alquds in malay issue 58 hi re

9
| 1 Issue No 58 // 10 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 10 March 2015, Issue no 58 SERUAN ERDOGAN SUPAYA MENGAMALKAN DIPLOMASI UNTUK MEMELIHARA AL-QUDS DAN AL-AQSA Isu minggu ini : Syeikh Hamid Al-Ahmar, Pengarah Urusan Yayasan Al-Quds Antarabangsa, ke- tika dalam perjumpaannya bersama Professor Yasin Oqtaa wakil Perdana Men- teri Turki, Timbalan Pengarah Parti Keadilan Dan Pembangunan, dan pegawai perhubungan luarnya berkata: “Sesungguhnya setiap negara yang tidak mampu melindungi Al-Aqsa secara individu, hendaklah bergerak bersama mana-mana perikatan dan mengikat perjanjian dengan mana-mana negara dan organisasi- organisasi masyarakat untuk melindungi Al-Aqsa daripada bahaya penguasaan Israel keatasnya, dan daripada perubahan yang ingin mereka lakukan terhadap dunia Islam dan Kristian di sana.” Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan juga menyeru supaya segera men- gambil inisiatif untuk mengadakan sidang kemuncak yang Menghimpunkan Tur- ki, Jordan, Arab Saudi, Qatar, Morocco, dan Palestin untuk memberi bantuan ke- pada Al-Quds dan Al-Aqsa, dalam menghadapi serangan yang Israel yang ingin mengyahudikan Kota Al-Quds, menguasai kawasan itu, dan seterusnya menukar gambaran agama, sejarah dan ketamadunan yang terdapat padanya. .Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 25/2/2015 BINAAN BARU HAIKAL DAN CITA- CITA YAHUDI UNTUK MEMINDAH- KANNYA KE AL-AQSA LIEBERMAN MENYERU KEPADA PENG- HARAMAN PERGERAKAN ISLAM KERAJAAN ISRAEL MEMBAYAR GANTI RUGI KEPADA PELAMPAU “GLICK” DAN MEMBERIKANNYA KEIZINAN UNTUK MENYERANG AL-AQSA PIHAK BERKUASA ISRAEL MEN- GUSIR 4 ORANG PEREMPUAN PALESTIN DARI MASJID AL-AQSA PERINTAH-PERINTAH PEROBOHAN DARI ISRAEL DAN PENGUSIRAN SEBUAH KELUARGA PALESTIN DARI TEMPAT TINGGAL MEREKA MANSOUR MENELITI KEMBALI UNDANG-UNDANG ANTARA- BANGSA UNTUK MENCEGAH PELANGGARAN HAK-HAK TEM- PAT-TEMPAT SUCI ISLAM DAN KRISTIAN OLEH ISRAEL AHAMDALLAH: PROJEK SOKON- GAN KEPADA AL-QUDS DAN KA- WASAN –KAWASAN G BERNILAI 52 JUTA DOLAR COURESE P8

Upload: alquds-malaysia

Post on 08-Apr-2016

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Alquds in malay issue 58 hi re

| 1Issue No 58 // 10 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 58 // 10 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

10 March 2015, Issue no 58

SERUAN ERDOGAN SUPAYA MENGAMALKAN DIPLOMASI UNTUK

MEMELIHARA AL-QUDS DAN AL-AQSA

Isu minggu ini :

Syeikh Hamid Al-Ahmar, Pengarah Urusan Yayasan Al-Quds Antarabangsa, ke-tika dalam perjumpaannya bersama Professor Yasin Oqtaa wakil Perdana Men-teri Turki, Timbalan Pengarah Parti Keadilan Dan Pembangunan, dan pegawai perhubungan luarnya berkata: “Sesungguhnya setiap negara yang tidak mampu melindungi Al-Aqsa secara individu, hendaklah bergerak bersama mana-mana perikatan dan mengikat perjanjian dengan mana-mana negara dan organisasi-organisasi masyarakat untuk melindungi Al-Aqsa daripada bahaya penguasaan Israel keatasnya, dan daripada perubahan yang ingin mereka lakukan terhadap dunia Islam dan Kristian di sana.”Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan juga menyeru supaya segera men-gambil inisiatif untuk mengadakan sidang kemuncak yang Menghimpunkan Tur-ki, Jordan, Arab Saudi, Qatar, Morocco, dan Palestin untuk memberi bantuan ke-pada Al-Quds dan Al-Aqsa, dalam menghadapi serangan yang Israel yang ingin mengyahudikan Kota Al-Quds, menguasai kawasan itu, dan seterusnya menukar gambaran agama, sejarah dan ketamadunan yang terdapat padanya.

.Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 25/2/2015

BINAAN BARU HAIKAL DAN CITA-CITA YAHUDI UNTUK MEMINDAH-KANNYA KE AL-AQSA

LIEBERMAN MENYERU KEPADA PENG-HARAMAN PERGERAKAN ISLAM

KERAJAAN ISRAEL MEMBAYAR GANTI RUGI KEPADA PELAMPAU “GLICK” DAN MEMBERIKANNYA KEIZINAN UNTUK MENYERANG AL-AQSA

PIHAK BERKUASA ISRAEL MEN-GUSIR 4 ORANG PEREMPUAN PALESTIN DARI MASJID AL-AQSA

PERINTAH-PERINTAH PEROBOHAN DARI ISRAEL DAN PENGUSIRAN SEBUAH KELUARGA PALESTIN DARI TEMPAT TINGGAL MEREKA

MANSOUR MENELITI KEMBALI UNDANG-UNDANG ANTARA-BANGSA UNTUK MENCEGAH PELANGGARAN HAK-HAK TEM-PAT-TEMPAT SUCI ISLAM DAN KRISTIAN OLEH ISRAEL

AHAMDALLAH: PROJEK SOKON-GAN KEPADA AL-QUDS DAN KA-WASAN –KAWASAN G BERNILAI 52 JUTA DOLAR

COURESE P8

Page 2: Alquds in malay issue 58 hi re

2 | Issue No 58 // 10 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

BINAAN BARU HAIKAL DAN CITA-CITA YAHUDI UNTUK MEMINDAHKANNYA KE AL-AQSA

Sumber-sumber media massa Israel mengesahkan bahawa “The Temple Institute” telah pun menyempur-nakan pembinaan haikal mereka yang bersaiz biasa, dan bersedia untuk menjalankan upacara korban di situ mengikut ritual Yahudi.The Temple Institute juga menyebut bahawa antara keistimewaan haikal baru mereka itu ialah ianya boleh dibuka dan dipasang dengan kadar masa yang cepat sekaligus memungkinkan ia dipindahkan dari tempat asalnya ke Al-Aqsa pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu kejayaan pembinaan ini juga dikatakan sebagai per-mulaan kepada pembaharuan pembinaan haikal-haikal mereka. Institut itu juga berkata bahawa bakal-bakal rabbi di sekolah rabbi akan memulakan proses upacara korban dalam masa terdekat.

Sumber: Laman Web “Palestin 48” + Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 2/3/2015

Page 3: Alquds in malay issue 58 hi re

| 3Issue No 58 // 10 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

LIEBERMAN MENYERU KEPADA PENGHARAMANPERGERAKAN ISLAM

Menteri Luar Israel Avguidor Lieberman, pada petang Sabtu (28/2) menyeru kepada penghara-man “Pergerakan Islam Di Bumi Terjajah Sejak Tahun 48” sepertimana Mesir mengharamkan pergerakan Hamas. Lieberman dipetik berkata : “Sesungguhnya tunjuk perasaan melawan Her-zog pada hari Sabtu (hari ini) menunjukkan ba-hawa sebahagian Arab Israel bukan hanya me-musuhi tentera Israel sahaja, bahkan memusuhi setiap rakyat Israel.” Beliau menambah: “Seper-timana pergerakan Hamas diharamkan di Mesir, seperti itu juga lah kita perlu mengharamkan setiap pergerakan yang ekstremis , melucutkan mereka dari kewarganegaraan Israel dan meng-halau mereka keluar dari negara yahudi ini.”

Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 28/2/2015

Page 4: Alquds in malay issue 58 hi re

4 | Issue No 58 // 10 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

KERAJAAN ISRAEL MEMBAYAR GANTI RUGI KEPADA PELAMPAU “GLICK” DAN MEMBERIKANNYA

KEIZINAN UNTUK MENYERANG AL-AQSA

Mahkamah Pusat Israel di Jurusalem pada hari Ahad (1/3) mengeluarkan keputusan bahawa polis Israel akan membayar ganti rugi berjumlah 650 ribu syikal kepada pelampau “Yehuda Glick” sebagai gantian ke atas halangan mereka kepadanya daripada menyerang Masjid Al-Aqsa selama 2 tahun, kerana bim-bang akan mencetuskan kemarahan orang-orang Islam yang bersolat di Masjid Al-Aqsa seterusnya me-nyebabkan berlakunya konfrontasi. Untuk itu, mahkamah memerintahkan supaya diberikan seribu syikal kepadanya untuk mengangkat dakwaan tersebut.Dalam keadaan lain, “Pusat Berita Al-Quds” berkata bahawa, selepas mereka membaca dan meneliti protokol penguatkuasaaan undang-undang “Aviv milik dia” di mahkamah perdamaian (sulh) di Al-Quds, mereka mengesahkan bahawa keputusan khas yang dibuat kepada Yehuda Glick merupakan satu undang-undang yang sebenarnya membenarkan orang-orang Yahudi untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa. Mereka menambah, sesungguhnya keputusan perdamaian itu seakan membuka peluang yang sangat luas kepada Yahudi untuk menyerang Masjid Al-Aqsa dan beribadat di sana, bahkan telah menjadi satu prinsip asas bahawa pihak berkuasa Israel akan membenarkan mana-mana warga Israel untuk masuk dan beribadat di masjid itu, dan sudah sampai masanya bagi mereka meletakkan undang-undang yang jelas berkaitan perkara itu.Akhirnya, Pusat Berita Palestin menyimpulkan bahawa keputusan yang dikeluarkan itu akan menjadi permulaan kepada Yahudi untuk mewujudkan suasana baru di Masjid Al-Aqsa, iaitu diperbolehkan untuk menyerang Al-Aqsa dan beribadat didalamnya.

Sumber: Laman Web “Palestin 48” bertarikh 3/3/2015

Page 5: Alquds in malay issue 58 hi re

| 5Issue No 58 // 10 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENGUSIR 4 ORANG PEREMPUAN PALESTIN DARI MASJID AL-AQSA

Mahkamah Perdamaian Israel di Jurusalem, pada petang Rabu (25/2), telah mengeluarkan per-intah pengusiran 4 orang perempuan warga Palestin , Khadijah Khuwais, Latifah Mukhaimar, Jihad Al-Ghazawi, dan seorang remaja perempuan dari Masjid Al-Aqsa.Salah seorang daripada perempuan –perempuan terbabit, Latifah Mukhaimar (48 tahun) ketika dihalau berada dalam kondisi kesihatan yang amat teruk, bahkan baru sahaja dipindahkan ke hospital, tetapi pihak mahkamah Israel tidak mengambil kira perkara itu dan tetap memerintah-kan pengusirannya. Mereka masing-masing mendapat tempoh pengusiran yang berbeza-beza, seperti Khadijah Khuwais dijauhkan dari Masjid Al-Aqsa selama 60 hari beserta ikat jamin 1500 syikal, Jihad Al-Ghazawi 30 hari beserta ikat jamin 1000 syikal, manakala Latifah Mukhaimar dan remaja perempuan itu diusir selama 10 hari.Khadijah Khuwais yang merupakan ibu kepada 5 orang anak telah pun ditahan sebanyak 3 kali sebelum ini, dan pernah diusir dari Masjid Al-Aqsa selama 96 hari. Adapun Makmun Al-Razim (suami kepada Jihad Al-Ghazawi) didapati menunggu isterinya di pintu mahkamah, yang mana isterinya itu juga pernah diusir selama 15 hari sebelum ini, dan kini diusir sekali lagi sekem-balinya dia ke rumah.Remaja keempat yang diusir (24 tahun), merupakan seorang doktor gigi yang mengikuti penga-jian tajwid di Masjid Al-Aqsa, tetapi tiba-tiba ditahan diluar pintu Masjid Al-Aqsa ketika hendak pulang ke rumah. Seorang perempuan berusia dalam lingkungan 50-An Nawal Al-Qawasmi se-cara tiba-tiba diancam untuk ditahan oleh seorang pegawai polis Israel yang menyebabkannya jatuh terduduk di tanah kerana ketakutan.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 25/2/2015

Page 6: Alquds in malay issue 58 hi re

6 | Issue No 58 // 10 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Pihak Berkuasa Israel telah menghalau keluarga Haji Ayub Shamasneh daripada rumah mereka sendiri di kejiranan Syeikh Jarrah di Kota Jurusalem, untuk kepentingan pendatang-pendatang Israel. Muhammad Shamasneh menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Israel pada bulan Ogos 2013, telah mengeluarkan keputusan untuk memindahkan keluarga itu dari rumah mereka untuk kepentingan pendatang-pendatang Israel. Oleh itu, keluarga itu telah mendapat waran dari peguam pendatang pada hari Khamis lepas, su-paya segera melaksanakan keputusan yang telah pun diputuskan oleh mahkamah tinggi, jika tidak mahu sebarang kekerasan digunakan. Dia juga menjelaskan bahawa kerajaan Israel mendakwa yang rumah itu sebelum tahun 1948 merupakan hak milik penduduk yahudi, tetapi setelah Nakbah berpindah hak pemilikan semua rumah-rumah milik yahudi itu kepada harta milik kependudukan.

Dalam kes lain pada hari Ahad (1/3), pegawai-pegawai perbandaran Israel didapati menggantung waran perobohan di sebuah bangunan di kem pelarian As-Samud di kejiranan Syeikh Jarrah di Al-Quds, yang sebenarnya merupakan milik Pusat Kebudayaan Islam , sebuah organisasi yang berada di bawah Jabatan Wakaf Islam. Seramai 35 buah keluarga didapati menetap di bangunan itu sejak 18 tahun lalu.

Sumber: Pusat Berita Palestin + Laman Web “Palestin” 48 bertarikh 2/3/2015

PERINTAH-PERINTAH PEROBOHAN DARI ISRAEL DAN PENGUSIRAN SEBUAH KELUARGA PALESTIN

DARI TEMPAT TINGGAL MEREKA

Page 7: Alquds in malay issue 58 hi re

| 7Issue No 58 // 10 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Pemerhati Tetap Palestin ke PBB, duta Riyadh Mansour, Presiden Majlis Keselamatan PBB, Setiausaha Agung PBB “Ban Ki-Moon” dan Presiden Perhimpunan Agung PBB meneliti perkembangan kes-kes yang berlaku di bumi Palestin yang dijajah iaitu di kawasan timur Al-Quds disebabkan oleh jenayah yang dilakukan oleh pengganas-pengganas ke atas tempat-tempat suci Islam dan Kristian khasnya di kawasan timur Al-Quds. Sekaligus melanggar sensiviti keagamaan. Seperti yang dijelaskan, terdapat sebahagian yang menyusun agenda pergerakan kependudukan bertujuan melakukan keganasan dan ancaman kepada keamanan rakyat Palestin. Mereka itu merupakan anggota-anggota “The Knesset” menteri-menteri kera-jaan Israel, dan penggubal undang-undang di Negara Yahudi itu. Ia berdalilkan kenyataan Pertubuhan Hak-Hak Kemanusiaan Israel “ B.T Salem” yang mengesahkan bahawa pergerakan kependudukan ini telah meningkat sebanyak 40% pada tahun lalu (2014) daripada tahun 2012 dan 2013.

Mansour menegaskan lagi di dalam artikelnya bahawa adalah sangat penting kepada masyarakat anta-rabangsa supaya menghentikan jenayah ini dan meletakkan undang-undang dan garis panduan kema-nusiaan antarabangsa yang wajib diikuti oleh kerajaan Israel dan ini merupakan tanggungjawab Majlis Keamanan dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri.

MANSOUR MENELITI KEMBALI UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA UNTUK MENCEGAH

PELANGGARAN HAK-HAK TEMPAT-TEMPAT SUCI ISLAM DAN KRISTIAN OLEH ISRAEL

Page 8: Alquds in malay issue 58 hi re

8 | Issue No 58 // 10 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Page 9: Alquds in malay issue 58 hi re

| 9Issue No 58 // 10 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah pada hari Isnin (2/3) berkata bahawa kerajaan akan beker-jasama dengan syarikat-syarikat sekutunya samada syarikat antarabangsa ataupun tempatan untuk mel-ancarkan 19 projek di Kota Al-Quds dan kawasan-kawasan yang dikelaskan sebagai “G” di Tebing Barat bernilai 52 juta dolar. Beliau berkata lagi: “Sesungguhnya projek ini merupakan sokongan dan sumban-gan dari kerajaan Sweden, bersama beberapa negara lain iaitu United Kingdom, Norway dan Austria, untuk meningkatkan taraf hidup rakyat-rakyat kami di timur Al-Quds dan juga kawasan-kawasan yang dinamakan “G” yang berada di lembah Jordan. Ia juga bertujuan memelihara tanah dan identiti Palestin daripada percubaan untuk menghapuskannya. Beliau menyambung: “ Projek-projek ini diagih-agihkan mengikut banyak sektor, seperti pendidikan, kesihatan, kebudayaan dan pembinaan sumber tenaga dit-ambah dengan peningkatan taraf hidup golongan bawahan.”

Konsul Besar Sweden di Palestin “Ann Sophia Nelson” berkata: “ Sejak awal bulan September tahun 2012, (CRDP) telah pun menyumbang sebanyak hampir 11 juta dolar Amerika untuk pelaksanaan 49 projek di beberapa kawasan terpinggir , kawasan yang dinamakan “G”, dan kawasan timur Al-Quds.

Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 2/3/2015

AHAMDALLAH: PROJEK SOKONGAN KEPADA AL-QUDS DAN KAWASAN –KAWASAN G BERNILAI 52

JUTA DOLAR