Seramai 6 orang penguatkuasa telah ditugaskan untuk
mengawal bilik CCTV ini melibatkan 2 orang bagi setiap shif dan
dikawal selama 24 jam.
2.2 Objektif Pelaksanaan
2.2.1 Projek Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre-
FRC) ini diwujudkan bertujuan untuk menambahbaik
terhadap fungsi bilik kawalan CCTV sedia ada selain
untuk memantapkan pelaksanaan aplikasi CCTV dalam
menambahbaik perkhidmatan kepada pelanggan.
2.2.2 Selaras dengan slogan "Melaka Maju Fasa II" bagi
menjadikan Negeri Melaka negeri yang selamat untuk
dikunjungi, MBMB telah mangambil inisiatif untuk
mewujudkan FRC sebagai satu pusat kawalan dan
penyaluran maklumat kepada agensi-agensi atau unit
terlibat berkaitan sebarang kejadian yang dikenalpasti.
2.2.3 Unit ini beroperasi selama 24 jam (3 shif) dengan 2 orang
anggota Pembantu Penguatkuasa untuk setiap shif bagi
memantau sebarang kejadian/ kemalangan atau
kesalahan terhadap pematuhan UUK seperti berikut:
i. Aktiviti vandalisme (seperti : merosakkan pokok,
menconteng/ merosakkan harta awam)
ii. Halangan awam – kenderaan & kerusi meja
iii. Aktiviti pembuangan sampah longgok
iv. Aktiviti perniagaan penjaja haram
v. Banner / banting tanpa permit atau rosak
vi. Aktiviti jenayah di kawasan pelancongan dan tumpuan
awam, maksiat dan aktiviti sosial lain
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 13
vii. Keadaan lalu lintas (kemalangan) dan kesesakan lalu
lintas
viii. Membantu memantau kelancaran majlis keraian rasmi
2.3 Proses pelaksanaan
2.3.1 Pemilihan lokasi
Pemilihan lokasi pemasangan CCTV ini dibuat dengan
kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan
beberapa kriteria utama iaitu:
i. Kawasan kerap berlaku jenayah
ii. Kawasan yang mempunyai rekod kemalangan
yang tinggi
iii. Pusat perbankkan
iv. Kawasan yang mempunyai potensi aktiviti kurang
sihat (seperti dadah, vandalisme)
v. Jalan utama / Jalan protokol
vi. Kawasan tumpuan pelancong
vii. Laluan pejalan kaki dan tumpuan pelajar
viii. Hospital
2.3.2 Kaedah pelaksanaan / pemantauan
Terdapat 2 lokasi bilik kawalan CCTV iaitu di Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah dan Ibu Pejabat Polis
Kontijen Melaka.
Di pusat kawalan MBMB, terdapat seramai 6 orang
anggota penguatkuasa ditugaskan untuk kawalan CCTV.
Operasi dilaksanakan dalam 3 shif.
i. Shif A (8.00 pagi – 4.00 petang)
ii. Shif B (4.00 petang – 12.00 malam)
iii. Shif C (12.00 malam – 8.00 pagi)
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 14
Maklumat-maklumat agensi penguatkuasaan di Negeri
Melaka seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Balai
Bomba, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), Hospital dan kontraktor penyelenggaraan lampu
isyarat dipamerkan dalam bilik kawalan.
2.3.3 Pelaporan
Anggota bertugas bertanggungjawab melaporkan
sebarang kejadian yang berlaku seperti jenayah,
kemalangan, maksiat dan kesalahan-kesalahan lain
kepada agensi yang bertanggungjawab.
Anggota bertugas juga akan membuat laporan berkaitan
semua kejadian di dalam buku log harian dan buku
rakaman / aduan selain bertanggungjawab membuat dan
menyimpan salinan rakaman bagi kejadian-kejadian yang
berlaku sebagai bukti kepada agensi yang berkaitan.
2.3.4 Kos Pemasangan CCTV
FASA TARIKH SIAP DIPASANG KUANTITI KOS (RM) PERUNTUKAN
FASA 1 1 OGOS 2008 25 4,800,000.00 MBMB
FASA 2 1 JUN 2009 25 4,650,000.00 MBMB
KPKT 31 MAC 2012 24 2,872,800.00 KPKT
Jadual : Kos pemasangan CCTV mengikut fasa pelaksanaan
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 15
2.3.5 Kos Penyelenggaraan
TEMPOH NON COMPREHENSIVE
SEBULAN RM 30,000.00
SETAHUN RM 360,000.00
5 TAHUN RM 1,800,000.00
Jadual : Kos penyelenggaraan CCTV mengikut fasa pelaksanaan
Bagi tahun 2016, kos penyelenggaraan yang
dianggarkan adalah sebanyak RM 470,000.00 setahun.
2.3.6 Projek ini telah dilaksanakan secara menyeluruh di
seluruh kawasan pentadbiran MBMB.
2.4 Kiosk Kecemasan
Rajah : Kiosk kecemasan
Unit ini juga memantau 2 unit kiosk kecemasan yang dipasang
di pusat tumpuan awam di Negeri Melaka. Kiosk ini merupakan
satu alternatif bagi memudahkan orang awam menghubungi
pusat kawalan Polis sekiranya berlaku sebarang kecemasan
seperti ragut.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 16
2.5 Operasi Bilik Kawalan
2.5.1 Semua pegawai yang bertugas di bilik kawalan CCTV
MBMB melaksanakan pemantauan di bilik kawalan
mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
2.5.2 Sebarang kerosakan yang dikenalpasti akan
dimaklumkan kepada unit penyenggaraan untuk kerja-
kerja pembaikkan.
2.5.3 Prosedur sekiranya anggota bertugas mengenalpasti
sebarang perlakuan kesalahan / jenayah ataupun
kejadian kemalangan, pegawai bertugas akan
menghubungi jabatan/ agensi berkaitan untuk tindakan
selanjutnya.
2.5.4 Sebarang kejadian yang ditemui akan direkodkan ke
dalam buku log dan rakaman kejadian akan disimpan
sebagai bukti.
2.5.5 Talian Jabatan Penguatkuasaan Negeri Melaka juga
diletakkan di dalam bilik kawalan sebagai rujukan dan
memudahkan pegawai bertugas menghubungi agensi
berkaitan jika terdapat kes kemalangan/ perlakuan
kesalahan dikenalpasti.
Rajah : Proses kerja di First Respond Unit
Mula bertugas dan mengambil alih tugas
dari kumpulan sebelumnya
Menjalankan pemeriksaan dan
pemantauan ke atas semua CCTV
Melaporkan setiap kerosakan / kegalan
CCTV kepada unit penyelenggaran
Pemantauan setiap jam
Menghubungi jabatan/ pegawai
terlibat - sekiranya terdapat kes kemalangan/
perlakuan kesalahan
Membuat laporan dan merekod
sebarang penemuan di dalam buku log
Membuat rakaman kejadian sebagai rekod
Menyerahkan tugas dan melaporkan
keadaan CCTV kepada kumpulan seterusnya
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 17
4.0 IMPAK PELAKSANAAN PROJEK
4.1 Pelaksanaan projek ini telah dapat membantu MBMB untuk
memantau aktiviti dalam kawasan pentadbiran MBMB dengan
lebih berkesan.
4.2 Pelaksanaan projek FRC ini secara tidak langsung menjadikan
Bandaraya Melaka lebih selamat dengan pemantauan berkesan
dari 2 pusat kawalan di MBMB dan di IPK Melaka.
4.3 FRC ini juga berperanan sebagai “Mata MBMB" bagi mengenal
pasti kesalahan terhadap pematuhan UUK, kejadian bahaya
dan menjadi unit pertama yang bertindak menghulurkan
bantuan serta mengambil tindakan sekiranya berlaku
pelanggaran terhadap pematuhan Akta dan Undang-undang
Kecil yang digunapakai.
4.4 Pelaksanaan FRC ini juga dapat membantu MBMB
melaksanakan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam
dengan lebih berkesan. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan kepercayaan terhadap perkhidmatan anggota /
agensi penguatkuasaan.
i) Keselamatan dan kebersihan kawasan pelancongan
ii) Tindakan segera bagi mengatasi masalah
iii) Pematuhan terhadap keperluan Perundangan dan Akta
iv) Mengatasi masalah vandalisme
v) Pemantauan berkala kawasan "Hotspot" gejala sosial
vi) Dapat meningkatkan keberkesaan penguatkuasaan
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 18
5.0 ELEMEN INOVASI
5.1 Inovatif
Penggunaan CCTV di MBMB pada asalnya hanya untuk tujuan
kawalan keselamatan sahaja tetapi dengan pengwujudan FRC
ini fungsi CCTV telah dipelbagaikan kepada pememantauan
terhadap sebarang kejadian/ kemalangan atau kesalahan
seperti:
i. Aktiviti vandalisme (seperti : merosakkan pokok,
menconteng/ merosakkan harta awam)
ii. Halangan awam – kenderaan & kerusi meja
iii. Aktiviti pembuangan sampah longgok
iv. Aktiviti perniagaan penjaja haram
v. Banner / banting tanpa permit atau rosak
vi. Aktiviti jenayah di kawasan pelancongan dan tumpuan
awam, maksiat dan aktiviti sosial lain
vii. Keadaan lalu lintas (kemalangan) dan kesesakan lalu lintas
viii. Membantu memantau kelancaran majlis keraian rasmi
SEBELUM
SELEPAS
KESELAMATAN
KEMALANGAN
KECERIAAN BANDARAYA
VANDALISME
PEMATUHAN UUK
MAKSIAT
AKTIVITI JENAYAH
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 19
5.2 Keberkesanan
6.0 PENANDAARASAN
Sejak ditubuhkan, bilik CCTV ini telah beberapa kali menerima
kunjungan penandaarasan oleh agensi lain. Antara agensi yang
membuat rujukan terhadap pelaksanaan CCTV di Majlis Bandaraya
adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Datuk Bandar Negeri
Perak.
7.0 RUMUSAN
Pengwujudan FRC ini secara tidak langsung dapat membantu MBMB
melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan selain
membantu menjadikan Bandaraya Melaka lebih selamat dan bersih
dari gejala sosial, vandalisme dan aktiviti kurang bermoral. Selain itu,
Unit ini juga boleh menjadi bukti kepada setiap kejadian dengan
adanya rakaman CCTV yang disimpan di pusat data.
KEBERKESANAN
MENJADIKAN MELAKA
BANDARAYA SELAMAT UNTUK
PELANCONG
BANDARAYA BERSIH DAN
CERIA
MENINGKATKAN HASIL BUKAN
CUKAI
MEMENDEKKAN MASA
MENGAMBIL TINDAKAN
MENINGKATKAN IMEJ MAJLIS
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 20
LAMPIRAN
Pusat Bertindak Utama
(First Respond Centre- FRC)
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 21
LAMPIRAN 1 : SENARAI PENGELUARAN KOMPAUN ATAS MAKLUMAT
YANG DISALURKAN OLEH FRC
Bil Jenis kesalahan Jumlah kompaun
dikeluarkan
1. Penjaja tanpa lesen dan melanggar syarat peraturan /UUK
24
2. Halangan kaki lima dan kenderaan 16
3. Vandalisme -
4. Banner -
5. Sampah longgok 1
6. Lain-lain 1
LAMPIRAN 2 : SENARAI LOKASI PEMASANAGAN CCTV DI NEGERI
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 22
MELAKA FASA PERTAMA ( I )
Jumlah Kamera Litar Tertutup ( CCTV ) : 25 unit
Harga Kontrak : RM 4,800,000.00
Bil Lokasi/Tempat GPS Catatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
Dataran Sejarah 1 Dataran Sejarah 2 Dataran Sejarah 3
Bulatan Seri Negeri. MITC 1 MITC 2 MITC 3 MITC 4 MITC 5 Jalan Tun Abdul Razak Jalan Tun Abdul Razak Persimpangan Ayer Keroh Lama Melaka Sentral 1
N 2 16’ 30.09” E 102 17’ 52.18 N 2 16’ 24.5” E 102 17’ 52.13” N 16’ 34.20” E 102 17’ 55.31” N 2 15’ 55.85” E 102 18’ 00.14” N 2 16’ 11.9” E 102 17’ 20.1” N 2 16’ 17.6” E 102 17’ 8.8” N 2 16’ 20.88” E 102 17’ 10.2” N 2 16’ 21.3” 102 16’ 56.2” N 2 16’ 19.65” E 102 17’ 22.23” N 2 13’ 58.06” E 102 16’ 55.68 N 2 13’ 50.00” E 102 16’ 39.97” N 2 13’ 50.00” E 102 16’ 39.97” N 2 15’ 26.60” E 102 16’42.23” N 2 13’ 12.43” E 102 15’ 02.59”
MPHTJ / Menara Jam
MPHTJ /
Pentas Bawah
MPHTJ / Zoo Melaka
MPHTJ
MPHTJ / Masjid Al Alami
MPHTJ /
Hotel Permaisuri
MPHTJ / Taska PKNM
MPHTJ /
Bangunan MICTH
MPHTJ / Bangunan TM
MPHTJ / Melaka Mall
MPHTJ / Air Terjun Bukit Sebukor
MPHTJ / IPK Melaka
MBMB / Bazar 24 jam
14.
Melaka Sentral 2
N 2 13’ 20.66” E 102 14’ 59.81”
MBMB / Jejantas Melaka Sentral
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 23
Bil Lokasi/Tempat GPS Catatan
15.
Melaka Sentral 3
N 2 13’ 09.93” E 102 14’ 54.14”
MBMB / Perhentian Teksi
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
Jalan Hang Tuah Jalan Hang Tuah Jalan Tengkera / Jalan Laksamana Sg. Melaka Jalan Tun Ali Jalan Merdeka Jalan Bunga Raya Jalan Munshi Abdullah - Perigi Hang Li Poh. Persimpangan Jalan Bendahara Persimpangan Pengkalan Rama
N 2 12’ 18.3” E 102 14’ 43.6” N 2 12’ 9.2” E 102 14’ 49.5” N 2 11’ 58.0” E 102 14’ 28.7 N 2 12’ 14.3” E 102 15’ 4.4” N 2 12’ 11.2” E 102 14’ 54.1” N 2 11’ 29.51” E 102 14’ 47.78 N 2 12’ 0.9” E 102 15’ 5.1” N 2 11’ 44.6” E 102 15’ 18.5” N 2 12’ 0.2” E 102 15’ 8.0” N 2 12’ 28.0” E 102 15’ 9.8”
MBMB / HSBC
MBMB / Kampus Bandaraya UTeM
MBMB / Public Bank
MBMB / Kg. Morten
MBMB / Plaza Hang Tuah (OCEAN)
MBMB / Medan
Samudera
MBMB / Hotel Mimosa
MBMB / Perigi Hang Li Poh
MBMB
MBMB
JUMLAH KESELURUHAN 25 UNIT
LAMPIRAN 3 : Pemasangan CCTV Di Dalam Kawasan Majlis Bandaraya
Melaka Bersejarah – Fasa II
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 24
Jumlah Kamera Litar Tertutup ( CCTV ) : 25 unit Harga Kontrak : RM 4,650,000.00
Bil Lokasi/Tempat GPS Catatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
Persimpangan Hospital Sg. Melaka Sg. Melaka Sg. Melaka Sg. Melaka Sg. Melaka Sg. Melaka Sg. Melaka Persimpangan Padang Nyiru Sg. Melaka Jalan Graha Maju Jalan Tun Perak Jalan Laksamana Jonker Walk 1 Jonker Walk 2
N 2 12’ 52.9” E 102 15’ 52.1” N 2 12’ 27.47” E 102 15’ 6.34” N 2 12’ 20.45” E 102 15’ 2.93” N 2 11’ 44.6” E 102 14’ 51.5” N 2 12’ 12.91” E 102 14’ 57.85” N 2 12’ 6.7” E 102 14’ 57.0” N 2 12’ 3.1” E 102 14’ 56.8” N 2 11’ 56.3” E 102 14’ 54.0” N 2 11’ 45.57” E 102 15’.06” N 2 11’ 33.11” E 102 14’ 47.11” N 2 12’ 16.1” E 102 14’ 52.5” N 2 12’ 50.3” E 10214’ 25.4” N 2 11’ 40.1” E 102 14’ 56.7” N 2 12’ 52.9” E 102 14’ 42.7” N 2 12’ 48.6” E 102 14’ 17.1”
MBMB / Kompleks MAIM MBMB/Taman Rempah MBMB / Kg. Morten. MBMB / Kg. Morten MBMB / Kg. Morten MBMB / Jambatan Datuk Mohd Zin MBMB / Jambatan Old Bus Station MBMB / Jambatan Pasar MBMB MBMB / Dataran Sungai Melaka MBMB MBMB / Petronas MBMB / Stadhuys MBMB / Pentas MBMB / Geographer Cafe
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 25
Bil Lokasi/Tempat GPS Catatan
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25
Jonker Walk 3 Jalan Kota Jalan Quayside Jalan Merdeka Jalan Syed Abdul Aziz Persimpangan Pulau Melaka Jalan Parameswara Taman Melaka Raya Jalan Kee Ann Jalan Hang Tuah
N 2 11’ 44.6” E 102 14’ 51.5” N 2 11’ 29.2” E 102 15’ 3.9” N 2 11’ 37.7” E 102 14’ 52.2” N 2 11’ 9.2” E 102 15’ 35.3” N 2 11’ 17.8” E 102 14’ 53.8” N 2 11’ 5.5” E 102 15’ 26.1” N 2 11’ 24.5” E 102 15’ 11.1 N 2 11’ 5.2” E 102 15’ 26.3” N 2 11’ 57.87” E 102 15’ 0.88” N 2 12’ 27.6” E 102 14’ 40.2”
MBMB / Jalan Kasturi MBMB / Memorial Kemerdekaan MBMB / Kincir Air Sg. Melaka. MBMB / Taman Bunga Merdeka MBMB / Letak Motosikal Mahkota Parade MBMB MBMB / Hotel Equatorial MBMB / Ambank MBMB MBMB / RHB
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 26
LAMPIRAN 3 : LOKASI PEMASANGAN 24 UNIT CCTV DI NEGERI MELAKA.
PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN ( KPKT )
BIL LOKASI/TEMPAT GPS CATATAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
Letak Kereta Hospital Besar Melaka. Letak Kereta Pasar Besar Melaka Sentral, Melaka. Jalan Tun Mutahir / Jalan Tun Mamat Taman Malim Jaya, Melaka. Kawasan Perindustrian Batu Berendam, Melaka. Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka. (bahagian depan) Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka. (bahagian belakang) Pantai Klebang, Melaka. Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka. Pantai Puteri, Melaka. Jalan Munshi Abdullah, Melaka. Lebuh AMJ, Melaka. Pasar Borong MBMB, Batu Berendam, Melaka.
N 02° 13. 001´ E 102° 15. 706´ N 02° 13. 313´ E 102° 15. 081´ N 02° 12.404’ E 102° 14. 923´ N 02° 14. 269´ E 102° 13. 997´ N 02° 13. 853´ E 102° 15. 698´ N 02° 12. 271´ E 102° 16. 095´ N 02° 12. 004´ E 102° 16. 011´ N 02° 13. 190´ E 102° 11. 363´ N 02° 11. 229´ E 102° 15. 058´ N 02° 13. 850´ E 102° 08. 858´ N 02° 11. 885´ E 102° 15. 293´ N 02° 14. 756´ E 102° 13. 397´ N 02° 15. 305´ E 102° 14. 333´
Berhampiran letak motosikal. Pintu masuk utama. Berhampiran jambatan Hang Jebat. Berhampiran Maybank / BSN. Berhampiran jejantas kilang National Semi-Conductor. Kawasan letak kereta. Kawasan letak kereta. Kawasan letak kereta. Berhampiran Pusat Perubatan Mahkota. Berhampiran pentas Pantai Puteri. Berhampiran Maybank / BSN / Ambank Berhampiran Cheng Height. Kawasan Letak Kereta.
14.
Taman Mutiara, Batu Berendam, Melaka.
N 02° 14. 295´ E 102° 16. 617´
Berhampiran bank CIMB.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 27
BIL LOKASI/TEMPAT GPS CATATAN
15.
Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka.
N 02° 16. 814´ E 102° 16. 689´
Berhampiran jalan Tasek Utama 20.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
Emerland Park, Bukit Beruang, Melaka. Persimpangan Taman Sinn / Taman Pertam Semabok, Melaka. Persimpangan Taman Sea View, Ujong Pasir, Melaka Jalan Padang Temu, Melaka. Lebuh AMJ Taman Cempaka, Peringgit, Melaka. Persimpangan Taman Seri Duyong, Melaka. Jalan Syed Abdul Aziz. Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka.
N 02° 14. 893´ E 102° 16. 458´ N 02° 11. 396´ E 102° 16. 461´ N 02° 11. 237´ E 102° 16. 259´ N 02° 11. 163´ E 102° 16. 631´ N 02° 12. 344´ E 102° 16. 217´ N 02° 13. 147´ E 102° 14. 997´ N 02° 12. 216´ E 102° 18. 592´ N 02° 11. 667´ E 102° 14. 233´ N 02° 11. 363´ E 102° 14. 645´
Kawasan riadah / letak kereta. Berhampiran jambatan. Berhampiran Dewan MBMB. Persimpangan Pdg. Temu / Tmn. Pertam. Persimpangan Bukit Piatu, Melaka. Berhampiran bank Islam. Berhampiran bank BSN. Persimpangan Kota Laksamana / Jln. Persisir Pantai. Jambatan Syed Abdul Aziz, Melaka.
JUMLAH 24 Unit
BILIK KAWALAN CCTV
Bil Lokasi/Tempat GPS Kuantiti Catatan
1.
2.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ( MBMB ) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Melaka ( IPK )
N 02° 14. 025´ E 102° 16. 868´ N 02° 15. 500´ E 102° 16. 799´
1 set
1 set
Aras G, Bangunan Tambahan Graha Makmur, Melaka. Aras 3, Bahagian CCC, Bangunan IPK Bukit Beruang, Melaka.
JUMLAH 2 set
LAMPIRAN 4 : NO. TELEFON JABATAN PENGUATKUASAAN NEGERI
MELAKA
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 28
BIL JABATAN / AGENSI NO. TELEFON
1.
a. KEMALANGAN HOSPITAL BESAR MELAKA HOSPITAL PANTAI HOSPITAL PUTRA SKUAD PENYELAMAT INTERGRASI
06 - 282 2344
06 - 231 9999
06 - 283 5888
06 - 232 2888
b. KEBAKARAN / MENYELAMAT BOMBA BUKIT KATIL BOMBA JALAN KUBU BOMBA AIR KEROH
06 - 231 9134/5
06 - 283 8481/82
06 - 231 9134/35
c. JABATAN AGAMA ISLAM ( JAIM ) BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
1-800-88-1476 06 - 284 7762
d. POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM )
IBU PEJABAT KONTINJEN MELAKA ( IPK ) IBU PEJABAT DAERAH MELAKA TENGAH ( IPD )
06 - 285 4222
06 - 284 2222
LAMPIRAN 5 : BILIK KAWALAN CCTV
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 29
LAMPIRAN 6 : CONTOH PAPARAN CCTV
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 30
LAMPIRAN 7 : PERALATAN CCTV
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 31
Radio Base Station
Antena Base Station
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 32
Camera
Networked Video Recorders (NVRs)
Control Center Station Computer specifications
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 33
Ethernet Switch
LCD Main Monitor
Papan Tanda
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L15
LAMPIRAN 8 : PETA LOKASI PENEMPATAN CCTV DI NEGERI MELAKA
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Pusat Bertindak Utama (First Respond Centre- FRC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L16
LAMPIRAN 9 : Sistem Aliran Wireless CCTV MBMB (Topologi CCTV)