alquds in malay issue 60 hi re

9
| 1 Issue No 60 // 27 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 27 March 2015, Issue no 60 PAKAR POLITIK: APA YANG BERLAKU DI JURUSALEM SEKARANG SEAKAN-AKAN PERMULAAN KEPADA PEPERANGAN BERDARAH DI KAWASAN ITU Isu minggu ini : Pakar Hal Ehwal Jurusalem Jamal Amru, membuat pendedahan mengenai perbuatan Israel yang mengeluarkan senarai hitam bertujuan memerangi ak- tivis-aktivis Jurusalem dan pelindung-pelindung Al-Aqsa yang cuba meng- halang dan menentang pencerobohan Israel di kota suci jurusalem. Amru berkata, pengeluaran senarai hitam itu menjadikan Majlis Perbanda- ran Israel yang mana peranannya adalah untuk melakukan khidmat awam kini berubah menjadi “alat pemusnah keselamatan” yang berperanan me- musnahkan hidup rakyat Palestin dan memindahkan mereka ke “neraka”. Beliau menyifatkan apa yang berlaku di Palestin daripada hukuman-huku- man, pelanggaran hak dan serangan yang berterusan ke atas mereka sebagai “apartheid dan diskriminasi kaum” yang akan membawa kepada “bencana” terhadap hak-hak penduduk Jurusalem dan kota suci itu sendiri. Menurut Amru, perlakuan kerajaan Israel yang membina bangunan sesuka hati mereka dan merobohkan rumah-rumah di Jurusalem dan kawasan-ka- wasan sekitarnya, membawa kepada apa yang dikatakan “institusi awam yang berubah kepada agen menakut-nakutkan orang ramai dan mencekik mereka”. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 14/3/2015 ISRAEL MENGHALANG PROJEK PENYELENGGARAN DAN BAIK PULIH DI MASJID AL-AQSA QUREI MEMBERI AMARAN KE- PADA PELAMPAU-PELAMPAU YAHUDI YANG MELAKUKAN IBA- DAT DI MASJID AL-AQSA SECARA TERANG-TERANGAN PERCUBAAN UNTUK MENGENA- KAN KURIKULUM ISRAEL KE ATAS PELAJAR-PELAJAR JURUSALEM PIHAK ISRAEL MEMBERI DANA KEPADA PROJEK PEMBINAAN 49 UNIT PENEMPATAN DI JURUSA- LEM MARATHON ISRAEL DI JURUSA- LEM BERTUJUAN MENYOKONG PERANCANGAN PENGYAHUDIAN MEREKA HERZOG MENGESAHKAN KEENG- GANANNYA UNTUK “KESAMA- RATAAN DI JURUSALEM” MEDIA PALESTIN: SERUAN “PER- TUBUHAN KERJASAMA ISLAM” KEPADA MEDIA SUPAYA TERUS MENYOKONG DAN MENGUATKAN RAKYAT PALESTIN AT-TAMIMI: MASA DEPAN AL- QUDS AKAN MENJADI LEBIH TER- UK DISEBABKAN SIKAP BERDIAM DIRI UMAT ISLAM TERHADAP PROJEK PENGYAHUDIAN

Upload: alquds-malaysia

Post on 21-Jul-2016

238 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Alquds in malay issue 60 hi re

| 1Issue No 60 // 27 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 60 // 27 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

27 March 2015, Issue no 60

PAKAR POLITIK: APA YANG BERLAKU DI JURUSALEM SEKARANG SEAKAN-AKAN PERMULAAN KEPADA

PEPERANGAN BERDARAH DI KAWASAN ITU

Isu minggu ini :

Pakar Hal Ehwal Jurusalem Jamal Amru, membuat pendedahan mengenai perbuatan Israel yang mengeluarkan senarai hitam bertujuan memerangi ak-tivis-aktivis Jurusalem dan pelindung-pelindung Al-Aqsa yang cuba meng-halang dan menentang pencerobohan Israel di kota suci jurusalem.Amru berkata, pengeluaran senarai hitam itu menjadikan Majlis Perbanda-ran Israel yang mana peranannya adalah untuk melakukan khidmat awam kini berubah menjadi “alat pemusnah keselamatan” yang berperanan me-musnahkan hidup rakyat Palestin dan memindahkan mereka ke “neraka”. Beliau menyifatkan apa yang berlaku di Palestin daripada hukuman-huku-man, pelanggaran hak dan serangan yang berterusan ke atas mereka sebagai “apartheid dan diskriminasi kaum” yang akan membawa kepada “bencana” terhadap hak-hak penduduk Jurusalem dan kota suci itu sendiri.Menurut Amru, perlakuan kerajaan Israel yang membina bangunan sesuka hati mereka dan merobohkan rumah-rumah di Jurusalem dan kawasan-ka-wasan sekitarnya, membawa kepada apa yang dikatakan “institusi awam yang berubah kepada agen menakut-nakutkan orang ramai dan mencekik mereka”.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 14/3/2015

ISRAEL MENGHALANG PROJEK PENYELENGGARAN DAN BAIK PULIH DI MASJID AL-AQSAQUREI MEMBERI AMARAN KE-PADA PELAMPAU-PELAMPAU YAHUDI YANG MELAKUKAN IBA-DAT DI MASJID AL-AQSA SECARA TERANG-TERANGANPERCUBAAN UNTUK MENGENA-KAN KURIKULUM ISRAEL KE ATAS PELAJAR-PELAJAR JURUSALEMPIHAK ISRAEL MEMBERI DANA KEPADA PROJEK PEMBINAAN 49 UNIT PENEMPATAN DI JURUSA-LEMMARATHON ISRAEL DI JURUSA-LEM BERTUJUAN MENYOKONG PERANCANGAN PENGYAHUDIAN MEREKAHERZOG MENGESAHKAN KEENG-GANANNYA UNTUK “KESAMA-RATAAN DI JURUSALEM”MEDIA PALESTIN: SERUAN “PER-TUBUHAN KERJASAMA ISLAM” KEPADA MEDIA SUPAYA TERUS MENYOKONG DAN MENGUATKAN RAKYAT PALESTINAT-TAMIMI: MASA DEPAN AL-QUDS AKAN MENJADI LEBIH TER-UK DISEBABKAN SIKAP BERDIAM DIRI UMAT ISLAM TERHADAP PROJEK PENGYAHUDIAN

Page 2: Alquds in malay issue 60 hi re

2 | Issue No 60 // 27 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

ISRAEL MENGHALANG PROJEK PENYELENGGARAN DAN BAIK PULIH DI MASJID AL-AQSA

Jurutera dan pengarah projek jawatankuasa penyelenggaraan di Masjid Al-Aqsa, Bassam Al-Hallaq berkata: “Sesungguhnya pekerja-pekerja Jabatan Wakaf Islam Jordan sekarang sedang melakukan projek baik pulih kubah batu, tempat solat, binaan bawah dan kawasan lapangan Masjid Al-Aqsa”. Al-Hallaq menjelaskan : “Dalam tempoh seminggu yang lalu, kami telah memasang semula beberapa tingkap berukir di tempat solat selepas membaik pulihnya, dan Masjid Al-Aqsa sebenarnya memerlukan baik pulih dan penyelenggaraan secara konsisten dan berterusan”.

Beliau mengisyaratkan kepada pihak Israel yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghalang kerja baik pulih tersebut; antaranya dengan masuk campur dalam urusan pembinaan, melambatkan penghantaran beka-lan bahan-bahan baik pulih, menghalang kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja binaan, dan cuba mengam-bil alih pekerjaan tersebut. Katanya lagi, ketika salah seorang pekerja memasang jubin selepas meratakan simen, mereka cuba menghalang dan menghentikan kerja-kerja itu, menyuruh untuk mendapatkan kebenaran pihak polis dan ketika Jabatan Wakaf ingin membeli simen, polis-polis mereka bertanya berbagai soalan, seperti: kenapa kamu membeli simen? Berapa banyak simen yang hendak dibeli? Di mana kamu akan meng-gunakannya? Di mana kamu akan menyimpannya?

Projek baik pulih ini sememangnya tidak dipersetujui oleh pihak Israel. Dan antara perancangan baik pulih lain yang tidak dibenarkan untuk dilakukan adalah: pengudaraan di kawasan kubah batu dan tempat solat, meletakkan alat pemadam kebakaran, menutup kabel elektrik dan juga pekerjaan-pekerjaan di atas permu-kaan kubah batu dan atap tempat solat. Antara sebab Israel melarang projek baik pulih ini adalah untuk menunjukkan kekuasaan mereka ke atas Masjid Al-Aqsa, dan sebarang projek yang ingin dijalankan adalah setelah mendapat keizinan dari mereka.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 12/3/2015

Page 3: Alquds in malay issue 60 hi re

| 3Issue No 60 // 27 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

QUREI MEMBERI AMARAN KEPADA PELAMPAU-PELAMPAU YAHUDI YANG MELAKUKAN IBADAT DI

MASJID AL-AQSA SECARA TERANG-TERANGAN

Anggota Jawatankuasa Eksekutif di Pertubuhan Pembebasan Palestin, Pengarah Hal Ehwal Ju-rusalem Ahmad Qurei pada hari Jumaat (13/3) memberi amaran akan bahaya pelaksanaan ibadat yahudi secara terang-terangan di lapangan Masjid Al-Aqsa. Beliau bercakap tentang perbuatan seorang pelampau “Yakub Hieddiman” yang melaksanakan ritual ibadat yahudi secara terang-terangan di lapangan Masjid Al-Aqsa dengan pengawalan pegawai polis Israel yang telah men-jauhkan pengawal-pengawal masjid dan menghalang orang ramai dari mendekati rabbi Yakub.

Qurei mengutuk keputusan Mahkamah Tinggi Israel yang mengatakan bahawa orang-orang yahudi boleh menunaikan ritual keagamaan mereka di Masjid Al-Aqsa dan ia merupakan hak mereka untuk melakukannya secara terang-terangan. Malah terdapat juga fatwa-fatwa bersifat perkauman yang menyokong keputusan itu, seperti fatwa rabbi Lior dan rabbi-rabbi di sebuah kawasan kependudukan di Kota Hebron yang mengatakan bahawa ibadat yahudi yang dilaku-kan di dalam “Temple Mount” adalah lebih baik dari ibadat di luarnya walaupun dengan satu solat”.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 13/3/2015

Page 4: Alquds in malay issue 60 hi re

4 | Issue No 60 // 27 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PERCUBAAN UNTUK MENGENAKAN KURIKULUM ISRAEL KE ATAS PELAJAR-PELAJAR JURUSALEM

Pengerusi Kesatuan Ibubapa-Ibubapa Arab di Jurusalem, Abdul Karim Laafi pada hari Khamis (12/3) memberi peringatan kepada ahli keluarga pelajar-pelajar perempuan dan juga lelaki agar tidak ter-pedaya dengan iklan yang diedarkan oleh “Arab Knowledge Management” di Jurusalem yang mana menyeru supaya mendaftarkan anak-anak mereka ke sebuah sekolah campuran di Beit Hanina yang menggunakan kurikulum Israel. Laafi berkata: “Kami menentang pelaksanaan kurikulum Israel kera-na ianya bukanlah kurikulum yang bersifat akademik tetapi merupakan platform politik semata-mata, dan merupakan percubaan untuk menguasai fikrah dan kesedaran kanak-kanak sekarang dan generasi akan datang”. Beliau menegaskan bahawa kesatuan itu menolak iklan itu sepenuhnya dan sedang cuba menghubungi pihak-pihak berkuasa di Jurusalem samada di bahagian pendidikan ataupun poli-tik untuk sama-sama membendung masalah ini secepat mungkin.

Kerajaan Israel sejak 5 tahun lalu telah menyusun perancangan untuk mengguna pakai kurikulum mereka di sekolah-sekolah di Timur Jurusalem, dan pada tahun 2011 mereka cuba menolak kuriku-lum Palestin, dan pada tahun 2013 mereka cuba memasukkan kurikulum mereka ke sebahagian kelas-kelas dan sekolah-sekolah. Beliau berkata bahawa Kesatuan Ibubapa-Ibubapa Arab tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Majlis Perbandaran, dan “sejak permulaan tahun persekolahan ini, Lara Mubarki agen” Arab Knowledge Management” di kawasan-kawasan jajahan Israel telah pun menge-darkan surat kepada semua sekolah-sekolah meminta mereka supaya tidak menerima kehadiran ang-gota Kesatuan Ibubapa-Ibubapa Arab ke sekolah-sekolah mereka”. Jelasnya, perbuatan ini sebena-rnya berlawanan dengan undang-undang kerana setiap ibubapa mempunyai hak untuk mendapatkan wakil-wakil yang akan bercakap bagi pihak mereka.

Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 12/3/2015

Page 5: Alquds in malay issue 60 hi re

| 5Issue No 60 // 27 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

PIHAK ISRAEL MEMBERI DANA KEPADA PROJEK PEMBINAAN 49 UNIT PENEMPATAN

DI JURUSALEM

Jawatankuasa Tempatan Untuk Perancangan Dan Pembinaan Israel di Kota Jurusalem pada hari Rabu (11/3) mengesahkan pembinaan 49 unit penempatan baru di kawasan kependudukan di “Ramot” yang terletak di timur Kota Jurusalem. Sepertimana yang diumumkan oleh laman web berbahasa Ibrani “Wallah”, bahawasanya pembinaan ini akan mengambil kira-kira 2 ekar tanah di kawasan kependudukan “Ramot” yang terletak di timur “garisan hijau”.Disebabkan itu, pihak Israel mengeluarkan pengakuan bahawa “briged kependudukan” sebuah pasukan yang merupakan cabang kerajaan dan melakukan pekerjaan-pekerjaan gelap dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kependudukan, telah menyumbang kira-kira 84 juta syikal pada tahun 2014 untuk projek-projek mereka. Akan tetapi di dalam akuan itu tertulis hanya 17 juta sahaja,dan bakinya telah disembunyikan. Antaranya ialah jumlah 28 syikal yang sepatutnya dibayar sebagai ganti rugi kepada penduduk Bethel yang terpaksa mengosongkan kawasan kejiranan Holbanah.Menurut laporan akhbar Hareetz pula, 28 juta yang tidak tertulis dalam akuan merupakan dari Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang telah melakukan persepakatan bersama pimpinan kawasan Bethel, dan bersetuju memberi ganti rugi untuk mengosongkan 5 buah bangunan yang terletak di kawasan khusus milik penduduk Palestin. Walaupun bangunan itu sebenarnya ma-sih ada, penduduk Palestin tidak dibenarkan kembali ke sana. Jawatankuasa Kewangan “The Knesset” mengesahkan pada tahun 2014, bahawa mereka akan memberikan sebanyak 170 juta syikal kepada “briged kependudukan”.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 11/3/2015

Page 6: Alquds in malay issue 60 hi re

6 | Issue No 60 // 27 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Pihak polis Israel pada pagi Jumaat (13/3) telah menutup semua pintu-pintu masuk dan jalan-jalan di Kota Jurusalem untuk pelancaran “marathon pengyahudian” yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran bertujuan mencapai matlamat mereka untuk menyampaikan cerita-cerita rekaan mereka ke seluruh Jurusalem dan jalan-jalannya. Sebanyak ribuan warga Israel telah mengambil bahagian dalam acara ini, dan lebih 2000 orang daripada 60 buah negara termasuklah pelari-pelari terkenal turut terlibat meman-dangkan ini merupakan agenda tahunan “Persatuan Olahraga Dunia”.

Marathon pengyahudian itu bermula sejak awal pagi daripada timur Jurusalem melalui tembok-tembok Kota Lama Jurusalem sehinggalah ke jalan bernombor 1 di bandar itu. Pegawai-pegawai polis pula telah mengenakan sekatan di pintu-pintu masuk dan jalan-jalan Kota Jurusalem. Pihak israel sebena-rnya sengaja memilih hari Jumaat, menghantar 1000 orang polis dan 600 orang pengawal, bertujuan menghalang orang-orang Islam dari sampai ke Masjid Al-Aqsa dan menunaikan Solat Jumaat di sana.

Dalam kes yang berkaitan, kanak-kanak Palestin didapati terlibat dalam tunjuk perasaan di “Pasar Al-Misrarah” untuk menghentikan dan menghalang marathon itu. Organisasi Belia dan Sukan di Lubnan juga melahirkan rasa tidak puas hati mereka di atas sikap berdiam diri Organisasi Belia Dan Sukan Antarabangsa terhadap penganjuran marathon itu selama 5 tahun berturut-turut, dengan sokongan dari syarikat-syarikat Israel dan syarikat-syarikat antarabangsa lainnya. Justeru itu, Organisasi Belia Dan Sukan Lubnan meminta dari Persatuan Olahraga Dunia supaya membatalkan kemasukan “marathon pengyahudian” sebagai acara tahunan persatuan itu, kerana Israel sebenarnya menggunakan acara itu sebagai platform untuk mengyahudikan Kota Jurusalem dan memalsukan sejarah-sejarahnya. Organ-isasi itu juga merayu semua badan-badan, institusi-institusi, perstuan-persatuan, kelab-kelab, pertubu-han-pertubuhan, jawatankuasa-jawatankuasa dan himpunan-himpunan sukan Arab untuk sama-sama bersuara membantah penganjuran acara seperti ini.

Sumber: Pusat Berita Palestin + Laman Web “Palestin 48” bertarikh 13/3/2015

MARATHON ISRAEL DI JURUSALEM BERTUJUAN MENYOKONG PERANCANGAN PENGYAHUDIAN

MEREKA

Page 7: Alquds in malay issue 60 hi re

| 7Issue No 60 // 27 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Pemimpin gabungan “Kem Zionis” Yitzhak Herzog pada hari Sabtu (14/3) menyeru warga Israel supa-ya menyokong gabungannya untuk mendapatkan sokongan besar dalam undian nanti. Herzog berkata: “Untuk menggantikan Netanyahu, kita memerlukan jumlah kerusi yang banyak seterusnya mencipta jurang besar di antara saingan-saingan saya”, menunjukkan kepada keyakinan dirinya yang terlalu kuat. Beliau menguatkan bahawa beliau berpegang dengan agenda untuk mendapatkan timur Jurusa-lem dan menolak sebarang pembahagian di situ,dan pada waktu yang sama akan cuba menyambung rundingan bersama Palestin jika berjaya membentuk kerajaan baru. Beliau sekali lagi menyebut dan menguatkan perkara itu ketika lawatannya ke Tembok Ratapan pada petang Ahad (15/3).

Herzog ketika lawatannya ke Tembok Ratapan, berucap kepada wartawan bahawa keluarganya sangat kuat mempertahankan Jurusalem dan mempunyai hubungan kuat dengannya dari generasi ke generasi yang lain. Katanya, “Saya berdoa setiap hari untuk mendapatkan Jurusalem dan akan bersungguh-sungguh menjaga keagungan dan kemuliaan Jurusalem dan penduduknya dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata sahaja, lebih dari pemimpin-pemimpin lain.”

Herzog sepanjang tempoh kempen cuba menjauhi isu-isu politik dan kesamarataan bersama Palestin, tetapi menumpukan kepada isu-isu kemasyarakatan, namun sering ditohmah oleh Netanyahu bahawa dia akan membahagi-bahagikan Jurusalem dan menolak pembinaan penempatan kependudukan di Kota Jurusalem.

Sumber: Akhbar Al-Quds + Laman Web Palestin 48 bertarikh 16/3/2015

HERZOG MENGESAHKAN KEENGGANANNYA UNTUK “KESAMARATAAN DI JURUSALEM”

Page 8: Alquds in malay issue 60 hi re

8 | Issue No 60 // 27 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Kementerian Penerangan Palestin berkata, bahawasanya seruan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-pada negara-negara anggotanya supaya membangunkan kemampuan media Palestin secara rasmi, dan melakukan kempen-kempen media melalui pelbagai saluran sekaligus mengisytiharkan Jurusalem seb-agai ibu kota pelancongan Islam, akan membantu dalam menguatkan rakyat Palestin.

Kementerian pada hari Khamis (12/3) menyifatkan bahawa seruan ini “merupakan langkah penting yang terpuji”, dan mengesahkan bahawa seruan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Maklumat Dan Kebudayaan (COMIAC) akan membantu menguatkan rakyat Palestin, menghantar suara-suara dan rintihan-rintihan mereka ke seluruh dunia dan pada waktu yang sama mendedahkan keganasan dan projek pengyahudian Israel di sebalik permusuhan panjang mereka terhadap rakyat Palestin dan tempat-tempat suci Jurusalem.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 12/3/2015

MEDIA PALESTIN: SERUAN “PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM” KEPADA MEDIA SUPAYA TERUS MENYOKONG DAN MENGUATKAN RAKYAT PALESTIN

Page 9: Alquds in malay issue 60 hi re

| 9Issue No 60 // 27 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Taisir At-Tamimi, berkata bahawasanya perancan-gan pengyahudiaan Jurusalem kini bergerak dengan kadar yang lebih pantas dan sistematik dalam usaha mereka “memalsukan kebenaran-kebenaran sejarah, agama, geografi, dan akidah di kota itu”. Mantan Ketua Hakim Negara Palestin itu menambah bahawa, “Al-Quds pada masa akan datang akan menjadi lebih teruk, memandangkan umat Islam tidak lagi meletakkan Masjid Al-Aqsa dalam agenda mereka, bahkan hanya sibuk dengan masalah-masalah dalaman mereka sendiri, dan tidak lagi mempunyai ke-inginan untuk menangani masalah pengyahudian yang dirancang oleh Israel”, katanya sambil menegas-kan bahawa sikap berdiam diri umat Islam merupakan musibah besar yang sangat nyata dan mengumpa-makannya seperti noda hitam yang terlihat jelas pada dahi.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 12/3/2015

AT-TAMIMI: MASA DEPAN AL-QUDS AKAN MENJADI LEBIH TERUK DISEBABKAN SIKAP BERDIAM DIRI UMAT ISLAM TERHADAP PROJEK PENGYAHUDIAN