aktiviti interaksi 01_jan2015

46
PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3073E PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL AKTIVITI INTERAKSI 01: Pengenalan Teori Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Upload: astroria2

Post on 12-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Aktiviti Interaksi 01_jan2015

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PSV3073EPEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

AKTIVITI INTERAKSI 01:

Pengenalan Teori Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Seni Visual

Page 2: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

AKTIVITI KUMPULAN - AMALIAKTIVITI KUMPULAN - AMALI

Tugasan:Hasilkan satu rumusan Teori Pembelajaran

P&P yang dipilih dengan aktiviti kegiatan Pendidikan Seni Visual.

Pembentangan tugasan ini menggunakan MS PowerPoint.

* Sila gunakan slide ini sebagai rujukan kepada Teori Pembelajaran P&P PSV untuk melaksanakan tugasan anda.

Page 3: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

Coopes (1988)Guru yang berkesan ialah:

MENGUASAIIlmu pengetahuan, pedagogi, &

ilmu psikologi manusia

MENUNJUKKANSikap jujur yang dapat menggalakkan

pembelajaran & interaksi positif

MENGGUNAKANStrategi, kaedah & teknik mengajar Strategi, kaedah & teknik mengajar

yang membolehkan pelajaryang membolehkan pelajarmenjalankan aktiviti pembelajaran menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah &teknik mereka dengan kaedah &teknik

yang betulyang betul

MEMPUNYAIIlmu pengetahuan & kepakaran dalam

mata pelajaran yang diajarnya.

Page 4: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

Lee Shulman (1987)

• Dapat mengajar mata pelajaran akademik dengan baik.

• Dapat mengaplikasikan strategi pengajaran kepada semua mata pelajaran termasuklah pengurusan bilik darjah yang baik dan kaedah mengajar yang berkesan.

• Bahan-bahan kurikulum dan perancangan yang bersesuaian dengan mata pelajaran dan tahap pelajar.

• Kaedah pengajaran mata pelajaran yang khusus bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.

• Memahami ciri-ciri dan latar belakang pelajar.

• Tempat & suasana pelajar

• Tahu matlamat, objektif & tujuan mengajar

Guru-guru yang berjaya & profesional perlu Mengetahui beberapa perkara:

Page 5: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958)

J.B.WATSON (1878 - 1958)

Pengasas aliran ini di Amerika Utara.

Terkenal dengan Teori Pelaziman Klasik.

Kajian dilakukan ke atas seorang kanak-kanak, Albert & seekor tikus putih.

“ Psychology as the Behaviorist Views It” merupakan artikel beliau yang diterbitkan pada 1913. Beliau berpendapat psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku yang nyata.

Page 6: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

IVAN PAVLOV1849-1936

THORNDIKE 1874 – 1949

B. F. SKINNER 1904 – 1990

CORDELL HULL(1871-1955 )

• Dikenali juga sebagai aliran:-Associationism( mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau antara dua idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran)

Page 7: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

KAJIAN DALAM ALIRAN BEHAVIORISME

Hasil kajian

• Diaplikasikan kepada Pembelajaran & tingkah laku manusia

• mengfokus kepada tingkah laku manusia dan menolak aspek kerohanian.

Page 8: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958)

Dipengaruhi oleh:ALIRAN LOGIK POSITIF(LOGICAL POSITIVISM)

Mereka berpendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan

perlu disahkan melalui:

Cara yang empirikal Pemerhatian yang sistematik

KONSEP KRITIKALYANG DIKEMUKAKAN KE DALAM ILMU PSIKOLOGI IALAH:

DEFINISI OPERASIONAL( OPERATIONAL DEFINITION)

Page 9: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958)

DEFINISI OPERASIONAL

KONSEP SAINTIFIK

PROSES PENGUKURAN KEPADA SESUATU YANG DIKAJI

CONTOH: LAPAR(didefinisikan sebagai sesuatu yang

dialami oleh manusia atau haiwan setelah tidak makan pada masa yang sepatutnya mereka makan.

Definisi ini tidak dapat diterima oleh aliran logik positif kerana untuk mengesahkan situasi ini perlu ada

satu cara pengukuran yang tepat.

Page 10: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958)

Ahli psikologi behaviorismeMenegaskan

TUJUAN ILMU PSIKOLOGImenghurai

menerang

meramal

Mengawal tingkah laku

Page 11: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

IMPLIKASI ALIRANBEHAVIORISME TERHADAP PENDIDIKAN

Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya.

• Dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seseorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran.

• Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran.

• Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki dengan menekankan latih tubi.

• Guru menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid.

Gardner, 2000

Page 12: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN HUMANISTIK (1908 - 1987 )

PENGASAS

CARL ROGERS(1902-1987)

ABRAHAM MASLOW 1908-1970

Page 13: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN HUMANISTIK ( 1908 - 1987 )

Fokus kepada 3 perkara

Cara berfikir Cara pengamatan Interpretasi

Tentang sesuatu peristiwa atau

kejadian

Page 14: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

Seseorang individu bertanggungjawab terhadap tindakannya.

CONTOHNYA:Kalau seseorang ingin cemerlang dalam hidupnya,

dia hendaklah berusaha untuk mencapai matlamatnya hidupnya.

Kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungannya untuk berkembang serta

mencapai pemenuhan kendiri (self-actualisation).

Ini bermakna, walaupun terdapat halangan, setiap individu mempunyai keperluan untuk

mengembangkan potensinya dan mencapai pemenuhan kendiri ke tahap yang maksimum.

KONSEP PEMENUHAN KENDIRI INI DIPELOPORI OLEH MASLOW

Page 15: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

IMPLIKASI ALIRAN HUMANISTIK TERHADAP PENDIDIKAN

Kelas pemulihan khasbagi mengatasi Keciciran

murid

Adanya kelas tambahanatau kelas intensifkelolaan/anjuranpihak sekolah

Skim Baucer TuisyenKumpulan Wang Amanah

Pelajar Miskin(KWAMP)

Page 16: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN KOGNITIVISME ( 1880 )

Motivasi

Kem.belajar

KBKK

metakognisi

Kognisi

Persepsi & penanggapan

Pemikiranmanusia

DLL

KAJIAN

Page 17: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

Max Wertheimer 1880 - 1943

Wolfgang Kohler1887 - 1967

Kurt Koffka 1886-1941

AHLI-AHLI PSIKOLOGI KOGNITIVISME

Ahli-ahli Psikologi Gestalt

Jean Piaget( 1896 - 1980)

Lev Semenovich Vygotsky

( 1896 – 1934)

Jerome S. Bruner (1915- ) David Ausubel

(1918 -)

Robert Mills Gagné

(1916 – 2002)

Page 18: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN KOGNITIVISME ( 1880 )

• satu pandangan tentang cara manusia belajar.

• Penggerak utama aliran ini ialah Jean Piaget.

• Idea utama aliran ini adalah perwakilan mental yang dikenali sebagai skema.

• Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia.

• Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak maklumat itu ditolak atau skema diubah suai.

Page 19: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

IMPLIKASI ALIRAN KOGNITIVISME

TERHADAP PENDIDIKAN

KBSR/KSSRUNIVERSITI/

KOLEJ KOMUNITI/PUSAT GIAT MARA

SEKOLAH TEKNIK & VOKASIONAL

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA

KBKK / KBAT

Page 20: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

ALIRAN KONSTRUKTIVISME ( 1925 )

• Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu konstuktivisme (faham bina)

• Di asaskan oleh tokoh-tokoh seperti Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confey, Seymour Peppert

• Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses P& P

• Mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari.

• Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan sedia ada.

• Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan guru.

• Sangat digemari sebagai kaedah mengajar mata pelajaran matematik dan subjek-subjek sains.

Page 21: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

IMPLIKASI ALIRAN KONSTRUKTIVISME

TERHADAP PENDIDIKAN

P & P berpusatkan murid

Pengetahuan yang diperolehi murid adalah

Hasil drpAktiviti pemb. aktif

Guru sebagai fasilitator

Guru sebagai pereka bentuk bahan P&P

Guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia

ada murid sebelum merancang P & P

Page 22: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATAN PSIKOLOGI

Pendekatan Behaviorisme

Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan Biologi

Pendekatan Humanistik

Pendekatan Kognitivisme

Page 23: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATAN PSIKOLOGIPENDEKATAN PSIKOLOGI

PENDEKATAN BEHAVIORISME

• Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental ( sedar dan tidak sedar) sebaliknya memberi penekanan kepada tingkah laku yang diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.

• Menurut Watson, tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman.

• Pembelajaran sangat berkaitan dengan perubahan tingkah laku.

Page 24: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATAN BEHAVIORISME

Menekankan idea bahawatingkah laku dan proses

mental adalah hasildaripada pembelajaran.

Bernstein et al., 1994

Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau R-G.

Tingkah laku ialah satu sirigerak balas yang berlaku

dengan wujudnyarangsangan.

Page 25: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

• Dikaitkan dengan konsep pelaziman klasik

IVAN PAVLOV1849-1936

• Beliau menjalankan eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur)

Page 26: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

E.L.THORNDIKE 1874 – 1949

• Terkenal dengan Teori Pelaziman Cuba Jaya (Teori of Trial and Error Conditioning)

• Prinsip asas pembelajaran adalah pengaruh ganjaran dan denda.(Organisme akan membuat sesuatu yang membawa keseronokan sebaliknya organisme berkenaan akan mengelak drp melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri).

• Konsep ini dinyatakan sebagai:--pembelajaran instrumental

atau-pembelajaran operan

Page 27: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

B. F. SKINNER 1904 – 1990

- Kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan oleh E.L.Thorndike.

- Terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur pengaruh ganjaran dan denda .

- Beliau menjalankan eksperimen ke atas tikus dan burung merpati.

- Dalam eksperimennya yang terkawal, beliau telah dapat mengukur proses pembelajaran dengan cara menukar frenkuensi ganjaran dan denda.

Page 28: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATAN PSIKOANALITIK

*Berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar, yang kita sendiri tidak sedar.

*Tingkah laku kita adalah berdasarkan konflik dalaman, dorongan (impulse), kemahuan atau motif-motif yang tidak disedari.

*Mengandaikan semua tingkah laku, normal & abnormal adalah hasil daripada interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran yang memberi kesan ke atas perubahan tingkah laku dengan mempengaruhi proses tidak sedar dan juga proses sedar psikologi.

Page 29: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATAN PSIKOANALITIK

• Pelopor ahli teori psikoanalitik (psikodinamika) yang paling terkemuka di dunia.

• Beliau percaya setiap entiti ini bertanggung jawab bagi satu set operasi psikologi.

• Memperkenalkan teori struktur personaliti.

• Ahli teori ini menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada psikologi individu.

SIGMUND FREUD(1856 – 1936)

Page 30: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

TEORI STRUKTUR

PERSONALITI(STRUKTUR PSIKIK)

id ego superego

Page 31: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

Teori Struktur Personaliti

ID

Sumber dorongandan

nafsu yangdiwarisi

Primitif Mementingkan diri sendiri

Tiada pengaruh dunia realiti

(pengaruh tamadun)

• Id dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi, apabila dorongan dan kemahuan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi.

• Ia dilihat sebagai elemen psikik yang pertama mempengaruhi tingkah laku.

Page 32: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

EGO

Bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran.

Ego secara perlahan-lahan

mengambil tanggung jawab menjadikan

dorongan primitif id lebih mengikut pada kehendak moral dan piawaian etika

masyarakat.

Prinsip realiti mengiktiraf permintaan

atau kehendak masyarakat yang realistik.

Operasi ego berpandukan kepada prinsip realiti,

bukan pada prinsip keseronokan yang mempengaruhi id.

Page 33: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

SuperegoBila kanak-kanak bertambah besar, peranan ego semakin

bertambah. Ia mesti berurusan dengan superego yang

merupakan sumber awal suara hati ( conscience), iaitu kebolehan

untuk membezakan yang baik daripada yang buruk.

Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang

digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterpretasi jangkaan

masyarakat.Ibu bapa berperanan sebagai conscience sehinggalah

kanak-kanak secara evolusi membina set piawai dalamannya

Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapanya secara melampau, dia akan

bersifat kritis, menghukum, dan mendenda, permintaan ini boleh menjadi

keterlaluan(excessive). Dalam kes ini superego menjadi tidak fleksibel atau

ketat. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menikmati keseronokan

normal pada zamannya.

Apabila kanak-kanak yang mempunyai superego punitif meninkat

remaja, mereka berkemungkinan menghadapi masalah dalam

memenuhi permintaan superego.Freud percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang

bersama dgn kehendak superego yang melampau.

Page 34: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATAN PSIKOANALITIK

Mengikut Pendekatan Psikoanalitik;

• Id, ego dan superego biasanya mempunyai matlamat & kaedah yang berbeza.

• Jika id dan superego menjadi cukup kuat untuk menguasai ego, biasanya hal ini akan akan berakhir dengan konflik dalaman dalam diri individu tersebut.

• Sekiranya konflik antara tiga komponen struktur psikik ini tidak selesai mungkin akan membawa kepada kecelaruan mental.

Page 35: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATANPSIKOANALITIK ABNORMALITI

• Peristiwa yang dialami semasa kecil mempunyai kesan apabila individu tersebut berada di alam dewasa.

• Freud percaya kanak-kanak membesar dengan melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat-peringkat yang sudah ditetapkan.

• Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang membekalkan kepuasan dorongan seksual.

• Kanak-kanak yang melalui tahap anal, oral, latensi dan genital dengan cara yang memuaskan akan menjadi orang dewasa yang normal.

• Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang tahap, maka akan terdapat fixation yang mempengaruhi sifat individu pada kehidupan dewasa.

• Contohnya: seseorang yang makan terlalu banyak di tahap oral mungkin akan mempunyai fixation di tahap ini dan mungkin menjadi orang yang gemuk atau penagh dadah bila dewasa.

Page 36: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

Kesimpulannya:

Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar dalam membantu kita

memahami perkembangan personaliti manusia.Pendapat tentang pengaruh id,

ego dan superego dari zaman kanak-kanak bagi perkembangan

personaliti seseorang telah merangsangbanyak penyelidikan.Pendapat ini juga

berpengaruh dalam disiplin-disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.

Page 37: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

Pendekatan Kognitivisme

• Pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti KBKK, kemahiran belajar, motivasi, dll.

• Ahli psikologi kognitif percaya bahawa peristiwa-peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti dikaji, jika keseluruhan tingkah laku ingin difahami.

• Berbeza dengan pendekatan psikoanalisis yang mengfokus kepada pemikiran tidak sedar, pendekatan behaviorisme yang mengfokus kepada faktor persekitaran dan tingkah laku.

Page 38: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATAN HUMANISTIK

CARL ROGERS(1902-1987)

ABRAHAM MASLOW 1908-1970

GORDON ALLPORT(1897-1967)

ROLLO MAY(1909-1994)

• Pendekatan ini berpendapat bahawa manusia adalah individu yang bebas dan baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai sasaran untuk dicapai.

• Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak melakukan sesuatu kemahuan atau keperluan.

• Mengikut pendekatan ini,manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain.

TOKOH-TOKOH

Page 39: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

• Dikemukakan oleh Abraham Maslow (1970).

• Andaian dalam teori ini bahawa manusia tidak pernah puas dengan apa yang dicapai.

FISIOLOGI: MAKANAN & MINUMAN (KEPERLUAN ASAS)

KESELAMATAN: TEMPAT TINGGAL(KEPERLUAN SEKUNDER)

KASIH SAYANG: KELUARGA & KAWAN( KEPERLUAN SEKUNDER)

PENGHARGAAN KENDIRI : DIHORMATI (KEPERLUAN SEKUNDER)

PENYEMPURNAAN KENDIRI

(KEPERLUAN PENYUBURAN)

Page 40: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENDEKATAN BIOLOGI

Pendekatan BiomedikModel Penyakit

(Model Perubatan)

Mengikut sudut pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang

mempunyai kesan ke atas otak.

Mengandaikan bahawa manusia adalah sistem fizikal & mesti difahami dari sudut fizikalnya.

Keadaan fisiologiSifat-sifat sistem

saraf individu

Page 41: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

EDWARD HITZIG (1893–1927) & GUSTAV FRITSCH (1839-1907)

AHLI FISIOLOGI JERMAN

• Memasukkan dua batang dawai ke dalam permukaan kortikal otak anjing.

Melalui eksperimen, mereka mendapati bahawa struktur otak adalah tempat asal-usul urat saraf, berkait rapat dengan tingkah laku manusia.

Dengan kata lain,otak boleh memberi tindak balas bila rangsangan elektrik diberikan secara langsung dan ini boleh memberi kesan ke atas tingkah laku individu.

FOKUS : PERANAN SISTEM SARAF PUSAT YANG MENGAWALSETIAP PEMIKIRAN & PERGERAKAN MANUSIA.

Page 42: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

KONSEP ASAS: Psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku individu dan kumpulan individu secara saintifik. Manakala

pendidikan pula merupakan proses untuk mengembangkan potensi individu dalam bidang tertentu.

Psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia. Pendidikan pula ialah profesion yang mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran Pembelajaran untuk digunakan di sekolah.

Banks dan Thompson (1995)

Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang mengfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuanempirikal mengenai pengajaran & pembelajaran dalam bilik darjah.

Borich dan Tombari (1997)

Page 43: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi pendidikan sebagai “applying the methods of psychology to study the process of education”.

Clifford, 1984 (dalam Hensen & Eller, 1999)

Psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dalam situasi bilik darjah.

Grinder (1981)

Kesimpulannya:

psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru-guru untuktujuan memahami tingkah laku pelajar-pelajar danmemudahkanproses pengajaran dan pembelajaran.

Page 44: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Memahami tingkah laku pelajar dalam proses P&P

Meramal tingkah laku gantian yang mungkin

berlaku & mengawalnya.

Memperihalkan (describe)

Menerangkan(explain)

Mengawal(control)

Meramalkan(predict)

Abd.Majid Mohd Isa &

Rahil Mahyuddin

(1997)

Merancang aktiviti & Bimbingan utk membentukTingkah laku yang diingini.

Page 45: Aktiviti Interaksi 01_jan2015

KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

Beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan:

• Membolehkan guru memahami mengapa pelajar cenderung untuk melakukan sesuatu tingkah laku dan membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.

• Membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya.

• Guru juga dapat meramal tingkah laku pelajar, apa yang disukai dan apa yang tidak disenangi pada peringkat umur tertentu.

• Dapat membantu guru merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasi pelajar supaya rajin belajar.

• Guru juga dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial, dan emosi dan merancang P & P sesuai dengan tahap perkembangan pelajarnya.

• Guru dapat membina soal selidik yang mudah dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah dan seterusnya dapat merancang program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.

• Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah. Data & maklumat yang diperolehi dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar dan meningkatkan kualiti P&P.

• Membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Oleh itu, dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

Page 46: Aktiviti Interaksi 01_jan2015