tajuk/namainovasi nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · latar...

20
NAMA PENGENALAN Latar belakang ringkas Sistem Bank Inovas dibangunkan oleh Uni (ICU JPM) untuk mem cadangan dan cetusan produktiviti penyampaia penghasilan inovasi ole Ia merupakan pengkal idea-idea kreatif atau dicetuskan oleh warga proses penyelidikan da untuk diguna. LAPORAN INOVASI Tujuan Sistem Bank In Menyediakan peng idea, ilmu dan inova membolehkan warg ilmu yang dihasilkan Sebagai mekanism warga organisasi ya kerja yang bernilai t TAJUK/NAMA INOVASI A KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI s perkhidmatan. si adalah satu sistem aplikasi sokongan it Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Pe mberi kemudahan kepada warga ICU JPM n idea-idea kreatif yang dapat meningkat an perkhidmatan dan membantu memudah eh pihak pengurusan ICU JPM. lan data inovasi bagi menyimpan dan me u inovasi yang dihasilkan di ICU JPM. I a ICU JPM diperoleh dari dalam dan lua an pembangunan (R&D) sebagai idea baru novasi gkalan data yang sesuai bagi menyimpan asi yang dihasilkan. Pengurusan ilmu yang ga organisasi berkongsi dan menambah n n dalam proses pencetusan inovasi. me untuk menggalakkan pengumpulan cada ang boleh menghasilkan inovasi atau penin tinggi. n yang penting erdana Menteri M menyalurkan tkan kualiti dan hkan pelaporan engurus segala Idea-idea yang ar atau melalui atau diadaptasi dan mengurus berkesan akan nilai pengkalan angan daripada ngkatan proses

Upload: buidang

Post on 11-Jul-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

TAJUK/NAMA INOVASINAMA KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI

PENGENALAN

Latar belakang ringkas perkhidmatan.

Sistem Bank Inovasi adalah satu sistem aplikasi sokongan yang penting

dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri

(ICU JPM) untuk memberi kemudahan kepada warga ICU JPM menyalurkan

cadangan dan cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan

produktiviti penyampaian perkhidmatan dan membantu memudahkan pelaporan

penghasilan inovasi oleh pihak pengurusan ICU JPM.

Ia merupakan pengkalan data inovasi bagi menyimpan dan mengurus segala

idea-idea kreatif atau inovasi yang dihasilkan di ICU JPM. Idea-idea yang

dicetuskan oleh warga ICU JPM diperoleh dari dalam dan luar atau melalui

proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi

untuk diguna.

LAPORAN INOVASI

Tujuan Sistem Bank Inovasi

Menyediakan pengkalan data yang sesuai bagi menyimpan dan mengurus

idea, ilmu dan inovasi yang dihasilkan. Pengurusan ilmu yang berkesan akan

membolehkan warga organisasi berkongsi dan menambah nilai pengkalan

ilmu yang dihasilkan dalam proses pencetusan inovasi.

Sebagai mekanisme untuk menggalakkan pengumpulan cadangan daripada

warga organisasi yang boleh menghasilkan inovasi atau peningkatan proses

kerja yang bernilai tinggi.

TAJUK/NAMA INOVASINAMA KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI

PENGENALAN

Latar belakang ringkas perkhidmatan.

Sistem Bank Inovasi adalah satu sistem aplikasi sokongan yang penting

dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri

(ICU JPM) untuk memberi kemudahan kepada warga ICU JPM menyalurkan

cadangan dan cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan

produktiviti penyampaian perkhidmatan dan membantu memudahkan pelaporan

penghasilan inovasi oleh pihak pengurusan ICU JPM.

Ia merupakan pengkalan data inovasi bagi menyimpan dan mengurus segala

idea-idea kreatif atau inovasi yang dihasilkan di ICU JPM. Idea-idea yang

dicetuskan oleh warga ICU JPM diperoleh dari dalam dan luar atau melalui

proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi

untuk diguna.

LAPORAN INOVASI

Tujuan Sistem Bank Inovasi

Menyediakan pengkalan data yang sesuai bagi menyimpan dan mengurus

idea, ilmu dan inovasi yang dihasilkan. Pengurusan ilmu yang berkesan akan

membolehkan warga organisasi berkongsi dan menambah nilai pengkalan

ilmu yang dihasilkan dalam proses pencetusan inovasi.

Sebagai mekanisme untuk menggalakkan pengumpulan cadangan daripada

warga organisasi yang boleh menghasilkan inovasi atau peningkatan proses

kerja yang bernilai tinggi.

TAJUK/NAMA INOVASINAMA KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI

PENGENALAN

Latar belakang ringkas perkhidmatan.

Sistem Bank Inovasi adalah satu sistem aplikasi sokongan yang penting

dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri

(ICU JPM) untuk memberi kemudahan kepada warga ICU JPM menyalurkan

cadangan dan cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan

produktiviti penyampaian perkhidmatan dan membantu memudahkan pelaporan

penghasilan inovasi oleh pihak pengurusan ICU JPM.

Ia merupakan pengkalan data inovasi bagi menyimpan dan mengurus segala

idea-idea kreatif atau inovasi yang dihasilkan di ICU JPM. Idea-idea yang

dicetuskan oleh warga ICU JPM diperoleh dari dalam dan luar atau melalui

proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi

untuk diguna.

LAPORAN INOVASI

Tujuan Sistem Bank Inovasi

Menyediakan pengkalan data yang sesuai bagi menyimpan dan mengurus

idea, ilmu dan inovasi yang dihasilkan. Pengurusan ilmu yang berkesan akan

membolehkan warga organisasi berkongsi dan menambah nilai pengkalan

ilmu yang dihasilkan dalam proses pencetusan inovasi.

Sebagai mekanisme untuk menggalakkan pengumpulan cadangan daripada

warga organisasi yang boleh menghasilkan inovasi atau peningkatan proses

kerja yang bernilai tinggi.

Page 2: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

Sebagai platform yang berkesan bagi memupuk budaya perkongsian ilmu

merentasi organisasi.

Untuk meningkatkan budaya inovasi dalam menyediakan sistem

penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif bagi memenuhi ekpektasi

serta melangkaui kehendak pelanggan dan stakeholders.

Proses Pelaksanaan Inovasi

Pembangunan Sistem Bank Inovasi dilaksanakan secara in-house oleh

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) ICU JPM. Bagi membangunkan

Sistem Bank Inovasi yang menggunakan teknologi sumber terbuka, ICU JPM

telah menghantar PPTM untuk menghadiri kursus-kursus teknikal seperti

pengaturcaraan PHP dan mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada Pegawai

Teknologi Maklumat (PTM) yang lebih berpengalaman.

Pada peringkat permulaan Sistem Bank Inovasi yang siap dibangunkan pada

bulan Oktober 2010 menyediakan dua (2) kemudahan utama iaitu Deposit Bank

yang membolehkan warga ICU JPM mendeposit cadangan dan idea ke dalam

Sistem Bank Inovasi dan juga kemudahan pemantauan inovasi yang

membolehkan setiap inovasi yang disalurkan di pantau oleh Urusetia

Perekayasaan Inovasi ICU JPM. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perekayasaan

Inovasi ICU JPM akan memilih dan menyenarai pendek cadangan dan idea yang

bernilai tinggi dan seterusnya Mesyuarat Pemandu Peningkatan Budaya Inovasi

ICU JPM menilai dan memperakui cadangan dan idea yang perlu dilaksanakan.

Antara kemudahan lain yang disediakan ialah fungsi untuk memantau status

pencapaian inovasi dengan menggunakan kaedah traffic light, kemudahan ini

siap dibangunkan pada bulan April 2011 yang membolehkan setiap inovasi yang

dihasilkan dipantau daripada peringkat perancangan sehingga diaplikasikan.

Latihan kepada penyelaras-penyelaras yang dilantik untuk memantau dan

mengemaskini kemajuan pencapaian inovasi di adakan pada April 2011. Modul

Penilaian Outcome telah siap dibangunkan pada Februari 2012 untuk

Page 3: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

membolehkan kajian penilaian outcome atau impak daripada pelaksanaan

inovasi tersebut dinilai sama ada telah memberi faedah yang dihasratkan. Modul-

modul yang terdapat dalam Sistem Bank Inovasi adalah seperti di gambar rajah

1.0.

Rajah 1.0 : Modul Sistem Bank Inovasi

Proses sebelum dan selepas

Gambarajah 2.0 menunjukkan bilangan langkah dan masa bagi mendapatkan

maklumat menggunakan kemudahan seperti komputer peribadi dan lain-lain

kemudahan berbanding Sistem Bank Inovasi. Melalui penggunaan Sistem Bank

Inovasi bilangan langkah dapat dikurangkan dari empat (4) kepada tiga (3) dan

tempoh masa dapat dijimatkan dari 21 minit kepada 11 saat.

Page 4: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

Rajah 2.0 : Aliran Proses Mencapai dan Mendapatkan Maklumat StatusInovasi

Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan / Jabatan / Agensi/ Negara

Elemen Inovatif/Kreativiti Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik

Keaslian

- Pembangunan Sistem Bank Inovasi merupakan inspirasi warga ICU

JPM. Bagi merealisasikan idea ini, konsep dan rekabentuk serta

pembangunan telah dipertanggungjawabkan kepada NADI, ICU JPM.

- Sistem Bank Inovasi telah dibangunkan dengan menggunakan

kepakaran dalaman satu orang Penolong Pegawai Teknologi

Maklumat (PPTM).

Page 5: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

- Sistem Bank Inovasi direka bentuk berasaskan web based yang boleh

dicapai oleh semua warga organisasi.

- Satu sistem yang holistik, yang mempunyai ciri-ciri end-to-end di

mana ia merangkumi keseluruhan aspek inovasi dari cetusan idea,

pelaksanaan, pemantauan, penilaian outcome dan juga pengiktirafan.

Adaptasi- Fungsi yang terdapat di dalam Sistem Bank Inovasi sangat mesra

pengguna dan mudah digunakan yang mana telah dibangunkan

menggunakan aplication standard yang memudahkan navigasi

kepada sistem.

Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah

- Sebelum pelaksanaan Sistem Bank Inovasi , pihak pengurusan ICU

JPM menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dan mengumpulkan

semua cadangan dan idea yang bernas dengan cepat dan dengan

kadar segera daripada warga ICU JPM untuk dipertimbangkan.

- Selain daripada itu, kesukaran untuk pihak pengurusan menguruskan

segala idea dan inovasi yang dihasilkan di ICU JPM secara berkesan

kerana tiada satu mekanisme yang sistematik bagi memantau dari segi

kemajuan dan pencapaian inovasi-inovasi yang dipilih untuk

dilaksanakan. Pemantauan yang kurang berkesan menyebabkan

berlaku inovasi yang dilaksana tidak mengikut jadual dan mengambil

masa yang lama untuk disiapkan. Bagi inovasi yang telah

dilaksanakan tetapi tidak diurus dan diselenggarakan dengan baik

menyebabkan pihak pengurusan sukar mengawal kos dalam

menangani kekangan sumber kewangan semasa.

- Ketiadaan penyelarasan secara menyeluruh menyebabkan berlaku

cadangan dan idea yang bernas tidak terpilih untuk dilaksanakan

kerana maklumat cadangan dan idea itu tiada dalam satu platform

Page 6: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

yang boleh di capai oleh pihak pengurusan. Keciciran cadangan dan

idea yang bernas merugikan dan akan menjejaskan usaha-usaha yang

perlu dilaksanakan oleh jabatan kerajaan untuk meningkatkan budaya

inovasi dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang

lebih inovatif bagi memenuhi ekpektasi serta melangkaui kehendak

pelanggan dan stakeholders.

- Bagi inovasi yang melibatkan kos akan merugikan kos sekiranya ia

diwujudkan juga oleh bahagian-bahagian lain di ICU JPM, sedangkan

ianya boleh digunasama oleh bahagian-bahagian lain. Ketiadaan

penyelarasan yang menyeluruh ini menyebabkan inovasi yang berjaya

tidak dapat dikongsi di setiap peringkat organisasi.

- Maklumat dan bahan-bahan rujukan berkenaan inovasi yang terhad

dan tidak di simpan setempat yang diperolehi semasa pelbagai forum

seperti mesyuarat, sesi latihan, workcamp, retreat, bengkel dan

sebagainya yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dan urusetia

yang berlainan menyukarkan pihak atasan dan warga ICU JPM

mengakses untuk berkongsi dan menambah nilai idea yang dihasilkan

dalam proses pencetusan inovasi.

- Senario semasa sukar untuk memupuk persaingan sihat dan

meningkatkan penglibatan serta minat warga organisasi dalam

penghasilan inovasi. Selaras dengan itu ICU JPM telah membuat

kajian keperluan pengguna dan memanfaatkan keupayaan teknologi

terkini secara optimum dengan membangunkan satu sistem yang

bersesuaian bagi mengatasi masalah dihadapi.

- Pada masa ini penyediaan sistem secara on-line menjadi keutamaan

penting kepada pengguna. Oleh kerana itu sistem Bank Inovasi

dibangunkan untuk membolehkan maklumat dicapai dengan lebih

mudah di mana-mana lokasi pada bila-bila masa. Pembangunan

sistem berasaskan web based membolehkan capaian dibuat melalui

Page 7: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

rangkaian mudah alih seperti wireless yang dibekalkan oleh syarikat

telekomunikasi. Keadaan ini bersesuaian dengan keperluan warga

organisasi khasnya pihak pengurusan atasan yang mempunyai jadual

yang padat.

Elemen Keberkesanan Gambaran faedah yang nyata diperolehi

Sempena dengan Hari Inovasi ICU JPM 2011 pada 14 – 15 Disember

2011, ICU JPM telah memberi pengiktirafan dalam bentuk insentif atau

hadiah kepada individu atau kumpulan yang berjaya menghasilkan

inovasi atau peningkatan proses kerja yang didepositkan di Sistem

Bank Inovasi ICU JPM, yang bernilai tinggi serta memberikan kesan

dan impak yang tinggi dalam meningkatkan perkhidmatan penyampaian

kepada pelanggan dan stakeholders ICU JPM. Sehubungan itu, Hari

Inovasi ICU JPM dirancang untuk diadakan pada setiap tahun bagi

menandakan kepentingan budaya inovasi dalam mendokong agenda

transformasi sektor awam. Perkara yang amat penting daripada Hari

Inovasi ini adalah ia turut membantu mempromosikan Sistem Bank

Inovasi yang telah dibangunkan. Secara tidak langsung ini merupakan

galakan inovasi yang berterusan bagi meningkatkan budaya inovasi di

ICU JPM dan Perkhidmatan Awam. Sekiranya di adakan secara

konsisten memberi nilai tambah output kepada Sistem Bank Inovasi.

Pembangunan Sistem Bank Inovasi dibangunkan dalam persekitaran

web based menggunakan perisian terbuka seperti disarankan oleh

pihak MAMPU. Dengan motonya ‘The Heart of Innovation The Pulse

Of Implementation’ sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya ke

seluruh bahagian dan pejabat cawangan negeri ICU JPM pada bulan

Oktober tahun 2010 sebagai mekanisma menyalurkan cadangan dan

Page 8: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

idea yang bernas bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan

untuk peringkat agensi dan juga nasional.

ICU JPM juga menjadikan Sistem Bank Inovasi sebagai rujukan dalam

Perancangan Strategik ICU JPM pada masa sekarang dan akan

datang.

Peningkatan produktiviti/kepuasan

Pemantauan terus oleh Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Budaya

Inovasi ICU JPM yang dipengerusikan Ketua Pengarah atau Timbalan

Ketua Pengarah menandakan keperihatinan pihak pengurusan atasan

untuk melaksanakan dan memantau cadangan dan idea inovasi

dengan lebih berkesan. Sistem Bank Inovasi membolehkan

pemantauan terhadap inovasi dijalankan dengan lebih mudah, cepat

dan berkesan. Pegawai-pegawai yang terlibat mempunyai lebih banyak

masa dan tumpuan untuk menyiapkan kerja-kerja lain. Secara langsung

pelaksanaan Sistem Bank Inovasi dapat meningkatkan produktiviti

pegawai dan organisasi.

Penghasilan inovasi yang bernilai tinggi hasil cetusan idea kreatif

melalui Sistem Bank Inovasi banyak membantu meningkatkan

produktiviti warga ICU JPM.

Elemen Signifikan Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan

Sistem Bank Inovasi merupakan aplikasi yang mesra pengguna

dengan navigasi yang mudah. Paparan maklumat dalam Sistem Bank

Inovasi sangat menarik, jelas, tersusun dan mudah difahami.

Page 9: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

Penjimatan masa/kos/sumber manusia

Dengan penggunaan Sistem Bank Inovasi pihak kerajaan dapat

menjimatkan kos pengoperasian seperti berikut:

Kos Penggunaan TelefonMengurangkan penggunaan telefon untuk menghubungi

pegawai-pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat

berkenaan status inovasi setelah menghubungi melalui emel

gagal atau lambat dapat maklum balas.

Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah kerana pegawai atau

Urusetia tidak perlu membawa maklumat dalam bentuk hard

copy yang memerlukan penggunaan kertas dan toner yang

tinggi. Sebagai contoh, Urusetia Jawatankuasa ingin

menghadiri sesuatu mesyuarat untuk melaporkan status

inovasi hanya perlu paparkan terus status pencapaian

inovasi melalui laptop.

Kesan ketara kepada penjimatan kos hasil daripada inovasi yang

telah berjaya dilaksanakan melalui Sistem Bank Inovasi adalah

seperti berikut di Lampiran A. Secara tidak langsung, Sistem Bank

Inovasi telah berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan dengan

pencetusan idea dan pelaksanaan inovasi yang berimpak besar

kepada organisasi dan negara.

Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil

Sistem ini telah dapat memenuhi objektif inisiatif ini diambil kerana

berdasarkan beberapa kelebihan dan outcome sistem ini.

Kelebihan sistem ini adalah ia merangkumi keseluruhan life-cycle

Page 10: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

inovasi dari mulanya cetusan idea, peringkat pelaksanaan

sehinggalah peringkat penilaian outcome. Aliran Sistem Bank

Inovasi (System Flow) adalah seperti di gambar rajah 3.0. Di masa

yang sama sistem berkenaan turut mempunyai implikasi besar

kepada proses pengiktirafan inovasi di mana pemenang tahunan

dipilih daripada kalangan pendeposit idea di dalam sistem tersebut.

Rajah 3.0 : . Aliran Sistem Bank Inovasi

Sistem Bank Inovasi direka bentuk berasaskan web based yang boleh dicapai

oleh semua warga ICU JPM untuk menyalurkan cadangan dan idea kreatif,

inovatif serta signifikan ke arah mencapai kaedah terbaik untuk memenuhi

kehendak pelanggan secara lebih cepat, mudah dan berkesan. Oleh yang

demikian pelaksanaan Sistem Bank Inovasi amatlah sesuai dan berkesan untuk

menjana kreativiti dan melaksanakan inovasi sebagai wacana terkini

meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Page 11: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

Elemen Relevan Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional

Pelaksanaan Sistem Bank Inovasi telah mencetuskan inovasi-inovasi

yang menghasilkan outcome atau impak yang tinggi kepada

organisasi, perkhidmatan awam dan Negara. Sepanjang tahun 2011

sebanyak 78 idea telah didepositkan di dalam Sistem Bank Inovasi

dan dari jumlah tersebut sebanyak 11 inovasi telah berjaya

dilaksanakan. Antara inovasi yang telah berjaya dilaksanakan adalah

seperti di Lampiran B.

Berdasarkan Jadual dalam Lampiran B tersebut, Sistem Bank Inovasi

telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Negara

dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui pelaksanaan

Sistem iMEX dan Sistem Lawatan YB, Menteri dan KSU . Pelbagai

inisiatif atau inovasi telah diwujud, dibangun dan disediakan yang

banyak juga memberi perubahan ketara kepada proses kerja ICU JPM

seperti Sistem Integrasi Tempahan eBooking dan Go Green ICU.

Dengan kata lain Sistem Bank Inovasi telah menyumbang secara

langsung dalam pembangunan negara dan peningkatan sistem

penyampaian Kerajaan kepada pelanggan dan stakeholders.

Pengiktirafan diterima

Salah satu cadangan dan idea bernas daripada Sistem Bank Inovasi yang telah

mendapat pengiktirafan dan anugerah ialah iMEX yang telah memenangi tempat

ketiga dalam Anugerah Inovasi JPM 2010 (AIJPM 2010). Selain itu, salah satu

penghargaan kepada ICU JPM juga ialah pelancaran iMEX oleh YAB Perdana

Menteri di Mesyuarat Majlis Tindakan Negara Bil. 3/2010 pada 6 Disember 2010.

Pelancaran ini menggambarkan titik permulaan penerimaan iMEX di peringkat

tertinggi kepimpinan Negara dan kejayaan Sistem Bank Inovasi setakat ini.

Page 12: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

Selain itu, Sistem Bank Inovasi turut tersenarai pendek dalam Anugerah Inovasi

JPM 2011 Jabatan Perdana Menteri JPM 2011.

Gambar-Gambar Berkaitan

ProsesPelaksanaanInovasi

Kajiproses/prosedur,kaedahinovas

menepaticiri-ciriinovasi

PerakucadanganinovasikepadaKetuaJabatan

BincangcadangandalamJKPemandu

InovasiAgensiLaksanaInovasi

Semaknilai output &keberkesananimpakTidakberjaya

BerjayaKongsiInovasidisetiapperingkat

organisasiLaporkepadaUnitInovasiICU JPM

UnitInovasi ICUJPMlaporkepada

MAMPU

1 2 3 4

BANK INOVASI

Page 13: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

Implikasi kewangan

Tiada kos terlibat untuk pembangunan Sistem Bank Inovasi kerana ia

dibangunkan secara in-house dengan menggunakan kepakaran dalaman.

PENUTUP

Sistem Bank Inovasi merupakan satu kaedah baru pemantauan dengan penggunaan

teknologi semasa dan terkini. Ia juga telah dapat meningkatkan kepakaran dalaman

untuk pembangunan dalam persekitaran open source di sektor awam yang boleh

dikembangkan untuk aplikasi-aplikasi lain di kementerian/agensi. ICU JPM sentiasa

mengorak langkah memastikan kaedah pemantauan dan pelaporan tidak berada di

takuk yang lama supaya proses kerja terus bertambah baik.

Page 14: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

1

LAMPIRAN A

Penjimatan Kos Daripada Inovasi Yang Di HasilkanBil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos

1 iMEX- ICU Mobile Executive System

(iMEX) adalah satu sistem aplikasi

mobile untuk memberi kemudahan

kepada YAB Perdana Menteri dan

YAB Timbalan Perdana Menteri bagi

membuat capaian Laporan Eksekutif

Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)

dan Bank Data Kemiskinan Nasional

(eKasih) melalui mobile device

(iPhone).

Kos Tenaga ElektrikMengurangkan penggunaan tenaga elektrik kerana iMEX di capai

melalui mobile device. Manakala komputer peribadi menggunakan

tenaga elektrik yang lebih tinggi.

Kos Penyelenggaraan Perkakasan dan PerisianKos penyelenggaraan untuk perkakasan komputer peribadi dan

perisian seperti antivirus, sistem pengoperasian dan office

automation adalah jauh lebih tinggi berbanding penyelenggaraan

mobile device.

Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah kerana pengguna tidak perlu

membawa maklumat dalam bentuk hard copy yang memerlukan

penggunaan kertas dan toner yang tinggi. Sebagai contoh,

pengguna ingin menghadiri sesuatu mesyuarat hanya perlu

membawa mobile device yang telah dilengkapi maklumat terkini

sahaja.

Page 15: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

2

Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos

2 Tong Sampah Kitar Semula- Tong Sampah Kitar Semula di letakkan

dalam setiap Bilik Mesyuarat. Ahli

Mesyuarat disarankan meletakkan

botol PET yang telah digunakan ke

dalam kotak yang disediakan.

Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah hanya untuk menyediakan Tong

Sampah Kitar Semula pada pertama kali sahaja dan apabila Tong

Sampah rosak atau hilang sahaja.

3 Sistem Bank Inovasi- Sistem aplikasi sokongan yang penting

dibangunkan oleh Unit Penyelarasan

Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri

(ICU JPM) untuk memberi kemudahan

kepada warga ICU JPM menyalurkan

cadangan dan cetusan idea-idea

kreatif yang dapat meningkatkan

kualiti dan produktiviti penyampaian

perkhidmatan dan membantu

memudahkan pelaporan penghasilan

inovasi oleh pihak pengurusan ICU

JPM.

Kos Penggunaan TelefonMengurangkan penggunaan telefon untuk menghubungi

pegawai-pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat

berkenaan status inovasi setelah menghubungi melalui emel

gagal atau lambat dapat maklum balas.

Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah kerana pegawai atau urusetia

tidak perlu membawa maklumat dalam bentuk hard copy yang

memerlukan penggunaan kertas dan toner yang tinggi. Sebagai

contoh, Urusetia Jawatankuasa ingin menghadiri sesuatu

mesyuarat untuk melaporkan status inovasi hanya perlu paparkan

terus status pencapaian inovasi melalui laptop.

Kos Pembangunan SistemTiada kos pembangunan terlibat kerana sistem dibangunkan

secara in-house. Sistem ini merangkumi keseluruhan life-cycle

inovasi dari mulanya cetusan idea, peringkat pelaksanaan

Page 16: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

3

Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos

sehinggalah peringkat penilaian outcome dan sekiranya

dibangunkan secara out-source melibatkan kos pembangunan

yang besar.

4 ICU TV- Kemudahan secara live acara / majlis /

perhimpunan rasmi yang menggunakan

infrastuktur ICT sedia ada yang boleh

ditonton terus melalui PC.

Kos PengangkutanMenjimatkan kos pengangkutan kerana pegawai/kakitangan

daripada cawangan ICU JPM di negeri tidak perlu hadir ke majlis /

acara / perhimpunan bulanan kerana boleh melihat secara live

daripada kemudahan ICU TV yang disediakan.

Kos Logistik

Menjimatkan kos logistik pegawai/kakitangan daripada cawangan

ICU JPM di negeri kerana pegawai/kakitangan daripada

cawangan ICU JPM di negeri tidak perlu hadir ke majlis / acara /

perhimpunan bulanan kerana boleh melihat secara live daripada

kemudahan ICU TV yang disediakan.

Kos Operasi

Kos operasi juga adalah rendah kerana menggunakan

infrastruktur dan teknologi sedia ada di ICU JPM.

5 Senarai Semak / Tindakan BagiMesyuarat Utama- Senarai Semak / Checklist

pengurusan majlis rasmi bagi

Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah untuk menyediakan senarai

semak bagi kegunaan urusetia sahaja.

Page 17: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

4

Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos

program-program rasmi dan

mesyuarat utama.

6 Chill Room- Kemudahan Gym untuk warga ICU

JPM bersenam bagi menjaga stamina

dan kesihatan terutama bagi yang

terlalu sibuk atau padat jadual kerja di

pejabat dan tidak berkesempatan

pergi bersenam di luar. Dengan ini

dapat melegakan tekanan kerja,

meningkatkan produktiviti dan

mewujudkan suasana harmoni (no

hard feeling).

Kos Perolehan dan Penyelenggaraan Perkakasan / Peralatan

Kos perolehan untuk perkakasan pada pertama kali sahaja dan

kos penyelenggaraan perkakasan Gym yang tidak tinggi.

7 Sistem Integrasi Tempahan eBooking- Sistem aplikasi sokongan yang

dibangunkan untuk memberi

kemudahan membuat tempahan bilik,

peralatan dan menu

makanan/minuman.

Kos Pembangunan SistemTiada kos pembangunan terlibat kerana sistem dibangunkan secara

in-house. Sistem ini agak besar dan kompleks (melibatkan

integrasi) dan sekiranya dibangunkan secara out-source melibatkan

kos pembangunan yang besar.

8 Sistem Lawatan YB, Menteri dan KSU- Sistem aplikasi yang dibangunkan

untuk menyimpan maklumat mengenai

lawatan projek dan memantau projek-

Kos Pembangunan Sistem

Tiada kos pembangunan terlibat kerana sistem dibangunkan secara

in-house. Sistem ini agak besar dan kompleks dan sekiranya

Page 18: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

5

Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos

projek berkenaan. dibangunkan secara out-source melibatkan kos pembangunan yang

besar.

9 Go Green ICU Kos Operasi

Menjimatkan kos kertas dan toner kerana urusan-urusan secara

elektronik seperti melalui emel, dokumen-dokumen tidak perlu

dicetak hanya dihantar secara elektronik juga. Pegawai atau

urusetia sesuatu mesyuarat / majlis tidak perlu membawa

maklumat dalam bentuk hard copy yang memerlukan penggunaan

kertas dan toner yang tinggi. Sebagai contoh, Urusetia

Jawatankuasa ingin menghadiri sesuatu mesyuarat untuk

melaporkan status inovasi hanya perlu paparkan terus status

pencapaian inovasi melalui laptop.

10 Sistem e-forms- Satu sistem aplikasi yang

mentransform borang-borang manual

dan workflow secara on-line.

Kos Pembangunan SistemTiada kos pembangunan terlibat kerana sistem dibangunkan

secara in-house. Sistem ini agak besar dan kompleks melibatkan

pelbagai borang dan sekiranya dibangunkan secara out-source

melibatkan kos pembangunan yang besar.

11 Folder Kit- CD System Kit yang mengandungi

Manual penggunaan sistem / Direktori

Sistem / Brosur / Pamplet promosi

sistem.

Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah kerana setiap pegawai /

kakitangan yang baru melaporkan diri di berikan CD System Kit

yang mengandungi Manual Penggunaan Sistem / Brosur /

Pamplet sistem-sistem aplikasi yang terdapat di ICU JPM dan

Page 19: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

6

Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos

tidak perlu diberi dalam bentuk hard copy semua Manual Sistem,

brosur-brosur dan lain-lain berkenaan sistem yang memerlukan

penggunaan kertas dan toner yang tinggi. Adalah dianggarkan

sehingga kini lebih kurang 80 CD telah disiapkan dan diberikan

kepada pegawai baru yang melapor diri berbanding kos sekiranya

di cetak amat tinggi.

Page 20: TAJUK/NAMAINOVASI NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/792-bank-inovasi.pdf · Latar belakang ringkas perkhidmatan. ... workcamp, retreat, bengkel dan sebagainya yang dikendalikan

LAMPIRAN B

Signifikan Daripada Inovasi Yang Telah Berjaya DiLaksanakan di ICU JPM

Bil. Inovasi Signifikan

Tinggi(Impak kepadaperkhidmatan

awam)

Sederhana(Impakkepada

organisasiawam)

Rendah(Impakkepada

bahagian /seksyen /

unit)1 iMEX / / /

2 Tong Sampah KitarSemula

/ / /

3 Bank Inovasi / / /

4 ICU TV / / /

5 Senarai Semak/TindakanBagi Mesyuarat Utama

/ /

6 Chill Room / /

7 Sistem IntegrasiTempahan eBooking

/ / /

8 Sistem LawatanYB,Menteri dan KSU

/ /

9 Go Green ICU / / /

10 Sistem e-forms / /

11 Folder Kit / /