alquds in malay issue 86 hi re

8
| 1 Issue No 86 // 31 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 31 MAR 2016, Issue no 86 SYEIKH SOLAH: KAMERA CCTV MILIK KEMENTERIAN WAKAF JORDAN AKAN BERTUKAR MENJADI MATA-MATA ISRAEL Isu minggu ini : Pengerusi Gerakan Islam di Bumi Terjajah sejak tahun 48, Syeikh Raed Solah memberi perin- gatan berkenaan isu kamera CCTV yang akan dipasang di Masjid Al-Aqsa. Beliau meluahkan kebimbangan bahawa kamera itu akan menjadi mata-mata Israel, dan menggesa Kementerian Wakaf Jordan supaya memikirkan semula ra- sional pemasangan itu. Syeikh Solah berkata: “Pada pendapatku, pema- sangan kamera CCTV di Al-Aqsa akan men- jadi satu usaha baik jika penguasaan ke atasnya adalah milik Kementerian Wakaf sepenuhnya, tetapi apa yang membimbangkan adalah campur tangan Israel ke atasnya sekaligus akan men- gubah kamera- kamera itu menjadi mata-mata Israel dalam usahanya menguasai Al-Aqsa. Mereka akan menggunakannya dalam mengin- tip dan memerhatikan setiap tindak- tanduk setiap penduduk Palestin sepanjang mereka be- rada di dalam masjid. Bahkan yang paling meri- saukan adalah ianya akan dijadikan bahan bukti bagi mendakwa penduduk Palestin, menangkap, memenjarakan dan mengusir mereka. Israel juga mungkin akan menggunakannya untuk mendakwa dan memerangi penjaga- penjaga Masjid Al-Aqsa dengan mempergunakan raka- man- rakaman yang diambil dari kamera itu.” Manakala Syeikh Ikramah Sobri, Pengerusi Hal Ehwal Tertinggi Islam di Jurusalem turut ber- setuju dengan kenyataan bahawa pemasangan MAJLIS HAL EHWAL ISLAM TER- TINGGI MENOLAK PERCUBAAN LARANGAN AZAN DI JURUSA- LEM DAN MASJID- MASJID SEKI- TARNYA KECAMAN ANTARABANGSA TER- HADAP PENDATANG- PENDATANG YAHUDI DI ISRAEL DONALD TRUMP: “JIKA SAYA MENANG PILIHANRAYA, SAYA AKAN MENGIKTIRAF JURUSALEM SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL” kamera CCTV berikut hanya akan menguntungkan Israel. Peguam Khalid Zabarqah berkata: “pemasangan kamera CCTV di Al- Aqsa akan memberi keistimewaan kepada Israel untuk mengawal se- gala aktiviti dalam masjid, bahkan memberi mesej kepada pendatang- pendatang Israel bahawa mereka boleh datang menceroboh Al-Aqsa pada bila- bila masa tanpa rasa takut kerana pengawalan masjid adalah sepenuhnya pada mereka dan mereka mempunyai kuasa untuk mengakses bilik kawalan. Justeru, pemasangannya hanya akan mem- bantu Israel dalam proses pengua- saan mereka ke atas Al-Aqsa.”

Upload: alquds-malaysia

Post on 27-Jul-2016

236 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

| 1Issue No 86 // 31 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 86 // 31 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

31 MAR 2016, Issue no 86

SYEIKH SOLAH: KAMERA CCTV MILIK KEMENTERIAN WAKAF JORDAN AKAN BERTUKAR

MENJADI MATA-MATA ISRAEL

Isu minggu ini :

Pengerusi Gerakan Islam di Bumi Terjajah sejak tahun 48, Syeikh Raed Solah memberi perin-gatan berkenaan isu kamera CCTV yang akan dipasang di Masjid Al-Aqsa. Beliau meluahkan kebimbangan bahawa kamera itu akan menjadi mata-mata Israel, dan menggesa Kementerian Wakaf Jordan supaya memikirkan semula ra-sional pemasangan itu.Syeikh Solah berkata: “Pada pendapatku, pema-sangan kamera CCTV di Al-Aqsa akan men-jadi satu usaha baik jika penguasaan ke atasnya adalah milik Kementerian Wakaf sepenuhnya, tetapi apa yang membimbangkan adalah campur tangan Israel ke atasnya sekaligus akan men-gubah kamera- kamera itu menjadi mata-mata Israel dalam usahanya menguasai Al-Aqsa. Mereka akan menggunakannya dalam mengin-tip dan memerhatikan setiap tindak- tanduk setiap penduduk Palestin sepanjang mereka be-rada di dalam masjid. Bahkan yang paling meri-saukan adalah ianya akan dijadikan bahan bukti bagi mendakwa penduduk Palestin, menangkap, memenjarakan dan mengusir mereka. Israel juga mungkin akan menggunakannya untuk mendakwa dan memerangi penjaga- penjaga Masjid Al-Aqsa dengan mempergunakan raka-man- rakaman yang diambil dari kamera itu.”Manakala Syeikh Ikramah Sobri, Pengerusi Hal Ehwal Tertinggi Islam di Jurusalem turut ber-setuju dengan kenyataan bahawa pemasangan

MAJLIS HAL EHWAL ISLAM TER-TINGGI MENOLAK PERCUBAAN LARANGAN AZAN DI JURUSA-LEM DAN MASJID- MASJID SEKI-TARNYAKECAMAN ANTARABANGSA TER-HADAP PENDATANG- PENDATANG YAHUDI DI ISRAEL

DONALD TRUMP: “JIKA SAYA MENANG PILIHANRAYA, SAYA AKAN MENGIKTIRAF JURUSALEM SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL”

kamera CCTV berikut hanya akan menguntungkan Israel. Peguam Khalid Zabarqah berkata: “pemasangan kamera CCTV di Al-Aqsa akan memberi keistimewaan kepada Israel untuk mengawal se-gala aktiviti dalam masjid, bahkan memberi mesej kepada pendatang- pendatang Israel bahawa mereka boleh datang menceroboh Al-Aqsa pada bila- bila masa tanpa rasa takut kerana pengawalan masjid adalah sepenuhnya pada mereka dan mereka mempunyai kuasa untuk mengakses bilik kawalan. Justeru, pemasangannya hanya akan mem-bantu Israel dalam proses pengua-saan mereka ke atas Al-Aqsa.”

2 | Issue No 86 // 31 MAR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

DONALD TRUMP: “JIKA SAYA MENANG PILIHANRAYA, SAYA AKAN MENGIKTIRAF JURUSALEM SEBAGAI IBU

NEGARA ISRAEL”

Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump, mengumumkan bahawa jika beliau terpilih sebagai Pres-iden Amerika Syarikat, beliau akan mengiktiraf Jurusalem sebagai ibu negara Israel dan kedutaan Amerika Syarikat akan dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis. Trump menegaskan bahawa tiada siapa yang lebih dekat dengan kerajaan Yahudi selain beliau, dan beliau akan menjaga kerajaan Yahudi sebaiknya, sam-bil menyeru kepada perjanjian antara Israel dan Palestin menuju keamanan kedua- dua negara.

| 3Issue No 86 // 31 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

MANTAN PENGERUSI SHIN BET: PENYELESAIAN POLITIK BERSAMA PALESTIN MESTI DILAKUKAN

KERAJAAN ISRAEL MEMBAWA MASUK BEBERAPA ORANG YAHUDI YAMAN KE PALESTIN MELALUI OPERASI

RAHSIA

Yuval Diskin, mantan pengerusi Pasukan Ke-amanan Israel “Shin Bet”, pada petang Jumaat (18/3) berkata bahawa penyelesaian politik hendaklah dilakukan bersama Palestin untuk menghentikan gelombang kebangkitan rakyat Palestin. Beliau dalam wawancaranya di sal-uran 2 televisyen Yahudi menambah bahawa apa yang berlaku sekarang bukanlah perka-ra yang menghairankan, bahkan ianya akan berterusan, meningkat dan berkembang rent-etan kekecewaan perasaan ratusan ribu pemu-da- pemuda Palestin terhadap realiti politik dan ekonomi semasa. Beliau percaya bahawa perubahan keadaan itu ke arah yang lebih baik akan memberi harapan terhadap rakyat seka-ligus menghentikan gelombang kebangkitan dan mencipta keamanan antara 2 negara.

Saluran 2 televisyen Yahudi mel-aporkan bahawa kerajaan Israel berjaya membawa masuk 17 orang Yahudi Yaman melalui operasi rahsia yang dijalankan dengan ker-jasama “Agensi Yahudi” dan Ke-menterian Luar Amerika Syarikat. Saluran televisyen mendedahkan operasi itu dijalankan secara su-lit untuk mencari yahudi- yahudi yang masih tinggal di Yaman dan dibawa masuk ke Palestin. Nama mereka- mereka yang berjaya dibawa masuk akan direkodkan oleh “Agensi Yahudi” yang beru-saha keras menjalankan operasi itu sepanjang tahun. Operasi itu bukan sahaja khusus untuk menc-ari penduduk- penduduk Yahudi di Yaman, bahkan turut mencari dan menyeludup masuk manuskrip- manuskrip lama dari Yaman, dian-

taranya ialah manuskrip yang dibawa masuk bersama Rabbi Yahudi Sulaiman Dahiri yang datang bersama ibu bapa dan keluarganya. Manuskrip itu didakwa merupakan salinan Taurat yang ditulis di atas kulit haiwan 800 tahun dahulu.

4 | Issue No 86 // 31 MAR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

KECAMAN ANTARABANGSA TERHADAP PENDATANG- PENDATANG YAHUDI DI ISRAEL

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, menyeru Kerajaan Israel supaya menarik balik pengumu-man mereka terhadap pemilikan sebahagian besar tanah di Yerikho sebagai hak negara Israel. Beliau berkata: “ Perkara ini akan menghalang penyelesaian kedua- dua negara”. Beliau turut menganggap pengumuman itu sebagai bukti penjajahan melampau mereka dan ianya adalah salah di sudut un-dang- undang antarabangsa.Jurucakap rasmi Kementerian Luar Amerika Syarikat, John Kirby, berkata bahawa kerajaannya se-dar akan rampasan 2342 ekar tanah Yerikho, dan pada pendapat kami ianya merupakan langkah akh-ir Israel dalam proses rampasan tanah Palestin dan meluaskan kawasan penjajahan dan menambah kawasan penempatan mereka. Kami menentang keras tindakan mereka ini yang akan menghalang kepada penyelesaian 2 negara, dan ianya menimbulkan persoalan apakah sebenarnya niat jangka panjang Israel, bahkan salah di sudut undang- undang.Kementerian Luar Perancis turut mendedahkan kebimbangan mereka terhadap keputusan mahka-mah Israel berkenaan rampasan sebahagian besar tanah di kawasan Yerikho di Tebing Barat, Pal-estin. Jurucakapnya, Romain Nadal, berkata bahawasanya Israel telah melanggar undang- undang Antarabangsa dan melanggar perjanjian mereka sendiri untuk memperbaiki hubungan kedua- dua negara.Kementerian Luar Britain mengutuk keputusan Israel berkenaan hal itu dan melalui jurucakapnya menegaskan bahawa langkah Israel itu merupakan bahaya yang jelas merosakkan peluang- peluang keamanan dua- dua negara yang semakin berkurang.Begitu juga dengan Kerajaan Portugal yang pada hari Ahad (18/3) melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan Israel itu dan menganggap ianya merupakan batu penghalang kepada penyelesa-ian kedua- dua negara sekaligus menutup satu- satunya cara mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau itu. Kerajaan Portugal turut menggesa Israel supaya mempertimbangkan semula keputusan mereka dan menekankan keperluan kedua- dua pihak untuk kembali ke meja rundingan.

| 5Issue No 86 // 31 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

MAJLIS HAL EHWAL ISLAM TERTINGGI MENOLAK PERCUBAAN LARANGAN AZAN DI JURUSALEM DAN

MASJID- MASJID SEKITARNYA

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di bawah Hal Ehw-al Palestin, Samir Bakr Diab, berkata bahawasanya sidang kemuncak OIC tergempar akan diadakan di Jakarta pada 6-7 Mac untuk membincangkan mengenai kedegilan Israel dan perlanggaran hak secara berterusan yang ber-laku di tempat- tempat suci Islam di Jurusalem. Persidangan itu bertujuan untuk membincangkan langkah mengembalikan isu Palestin di mata dunia.Bakar menegaskan yang persidangan ini akan berusaha merekrut tenaga dan sumber- sumber yang ada untuk mengukuhkan kedudukan OIC di mata an-tarabangsa sebagai sebuah badan yang bersatu dan menyokong rakyat Pales-tin dalam usaha mereka mendapatkan kembali hak- hak mereka, seterusnya membina negara yang merdeka beribu negarakan Al-Quds. Dalam hal lain, Bakar mengatakan sidang kemuncak Jakarta ini merupakan laluan sebelum persidangan besar OIC kali ke-13 yang akan diadakan di Istanbul, Turki pada bulan April depan. Katanya lagi, beberapa bulan kebe-lakangan ini, gerak kerja dalam isu Palestin agak menurun. Justeru, sidang kemuncak di Jakarta dengan kerjasama PBB merangka beberapa agenda dan aktiviti, seminar- seminar, yang membincangkan keadaan genting di Kota Ju-rusalem.

6 | Issue No 86 // 31 MAR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

AKHBAR ISRAEL KELUARKAN KENYATAAN PROVOKATIF MENENTANG PENIAGA- PENIAGA PALESTIN

JENTERA ISRAEL ROBOHKAN KAWASAN PENEMPATAN DI JURUSALEM

Akhbar- akhbar Israel menerus-kan usaha berterusan mereka memprovok peniaga- peniaga Palestin dengan menerbitkan berita- berita mendakwa mereka melanggar undang- undang di Jurusalem dan tidak membantu pendatang- pendatang Israel yang cedera. Antaranya ialah akhbar “Yerusalem” pada hari Jumaat (18/3) yang melaporkan bahawa peniaga- peniaga Palestin ber-sepakat memasang saluran televi-syen yang menggalakkan penen-tangan ke atas penduduk Yahudi di kedai- kedai mereka. Mereka mendakwa peniaga- peniaga itu menyokong siaran televisyen “Palestin Hari Ini” yang telah cuba dihentikan siarannya oleh Israel, bahkan sebahagian peker-janya turut ditangkap atas alasan

Pusat Maklumat Wadi Helwah melapor-kan bahawa pekerja- pekerja perban-daran Israel telah menceroboh sebuah perkampungan di Bukit Scopus pada pagi Isnin (21/3). Mereka telah menge-pung kawasan penempatan milik ke-luarga Suhaib Jaa’bis yang merupakan saudara kepada tahanan Israel yang ber-nama Isra’, seterusnya mula meroboh-kan bangunan- bangunan di situ tanpa sebarang amaran awal dengan alasan bahawa ia dibina tanpa permit.

Keluarga tersebut turut mendakwa ba-hawa pekerja- pekerja Israel tersebut telah mengepung kawasan itu sepanjang proses perobohan dan menghalang ses-iapa pun dari meninggalkan kawasan, bahkan turut menyiasat keluarga itu dan menyifatkan mereka sebagai “pengga-nas”.

memprovok rakyat Palestin untuk melakukan serangan melawan Israel.

Sejak akhir- akhir ini, pengawal- pengawal perbandaran Israel didapati cuba menghalau peniaga- peniaga di kawasan Pintu A’mud, yang mana ada diantaranya hanyalah penjual kek dan kuih muih. Selain itu, mereka turut mengenakan denda ke atas peniaga- peniaga itu atas alasan kawasan itu merupakan kawasan tumpuan untuk melakukan “Operasi”.

| 7Issue No 86 // 31 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

8 | Issue No 86 // 31 MAR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News