alice refleksi deepavali

Upload: kreatif-tuisyen

Post on 19-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Reflection

TRANSCRIPT

Bahagian A

Bahagian ALAPORAN

Secara lazimnya, suatu sesi tembual akan dijalankan. Sesi temu bual ini akan melibatkan tiga orang individu yang berlainan serta mempunyai umur yang berlainan. Umur bagi ketiga tiga individu ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang utama dan ia adalah seperti yang ditunjukkan di bawah: Kumpulan 1 : 55 tahun ke atas

Kumpulan 2 : 25 tahun 45 tahun

Kumpulan 3 : 7 tahun 18 tahun

Semua informasi mengeani ketiga tiga orang individiu yang menerima temu ramah ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:Individu 1Nama

: Sivahendran A/L JosephUmur

: 62 tahunBangsa

: IndiaPekerjaan: PesaraIndividu 2Nama

: KalimuthuUmur

: 34 tahun

Bangsa

: IndiaPekerjaan: Peniaga Individu 3Nama

: Arvindeep SinghUmur

: 16 tahun

Bangsa

: IndiaPekerjaan: Pelajar sekolahRumusan Hasil Temuramah

Dalam temuramah yang mana telah dijalankan, respondan pertama iaitu pakcik Sivahendran A/L Joseph yang berumur 62 tahun merupakan seorang pesara.Seperti yang diterangkan oleh beliau, perayaan Hari Deepavali merupakan suatu hari perayaan yang sangat penting untuk semua penganut Hindu dan masyarakat India. Ini adalah kerana ia adalah bertujuan untuk memuja dan meraikan kemenangan Krishnan untuk membunuh raja yang zalim tersebut. Oleh itu, semua penganut Hindu perlulah meraikan dengan rasa yang bersyukur dan gembira. Pada masa yang sama, beliau juga menjelaskan bahawa perayaan sekarang dan dulu adalah jauh berbeza di mana perayaan pada masa zaman kanak kanak dulu adalah serba ringkas dan sekarang adalah penuh dengan aktiviti yang berunsurkan hiburan. Beliau berpendapat bahawa pemuda sekarang adalah tidak sensitif dan cenderung untuk melupai akan makna sebenar seluruh perayaan Hari Deepavali ini. Oleh itu, amalan pada Hari Deepavali ini adalah kian menghakis dari masa ke semasa. Pada masa yang sama, temuramah juga dijalankan ke atas Encik Kalimuthu yang mana merupakan seorang peniaga yang berumur 34 tahun. Dalam temuramah ini, beliau telah menjelaskan bahawa Hari Deepavali merupakan suatu hari perayaan yang istimewa dan penting untuk beliau sendiri. Ini adalah kerana ia merupakan hari pengingatan kejayaan Krishnan dalam mengalahkan dan membunuh raja yang zalim di masa lampau. Walaubagaimanapun, beliau juga menjelaskan bahawa kebanyakan pemuda sekarang adalah kurang sensitif dan mengetahui akan kisah ini dan tidak menitikberatkan kisah ini. Bagi beliau, keadaan ini adalah kritikal kerana ia akan menyebabkan amalan mulia dalam Hari Deepavali ini kian menghakis melalui peredaran masa. Sesungguhnya, beliau juga menjelaskan bahawa perayaan dulu dan sekarang adalah jauh berbeza. Bagi beliau, perayaan dulu adalah serba ringkas tetapi sekarang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan memerlukan banyak kos persediaan. Oleh itu, beliau juga mengatakan bahawa perayaan Hari Deepavali sekarang memerlukan banyak duit. Akhirnya, seorang pelajar yang bernama Arvindeep Singh telah merupakan individu yang terakhir yang menerima temuramah kali ini. Beliau telah mengatakan bahawa beliau sangat suka perayaan Hari Deepavali kerana dapat meraikan bersama sama rakan rakan dan menziarahi ke rumah masing masing. Oleh itu, beliau berasa sangat seronok. BAHAGIAN B (TRANSKRIPSI PERBUALAN)

Perbualan dengan Responden 1Saya

: Pakcik Sivahendran, selamat pagi ya. Sivahendran : Ya. Selamat pagi. Saya

: Pakcik, biasanya pakcik sambut Hari Deepavali di mana?Sivahendran : Pakcik akan meraikan Hari Deepavali di rumah sahaja. Saya

: Bagi diri pakcik, apakah tujuan sambutan ini? Penting atau tidak penting?

Sivahendran : Untuk pakcik, hari Deevapali ini adalah sangat penting. Ini adalah kerana

semua penganut Hindu akan meraikan kejayaan Krishnan dalam

menewaskan raja yang zalim pada masa dahulu. Ia merupakan tuhan

kami. Oleh itu, semua penganut Hindu akan meraikan Hari Deepavali ini

dengan hati yang suci.Saya

: Adakah berbeza sambutan sekarang dan masa kanak kanak dahulu?

Sivahendran : Perbezaan adalah besar. Dulu kami miskin dan perayaan akan dilakukan

dengan ringkas. Paling penting ialah kami akan melakukan sembahyang

di tokong hindu. Sekarang, perayaan adalah berlainan. Banyak aktiviti

yang berunsurkan hiburan akan diadakan. Saya

: Apakah yang berlaku kehakisan nilai dalam menyambut Hari Deepavali

pada hari ini?

Sivahendran : Ya. Saya berpendapat bahawa amalan dalam Hari Deepavali adalah kian

meleset mengikut peredaran zaman. Generasi muda hari ini adalah tidak

sensitif dan peka terhadap amalan ini. Mereka tidak mengamalkan

amalan yang tradisional ini lagik. Saya

: Pada pendapat pakcik, adakah nilai ini perlulah dikekalkan?

Sivahendran : Sememangnya ia adalah penting dan perlulah dikekalkan. Saya

: Terima kasih atas pendapat daripada pakcik.Sivahendran : Sama sama. Perbualan dengan Responden 2Saya

: Encik Kalimuthu, saya ingin mengucapkan terima kasih terlebih dahulu

kepada encik kerana sudi menerima temu bual saya. Kalimuthu: Tidak menjadi masalah. Saya

: Boleh tak saya tahu di manakah biasanya Encik Kalimuthu akan meraikan Hari Deepavali. Kalimuthu: Oh. Biasanya saya akan balik ke semenanjung untuk meraikan Hari

Deepavali bersama ibu bapa saya. Saya

: Bagi diri anda, apakah tujuan sambutan ini? Penting atau tidak penting?

Kalimuthu: Bagi saya, perayaan Hari Deepavali adalah cukup penting. Ini adalah kerana kami akan meraikan kejayaan Krishnan dalam mengalahkan dan

membunuh seorang raja yang zalim.Saya

: Adakah berbeza sambutan sekarang dan masa kanak kanak dahulu?

Kalimuthu: Oh. Banyak perbezaan. Perayaan semasa zaman kanak kanak saya

adalah ringkas dan tidak banyak aktiviti. Tetapi, sekarang aktiviti banyak

dan makanan yang disediakan untuk perayaan Hari Deepavali juga

banyak. Saya

: Apakah yang berlaku kehakisan nilai dalam menyambut Hari Krismas

pada hari ini?

Kalimuthu: Ya, kehakisan nilai sememangnya berlaku dalam perayaan Hari Deepavali. Ini adalah kerana kebanyakan pemuda sekarang kurang

prihatin terhadap semua amalan yang diamalkan oleh ibubapa mereka

ketika Hari Deepavali. Mereka terlalu mementingkan aktiviti menyambut

Hari Deepavali sehingga melupai nilai sebenar perayaan ini. Saya

: Pada pendapat Encik sendiri, adakah nilai ini perlulah dikekalkan?

Kalimuthu: Ya. Ia memanglah wajib diteruskan dan dikekalkan kerana ia merupakan

perayaan untuk bangsa kami dan mewakili keunikan serta identiti

masyarakat kami di dalam MalaysiaSaya

: Terima kasihKalimuthu

: Sama sama. Perbualan dengan Responden 3Saya

: Selamat petang, adik Arvindeep: Selamat petang , cikgu. Saya

: Adik, biasanya adik akan meraikan Hari Krimas di mana? Arvindeep: Biasanya, saya akan balik ke kampung bersama keluarga saya untuk

meraikan Hari Krimas di kampung.Saya

: Bagi diri anda, apakah tujuan sambutan ini? Penting atau tidak penting?

Arvindeep: Saya sangat seronok menyambut Hari Deepavali ini. Ini adalah kerana saya dapat meraikan dengan rakan rakan dan saudara mara. Oleh itu, Hari Deepavali adalah sangat penting untuk saya. Saya

: Pada pendapat adik perlulah amalan amalan dalam Hari

Deepavali diteruskan?

Arvindeep: Saya rasa perlu. Ini dapat mencerminkan keunikan masyarakat dan

penganut India Saya

: Terima kasih atas pendapat daripada adik.

Arvindeep: Sama sama.

Jurnal Reflektif

Secara umumnya, perayaan Hari Deepavali merupakan perayaan yang terpenting untuk masyarakat India dalam negara ini. Ia juga dikenali sebagai Diwali dan Divali. Hari Deepavali ini akan dirayakan pda bulan genap bernama Aipasi pada setiap bulan Oktober dan November. Pada kebiasaanya, Deepavali akan diraikan dengan mercun, pelita, bunga, perkongsian gula gula dan sembayang. Deepavali merupakan suatu perayaan yang bertanda sebagai kemenangan kaum atas kematian seorang raja yang bernama Raja Naragasura yang mana disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada masa dahulu. Menurut lagenda dalam masyarakat Hindu, Raja Naragasura ini seumpama syaitan yang mana mencetuskan huru hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Oleh itu, perayaan Hari Deepavali adalah sangat penting untuk semua penganut Hindu di Malaysia.

Pelbagai perasaan dan pendapat daripada pelbagai pihak dalam masyarakat India mahupun seluruh masyarakat majmuk Malaysia akan diterangkan dengan terperinci dalam jurnal reflektif ini. Pertamanya, ibubapa mempunyai pelbagai perasaan yang berbeza dalam menyambut Hari Deepavali berikutan umur yang berbeza. Untuk ibubapa yang mempunyai umur di antara 30 tahun hinggalah 40 tahun, mereka akan berpendapat bahawa perayaan Hari Deepavali seharusnya diraikan dengan ringkas tetapi bermakna. Ini adalah kerana Hari Deepavali adalah sangat mendekati hari pembukaan sekolah. Untuk itu, mereka perlulah menyimpankan lebih banyak wang untuk menyediakan anak anak mereka dalam pembukaan sekolah baru tahun 2013. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa mereka tidak boleh membelanjakan terlalu banyak wang ke dalam perayaan Hari Deepavali ini. Bagi mereka, paling penting ialah anak anak mestilah mengetahui makna sebenar perayaan Hari Deepavali ini dan bukan setakat menumpukan perhatian terhadap aktiviti perayaan sahaja. Untuk ibubapa yang berumur pula, mereka sangat mengharapkan anak anak mereka akan pulang ke rumah untuk menyambutkan Hari Deepavali bersama mereka. Ini adalah kerana pada hari biasa, semua anak anak adalah sibu bekerja di luar seperti di Sarawak. Oleh itu, Hari Deepavali merupakan peluang yang terbaik untuk mereka untuk memakan bersama. Untuk anak anak yang muda, mereka adalah sangat menantikan ketibaan Hari Deepavali. Ini adalah kerana mereka berpeluang untuk memakan makanan dan juadah yang enak disediakan pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa mereka tidak peka dan sensitif terhadap makna sebenar perayaan Hari Deepavali ini. Ini juga menyebabkan berlakunya hakisan nilai dan amalan Hari Deepavali.

Sebagai salah seorang ahli masyarakat yang majmuk ini, kita boleh mengambil peluang perayaan Hari Deepavali ini untuk lebih mengenali dan mengetahui tentang adat resam serta kebudayaan bangsa India di Malaysia. Ia boleh dilakukan dengan menziarahi ke rumah terbuka bangsa India pada Hari Deepavali ini. Ia secara langsung akan mengelakkan dan menghapuskan berlakunya salah faham di antara pelbagai kaum ini. Oleh itu, ia dapat merapatkan hubungan etnik di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang berlainan.

Sebagai seorang penganut Hindu pula, Hari Deepavali merupakan suatu hari perayaan yang cukup penting. Ini adalah kerana ia adalah meraikan kemenangan wira dalam agama Hindu iaitu Maha Krishnan yang mana berjaya menewaskan dan membunuh raja yang zalim yang bernama Nagasura. Oleh itu, semua penganut Hindu berpendapat bahawa Hari Deepavali ini perlulah diraikan dengan perasaan yang bersyukur dan suci serta berdoakan akan keamanan yang berkekalan dalam masyarakat hari ini. Sebagai seorang guru di dalam kelas, saya juga akan mengambil kesempatan Hari Deepavali ini untuk mendidik kanak kanak supaya lebih peka dan mengetahui makna perayaan agama masing masing. Ia merupakan usaha yang penting untuk mengelakkan semua amalan yang mulia dan indah dalam perayaan agama seperti Hari Deepavali telah kian dilupai dan terhakis mengikut peredaran masa.

Sesungguhnya, saya berpendapat bahawa semua pihak mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam usaha untuk menyebarkan keindahan dan keunikan amalan dalam perayaan agama masing masing kepada generasi muda yang akan datang untuk memastikan mereka tahu akan menghayati amalan yang unik dan indah ini.

Sepanjang dalam aktiviti yang pertama ini, pengetahuan dan pengalaman saya terhadap perayaan Hari Deepavali adalah semakin bertambah dengan informasi yang dicarikan dalam pelbagai sumber yang tertentu. Oleh itu, saya akan menggunakan kaedah yang sama untuk mencari lebih banyak informasi yang relevan dengan perayaan agama saya supaya saya lebih memahami perayaan agama saya sendiri. Seterusnya, saya boleh menyampaikan informasi ini kepada generasi yang akan datang.

Di dalam aktiviti yang kedua ini, saya telah menyedari bahawa nilai dan amalan mulia dalam perayaan keagaaman seperti Hari Deepavali adalah semakin terhakis mengikut peredaran masa. Ini adalah kerana kebanyakan pemuda sekarang kurang memahami dan menghayati semua makna dan maksud yang tersirat dalam perayaan agama ini. Perayaan dan aktiviti hiburan telah menyebabkan mereka terlupa dan tidak terfikir makna perayaan ini. Saya tidak berasa hairan dan juga saya juga menjangkakan keadaan yang sama juga akan berlaku terhadap perayaan agama saya sendiri . Sesungguhnya, kesibukan dalam bekerja kadang kala akan menyebabkan kita muda terlupa akan amalan dalam perayaan keagamaan ini. Tindakan yang boleh saya ambil ialah mendidik generasi muda supaya mereka akan menghayati dan mengingati amalan yang mulia di sepanjang perayaan keagamaan ini di masa depan. Ia merupakan sesuatu usaha yang panjang dan tidak mudah dilakukan. Ia memerlukan masa yang panjang.Di dalam aktiviti yang ketiga ini, saya telah mendapati bahawa suasana yang meriah dalam perayaan Hari Deepavali adalah berbeza dengan apa yang saya belajar daripada informasi yang didapati oleh saya dalam laman web. Saya berpendapat bahawa kaum India telah menunjukkan sikap yang peramah dan menjemput saya makan tengahari bersama mereka. Semua ini telah menyebabkan saya mempunyai tanggapan yang berlainan terhadap perayaan mereka. Pada masa yang sama, saya akan melakukan pemerhatian terhadap kanak kanak yang meraikan perayaan ini. Ini adalah saya ingin mengetahui bagaimana reaksi mereka terhadap perayaan ini. Ia adalah sangat penting untuk saya mendidik mereka untuk menghargai dan menhayati perayaan agama sendiri pada masa hadapan.