alquds in malay issue 57 hi re

11
| 1 Issue No 57 // 5 MARCH , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 4 March 2015, Issue no 57 AL-QUDS DAN PENDUDUK-PENDUDUKNYA MEMERLUKAN 500 JUTA DOLAR SETAHUN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK-PROJEK MEREKA Isu minggu ini : Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds dalam Majlis Mesyuarat Negara “Dr Ahmad Abu Halbiyyeh” memberi amaran terhadap peningkatan serangan sengit dari pihak berkuasa Israel ke atas hak-hak Majid Al-Aqsa. Beliau menjelaskan sejak akhir-akhir ini pihak Israel semakin giat dalam memperhebatkan serangan mereka ke atas Masjid Al-Aqsa, dengan kekerapan hampir setiap hari dalam bilangan kes yang banyak. Ini adalah disebabkan percubaan mereka untuk membina persekitaran baru di sana. Hinggakan masyarakat Yahudi mengambil kesempatan di atas perayaan-perayaan mereka untuk menyerang Al-Aqsa. Beliau juga mendedahkan bahawa “The Knesset” telah mengarahkan tentera-tenteranya untuk melak- sanakan pembahagian masa dan tempat di masjid itu. Perkara ini menimbulkan kebimbangan terhadap apa yang bakal berlaku kepada masjid itu di masa akan datang, tambahan lagi dengan perancangan lengkap pihak Yahudi untuk mengyahudikan masjid itu. Sepertimana amaran yang telah diberikan oleh Syeikh Raed Solah kepada negara-negara Arab baru-baru ini akan niat Israel untuk melaksanakan projek-projek berbahaya ke atas Masjid Al-Aqsa sejurus selesai pilihanraya mereka. Manakala, berdasarkan penilaian terhadap bantuan telah yang diberikan kepada penduduk Al-Quds, Abu Halbiyyeh menegaskan bahawa sokongan dari negara Arab disifatkan seperti terlalu “ malu-malu” dan sangat tidak mencukupi bagi mereka, bahkan mereka memerlukan kira-kira 500 juta dolar setahun . Abu Halbiyyeh buat masa sekarang menumpukan kepada pemimpin-pemimpin negara Arab untuk melak- sanakan keputusan yang telah dibuat ketika Persidangan Arab di Sirte dan Doha, iaitu untuk menggerak- kan “Tabung Dana Al-Quds”. Yang mana sehingga kini ia masih lagi belum dilaksanakan dengan baik. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 22/2/2015 ABU HALBIYYEH: BANTUAN ARAB TERHADAP KOTA AL-QUDS SEPERTI “MALU-MALU” PIHAK PERBANDARAN ISRA- EL MERANCANG PEMBINAAN “RUMAH MANDI TAURAT” DAN KOMPLEKS HOTEL BERTENTAN- GAN DENGAN MASJID AL-AQSA PENDATANG-PENDATANG IS- RAEL MENYERANG MASJID AL- AQSA DAN MELAKUKAN RITUAL PELIK DI SANA PERMINTAAN AGAR PENGIS- RAELAN PENDIDIKAN PELAJAR- PELAJAR PALESTIN DI AL-QUDS DIHENTIKAN PIHAK BERKUASA ISRAEL MELU- LUSKAN PERANCANGAN PERAM- PASAN RATUSAN EKAR TANAH DI JURUSALEM PELAN ISRAEL UNTUK MEMBINA 48 RIBU UNIT RUMAH DI TEBING BARAT DAN JURUSALEM SERUAN SUPAYA MEMPER- CEPATKAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI KESAN-KESAN BU- RUK YANG BAKAL BERLAKU DISEBABKAN OLEH TEMBOK PE- MISAH

Upload: alquds-malaysia

Post on 08-Apr-2016

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Alquds in malay issue 57 hi re

| 1Issue No 57 // 5 MARCH , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 57 // 5Issue No 57 // 5Issue No 57 MARCH , 2015 // 5 MARCH , 2015 // 5 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

4 March 2015, Issue no 57

AL-QUDS DAN PENDUDUK-PENDUDUKNYA MEMERLUKAN 500 JUTA DOLAR SETAHUN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK-PROJEK MEREKA

Isu minggu ini :

Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds dalam Majlis Mesyuarat Negara “Dr Ahmad Abu Halbiyyeh” memberi amaran terhadap peningkatan serangan sengit dari pihak berkuasa Israel ke atas hak-hak Majid Al-Aqsa. Beliau menjelaskan sejak akhir-akhir ini pihak Israel semakin giat dalam memperhebatkan serangan mereka ke atas Masjid Al-Aqsa, dengan kekerapan hampir setiap hari dalam bilangan kes yang banyak. Ini adalah disebabkan percubaan mereka untuk membina persekitaran baru di sana. Hinggakan masyarakat Yahudi mengambil kesempatan di atas perayaan-perayaan mereka untuk menyerang Al-Aqsa.

Beliau juga mendedahkan bahawa “The Knesset” telah mengarahkan tentera-tenteranya untuk melak-sanakan pembahagian masa dan tempat di masjid itu. Perkara ini menimbulkan kebimbangan terhadap apa yang bakal berlaku kepada masjid itu di masa akan datang, tambahan lagi dengan perancangan lengkap pihak Yahudi untuk mengyahudikan masjid itu. Sepertimana amaran yang telah diberikan oleh Syeikh Raed Solah kepada negara-negara Arab baru-baru ini akan niat Israel untuk melaksanakan projek-projek berbahaya ke atas Masjid Al-Aqsa sejurus selesai pilihanraya mereka.

Manakala, berdasarkan penilaian terhadap bantuan telah yang diberikan kepada penduduk Al-Quds, Abu Halbiyyeh menegaskan bahawa sokongan dari negara Arab disifatkan seperti terlalu “ malu-malu” dan sangat tidak mencukupi bagi mereka, bahkan mereka memerlukan kira-kira 500 juta dolar setahun . Abu Halbiyyeh buat masa sekarang menumpukan kepada pemimpin-pemimpin negara Arab untuk melak-sanakan keputusan yang telah dibuat ketika Persidangan Arab di Sirte dan Doha, iaitu untuk menggerak-kan “Tabung Dana Al-Quds”. Yang mana sehingga kini ia masih lagi belum dilaksanakan dengan baik.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 22/2/2015

ABU HALBIYYEH: BANTUAN ARAB TERHADAP KOTA AL-QUDS SEPERTI “MALU-MALU”

PIHAK PERBANDARAN ISRA-EL MERANCANG PEMBINAAN “RUMAH MANDI TAURAT” DAN KOMPLEKS HOTEL BERTENTAN-GAN DENGAN MASJID AL-AQSA

PENDATANG-PENDATANG IS-RAEL MENYERANG MASJID AL-AQSA DAN MELAKUKAN RITUAL PELIK DI SANA

PERMINTAAN AGAR PENGIS-RAELAN PENDIDIKAN PELAJAR-PELAJAR PALESTIN DI AL-QUDS DIHENTIKAN

PIHAK BERKUASA ISRAEL MELU-LUSKAN PERANCANGAN PERAM-PASAN RATUSAN EKAR TANAH DI JURUSALEM

PELAN ISRAEL UNTUK MEMBINA 48 RIBU UNIT RUMAH DI TEBING BARAT DAN JURUSALEM

SERUAN SUPAYA MEMPER-CEPATKAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI KESAN-KESAN BU-RUK YANG BAKAL BERLAKU DISEBABKAN OLEH TEMBOK PE-MISAH

Page 2: Alquds in malay issue 57 hi re

2 | Issue No 57 // 5 MARCH , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PIHAK PERBANDARAN ISRAEL MERANCANG PEMBINAAN “RUMAH MANDI TAURAT” DAN KOMPLEKS HOTEL

BERTENTANGAN DENGAN MASJID AL-AQSA

Yayasan Wakaf Dan Warisan Al-Aqsa pada hari Isnin (23/2) berkata bahawasanya Pihak Perbandaran Israel sedang menimbang-nimbang bajet sebanyak 4 juta syikal (kira-kira satu juta dolar Amerika) untuk membina rumah mandi di puncak Bukit At-Tur, di satu kawasan kependudukan “Maa’leh Hazeetim”, di kejiranan Ra’s Al-A’mud bertentangan dengan bahagian tenggara Masjid Al-Aqsa. Dan akan menggunakan “Rumah Mandi Taurat” itu seramai 105 keluarga Yahudi bersama dengan penduduk Yahudi di beberapa kawasan kependudukan yang berdekatan. Sumber-sumber dari akhbar Israel menulis bahawa Pihak Perbandaran Israel akan meluluskan sejumlah bajet yang di luar jangkaan demi untuk melaksanakan projek itu, sebagai menghormati penduduk-penduduk Yahudi di sekitar Kota Lama Al-Quds.Dalam keadaan lain, Yayasan Al-Aqsa pada hari Selasa (24/2) mendedahkan peta-peta dan dokumen-dokumen yang terlukis padanya sebahagian daripada kawasan yang dikatakan oleh Israel sebagai “lembah suci” mereka, dan ia men-gandungi 6 kompleks hotel dengan keluasan 1330 bilik hotel. Selain itu, turut terdapat di situ pusat-pusat perniagaan dan pelancongan, restoran-restoran dan kafe-kafe , dewan-dewan untuk mengadakan mesyurat dan juga acara-acara keramaian. Semua itu berada di atas puncak Bukit Scopus bertentangan dengan bahagian selatan Masjid Al-Aqsa. Ia juga dinamakan sebagai “Istana Di Puncak Bukit” dengan keluasan keseluruhan kira-kira 75 ekar, dan binaan kira-kira 1000 meter persegi.Yayasan Al-Aqsa juga berkata bahawa di dalam perjanjian dan perbincangan sebelum ini,telah banyak kali disebut tentang nilai-nilai sensitiviti kawasan itu, pemandangannya yang cantik dan kesan-kesan sejarah dan agama yang ada padanya. Dikatakan juga bahawa perancangan projek ini telah bermula pada tahun 1994, dan turut melibatkan perbin-cangan yang sangat panjang.Yayasan Al-Aqsa berkata, sesungguhnya pembinaan projek-projek Yahudi seperti ini tidak lain kecuali bertujuan mengyahudikan kawasan-kawasan di sekeliling Al-Aqsa dan Kota Lama Al-Quds, dan mengelilingi masjid dengan be-berapa bangunan berunsurkan keagamaan Yahudi. Tambah mereka, pihak Israel dan pelaksana-pelaksananya semakin pantas mempergiatkan proses pengyahudian dan kependudukan di Bandar Utama Silwan, di antaranya di Bukit At-Tur atau Bukit Zaitun, dan kawasan kejiranan Ra’s Al-A’mud yang bertentang dengan Masjid Al-Aqsa. Antara hadaf lain mereka adalah untuk memutuskan komunikasi geografi dan masyarakat di antara kejiranan-kejiranan Al-Quds, dan juga memutuskan kawasan kejiranan ini dengan Masjid Al-Aqsa, termasuklah mengurangkan kunjungan masyarakat luar kawasan ke Kota Lama Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa sendiri.

Sumber: Pusat Berita Palestin + Laman Web “Palestin 48” bertarikh 24/2/2015

Page 3: Alquds in malay issue 57 hi re

| 3Issue No 57 // 5 MARCH , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

PENDATANG-PENDATANG ISRAEL MENYERANG MASJID AL-AQSA DAN MELAKUKAN RITUAL PELIK DI SANA

Dilaporkan seramai 58 orang pendatang Israel dan 20 orang anggota Unit Khas bersama beberapa orang pe-mandu pelancong telah menyerang lapangan Masjid Al-Aqsa dari Pintu Mugharabah pada pagi Rabu (18/2). Saksi kejadian menjelaskan salah seorang pendatang telah mengoyakkan bajunya ketika berada berdekatan dengan Pintu Al-Hadid di dalam Masjid Al-Aqsa, kemudiannya datang pula seorang lagi melakukan perkara yang sama ketika hendak keluar dari Pintu Al-Silsilah, sekaligus menyebabkan pengawal masjid mengambil tindakan mengeluarkan mereka dari masjid.Dalam kejadian lain pada petang Rabu, kumpulan-kumpulan pendatang ini telah mengadakan sebuah perara-kan bulanan yang dinamakan “perarakan di pintu-pintu” di jalan-jalan lama di Bandar Kota Lama Al-Quds, di bawah pengawalan ketat pihak berkuasa Israel sempena awal bulan Ibrani (mengikut kalendar mereka). Perarakan itu turut disertai dengan tarian dan ritual Talmud yang sengaja dilakukan oleh mereka di luar pintu Masjid Al-Aqsa sambil melaungkan slogan meminta dipercepatkan pembinaan haikal dan ditambah dengan kutukan-kutukan terhadap bangsa Arab dan umat Islam. Pihak berkuasa Israel juga memaksa peniaga-peniaga di Jalan Al-Wadi supaya menutup kedai-kedai mereka. Jalan-jalan di sekitar kawasan itu juga ditutup dan penduduk-penduduk Palestin dihalang daripada melaluinya.

Sumber: Agensi Berita dan Maklumat Palestin “Wafa” + Laman Web “Palestin 48” + Akhbar Al-Quds bertarikh 24/2/2015

Page 4: Alquds in malay issue 57 hi re

4 | Issue No 57 // 5 MARCH , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PERMINTAAN AGAR PENGISRAELAN PENDIDIKAN PELAJAR-PELAJAR PALESTIN DI AL-QUDS DIHENTIKAN

Gabungan ahli-ahli sivik mengutuk kerajaan Israel yang mewajibkan dasar pendidikan mereka ke atas rakyat Palestin di Jurusalem. Gabungan itu pada hari Rabu (18/2) berkata bahawa polisi dan proses pen-diddikan yang diwajibkan oleh Israel itu berlawanan dengan hak kebebasan, undang-undang dan tatacara antarabangsa yang meletakkan kebebasan pendidikan terhadap semua orang di mana sahaja mereka be-rada. Mereka juga meminta supaya masyarakat antarabangsa segera masuk campur untuk menghentikan polisi-polisi Israel yang bertujuan bukan saja mengyahudikan Al-Quds malah menghilangkan langsung identiti negara mereka. Gabungan itu mengisyaratkan kepada surat pekeliling yang diberikan oleh pihak berkuasa Israel kepada sekolah-sekolah swasta dan kerajaan dan mengarahkan mereka agar tidak membeli sebarang buku-buku dari luar ,dan hanya menggunakan buku-buku yang diterbitkan oleh mereka sahaja, dan sesiapa yang didapati melanggar arahan itu akan dikenakan tindakan.Dari sudut kurikulum pengajaran pula, sebahagian daripada sekolah-sekolah di sana telah diwajibkan un-tuk mengaplikasikan kurikulum matrikulasi selepas mesyuarat di Bandar Herzliya yang menghimpunkan semua pengetua-pengetua sekolah-sekolah Palestin dan Israel, dan dengan itu sempurnalah pelaksanaan kurikulum Israel di sekolah-sekolah tersebut.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 18/2/2015

Page 5: Alquds in malay issue 57 hi re

| 5Issue No 57 // 5 MARCH , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

PIHAK BERKUASA ISRAEL MELULUSKAN PERANCANGAN PERAMPASAN RATUSAN EKAR

TANAH DI JURUSALEM

Petang Rabu (19/2) menyaksikan Jawatankuasa Daerah Perancangan Dan Pembinaan Israel meluluskan “Pelan 17419” yang dilaksanakan dengan pengusiran penduduk-penduduk Palestin dan perampasan ra-tusan ekar tanah di pintu masuk di bahagian timur Jurusalem. Pelan itu adalah untuk membina sebuah tempat pembuangan sampah, khasnya di kawasan Ra’s Khamis dan Ra’s Shehadeh, dan kawasan yang terletak di antara Anata, Issawiya Dan Za’im. Sekira-kira pelan yang dirancang oleh Pihak Perbandaran Israel dan Jabatan Tanah Negara Yahudi itu mencakupi perampasan 520 ekar tanah milik penduduk Palestin semata-mata untuk membina sebuah tempat pembuangan sampah.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 19/2/2015

Page 6: Alquds in malay issue 57 hi re

6 | Issue No 57 // 5 MARCH , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Akhbar berbahasa Ibrani “Yediot Ahronot” mendedahkan bahawa Israel telah merancang untuk membina 48 ribu unit rumah di Jurusalem dan Tebing Barat, dan ini termasuk dalam pelan pengyahudian Jurusa-lem dan pengusiran penduduk Palestin. Akhbar itu berkata, sesungguhnya Menteri Penempatan Israel “Uri Ariel” daripada parti “Jewish Home” telah mencadangkan pelan ini dan akan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang akan berangkat ke Washington untuk berucap di Kongres. Akhbar itu juga menegaskan bahawa Ariel Juga akan menghalang pemindahan tentera Israel (IDF) ke kawasan Nageb. Itu dilakukan untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya projek pembi-naan penempatan itu diluluskan dan bajetnya ditambah.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 24/2/2015

PELAN ISRAEL UNTUK MEMBINA 48 RIBU UNIT RUMAH DI TEBING BARAT DAN JURUSALEM

Page 7: Alquds in malay issue 57 hi re

| 7Issue No 57 // 5 MARCH , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Pertubuhan Islam Untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan Dan Kebudayaan (ISESCO) dengan kerjasama Jawatankuasa Diraja untuk Hal Ehwal Jurusalem di Jordan menerbitkan bahagian kedua dari buku Bib-liografi Al-Quds dalam 2 jilid. Jilid pertama mengandungi nama 1585 orang pengarang dan yang kedua pula mengandungi 947 nama lagi.

Buku ini secara keseluruhannya memiliki 3 bahagian, yang pertama menyimpan nama semua buku-buku dan rujukan-rujukan yang terdapat di perpustakaan- perpustakaan dan universiti- universiti di Palestin dan Jordan. Bahagian kedua pula mengkhususkan buku-buku dan rujukan-rujukan yang terdapat di per-pustakaan dan universiti-universiti di semua negara-negara Arab dan Islam, manakala bahagian ketiga khusus untuk kitab-kitab dan politik, sejarah, masyarakat, dan agama yang berada dalam perpustakaan dan universiti di seluruh dunia.

Sumber: Agensi Berita dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 19/2/2015

SERUAN SUPAYA MEMPERCEPATKAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI KESAN-KESAN BURUK YANG BAKAL BERLAKU DISEBABKAN OLEH TEMBOK PEMISAH

Page 8: Alquds in malay issue 57 hi re

8 | Issue No 57 // 5 MARCH , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Page 9: Alquds in malay issue 57 hi re

| 9Issue No 57 // 5 MARCH , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Page 10: Alquds in malay issue 57 hi re

10 | Issue No 57 // 5 MARCH , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Page 11: Alquds in malay issue 57 hi re

| 11Issue No 57 // 5 MARCH , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News