amali 8

5
AMALI 8 TARIKH: 24/11/11 TAJUK AMALI : PEMANGKASAN OBJEKTIF : 1. Melakukan aktiviti pemangkasan pada pokok belimbing dengan kaedah yang betul PENGENALAN : Pemangkasan dilakukan untuk memotong bahagian batang, dahan atau ranting bagi menggalakkan lagi pertumbuhan pucuk-pucuk, cabang atau dahan dan juga menggalakkan pengeluaran bunga serta buah. Pemangkasan juga dilakukan untuk membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan cara yang teratur supaya pokok tumbuh mengikut yang dikehendaki. Tujuan pemangkasan adalah :- Membentuk pokok kepada bentuk yang dikehendaki Membuang dahan yang mati / berpenyakit / dahan yang tidak diperlukan Merangsang pertumbuhan tunas / bunga / buah Memberi keseimbangan pada pokok Memperbaiki lingkungan pertumbuhan tanaman (mengatur penerimaan cahaya matahari, pengudaraan & kelembapan) Meningkatkan nilai astetik tanaman Membuang percabangan / dahan yang mengganggu aktiviti manusia Terdapat empat jenis pemangkasan iaitu :- Pemangkasan membentuk - Ia dilakukan untuk mendapatkan bentuk yang sesuai pada pokok yang tertentu. Biasanya dilakukan semasa pokok masih lagi kecil. Tunas-tunas sisi dibuang dan hanya tunas utama yang dikekalkan. Kemudian, barulah dahan dibiarkan tumbuh untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki. Cara ini sesuai dilakukan untuk pokok pagaran, bonsai, pokok hiasan dan pokok di pinggiran jalan.

Upload: siti-hajar

Post on 24-Apr-2015

60 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALI 8

AMALI 8

TARIKH: 24/11/11

TAJUK AMALI : PEMANGKASAN

OBJEKTIF :

1. Melakukan aktiviti pemangkasan pada pokok belimbing dengan kaedah yang

betul

PENGENALAN :

Pemangkasan dilakukan untuk memotong bahagian batang, dahan atau ranting bagi

menggalakkan lagi pertumbuhan pucuk-pucuk, cabang atau dahan dan juga

menggalakkan pengeluaran bunga serta buah. Pemangkasan juga dilakukan untuk

membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan cara yang teratur supaya pokok

tumbuh mengikut yang dikehendaki. Tujuan pemangkasan adalah :-

Membentuk pokok kepada bentuk yang dikehendaki

Membuang dahan yang mati / berpenyakit / dahan yang tidak diperlukan

Merangsang pertumbuhan tunas / bunga / buah

Memberi keseimbangan pada pokok

Memperbaiki lingkungan pertumbuhan tanaman (mengatur penerimaan

cahaya matahari, pengudaraan & kelembapan)

Meningkatkan nilai astetik tanaman

Membuang percabangan / dahan yang mengganggu aktiviti manusia

Terdapat empat jenis pemangkasan iaitu :-

Pemangkasan membentuk

- Ia dilakukan untuk mendapatkan bentuk yang sesuai pada pokok yang

tertentu. Biasanya dilakukan semasa pokok masih lagi kecil. Tunas-tunas

sisi dibuang dan hanya tunas utama yang dikekalkan. Kemudian, barulah

dahan dibiarkan tumbuh untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki. Cara

ini sesuai dilakukan untuk pokok pagaran, bonsai, pokok hiasan dan pokok

di pinggiran jalan.

Pemangkasan kelaziman

Page 2: AMALI 8

- Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah berpenyakit

atau mati. Pemangkasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan

kesuburan pokok serta mengekalkan bentuk tanaman selepas cantasan

membentuk dilakukan.

Pemangkasan pemulihan

- Ia dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke pangkal

atau batang utama. Ini bertujuan untuk menggalakkan batang atau dahan

baru tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan

pokok tersebut. selain itu, pemangkasan pemulihan juga dilakukan untuk

mendapatkan pokok yang kelihatan bersih dan cantik selain itu dapat

menolong pertumbuhan pokok tanpa membazirkan makanan kepada

bahagian-bahagian pokok yang tidak berguna dan seterusnya

menggalakkan pertumbuhan tunas-tunas baru

Pemangkasan penjarangan

- Ia dilakukan untuk memperoleh bentuk pokok yang seimbang dan cantik

agar peredaran udara dan cahaya matahari dapat masuk ke semua

bahagian pokok. Selain itu, cara ini juga dapat mengelakkan musuh dan

perosak berlindung dan terhindar dari serangan penyakit. Pemangkasan

penjarangan juga dapat mengurangkan pokok daripada terdedah kepada

kerosakan yang disebabkan oleh angin atau ribut. Sesuai dilakukan ke atas

pokok-pokok landskap yang mengeluarkan dahan utama dengan banyak

dan rapat.

Untuk memangkas dahan yang besar, kaedah pemotongan tiga kali adalah

digalakkan. Kaedahnya :-

Memotong dahan yang hendak dibuang di bahagian bawah (10-15 cm

daripada batang) sedalam setengah lilitan batang

Pemotongan dari bahagian atas dengan jarak 2-3 cm dari potongan pertama

Akhir sekali, tunggul yang tinggal dipotong.

ALATAN :

Page 3: AMALI 8

Gergaji pangkas

Secateur

Sarung tangan

PENERANGAN :

Mengikut kumpulan, kami perlu melakukan pemangkasan terhadap pokok belimbing.

Sebelum aktiviti bermula, penunjukajar menerangkan mengenai pemangkasan dan

pokok belimbing. Sedikit penerangan mengenai belimbing.

Belimbing atau nama botaninya Averrhoea carambola berasal dari keluarga

Oxalidaceae. Juga dikenali sebagai belimbing besi, belimbing segi dan belimbing

manis. Ia dipercayai berasal daripada gugusan pulau-pulau di Asia Tenggara iaitu

Pulau Jawa, Indonesia hingga ke Filipino. Tanaman belimbing boleh didpati di selruh

Semenanjung Malaysia terutamanya di Selangor, Johor, Pahang dan Negeri

Sembilan.

Terdapat beberapa klon yang ditanam di negara ini terutamanya B10 yang ditanam

denagn meluas kerana mendapat pasaran eksport yang baik terutamanya di Eropah

Barat. Klon lain yang ditanam ialah klon B2 yang ditanam untuk membantu

pendebungaan bagi penghasilan B10 manakala B17 hanya untuk pasarantempatan

kerana keadaan keadaan fizikal yang kurang menarik dan sukar dikenadalikan

walaupun rasanya lebih manis. Buah belimbing perlu dibungkus dengan kertas bagi

mengelakkan serangan lalat buah.

Pokok belimbing perlu dipangkas pada peringkat awal untuk membentuk dan

mengawal ketinggian pokok supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan

baik. Pemangkasan ini akan melibatkan cantasan bahagian pokok bagi mengubah

bentuk rimbunan, membuang bahagian pokok yang tidak perlu dan yang berpenyakit.

Dahan-dahan kecil yang terlalu banyak perlu dicantas kerana ia boleh mengganggu

kerja penyelenggaraan seperti menyembur racun, membungkus dan memetik buah.

Terdapat dua jenis pemangkasan yang sesuai untuk pokok belimbing :-

Bentuk terbuka tengah

Page 4: AMALI 8

- batang utama di pangkas pada peringkat awal pertumbuhan iaitu pada paras

1m dari tanah. Diantara 3 ke 4 dahan sisi dibiarkan membesar dari batang

utama tadi. Dahan ini akan membesar dan rimbunan akan menjadi terbentuk

dan rendang. Tetapi, ranting yang terlalu melempai dijaga dan dipangkas

supaya rimbunan pokok terkawal. Selain daripada mencantas, dahan-dahan

baru dilenturkan ke bawah bagi menggalakkan pertumbuhan bunga baru pada

musim berikutnya.

Dahan pandu terubahsuai

Rimbunan pokok dibentuk dengan mencantas dahan-dahan kecil sisi sahaja.

Dahan-dahan yang bersaiz besar dikekalkan dan dibiarkan meningkat

ketinggiannya. Selepas tiga atau lima tahun, dahan-dahan ini baru dibentuk.

Pemangkasan semula dahan utama perlu dilakukan lagi.bentuk dahan pandu

terubahsuai kerap kali digemari kerana pembungkusan dan proses memetik

buah lebih mudah dilakukan.

AKTIVITI :

Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan perlu memangkas

beberapa batang pokok belimbing mengikut cara pangkasan yang telah di tunjuk oleh

penunjukajar.

Page 5: AMALI 8