aktiviti 1-interaksi 5put

9
Aktiviti 1 Reka bentuk ASSURE : Media pengajaran yang digunakan ; 1. Berasaskan komputer dengan menggunakan aplikasi Office Microsoft word dan power point. 2. Menaip perkataan yang melibatkan suku kata kv + kv dengan menggunakan Microsoft Word. 3. Menyalin perkataan dari Microsoft Word ke Microsoft power point dan menyunting perkataan dalam bentuk persembahan yang menarik. 4. Pengajaran lisan. 5. Komputer. RANCANGAN PENGAJARAN MODEL ASSURE Nama Guru : PUTRI ISMA IDA BINTI ISMAIL Tarikh : 17 April 2013 Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi Tahun : 4 Fikir Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( Pemulihan ) Tajuk : Perkataan kv + kv Analyze Learner / Menganalisis murid a) Ciri – ciri umum murid : 1. 6 orang murid. 2. 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Upload: putri-ismaida-zainur-azizi

Post on 23-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

oll

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti 1-Interaksi 5PUT

Aktiviti 1

Reka bentuk ASSURE :

Media pengajaran yang digunakan ;

1. Berasaskan komputer dengan menggunakan aplikasi Office Microsoft word dan power point.

2. Menaip perkataan yang melibatkan suku kata kv + kv dengan menggunakan Microsoft Word.

3. Menyalin perkataan dari Microsoft Word ke Microsoft power point dan menyunting perkataan dalam bentuk persembahan yang menarik.

4. Pengajaran lisan.5. Komputer.

RANCANGAN PENGAJARAN MODEL ASSURE

Nama Guru : PUTRI ISMA IDA BINTI ISMAIL

Tarikh : 17 April 2013

Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi

Tahun : 4 Fikir

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( Pemulihan )

Tajuk : Perkataan kv + kv

Analyze Learner / Menganalisis murid

a) Ciri – ciri umum murid :1. 6 orang murid.2. 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan.3. Berumur 10 tahun.4. Kelas / tahap : lemah.5. Berbakat dalam kemahiran suku kata kv.6. Sikap murid : aktif.7. Latar belakang murid : murid-murid dari latar belakang sederhana dan

miskin.

Page 2: Aktiviti 1-Interaksi 5PUT

b) Pengetahuan sedia ada murid : murid-murid telah menguasai kemahiran suku kata kv.

c) Gaya Pembelajaran murid : 33.33% murid adalah jenis visual.33.33% murid adalah jenis auditori33.33% murid adalah jenis kinestatik.

State objective / menyatakan objective :

Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

1. Menaip sekurang-kurangnya 5 daripada 6 perkataan kvkv dengan menggunakan

aplikasi Microsoft word dengan betul.

2. Menyalin perkataan yang telah ditaip dalam MS Word ke dalam aplikasi Power

Point.

3. Membuat persembahan dalam power point.

Select media, materials and method / memilih media, bahan dan kaedah.

Guru memilih strategi berpusatkan murid iaitu murid menaip perkataan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word dan Microsoft Power Point. Kaedah ini membolehkan murid merasai pembelajaran bermakna dengan menggunakan elemen TMK bagi mencapai objektif pembelajaran dengan bimbingan guru.

Pemilihan media / bahan yang digunakan.

1. Set induksi ( 10 minit ) ialah memperkenalkan peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci, skrin desktop, CPU, speaker dan sebagainya di skrin hadapan. Guru akan meminta murid meneka tentang nama peralatan yang telah diterangkan tadi. Kaedah ini membolehkan murid mengingati semula dan menghubungkait isi pelajaran tadi.

2. Langkah 1 ( 20 minit ) ialah guru menunjukkan cara membuka aplikasi Microsoft Word. Ia dimulakan dengan meminta murid menekan butang start sambil guru menunjukkan di skrin hadapan. Guru memastikan semua murid telah menekan butang start sebelum ke langkah seterusnya. Kemudian, guru menunjukkan cara menggunakan aplikasi Microsoft Word dengan memilih jenis dan saiz perkataan terlebih dahulu.

3. Langkah 2 ( 15 minit ) ialah aktiviti menaip perkataan kv + kv. Murid akan menaip perkataan-perkataan yang disebut oleh guru dan guru membuat penilaian serta membimbing murid mengeja dengan betul.

4. Langkah 3 ( 10 minit ) Guru menunjukkan cara menyunting perkataan dari MS Word ke dalam power point. Murid dibimbing cara memilih reka bentuk dan animasi untuk persembahan slaid show.

Page 3: Aktiviti 1-Interaksi 5PUT

5. Penutup ( 5 minit ) ialah aktiviti penutup di mana guru mengadakan sesi soal jawab secara lisan bersama murid tentang aplikasi yang telah digunakan. Kaedah ini dapat melatih daya ingatan murid dalam bentuk penilaian. Sekiranya murid hanya mendengar dan melihat sahaja, mereka hanya dapat kurang dari 90% dari pemahaman sebenar. Tetapi sekiranya murid dapat mengingat semula apa yang telah dipelajari, mereka dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih baik.

Utilize media, materials and methods / penggunaan media, bahan dan kaedah.

Kriteria dalam pemilihan langkah, media dan bahan sumber merupakan aspek penting namun penggunaan media dan bahan sumber tersebut adalah yang terpenting demi memastikan P&P berjalan lancar dan mencapai objektif pembelajaran.

Mengkaji bahan sumber sebelum digunakan.

1. Komputer-komputer yang hendak digunakan oleh murid-murid hendaklah diperiksa dahulu sama ada ia berfungsi dengan baik atau tidak supaya proses pengajaran pada hari tersebut tidak tergendala dan berjalan lancar.

2. Penggunaan 1 komputer 1 murid sebagai bahan maujud yang boleh mereka rasai, sentuh dan lihat secara langsung. Ini membolehkan pembelajaran bermakna dapat dirasai oleh murid.

3. Soalan yang diberikan juga perlu dikaji sebelum dikemukakan dalam proses P&P. Soalan haruslah meliputi tajuk yang telah dikuasai oleh murid.

Penyediaan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

1. Penyediaan semua bahan untuk sesi P&P pada hari tersebut perlu disediakan lebih awal lagi bagi memastikan bahan yang diperlukan adalah cukup dan dapat mencapai objektif pelajaran pada hari tersebut.

2. Sebagai contoh, komputer-komputer dan LCD yang diperlukan untuk tayangan haruslah sentiasa berfungsi dengan baik, perisian Microsoft Word dan power point berada dalam keadaan baik serta dapat mencapai objektif pembelajaran.

Penyediaan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.

1. Penyusunan dan penyediaan komputer dan tempat duduk murid haruslah teratur dan tersusun supaya mudah digunakan dan selamat.

2. Sebagai contoh, tayangan perlulah jelas di bahagian hadapan kelas supaya semua murid dapat melihat tayangan Microsoft Word dan power point tersebut.

3. Komputer yang digunakan juga perlulah cukup untuk semua murid.

Menyediakan murid untuk mendapat manfaat daripada sumber.

Page 4: Aktiviti 1-Interaksi 5PUT

1. Aktiviti penggunaan komputer dapat mendedahkan murid dengan aplikasi teknologi terkini. Murid dapat menggunakan dalam kehidupan seharian dengan yakin.

2. Aktiviti merasai papan kekunci dan menaip dapat mengukuhkan kefahaman murid. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan murid antara satu sama lain serta memupuk nilai sosial seperti toleransi dan kerjasama di kalangan murid.

3. P&P yang tersusun mengikut langkah demi langkah dan pemilihan media yang bersesuaian dapat membuka minda dan menarik minat belajar murid.

Menyediakan pengalaman pembelajaran bagi murid.

1. Pemilihan media dalam set induksi dan langkah 1 iaitu penerangan yang dapat menjana idea murid merupakan salah satu teknik penyampaian maklumat yang berkesan. Ia dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid serta memberi kefahaman yang berkesan.

2. Aktiviti inkuiri penemuan yang berpusatkan murid dapat memberi peluang kepada murid untuk merasai komputer sebenar serta memperkembangkan lagi tahap pemikiran mereka.

3. Murid diberi sesi soal jawab di akhir pengajaran sebagai pengukuhan dan penutup sesi P&P pada hari tersebut.

Require Learner Participation / Libatkan murid

Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan serta-merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner).

Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk memberi peluang murid membuat aktiviti inkuiri penemuan dengan merasai sendiri bahan bantu mengajar yang digunakan. Murid dapat merasai tetikus, papan kekunci dan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Murid juga diberi peluang untuk berbincang sesama mereka. Selain itu, murid yang telah memberi jawapan yang betul dengan menaip dengan betul diberi peneguhan positif. Di akhir pembelajaran, murid diberi soalan secara lisan untuk menguji tahap pencapaian mereka dalam aplikasi TMK.

Evaluate & revise / menilai dan menyemak.

Prestasi murid.

Guru dapat menilai prestasi murid melalui kaedah soalan dan semasa sesi murid menaip jawapan. Sewaktu menjalankan aktiviti, murid dapat menunjukkan sikap dan nilai yang positif seperti bertoleransi, memberi tumpuan dan berdisiplin. Guru menilai pencapaian murid berdasarkan reka bentuk persembahan power point yang dihasilkan.

Page 5: Aktiviti 1-Interaksi 5PUT

Kelebihan media.

- Adakah penggunaan paparan skrin di hadapan kelas membantu dalam memberi gambaran jelas mengenai topik yang diajar?

- Adakah aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dalam kelas?

Gaya pembelajaran guru

- Adakah proses P&P berjalan dengan baik?- Adakah ia dirancang dengan baik?- Adakah murid memberi tindak balas semasa proses pembelajaran?- Adakah objektif pembelajaran dapat dicapai?

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

1. Set induksi ( 10 minit ) ialah memperkenalkan peralatan komputer seperti

tetikus, papan kekunci, skrin desktop, CPU, speaker dan sebagainya di skrin

hadapan. Guru akan meminta murid meneka tentang nama peralatan yang

telah diterangkan tadi. Kaedah ini membolehkan murid mengingati semula

dan menghubungkait isi pelajaran tadi.

2. Langkah 1 ( 20 minit ) ialah guru menunjukkan cara membuka aplikasi

Microsoft Word. Ia dimulakan dengan meminta murid menekan butang start

sambil guru menunjukkan di skrin hadapan. Guru memastikan semua murid

telah menekan butang start sebelum ke langkah seterusnya. Kemudian, guru

menunjukkan cara menggunakan aplikasi Microsoft Word dengan memilih

jenis dan saiz perkataan terlebih dahulu.

3. Langkah 2 ( 15 minit ) ialah aktiviti menaip perkataan kv + kv. Murid akan

menaip perkataan-perkataan yang disebut oleh guru dan guru membuat

Page 6: Aktiviti 1-Interaksi 5PUT

penilaian serta membimbing murid mengeja dengan betul. Guru menunjukkan

cara menyalin perkataan dari Microsoft word ke dalam power point.

4. Langkah 3 ( 10 minit ) aktiviti menyunting reka bentuk dan animasi di dalam

power point sebagai persembahan menarik.

5. Penutup ( 5 minit ) ialah aktiviti penutup di mana guru mengadakan sesi soal

jawab secara lisan bersama murid tentang aplikasi yang telah digunakan.

Kaedah ini dapat melatih daya ingatan murid dalam bentuk penilaian.

Sekiranya murid hanya mendengar dan melihat sahaja, mereka hanya dapat

kurang dari 90% dari pemahaman sebenar. Tetapi sekiranya murid dapat

mengingat semula apa yang telah dipelajari, mereka dapat mencapai objektif

pembelajaran dengan lebih baik.