amali 1 (aktiviti mencampur air).docx

7
NAMA: CHUA JI HUI KELAS: 3 PISMP SN PJ PK NO IC: 911009-13-6009 ANGKA GILIRAN: 2013301340068 AMALI 3: MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR Tajuk: Aktiviti mencampur air Tujuan: Untuk mengkaji perubahan suhu air apabila air sejuk dicampurkan dengan air panas. Penyataan Masalah: Adakah air sejuk mampu menurunkan suhu air panas? Teori : 1. Haba ialah sejenis tenaga yang dipindahkan dari bahagian panas ke bahagian sejuk. Unit SI = Joule (J) 2. Apabila objek dipanaskan: a) Tenaga haba diserap oleh objek b) Suhu objek meningkat 3. Apabila objek disejukkan: a) Tenaga haba dibebaskan daripada objek b) Suhu objek menurun 4. Apabila dua objek yang berbeza suhunya diletakkan bersentuhan antara satu sama lain, objek yang bersuhu tinggi akan memindahkan habanya kepada objek yang bersuhu lebih rendah. 5. Keseimbangan terma adalah suatu keadaan di mana kadar pengaliran bersih haba adalah sifar. Haba masih mengalir antara dua objek tetapi kadarnya adalah sama. 6. Suatu objek juga boleh mencapai keseimbangan terma dengan sekelilingnya. Ini berlaku apabila suhu bagi suatu objek mencapai suhu yang sama dengan sekelilingnya tanpa mengira

Upload: annie-chau

Post on 25-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

NAMA: CHUA JI HUIKELAS: 3 PISMP SN PJ PKNO IC: 911009-13-6009ANGKA GILIRAN: 2013301340068

AMALI 3: MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBORTajuk:Aktiviti mencampur air

Tujuan:Untuk mengkaji perubahan suhu air apabila air sejuk dicampurkan dengan air panas.

Penyataan Masalah:Adakah air sejuk mampu menurunkan suhu air panas?

Teori :1. Haba ialah sejenis tenaga yang dipindahkan dari bahagian panas ke bahagian sejuk. Unit SI = Joule (J)2. Apabila objek dipanaskan:a) Tenaga haba diserap oleh objekb) Suhu objek meningkat3. Apabila objek disejukkan:a) Tenaga haba dibebaskan daripada objekb) Suhu objek menurun4. Apabila dua objek yang berbeza suhunya diletakkan bersentuhan antara satu sama lain, objek yang bersuhu tinggi akan memindahkan habanya kepada objek yang bersuhu lebih rendah.5. Keseimbangan terma adalah suatu keadaan di mana kadar pengaliran bersih haba adalah sifar. Haba masih mengalir antara dua objek tetapi kadarnya adalah sama.6. Suatu objek juga boleh mencapai keseimbangan terma dengan sekelilingnya. Ini berlaku apabila suhu bagi suatu objek mencapai suhu yang sama dengan sekelilingnya tanpa mengira sama ada objek itu menerima atau membebaskan haba.

Hipotesis :1. Semakin banyak air panas dicampur dengan air sejuk semakin tinggi suhu campuran air.

Pembolehubah :i. Dimalarkan : Suhu air sejuk dan air panasii. Dimanipulasikan : Kuantiti air panas dan air sejukiii. Bergerakbalas : Suhu air campuran antara air panas dengan air sejuk.

Bahan & Peralatan :Termometer, air sejuk, air panas, silinder bersenggat, bekas untuk campuran dan lembaran kerja.

Prosedur :1. 40ml air sejuk dan 40ml air panas disukat menggunakan silinder bersenggat secara berasingan.2. Suhu setiap bahan dicatakan.3. Air sejuk dan air panas tersebut dicampurkan. Suhu campuran tersebut dicatatkan dalam system jadual.4. Langkah 1 hingga 3 diulangkan mengikut kombinasi (30ml air sejuk dan 50ml air panas, 20ml air sejuk dan 60ml air panas, 10ml air sejuk dan 70ml air panas) yang telah ditetapkan.

Proses Pelaksanaan:Rujuk Lampiran 1

Ramalan :Saya meramalkan bahawa campuran kandungan 10ml air sejuk dan 70ml air panas mempunyai suhu campuran air yang paling tinggi. Ini adalah kerana kandungan air panasnya adalah paling banyak manakala kandungan air sejuknya pula adalah paling rendah berbanding dengan yang lain. Dengan ini, suhu keseimbangan termanya adalah paling tinggi.

Keputusan :

Kandungan AirBacaan (c)

Suhu Air Sejuk Suhu Air Panas Suhu Campuran Air

40ml air sejuk & 40ml air panas267947

30ml air sejuk & 50ml air panas266452

20ml air sejuk & 60ml air panas277158

10ml air sejuk & 70ml air panas276761

Perbincangan :1. Merujuk kepada jadual di atas, kita boleh mendapati bahawa apabila kuantiti dan suhu air panas semakin meningkat, suhu campuran juga semakin meningkat. Begitu juga dengan air sejuk. Semakin kurang kuantiti dan rendah suhu air sejuk yang ditambah, suhu air campuran juga semakin rendah.2. Suhu campuran air bagi 40ml air sejuk dan 40 ml air panas adalah paling rendah berbanding suhu campuran air yang lain. Suhu campuran air bagi 10ml air sejuk dan 70ml air panas adalah paling tinggi berbanding suhu campuran air yang lain.3. Apabila air bersuhu 40C dicampurkan dengan air bersuhu 60C dalam kuantiti yang sama banyak, suhu campuran air yang dihasilkan dianggarkan ialah 50C. Kedua-dua air akan menuju ke arah mencapai keseimbangan terma iaitu keadaan di mana kadar pengaliran bersih haba adalah sifar. Haba masih mengalir antara dua air tetapi kadarnya adalah sama.4. Suhu kolam yang tidak menentu adalah disebabkan pengaruh suhu di sekeliling. Jika cuaca pada hari tersebut panas maka suhu kolam juga akan meningkat. Jika cuaca pada hari tersebut sejuk maka suhu kolam juga akan menurun.5. Suhu badan kita meningkat apabila kita deman adalah disebabkan jangkitan daripada virus atau kuman. Antibodi dalam badan kita sedang bertindak mempertahankan badan kita daripada virus. Suhu badan boleh diturunkan dengan meminum air sejuk atau mandi air sejuk. Hal ini adalah kerana kebanyakan haba kita dihasilkan di badan (dari paras dada hingga abdomen) berbanding dengan bahagian badan yang lain (kaki dan tangan). Apabila kesejukan daripada air minuman dan air mandi melalui badan kita secara dalaman atau luaran, ia telah mengurangkan haba yang dihasilkan oleh tindak balas antara antibodi dengan virus. Ia juga berkesan dalam meningkatkan kesan mekanisme maklum balas negatif (negative feedback mechanism) agar suhu badan kembali normal.

Langkah-langkah berjaga :1. Berhati-hati ketika mengendalikan air panas.2. Lapiskan bekas yang diisikan dengan air panas dengan kain bagi mengelakkan kecederaan ketika mengangkat bekas tersebut.3. Tutupkan kipas ketika menjalankan eksperimen. Hal ini adalah kerana aliran angin menurunkan suhu air panas dengan kadar yang lebih cepat.4. Menuangkan air dengan perlahan bagi mengelakkan percikan air.

Kesimpulan :Hipotesis diterima.1. Semakin banyak air panas dicampur dengan air sejuk semakin tinggi suhu air campurannya.

LAMPIRAN 1

Bahan dan radas yang digunakan.

Proses CampuranAirSuhu Air Sebelum Air Dicampurkan

Suhu Air Selepas Air Dicampurkan