in bahsa alquds 54 hi re

11
| 1 Issue No 54 // 10th February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Issue No 54 // 10 February , 2015 Pengerusi Gerakan Islam di Palestin, Syeikh Raed Solah, dalam satu temu bualnya bersama satu saluran tv Al-Quds pada hari Rabu (28/1) mendedahkan bahawa Israel sedang merencanakan sebuah pelan se- rangan besar terhadap Masjid Al-Aqsa yang disifatkan sebagai let- upan yang akan menggegarkan Al-Aqsa. Amaran itu juga dikatakan benar dan bersumberkan dari beberapa negara Arab. Syeikh Solah juga meramalkan bahawa keadaan di situ juga akan menjadi semakin “panas” disebabkan oleh persaingan parti-parti Is- rael yang sedang dalam musim pilihanraya. Tambahnya lagi, lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke Masjid Al- Aqsa tidak akan menjadi penghalang kepada perkara itu, malah mem- beri manfaat kepada Israel. Pihak berkuasa Israel juga dilaporkan telah menutup beberapa buah pertubuhan yang dikatakan memberi bantuan kepada Al-Aqsa, selain menghalau lebih dari 1000 orang rakyat Pales- tin dari Al-Aqsa. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 28/1/2015 SYEIKH SOLAH: ISRAEL RANCANG SERANGAN BARU TERHADAP AL-AQSA ISRAEL MENAHAN SEMAKIN RAMAI PENDUDUK JURUSA- LEM DI AL-QUDS PARA AKTIVIS BERGOTONG- ROYONG MEMBINA KAMPUNG DI PINTU TIMUR JURUSALEM, DI KAWASAN YANG DIARAH- KAN OLEH ISRAEL UNTUK DI- ROBOHKAN SERANGAN TERHADAP PEN- DUDUK AL-QUDS DAN PER- CUBAAN UNTUK MENCULIK SEORANG REMAJA SERANGAN TERHADAP PEN- DUDUK AL-QUDS DAN PER- CUBAAN UNTUK MENCULIK SEORANG REMAJA

Upload: alquds-malaysia

Post on 07-Apr-2016

242 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: In bahsa alquds 54 hi re

| 1Issue No 54 // 10th February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG | 1Issue No 54 // 10th February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 54 // 10 February , 2015

Pengerusi Gerakan Islam di Palestin, Syeikh Raed Solah, dalam satu temu bualnya bersama satu saluran tv Al-Quds pada hari Rabu (28/1) mendedahkan bahawa Israel sedang merencanakan sebuah pelan se-rangan besar terhadap Masjid Al-Aqsa yang disifatkan sebagai let-upan yang akan menggegarkan Al-Aqsa. Amaran itu juga dikatakan benar dan bersumberkan dari beberapa negara Arab.Syeikh Solah juga meramalkan bahawa keadaan di situ juga akan menjadi semakin “panas” disebabkan oleh persaingan parti-parti Is-rael yang sedang dalam musim pilihanraya. Tambahnya lagi, lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke Masjid Al-Aqsa tidak akan menjadi penghalang kepada perkara itu, malah mem-beri manfaat kepada Israel. Pihak berkuasa Israel juga dilaporkan telah menutup beberapa buah pertubuhan yang dikatakan memberi bantuan kepada Al-Aqsa, selain menghalau lebih dari 1000 orang rakyat Pales-tin dari Al-Aqsa.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 28/1/2015

SYEIKH SOLAH: ISRAEL RANCANG SERANGAN BARU TERHADAP AL-AQSA

ISRAEL MENAHAN SEMAKIN RAMAI PENDUDUK JURUSA-LEM DI AL-QUDS

PARA AKTIVIS BERGOTONG-ROYONG MEMBINA KAMPUNG DI PINTU TIMUR JURUSALEM, DI KAWASAN YANG DIARAH-KAN OLEH ISRAEL UNTUK DI-ROBOHKAN

SERANGAN TERHADAP PEN-DUDUK AL-QUDS DAN PER-CUBAAN UNTUK MENCULIK SEORANG REMAJA

SERANGAN TERHADAP PEN-DUDUK AL-QUDS DAN PER-CUBAAN UNTUK MENCULIK SEORANG REMAJA

Page 2: In bahsa alquds 54 hi re

2 | Issue No 54 // 10th February , 2015

SEBUAH KAJIAN MENYOKONG KEPERLUAN PENGANJURAN PROGRAM-PROGRAM UNTUK BELIA PALESTIN DALAM MENGATASI GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH

Menurut satu kajian yang dibuat di Kota Al-Quds, sebilangan besar belia Palestin menyokong perlunya menghalang penyalahgunaan dadah menerusi program-program yang menyokong ke arah itu. Program yang bakal dilaksanakan itu merupakan agenda Yayasan “Selamatkan Kanak-Kanak” (Save The Children Foundation) dengan kerjasama ABC Consulting Co, Jabatan Pembangunan Belia dan Kaunseling Pal-estin, dan Yayasan “Bidna Capoeira”. Selain itu, ia turut mendapat pembiayaan dari Kesatuan Eropah. Antara tujuan utama mereka, ialah untuk memberikan sokongan kepada remaja-remaja Palestin supaya menjauhi perbuatan-perbuatan yang berbahaya seperti ketagihan dadah, dan apa-apa yang mendorong ke arah itu melalui penganjuran program seperti mempertingkatkan kemahiran-kemahiran hidup dan mem-beri kesedaran di kalangan remaja, ahli keluarga dan masyarakat setempat.

Pengarah Yayasan “Selamatkan Kanak-Kanak”, Paulette Hassell berkata bahawasanya kajian ini dibuat untuk mengurangkan penderitaan belia-belia Palestin yang mengalami tekanan dalam kehidupan mer-eka samada dari sudut masyarakat dan ekonomi. Beliau mensasarkan penglibatan 5 ribu pemuda berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun di kem pelarian Shuafat, Betania dan bandar Al-Quds. Katanya lagi, projek itu telah pun bermula pada akhir 2013 dan dijangka akan berterusan sehingga tahun hadapan dengan kos mencapai US$ 2.827.068.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 28/1/2015

Page 3: In bahsa alquds 54 hi re

| 3Issue No 54 // 10th February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

2 ORANG BUDAK LELAKI PALESTIN MENGENALI 2 ORANG PEMBUNUH AS-SYAHID ABU KHUDAIR

2 orang adik beradik, Musa dan Yahya Romi Zaloom berjaya mengenal pasti 2 orang pem-bunuh As-Syahid Muhammad Abu Khudair dalam perbicaraan pada hari Rabu (28/1) di Mahkamah Daerah Israel di Kota Al-Quds .Salah seorang dari mereka, Musa Zaloom ham-pir-hampir diculik ketika sedang berjalan-jalan di satu lorong di Beit Hanina bersama ibu dan saudaranya Yahya pada awal Julai tahun lalu. Akan tetapi, mangsa bertindak pantas dengan menjerit dan ibunya yang menyedari hal itu ter-us menyelamatkannya sekaligus meninggalkan kesan kecederaan pada lehernya.Ketika sesi perbicaraan, peguam Muhannad Jabara (yang juga merupakan ahli keluarga As-Syahid Muhammad), menjelaskan bahawa peguam bela tertuduh cuba menimbulkan keke-liruan dengan memutarbelitkan fakta dan cuba menghapuskan bukti dengan menculik saksi (2 orang kanak-kanak dari keluarga Zaloom) teta-pi gagal. Malah penyaksian mereka merupakan bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan yang

tertuduh. Dia menambah, menurut pendakwa raya Is-rael sendiri, penyaksian 2 kanak-kanak itu merupakan bukti kukuh dan dipercayai, dan sebarang percubaan untuk menyerang kanak-kanak itu apatah lagi menculik memang tidak dapat dimaafkan kerana menyebabkan ketakutan yang bersangatan kepada mereka. Mahka-mah juga telah menetapkan 4 lagi sesi perbicaraan se-cara berturut-turut iaitu pada akhir bulan April dan awal bulan Mei akan datang. Kes yang menggegarkan bumi Palestin dan Israel itu juga dipandang serius oleh pihak mahkamah.Ayah kepada As-Syahid Muhammad ketika ditemui usai perbicaraan itu berkata: “Inilah kali pertama saya keluar dari mahkamah dengan hati yang lega kerana kanak-kanak itu berjaya mengenalpasti 2 orang dari pembunuh anak saya. Walaupun mereka (kanak-kanak ) itu cuba ditekan dengan pelbagai soalan yang diajukan.” Tambahnya lagi, dia sekarang dalam proses mengemu-kakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Israel untuk merobohkan rumah-rumah milik 3 orang yang didakwa membunuh anak lelakinya.

Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 28/1/2015

Page 4: In bahsa alquds 54 hi re

4 | Issue No 54 // 10th February , 2015

Pekerja-pekerja perbandaran Israel di Al-Quds bersama pengutip-pengutip cukai Israel didapati menyerang kejiranan Al-Bustan di bandar Silwan yang terletak di bahagian selatan Masjid Al-Aqsa pada pagi Khamis (29/1). Ahli Jawatankuasa Pertahanan Tanah Dan Harta bandar Silwan, Fakhri Abu Dhiab berkata, baha-wasanya mereka (Majlis Perbandaran Israel dan Lembaga Pengutipan Cukai) mengadakan kempen mer-ampas harta benda yang dinamakan “Hutang yang dinamakan Cukai –Al Arnona” daripada para penduduk, dibawah pengawalan datuk bandar dan dilaksanakan di beberapa buah rumah, jalan-jalan besar , dan lo-rong-lorong kecil di kejiranan itu.

Abu Dhiab juga menjelaskan sesungguhnya kejiranan Al-Bustan mempunyai lebih kurang 90 buah rumah yang kesemuanya telah menerima amaran untuk dihancurkan bagi kemaslahatan projek-projek kerajaan ter-masuklah perancangan untuk membina “Haikal”.

Dalam kejadian lain pada tengahari Jumaat (30/1), pegawai polis Israel telah menyaman puluhan biji kereta yang diletakkan berhampiran dengan Gethmani di pintu utama Al-Quds sebanyak 250 syikal untuk setiap kenderaan atas tuduhan meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang.

Pada petang Ahad (1/2) pula, Pusat Khidmat Guaman dan Hak Asasi Manusia Palestin, berjaya memohon injuksi dari Mahkamah Tinggi Israel untuk menghalang perobohan sebuah sekolah untuk puak badwi di “Jaba’” di bahagian timur laut Al-Quds. Sekolah yang memberi khidmat kepada penduduk timur Al-Quds ini mempunyai kira-kira 68 orang pelajar lelaki dan perempuan yang sedang menuntut di peringkat rendah dan diselia oleh 5 orang guru perempuan dari Kementerian Pendidikan dan Pelajaran.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Laman Web Palestin 48 bertarikh 02/02/2015

PEKERJA-PEKERJA PERBANDARAN DAN PENGUTIPAN CUKAI ISRAEL MENYERANG KEJIRANAN AL-BUSTAN DI SILWAN

Page 5: In bahsa alquds 54 hi re

| 5Issue No 54 // 10th February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

ISRAEL MENAHAN SEMAKIN RAMAI PENDUDUK JURUSALEM DI AL-QUDS

Pihak berkuasa Israel pada tengahari Rabu (28/1) telah menahan 2 orang adik beradik, Hasan dan Usamah Al-Shalabi selepas menyerang dan menggeledah tempat tinggal mereka di Jalan Solahuddin di Al-Quds. Pada petang Khamis (29/1) pula, mereka menyerang rumah seorang budak lelaki berumur 13 tahun, Tai-sir Muhammad A’lqam di kejiranan Shiyah di Bukit At-Tur dan menahannya. Diikuti dengan penahanan seorang remaja berumur 18 tahun, Naim Al-Hadrah dan seorang remaja lain berumur 17 tahun atas tuduhan melempar mercun ke arah anggota polis Israel, kedua-duanya di Bukit At-Tur.

Dalam kejadian pagi Isnin (2/2), beberapa penahanan telah direkodkan. Antaranya penahanan 5 orang dari kem pelarian Qalandia di Kota Al-Quds dan penahanan seorang penuntut ilmu berusia 30 tahun Jihaz Ghazzawi ketika keluar dari pintu Khuttah dan kemudiannya dipindahkan ke balai polis Qishleh. Diikuti dengan penahanan seorang budak lelaki usai sesi persekolahannya atas tuduhan melempar batu kepada polis Israel. 2 orang remaja, Muhammad Yasir Abu Al-Hawa ( 22 tahun) dan Mahmud Abu Juma’h (21 tahun) juga ditahan. Pusat Maklumat Wadi Helwah juga menyatakan bahawa 2 orang lagi kanak-kanak, Yazan Al-A’war dan Abdullah Siyam turut ditahan usai sesi persekolahan mereka.

Hari Selasa (3/2) turut merekodkan beberapa penahanan, antaranya seorang pemuda, Jihad Qus (21 tahun) selepas rumah datuknya diserang. Menurut pengerusi Jawatankuasa Tahanan-Tahanan Palestin, Amjad Abu A’sob, sesungguhnya mulai awal tahun sehingga kini terdapat lebih dari 158 kes penahanan dicatat-kan yang mana 87 daripadanya adalah kanak-kanak, 83 remaja dan 25 orang perempuan. Manakala ke-banyakan perempuan lain turut dihalau keluar dari Masjid Al-Aqsa.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Akhbar Al-Quds + Laman Web Palestin 48 + Pusat Berita Palestin bertarikh 3/2/2015

Page 6: In bahsa alquds 54 hi re

6 | Issue No 54 // 10th February , 2015

PARA AKTIVIS BERGOTONG-ROYONG MEMBINA KAMPUNG DI PINTU TIMUR JURUSALEM, DI KAWASAN YANG DIARAHKAN OLEH ISRAEL UNTUK DIROBOHKAN

Petang Selasa (3/2) mencatatkan usaha para aktivis dalam membina kampung di pintu timur Jurusalem di kawasan kejiranan puak badwi Al-Jahalin yang telah diancam oleh Israel untuk dirobohkan. Seorang jurucakap dipetik berkata, atas semangat rakyat untuk menentang, kira-kira 250 orang penduduk, ak-tivis, ketua-ketua kampung Abu Dis,Sawahrah dan Betania bersama puak arab Al-Jahalin dan Syeikh Saad berganding bahu membina perkampungan di kawasan sitaan Yahudi itu. kawasan yang berada di antara Maa’leh Adumim dan Kedar itu adalah merupakan kawasan yang berada dalam kawalan Yahudi dan dinamakan E1.

Perkampungan itu juga bukan saja diserang, bahkan penduduk-penduduk di situ diancam supaya me-ninggalkan perkampungan mereka dalam masa satu jam. Jika mereka enggan,pihak berkuasa Israel akan menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah itu. Ia dapat dilihat melalui kehadiran jip-jip tentera Israel yang telah pun mengepung kampung. Walaubagaimanapun, aktivis-aktivis tetap berkeras tidak mahu meninggalkan kawasan dan tidak akan tunduk kepada arahan Israel. Jurucakap mereka, Jamil Al-Barghusi berkata bahawasanya kekerasan mereka merupakan sebuah penolakan terhadap ara-han Israel yang mahu semua penduduk badwi di kawasan itu berhimpun di satu tempat di kawasan Be-tania dan Nu’ayma, bertujuan untuk mengosongkan dan menguasai kawasan itu bermula dari pinggir Jurusalem sehingga ke Laut Mati. Aktivis program itu juga menggesa semua pihak-pihak yang berauto-riti dan institusi-institusi yang berkaitan untuk sama-sama terlibat dalam program seperti itu yang akan diadakan lagi di kawasan yang sama pada masa akan datang.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 3/2/2015

Page 7: In bahsa alquds 54 hi re

| 7Issue No 54 // 10th February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

SERANGAN TERHADAP PENDUDUK AL-QUDS DAN PERCUBAAN UNTUK MENCULIK

SEORANG REMAJA

Seorang remaja, Ibrahim Ghais (14 tahun), pada pagi Rabu (28/1) didapati cedera ringan dan lebam-lebam di badannya kerana diserang oleh seorang warga Israel di kejiranan Al-Sauri di bandar Silwan ketika sedang dalam perjalanan ke sekolah.Petang Khamis (29/1) pula mencatatkan percubaan seorang perempuan warga Israel yang cuba menculik anak kepada As-Syahid Ghassan Abu Jumal ketika sedang bermain-main di hadapan rumahnya. Dia cuba dilarikan oleh perempuan itu “Harmon Anatziv” sebelum diselamatkan oleh bapa saudaranya. Perem-puan itu kemudiannya melarikan diri bersama sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki Israel lain.Dalam kejadian lain pada petang Isnin (2/2), seorang lelaki Israel telah menembak seorang warga Pales-tin “Muhammad Burqan” di kejiranan Al-Sauri di selatan Masjid Al-Aqsa. Sumber tempatan berkata ba-hawasanya Burqan yang terkena tiga tembakan di kakinya telah dibawa ke Hospital Al-Maqasid dengan segera untuk mendapatkan rawatan.Begitu juga seorang paderi perempuan mengalami pendarahan di kepala, dan lebam-lebam di badannya kesan daripada serangan seorang lelaki Israel di Al-Quds.

Sumber: Akhbar Al-Quds + Pusat Berita Palestin bertarikh 2/2/2015

Page 8: In bahsa alquds 54 hi re

8 | Issue No 54 // 10th February , 2015

SYEIKH SOBRI: AL-AQSA TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA ARAHAN-ARAHAN ISRAEL

Khatib Masjid Al-Aqsa, Syeikh Ikramah Sobri mengutuk serangan bertubi-tubi Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan perempuan-perempuan Palestin. Begitu juga dengan pena-hanan ramai kanak-kanak Palestin yang disifatkan olehnya sebagai tidak menghormati hak-hak asasi manusia. Beliau juga menegaskan dalam khutbah Jumaatnya pada (30/1), bahawasanya Al-Aqsa tidak akan tunduk kepada perintah mahkamah-mahkamah Israel dan The Knesset, tidak akan sesekali tunduk kepada rundingan mereka, dan tidak akan berkompromi dengan mereka walaupun untuk sejengkal tanah al-aqsa.

Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 30/1/2015

Jawatankuasa Politik Himpunan Parlimen Euro-Med memutuskan untuk mengadakan lawatan ke Palestin untuk meninjau masalah yang berlaku di Al-Quds. Jawatankuasa itu pada akhir mesyuarat mereka di Barce-lona pada Isnin (2/2), memutuskan untuk menimbang semula perjanjian kejiranan yang akan ditandatangani antara Kesatuan Eropah dan Negara Yahudi dalam mesyuarat mereka yang akan datang yang dijadualkan pada bulan April depan di Brussels. Keputusan ini dibuat sebagai tindak balas mereka terhadap permintaan delegasi Palestin. Mereka juga berkata, akan bersetuju menandatangani perjanjian itu sekiranya pihak Israel berhenti membuat pelanggaran di atas tanah-tanah Palestin, memberhentikan penghapusan etnik, perobohan tempat-tempat tinggal rakyat Palestin, dan serangan ke atas harta benda dan tempat-tempat suci di Jurusa-lem, seterusnya menghormati hak-hak asasi yang selayaknya dimiliki oleh warga Palestin.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 2/2/2015

JAWATANKUASA KESATUAN POLITIK MEDITERRANEAN MENGADAKAN LAWATAN KE

PALESTIN UNTUK MENINJAU MASALAH DI SANA

Page 9: In bahsa alquds 54 hi re

| 9Issue No 54 // 10th February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

SERANGAN TERHADAP PENDUDUK AL-QUDS DAN PERCUBAAN UNTUK MENCULIK

SEORANG REMAJA

WACANA DAN TEMUBUAL

TAFAKJI MENYERU PERANCANGAN BERSTRATEGI DISUSUN UNTUK MEMELIHARA KEARABAN DAN IDEN-TITI AL-AL-QUDS Ketika melihat kepada jalan-jalan, kawasan-kawasan perumahan, dan pintu-pintu masuk Kota Al-Quds, sudah pasti kita akan me-nyaksikan begitu banyak perubahan-peruba-han yang dilakukan oleh pihak zionis untuk mengyahudikan setiap bangunan, jalan-jalan, bandar-bandar, bukit-bukit dan juga lembah-lembah di Kota Al-Quds. Bahkan sejak bermula penjajahan Al-Quds pada tahun 1967, pihak berkuasa Israel tidak berhenti walaupun sehari dari menjalankan kerja-kerja membuang identiti Arab dan Is-lam di dalam kota itu, menggunakan segala cara yang ada.Setiap tindakan mereka, penggunaan politik kotor mereka hanyalah untuk satu tujuan, iaitu menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara Yahudi yang abadi buat semua warga Yahudi di seluruh pelusuk alam.Pengarah Jabatan Peta dan Tempat Tinggal Palestin, Khalil Tafakji dipetik berkata ke-pada wartawan “Sumber Berita Palestin”: “Kedudukan Kota Suci Al-Quds dalam pan-dangan masyarakat Yahudi, diibaratkan sep-erti ibu negara mereka, bukan sahaja kepada Yahudi yang tinggal di Palestin, tetapi kepada seluruh umat Yahudi di atas muka bumi ini.”“Dan kerana mereka mengganggapnya se-penting itu, maka mereka telah pun menyu-sun pelan yang cukup berstrategi sejak tahun 1948 lagi demi untuk mendapatkan kota Al-Quds keseluruhannya.”Dia menambah: “Pada tahun 1967, mereka

telah pun memulakan penghapusan etnik di dalam Kota Lama Al-Quds dengan memusnahkan dan menghapuskan lorong-lorong As-Syaraf bersebela-han dengan Tembok Buraq atau lebih dikenali bagi mereka sebagai Tembok Ratapan.”“Selepas itu, mereka meneruskan misi mereka den-gan polisi perampasan tanah-tanah penduduk Al-Quds dan mendirikan bangunan-bangunan mereka, dan pada tahun 1967 mereka menubuhkan secara rasminya jawatankuasa JDC (Joint Distribution Committee) diketuai oleh Perdana Menteri Golda Mair bertujuan untuk menjadikan nisbah penduduk Arab hanya sebanyak 22% sahaja dari keseluruhan penduduk di Palestin.”Tafakji berkata lagi: “Untuk merealisasikan polisi jawatankuasa JDC, mereka mula merampas tanah-tanah Palestin sehingga mencecah 32% dari seluruh Palestin, dan kemudiannya merancang pembinaan ke atas tanah-tanah rampasan itu.”“Pihak berkuasa Israel juga membuat jalan-jalan baru, membina penempatan-penempatan untuk Ya-hudi sekira-kira munculnya 15 kawasan perumahan yang didiami oleh lebih dari 200 ribu orang Yahudi. Dan bermula dari tahun 1967 sehingga ke hari ini, lebih 87% dari tanah Al-Quds telah pun dikuasai oleh mereka.”Politik Yahudi itu juga bukan hanya tertakluk kepada aspek geografi, bahkan terhadap penduduk Palestin yang mana mereka cuba mengurangkan jumlah pen-duduk Arab Palestin dengan menarik kewarganega-raan dan merobohkan rumah-rumah mereka.Mereka juga membina tembok besar di dalam pal-estin sebagai pemisah antara Yahudi dan Arab dan juga kerana beberapa sebab demografi, seterusnya menyebabkan lebih 120 ribu rakyat palestin terpaksa menetap di sebalik tembok itu.Sebelum ini, Datuk Bandar Israel Nir Barkat, juga

Page 10: In bahsa alquds 54 hi re

10 | Issue No 54 // 10th February , 2015

mengumumkan bahawasanya kerajaan Is-rael tidak memerlukan 70 ribu orang Pales-tin dalam tembok itu, dan segala pengurusan mereka hendaklah diurus oleh pentadbiran mereka sendiri.Tambah Tafakji: “ Malah, diantara rencana paling berbahaya Israel terhadap Al-Quds adalah “Pelan Rancangan Al-Quds Tahun 2000”, yang mana Kerajaan Israel di bawah pimpinan Ehud Olmert pada tahun 1994 merancang untuk menjadikan Al-Quds pusat demografi mereka pada tahun 2020.Menurut pelan ini, Al-Quds akan mempunyai majoriti masyarakat Yahudi sebanyak 88% dan golongan arab akan menjadi minoriti dengan angka 12% sahaja.Dan untuk menjayakan pelan mereka itu, mereka telah membina 85 ribu unit rumah, membuka kawasan-kawasan penempatan baru, meluaskan kawasan-kawasan penem-patan sedia ada, mendirikan zon-zon indus-tri, membuka jalan-jalan baru, dan membina terowong-terowong dan jambatan-jambatan.Pelan ini dijalankan tentu sekali kerana keya-kinan mereka bahawa Al-Quds itu merupakan jantung dan kepala bagi mereka, bukan seka-dar kepada zionis, bahkan kepada semua ma-syarakat Yahudi di seluruh pelusuk alam, dan untuk mencapainya tentulah dengan mengu-rangkan jumlah penduduk Arab di sana ter-lebih dahulu.”Sambung Tafakji lagi: “Termasuk diantara dasar pengyahudian itu, ialah mengubah Kota Al-Quds itu sendiri sehinggalah kepada me-nukar nama-nama jalan dan sebagainya. Dan

pengyahudian itu adalah proses mencabut akar yang asas dan menanam akar baru.”Beliau juga menjelaskan tentang politik yahudi yang mereka-reka kisah-kisah mitos mereka yang kononnya mempunyai kaitan dengan Al-Quds, yang mana semua itu hanyalah sebagai salah satu cara untuk sampai kepada tujuan sebenar mereka iaitu memastikan ketidakwujudan masyarakat Arab didalam kota itu.Lalu, untuk menjaga warisan Arab dan Islam di Kota Al-Quds di celah-celah proses pengyahudian itu, kita hendaklah mewujudkan satu rencana yang jelas dan bersistem untuk menjaga dan mengekal-kan identiti Arab asalnya.

Beliau menekankan tentang kepentingan mewujud-kan strategi yang yang jelas untuk menyelamatkan Al-Quds. Katanya: “Adakah kita sebenar-benarnya menganggap Al-Quds sebagai kiblat pertama umat Islam dan Masjid Al-Haram yang ketiga kita atau-pun kita sekadar menganggapnya sebagai tempat untuk solat dan ziarah biasa seperti kota-kota yang lainnya??”Sehingga ke saat ini, tentangan yang dilakukan un-tuk menghalang Israel hanyalah tentangan bersi-fat sementara, dan tidak ada pelan tindakan yang betul-betul strategik dan tersusun, sedangkan pihak Israel mempunyai rencana yang sangat jelas dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Kota Suci Al-Quds ini.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 29/1/2015

Page 11: In bahsa alquds 54 hi re

| 11Issue No 54 // 10th February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG