agen pedagogi dalam e-pembelajaran: … (goh et al., 2006) didapati bahawa agen pedagogi memberi...

6
298 1st International Malaysian Educational Technology Convention AGEN PEDAGOGI DALAM E-PEMBELAJARAN: INTONASI BERBEZA DAN HUBUNGANNYA TERHADAP PEMBELAJARAN Nabila Akbal Noorul Kamar, 1 Farah Mohamad Zain, 2 Foo Kok Keong, 3 Saidatul Maizura Sahimi, 4 Santi Jafar, 5 Yon Rafizah Hanim Samsudin, 6 Hanafi Atan, 7 Omar Majid, 8 Zuraidah Abd. Rahman Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang [email protected] ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan intonasi berbeza agen pedagogi dan hubungannya terhadap pencapaian dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Fizik dengan tahap kobolehan yang berbeza dalam e-pembelajaran. Teori intonasi berasaskan Teori Fujisaki (Marko & Kimmo, 2004) dibincangkan khusus untuk hubungan dengan pembelajaran. Hubungan intonasi terhadap kebolehan pelajar yang berbeza juga diketengahkan dan dibincangkan dengan menggunakan Teori Guttman. PENGENALAN Kemajuan dan pertumbuhan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) seiring dengan perubahan dalam masyarakat yang membina paradigma baru yang memberi kesan yang sangat hebat bagaimana pendidikan dipimpin. Diaturkan demikian dengan pembangunan ICT semasa, kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia pada semua peringkat, dari sekolah rendah kepada pendidikan pengajian tinggi juga menggunakan ICT untuk menghantar kandungan kursus. Ini dibuktikan pembahagian Inisiatif Sekolah Pintar dan penekanan penggunaan ICT terutamanya sistem e- pembelajaran di sekolah. Pada peringkat pengajian tinggi, kebanyakan institusi pengajian tinggi menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) untuk mendapatkan faedah dari sumber atas talian dan alat-alat usaha sama LMS untuk melengkapkan penyampaian kursus bersemuka. Cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pendidik-pendidik dalam sistem e-pembelajaran adalah keperluan pendidik untuk untuk turut serta dalam usaha sama atas talian untuk membimbing pelajar dalam proses pembelajaran dan juga mengajar mereka menerusi bahan-bahan pembelajaran. Cabaran-cabaran adalah sangat hebat jika kursus tersebut melibatkan bilangan pelajar yang ramai seperti kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi pengajian terbuka dan jarak jauh. Pada masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah pun mengalami satu perubahan yang pesat dan tidak lagi berlaku di dalam bilik darjah, malah telah pun berkembang kepada pengajaran secara atas talian atau secara virtual. Teks dan rujukan kini bukan sumber pembelajaran utama dan yang menjadi segala sumber pengajaran dan pembelajaran telah mula disalurkan menerusi talian yang berasaskan kemudahan Internet. Lantas bermulalah satu era pembelajaran baru yang dinamakan era pembelajaran elektronik atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran. E-pembelajaran adalah merupakan satu kaedah pembelajaran secara atas talian yang kian popular di Malaysia dan sering digunakan oleh para pelajar tidak kira di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Banyak institusi pengajian tinggi yang menggunakan kaedah ini seperti di USM, UKM dan sebagainya. E-pembelajaran merupakan satu kaedah pembelajaran yang baru yang seiring dengan perubahan teknologi terkini yang menggalakkan para pelajar menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat yang seiring diuar-uarkan di negara kita. Secara amnya, e-pembelajaran merupakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio- video, interaktif tv fan CD-rom adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran. Sumber elektronik ini boleh dimuat naik dan dimuat turunkan

Upload: hakhanh

Post on 25-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: AGEN PEDAGOGI DALAM E-PEMBELAJARAN: … (Goh et al., 2006) didapati bahawa agen pedagogi memberi kesan positif terhadap pencapaian topik GSTM. INTONASI AGEN PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN

298 1st International Malaysian Educational Technology Convention

AGEN PEDAGOGI DALAM E-PEMBELAJARAN: INTONASI BERBEZA DAN HUBUNGANNYA TERHADAP PEMBELAJARAN

Nabila Akbal Noorul Kamar, 1Farah Mohamad Zain, 2Foo Kok Keong, 3Saidatul Maizura

Sahimi, 4Santi Jafar, 5Yon Rafizah Hanim Samsudin, 6Hanafi Atan, 7Omar Majid, 8Zuraidah Abd. Rahman

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang [email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan intonasi berbeza agen pedagogi dan hubungannya terhadap pencapaian dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Fizik dengan tahap kobolehan yang berbeza dalam e-pembelajaran. Teori intonasi berasaskan Teori Fujisaki (Marko & Kimmo, 2004) dibincangkan khusus untuk hubungan dengan pembelajaran. Hubungan intonasi terhadap kebolehan pelajar yang berbeza juga diketengahkan dan dibincangkan dengan menggunakan Teori Guttman. PENGENALAN Kemajuan dan pertumbuhan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) seiring dengan perubahan dalam masyarakat yang membina paradigma baru yang memberi kesan yang sangat hebat bagaimana pendidikan dipimpin. Diaturkan demikian dengan pembangunan ICT semasa, kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia pada semua peringkat, dari sekolah rendah kepada pendidikan pengajian tinggi juga menggunakan ICT untuk menghantar kandungan kursus. Ini dibuktikan pembahagian Inisiatif Sekolah Pintar dan penekanan penggunaan ICT terutamanya sistem e-pembelajaran di sekolah. Pada peringkat pengajian tinggi, kebanyakan institusi pengajian tinggi menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) untuk mendapatkan faedah dari sumber atas talian dan alat-alat usaha sama LMS untuk melengkapkan penyampaian kursus bersemuka. Cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pendidik-pendidik dalam sistem e-pembelajaran adalah keperluan pendidik untuk untuk turut serta dalam usaha sama atas talian untuk membimbing pelajar dalam proses pembelajaran dan juga mengajar mereka menerusi bahan-bahan pembelajaran. Cabaran-cabaran adalah sangat hebat jika kursus tersebut melibatkan bilangan pelajar yang ramai seperti kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi pengajian terbuka dan jarak jauh. Pada masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah pun mengalami satu perubahan yang pesat dan tidak lagi berlaku di dalam bilik darjah, malah telah pun berkembang kepada pengajaran secara atas talian atau secara virtual. Teks dan rujukan kini bukan sumber pembelajaran utama dan yang menjadi segala sumber pengajaran dan pembelajaran telah mula disalurkan menerusi talian yang berasaskan kemudahan Internet. Lantas bermulalah satu era pembelajaran baru yang dinamakan era pembelajaran elektronik atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran. E-pembelajaran adalah merupakan satu kaedah pembelajaran secara atas talian yang kian popular di Malaysia dan sering digunakan oleh para pelajar tidak kira di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Banyak institusi pengajian tinggi yang menggunakan kaedah ini seperti di USM, UKM dan sebagainya. E-pembelajaran merupakan satu kaedah pembelajaran yang baru yang seiring dengan perubahan teknologi terkini yang menggalakkan para pelajar menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat yang seiring diuar-uarkan di negara kita. Secara amnya, e-pembelajaran merupakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, interaktif tv fan CD-rom adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran. Sumber elektronik ini boleh dimuat naik dan dimuat turunkan

Page 2: AGEN PEDAGOGI DALAM E-PEMBELAJARAN: … (Goh et al., 2006) didapati bahawa agen pedagogi memberi kesan positif terhadap pencapaian topik GSTM. INTONASI AGEN PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN

299 1st International Malaysian Educational Technology Convention

dari Internet atau web dengan mudah pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Ini adalah merupakan contoh kemudahan hipermedia yang cukup interaktif dan menarik bagi pelajar. AGEN PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN Agen Pedagogi merupakan karakter maya komputer yang berupaya mepersembahkan satu pelbagai lapangan bagi persembahan satu lapangan tugasan. Sesetengah tugasan ini mugkin berkait dengan aktiviti pemprosesan maklumat, seperti pengurusan buku, cerita, fail audio dan sebagainya. Agen-agen boleh digunakan sebagai berbagai-bagai jenis pembantu peribadi kepada pengguna dengan sifat yang seakan-akan. Satu kajian Moreno et al. (2001) mendapati bahawa penggunaan Agen Pedagogi bernama Herman the Bug menunjukkan kumpulan agen menghasilkan 24%-48% lebih banyak penyelesaian dalam ujian dari kumpulan tanpa agen. Dapat dijelaskan lagi, kajian Atkinson mendedahkan bahawa pembelajaran yang berbantukan agen menghasilkan 30% lebih penyelesaian yang positif berbanding kumpulan tanpa agen. Dengan bantuan teknologi realiti maya, Agen Pedagogi boleh dibangunkan untuk mempunyai sifat manusia yang sebenar termasuk ekpresi wajah, pergerakan dan perasaan hati. Dengan reka bentuk sesuai, teknologi realiti maya membolehkan pembentukan sensitiviti kemasyarakatan dengan pelajar ketika berinteraksi. Menurut kajian (Lim et al., 2006) pelajar dengan tahap kepintaran rendah tidak menghiraukan agen pedagogi semasa pembelajaran kerana didapati agen pedagogi yang berupa imej penyelidik sendiri kurang menarik untuk menghasilkan perbezaan yang signifikan. Daripada kajian (Goh et al., 2006) didapati bahawa agen pedagogi memberi kesan positif terhadap pencapaian topik GSTM. INTONASI AGEN PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN Intonasi merupakan perbezaan dalam nada dan kontur yang didapati dari perubahan nada yang mengikuti antara satu sama lain dalam frasa atau klosa. Perubahan ini boleh didapati pada tiga tahap. Iaitu intonasi tinggi, intonasi sederhana dan intonasi rendah (Arthur, 1967). Intonasi boleh menggambarkan fungsi tatabahasa bagi sebutan, menyampaikan sikap dan mengubah maksud sesuatu sebutan (http:ocw.mit.edu). Selain itu, intonasi mencirikan perubahan dalam nada dan irama yang berlaku apabila sedang bercakap (http://guts studentorg.wisc.edu/intonation). Intonasi penting untuk membuat pembicaraan jadi menarik. Berbicara tanpa intonasi akan mengesankan bahawa pembicara sendiri tidak tertarik (http://www.unicef.org/indonesia/id). Intonasi mempunyai manfaat penting dalam nada, tempo, timbre dan jeda. Kepentingan dalam nada adalah untuk mendapatkan perhatian dengan cara nada diturunkan dan menekankan kata penting dengan cara nada diturunkan. Dalam satu kajian Kristen et al., (2001), empat bahagian intonasi telah dikaji iaitu pitch, pause, rate dan emphasis. Pitch memberi maksud penerimaan frekuensi asas dalam sesuatu bunyi. Rate adalah kadar irama sinonim atau frekuensi. Pause berlaku di antara pernyataan maklumbalas dan sebelum pelajar menjawab soalan. Emphasis merupakan penerangan terperinci kepada sesuatu perkataan yang penting yang akan disebut oleh agen pedagogi. Selalunya Emphasis akan dibuat apabila ianya diperlukan dan akan diberi penekanan kepada perkataan yang akan disebut. Jadual 1 menunjukkan tahap intonasi dan julat intonasi.

Jadual 1: Tahap intonasi dan julat intonasi (Sumber: Kristen et al., 2001)

INTONASI TINGGI RENDAH Pitch 50 Hz 150 Hz Rate 75 perkataan setiap minit 150 perkataaan setiap minit

Pause 0 minit sesaat 2000 minit sesaat Tahap Kebolehan dan Pembelajaran Kebolehan adalah merujuk kepada kepandaian, kemahiran, kecekapan dan sikap. Terdapat dua tahap kebolehan iaitu kebolehan tinggi dan kebolehan rendah. Tahap kebolehan rendah adalah di mana pelajar mendapat skor bawah dalam kumpulan dalam Ujian Cattell dipertimbangkan mempunyai kebolehan rendah (Vickneasvari, 2007). Manakala bagi Tahap kebolehan tinggi adalah di mana pelajar mendapat skor tinggi dalam kumpulan dalam Ujian Cattell dipertimbangkan mempunyai kebolehan tinggi (Vickneasvari, 2007). Tahap kepintaran merupakan suatu unsur yang dapat mempengaruh kematangan dan kestabilan seseorang semasa proses pembelajaran. Adanya hubungkait antara sikap positif dengan tahap kepintaran. Kajian mendapati pelajar tahap kepintaran tinggi lebih rajin dan lebih berfokus

Page 3: AGEN PEDAGOGI DALAM E-PEMBELAJARAN: … (Goh et al., 2006) didapati bahawa agen pedagogi memberi kesan positif terhadap pencapaian topik GSTM. INTONASI AGEN PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN

300 1st International Malaysian Educational Technology Convention

untuk memperoleh maklumat yang lebih dalam tanpa memerlukan informasi yang lebih dengan adanya agen pedagogi semasa menggunakan mod persembahan TSA. (Lim et al., 2006), Sesetengah penyelidik mencadangkan komputer dalam pendidikan boleh melengkapkan keupayaan yang terbaik bagi pelajar yang lemah, yang mana yang merupakan kebolehan rendah dan membina operasi pelajar. Satu kajian yang dijalankan oleh Yea-Ru Chung (1999), membuktikan kesan persembahan teks, narasi lisan dan pencapaian animasi komputer dilaksanakan dalam arahan pelajaran. Pelajar dengan pencapaian matematik rendah menunjukkan persembahan yang lebih baik dalam pascaujian. Dengan demikian, penggabungan multimedia dengan persekitaran konstruktivisi boleh meningkatkan pencapaian kebolehan tinggi dan kebolehan rendah pelajar. PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN Bagi penyelidikan ini, 9 Adegan Pengajaran Gagne digunakan untuk membangunkan bahan pembelajaran. Jadual 2 menunjukkan hubungan di antara proses pembelajaran dan adegan pengajaran (Gagne et al., 1992).

Jadual 2: Hubungan proses pembelajaran dan adegan pengajaran (Sumber :Gagne et al., 1992)

Proses Pembelajaran Dalaman Adegan Pengajaran Luaran 1. Kewaspadaan Menarik perhatian

2. Jangkaan Memberitahu pelajar objektif pelajaran

3. Kembali ke ingatan kerja Merangsang peringatan kembali

pembelajaran sebelumnya

4. Persepsi pemilihan Menyampaikan senario

5. Pengekodan semantik untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang

Memberi bimbingan pembelajaran

6. Mendapat Mendapat tindak balas

7. Peneguhan Memberi maklum balas

8. Kembali berisyarat Menilai prestasi

9. Generalisasi Meneguhkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

Rajah 1 merupakan kandungan bahan pengajaran menggunakan subjek Fizik yang dibangunkan. Ini merupakan skrin paparan bagi adegan Pertama iaitu menarik perhatian. Adegan pertama pengajaran Gagne ini digunakan bagi menarik minat pelajar pada awal sesi pembelajaran sebelum sesi pembelajaran seterusnya diteruskan. Rajah 2 merupakan skrin paparan bagi adegan kelapan pengajaran Gagne iaitu menilai prestasi. Adegan kelapan pengajaran Gagne ini digunakan bagi menilai prestasi pelajar setelah selesai sesi pembelajaran. Ianya digunakan bagi melihat tahap kefahaman pelajar setelah melalui sesi pembelajaran dalam subjek Fizik.

Page 4: AGEN PEDAGOGI DALAM E-PEMBELAJARAN: … (Goh et al., 2006) didapati bahawa agen pedagogi memberi kesan positif terhadap pencapaian topik GSTM. INTONASI AGEN PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN

301 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 1: Skrin paparan menarik perhatian (adegan pertama pengajaran Gagne)

Rajah 2: Skrin paparan menilai prestasi (adegan kelapan pengajaran Gagne)

CADANGAN METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini menggun akan reka bentuk eksperimen kuasi untuk mengukur pencapaian dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Fizik. Kajian menggunakan 3x2 reka bentuk faktorial dengan pengulangan pengukuran pembolehubah moderator. Ianya di reka bentuk untuk mengkaji kesan pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar pada setiap tahap pembolehubah moderator. Faktor reka bentuk adalah intonasi (tinggi, sederhana dan rendah) dan tahap kebolehan (tinggi dan rendah). Pembolehubah Terdapat tiga pembolehubah yang dikaji dalam kajian ini iaitu pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar dan pembolehubah moderator. Berikut adalah pembolehubah-pembolehubah tersebut :

a) Pembolehubah bebas: -Tahap intonasi (tinggi, sederhana dan rendah)

b) Pembolehubah bersandar: -Pencapaian skor pelajar (skor pascaujian tolak skor praujian) dan juga skor motivasi.

c) Pembolehubah moderator: -Tahap kebolehan (Kebolehan-tinggi dan kebolehan-rendah).

Page 5: AGEN PEDAGOGI DALAM E-PEMBELAJARAN: … (Goh et al., 2006) didapati bahawa agen pedagogi memberi kesan positif terhadap pencapaian topik GSTM. INTONASI AGEN PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN

302 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Persampelan Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Aliran Sains Tulen dua buah sekolah menengah di Pulau Pinang yang dijangka seramai lebih dari 200 orang akan dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Julat umur adalah dari 16-17 tahun. Bahan pengajaran sedang dibina bagi topik dalam Fizik dan pelajar yang terlibat belum lagi didedahkan dengan topik yang akan dipilih mengikut silibus Fizik KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) Fizik Tingkatan Empat. Instrumen Terdapat empat instrumen akan digunakan dalam kajian ini. Ujian-ujian tersebut adalah Ujian Cattell Culture Fair Intelligence (Ujian Cattell), Praujian, Pascaujian dan Skala Motivasi Bahan Pengajaran-Instructional Material Motivational Scale (IMMS). Berikut adalah empat instrumen tersebut:

a. Ujian Cattell Culture Fair Intelligence (Ujian Cattell) b) Praujian c) Pascaujian d) Skala Motivasi Bahan Pengajaran-Instructional Material Motivational Scale (IMMS):

Rawatan Tiga intonasi berbeza akan diberi kepada tiga kumpulan rawatan yang berbeza. Berikut adalah rawatan mengikut kumpulan:

1. Kumpulan A akan mempelajari pengajaran dengan Agen Pedagogi berintonasi-tinggi. 2. Kumpulan B akan mempelajari pengajaran dengan Agen Pedagogi berintonasi-

sederhana. 3. Kumpulan C akan mempelajari pengajaran dengan Agen Pedagogi berintonasi-

rendah. PROSEDUR KAJIAN Rawatan akan dikendalikan oleh tiga orang pengajar. Kesemua mereka akan menerima arahan dari penyelidik berdasarkan prosedur ekperimental sebelum pengumpulan data. Dijangka lebih dari 200 orang pelajar akan diberi Ujian Cattell dan praujian mengikut kelas masing-masing. Pengajar akan diberitahu tujuan pengumpulan data tersebut iaitu adalah untuk meningkatkan persembahan pembelajaran pelajar-pelajar. Selesai membuat Ujian Cattell, pelajar akan diberi Praujian. Kemudian pelajar akan didedahkan dengan bahan pengajaran menggunakan Agen Pedagogi. Seterusnya, barulah Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) dilakukan ke atas pelajar. Setelah 4 minggu, para pelajar akan diberi Pascaujian di mana soalan Praujian dan Pascaujian adalah sama tetapi kedudukan soalan-soalannya telah diubah secara rawak. Selesai membuat Pascaujian, mereka akan diberi Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) sekali lagi. JANGKAAN DAPATAN

1. Pelajar yang menggunakan Agen Pedagogi berintonasi tinggi akan memperolehi pencapaian lebih baik secara signifikan berbanding menggunakan Agen Pedagogi berintonasi sederhana dan Agen Pedagogi berintonasi rendah.

2. Dalam tiga kumpulan rawatan, pelajar dengan tahap kebolehan tinggi akan menunjukkan pencapaian lebih baik secara signifikan dari pelajar dengan tahap kebolehan rendah.

3. Pelajar yang berada pada tahap kebolehan tinggi akan menerima Agen Pedagogi berintonasi tinggi berprestasi lebih baik secara signifikan dari pelajar dengan tahap kebolehan tinggi yang menerima Agen Pedagogi berintonasi sederhana dan Agen Pedagogi berintonasi rendah.

RUMUSAN Secara keseluruhannya, kajian terhadap intonasi yang berbeza agen pedagogi dilakukan untuk mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan menggunakan agen pedagogi sebagai guru alam maya dalam pembelajaran kepada pelajar. Pembelajaran menggunakan Agen Pedagogi diharap dapat menimbulkan minat para pelajar dalam pembelajaran dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.

Page 6: AGEN PEDAGOGI DALAM E-PEMBELAJARAN: … (Goh et al., 2006) didapati bahawa agen pedagogi memberi kesan positif terhadap pencapaian topik GSTM. INTONASI AGEN PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN

303 1st International Malaysian Educational Technology Convention

RUJUKAN Atkinson, Robert, K., (2002). Optimizing Learning From Examples Using Animated

Pedagogical Agents. Journal Educational Psychology, 94(2). Arthur J.B, 1967. Your Speech and Voice. New York: Random House. Banin, A. S. (tidak bertarikh). Teknik Bercerita Dalam Pengajaran Bahasa.

www.brunet.bn/news/pelita Gagne, R.M., Briggs, L.G. & Wager, W.W. (1992). Priciples of Instructional Design (4th ed).

New York:Holt, Rinehart & Winston. Goh, P. P., Atan, H., & Fong, S. F. (2006, 9-11 September). Kesan Agen Pedagogi Dalam

Koswer Multimedia. Paper presented at the Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-19, Langkawi, Kedah, Malaysia.

Intonation (tidak bertarikh). http:ocw.mit.edu Intonation and Stress-The Music of English (tidak bertarikh).

http://guts studentorg.wisc.edu/intonation Kristen, E. L., Roger, J. K., Arthur, C. G., & the Tutoring Research Group The University of

Memphis (2001). Perception of Feedback and Pedagogical Agents. International Journal of Speech Technology, vol. 4, pg. 145-153.

Lim, C.Y, Balakrishnan, M., Fong, S.F. (2006, 9-11 September). Kesan Agen Pedagogi Dalam Pembelajaran Fonetik. Reka Bentuk , Pembangunan, Penggunaan dan Penilaian Teknologi Intstruksional. Paper presented at the Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-19, Langkawi, Kedah, Malaysia.

Marko Moberg & Kimmo Parssinen, (2004, 23-26 Mac). Comparing CART and Fujisaki Models for Synthesis of US-English Name. Speech Prosody 2004, Nara, Japan.

Modul 13: Bahasa Tubuh dan Intonasi:http://www.unicef.org/indonesia/id (tidak bertarikh). Moreno, R., Mayer, R. E., Spires, H. A., & Lester, J. C. (2001). The Case of Social Agency in Computer-Based Teaching: Do Students Learn More Deeply When They Interact With Animated Pedagogical Agents? Cognition and Instruction, 19, 319-334.

Vickneasvari, K., 2007. The Effects of A Multimedia Constructivist Environment On Students’ Achievement And Motivation In The Learning of Chemistry. Tesis Doktor Falsafah

(belum diterbitkan): Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. Yea-Ru Chuang. (1999). Teaching in a multimedia computer environment: A study of the

effects of learning style, gender and math achievement. Interactive Multimedia Electronic Journal of Computer-Enhanced Learning. Retrieved April 5, 2004 from

http://imej.wfu.edu/articles/1999/10/index.asp.