aktviti kemahiran mendengar dan bertutur

3
AKTVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR. Aktiviti:- Menyanyi dan mendengar lagu kanak-kanak ( Didik hibur ) Standard kandungan: Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran: Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat. Objektif Pembelajaran : Diakhir pembelajaran ini, murid dapat, 1. Murid dapat mengecam dan menyebut abjad melalui aktivti nyanyian dan pertandingan. 2. Murid dapat mengecam dengan menandakan abjad sekurang-kurangnya 5 betul daripada 7 abjad dalam lembaran kerja. Langkah 1. Guru masuk ke kelas dengan membawa gitar. Guru memberitahu hari ini kita akan menyanyi bersama-sama, berhibur sambil belajar. Guru nyanyi sedikit lagu rasa sayang dan minta murid nyanyi bersama. Guru akan memberitahu akan menonton video sambil bernyanyi lagu . Beri tahu tajuk lagu. Tulis tajuk di atas papan putih. ( Kisah Bibi mulut Murai ) Langkah 2.

Upload: won-eyda

Post on 07-Dec-2015

343 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Aktviti Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

AKTVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.

Aktiviti:- Menyanyi dan mendengar lagu kanak-kanak ( Didik hibur )

Standard kandungan: Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran: Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat.

Objektif Pembelajaran : Diakhir pembelajaran ini, murid dapat,

1. Murid dapat mengecam dan menyebut abjad melalui aktivti nyanyian dan pertandingan.

2. Murid dapat mengecam dengan menandakan abjad sekurang-kurangnya 5 betul daripada 7 abjad dalam lembaran kerja.

Langkah 1.

Guru masuk ke kelas dengan membawa gitar.

Guru memberitahu hari ini kita akan menyanyi bersama-sama, berhibur sambil

belajar.

Guru nyanyi sedikit lagu rasa sayang dan minta murid nyanyi bersama.

Guru akan memberitahu akan menonton video sambil bernyanyi lagu . Beri tahu

tajuk lagu. Tulis tajuk di atas papan putih. ( Kisah Bibi mulut Murai )

Langkah 2.

Guru tayangkan video secara keseluruhan yang mempunyai lagu, lirik, muzik dan

animasi. ( guru tayangkan dua kali ). Murid dan guru akan menyanyi bersama.

Guru akan mengajar lagu rangkap demi rangkap menggunakan gitar ( ada lirik di

atas papan putih ataupun dalam slide.

Murid dapat menguasai lagu.

Sekali lagi, tunjukkan video tersebut.

Page 2: Aktviti Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Langkah 3

Guru keluarkan Kad yang mengandungi abjad dalam vokal dan konsonan dalam

video tersebut.

Guru memperkenalkan abjad tersebut tersebut kepada murid.

Guru menerangkan ciri-ciri dan bentuk abjad tersebut.

Guru menunjukkan kad abjad semula dan meminta murid mengecam dan menyebut

semula abjad-abjad tersebut.

Langkah 4

Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

Guru memberikan kad kepada dua kumpulan.

Guru meminta mereka bertanding untuk meneka abjad tersebut.

Setiap kumpulan perlu menjelaskan ciri-ciri abjad tersebut, selepas itu kumpulan

seterusnya akan meneka dimana mereka perlu mengecam dan menyebut abjad

tersebut.

Kumpulan yang meneka paling tepat terbanyak dianggap sebagai pemenang.

Langkah 5

Guru memberikan lembaran kerja.

Guru akan menyebut abjad, dan murid akan menanda abjad tersebut.

Guru memantau aktiviti tersebut.

Langkah 6(Penutup)

Guru menayangkan semula video dan meminta murid menyanyi bersama.