amali batu sce3110

Upload: azwan-lai-azahary

Post on 03-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    1/15

    Data dan Pemerhatian:

    CIRI-CIRIBATU

    SAMPEL BATU

    A B C D E F G H I

    Gambar

    Lokasi batudiambil

    Tepi jalanraya

    SungaiTepi jalan

    rayaSungai

    Tepi jalanraya

    KolamTamanbunga

    Pantai Bukit

    Jisim (g) 54.50 23.77 17.92 19.94 10.05 13.15 12.93 10.43 15.59

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    2/15

    Isipadu(cm3)

    25.00 13.00 10.00 9.00 6.00 9.00 6.00 5.00 10.00

    Ketumpatan (g/cm3)

    2.18 1.83 1.80 2.22 1.68 1.50 2.16 2.09 1.56

    Permukaanbatu

    Kasar Licin Licin Licin Kasar Licin Kasar Kasar Kasar

    Corak SekataTidak

    sekata

    Tidak sekataTidak

    sekata

    SekataTidak

    sekata

    Tidak

    sekata

    SekataTidak

    sekata

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    3/15

    Kegilapan Berkilau Pudar Pudar Pudar Berkilau Pudar Berkilau Pudar Pudar

    Lapisan Berbintiktetapi tidaksekata

    Berlapistetapi nipis

    Tiada Tiada Berbintiktetapi tidaksekata

    Tiada Tiada Berlapistetapi nipis

    Berlapis

    Kekerasan Keras KerasMudahtercalar

    Keras Keras Keras KerasMudahtercalar

    Mudahtercalar

    Tindakbalas

    denganasid

    Tiada tindakbalas

    Tiada tindakbalas

    Tiada tindakbalas

    Tiada tindakbalas

    Tiada tindakbalas

    Tiada tindakbalas

    Tiada tindakbalas

    Tiada tindakbalas

    Hasilkangelembungudara danterhakis

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    4/15

    Butiranapabila

    dipecahkanBesar Kecil Besar Kecil Halus Besar Kecil Halus Halus

    Penghasilan

    gelembungudara dalam

    air

    Ada Ada Ada Ada Tiada Ada Ada Ada Tiada

    Kristal Ada Tiada Ada Tiada Ada Tiada Ada Tiada Ada

    Jenis batuIgneus

    (Granite)

    Sedimen

    (Breccia)

    Igneus

    (Pumice)

    Sedimen

    (Breccia)

    Igneus

    (Diorite)

    Igneus

    (Pumice)

    Sedimen

    (Breccia)

    Sedimen

    (Sandstone)

    Metamorfik

    (Slate)

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    5/15

    LAPORAN PRAKTIKAL 2 : Mengenal Pasti Batu-batuan

    Tajuk : Batuan

    Tujuan : Mengenalpasti dan mengelaskan tiga jenis batuan

    mengikut spesifikasi.

    a) Batu Igneus

    b) Batu Sedimen

    c) Batu Metamorfik

    Pengenalan:

    Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batuan. Batuan ini adalah berbeza

    setiap satu daripada yang lainnya, sama ada dari segi corak, warna, kekerasan,

    cara penghasilan batu tersebut, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan.

    Batu-batan menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyak menentukan jenis

    jenis tumbuhan, habitat haiwan makroorganisma serta penggunaan sesuatu tanah di

    sesuatu kawasan itu.

    Batuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu batuan igneus, batuan endapan

    dan batuan metamorf. Pakar geologi membuat pengkelasan jenis-jenis batu ini

    berdasarkan kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam

    batuan ini. Selain itu tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di

    dalam batuan turut diperhatikan bagi mengenalpasti jenis batu yang diperoleh. Akhir

    sekali, struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan dikaji untuk

    menentukan kelompok dan kumpulan sesuatu batu itu.

    Batuan Igneus

    Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma

    dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan

    tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan

    bahan-bahan logam di dalamnya. Jika batuan ini mengandungi lebih banyak silika

    maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    6/15

    igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes.

    Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi

    oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Kebanyakan batu igneus bersifat

    keras dan kukuh. Oleh itu, batu igneus kebiasaannya digunakan untuk membuat

    jalan raya, tugu-tugu peringatan atau ukiran batu.

    Batuan Sedimen

    Batu Sedimen terjadi daripada proses enapan yang terkumpul di kawasan

    perairan. Kejadian ini memakan masa yang agak panjang. Batuan ini dapat

    dibezakan daripada batuan jenis lain melalui sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Olehsebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari

    beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter, bergantung kepada jenis dan

    lokasinya. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras.

    Bahan-bahan yang membentuk batuan sedimen ini mungkin telah diangkut

    oleh sungai-sungai, glasier, angin atau haiwan lain. Batuan Sedimen tidak berhablur

    dan didapati sering mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-

    hidupan halus. Berbanding dengan batuan lain, batuan sedimen paling mudah untuk

    dikenalpasti. BSedimen dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai

    jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke

    dalam satu kelompok.

    Batuan metamorfik

    Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-

    batuan, baik batuan igneus mahupun batuan Sedimen akan bertukar menjadi batuan

    metamorfik. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh faktor-faktor

    tersebut terutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku Batuan

    metamorfik banyak dijumpai di sekitar Malaysia dan Kepulauan Borneo.

    Batuan metamorfik mempunyai ciri-ciri yang jelas dan mudah dilihat.

    Kesemua batuan metamorfik mempunyai struktur yang berhablur. Batuanmetamorfik mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    7/15

    terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat

    tinggi. Sesetengah batuan metamorfik mampat dan menjadi lebih padat akibat

    tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Sesetengah batuan metamorfik yang

    berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari.

    Batuan metamorfik berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami

    penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila

    mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-

    lapisan.

    Bahan dan radas:

    Asid sulfurik, air suling, bikar, silinder penyukat, kanta pembesar, paku, benang,

    berus penimbang elektronik, pelekat berlabel, kain lap, papan asbestos

    Prosedur:

    1. Batu-batu yang ingin digunakan dibasuh dan diberus menggunakan berus lembut

    dengan cermat dan berhati-hati

    2. Keadaan dan ciri-ciri luaran batu diperhatikan dengan menggunakan kanta

    pembesar.

    3. Jisim batu ditimbang menggunakan penimbang elektronik

    4. 250cm3air diisi ke dalam silinder penyukat dan batu yang diikat dengan benang

    dimasukkan ke dalam silinder penyukat tersebut. Kehadiran gelembung-

    gelembung udara yang dihasilkan oleh batu di dalam air diperhatikan.

    5. Isipadu batu diambil dengan merujuk kepada pertambahan isipadu air di dalam

    silinder penyukat.

    6. 50cm3 asid sulfurik dimasukkan ke dalam bikar dan batu direndam ke dalam

    larutan asid tersebut

    7. Sebarang tindak balas batu terhadap asid dan perubahan yang berlaku kepada

    batu diperhatikan dan dicatatkan.

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    8/15

    8. Batu dikikis menggunakan paku dan sebarang pemerhatian pada permukaan

    batu sama ada tercalar atau tidak diperhatikan dan dicatatkan.

    9. Semua pemerhatian dikumpul dan pengelasan jenis batu dilakukan dan

    direkodkan di dalam data.

    Foto:

    Foto 1sampel batu ditimbang di atas penimbang elektronik

    Foto 2 sampel batu diuji dengan asid sulfurik

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    9/15

    Analisis Data:

    Satu uji kaji dilakukan bagi bagi mengenalpasti dan mengelaskan batu-batuan

    yang diperoleh dari tempat-tempat yang berbeza. Sampel batu diambil dari

    beberapa kawasan seperti tepi jalan raya, kolam, sungai, taman bunga dan bukit.

    Batu-batuan ini diuji dari segi ciri fizikalnya, lapisan-lapisan terbentuk, hablur-hablur

    mineral, kekerasan batu terhadap hakisan, tindak balas batu terhadap asid,

    penghasilan gelembung udara di dalam air dan banyak lagi. Uji kaji ini dilakukan

    bagi mengenalpasti dan mengkelaskan batuan mengikut jenis.

    Hasil eksperimen mendapati bahawa daripada Sembilan sampel batu yang

    diuji, terdapat 4 jenis batu igneus, empat jenis batu sedimen dan hanya satu batu

    metamorfik. Walaubagaimanapun, setiap satu daripada batu-batan ini adalah

    berbeza mengikut jenis. Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan pemerhatian

    semasa uji kaji dilakukan terhadap batuan tersebut.

    SAMPEL BATU Analisis batu

    Batu A ini diambil di tepi jalan di Sikamat, Seremban.

    Batu ini berwarna putih keabuan dan mempunyai

    bintik bintik hitam yang halus. Bentuknya tidak

    sekata dan berbucu tajam manakala teksturnya

    kasar dan tidak mempunyai lapisan. Apabila batu ini

    dipecahkan, terdapat butiran butiran mineral yang

    agak besar dan berkilau. Jisim batu ini ialah 54.50g

    dan isipadunya pula 25cm3. Nilai ketumpatan batu ini

    ialah 2.18gcm-3. Batu ini mempunyai kekerasan yang

    tinggi, yang mana tidak calar apabila ditoreh dengan

    menggunakan paku dan pisau. Ini menunjukkan batu

    ini sangat keras dan kuat. Maka, batu ini ialah jenis

    batu Ignius jenis Granite.

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    10/15

    Batu B ini diambil di kawasan sungai berdekatan

    dengan Masjid Sikamat. Batu ini terdiri daripada

    campuran warna putih keperangan. Bentuknya tidak

    sekata, tidak berbucu, manakala permukaannya

    agak kasar dan ia tidak mempunyai lapisan. Apabila

    batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran butiran

    yang agak kecil. Jisim batu ini ialah 23.77g dan

    isipadunya pula 13cm3. Nilai ketumpatan batu ini

    ialah 1.83gcm-3. Batu ini agak kusam dan pudar dan

    mempunyai kekerasan yang tinggi. Apabila ditoreh

    menggunakan pisau dan paku, batu ini tidakbercalar. Ini menunjukkan batu ini keras dan sukar

    untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas

    dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan

    jenis Breccia

    Batu C diambil di sekitar jalan raya ke Senawang.

    Batu ini terdiri daripada campuran warna putih,

    merah keperangan dan jingga. Bentuknya tidak rata,

    bentuk tidak tetap dan tidak sekata. Permukaan batu

    ini pula sangat kasar. Apabila dipecahkan, terbentuk

    butiran butiran yang kasar dan besar. Jisim batu ini

    ialah 17.92g dan isipadunya pula 10cm3. Nilai

    ketumpatan batu ini ialah 1.8gcm-3. Batu ini sedikit

    calar apabila ditoreh menggunakan paku dan pisau.Ini menunjukkan batu ini tidak keras dan mudah

    untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas

    dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan

    jenis Pumice.

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    11/15

    Batu D ini diambil juga di kawasan sungai

    berdekatan Masjid Sikamat. Batu ini terdiri daripada

    campuran warna putih pudar dan mempunyai bintik

    perang kemerahan. Bentuknya agak bulat membujur

    manakala teksturnya kasar dan tidak mempunyai

    sebarang lapisan. Apabila batu ini dipecahkan,

    terbentuknya butiran butiran yang kecil dan kasar.

    Jisim batu ini ialah 19.94g dan isipadunya pula

    9cm-3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 2.22gcm3. Batu

    ini menunjukkan kekilauan dan mempunyai

    kekerasan yang tinggi. Apabila ditoreh dengan pisau

    dan paku, batu ini tidak calar. Ini menunjukkan batu

    ini keras dan sukar untuk dipecahkan. Batu ini tidak

    bertindak balas dengan asid. Maka, batu ini ialah

    batuan enapan jenisBreccia

    Batu E ini diambil dari kawasan sekitar jalan raya di

    IPGKRM. Batu ini terdiri daripada warna putih dan

    mempunyai bintik bintik berwarna kelabu gelap.

    Bentuknya panjang dan berbucu tajam manakala

    teksturnya agak kasar dan tidak mempunyai lapisan.

    Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran

    butiran yang halus. Jisim batu ini ialah 10.5g dan

    isipadunya pula 6cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah

    1.68 gcm-3. Batu ini juga menunjukkan kekilauan dan

    mempunyai kekerasan yang tinggi. Apabil batu ini

    ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu ini tidak

    bercalar. Ini menunjukkan batu ini sangat keras dan

    kuat. Maka, batu ini ialah jenis batu Ignius jenis

    Granite.

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    12/15

    Batu F ini diambil dari kawasan kolam asrama Blok

    A. Batu ini terdiri daripada campuran warna putih

    pudar keemasan. Bentuknya membulat manakala

    tekstur permukaannya agak kasar dan tidak

    mempunyai lapisan. Apabila batu ini dipecahkan,

    terbentuknya butiran butiran yang besar dan kasar.

    Jisim batu ini ialah 13.15g dan isipadunya pula

    9.cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.50gcm-3.

    Batu ini mempunyai kekerasan yang tinggi Apabila

    ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu ini tidak

    calar. Ini menunjukkan batu ini keras dan sukar untuk

    dipecahkan. Batu ini bertindak balas dengan asid

    yang menghasilkan gelembung udara. Maka, batu ini

    ialah batuan igneus jenis Pumice

    Batu G diambil dari Taman Bunga IPGKRM. Batu ini

    ber warna putih kapur berbintik perang kemerahan.

    Bentuknya membulat tetapi tidak sekata, manakala

    teksturnya kasar dan tidak mempunyai lapisan.

    Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran

    butiran yang halus. Jisim batu ini ialah 12.93g dan

    isipadunya pula 6cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah

    2.16gcm-3. Batu ini menunjukkan kekilauan dan

    mempunyai kekerasan yang tinggi. Apbila ditorehdengan paku dan pisau, bat ini tidak calar, maka ini

    menunjukkan batu ini keras dan sukar untuk

    dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas dengan

    asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan jenisBreccia.

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    13/15

    Batu H ini diambil di Pantai Port Dickson, Seremban.

    Batu ini terdiri daripada campuran warna perang

    kemerahan dan putih. Bentuknya bersegi dan bentuk

    tidak tetap manakala teksturnya kasar, seakan-akan

    berpasir dan mempunyai lapisan namun terlalu nipis.

    Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran

    butiran yang sangat halus seperti butiran pasir atau

    debu. Jisim batu ini ialah 10.43g dan isipadunya pula

    5cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 2.09gcm-3. Batu

    ini menunjukkan kekerasan yang rendah. Apabila

    ditoreh dengan pisau dan paku, batu ini jelas

    menunjukkan kesan calar dan butiran-butiran halus

    terhasil. Maka, jelas bahawa batu ini lembut dan

    senang untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak

    balas dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan

    sendimen jenisSandstone

    Batu I ini diambil di Bukit Beroga,. Batu ini berwarna

    kelabu kehitaman. Bentuk batu ini bersegi dan

    berbucu tajam dan permukaannya kasar. Apabila

    dipecahkan, butiran mineral yang terhasil sangat

    halus. Jisim batu ini ialah 15.59g dan isipadunya pula

    10cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.56gcm3.

    Batu ini menunjukkan kekerasan yang rendah.

    Apabila ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu

    calar. Ini menunjukkan batu ini lembut dan senang

    untuk dipecahkan. Batu ini bertindak balas dengan

    asid dan sedikit terhakis apabila bertindak balas

    dengan asid. Maka jenis batuan ini ialah batu

    metamorfik jenis Slate.

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    14/15

    Kesimpulan:

    Batu-batuan boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu igneus, metamorfik dan

    sedimen. Setiap satu batuan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama

    lain. Batu-batan dapat menentukan kesesuaian tanah-tanih untuk dijadikan habitat

    bagi haiwan dan tumbuhan tertentu serta menentukan kegunaan tanah dalam

    sesuatu kawasan tersebut. Batu-batuan ini juga penting bagi ahli-ahli geologi bagi

    menentukan umur bumi kerana pembentukan batuan mengambil masa dan fasa

    yang berbeza mengikut jenis batuan.

  • 8/12/2019 AMALI BATU SCE3110

    15/15

    Rujukan:

    Andrew Alden (t.t.p.). Rock Identification Tables. Dicapai pada 6 Mac 2014 di

    http://geology.about.com/od/rocks/a/Rock-Tables.htm.

    Cheng Leong Goh (2010). Atlas Sumber dalam Geografi Fizikal. Kuala Lumpur:

    Percetakan Naz Sdn Bhd

    Dan Green (2013). Rocks and Minerals. Jefferson : Scholastic Inc.

    Geology.com (2008). Igneous Rocks. Dicapai pada 1 Mac 2014 di

    http://geology.com/rocks/igneous-rocks.shtml

    Geology.com (2008). Sedimentary Rocks. Dicapai pada 1 Mac 2014 di

    http://geology.com/rocks/sedimentary-rocks.shtml

    Tanpa pengarang (t.t.p.). Types of Rocks. Dicapai pada 24 Februari 2014 di

    http://www.learner.org/interactives/rockcycle/types.html