sejarah perayaan deepavali

38

Upload: sabrina-moideen

Post on 11-Aug-2015

263 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perayaan Deepavali
Page 2: Sejarah Perayaan Deepavali
Page 3: Sejarah Perayaan Deepavali

Sejarah Perayaan DeepavaliHari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama "Aipasi" pada setiap bulan Oktober dan November. Deepavali diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula dan sembahyang.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang berertibarisan. Oleh itu, Deepavali juga bermaksud ‘sebarisan pelita’. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu.Mereka mempercayai bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Walaupun Deepavali dikenali sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman". Falsafah Hindu menegaskan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani

Page 4: Sejarah Perayaan Deepavali

yang tulen dan tidak terhingga iaitu Atman (Cahaya Dalaman). Dengan wujudnya Atman, maka wujudlah belas kasihan, kasih sayang dan peningkatan pengetahuan yang membawa kepada Ananda (Kebahagian). Walaupun cerita Deepavali berbeza dari setiap tempat, namun intipatinya tetap sama iaitu bergembira dalam "Cahaya Dalaman".

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja bernama Raja Naragasura yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Menurut lagenda, Raja Naragasura ibarat sebagai syaitan yang mencetuskan huru-hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum kematiannya, Raja Naragasura meminta semua manusia agar merayai hari kemenangan ini sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan

Pakaian Semasa Perayaan DeepavaliMengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untukkaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki. Di bawah adalah sedikit maklumat tentang pakaian yang dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali … 

Page 5: Sejarah Perayaan Deepavali

Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di dalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak

Page 6: Sejarah Perayaan Deepavali

pula adalah bergantung kepada cita rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya. 

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang

Page 7: Sejarah Perayaan Deepavali

berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali

Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu.

Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebaikan akan mengatasi kejahatan. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar tidak melakukan kejahatan.

Page 8: Sejarah Perayaan Deepavali

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

Pada pagi hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolams” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolams”ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda

Page 9: Sejarah Perayaan Deepavali

selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat “kolams” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia ini seperti semut sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari tertib. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara

Page 10: Sejarah Perayaan Deepavali

penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.

Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam, payasam dan sebag

Page 11: Sejarah Perayaan Deepavali

Hari DeepavaliDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diwali/Deepavali

Nama lain Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta

Cahaya

Diraikan oleh Secara keagamaan oleh penganut

agam Hindu, danJain. Orang India lain

meraikan aspek-aspek budayanya.

Jenis Kegamaan, India

Kepentingan Meraikan kemenangan terhadap kejahatan,

dan penanggalan kegelapan rohani

Tarikh Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan

bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua

hari selepas hari itu

Perayaan Menghiasi rumah dengan pelita, mercun,

mengagihan gula-gula dan hadiah.

Amalan Upacara sembahyang dan keagamaan

(lihat puja, prasad)

Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दि�पा�वली�, Bahasa Tamil: தீபா�வளி�) juga dikenali

sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: ��व�ली�) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut

yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti diMalaysia. Perkataan Deepavali merupakan

gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan

Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan

November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Page 12: Sejarah Perayaan Deepavali

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh

oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari

kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,

peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama

manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan

kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Isi kandungan

[sorokkan]

1 Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar

2 Kepentingan dalam agama Hindu

o 2.1 Cerita berkaitan Deepavali

o 2.2 Kepentingan esoterik

o 2.3 Lima hari Diwali

3 Sambutan Deepavali di Malaysia

4 Rujukan

5 Pautan luar

[sunting]Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali

disambut.

Page 13: Sejarah Perayaan Deepavali

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya

adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh

pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam

setempat. VersiAmanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan

India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan danMaharashtra, keraian enam hari ini

dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja(Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan

baru Kartika. Menurut versiPurnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh

pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan

Oktober atau November.

[sunting]Kepentingan dalam agama Hindu

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan

kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan

setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya

ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah

menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa

komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka

pada hari ini.

[sunting]Cerita berkaitan DeepavaliOrang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:

Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya,

bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan,

disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa

rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh

sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian

selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India

Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru

India Utara yang bergelar Annakut.

Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari

ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang

mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar

Page 14: Sejarah Perayaan Deepavali

Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta

rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa

semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.

Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula

daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh

jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan

kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma

sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini

dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari

terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.

Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja

Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran

untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna

berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah

golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada

pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan

sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk

fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer)

istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung

Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari

hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini

sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang

diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.

Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali dikaitkan

dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala

inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

[sunting]Kepentingan esoterik

Page 15: Sejarah Perayaan Deepavali

Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang lain.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah

"kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan

minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita menyambut kelahiran

jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang

mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan),

menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang

abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat,

dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda

(Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang. Walaupun

cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira

dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari segalanya (Brahman).

[sunting]Lima hari DiwaliSambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali

dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.

1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras : Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke-

13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan

qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap

sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan

besar.[1]

2. Naraka Chaturdashi : Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh, maka

kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas).

Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal sebelum

subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita

kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka

menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu

yang menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi

sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan bermandi

di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya

"Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?".

Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu. Oleh sebab inilah

Page 16: Sejarah Perayaan Deepavali

hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara besar-besaran dan

menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan

disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana

(penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop

Chaturdashi

3. Lakshmi Pujae : Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali,

apabila Lakshmi, dewi kekayaan danGanesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua

rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk

mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.

4. Govardhan Puja : Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra.

Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa

Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu

memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.

5. Bhaiduj  (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk

meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai

Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik

yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini

amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut

kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada subuh.

Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan Lakshmi Puja, disusuli

penyalaan pelita di rumah.

[sunting]Sambutan Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum

persekutuan di seluruh Malaysia.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan

dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan

mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah

yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang

penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang

mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Page 17: Sejarah Perayaan Deepavali

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.

Lebih bermakna lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan.

Ia disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuklah Punjabi, Benggali,

Page 18: Sejarah Perayaan Deepavali

Marathi dan Telegu.

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.

Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan.

Menyentuh mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan termasuk dari segi menyediakan pakaian, kuih-muih dan menghias rumah dilakukan lebih awal terutama seminggu sebelum perayaan.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan yang enak termasuklah hidangan tradisi kaum India.

Kebiasaannya makanan yang dihidangkan lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi dan dalca.

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.

Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana

Page 19: Sejarah Perayaan Deepavali

perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh mereka tetapi juga makhluk kecil lain di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Tidak ketinggalan juga, pada malam itu kalangan kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.

Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Pada pagi perayaan satu perkara wajib yang dilakukan ialah menjalankan upacara mandi dengan minyak bijan.

Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian baru.

Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan adalah upacara yang diwajibkan. Kebaikannya bagaikan mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali. Ini bertujuan menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang seperti hasad dengki dan tamak.

Page 20: Sejarah Perayaan Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India, selain sari, 'lengha' iaitu baju yang dipadankan dengan kain serta 'dupata' sejenis selendang turut menjadi pilihan utama kepada kaum wanita India.

Bagi yang inginkan kelainan, mereka juga gemar memakai Salwar Kamez iaitu baju labuh yang dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula kebanyakan mereka lebih gemar memilih 'kurta' dan 'dhoti' iaitu sejenis pakaian ala Punjabi.

Dengan memakai pakaian dan perhiasan baru, seseorang itu umpama telah memulakan kehidupan yang baru.

Dari segi pemilihan warna, warna-warna yang agak garang seperti merah, biru dan oren lebih digalakkan berbanding pakaian berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.

Tanpa menjamah sedikit pun makanan pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga akan ke kuil untuk menjalankan upacara sembahyang. Ini bertujuan bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Selepas bersembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan 'Prasad' sebelum pulang ke rumah untuk menikmati juadah.

Mengenai juadah tradisional kaum India yang terkenal, selain manisan seperti halwa dan laddu, sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah 'aloogobi' iaitu campuran ubi kentang dan

Page 21: Sejarah Perayaan Deepavali

kobis bunga', 'paneer' campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam selain payasam.

Masyarakat Hindu biasanya menyalakan pelita dihadapan rumah pada hari Deepavali.

Page 22: Sejarah Perayaan Deepavali

Masyarakat Hindu yang menyalakan pelita di hadapan patung dewa Krishna

Page 23: Sejarah Perayaan Deepavali

Kolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang beragama Hindu untuk membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari Deepavali

Makanan Tradisional Kaum India.    TOSAI

Resipi Tosai         Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):

2 cawan beras -rendam 8 jam 1 cawan aluthu - rendam 8 jam 1 kepal nasi sedikit garam minyak masak 1/2 labu bawang besar

Page 24: Sejarah Perayaan Deepavali

                          Cara penyediaan:1. Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.2. Masukkan garam dan kacau rata.3. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik.4. Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata.5. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana.

Page 25: Sejarah Perayaan Deepavali

       Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

  Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Page 26: Sejarah Perayaan Deepavali

IDLI

Resepi Idli (Kuih beras kukus)Bahan-bahan:

300 gm beras

250 gms kacang dal hitam

2 sudu makan nasi

Secubit garam

                                  

Cara penyediaan:

1. Rendam beras dan kacang dal secara berasingan selama 4-5 jam.

Page 27: Sejarah Perayaan Deepavali

2. Kisar beras dan nasi sehingga halus. Kemudian kisar kacang dal sehingga halus secara berasingan.

3. Satukan beras dan kacang berserta garam. Gaul sebati.

4. Tuangkan campuran ke dalam acuan kecil dan kukus sehingga masak anggaran selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari atau acar.

                           

   Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

MURUKU

Page 28: Sejarah Perayaan Deepavali

Resipi Murukku Bahan-bahan:   3 biji telur, dipukul sedikit600 g tepung kacang dal250-300 ml air + 1 camt garam240 g tepung beras2 cawan serbuk cili1 cawan serbuk jintan putih1 1/2 cawan serbuk jintan manis160 g marjerinminyak untuk menggoreng3-4 pelepah daun kari

                         

Page 29: Sejarah Perayaan Deepavali

Cara penyediaan:1.Satukan tepung dal dengan air bergaram. Masukkan telur, uli rata. Campurkan dengan tepung beras, serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. 2.Bubuh marjerin dan uli menjadi doh yang lembut. Masukkan sedikit ke dalam acuan murukku dan picitkan ke atas sehelai daun pisang yg disapu minyak. 3.Anda boleh juga terus memicitnya ke dalam kuali (dengan minyak panas). Goreng hingga separuh masak, campurkan beberapa helai daun kari dan goreng lagi hingga keemasan.4.Angkat dan sejatkan minyaknya. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara. 

Page 30: Sejarah Perayaan Deepavali

                          

  Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.

  Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. 

Page 31: Sejarah Perayaan Deepavali
Page 32: Sejarah Perayaan Deepavali