bahasa alquds issue 55 hi re

8
| 1 Issue No 55 // 17 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 17February 2015, Issue no 55 PERTUBUHAN YAHUDI –KRISTIAN : PEROBOHAN MASJID AL-AQSA ADALAH SATU KEPASTIAN, SAMADA DENGAN IZIN DARIPADA ORANG- ORANG ARAB DAN ISLAM ATAUPUN TIDAK. Isu minggu ini : Saluran TV Yahudi malam kelma- rin menyiarkan laporan mengenai sebuah pertubuhan yang dinamakan “Pertubuhan Yahudi-Kristian” yang menunjukkan sokongan mereka ter- hadap pelaksanaan agenda kepen- dudukan di Al-Quds dan pembinaan haikal di atas tapak Masjid Al-Aqsa. Berita itu menunjukkan tahap eks- tremis ahli-ahli pertubuhan itu yang terdiri dari bangsa Yahudi Amerika yang beragama Kristian dan mer- eka ini mempunyai pengaruh besar dalam kongres Amerika Syarikat. Dikatakan bahawa terdapat gam- bar kawasan Al-Aqsa tanpa Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsa sendiri dalam bilik pejabat salah seorang pemimpin pertubuhan itu. Saluran itu memetik kata-kata salah seorang ahli pertubuhan ekstremis ini “David Decker” bahawasanya perobohan Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang sangat pasti samada dengan keizinan umat Arab dan Islam ataupun tanpa keizinan mer- eka. Beliau juga mendakwa bahawa perobohan itu akan membenarkan kenabian nabi akhir zaman dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj. Di laporan itu juga tertulis menge- AMARAN TERHADAP PEMBAHA- GIAN SEBENAR AL-AQSA YANG AKAN DILAKUKAN TAHUN DE- PAN SYEIKH RAED SOLAH: PIHAK IS- RAEL MERANCANG UNTUK ME- LETUPKAN BOM DI AL-AQSA PULUHAN PENDATANG ISRAEL MENYERANG AL-AQSA ... 70 RIBU MUSLIM DATANG MENUN- AIKAN SOLAT JUMAAT DI AL- AQSA POLIS ISRAEL DIDEDAHKAN MENGGUNAKAN PELURU HITAM UNTUK MENYERANG WARGA PALESTIN JENTOLAK ISRAEL MENCER- OBOH RA’S AL-A’MUD DAN ME- MUSNAHKAN RUMAH PENDATANG-PENDATANG ISRA- EL CUBA MERAMPAS SEBUAH RUMAH DI AL-QUDS DUNIA ANTARABANGSA MENGE- CAM PEMBINAAN DAN PERLUA- SAN KAWASAN ISRAEL DI TIMUR AL-QUDS EROPAH BERSEDIA UNTUK MENGANGGAP PENJAJAHAN ISRAEL SEBAGAI PENJAJAHAN HARAM nai orang-orang Yahudi Kristian yang telah menyumbang berjuta- juta dolar Amerika untuk membaik pulih dan menaik taraf kawasan kependudukan di Tebing Barat dan pembinaan pusat-pusat Yahudi Kristian di sana. Laporan itu turut menunjukkan adanya pelobi-pelobi Israel yang terdiri dari anggota-anggota The Knesset dari pelbagai blok parli- men untuk memperbaiki dan menjalin usaha sama dengan pertu- buhan pelampau yang diketuai oleh pemimpin Parti Buruh “Itzhar Herzog”. Anggota-anggota pelobi ini bertindak menyelaras ahli-ahli kongres dari Yahudi Kristian dan The Knesset dalam mengadakan lawatan ke seluruh dunia untuk menghadiri persidangan-persidangan yang menyokong ideologi zionis untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan menghimpunkan yahudi-yahudi dari seluruh pelusuk dunia di Palestin. Pertubuhan ini juga percaya bahawa langkah itu akan diambil setelah selesai penjajahan palestin dan penguasaan israel ke atas- nya, seterusnya memungkinkan mereka merobohkan Masjid Al- Aqsa dan membina haikal sebagai persediaan kepada kemunculan Yakjuj dan Makjuj.

Upload: alquds-malaysia

Post on 07-Apr-2016

232 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa alquds issue 55 hi re

| 1Issue No 55 // 17 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 55 // 17Issue No 55 // 17Issue No 55 February , 2015 // 17 February , 2015 // 17 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

17February 2015, Issue no 55

PERTUBUHAN YAHUDI –KRISTIAN : PEROBOHAN MASJID AL-AQSA ADALAH SATU KEPASTIAN,

SAMADA DENGAN IZIN DARIPADA ORANG-ORANG ARAB DAN ISLAM ATAUPUN TIDAK.

Isu minggu ini :

Saluran TV Yahudi malam kelma-rin menyiarkan laporan mengenai sebuah pertubuhan yang dinamakan “Pertubuhan Yahudi-Kristian” yang menunjukkan sokongan mereka ter-hadap pelaksanaan agenda kepen-dudukan di Al-Quds dan pembinaan haikal di atas tapak Masjid Al-Aqsa.

Berita itu menunjukkan tahap eks-tremis ahli-ahli pertubuhan itu yang terdiri dari bangsa Yahudi Amerika yang beragama Kristian dan mer-eka ini mempunyai pengaruh besar dalam kongres Amerika Syarikat. Dikatakan bahawa terdapat gam-bar kawasan Al-Aqsa tanpa Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsa sendiri dalam bilik pejabat salah seorang pemimpin pertubuhan itu.

Saluran itu memetik kata-kata salah seorang ahli pertubuhan ekstremis ini “David Decker” bahawasanya perobohan Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang sangat pasti samada dengan keizinan umat Arab dan Islam ataupun tanpa keizinan mer-eka. Beliau juga mendakwa bahawa perobohan itu akan membenarkan kenabian nabi akhir zaman dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj.

Di laporan itu juga tertulis menge-

AMARAN TERHADAP PEMBAHA-GIAN SEBENAR AL-AQSA YANG AKAN DILAKUKAN TAHUN DE-PAN

SYEIKH RAED SOLAH: PIHAK IS-RAEL MERANCANG UNTUK ME-LETUPKAN BOM DI AL-AQSA

PULUHAN PENDATANG ISRAEL MENYERANG AL-AQSA ... 70 RIBU MUSLIM DATANG MENUN-AIKAN SOLAT JUMAAT DI AL-AQSA

POLIS ISRAEL DIDEDAHKAN MENGGUNAKAN PELURU HITAM UNTUK MENYERANG WARGA PALESTIN

JENTOLAK ISRAEL MENCER-OBOH RA’S AL-A’MUD DAN ME-MUSNAHKAN RUMAH

PENDATANG-PENDATANG ISRA-EL CUBA MERAMPAS SEBUAH RUMAH DI AL-QUDS

DUNIA ANTARABANGSA MENGE-CAM PEMBINAAN DAN PERLUA-SAN KAWASAN ISRAEL DI TIMUR AL-QUDS

EROPAH BERSEDIA UNTUK MENGANGGAP PENJAJAHAN ISRAEL SEBAGAI PENJAJAHAN HARAM

nai orang-orang Yahudi Kristian yang telah menyumbang berjuta-juta dolar Amerika untuk membaik pulih dan menaik taraf kawasan kependudukan di Tebing Barat dan pembinaan pusat-pusat Yahudi Kristian di sana.

Laporan itu turut menunjukkan adanya pelobi-pelobi Israel yang terdiri dari anggota-anggota The Knesset dari pelbagai blok parli-men untuk memperbaiki dan menjalin usaha sama dengan pertu-buhan pelampau yang diketuai oleh pemimpin Parti Buruh “Itzhar Herzog”.

Anggota-anggota pelobi ini bertindak menyelaras ahli-ahli kongres dari Yahudi Kristian dan The Knesset dalam mengadakan lawatan ke seluruh dunia untuk menghadiri persidangan-persidangan yang menyokong ideologi zionis untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan menghimpunkan yahudi-yahudi dari seluruh pelusuk dunia di Palestin.

Pertubuhan ini juga percaya bahawa langkah itu akan diambil setelah selesai penjajahan palestin dan penguasaan israel ke atas-nya, seterusnya memungkinkan mereka merobohkan Masjid Al-Aqsa dan membina haikal sebagai persediaan kepada kemunculan Yakjuj dan Makjuj.

Page 2: Bahasa alquds issue 55 hi re

2 | Issue No 55 // 17 February , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

AMARAN TERHADAP PEMBAHAGIAN SEBENAR AL-AQSA YANG AKAN DILAKUKAN TAHUN DEPAN

Pertubuhan Islam-Kristian yang mempertahankan Al-Quds dan tempat-tempat sucinya menganggap bahawa pengumuman Menteri Kependudukan Israel “Uri Ariel” kepada stesen radio Yahudi yang tahun depan akan menyaksikan warga Yahudi dapat menikmati hak-hak mereka dari sudut keagamaan dan perkauman den-gan beribadat di Haikal, Temple Mount merupakan satu iklan rasmi Israel untuk membahagi-bahagikan dan mengyahudikan Al-Aqsa. Maka, pertubuhan ini memberi amaran bahawa beberapa orang ahli politik, ketua-ketua rabbi, dan aktivis-aktivis yang mengambil berat terhadap terhadap hak-hak Yahudi untuk beribadat di Al-Aqsa akan merasmikan rumah ibadat Yahudi di situ sebagai tanda awal kepada pembinaan haikal.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam-Kristian “Dr Hanna Isa” menyeru masyarakat antarabangsa supaya memberi perhatian segera terhadap isu Masjid Al-Aqsa dan perancangan-perancangan mengyahudikannya melalui usaha terus-terusan Israel tidak kiralah daripada menteri-menterinya, tentera-tenteranya, dan juga pelampau-pelampaunya untuk menghapuskan identiti Islam dan menukarnya dengan identiti Yahudi seterus-nya membina haikal di situ secepat mungkin.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 4/2/2015

Page 3: Bahasa alquds issue 55 hi re

| 3Issue No 55 // 17 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

SYEIKH RAED SOLAH: PIHAK ISRAEL MERANCANG UNTUK MELETUPKAN BOM DI AL-AQSA

PULUHAN PENDATANG ISRAEL MENYERANG AL-AQSA ... 70 RIBU MUSLIM DATANG MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI AL-AQSA

Pengerusi Gerakan Islam di Palestin, Syeikh Raed Solah pada hari Jumaat (6/2)mengesahkan bahawa beberapa hari yang akan datang akan menjadi “hari yang panas” berikutan pilihanraya Israel “The Knesset”. Kerana itu juga semua parti yang menyertai pilihanraya bersetuju untuk melaksanakan projek yang serius itu. Syeikh Raed Solah mendedahkan bahawa semua parti yang bertanding telah pun mengiklankan projek itu, samada parti-parti berhaluan kanan hing-galah parti berhaluan kiri.Beliau menambah, kami tidak dapat mengetahui dengan pasti pelan-pelan rancangan itu secara terperinci, tetapi kami seperti bi-asa akan bersiap siaga untuk mempertahankan Al-Aqsa, melakukan protes dengan perarakan Al-Bayariq setiap hari, beriktikaf di sana pada malam hari, berhimpun untuk majlis ilmu pada pagi hari, dan sentiasa bersedia untuk menyelamatkannya bila perlu.Adapun, parti Meretz yang berhaluan kiri mengesahkan bahawa mereka akan terus-terusan membantu masyarakat Yahudi hinggalah mereka dapat beribadat di Masjid Al-Aqsa selepas pilihanraya ini.

Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 7/2/2015

Rabu (4/2) : 35 orang pendatang bersama-sama 18 orang polis Israel menyerang perkarangan Al-Aqsa ketika pen-duduk Palestin bertakbir untuk solat.Khamis (5/2) : Jabatan Wakaf melaporkan bahawa seorang pendatang Israel telah datang mengadakan ritual ke-agamaan Talmud di pintu Raja Faisal dengan suara yang kuat. Lalu, seorang penjaga masjid telah masuk dengan segera dan cuba menghentikan pendatang itu namun diserang oleh seorang pendatang lain. Kemudian seorang pega-wai polis datang dan campur tangan seterusnya mengeluarkan mereka dari masjid. Dalam kejadian lain, beberapa kumpulan pendatang telah menyerang Masjid Al-Aqsa dari Pintu Mugharabah walaupun ketika itu ia berada di bawah pengawalan ketat unit khas polis israel. Serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang sembahyang manaka-la sebahagian yang lain sedang mengikuti pengajian di masjid.Pada waktu lain, hampir 200 warga Palestin berusia dalam lingkungan 60 tahun meninggalkan Gaza dan menuju ke Masjid Al-Aqsa pada pagi Jumaat (6/2) untuk menunaikan fardhu Jumaat di sana selepas berjaya mendapat permit khas daripada pihak berkuasa Israel. Kira-kira 70 ribu orang dari seluruh Palestin datang untuk bersolat Jumaat di Al-Aqsa. Pengerusi Masjid Al-Aqsa, Syeikh Muhammad Al-Kiswani berkata sejak kebelakangan ini puluhan ribu penduduk berjaya masuk menunaikan solat Jumaat di sini,kira-kira 65 ribu orang pada Jumaat lepas dan 63 ribu pada Jumaat sebelumnya.

Sumber: Pusat Berita Palestin + Laman Web Palestin 48 + Akhbar Al-Quds bertarikh 10/2/2015

Page 4: Bahasa alquds issue 55 hi re

4 | Issue No 55 // 17 February , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

POLIS ISRAEL DIDEDAHKAN MENGGUNAKAN PELURU HITAM UNTUK MENYERANG WARGA

PALESTIN

Pertubuhan Hak Asasi Penduduk Pales-tin meminta kepastian daripada Penasihat Undang-Undang Israel tentang kesahihan bahawa polis Israel menggunakan peluru hi-tam untuk menyerang mereka. Dalam surat itu, mendedahkan bahawa mereka meng-gunakan peluru hitam jenis baru yang lebih berat, keras dan berbahaya daripada peluru-peluru sebelumnya. Ini sekaligus, menim-bulkan kebimbangan yang sebenar terhadap polis Israel yang biasanya menggunakannya sesuka hati mereka tanpa mengikut undang-undang.

Sumber: Pusat Berita Palestin Bertarikh 5/2/2015

Page 5: Bahasa alquds issue 55 hi re

| 5Issue No 55 // 17 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

JENTOLAK ISRAEL MENCEROBOH RA’S AL-A’MUD DAN MEMUSNAHKAN RUMAH

PENDATANG-PENDATANG ISRAEL CUBA MERAMPAS SEBUAH RUMAH DI AL-QUDS

Pada pagi Selasa (10/2), sebuah jentolak milik perbandaran Israel telah memusnahkan rumah milik seorang pemuda Palestin Muhammad Makmun Al-Abbas yang didiami oleh 14 orang di kejiranan Su-wayh di Ra’s Al-A’mud atas dakwaan tiada permit.Adik kepada pemuda itu, Ahmad Al-Abbas berkata bahawa pihak perbandaran Israel telah mengepung rumah itu tanpa memberikan sebarang notis awal, malah menghalau keluar semua penghuninya dengan kekerasan dan meletupkan bom kearah mereka sebelum melakukan proses perobohan. Dia menambah, sebenarnya isu rumahnya itu belum lagi diputuskan oleh mahkamah dan belum lagi mendapat arahan untuk dirobohkan. Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 9/2/2015

Sekumpulan pendatang Israel yang dinamakan “Pertubu-han Imigran Israel” pada hari Isnin (9/2), cuba meram-pas sebuah rumah milik keluarga Sobb Laban di kawasan Al-Khalidiah di Al-Quds selepas keluarga itu gagal dalam kes mereka di mahkamah rayuan.Tuan rumah, Ahmad Sobb Laban berkata bahawa keluarg-anya sedang menghantar rayuan sekali lagi ke mahkamah majistret dan tarikh yang ditetapkan untuk pendengaran semula adalah pada 31/5/2015. Akan tetapi, para pen-

datang itu tidak menunggu keputusan terlebih dahulu dan terus merampas rumah mereka menggunakan kekerasan.Pengkaji Hal Ehwal Kependudukan berkata, rumah kelu-arga Ahmad Sobb Laban itu merupakan satu-satunya rumah milik warga Palestin yang masih tinggal di kawasan Al-Khalidiah itu, manakala rumah-rumah dan kedai-kedai lain semuanya telah ditukarkan kunci oleh pendatang-pendatang itu sebelum pemilik asalnya dan polis tiba di situ.Sumber: Pusat Berita Palestin Bertarikh 9/2/2015

Page 6: Bahasa alquds issue 55 hi re

6 | Issue No 55 // 17 February , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Wakil kepada Perdana Menteri Belgium, Menteri Luarnya “Didier Paparkan” mengecam agenda Israel dalam membina penempatan baru mereka di Tebing Barat dan Timur Al-Quds. Didier pada petang Rabu (4/2) berkata: “Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Israel pada 30 haribulan lalu untuk melulus-kan dana bagi membina 450 unit penempatan di Tebing Barat dan 93 unit penempatan di kawasan Jello di Al-Quds.” Beliau menambah: “Apa yang dilakukan oleh Israel ini sebenarnya semakin mengeruhkan lagi keadaan yang pada asalnya sudah teruk dan menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan hubungan 2 negara. Mereka harus ingat yang pembinaan ini tidak disokong oleh Kesatuan Eropah malah melang-gar undang-undang antarabangsa dan seterusnya menjadi penghalang kepada perjanjian damai antara keduanya.” Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Belgium sekali-kali tidak akan mengiktiraf sebarang perubahan pada sempadan sejak tahun 1967 kecuali mengikut apa yang telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak.

Dalam keadaan lain, Republik Arab Mesir juga mengecam perancangan-perancangan Israel lebih-lebih lagi yang melibatkan pembinaan 64 unit penempatan Israel itu. Turut mengecam, Kementerian Luar Turki akan pelaksanaan projek di Tebing Barat Dan Timur Al-Quds itu. Turki menjelaskan, kekerasan Israel untuk meneruskan projek mereka menampakkan ketidakpedulian mereka terhadap seruan pihak antarabangsa untuk mereka berdamai. Katanya lagi, “Kami mengutuk setiap tindakan Israel itu yang akan menyebabkan kesan buruk terhadap kedua-dua negara dan kami menunggu agar projek yang salah dari sudut undang-undang antarabangsa itu dihentikan dengan segera.”

Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 10/2/2015

DUNIA ANTARABANGSA MENGECAM PEMBINAAN DAN PERLUASAN KAWASAN

ISRAEL DI TIMUR AL-QUDS

Page 7: Bahasa alquds issue 55 hi re

| 7Issue No 55 // 17 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Laman web “Walla Israel” pada hari Selasa (10/2) berkata bahawa Kesatuan Eropah telah bersedia men-gambil langkah seterusnya untuk menentang penjajahan Israel di luar sempadan yang dibenarkan. La-man itu berkata dari sumber-sumber Israel dan Eropah yang sebahagian kementerian-kementerian luar negara-negara Eropah akan mengkaji tentang hal itu di himpunan kesatuan itu di Brussel, dan seterusnya menyusun langkah tindakan ke atas Israel mengikut undang-undang antarabangsa, tanpa membezakan bahawa perlanggaran itu berlaku di kawasan penjajah atau di kawasan Timur Al-Quds dan Tebing Barat.

Malah, satu sumber juga berkata yang tindakan akan turut diambil ke atas syarikat-syarikat yang turut sama terlibat. Mereka juga dalam masa yang menyokong usaha Palestin dalam melawan israel. Tinda-kan undang-undang yang akan diambil itu juga bukan keputusan dari sebahagian negara-negara Eropah bahkan merupakan kesepakatan semua negara Eropah.

Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 10/2/2015

EROPAH BERSEDIA UNTUK MENGANGGAP PENJAJAHAN ISRAEL SEBAGAI

PENJAJAHAN HARAM

Page 8: Bahasa alquds issue 55 hi re

8 | Issue No 55 // 17 February , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News