alquds in malay issue 84 hi re

8
| 1 Issue No 84 // 12 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 13 MAR 2016, Issue no 84 LAPORAN: 400 RIBU PENDATANG ISRAEL MENDIAMI TEBING BARAT Isu minggu ini : Menurut laporan laman sesawang Amerika “Middle East Monitor”, bilangan pendatang-pendatang Israel yang mendiami 128 penempatan haram di sekitar Tebing Barat meningkat sehingga 406,302 orang. Jumlah itu tidak termasuk kawasan Jurusalem. Katanya lagi, bahawasanya penempatan- penempatan itu dibahagi- bahagikan kepada 11 kawasan, yang terbesarnya adalah di Ghur Jordan yang mana kebanyakan penduduknya merupakan dari Parti Bunyamin. Parti Bunyamin telah menggabungkan kira- kira 26 penempatan yang didiami lebih dari 83 ribu orang pendatang. Adapun di kawasan Ghur Jordan, terdapat 27 penempatan dan keseluruhan penduduknya berjumlah 8100 orang. Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa bilangan penduduk bertambah sebanyak 4.4% sejak 2 tahun lalu, ditambah pula dengan kewujudan 350 ribu pendatang lain yang mendiami penempatan- penempatan di sekitar Timur Jurusalem. Malah, bilangan itu dikatakan akan terus meningkat sehingga 1.2 juta menjelang tahun 2036. PEMIMPIN PARTI “YAHUDI HOME” MENGHASUT AGAR DILUASKAN LAGI HUKUMAN BERAMAI- RAMAI TERHADAP RAKYAT PALESTIN AGENSI KESELAMATAN ISRAEL: 3 PERKARA AKAN MENYEBABKAN PENINGKATAN KES “SERAH DIRI” KEMENTERIAN LUAR PALESTIN: PERANG ISRAEL MELAWAN JURUSALEM DAN AL-AQSA MEMERLUKAN PENDIRIAN ANTARABANGSA DAN NEGARA- NEGARA ARAB SIDANG KEMUNCAK JAKARTA MEMBAHASKAN LANGKAH- LANGKAH MENAIKKAN SEMULA ISU PALESTIN HASIL KAJIAN PUSAT GEOLOGI ISRAEL CETUS KONTROVERSI: RANTAIAN BATU DI JURUSALEM, 100% MILIK KERAJAAN ISLAM KERAJAAN ISRAEL KINI MEMBAHAGI-BAHAGIKAN TEBING BARAT DAN MEMBINA JURUSALEM UTAMA

Upload: alquds-malaysia

Post on 26-Jul-2016

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Alquds in malay issue 84 hi re

| 1Issue No 84 // 12 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 84 // 12 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

13 MAR 2016, Issue no 84

LAPORAN: 400 RIBU PENDATANG ISRAEL MENDIAMI TEBING BARAT

Isu minggu ini :

Menurut laporan laman sesawang Amerika “Middle East Monitor”, bilangan pendatang-pendatang Israel yang mendiami 128 penempatan haram di sekitar Tebing Barat meningkat sehingga 406,302 orang. Jumlah itu tidak termasuk kawasan Jurusalem.

Katanya lagi, bahawasanya penempatan- penempatan itu dibahagi- bahagikan kepada 11 kawasan, yang terbesarnya adalah di Ghur Jordan yang mana kebanyakan penduduknya merupakan dari Parti Bunyamin. Parti Bunyamin telah menggabungkan kira- kira 26 penempatan yang didiami lebih dari 83 ribu orang pendatang. Adapun di kawasan Ghur Jordan, terdapat 27 penempatan dan keseluruhan penduduknya berjumlah 8100 orang.

Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa bilangan penduduk bertambah sebanyak 4.4% sejak 2 tahun lalu, ditambah pula dengan kewujudan 350 ribu pendatang lain yang mendiami penempatan- penempatan di sekitar Timur Jurusalem. Malah, bilangan itu dikatakan akan terus meningkat sehingga 1.2 juta menjelang tahun 2036.

PEMIMPIN PARTI “YAHUDI HOME” MENGHASUT AGAR DILUASKAN LAGI HUKUMAN BERAMAI- RAMAI TERHADAP RAKYAT PALESTIN

AGENSI KESELAMATAN ISRAEL: 3 PERKARA AKAN MENYEBABKAN PENINGKATAN KES “SERAH DIRI”

KEMENTERIAN LUAR PALESTIN: PERANG ISRAEL MELAWAN JURUSALEM DAN AL-AQSA MEMERLUKAN PENDIRIAN ANTARABANGSA DAN NEGARA-NEGARA ARAB

SIDANG KEMUNCAK JAKARTA MEMBAHASKAN LANGKAH-LANGKAH MENAIKKAN SEMULA ISU PALESTIN

HASIL KAJIAN PUSAT GEOLOGI ISRAEL CETUS KONTROVERSI: RANTAIAN BATU DI JURUSALEM, 100% MILIK KERAJAAN ISLAM

KERAJAAN ISRAEL KINI M E M B A H A G I - B A H A G I K A N TEBING BARAT DAN MEMBINA JURUSALEM UTAMA

Page 2: Alquds in malay issue 84 hi re

2 | Issue No 84 // 12 MAR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PEMIMPIN PARTI “YAHUDI HOME” MENGHASUT AGAR DILUASKAN LAGI HUKUMAN BERAMAI- RAMAI

TERHADAP RAKYAT PALESTIN

Pemimpin Parti “Yahudi Home”, Neftali Bennet, melemparkan hasutan berbaur perkauman yang menyeru kepada pembunuhan rakyat Palestin dan meluaskan hukuman beramai- ramai terhadap rakyat Palestin yang melakukan intifada.

Bennet mendakwa bahawasanya serangan balas terhadap operasi intifada Palestin menuntut supaya masuk ke kampung- kampung Palestin yang datang daripadanya pejuang- pejuang intifada. Katanya, “Jika kita mendapati seorang pejuang intifada keluar dari sebuah kampung, kita hendaklah masuk ke kampung tersebut, dan menghancurkan semua rumah- rumah di situ dan menanam ahli-ahlinya di sebuah perkuburan rahsia di Jurusalem”.

Dalam kes lain, Menteri Pengangkutan Israel, Yisrael Katz (ahli parti Likud), mencadangkan agar membuang ahli keluarga kepada pejuang intifada ke Syria dan Gaza sebagai “langkah pencegahan”. Katz berkata: “Langkah ini adalah yang paling berkesan untuk menghadapi gelombang keganasan kanak- kanak, dan langkah ini akan menghentikan terus serangan, kerana perobohan rumah sahaja tidak mencukupi”.

Manakala dari pihak Perdana Menteri Israel pula, Benjamin Netanyahu berkata yang beliau amat bersetuju dengan cadangan itu, akan tetapi ia tidak boleh dilaksanakan kerana sistem kehakiman tidak akan membenarkannya. Namun, beliau berjanji kepada Katz bahawa beliau tetap akan membawa perkara itu untuk dibincangkan di dalam kabinet.

Page 3: Alquds in malay issue 84 hi re

| 3Issue No 84 // 12 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

AGENSI KESELAMATAN ISRAEL: 3 PERKARA AKAN MENYEBABKAN PENINGKATAN KES “SERAH DIRI”

Agensi keselamatan israel meramalkan bahawa melihat kepada situasi politik sekarang, kes serah diri akan semakin bertambah. Akhbar Maariv pada hari Selasa (23/2) melaporkan bahawa menurut penilaian mereka sejak akhir- akhir ini, mereka tidak ramai menjangka sejauh manakah peningkatan gelombang “serangan pisau” yang dilakukan oleh kanak- kanak. Sumber tentera menambah bahawa apa yang dikatakan sebagai “gelombang keganasan” akan meningkat jika berlaku salah satu daripada perkara- perkara berikut:

1. Keputusan Palestin untuk keluar ke jalan- jalan raya dan bergabung dengan kumpulan yang lebih besar untuk serangan pisau dan operasi intifada.

2. Bergabungnya beberapa organisasi untuk melakukan serangan dan operasi intifada yang lebih banyak seterusnya mengganggu proses perpindahan pendatang Israel ke Tebing Barat.

3. Menghentikan perjanjian damai antara Palestin- Israel.

Di pihak Shin Bet, mereka melaporkan bahawa mereka telah menggagalkan 17 operasi, dan memecahkan 12 kumpulan yang telah bersedia untuk menyerang tentera. Laporan itu turut menyebut bahawa kebanyakan operasi yang dirancang adalah di bawah Gerakan Hamas dan mendapat bantuan dari pemimpin- pemimpin gerakan di Gaza dan kawasan- kawasan lain, bertujuan meningkatkan keamanan di kawasan itu.

Page 4: Alquds in malay issue 84 hi re

4 | Issue No 84 // 12 MAR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

KEMENTERIAN LUAR PALESTIN: PERANG ISRAEL MELAWAN JURUSALEM DAN AL-AQSA MEMERLUKAN PENDIRIAN ANTARABANGSA DAN NEGARA-NEGARA

ARAB

Kementerian Luar Palestin pada hari Rabu (17/2), mengutuk serangan pelampau- pelampau Yahudi di Masjid Al-Aqsa yang disusun oleh Israel dan organisasi- organisasinya. Begitu juga dengan seruan dari pertubuhan- pertubuhan pelampau Yahudi untuk menyerang Masjid Al-Aqsa secara beramai- ramai. Kementerian turut mengutuk perancangan Israel untuk membina landasan kereta kabel dari Barat Jurusalem sehingga ke Tembok Ratapan dan melalui kawasan- kawasan sensitif seperti Kota Lama Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa. Justeru, Kementerian Luar Palestin menyeru pertubuhan antarabangsa supaya mempercepatkan langkah bagi memastikan Israel mematuhi Undang- undang Antarabangsa, Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa, dan Peruntukan Geneva, dan menggunakan segala mekanisme yang ada untuk menghentikan Israel.Dalam kes lain, Jawatankuasa Kebangsaan Palestin untuk Pendidikan, Kebudayaan dan Sains mengecam perancangan- perancangan Israel untuk membina Haikal Yahudi yang besar, yang mana pembinaan itu akan mengorbankan dewan bersejarah milik Kerajaan Mamluki di Kota Lama Jurusalem, iaitu beberapa meter dari Tembok Ratapan dan Tembok Barat Masjid Al-Aqsa.

Page 5: Alquds in malay issue 84 hi re

| 5Issue No 84 // 12 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

SIDANG KEMUNCAK JAKARTA MEMBAHASKAN LANGKAH-LANGKAH MENAIKKAN SEMULA ISU PALESTIN

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di bawah Hal Ehwal Palestin, Samir Bakr Diab, berkata bahawasanya sidang kemuncak OIC tergempar akan diadakan di Jakarta pada 6-7 Mac untuk membincangkan mengenai kedegilan Israel dan perlanggaran hak secara berterusan yang berlaku di tempat- tempat suci Islam di Jurusalem. Persidangan itu bertujuan untuk membincangkan langkah mengembalikan isu Palestin di mata dunia.Bakar menegaskan yang persidangan ini akan berusaha merekrut tenaga dan sumber- sumber yang ada untuk mengukuhkan kedudukan OIC di mata antarabangsa sebagai sebuah badan yang bersatu dan menyokong rakyat Palestin dalam usaha mereka mendapatkan kembali hak- hak mereka, seterusnya membina negara yang merdeka beribu negarakan Al-Quds. Dalam hal lain, Bakar mengatakan sidang kemuncak Jakarta ini merupakan laluan sebelum persidangan besar OIC kali ke-13 yang akan diadakan di Istanbul, Turki pada bulan April depan. Katanya lagi, beberapa bulan kebelakangan ini, gerak kerja dalam isu Palestin agak menurun. Justeru, sidang kemuncak di Jakarta dengan kerjasama PBB merangka beberapa agenda dan aktiviti, seminar- seminar, yang membincangkan keadaan genting di Kota Jurusalem.

Page 6: Alquds in malay issue 84 hi re

6 | Issue No 84 // 12 MAR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

HASIL KAJIAN PUSAT GEOLOGI ISRAEL CETUS KONTROVERSI: RANTAIAN BATU DI JURUSALEM, 100%

MILIK KERAJAAN ISLAMJurusalem- Hasil kajian saintifik yang dikeluarkan oleh Institut Kajian Geologi Israel mencetuskan kontroversi apabila mereka tanpa ragu mengesahkan bahawa rantaian batu dan tanam-tanaman yang terdapat di lereng- lereng Bukit Talal merupakan tinggalan Kerajaan Islam , kebanyakannya Kerajaan Uthmaniah, dan beberapa kerajaan lain seperti Kerajaan Mamluki. Keputusan ini adalah berlawanan dengan apa yang selama ini didakwa oleh Israel yang mengatakan ia adalah hasil tinggalan mereka (seperti yang terkandung dalam Taurat).Akhbar Haaretz milik Israel turut menerbitkan laporan panjang berkaitan keputusan kajian itu dibawah tajuk “Warisan mereka dan bukan warisan kita”. Keputusan kajian tersebut yang dijalankan selama 4 bulan di kawasan perbukitan Talal bahagian selatan diibaratkan seperti gempa bumi yang menggegar Israel.Tembok atau rantaian batu dan tanam- tanaman itu secara dasarnya merupakan sebuah idea yang mudah, namun mempunyai impak dan kepentingan yang sangat besar. Tembok atau rantaian itu terdiri dari batu- batu sederhana besar yang disusun berdekatan membentuk satu rantaian panjang di bahagian lereng- lereng dan cerun- cerun bukit tersebut. Manakala tingginya pula tidak melebihi 1 meter. Antara fungsi rantaian itu adalah untuk menghalang hakisan tanah, memastikan kesinambungan aktiviti pertanian di kawasan itu yang mana kebanyakan yang ditanam adalah pokok zaitun dan badam.Rantaian yang sama dilaporkan turut berada di kebanyakan bukit- bukit sekitar Palestin, akan tetapi lebih jelas kewujudannya di bukit- bukit sekitar Kota Jurusalem, dan Tebing Barat. Israel sebelum ini percaya kepada lagenda bahawa rantaian itu adalah milik mereka dan merupakan sebahagian dari gambaran yang dirakamkan dalam Taurat yang terjaga sejak ribuan tahun. Justeru, kebenaran itu sudah tentu memberi pukulan besar dan menafikan hak- hak agama yang sejarah yang didakwa oleh mereka.Sumber- sumber Israel telah mengeluarkan laporan penuh kajian yang dijalankan dengan kerjasama institusi- institusi Geologi dan universiti- universiti Israel seperti Universiti Tel Aviv, Universiti Israel, pihak berkuasa antikuiti Israel dan badan- badan lain yang berkaitan. Melalui kajian yang dijalankan oleh pakar- pakar penyelidik Israel, mereka menggunakan kaedah saintifik moden dalam menentukan tarikh (OLS) iaitu menggunakan bahan- bahan kimia tertentu dalam menentukan tempoh spesimen tanah di dalam perut bumi, dengan mengambil kira bilakah kali terakhir ia terdedah kepada cahaya matahari sebelum tersimpan di bawah rantaian

batu tersebut.Selepas mendapatkan berpuluh-puluh spesimen dari bukit- bukit Talal dan sekitarnya, mereka membawa spesimen- spesimen itu untuk dikaji di Pusat Kajian Geologi- yang mana hasilnya sangat mengejutkan- mendedahkan diantara 18 spesimen tanah, 12 daripadanya merupakan dari zaman Uthmaniyah, kebanyakannya dari kurun ke-17 hingga kurun ke-19 masihi. 3 spesimen lain kembali ke zaman mamluki kira-kira 700-800 tahun sebelumnya. Manakala 1 spesimen pula kembali ke zaman awal Islam kira- kira 1200 tahun dahulu, iaitu pada zaman pemerintahan Abbasi dan akhir pemerintahan Umawi. 1 lagi spesimen kembali ke zaman akhir pemerintahan Rom –menurut dakwaan Israel- yang mana merupakan zaman awal pembukaan- pembukaan Islam, mungkin juga zaman Arab Kanaa’n yang menduduki dan mengimarahkan Jurusalem, bukan Rom yang menakluk Jurusalem ketika itu.Dikatakan bahawa melalui penyelidikan saintifik yang dinyatakan oleh sumber-sumber Israel, mereka tidak menjumpai mana-mana bukti atau direktori tunggal yang menunjukkan bahawa pembinaan rantaian batu Sindhi di tapak berkenaan kembali kepada apa yang mereka dakwa sebagai zaman Haikal Kedua, bahkan kesemua 24 sampel itu kembali ke zaman 600 tahun lalu, iaitu tempoh kerajaan Uthmaniyyah dan Mamluk, dan enam sampel kembali Romania bagi tempoh tersebut, atau bagi tempoh Arab Kanaa’n.Untuk itu Sumber Israel mencadangkan agar mempergiat kerja-kerja untuk menjatuhkan keputusan penyelidikan, atau sekurang-kurangnya melanjutkannya dengan harapan untuk mengubah keputusan itu, yang dalam keadaan sekarang membenarkan sejarah Arab-Islam Palestin, dan menafikan dakwaan sejarah penjajahan Israel.

Page 7: Alquds in malay issue 84 hi re

| 7Issue No 84 // 12 MAR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

KERAJAAN ISRAEL KINI MEMBAHAGI-BAHAGIKAN TEBING BARAT DAN MEMBINA JURUSALEM UTAMA

Mac 2016- Pengkaji hal ehwal Israel Khalil Tufakji mengesahkan bahawasanya Israel kini berusaha untuk membahagi- bahagikan Tebing Barat kepada beberapa bahagian yang terpisah, dan akan menghubungkannya dengan kawasan jajahan Israel.Tufakji dalam satu wawancara radio berkata: “Sesungguhnya Israel kini sedang berusaha untuk membahagi- bahagikan Tebing Barat kepada beberapa bahagian untuk memudahkan penguasaan ke atasnya, sekaligus membina Jurusalem Utama. Gush Etzizon pula kini dihubungkan dengan Jurusalem melalui beberapa laluan seperti jalan raya, terowong dan landasan keretapi.” Beliau menambah: “Jika kita melihat kepada peta Tebing Barat pada hari ini, kita akan mendapati bahawa kawasan penjajahan Israel bukan sahaja berhubung dengan kawasan- kawasan jajahan mereka, bahkan melangkaui kawasan- kawasan yang jauh dari perancangan mereka, namun jelas melalui tindakan mereka.”Tufakji berkata bahawa Israel tidak memandang agenda lain sekarang ini, kecuali untuk menyatukan keseluruhan Jurusalem sebagai sebuah negara, iaitu negara Yahudi. Justeru, mereka mula melaksanakan pembinaan jalan- jalan pintas yang menghubungkan bandar- bandar jajahan mereka, bahkan melangkaui perkampungan- perkampungan Palestin. Untuk itu, Israel telah cuba mengosongkan perkampungan-perkampungan Palestin di kawasan Al-Aghwar melalui penghapusan etnik, pembinaan tembok dan perluasan kuasa.Pakar pengkaji hal ehwal Israel juga berpendapat bahawa misi Israel bukan setakat menguasai sesuatu kawasan, bahkan membina infrastruktur-

infrastruktur, sepertimana yang berlaku di kawasan lain seperti Maale Adumim yang keluasannya kira- kira 10% daripada keluasan Tebing Barat.Perancangan pembinaan 1000 unit penempatan di 4 kawasan jajahan Israel bukanlah perancangan baru, tetapi telah pun dirancang sejak tahun 1994 dalam pelan pengyahudian Kota Jurusalem dan perubahan radikal kepada demografi Palestin. Kesemua ini terkandung dalam wawasan jelas mereka iaitu “menjadikan Kota Jurusalem sebagai sebuah negara, negara Yahudi”.Mengikut perancangan Israel di Bukit Abu Ghanim, mereka akan membina sebanyak 17000 unit penempatan, dan sehingga kini sebanyak 6500 unit telah pun siap, sedangkan pada tahun 1997 tiada satu unit penempatan pun di kawasan itu, namun kini terdapat 30 ribu penduduk Israel. Manakala kawasan jajahan Bezgat Ze’ev yang dibangunkan pada tahun 1985, jumlah penduduknya telah mencapai 40 ribu orang, dan mengikut perancangan ianya akan bertambah kira- kira 100 ribu orang lagi.Selain itu, Israel turut merancang untuk merampas lebih 2000 ekar tanah di Kisan, dan mereka menamakan projek itu sebagai E2. Antara infrastruktur yang akan dibangunkan di situ ialah membina kawasan penempatan di 7 puncak bukit, dan setiap penempatan diberi nama buah- buahan. Begitu juga dengan pembinaan bandar Janain, yang akan dibina di situ 2500 unit penempatan sehingga ke persisiran Laut Mati. Israel turut mengumumkan pembinaan jalan raya yang akan menghubungkan antara Laut Mati dan kawasan- kawasan jajahan tahun 1948. Ini merupakan bukti jelas bahawasanya Israel nekad dengan perancangan mereka untuk membahagi- bahagikan Tebing Barat demi memudahkan projek penjajahan mereka.

Page 8: Alquds in malay issue 84 hi re

8 | Issue No 84 // 12 MAR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News