aktiviti 3 (inklusif)2015

6
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENGENALAN Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orangsanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan. Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing-masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

Upload: muhammad-azirul

Post on 02-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENGENALAN

Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajarbersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkanperubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem disekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orangsanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspekakademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan. Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedahpendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalahpenting bagiguru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkanperanan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing-masing bagi mengerakkanpendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

ISU YANG DIFOKUSKAN Daripada hasil aktiviti 1 dan aktiviti 2 , dilihat terdapat beberapa persoalan yang timbul iaitu bagaimana kesediaan sekolah dalam melaksanakan program pendidikan ini secara meluas. Di samping itu, apakah impak nya kepada diri pengkaji sama ada bersedia mengajar murid sebegini khas dan adakah pihak anda yakin mengadakan pendidikan inklusif di bilik darjah dan sekolah anda.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN Apa yang saya lihat dari segi persediaan sekolah dalam melaksanakan pendidikan ini secara meluas menunjukkan perkembangan positif walaupun di peringkat permulaan. Ini kerana, penglibatan semua guru, pentadbir sekolah serta murid murid begitu baik sekali. Malah dalam melaksanakan program ini , guru guru serta pihak pentadbir begitu peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid murid bekeperluan khas . Dari segi kesan kepada diri pengkaji yang menjalankan kajian kes ke atas seorang murid berkeperluan khas ialah rasa bertanggungjawab terhadap pencapaian mereka untuk sebaris dengan murid murid normal. Malah sebagai guru, mereka seharusnya mendapatkan pendidikan sempurna seperti murid biasa. Malah, dilihat dari segi kesungguhan pelajar berkenaan belajar dan bergaul dengan murid biasa menimbulkan rasa perihatin dengan nasib yang mengalami mereka namun mereka mampu berubah dan menjadi berjaya seperti rakan rakan yang lain. Walaupun pada peringkat permulaan menghadapi beberapa masalah antaranya ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama, pihak pentadbiran serta guru yang tidak memahami Program Pendidikan Inklusif dan karenah birokrasi di Hospital namun, program ini dapat dijayakan dengan sempurna.

ANALISISMasalah yang timbul adalah pada peringkat permulaan iaitu ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama.Ibu bapa Jerrynick berasa takut membawa anak mereka ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjutan bagi mengesahkan anak bekerperluan khas. Namun, pihak pentadbir sekolah iaitu Guru Besar sekolah begitu prihatin dan membantu. Pihak sekolah telah menghantar wakil 3 orang guru melawat ke rumah pelajar.Ibu bapa Jerrynick diberikan taklimat dan pendedahan berkenaan program pendidikan khas dan program pendidikan inklusif ini. Hasil daripada perbincangan ini, barulah ibu bapa Jerrynick bersetuju dan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.Masalah yang kedua ialah berkenaan karenah birokrasi pengurusan di Klinik Kesihatan Kudat. Ini kerana, pihak pengurusan klinik bagi pemeriksaan Jerrynick sepatutnya berjalan lancar dan tidak mengambil masa selama 3 bulan. Namun, akibat masalah pengurusan yang lambat bagi mendapat temujanji daripada doktor pakar maka pemeriksaan ini bertangguh dan memakan masa sehingga 3 bulan. Alasan yang diberikan oleh pihak klinik ketiadaan doktor pakar dan kurangnya doktor terlatih untuk mendiagnos kanak kanak berkeperluan khas.

Masalah daripada pihak sekolah pula ialah guru guru yang tidak bersedia untuk mengajar murid murid pendidikan di kelas perdana. Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka . Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut didalam kelas mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai persoalan lagi.Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi.

KAJIAN LAMPAU BERKAITAN ISUKementerian Pendidikan (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak kanak kurang upaya belajar bersama sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990).Selain itu, menurut Mohd Siraj Awang (1996), untuk memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

PENAMBAHBAIKAN Sebagai penambahbaikan, bagi mengatasi masalah kurangnya kefahaman berkenaan program inklusif di sekolah khususnya pihak pentadbir dan guru ialah mewujudkan seminar berkenaan program pendidikan inklusif di sekolah. Oleh itu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah bahagian Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas iaitu Puan Eradah Marael selaku Ketua Unit telahpun membuat seminar di sekolah berkenaan Program Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Inklusif bersama pegawai pegawai daripada Sektor Pengurusan Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Negeri Sabah selama dua hari. Hasilnya, pihak pentadbir dan para guru mula menampakkan kesan positif iaitu mereka menerima dan memahami konsep Program Pendidikan Inklusif di sekolah. Malah, pihak pentadbir khususnya Guru Besar begitu peka dan prihatin terhadap isu ini dan dapat dilaksanakan dengan jayannya di sekolah.Berkenaan masalah birokrasi di Klinik pula, pihak sekolah khususnya guru yang terlibat perlu mengisi beberapa dokumen penting pemeriksaan bersama doktor pakar terlebih dahulu serta menyiapkan beberapa dokumen peribadi murid seperti sijil lahir, surat kebenaran ibu bapa, butir butir peribadi ibu bapa dan penjaga. Ini bagi memudahkan prosedur pemeriksaan dan pesakit tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan rawatan.

KESIMPULANDaripada kajian ini, didapati pihak sekolah telah bersedia meluaskan Program Pendidikan Inklusif di sekolah. Selain itu, pihak pentadbir dan pihak sekolah memahami konsep Program Pendidikan Inklusif ini dengan jayanya. Diharap dengan adanya Program Pendidikan Inklusif ini murid murid bekerperluan khas mempunyai peluang untuk menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.