acc mgt tuan victor latest

21
Latar Belakang Organisasi Sejarah Pada tahun 1908, Pengasas kepada AJINOMOTO iaitu Profesor Kikunae Ikeada dari Universiti Tokyo, telah membuat satu penemuan yang hebat iaitu suatu rasa untuk menyedapkan makanan dan baik untuk kesihatan manusia. Pengasas AJINOMOTO itu telah mengasingkan glutamat daripada rumpai laut. Setahun selepas itu beliau setelah beberapa eksperimen di jalankan, pengasas Ajinomoto itu telah memasarkan produk barunya itu di pasaran sebagai produk berbentu perisa makanan. Nama saintifik bagi ajinomoto ini adalah Monosodium Glutamat lebih dikenali dengan MSG. Ajinomoto kini menjadi salah satu pengeluar MSG terbesar dunia, yang mana 1/3 daripada pasaran dunia di miliki oleh organisasi ini, serta beroperasi dengan 15 buah kilang di seluruh dunia. Ajinomoto Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1961, ini merupakan antara perjanjian usahasama Malaysia dengan Negara jepun yang terawal. Syarikat ini mula beroperasi sebagai pengilang dan penjual MSG. Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik yang

Upload: jasjoe7607

Post on 27-Jun-2015

293 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Acc mGT Tuan Victor Latest

Latar Belakang Organisasi

Sejarah

Pada tahun 1908, Pengasas kepada AJINOMOTO iaitu Profesor Kikunae Ikeada dari

Universiti Tokyo, telah membuat satu penemuan yang hebat iaitu suatu rasa untuk

menyedapkan makanan dan baik untuk kesihatan manusia. Pengasas AJINOMOTO itu

telah mengasingkan glutamat daripada rumpai laut. Setahun selepas itu beliau setelah

beberapa eksperimen di jalankan, pengasas Ajinomoto itu telah memasarkan produk

barunya itu di pasaran sebagai produk berbentu perisa makanan. Nama saintifik bagi

ajinomoto ini adalah Monosodium Glutamat lebih dikenali dengan MSG.

Ajinomoto kini menjadi salah satu pengeluar MSG terbesar dunia, yang mana 1/3

daripada pasaran dunia di miliki oleh organisasi ini, serta beroperasi dengan 15 buah

kilang di seluruh dunia.

Ajinomoto Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1961, ini merupakan antara

perjanjian usahasama Malaysia dengan Negara jepun yang terawal. Syarikat ini mula

beroperasi sebagai pengilang dan penjual MSG.

Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa

makanan yang dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat

Malaysia selama beberapa dekad. Penambah perisa AJINOMOTO merupakan bahan

wajib di hampir setiap rumah rakyat Malaysia.

Skop Perniagaan

Operasi utama Ajinomoto Malaysia Berhad adalah mengeluar dan memasarkan produk-

produk MSG, dan juga produk perisa makanan yang lain. Berikut merupakan senarai

produk runcit Ajinomoto:

- AJINOMOTO MSG

- TUMIX stock seasoning powder

- VONO cup soup

Page 2: Acc mGT Tuan Victor Latest

- SERI-AJI

- AJI-SHIO

- PAL SWEET

- AJI MIX seasoning.

- HVP

- AJI-AROMA

- AJI-PLUS and AJIMATE.

Pasaran adalah tertumpu kepada pasaran di Malaysia, timur tengah dan juga beberapa

Negara Asian yang lain.

Aspek Kewangan

Ajinomoto merupakan sebuah salah sebuah syarikat yang di senaraikan di bursa saham

Malaysia pada papan utama. Ini menunjukkan Ajinomoto Malaysia Berhad adalah

merupakan sebuah syarikat yang kukuh dan dipercayai oleh ramai pelabur. Melihat

kepada Laporan tahunan syarikat ini menghasilkan keuntungan di setiap tahun, sepanjang

5 tahun lepas (skop kajian) syarikat ini tidak pernah mengalami kerugian, malah

walaupun pada tahun 2006, mereka mengalami sedikit penurunan dari aspek keuntungan

namun tiada sebarang kerugian berlaku.

Ajinomoto Malaysia Berhad juga tidak mengamalkan pelaburan ke cabang-cabang

perniagaan yang lain, mereka hanyak focus kepada asas perniagaan mereka iaitu MSG,

Cuma mempelbagaikan lagi produk-produk perisa makanan, dan ini masih berada pada

asas yang sama. Bagi mereka focus kepada sesuatu bidang itu akan menjadikan sesiapa

jua dalam tersebut menjadi kepada pakar.

Merujuk kepada pemerhatian dan kajian yang dibuat terhadap laporan tahunan Ajinomoto

Malaysia Berhad ini, tidak ada membuat sebarang pinjaman pada mana-mana bank atau

pun institusi kewangan yang lain. Ini merupakan alaman mereka sejak dahulu lagi.

Setakat ini juga belum ada lagi pelaburan besar daripada AJINOMOTO yang keluar

daripada konsep atau bentuk perniagaannya yang asal. Mereka masih lagi mengekalkan

operasi utama mereka sebagai pengeluar dan penjual MSG di dunia.

Page 3: Acc mGT Tuan Victor Latest

PERANAN PENGURUS AKAUN

Definisi Pengurusan Akaun

Pengurusan akaun merujuk kepada cabang kepada bidang akaun yang menyediakan

maklumat berkenaan dengan ekonomi dan kewangan yang diperlukan oleh seorang

pengurus.

Secara amnya, pengurus dalam sesebuah organisasi perniagaan memerlukan maklumat

tersebut untuk memastikan penggunaan sumber-sumber dapat dimanfaatkan dengan

efektif dan efisyen. Dalam satu-satu organisasi kedudukan pengurusan akaun dapat

dilihat dengan memahami tanggungjawab seorang pengurus akaun. Pengurus akaun

adalah individu yang bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat pengurusan

akaun secara sepenuhnya dengan tujuan membantu pihak pengurusan melaksanakan apa

jua perancangan yang dibuat serta membuat keputusan dan seterusnya mencapai objektif

organisasi, ini adalah termasuk membuat dan menyediakan laporan kewangan,

menyediakan bajet, membuat jangkaan dalam semua aspek yang diperlukan oleh

organisasi, berperanan sebagai alat kawalan organisasi, dan juga sebagai alat sokongan

Kepada organisasi.

Membantu dalam membuat pengawalan

Organisasi menggunakan alat yang dikenali sebagai bajet untuk memastikan mereka tidak membelanjakan berlebihan daripada yang sepatutnya untuk menghasilkan keuntungan, dalam sesuatu pengeluaran produk atau perkhidmatan. Pengurus akaun akan menyediakan bajet kepada setiap bahagian dan kemudian mencampur semua bajet-bajet tersebut ke dalam satu bajet organisasi atau ‘master bajet’. Pengurus akaun juga bertanggungjawab dalam menguruskan bajet dan mengesan perbelanjaan yang berlebihan dengan perbelanjaan bajet. Selalunya bajet akan dibuat secara tahunan dan ada juga yang dibuat secara suku tahun dan kemudian jumlahkan kepada tahunan.

Membantu dalam membuat perancangan

Menyediakan maklumat kepada pengurus dalam membantu proses

perancangan dan dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, sebuah

organisasi ingin membuat bajet baru iaitu bajet tahun hadapan, di mana

dalam menyediakan bajet ini beberapa maklumat diperlukan. Contoh

Page 4: Acc mGT Tuan Victor Latest

organisasi hendak menyediakan bajet bagi jualan. Maka maklumat mengenai

standard kos sebagai panduan bajet. Adalah diperlukan, dengan adanya

maklumat-maklumat ini pengurus akan mampu merancang segala proses.

Membantu dalam Pengurusan

Pengurusan akaun akan membantu organisasi dengan membuat penilaian terhadap

pelaburan yang dibuat atau akan dibuat oleh organisasi. Sesebuah organisasi akan

membuat pelaburan terhadap sesuatu projek yang akan membawa keuntungan pada masa

hadapan, dengan mengambil kira penigkatan dalam aliran tunai, dan kira-kira serta

analisa akan dilakukan oleh pengurus akaun dan akan di hantar ke pengurusan eksekutif.

Kebanyak pelaburan adalah berisiko dan memerlukan modal yang banyak oleh yang

demikian analisa sebaik mungkin adalah diperlukan. Selalunya organisasi akan

memberikan pemilihan keatas projek yang mempunyai risiko yang rendah dan pulangan

yang sederhana berbanding dengan risiko yang tinggi dan pulangan yang tinggi, Oleh

yang demikian ini adalah bergantung kepada pengurus akaun bagi mengkalsifikasikan

dengan memberikan maklumat terhadap projek-projek tersebut.

Membantu dalam membuat jangkaan

Membuat sesuatu jangkaan pada jumlah jualan yang boleh di buat oleh sesebuah syarikat

berdasarkan tahap operasi semasa dan juga kemudahan pengeluaran adalah proses yang

agak kritikal. Pengurusan akaun akan membuat analisa terhadap pasaran dan menentukan

tahap syarikat dalam sesebuah kitaran perniagaan. Sekiranya industri berada di tahap

yang menurun, pengurusan akaun memberikan maklumat kepada syarikat untuk

membolehkan pengurus membuat pemilihan terhadap pasaran yang baru. Jangkaan ini

juga meliputi membuat analisa terhadap pesaing-pesaing dan juga mencari jalan baru

dalam menembusi pasaran pesaing melalui perkembangan produk yang baru.

Memotivasi para pengurus

Semua maklumat yang datangnya daripada pengurus akaun adalah lebih merupakan

kepada maklumat angka-angka, dan ini merupakan satu maklumat yang berbeza dengan

maklumat-maklumat dalam bentuk esei, artikel dan sebagainya, kerana maklumat ini

Page 5: Acc mGT Tuan Victor Latest

lebih tepat, jitu dan juga realistic. Atas sifat itu maklumat ini akan dianggap oleh

kebanyakan pengurus adalah sebagai tepat, oleh yang demikian ini akan membina

keyakinan kepada para pengurus dengan membuat perancangan yang lebih rapi dan

seterusnya dapat mencapai objektif organisasi.

Membantu dalam menilai pencapaian dan keputusan organisasi

Pengurus akaun juga berperanan dalam membantu organisasi menilai setakat mana

pencapaian dan keputusan yang dibuat oleh organisasi mencapai objektif jangka masa

pendek organisasi tersebut. Segala pulangan akan dinilai dengan menggunakan

perbandingan bajet dan juga aktiviti sebenar.

KLASIFIKASI KOS

Dalam sistem perakauanan akan membuat penilaian kos yang mana akan digunakan kemudian, untuk beberapa tujuan iaitu, menentukan keuntungan, penilaian prestasi, nilai inventori, dan juga mengawal kos. Kenyataan di atas menunjukkan kos adalah sangat subjektif dan mempunyai banyak maksud dalam satu-satu kitaran perakaunan organisasi perniagaan.

Page 6: Acc mGT Tuan Victor Latest

Klasifikasi Kos Mengikut Fungsi Perniagaan.

Ini merupakan klasifikasi asas dalam perakaunan, Kos ini dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu kos pengilangan dan kos bukan pengilangan. Kos pengilangan adalah

meliputi kos sumber lansung, buruh langsung dan juga kos overhead, manakala kos

bukan pengilangan terdiri daripada kos jualan dan kos pentadbiran. Laporan tahunan

syarikat akan menyiarkan penyata kewangan kepada pihak ke tiga iaitu pelabur,

pemiutang dan lain-lain lagi, format kepada laporan ini akan disediakan mengikut kos

berdasarkan fungsi perniagaan ini, bagi membuat perbandingan dalaman.

Klasifikasi kos mengikut gelagat

Apakah yang berlaku kepada kos sesebuah syarikat apabila pengeluaran syarikat itu mencecah dua kali ganda? Kemungkinan ianya akan tetap sama atau juga meningkat dua kali ganda ataupun, berada di tengah-tengah. Ini semuanya bergantung kepada gelagat kos yang merujuk kepada bagaimana kos akan memberi kesan terhadap perubahan dalam pengeluaran. Sekiranya kos itu diandaikan

Klasifikasi Kos

Functional Financial StatementBehavoirPeriod

Manufacturing Cost

Non – Manufacturing Cost

Product Cost

Period Cost

Fixed Cost

Variable Cost

Mixed Cost

Page 7: Acc mGT Tuan Victor Latest

tetap, seperti di sebuah University,penambahan pelajar sebanyak dua kali ganda tidak akan memberikan kesan besar kepada jumlah kos, ini disebabkan, masih juga digunakan sumber yang sama seperti, pensyarah yang sama, kelas yang sama, kemudahan yang sama dan sebagainya. Tetapi keadaan ini akan berbeza sekiranya kos yang paling besar adalah direct material maka, pengeluaran yang dua kali ganda itu akan menyebabkan kos meningkat juga dua kali ganda. Selain daripada itu contoh kes lain seperti stesen jana kuasa eletrik, peningkatan dalam kos operasi tidak akan menjejaskan kos tetap yang mana masih lagi sama.

Kos Tetap

Kos yang tidak berkaitan dengan pengeluaran dikenali sebagai kos tetap. Kos tetap tidak akan berubah sekiranya berlaku pelbagai perubahan dalam pengeluaran.

Kos Berubah

Apa jua yang berubah setelah berlaku penurunan atau peningkatan dalam pengeluaran dikenali sebagai kos berubah.

Kos Campuran

Sebagai contoh disini, sekiranya kita menggunakan telefon selama satu bulan, dan bila bil telefon itu dating, ia masih lagi mencatatkan jumlah tertentu yang tetap kita kena bayar sebagai sewa talian.dan sewa itu adalah sebagai kos tetap manakala bil panggilan itu adalah kos berubah.

Klasfikasi kos mengikut Masa

Kategori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kos produk dan juga kos masa.

Mengklasifikasikan samada sesuatu kos itu meruapakan sebahagian daripada produk itu

sendiri yang mana produk tersebut berada dalam bentuk fizikal yang boleh disimpan

sekiranya tidak terjual. Oleh itu ada kos yang boleh di klasifikasi sebagai kos produk atau

pun kos pengilangan termasuk kos sumber langsung, kos buruh langsung dan juga kos

overhead.

Contoh:

Di andaikan sebuah syarikat membuat pengeluaran sebanyak 1000 kerusi dalam setahun, dan hanya 200 buah kerusi yang terjual, dan

Page 8: Acc mGT Tuan Victor Latest

selebihnya disimpan di dalam stor. Apakah nilai yang mewakili 800 buah kerusi yang tidak terjual itu,ini akan diselesaikan oleh unit kos, yang dikira mengikut kos masa.

BAJET DAN STANDARD COSTING

Bajet

Bajet adalah merupakan satu alat dalam ilmu perakaunan yang digunakan oleh organisasi

untuk membantu mereka dalam membuat perancangan, pengawalan dan juga pengurusan

organisasi supaya lebih efektif dalam menggunakan sumber-sumber yang terhad, dan

seterusnya dapat mencapai objektif organisasi dalam keadaan yang berterusan. Bajet

organisasi perniagaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bajet operasi dan bajet

kewangan.

Pada bajet operasi adalah fokus kepada Penyata pendapatan dan juga jadual sokongan

yang lain dalam penyediaan belanjawan. Ajinomoto sebagai organisasi pengilangan

mempunyai belanjawan seperti belanjawan jualan, belanjawan pengeluaran, belanjawan

pemasaran, belanjawan pengurusan dan juga penyata pendapatan.

Bajet kewangan pula merujuk kepada perancangan yang menunjukkan penggunaan

sumber kewangan untuk membiayai kos operasi sesebuah perniagaan. Belanjawan

kewangan adalah termasuk belanjawan tunai dan juga belanjawan Imbangan duga.

Kos Standard

Kos Standard pula merupakan kos jangkaan, yang menjadi kos panduan kepada sesuatu pengeluaran produk atau perkhidmatan. Ia juga dikenali sebagai kos yang dirancang, atau kos jangkaan. Penentuan kos standard ini adalah sesuatu yang paling penting dan kritikal. Ini bertujuan menentukan organisasi sentiasa berada pada landasan yang betul dalam mencapai objektifnya.

.

Page 9: Acc mGT Tuan Victor Latest

Cara penggunaan teknik pengurusan akaun – Bajet

Terdapat beberapa jenis bajet dibawah kategori ini, mari kita lihat satu per satu dan

bagaimana AJINOMOTO menggunakan alat atau teknik pengurusan akaun ini.

Bajet Jualan

Kriteria yang perlu ada pada bajet jualan ini adalah bajet jualan itu sendiri, ini merupakan

dasar kepada penyediaan bajet jualan. AJINOMOTO perlu membuat anggaran jualan

MSG pada masa akan datang. Satu lagi criteria yang perlu ada adalah tunai yang

diperolehi semasa proses jualan itu berlaku, ini kerana sudah menjadi kelaziman hutang

juga perlu ada pada setiap urus niaga.

Contoh :

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Total

Jualan

Unit 500,000 600,000 800,000 1,000,000 2,900,000

Hasil 450,000 540,000 720,000 900,000 2,610,000

Tunai :

60% bulan

semasa

270,000 324,000 432,000 540,000 1,566,000

40 % bulan

sebelum

180,000 216,000 288,000 684,000

Total (RM) 270,000 504,000 648,000 828,000 2,250,000

Page 10: Acc mGT Tuan Victor Latest

Ini merupakan bajet jualan bagi AJINOMOTO pada tahun 2009, yang mana harga bagi

satu paket 200g GSM adalah RM0.90.

Bajet Pengeluaran ( Production Budget )

AJINNOMOTO adalah pengilangan membuat perisa makanan dan juga ada menjalankan

aktiviti menjual produk mereka sendiri. Oleh itu, selepas membuat anggaran jualan seunit

pada setiap suku tahunan pertama, bajet pengeluaran perlu di sediakan. Bajet pengeluaran

ini akan membantu syarikat dalam menentukan tahap pengeluaran bergantung kepada

permintaan semasa.

Bajet ini juga dapat membantu pengurus dalam membuat kawalan terhadap tahap

inventori, untuk mengelakan pembaziran. Tiada kawalan dalam tahap inventori akan

menyebabkan masalah yang mana syarikat akan menanggung kos penyimpan yang

tinggi.

AJINOMOTO menggunakan pengekalan kepada peratusan inventori akhir adalah tetap

berbanding jualan untuk masa yang seterusnya, ini adalah untuk mengelakkan masalah

pengeluaran berlaku. Kerana setiap inventori akhir pada masa suku sebelumnya adalah

senang untuk dikendalikan.

Contoh

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Total

Jualan 500,000 600,000 800,000 1,000,000 2,900,000

Inventori

Akhir

5000 5500 6000 7000 23, 500

Total 505,000 605,000 806,000 1,007,000 2,923,000

Tunai :

Inventori

Awal

(5000) (5500) (6000) (165,000)

Unit

Pengeluaran

600,000 800,500 1,001,000 2,758,000

Page 11: Acc mGT Tuan Victor Latest

Bajet Sumber langsung

Selepas mengetahui unit pengeluaran, penyediaan kepada bajet mendapatkan sumber

langsung perlu dibuat. Kriteria yang perlu diambil kira adalah unit pengeluran pada satu

masa.

Contoh:

Sebagai contoh AJINOMOTO menggunakan ubi kayu sebagai sumber utama dalam

membuat produk utamanya iaitu MSG, setiap unit pengeluaran akan memerlukan 0.1 kg,

ubi kayu, dan ubi kayu ini boleh diperolehi dengan harga RM3 sekilogram. Di andaikan

pembelian di bayar dengan tunai dan tidak ada urusniaga kredit. Tiada akhir atau

permulaan inventori. Oleh itu bajet yang diperlukan untuk satu unit pengeluaran adalah =

Rujukan pengeluaran suku tahun 1 = 500,000 x 0.1 = 50,000 kg x RM3 = RM150,000

RM 150,000 ini merupakan bajet yang diperlukan kepada pengeluaran suku tahun 1 iaitu

pada pengeluaran 500,000 unit produk. Bajet ini adalah penting bagi pengurus membuat

keputusan berkenaan dengan perancangan operasi dan juga keseluruhan bagi masa yang

akan datang.

Bajet Buruh langsung (direct labour)

Bagi pembuat bajet ini, syarikat perlu ada maklumat berkenaan dengan jumlah bilangan

jam bekerja dan juga kadar upah untuk satu jam bekerja. Diandaikan AJINOMOTO

memerlukan 15 minit waktu bekerja (0.25 hrs) dan RM5 untuk satu jam bekerja. Oleh

yang demikian :

Bagi pengeluaran 500,000 unit = 500,000 x 0.25 = 125,000 jam bekerja x RM5 =

RM625,000

RM 625, 000 ini adalah bajet untuk gaji buruh pada keluaran 500,000 produk.

Page 12: Acc mGT Tuan Victor Latest

Overhead Bajet

Bajet overhead ini terbahagi kepada dua iaitu tetap dan berubah . Overhead tetap adalah

gaji / upah penyelia kilang, dan juga susut nilai sesebuah mesin, manakala overhead yang

berubah pula adalah termasuk Buruh secara tidak langsung dan sumber yang tidak secara

langsung.

Contoh:

Diandaikan overhead berubah bagi AJINOMOTO adalah RM1.00 untuk setiap jam

bekerja, dan overhead tetap adalah RM8000, pada setiap suku. (diandaikan susutnilai

tidak dimasukkan). Oleh yang demikian:

125,000 jam bekerja x RM 1 = 125,000 + RM8000 = RM133,000 ini merupakan bajet

kepada overhead bagi 125,000 jam bekerja.

Kos Standard ( Standard Costing )

Kos standard adalah kos yang telah ditentukan, ianya di kira berdasarkan tahap

pengurusan yang standard dan mencapai operasi yang effisyen dengan menggunakan

keperluan yang berkaitan. Kos standard ini adalah satu lagi alat atau teknik pengurusan

akaun. Secara terperinci lagi kos standard ini adalah bajet kepada satu unit pengeluaran.

Kos standard kepada satu unit pengeluaran itu adalah bajet pengeluaran untuk unit

tersebut. Kos sebenar hanya akan diketahui apabila operasi berjalan dengan sebenar, oleh

itu perbezaan yang terdapat di antara bajet dan sebenar dipanggil variasi, yang mana

maklumat ini amat penting untuk pengurus untuk membuat keputusan dan sebagainya.

Kos standard diwujudkan adalah berdasarkan kepada effisiensi dan juga dasar kebolehan

untuk mencapai sesuatu pengeluaran itu.

Penetapan kos standard sumber langsung

Secara keseluruhannya apabila kita hendak membeli bahan utama pada produk kita,

sudah semestilah kita ingin mencari kepada sesuatu sumber yang berkualiti, dan pada

harga yang sesuai. Dua kriteria ini akan di ambil kira apabila membuat penetapan

standard sumber. Pemilihan harga sumber yang sesuai perlu di buat secara perbincangan

Page 13: Acc mGT Tuan Victor Latest

diantara semua bahagian dalam syarikat. Kerana ini merupakan keadaan paling kritikal

dalam sesebuah organisasi perniagaan.

Penggunaan kos standard bagi sumber ini adalah sebagai panduan kepada bajet yang

telah dibincangkan di atas tadi. Ini melibatkan kadar standard yang dikenakan untuk

setiap unit pengeluaran produk. Kadar ini mungkin berbeza dengan bajet yang telah

dibuat kerana bajet adalah bergantung kepada faktor-faktor lain, seperti peningkatan dan

penurunan aktiviti manakala kos standard ia akan terus tetap dan tidak berubah-ubah.

Ketiadaan kos standard untuk sumber langsung yang menjadi pengukur, and membawa

kepada bajet yang tidak mempunyai arah.

Kos standard bagi sumber langsung terbahagi kepada dua kategori iaitu kos standard

sumber daripada segi harga , dan juga kos standard sumber langsung daripada aspek

kuantiti.

Penetapan kos standard – Buruh Langsung

Kebiasaannya ini merujuk kepada penetapan kadar upah pada setiap jam bekerja, tetapi

syarikat akan lebih produktif sekiranya juga menetapkan kadar standard jam bekerja bagi

setiap unit. Bagi membuat penetapan jenis ini, pengurus perlu mengambil kira tentang,

elaun, komisyen, kerja lebih masa dan seumpanya.

Cadangan

AJINOMOTO MALAYSIA BERHAD masih lagi menggunakan bajet secara tetap (fixed

budget), dan keadaan ini adalah kurang sesuai digunakan pada era ini, kerana kehidupan

kini semakin pantas, dan banyak berlaku aktiviti-akviti yang tidak diduga akan berlaku,

yang mana daripada aspek perniagaan akviti turun naik itu semakin kerap berlaku, ini

mungkin disebabkan oleh factor-faktor luar yang lain.

Cadangan disini adalah mereka boleh bertukar atau menambah lagi satu kaedah atau

teknik dalam membuat bajet iaitu “flexible budget”. Bajet kaedah ini akan membolehkan

AJINOMOTO menetapkan lebih daripada satu bajet dan ini adalah penting untuk mereka

Page 14: Acc mGT Tuan Victor Latest

kerana kaedah ini akan dapat menyelesaikan masalah turun naik aktiviti yang berlaku

masa kini.

Fixed budget adalah menjurus kepada tidak mengambil kira aktiviti-akviti yang berlaku

di sekitar perniagaannya. Ini akan menjadikan bajet itu mungkin terasar jauh daripada

obejktif syarikat yang sebenarnya.

Page 15: Acc mGT Tuan Victor Latest

RUJUKAN

1. Oum Module, (2009), Accounting Management, meteor doc, Selangor

2. Malaysia Accounting Standards Board MASB 2. Inventories. Kuala Lumpur:

MASB.

3. Malaysian Accounting Standards Board, MASB 3: Net profit or loss for the

period, fundamental errors and changes in a Accounting policies. Kuala

Lumpur: MASB.

4. Shamsul Nahar Abdullah (2000). Perakaunan pengurusan; Warren Carl S.,

Reeve, James M., and Fess, Phillip E., (1999). Accounting. (19th ed.).

International Thompson Publishing. UUM, Sintok: Penerbit UUM.